Rabu, 11 April 2012

Families flee homes in Aceh after earthquake

PENJELASAN ISU CADANGAN MEMANSUHKAN PTPTN - 2

PENJELASAN ISU CADANGAN MEMANSUHKAN PTPTN -1

Kerajaan perlu segera selesai kekurangan guru di SJK(C) - Tee Keat

Rakyat bersama TABAH

Pemuda PAS Sabah sokong Himpunan Aman Bangkit 2.0

PIBGN sambut baik penajaan kewangan Bursary secara automatik

Pinda Auku - Perlu ada had berpolitik untuk mahasiswa

PAS veep prepared to face 'suicide' in Johor

Sidang Media: Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional

Runding Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi Part 3

Runding Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi Part 2

Runding Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi Part 1

Gempa bumi di Indonesia 11.4.2012

GEMPA: RAKAMAN AIR TANGKI MELIMPAH KETIKA GEGARAN 11APRIL2012

Massive Indonesia quakes trigger tsunami alert

Indonesia's quake and tsunami explained

Al Jazeera speaks to Syarina Hasibuan

Al Jazeera's meteorologist Kevin Corriveau explains

Tsunami Watch After 8.7 Quake

Gempa Aceh Terasa Hingga Ke Danau Toba

Mansuhkan PTPTN, tuntut pendidikan percuma



Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang @ Talib.”

Jangan Persulitkan Untuk Beri Tauliah Untuk Us Azhar

Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

PRU13: Senarai calon Pemuda Umno diserah hujung April....ada ka calon pemuda umno..????


Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno akan menyerahkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, senarai itu hampir siap tetapi belum muktamad kerana beberapa aspek seperti kelayakan calon yang akan dipilih perlu dinilai sebelum diserah kepada Perdana Menteri.
"Berapa ramai belum muktamad lagi... jadi saya tidak berani untuk umumkan lagi kerana kita perlu menyemak, menapis serta membuat rujukan dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup dan penyerahan resolusi Persidangan Meja Bulat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini hari ini.

Najib Bohong, Pinjaman PTPTN RM 24.5B Bukan RM 43B


SHAH ALAM, 11 APR: Kerajaan negara ini mampu menampung hutang PTPTN sebanyak RM24.7 bilion yang sedang ditanggung oleh kebanyakkan bekas pelajar lulusan institusi pengajian awam dan swasta hari ini.
Jumlah pinjaman PTPTN sebanyak RM43 bilion seperti yang disebut oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini juga merupakan satu pembohongan kerajaan untuk lari dari memikul tanggungjawab memberi pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.
Sebaliknya jumlah sebenar pinjaman PTPTN yang telah dibayar kepada peminjam sehingga Disember 2011 hanya RM27.5 bilion, kurang  hampir separuh dari yang disebut Perdana Menteri itu.

Mentaliti Perang Dingin BN Berada Di Mana-Mana


KOMENTAR: Semalam, tumpuan ramai diberikan terhadap pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Bagaimanapun, hanya segelintir yang sedar bahawa pindaaan serentak kepada Kanun Keseksaan, Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah akan hanya memacu kuasa mutlak kepada sesebuah kerajaan seterusnya mengaktifkan bom jangka kepada rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan.

Gempa bumi: Amaran tsunami ditarik balik

Gempa kuat, tsunami menuju pantai Aceh
BANDA ACEH - Indonesia menarik balik amaran tsunami - kira-kira enam jam selepas gempa bumi kuat melanda bahagian utara Sumatera petang ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada negara-negara Lautan Hindi termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa  Thailand telah menarik balik amaran tsunami berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter melanda Aceh.

Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Bencana Kebangsaan malam ini.

Kerajaan Kurang Tumpuan Untuk Pendidikan Percuma


SHAH ALAM, 11 APR : Kerajaan persekutuan disarankan supaya memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dengan meletakkannya ke tahap tertinggi kerana ia adalah aset negara.
Timbalan Presiden Gerakan Mansuh Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Profesor Shahril Md Zain berkata, wang yang dimiliki kerajaan seharusnya disalurkan kepada bidang pendidikan yang kurang diberi keutamaan selama ini.

Gempur serah bantahan kepada MB, yayasan esok

KUALA LUMPUR, 11 April: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) telah melancarkan petisyen bantahan bagi memberi respons balas terhadap tindakan pihak Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu.

Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin berkata, tindakan itu sebagai merujuk kepada respons dan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar dan Yayasan Terengganu bahawa mereka masih tetap dengan keputusan untuk menarik pinjaman 9 mahasiswa Terengganu di Mesir.

Oleh itu, ujarnya Gempur akan turun ke Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu esok, 12 April bagi menyerahkan petisyen bantahan berhubung isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa itu.

PTPTN Di Jadikan Isu Perkauman Oleh UMNO


SHAH ALAM, 11 APR : Isu perkauman yang cuba ditakut-takutkan oleh Kerajaan Umno-BN jika PTPTN dimansuhkan jelas sekali membuktikan  Umno-BN ketandusan isu dan tidak mengkaji Perlembagaan Malaysia.
Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan yang dibuat oleh Umno-BN jika memansuhkan PTPTN akan menyebabkan orang-orang Melayu semakin mundur dan ketinggalan adalah tidak masuk akal.

Buruknya rekod alam sekitar Terengganu

Pendahuluan


Makhluk manusia adalah sebahagian dari alam ciptaan Allah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus muka bumi ini supaya setiap komponan alam samada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, laut, bukit bukau dan sebagainya mampu wujud secara harmoni dan saling memanfaatkan. Sebagai khalifah, manusia tidak boleh bertindak terlalu mementingkan diri sendiri hingga sanggup menggadaikan kepentingan makhluk-makhluk dan penghuni alam yang lain

Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. Dengan kelebihan-kelebihan yang Allah berikan, terutama sekali kelebihan akal fikiran dan kecerdikan, kita dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi dan kehidupan penghuni-penghuninya, lebih-lebih lagi dengan kuasa pemerintahan yang ada. Apabila tanggungjawab ini dicuaikan, pastinya bumi ini akan terdedah kepada kerosakkan serta kehancuran dan kehidupan penghuni-penghuninya juga akan menjadi huru-hara. Sebagaimana amaran Allah S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:“Telah zahir kerosakan di darat dan di laut dengan sebab perbuatan tangan-tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian akibat dari apa yang mereka kerjakan, semoga mereka kembali ke jalan yang benar.”

BERSIH 3.0: Jangan hanya beri alasan, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berharap pihak berkuasa tidak memberi layanan sama seperti ketika perhimpunan sama dirancang untuk diadakan pada 9 Julai lalu.

Pengerusi bersama penganjur berkenaan, Ambiga Sreeenevasan berkata, BERSIH 2.0 melihat percanggahan dalam kelulusan yang diberikan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Pindaan Rang Undang-Undang Ganti ISA Hanya Kosmetik


SHAH ALAM 11 APRIL : Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul menyifatkan Rang Undang-Undang ganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibetangkan di Dewan Rakyat semalam sebagai Undang-Undang ‘Kosmetik’.
Katanya, jika dilihat tiada pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan pusat berhubung undang-undang baru itu.
“Undang-undang itu bersifat kosmetik, mengaburi mata semua orang sedangkan ianya tidak jauh bezanya dengan ISA,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 itu bagi mengantikan ISA, 1960.

Tsunami : Arahan berpindah di enam wilayah Thai

Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

azlanJabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Dis 2004.

- Bernama

Pendidikan percuma mampu direalisasikan

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa kos purata PTPTN setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion sahaja.
Sejak dua minggu isu panas perbualan orang ramai, yang didebatkan oleh  pemimpin parti politik dan menjadi liputan utama media massa ialah isu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Walaupun cadangan memansuhkan PTPTN adalah cadangan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat; pemimpin Umno dan media kawalan Umno mensasarkan serangan ke atas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hujah yang dimainkan oleh pemimpin Umno ialah negara akan bankrap jika PTPTN dimansuhkan.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan gambaran bahawa PTPTN mustahil dimansuhkan oleh Pakatan kerana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM43 billion.

Pemimpin pilihan anak muda

Sesungguhnya sesebuah negara yang mempunyai pemimpin,  untuk membentuk ummah memahami Islam sehingga akhirnya menerima Islam sebagai anutan serta mengamalkan Islam sebagai cara hidup itu sesuatu yang sangat susah pada hari ini, tetapi ia bukan suatu yang mustahil sekiranya proses ke arah tersebut disusun rapi dengan berbekalkan ilmu dan peranan yang dimainkan oleh pemimpin.
PEMIMPIN itu satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan kerana ia akan ditanya di akhirat kelak. Namun, sebaliknya yang berlaku kepada pemimpin hari ini.

Realitinya, pemimpin Negara hari ini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya. Jelas di mata masyarakat Malaysia khususnya, berlaku penyelewengan yang melibatkan penyalahgunaan wang rakyat sehingga mencapai jutaan ringgit seperti kes NFC (National Feedlot Corporation), masalah rasuah yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan sebagainya.
Paling mendukacitakan adalah kes yang bersangkut paut dengan wang titik peluh rakyat untuk kegunaan peribadi sehingga mencecah angka juta.

Najib perlu jelas 44 isu


TERAS mendapati sehingga hari ini negara terlalu sarat dengan persoalan prestasi uruskelola yang buruk dan penyelewengan kuasa yang nampaknya lebih banyak dirunguti oleh rakyat berbanding  bergembira mendengar pengumuman kejayaan kerajaan menunai janji yang dijaja diseluruh negara.

Adalah logik bila rakyat merasa gusar terhadap hala tuju negara bila pelbagai isu tercetus dikebelakangan ini walaupun pihak kerajaan beria-ia benar mendakwa bahawa rakyat tidak harus memileh pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan kerana semua janji telah ditunaikan.

Soalnya menunaikan janji dan menguruskelola khazanah negara tidak boleh dipisahkan. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama menyamun dan membenarkan penyamun merompak hasil negara adalah tidak dapat diterima.

Amaran tsunami: Penduduk Aceh diarahkan berpindah


(Bandar Aceh terputus bekalan elektrik menyebabkan jalan jam ekoran gempa)

KUALA LUMPUR, 11 April: Walau satu jam sudah berlaku, tsunami masih belum melanda Aceh, lapor akhbar Indonesia, Kompas.com.
Kompas melaporkan, Badan Meteorologi dan Geofisika (BMKG) Indonesi memberitahu, gempa yang mengguncang Aceh pada pukul 16.38 itu berpotensi menghasilkan tsunami.

Eko Yulianto, pakar geoteknologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), mengatakan bahwa berdasarkan pantauan terakhir magnitud gempa adalah 8,7.

Gempa bumi 8.9 di Aceh, CNN ramal tsunami



(Pusat gegaran sebagaimana yang dilakarkan CNN)

KUALA LUMPUR, 11 April: Satu gempa bumi kuat berskala 8.9 Ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama, berdekatan dengan Bandar Aceh seperti tragedi 2004 hari ini pada pukul 4:38 petang waktu Malaysia.

Gempa bumi dikesan berlaku pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, 962km di barat Kuala Lumpur pada kedalaman 33km.

Sumatran quake triggers tsunami warning, tremors reported in Penang, Klang Valley

Screenshot of Malaysians Tweeting about tremors from Sumatran quake.
JAKARTA, April 11 — An earthquake registering 8.7 magnitude struck off the coast of Banda Aceh on Sumatra Island, triggering tsunami warnings for the whole Indian Ocean.

The Pacific Tsunami Warning Centre says to expect a 17-centimetre wave to head for Aceh, warning that though the quake does not seem to be a major one, tsunamis can come in several waves.

Malaysians also felt tremors with reports coming from Penang to parts of the Klang Valley. Tweets from Pusat Bandar Damansara, Shah Alam and Petaling Jaya noted tremors being felt, especially in apartments and other high-rise buildings including Jaya One and Menara UOA Bangsar.

The Malaysian Meteorological Department has issued warnings to avoid the coasts on the states of Kedah, Perlis, Langkawi, Penang and Perak.

PRU 13: Najib dicadang Hadiah Nobel jika....


KUALA LUMPUR, 11 April: Jika Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya dengan cara yang adil dan bersih, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dicadangkan sebagai pemenang Hadiah Nobel, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku seperti daftar pemilih yang enggan dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pertambahan pengundi baru yang luar biasa jumlahnya seperti yang berlaku di Subang contohnya, apa yang didakwa sebagai pembetulan sempadan pilihan raya, kehilangan nama dalam daftar pemilih dan pelbagai kerja kotor lain, tidak ada harapan untuk menyaksikan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini selagi diperintah oleh Umno," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, beliau sanggup mengambil daya usaha untuk menemui pelbagai pihak yang berkenaan di mana-mana sahaja untuk memastikan nama Najib dicalonkan sebagai pemenang Hadiah Nobel kerana mempromosikan demokrasi jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

Mansuh semua akta tindas rakyat, gesa Anwar


Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi mahu Kerajaan Pusat memansuhkan kesemua undang-undang dan peraturan yang dilihat memindas hak dan kebebasan rakyat.
Ketua Pembangkang berkata, apa yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya satu permulaan kepada masa depan kebebasan dan perlindungan hak rakyat yang lebih baik.
"Ini hanya satu permulaan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
"Najib perlu memansuhkan baki undang-undang yang masih menindas rakyat dan ada banyak lagi undang-undang yang sedemikian.
"Saya dan Pakatan Rakyat mahu (Najib) meneruskan usaha dari sini dan memansuh atau meminda kesemua undang-undang yang menindas (rakyat), antara lain (undang-undang) berkaitan dengan pengawalan penerbitan dan percetakan, penyertaan pelajar dalam politik, kesatuan sekerja, perhimpunan dan (hak) pengundian (dari luar negara)," kata beliau lagi.

Bersih setuju merujuk DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, April 11— Bersih 2.0 hari ini berkata, pihaknya akan menerima nasihat Putrajaya supaya merujuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan penganjuran perhimpunannya yang dijadualkan 28 April ini.
Namun begitu, pengerusi pemerhati pilihan raya itu, Datuk Ambiga Sreenavasan, menegaskan kepada The Malaysian Insider, permohonan permit berkenaan perhimpunan itu hanyalah formaliti kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein semalam sudah berkata perhimpunan itu boleh dilaksanakan.

ISA: Kerajaan akan tunduk kepada tekanan rakyat


KUALA LUMPUR, 11 April: Negara akan menyaksikan sejarah Isnin ini apabila kerajaan tunduk kepada tekanan rakyat supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Apa yang jelas ialah kerajaan Umno terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat yang mahu ISA dihapuskan.

"Tidak ada orang yang waras yang percaya cakap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang mendakwa kononnya kerajaan menghapuskan ISA dengan inisiatif sendiri," katanya.

Mahfuz yakin semua pihak tidak lupa tindakan ganas dan zalim kerajaan Najib sendiri ke atas rakyat yang berdemonstrasi menuntut penghapusan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu.

Rafizi: Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, tambahnya, jika dibincangkan daripada aspek kemampuan, ia boleh dilakukan di Selangor dengan syarat pusat membuat pengagihan peruntukan secara adil.

Umno mahu perluas Wacana Pas: Parti Ajaran Sesat.......( Makin Ganas Dan Melampau )....UMNO dah jadi Tuhan..!!!

KUALA TERENGGANU  - Wacana 'Pas: Parti Ajaran Sesat' anjuran Umno Terengganu di sini hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Beliau berkata, di peringkat awal, slogan itu akan menjadi gelombang dan program yang akan disusun ke setiap daerah di Terengganu.

Program itu kemudian akan dibuat di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, kata Yahya.

'Tiada sebab perlu ubah lokasi Bersih 3.0'


Ambiga
SHAH ALAM - Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa perhimpunan Bersih 3.0 boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011, tetapi menegaskan, tidak ada keperluan bagi pihaknya mengubah lokasi - Dataran Merdeka - yang telah pun dirancang.
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya telah memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi kempen Duduk Bantah Bersih 3.0 dan ia akan diteruskan memandangkan premis itu relevan dari segi sejarah perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan amalan demokrasi di Malaysia.

From Perlis to Sabah: Umno's legacy - success, stagnation or dismal failure?

From Perlis to Sabah: Umno's legacy - success, stagnation or dismal failure?In May 2010, Minister in Prime Minister's Department Idris Jala woke the nation up from its slumber by announcing that Malaysia will be bankrupt by 2019 if the government does not cut subsidies and rein in borrowings. By end of 2011 our National debt was at RM460 billon and still rising.
Then we were shocked by the findings of ecoomic think-tank MIER in in January 2012 that if nothing is done to reverse the current trends in government expenditures and revenues, extrapolation suggests that Malaysia’s national debt will explode to 100 per cent of GDP by 2019.
Yet UMNO-BN remains unconcerned about the matter, if not totally ignored it. Along the way we were shocked and still feel disgusted about the RM250 million NFC debacle, which Opposition Leader Anwar Ibrahim's PKR party exposed.
We are all also familiar with the countless scandals racked up by UMNO-BN during the past 56 years at the national level, but not much has been highlighted at the state level, as if all is well there.
Indeed, these are far from well and the mismanagement by an irresponsible UMNO-BN government has in fact left an everlasting and negative impact in every state in Malaysia.  In fact, UMNO-BN has burdened the people in every state with some problem or other.

PAS Kelantan nasihatkan Umno ‘jaga’ tujuh kerusi DUN baik-baik

KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik keyakinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menawan Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti Melayu terbesar itu “dikira cukup baik” jika dapat mempertahankan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi empat tahun lalu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Jelas beliau, sukar untuk Umno-BN Kelantan untuk merampas kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Semakin ramai penyokong dan ahli Umno tinggalkan Umno


Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (kanan) menerima borang kemasukan ahli PAS dari wakil penyokong dan ahli Umno. | foto Harakahdaily
Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Pada Sabtu lepas, seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

Johor: Pakatan tambah kerusi 'sukar tapi tak mustahil'

NONENaib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui usaha Pakatan Rakyat untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen di Johor "tidak mudah tetapi tidak mustahil" berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, berdasarkan program turun padang gabungan itu bersama rakyat sejak kebelakangan ini, beliau merasai reaksi dan respon yang positif rakyat negeri itu yang mahukan perubahan kepada Pakatan Rakyat.

"Ini peluang terbaik yang semestinya perlu dilihat secara positif oleh Pakatan Rakyat. Mungkin (Datuk) Shahrir Samad rasa ianya di kubu kuat BN. Itu hak dia (untuk memberi pendapat), kalau dia rasa (rakyat) tidak berubah sejak kemerdekaan dulu.

Get DBKL nod for rally at Dataran, Bersih told

Dataran Merdeka is maintained and managed by the KL City Hall. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, April 11 — Putrajaya has advised election watchdog Bersih 2.0 to seek the Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) permission to use Dataran Merdeka for its rally this April 28. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, reiterating that the historical site was not a lawful gathering point under the Peaceful Assembly Act 2011 (PAA), said the group should negotiate with those in charge of the venue before staging any event there.
He pointed out that as with any other venue owned by a person, such events cannot be held there without first obtaining the permission of the owner.

Bersih 3.0 insists on Dataran Merdeka

The venue was selected because of its historical revelance to the people’s struggle for independence, says the electoral watchdog.
KUALA LUMPUR: Bersih 3.0 does not see a necessity to change the Dataran Merdeka venue for its sit-in gathering planned on April 28, despite Home Minister Hishammuddin Hussein’s plea for the electoral watchdog to be “realistic” yesterday.
“We do not agree that there is a necessity to change the venue to other places,” Bersih 3.0 steering committee chairperson S Ambiga said in a statement today.
She said Dataran Merdeka was selected as the venue for Bersih 3.0 due to its historical relevance to the people’s struggle for independence and a democratic Malaysia.
“We certainly do not see any reason why Dataran Merdeka is unsuitable in the light of the many events that have recently been held there, including 205th anniversary of the Royal Malaysian Police [PDRM],” she added.

Dari korupsi ke daging beracun? Shahrizat jadi perhatian atas lembu NFC yang berpenyakit

Dari korupsi ke daging beracun? Shahrizat jadi perhatian atas lembu NFC yang berpenyakitSetelah berada dalam masalah akibat korupsi dan penyalahgunaan kuasa, keluarga bekas menteri Umno Sharizat Jalil sedang mendapati diri mereka berada dalam masalah lagi, kali ini akibat daging yang tercemar selepas didapati bahawa ada beberapa ekor lembu yang dibiakkan oleh NFC telah mati akibat keracunan tembaga.
"Ini adalah perkara yang memerlukan perhatian serius seperti daging dan produk daging dari lembu berpenyakit mungkin telah dijual untuk kegunaan rakyat di Malaysia," kata Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara dari parti DAP memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.
Menurut Tony, ujian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada setengah dozen lembu yang telah mati di NFC pada Jun tahun lepas menunjukkan tahap tembaga yang jauh melebihi julat normal untuk lembu yang sihat, dari 25 hingga 100 bahagian per juta (ppm).

Janganlah diperbankrapkan negara ini!

Janganlah diperbankrapkan negara ini!Nampaknya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Baru (Umno) sudah tidak dapat berubah lahi. Dah dicuba pelbagai jenis ubat-ubatan, namum sehingga ke hari ini sakit barah di dalam Umno ini terus merebak ke seluruh organisasi parti tersebut yang menyebabkan Umno kini semakin tenat.
Di dalam perhimpunan agong Umno yang telah diadakan pada Disember 2011 tahun lalu, mesej yang jelas disampaikan oleh kebanyakan pemimpin parti itu menunjukkan perasaan syak-wasangka dan kebencian mereka terhadap masyarakat bukan Melayu di negara ini kian memuncak. Beberapa pemimpin Umno pada masa itu juga telah mengulangi ancaman mereka terhadap para penganut dan masyarakat Kristian agar “tidak melampaui batas” mereka.

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong


Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR -  Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, hari ini.
Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu "Perang" bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk
Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.
Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya. – Bernama

Today in History for April 11th

Anwar Ibrahim: Kali Ini Adalah Peluang Yang Baik

Anwar Ibrahim: Bukan Nak Jatuhkan Najib, Saya Nak Lantik Dia Jadi Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim: Kalau Batalkan PTPTN, Negara Akan Bankrup?

Kerajaan benarkan himpunan BERSIH 3

ISU PTPTN

100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak

Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?


Pendidikan di Malaysia1 Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?
Berdasarkan laporan berita sebelum ini, (Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?) kami ada mempersoalkan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Pelajaran mendapat data yang mengatakan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik berbanding 3 negara maju yang lain termasuklah Amerika Syarikat, Britain dan juga Jerman?
Kami sama sekali tidak mengatakan sistem pendidikan di Malaysia begitu teruk sekali. Ini kerana semua yang ada di sini telah dan bakal melalui sistem pendidikan yang menggunakan acuan yang sama. Memang ada keberkesanannya. Cuma pastinya, masih perlu ada lagi ruang untuk mempertingkatkan sistem pendidikan ke arah yang lebih baik lagi berbanding sekarang. Ini kerana Malaysia mampu bergerak ke arah itu sebenarnya….
Dan zaman sekarang menjadi menteri tidak semudah menteri-menteri yang sebelum ini ketika memberikan kenyataan di media. Jika didapati kenyataan yang diberikan agak bercanggah dengan fakta yang sediaada, akan ada kalangan yang mula mempersoalkannya.
Ini kerana, semakan kami menunjukkan kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini bercanggah dengan semakan yang kami lakukan pada Laporan Daya saing Global 2011/2012 yang telah dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebelum ini.
Hakikatnya, kualiti pendidikan di Malaysia di kalangan negara-negara di dunia termasuklah negara-negara seperti Singapura, Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat yang cuba dibandingkan dengan Malaysia adalah seperti berikut  :

Sidang Media Wan Azizah & Shamsidar Hari Khamis

SEPERTI yang dijanjikan pada minggu lepas, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Tahrin diberitakan sudah sah akan mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat PKR Tropicana pada Khamis (12 April 2012)berhubung pelbagai isu berkaitan dengan pembohongan yang dilemparkan terhadap suami masing-masing.
Begitu juga dengan perhubungan kedua-duanya yang dikatakan tegang akibat dari isu di atas.
Penulis juga mendengar, di akhir sidang media tersebut, satu kenyataan ringkas secara bersama akan dikeluarkan oleh kedua-duanya yang antara lain bertujuan mematikan semua fitnah liar bermotifkan politik yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik PKR ke atas mereka berdua.

PKR: Investigate Sabah teacher holding fake IC

The opposition party finds it strange that a senior teacher is still holding the old IC when every citizen has changed to MyKad.
TAWAU: The recent exposure of a civil servant in Sabah holding an alleged fake identity card is being held up as an example of the enduring social havoc the state is experiencing since allegations surfaced two decades ago that illegal immigrants had been allowed to make the state their home.
Tawau PKR yesterday urged the the National Registration Department (NRD) to investigate the expose in parliament recently that a senior assistant teacher at a government school is holding a fake identity card.
Branch secretary Gan Chee Chan, said Tuaran Barisan Nasional MP Wilfred Bumburing had revealed details of the case in parliament when he debated the call to set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the large number of illegal immigrants in the state who had citizenship documents and were registered as voters.

Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud, tidak kira mereka dari parti atau bangsa apa

Saya sedang melalui pengalaman baru dan pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Pengalaman yang saya maksudkan ialah mengenali lebih dekat lagi sikap melayu UMNO. Rupa-rupanya masih banyak yang saya kurang faham tentang ahli-ahli UMNO walaupun saya berada didalam parti itu selama 40 tahun. Agaknya saya tidak memahami pemikiran diluar kotak kerana saya terlalu taksub kepada UMNO itu semasa saya berada didalamnya.

Saya hanya memahami dengan lebih dekat lagi sikap dan pemikiran mereka sejak saya mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik, parti momokan UMNO sejak 46 tahun yang lalu. DAP itu komunis, DAP itu chauvinistik, DAP itu anti Melayu dan anti Islam dan DAP itu segala-galanya yang buruk. Segala ‘superlatives’ buruk di berikan kepada DAP.

Yang menjaga Islam itu hanya UMNO, Yang berjuang untuk melayu itu hanyalah UMNO, yang mempertahankan agama itu UMNO , yang anti komunis itu UMNO dan semua yang baik dan syumul itu UMNO. Mereka seolah-olah mengaku mereka sahaja yang akan masuk syurga dan saya yang masuk DAP ini akan menjadi ahli neraka. Tetapi kumpulan ini tidaklah ramai. Sebagaimana yang saya telah tulis dahulu penyertaan saya dalam DAP mandapat sokongan ramai orang Melayu juga.