Selasa, 10 April 2012

Deadly blasts rock Afghan provinces

Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012

Rizab Felda menurun

Jika Felda serius mengenai integriti korporat, bentangkan Kertas Putih kepada Parlimen dan jelaskan mengapa rizab tunai Felda merudum sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih penyeliaannya, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub .Menurut beliau, dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang.Tetapi, berdasarkan jawapan di Parlimen, katanya, rizab tunai Felda hanya berjumlah RM1.35 bilion tahun ini.
Lebih mendukacitakan, kata Salahuddin, Felda berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Semua ini berlaku sejak Najib mengambil alih penyeliaan Felda pada tahun 2005,” katanya.
Satu lagi perkara penting yang mesti dilakukan untuk menunaikan ikrar integriti, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mestilah diundurkan dari jawatannya sebagai pengerusi badan tersebut, kata Salahuddin.

Polis kini boleh pintas mesej & telefon

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 2012 yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 memberikan kebenaran kepada pegawai polis memintas mesej yang dihantar atau diterima menerusi mana-mana medium komunikasi.Rang undang-undang itu juga memberikan kebenaran kepada pegawai polis mendengar perbualan melalui mana-mana medium komunikasi termasuk menahan dan membuka barang pos pada masa penghantaran.
Menurut rang undang-undang itu, kebenaran tersebut diberikan sekiranya pendakwa raya berpendapat terdapat maklumat menerusi medium-medium itu yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Awas beras murah,mungkin beras sintetik

Hati-hati membeli beras yang berasal dari China, kerana berdasarkan laporan sebuah media dari Korea, The Weekly Hong Kong, beras yang mengandungi bahan plastik kini beredar luas di pasaran.Beras palsu yang terbuat dari bahan campuran kentang, ubi jalar, dan resin sintetik industri, awalnya dijual bebas di Kota Taiyuan, Provinsi Shaanxi, China. Beras itu memiliki zahir yang sama pada mata kasar, namun ketika dimasak beras itu akan terasa sangat keras dan sukar untuk dicerna.
Kos pengeluaran yang sangat rendah dan menjanjikan keuntungan yang sangat tinggi, dianggap sebagai punca beras ini dicipta. Menurut Asosiasi Restoran China, memakan tiga mangkuk nasi palsu ini akan sama seperti memakan satu bakul plastik. Petugas berkuasa China, sudah melancarkan penyelidikan diatas laporan ini.

Rakyat makin tak bebas selepas ISA dimansuhkan?


KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Walau pun Rang Kesalahan Keselamatan 2012 dibentangkan di Parlimen hari ini untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rakyat sebenarnya belum bebas daripada cengkaman undang-undang zalim.
Selain rang undang-undang tersebut, Parlimen hari ini juga dibentangkan dengan satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memberi kuasa lebih besar kepada pemerintah untuk bertindak zalim terhadap rakyat.
Pindaan kepada Kanun Keseksaan itu memasukkan 13 kesalahan baru, termasuk 7 yang melibatkan apa yang ditakrifkan sebagai:

UMNO Makin Cuak : Belum Berdemo, sudah dilarang berhimpun

JOHOR BAHRU – Kecuakan pemimpin UMNO negeri ini berhadapan dengan desakan dan tuntutan pembangkang terhadap isu tanah menyebabkan satu larangan kepada tempat untuk berhimpun telah diwartakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik kompleks beli-belah Plaza Angsa, UDA Holdings Berhad (UDA) tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau demontrasi diadakan di kawasan tapak atau premis miliknya, sama ada mendapat permit polis atau ibuat secara haram.

Datuk Nur Jazlan  Mohamed  UDA Holdings  Sdn Bhd chairman


Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata keputusan itu bagi melindungi keselamatan pengunjung dan peniaga pusat beli-belah berkenaan.
Difahamkan, Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kerana bimbang dengan hasrat Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) yang telah merangka satu perhimpunan yang dijadualkan penganjurannya 5 Mei ini di pekarangan pusat membeli belah terkenal Plaza Angsana akan digerakkan secara besar-besaran.
Dalam pada itu, pihak penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 30,000 orang akan berkumpul bagi menyuarakan berkaitan masalah tanah dan A Samad
Said, Sasterawan negara yang bertindak sebagai Penasihat Gabungan itu akan turut serta menyelami denyut nadi rakyat Johor.
Malah, BN Johor bakal berdepan risiko susutan sokongan seperti masyarakat Orang Asli Seletar pada pilihan raya umum akan datang jika masalah berkaitan tanah mereka tidak diselesaikan dengan segera.
Sebagai contoh, Komuniti itu, mendesak supaya kerajaan negeri memberikan layanan yang adil kepada mereka termasuk menimbang mewartakan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Bata, dalam parlimen Pulai,yang mana Nur Jazlan adalah penyandangnya sebagai tanah rizab mereka.
Bagaimanapun, terserah kepada Nur Jazlan dengan pendirian terbarunya itu sama ada terus kekal dengan keegoaan atau biarkan sahaja rakyat menilai
kedudukannya dalam PRU 13 nanti.

BN Cuba Ambil Kesempatan Dari Pembangunan Selangor

SELAYANG, 10 APR : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) digesa supaya segera mengentikan sikap pura-pura yang kononnya mendakwa mereka prihatin terhadap pembangunan infrastruktur di Selayang meskipun tidak lagi memerintah kawasan itu.
Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Jalan SJ3 di sini hari ini.

FRAUD AGAIN: New bill replacing ISA repressive & a danger to the rakyat's liberties

FRAUD AGAIN: New bill replacing ISA repressive & a danger to the rakyat's libertiesI refer to the Securities Offences (Special Measures ) Bill tabled today in the Dewan Rakyat which is intended to replace the ISA 1960.
The bill is repressive and a danger to fundamental liberties and the rule of law. We are appalled that the Bill is created under the provisions of the draconian Article 149 of the Federal Constitution.
Security of nation - who determines and on what basis
Article 149 is oppressive, unjust and no longer necessary in modern Malaysia; it should have been repealed along with the ISA 1960. The curtailment of the rakyat's basic rights under the bill are being done pursuant to a vague statement in the preamble of the bill that the security of the nation has been threatened. This is a flimsy and unacceptable basis upon which to tamper with the people's liberties.

Bersih 3.0 unnecessary? But Najib can't afford not to cheat at the polls

Bersih 3.0 unnecessary? But Najib can't afford not to cheat at the pollsI wish to qualify my statement, after reading Home Minister, Hishamuddin Hussein’s response to BERSIH 3.0 in parliament today. Hishammuddin said that the Bersih 3.0 rally can proceed in the spirit of the new Peaceful Assembly Act 2012.
It is good that the minister has finally learnt that, if the government continues to fight the civil society, it will spell the doom of Barisan National. Already the coalition has been in power for far too long – any ordinary person, upon reaching 55, would have gone into retirement.
Scandals galore
One scandal after another has been uncovered by the Pakatan, thanks to people like Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Mat Sabu, but there are more questions than answers to these scandals. Billions of Ringgit have gone into a blackhole.

Proton nafi Syed Zainal letak jawatan MD


Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini menafikan laporan media mendakwa Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah meletakkan jawatan.
Menerusi satu kenyataanmedia hari ini, Proton berkata, khidmat Syed Zainal masih diperlukan bagi membangunkan syarikattersebut.
“Pengambilalihan Proton masih dalam proses perbincangan dan apabila selesai nanti, Proton menjangkakan sinergi yang lebih kukuh antara ahli pasukan sedia ada dan baru, yang bakal membawa Proton menjadi antara pemain automotif berjaya di peringkat antarabangsa,”katakenyataan itu lagi.

PSC: Pilihan Raya Bersih

KHALID SAMAD

PEMBENTANGAN laporan Jawatan kuasa pilihan Parlimen (PSC) berhubung Pilihan Raya yang bersih tempoh hari telah menyaksikan suasana yang kecoh dan kucar-kacir di dalam Dewan Rakyat.

LAPORAN MINORITI

Ini berlaku pada dasarnya oleh kerana pihak jawatankuasa telah dari awal lagi menolak permohonan wakil pembangkang yang menyertai jawatankuasa tersebut untuk memasukkan ‘laporan minoriti’ sebagai sebahagian dari laporan tersebut. Apabila persoalan ini telah ditolak oleh pihak jawatankuasa, maka apabila laporan ini dibawa ke pihak Dewan, maka permohonan yang sama telah sekali lagi dikemukakan, tetapi kali ini di peringkat dewan.

Apabila permohonan ini dikemukakan di peringkat dewan, maka Speaker, yang kelihatan bersedia untuk berhadapan dengan permohonan ini dengan membawa beberapa buku rujukan, telah menolak permohonan tersebut. Beliau membaca dari salah satu buku rujukannya, secara kuat, ayat yang bermaksud, “berhubung dengan laporan minoriti, maka tiada tempat baginya di dalam laporan mana-mana JK Parlimen…”

Dewan Rakyat lulus tiga rang undang-undang

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 selepas dipersetujui sebulat suara oleh anggota-anggota Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, ketika menggulung perbahasan, menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 dibuat bertujuan supaya penderma layak menuntut potongan cukai terhadap sumbangan wang tunai bagi maksud pengurusan institusi pendidikan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malaysia pun patut wujudkan pasukan peronda cegah maksiat seperti di Aceh ini

SEORANG anggota polis peronda pencegah maksiat memeriksa kad pengenalan satu pasangan yang belum berkahwin di Banda Aceh kelmarin.
BANDA ACEH - Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu.

Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.

PTPTN: Pemuda mahu rakyat 'lebih rasional'


PTPTN: Pemuda mahu rakyat 'lebih rasional'
KUALA LUMPUR - Umno dan PKR mengadakan perbincangan meja bulat serentak hari ini mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - tetapi Pergerakan Pemuda parti teras Barisan Nasional (BN) mahu orang ramai melihat isu itu "dengan lebih rasional."

Perbincangan peringkat PKR pula berlangsung malam ini.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, orang ramai perlu melihat isu ini dengan lebih rasional kerana kerajaan tidak mahu membuat janji manis seperti pembangkang.

JANJI PR : PEMIMPIN BN OTAK CETEK ATAU BUAT TAK RETI

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerinthan dengan menunaikan tiga janji mereka.

Katanya, dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.

"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.

‘Sembang Sembang, Duduk Duduk, Bantah Bantah’ Sempena Bersih 3.0

 
SHAH ALAM 10 APR : Sempena Perhimpunan “Duduk, Bantah” di Kuala Lumpur, satu pra-himpunan Bersih 3.0 anjuran PRORAKYAT Selangor akan diadakan di Dataran Shah Alam pada 21 April ini bermula jam 3 petang.
Bertemakan ‘Sembang Sembang, Duduk Duduk, Bantah Bantah’ perhimpunan itu dijangkakan menarik sekitar 500 orang iaitu ahli atau wakil NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang menyokong Bersih 3.0.
Pengerusi PRORAKYAT, Khairul Anuar Othman berkata orang ramai juga digalakan
menyertai program santai tersebut.

Ming Kai: BN Takut Penyelewengan di Ketahui Rakyat

SHAH ALAM, 10 APR: Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai hari ini menafikan soalan bertulis yang dikemukakan beliau dalam sidang DUN Perak baru-baru ini ada menyebut mana-mana individu mahupun terikat dengan rahsia kerajaan negeri ataupun Akta Rahsia Rasmi hingga menyebabkan soalan beliau ditolak.
Sebaliknya menurut Ming Kai, soalannya ditolak kerana BN Perak cuba menyembunyikan sesuatu atau disengajakan tanpa alasan yang jelas.
“Alasan yang diberi amatlah tidak munasabah kerana ini bukan pertama kali, sudah banyak kali kita menghadapi perkara ini.
“Setiap kali soalan ditolak, kami kaji mengapa soalan ditolak dan kami ‘adjust’ sampai boleh dijawab.
“Tetapi akhirnya sampai tiada lagi alasan lain maka terpaksalah mereka gunakan mana-mana satu perintah tetap untuk sengaja tidak jawab soalan kita termasuklah menggunakan alasan sentuh rahsia kerajaan negeri dan akta rahsia rasmi.
Ming Kai turut memberikan contoh soalan-soalan bertulis yang cuba dikemukakan kepada Exco Perak.
“Solan yang saya tanya berbunyi, ‘manakah kawasan pembalakan yang diluluskan semenjak 2009? Tak ada sebut nama atau apa-apa kenyataan yang tidak benar pun.

Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya

(Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini)

KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

"Bapa Mertua" Najib Altantuya Akan Tuntut Bela Pembunuh Anaknya!


Hancur, jahanam, mampus kali ini!!

Impian untuk terus menjadi perdana menteri kini bukan terletak pada keputusan pilihanraya umum, tetapi nasib Najib Altantutya kini bergantung kepada perbicaraan kes skandal komisen kapal selam Scorpene yang pada masa yang sama turut berkait rapat dengan pembunuhan model dan penterjemah sambilan yang dibunuh dengan kejam menggunakan bom tentera jenis C4, Altantuya Shaaribuu.

Autism May Be Linked to Obesity During Pregnancy

Lebih berdaya saing di bawah kerajaan Reformasi

TAWAS - Bantuan Masa Depan Anak-Anak

UK 'approved' rendition of Libyan couple

Syrian FM in Moscow for talks

Jordan's economy reels under Syrian turmoil

Press Conferance By Altantuya's Father Dr Sharibu

Submarines and murder: 'I can connect the dots'

Pas tubuh Api pantau warga asing mengundi

KUALA LUMPUR - Pas menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemansuhan IC (Api) bagi menangani isu warga asing yang didakwa diberikan kerakyatan untuk membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa itu akan menuntut suruhanjaya diraja bagi menyiasat kewujudan ‘task force’ pemberian kerakyatan kepada warga asing yang didakwa beroperasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

KWSP perkenal garis panduan penilaian hilang upaya kekal

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Garis Panduan Penilaian Hilang Upaya Kekal untuk Pengeluaran Hilang Upaya kepada Lembaga Perubatan KWSP dan pengamal-pengamal perubatan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Ibrahim Taib berkata pengenalan garis panduan itu adalah sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan untuk mempertingkatkan perkhidmatan KWSP kepada semua ahlinya.

"Garis panduan itu bertujuan untuk membantu menyediakan penilaian hilang upaya dengan lebih tepat, konsisten dan objektif.

AMK: Pindaan AUKU bercanggah kampus demokrasi dan autonomi

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengkritik tindakan kerajaan pusat yang membuat pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak membawa perubahan yang sebenar, malah bercanggah dengan prinsip kampus demokrasi dan autonomi pelajar.

Pindaan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan permintaan dan pendapat umum untuk mansuhkan AUKU, malah mencengkam kebebasan akademi dan mahasiswa serta meneruskan dasar campur tangan politik daripada pemerintah ke atas pentadbiran universiti.
Sebenarnya pindaan yang dikemukakan hanya untuk meredakan kemarahan rakyat semata-mata khasnya Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian dekat.  Pindaan ke atas Seksyen 15 AUKU yang membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik tetapi melarang politik parti ke dalam kampus adalah bercanggah sesama diri dan tidak masuk akal.

Obsesi parti pemerintah

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ahmad Maslan, terdapat hanya 101 buah syarikat atau 10.7% daripada 941 syarikat senaraian awam (SSA) atau "public listed companies" (PLCs) di Bursa Malaysia adalah milik Bumiputera sehingga 31 Disember 2011.  Daripada 101 PLCs berkenaan, hanya 75 syarikat yang mencatatkan keuntungan.

Sebelum membuat sebarang ulasan lanjut, ada baiknya jika pihak JPM diminta memberi penjelasan dan kepastian mengenai takrifan yang digunapakai bagi menentukan status Bumiputera sesebuah SSA sama ada dari segi:

Shaariibuu: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib

Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia.  Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.
Shaariibuu Setev (gambar kiri, kiri) yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.
"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ.  Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel, di Petaling Jaya, tadi.

Musa’s HK cash set to flood Sabah

Are the latest revelations by the MACC against Sabah Chief Minister Musa Aman aimed at propping up Umno vice-president Shafie Apdal?
KUALA LUMPUR: It will be raining money in Sabah in the next general election and this time it will cover more that just tin sheets, roofings, “instant” jetties, beers and and “RM500 ang pows”. Both Chief Minister Musa Aman and national Umno vice-president Shafie Apdal have opened their personal war chests.
Both are Umno members with significant clout in Sabah. While battling for a Barisan Nasional “win” in the next general election, they will also be fighting for their own personal political survival.
It’s an open secret that Sabah Umno is deeply divided between followers of Musa and Shafie.

Susulan pertemuan PM, MTUC tangguh protes


mtuc logo
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memutuskan untuk menangguhkan Himpunan Pekerja, yang dijadual untuk diadakan di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya pada 13 April ini, susulan pertemuan dengan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MTUC, Awang Ibrahim berkata, pihaknya mengambil keputusan itu untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan
"Kami tidak membatalkan, tetapi memutuskan untuk menangguhkan tindakan mengadakan perhimpunan minggu ini memandangkan Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh MTUC dan kami mahu memberi peluang kepada beliau untuk menyelesaikannya," kata beliau yang Setiausaha Kewangan MTUC kepada Sinar Harian Online.

Lancar 100 Sebab Kenapa Umno Wajib Ditolak 15 Apr


KOTA BHARU, 10 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) hari ini mengumumkan akan melancarkan buku 100 Sebab Kenapa Umno Wajib Ditolak yang diterbitkan melalui Lajnah Penerangannya pada 15 April ini.
Pengumuman ini dibuat oleh Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua DPPNK dalam satu sidang akhbar di pejabat urusan DPPNK, Bangunan Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pagi ini.

IGP ikrar siasatan telus pada kes anak menteri

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berjanji akan memastikan siasatan telus dijalankan terhadap dakwaan pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan pengawal peribadinya bulan lalu.

Ismail berkata, pegawai polis akan menjalankan siasatan berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Pihak polis mempunyai pegawai yang berkelayakan dan dan bertindak secara profesional, termasuk ketika peningkatan kes yang banyak sejak 10 tahun lepas, katanya lagi.

Akta baru masih 'berwajah' ISA?

KUALA LUMPUR, 10 April: Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.

Penganjur BERSIH 3.0 Akan Berunding Dengan Polis

 
SHAH ALAM, 10 APRIL : Penganjur Perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyertakan 200 Unit Amal PAS dan 100 peguam yang akan berkhidmat secara sukarela ketika berlangsungnya himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata jaminan keselamatan kepada peserta himpunan akan terus diperkemaskan  bagi memastikan himpunan yang dijangka dihadiri lebih setengah juta itu berjalan lancar.
Maria menambah, pihaknya mengharapkan kerjasama baik daripada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil secara ‘duduk dan bantah’.

Lagi 3.2 Ekar Di Serah Pada Umno Tanjung Karang

SHAH ALAM, 10 APR: Pemimpin Umno ketika menerajui kerajaan negeri sebelum ini sekali lagi didapati menyalahguna kuasa dengan memindah milikan tanah milik kerajaan negeri kepada Umno Tanjung Karang demi kepentingan parti dan politik individu tertentu dalam parti itu.
Dalam satu carian rasmi yang dibuat mengikut Seksyen 385, Kanun Tanah Negara yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor telah mendapati tanah tersebut telah dipindah milik kepada Umno Tanjung Karang pada 3 Ogos 2005
Tanah seluas 12,100 meter persegi atau atau 3.195 ekar tersebut terletak di Jalan Sungai Kajang, Tanjung Karang, bernombor Hakmilik HSD 15384 dan lot PT 303.
Demikian menurut satu lagi pendedahan berhubung tindakan salahguna kuasa Umno ketika berkuasa yang dibuat oleh Naib Yang DiPertua Pas Tanjung Karang, Misran Serman baru-baru ini.

Akta Baru : 'Tidak boleh tahan hanya kerana fahaman politik'


sidang parlimen
KUALA LUMPUR - Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, tidak membenarkan penahanan seseorang semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik.

"Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini, semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik," demikian menurut salah satu peruntukan rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Percayalah kami, rayu KPN berikutan kes anak Nazri: Tidak! - siarkan klip CCTV dahulu

Percayalah kami, rayu KPN berikutan kes anak Nazri: Tidak! - siarkan klip CCTV dahuluAdakah anda mempercayai polis yang menegaskan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak menyerang seorang pengawal keselamatan kondominium? Sudah tentu TIDAK, tegas pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ia tidak masuk akal untuk KPN membuat satu kenyataan yang dramatik melainkan dia telah kehabisan alasan untuk membuat kita percaya padanya, ia adalah mudah - hanya siarkan video kepada orang awam. Tanpa ada ubah atau penyuntingan. Jangan hanya fikir ia adalah keistimewaan anda jika rakyat harus percaya pada anda dan bila mereka tiada sebab untuk berbuat demikian – namun, perkara yang sebaliknya adalah benar," kata Ahli PKR yang juga ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Himpunan 13 April isyarat rakyat tolak PSC Lynas


KUALA LUMPUR, 10 April: Himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, 13 April ini bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia menolak penubuhan PSC Lynas sebagai tipu helah untuk melengah-lengahkan pembatalan projek Lynas.

Menurut Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang),  Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak).

Najib bergantung kepada trek rekod, idea untuk menang pilihan raya 13

KUALA LUMPUR, 10 April — Datuk Seri Najib Razak bergantung kepada idea, trek rekod dan berharap rakyat Malaysia akan memilih pihak yang berpengalaman menentang Pakatan Rakyat (PR) untuk menang pada pilihan raya akan datang, jelas pihak yang terlibat dengan kempen perdana menteri.
Pengerusi BN itu malam tadi ketika siaran langsung di televisyen tempatan menuntut pengundi Cina untuk pentadbirannya melaksanakan perubahan dengan berkata “perjalanan telah bermula, dan kami telah berjaya melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tiga tahun ini” sejak beliau memegang tampuk pemerintahan.
The Malaysian Insider difahamkan tema itu diulang-ulang oleh diplomat BN sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan mereka memperoleh kembali dua pertiga majoriti Parlimen dan negeri yang tewas pada pilihan raya 2008.

'Sembang, Duduk, Bantah' 21 April di Shah Alam


SHAH ALAM, 10 April: Sebuah NGO, Prorakyat Selangor hari ini menyatakan satu pra Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Shah Alam pada 21 April jam 3 petang.

Himpunan yang bertemakan 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah' itu bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat dalam membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan melaksanakan pilihan raya bersih dan telus.

Presidennya, Khairul Anuar Othman memberitahu Prorakyat juga turut mengambil ketetapan untuk bersama-sama 84 buah NGO dalam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

PAS tubuh API banteras pemalsuan MyKad

"Maklumat banyak, ada tiga hingga empat fail. Kami akan serahkan semuanya kepada RCI dan sedia memberi kerjasama penuh," kata Mahfuz.
KUALA LUMPUR: PAS menubuhkan gerakan Anti Pemalsuan Kad Pengenalan (API) bagi membanteras isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi membolehkan mereka menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum nanti.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pemimpin tertinggi PAS yang bermesyuarat semalam turut bersetuju melantik dirinya sebagai Pengerusi API.
Pemimpin lain termasuk peguam PAS Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).
Katanya, jawatankuasa khas bertindak itu akan menyusun gerakan menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan penglibatan beberapa pegawai tertinggi kerajaan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

79 NGO terus desak kerajaan tubuh IPCMC

KUALA LUMPUR 10 April:  Sekumpulan 79 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dinamakan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) terus mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Gabungan NGO itu mahu IPCMC ditubuhkan kerana kepercayaan terhadap pasukan polis semakin terhakis ekoran beberapa insiden keganasan yang bermotif politik tidak ditangani polis secara professional.
Ketua Koordinasi GBM, Zaid Kamaruddin berkata, penubuhan IPCMC perlu dilaksanakan sebelum pilihanraya umum ke-13 bagi menzahirkan keikhlasan kerajaan  menjaga hak rakyat dan membanteras berputiknya keganasan politik yang boleh mengancam keselamatan awam.

Scorpene: Bapa Altantuya sedia jadi saksi di mahkamah Perancis

PETALING JAYA 10 April: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis.
Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan.
“Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu,” katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini.

Chegu Bard: Pindaan AUKU Hanya Retorik

 
SHAH ALAM 10 APR : Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam hanya retorik semata-mata dan jauh dari landasan yang diharapkan.
Tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, seharusnya AUKU bukan sekadar dipinda tetapi dimansuhkan terus.

Gerakan Anti-Lynas Tidak Akan Tunduk Kepada Ancaman Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 10 APR : Gerakan penentang loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tidak akan tunduk kepada ugutan daripada syarikat Lynas Corp untuk menyaman mereka sekiranya mereka tidak memohon maaf.
Sebaliknya, mereka akan teruskan kempen mereka untuk menghentikan loji itu yang dibina di Gebeng, Pahang, kata Ahli Jawatankuasa Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Steve Hang.

'Task force': Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiri


KUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri.

"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan  dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi.

Media Arus Perdana terus canang kejayaan pentadbiran Najib

Kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempromosi kejayaan pentadbiranya sejak tiga tahun lalu terus dicanang melalui media cetak dengan siaran iklan penuh di akhbar harian.

Kesemua akhbar dalam semua bahasa hari ini menyiarkan iklan halaman penuh berwarna dengan menyenaraikan jumlah bantuan yang dibayar oleh pentadbiran Najib sejak setahun lalu.

"Rakyat Bersuara" : The Scorpene Sting On Malaysia

Bapa Altantuya kata kematian anaknya ada kaitan dengan kes Scorpene

Dr Setev Shaaribu ketika berjumpaan pemberita di Petaling Jaya, 10 April, 2012. — Foto Jack Ooi
PETALING JAYA, 10 April — Dr Setev Shaariibuu telah menawarkan dirinya sebagai saksi berhubung kes siasatan pembelian kapal selam Scorpene yang disiasat pihak berkuasa Perancis dan mendakwa kematian anaknya mempunyai hubung kait dengan kes tersebut. Bapa kepada model Mongolia yang dibunuh Altantuya Shaariibuu itu berkata hari ini, testimoninya akan berupaya “menghubungkan kaitan” kematian anaknya dan kes Scorpene yang akan didengar di mahkamah di Perancis.

Altantuya's dad is sure: She was murdered because of the Scorpenes

Altantuya's dad is sure: She was murdered because of the ScorpenesThe father of murdered Mongolian national Altantuya Shaariibuu has confirmed that his daughter's killing was linked to the Malaysian government's purchase of 2 Scorpene submarines, a procurement spearheaded by Prime Minister Najib Razak who was then the defense chief.
So eager is Setev Shaariibuu to get justice for his daughter, whose remains have been withheld by the Malaysian government preventing final rites to held by her family in her homeland, he has offered to be a witness in the French probe on whether DC had corruptly paid Najib a kickback of some M570million for sealing the purchase.

Hishammuddin nasihat Bersih 3.0 runding dengan polis


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak menganggap perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada hujung bulan ini, yang berkaitan dengan pilihan raya, sebagai satu isu ancaman keselamatan.

Sebaliknya Hishammuddin meminta pihak penganjur supaya mengadakan perundingan dengan polis.

Govt won’t stop Bersih 3.0 but Dataran…

The home minister has asked the organisers to be realistic about finding a venue that will not disrupt the public.
KUALA LUMPUR: With the previous high-handed actions against the Bersih 2.0 rally bruising the Najib administration’s public image, the government now appears to be taking a more softer stance with regard to the electoral watchdog’s next rally slated for April 28.
Commenting on the issue, Home Minister Hishammuddin Hussein said the government would not prevent the upcoming rally but remained coy on whether it could be held at Dataran Merdeka.
He added that the rally was not considered a security issue but urged the organisers to hold a discussion with the police to determine an appropriate venue so that it would not interfere with the daily lives of the public.
“We want to give freedom for them to gather but do not jeopardise the status of peace. We’re allowing them to have it but don’t affect people at large,” he told reporters in Parliament.

Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0

Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

PRU: Nak pertahan Melayu bukan dengan tipu

Adun Simpang Pulai kesal soalannya ditolak speaker

Gebeng yang luka oleh Pak Samad

Puisi Melelong Rimba oleh Pak Samad

wang dan lembu oleh pak samad

Yang benci dan yang suka oleh Pak Samad

Unggun Demokrasi oleh Pak Samad

Ceramah Maulidur Rasul [Ustaz Jafri]

Today in History for April 10th

Tuaregs fail to assuage terrorism fears

Syrian forces fire on camp in Turkey

Terbitkan Catatan

Kuliah Ust Riduan Mohd Nor (Masjid Negeri Shah Alam )

Perang Demokrasi PRU13

Guan Eng : Teoh Beng Hock

Neo-Liberalisme

MOHD SABU Media Sorok Kebenaran

MOHD SABU Benarkah Lim Guan Eng Anti Islam

Sembang UT Siri 2 Bersama Bob Lokman & Haji Soberi (part 5)

Sembang UT Siri 2 Bersama Bob Lokman & Haji Soberi (part 4)

Sembang UT Siri 2 Bersama Bob Lokman & Haji Soberi (part 3)

Sembang UT Siri 2 Bersama Bob Lokman & Haji Soberi (part 2)

Sembang UT Siri 2 Bersama Bob Lokman & Haji Soberi (part 1)

Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib..tapi gagal berhubung..!!

NONESetev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah digantung.

Pemuda PAS rayu ahli sertai Himpunan Hijau 3.0

Post Pic
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS (DPP) akan menyertai Himpunan Hijau 3.0, bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, DPP menyeru semua ahlinya menyertai himpunan yang akan  diadakan di Kuantan, Sabah dan Sarawak, 13 April ini.