Isnin, 9 April 2012

Hisap Gam - DAP Kota Melaka

Mengurangkan Defisit - PAS Baling

Jumlah Pelancong Di KL - DAP Bukit Bintang

Guru Sandaran SJKC - PKR PJS

Usul 68 - Bajet Bekalan Tambahan - Part 2

Usul 68 - Bajet Bekalan Tambahan - Part 1

Usul 18 (2) - Banjir Di Klang - DAP Klang

Penggulungan Bajet Bekalan Tambahan JPM

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan Kem. Kewangan - DAP Serdang

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan Kem. Kewangan - DAP Rasah

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan Kem. Kewangan - DAP Kepong

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - PKR Machang

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - PKR Lembah Pantai

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - PAS Padang Terap

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - PAS Kubang Kerian

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - PAS Kuala Selangor

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - DAP Kepong

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - DAP Ipoh Barat

P'bhsn Bajet Bekalan Tambahan JPM - DAP Batu Gajah

KANTOI!! Najib Altantuya Pakai RANTAI EMAS?


Sedang asyik membaca pendedahan skandal konsesi balak Menteri Luar, Anifa Aman bernilai RM400 juta, tiba-tiba terpandang satu posting yang diambil dari print screen yang sangat mengejutkan!

Perdana Menteri Najib Altantuya pakai rantai emas?

Sesuatu yang sangat ditegah oleh agama Islam kerana hukum lelaki memakai rantai walaupun bukan emas sekalipun adalah HARAM!

Tanpa Sabah, misi Pakatan ke Putrajaya tinggal angan-angan?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Selain Kelantan, rakyat Negeri Di Bawah Bayu juga popular dengan kecenderungan siasahnya yang lebih terbuka dan berani membuat keputusan. Lama sebelum tsunami politik melanda Semenanjung, Mac 2008, bumi Sabah sudah menyaksikan perubahan kepemimpinan negeri; ada kalanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka.


Parti-parti yang menerajui kerajaan negeri bersilih ganti. Daripada United National Kadazan Organization (UNKO), pimpinan Donald Stephens, kepada United Sabah National Organizatin (USNO), diasaskan Datu Mustapha Datu Harun, kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) diketuai Fuad Stephens dan Haris Sallah, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) diterajui Joseph Pairin Kitingan.

Usaha jadikan Tok Pa MB..!!!

Oleh SAFAR JUMAAT
ANGAN-ANGAN Umno-BN mahu menawan Kelantan bukan cerita baru. Malahan, tiap kali sampai musim pilihan raya, maka datanglah mereka yang bernama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan timbalannya kepada rakyat dengan membawa janji baru.
Janji baru dan dalam masa yang sama, kritikankritikan keras mengatakan rakyat Kelantan semakin jauh ketinggalan, berbakulbakul mereka usung cemuhan kononnya, jika mahu maju dan membangun, hanya dengan memilih Umno-BN.

Tiap kali mereka ini datang, tiap kali juga rakyat Kelantan menolak mereka. Namun, angan-angan tersebut nampaknya lebih dahsyat kali ini. Mereka menjanjikan seorang Menteri Besar bernama Mustapa Mohamed yang kini merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan

Oleh Wan Nik Wan Yussof
BAHANG pilihan raya umum dan keghairahan Umno Kelantan melaksanakan 'agenda setting' untuk merampas kuasa daripada PAS di Kelantan semakin hangat. Tindakan agenda itu telah dilihat kebelakangan ini turut menyanggahi amalan demokrasi sihat yang dipraktikkan di kebanyakan negara maju. 


Justeru Umno sekarang dilihat semakin rakus dalam menjayakan dominasi politik untuk meraih sokongan rakyat, mahupun ke arah mengekalkan sokongan teras tatkala berhadapan dengan PAS yang mentadbir Kelantan.

Malapetaka Kalau PR Tidak Tunaikan Janji PRU12

PENULIS melihat bila Perdana Menteri sendiri memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat yang ditinggalkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, itu memberi tanda bahawa pilihanraya umum sudah semakin hampir.
Buktinya, di kala Najib sendiri sudah terbeban dengan pebagai tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dia tidak akan menyusahkan dirinya lagi dengan memimpin satu lagi kementerian.
Kecuali atas sebab-sebab yang kukuh seperti pilihanraya umum yang semakin hampir.
Sekilas pandang Manifesto bagi negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada 2008, penulis melihat masih banyak lagi janji-janji yang perlu dilaksanakan semua negeri tersebut, sedangkan tempoh pemerintahan penggal kali ini semakin sampai ke kemuncaknya.

Perlantikan Najib sebagai menteri wanita satu pengkhianatan agenda wanita


KUALA LUMPUR, 9 APRIL – Meskipun perlantikan Datuk Seri Najib  Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan langkah yang memperlihat bahawa lelaki juga boleh mengetuai gerakan agenda memperkasakan wanita, ia dilihat sebagai satu langkah yang amat mengecewakan.
Pengerusi Wanita Kebangsaan DAP Chong Eng semalam berkata, “Kita amat kecewa atas dua sebab. Pertamanya Kementerian Wanita telah ditubuhkan setelah bertahun-tahun Wanita DAP berkempen untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf Pejabat Hal Ehwal Wanita di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada sebuah kementerian penuh.
10 tahun selepas Deklarasi Tanjong barulah sebuah Kementerian Hal Ehwal Wanita ditubuhkan pada 2001. Hari ini Perdana Menteri ingin mengepalai kementerian ini dan saya amat bimbang bahawa kita ke belakang 10 tahun dengan langkah ini.”
“Kedua, kita amat kecewa kerana Najib sendiri menafikan pemimpin wanita dalam kerajaan kerana dalam kabinet hanya ada 2 jawatan sahaja [untuk menteri wanita] dan Najib mengambil salah satu daripadanya.”

Tanah untuk UMNO atau tanah untuk masjid?

Oleh Daing Yahya

Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO Pulau Pinang, terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat ‘peluru emas’ untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri.
Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon). Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Jalan ke syurga penuh dengan onak dan duri, jalan ke neraka penuh dengan keju dan roti

Rakyat khususnya orang Melayu sudah sampai masanya untuk berfikir jauh diluar kotak. Sampai masanya rakyat memilih untuk memulakan pembetulan dengan merubah keadaan negara dari mula. ‘We have to start anew’. Cara berfikir yang usang patut dibuang kerana kita orang Melayu yang sudah kononnya dibela oleh parti Melayu, UMNO selama 54 tahun tidak berdaya untuk membantu bangsanya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain walaupun perlembagaan telah memperuntukkan keistimewaan untuk orang Melayu.

Jika selama 54 tahun UMNO gagal menaikkan taraf ‘competitiveness’ orang Melayu, apa pula alasan pimpinan kita untuk meminta orang Melayu untuk terus menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Peluang untuk mendapat hasil yang sama juga adalah besar…..walhasil balik asal.. Kalau kita berikan mandat lagi kepada UMNO keadaan Melayu akan lebih teruk lagi. Yang pasti akan berterusan dan berkesinambungan ialah bertambahnya gejala rasuah dan menyalahgunakan kuasa akan bertambah besar lagi.

Setev: Najib ‘lari’ elak berjumpa dengannya

Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.Ianya antara lain mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan tahun 2007 lalu.”Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (parlimen).
“Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och.

Altantuya's dad: Najib "ran away" from me but I still want to meet him "father to father"

Altantuya's dad: Najib "ran away" from me but I still want to meet him "father to father" Murdered Altantuya Shaariibuu's father may wish to meet with Prime Minister Najib Razak, but the Malaysian leader who has been accused of having an affair with the beautiful Mongolian girl before passing her over to his close friend Razak Baginda is unlikely to want to meet the older man.
In fact, Setev Shaariibuu, a university professor, said as much when he revealed that Najib had "ran away" the last time he asked for a meeting.
“The last time I wanted to meet him but he ran away.  The people of Malaysia support me and I want to go further to ensure this case is sped up,” Setev told a press conference at the Parliament lobby on Monday.
Setev is here on a 3-day visit to chase for justice for his daughter, who was brutally killed in a jungle clearing in Selangor in 2006 and her body exploded with military-grade explosives to prevent identification.

Dari ‘Pondan’ ke ‘Playboy’ ke ‘Rosmah’: Sindiran buat Najib- lelaki pertama menjadi Menteri Wanita

Dari ‘Pondan’ ke ‘Playboy’ ke ‘Rosmah’: Sindiran buat Najib- lelaki pertama menjadi Menteri WanitaTidak boleh memutuskan siapa untuk dilantik menjadi Menteri Pembangunan Wanita untuk menggantikan Sharizat Jalil yang terpalit skandal, PM Najib Razak telah memilih dirinya menjadi satu-satunya lelaki untuk mengetuai jabatan yang menjaga hal ehwal wanita dan kepentingan mereka.
Pengumuman ini datang bersama spekulasi siapakah yang akan mengisi jawatan itu, dimana walaupun calon berprofil rendah juga boleh mengisinya walaupun Sharizat merupakan ketua sayap wanita.
Penghinaan kepada wanita: Sayap Wanita berpecah dan korup

Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggantikannya akan diperhatikan dengan teliti sebagai tanda siapa yang dimahukan oleh Umno sebagai ketua Wanita nya selepas Sharizat, walaupun Kamilia Ibrahim, penyandang timbalan sekarang sepatutnya mengisi jawatan itu dan menggantikan Sharizat dalam kabinet.
“Ia merupakan penghinaan besar kepada wanita, bukan sahaja pada wanita Umno. Bagi wanita, ini mengesahkan bahawa ada perpecahan dalam dalam sayap mereka. Barah sudah merebak, seperti di seluruh bahagian Umno. ini berlaku apabila ahli dipaksa menerima Sharizat sebagai ketua sayap mereka walaupun dia dikatakan tidak layak untuk menjadi menteri cabinet,” kata Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang selalunya bercakap tanpa selindung kepada Malaysia Chronicle.

Pendidik desak henti tekanan terhadap guru

Kebelakangan ini Pendidik menerima kira-kira 100 aduan tindakan tidak profesional Kementerian Pelajaran menganiayai warga pendidik.


KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (Pendidik) menggesa Kementerian Pelajaran tidak mengenakan tekanan kepada guru hanya kerana menjadi penyokong parti pembangkang.
Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, kebelakangan ini pihaknya menerima kira-kira 100 aduan tindakan tidak profesional Kementerian Pelajaran menganiayai warga pendidik.
Antaranya dibuang kerja, ditukarkan jauh daripada kediaman, menempatkan pasangan guru berbeza lokasi dan berjauhan antara satu sama lain sebagai ‘dendam’ pilihan raya, selain dituduh memakai baju Bersih 2.0 serta disyaki aktif menyertai politik pembangkang.
Normala mendakwa guru terbabit turut dipotong gaji, dinafikan bonus tahunan, tidak dibenarkan masuk ke kelas untuk mengajar, malah tidak diberikan jadual waktu mengajar.

AMANAH mampu jadi penyatu ummah

Shahbudin Husin
Kehadiran NGO Amanah Merdeka yang ditunjangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam suasana politik negara yang gawat dan bercelaru seperti sekarang ini dirasakan mampu mencetuskan kesedaran serta perubahan minda yang besar kepada rakyat jika ia digerakkan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana Amanah Merdeka sudah mula memperlihatkan penerimaannya yang positif daripada pelbagai pihak.

Sejak dilancarkan Julai tahun lalu, Amanah Merdeka tidak seperti NGO lain yang ditunjangi oleh orang politik yang biasanya sering menonjolkan diri di khalayak ramai sama ada melalui keghairahan muncul di media atau pun menyertai demonstasi berkaitan isu-isu tertentu. Amanah sebaliknya amat berhati-hati dan tidak mahu menjadikan dirinya sasaran lampu sorot media yang keterlaluan.

Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!

Wang Caruman KWSP Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!
Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara keseluruhannya? 

Pemarkahan Sistem Pendidikan Malaysia. Adakah Ini Penanda Aras Markah Dalam SPM?

Markah Gred SPM Pemarkahan Sistem Pendidikan Malaysia. Adakah Ini Penanda Aras Markah Dalam SPM?
Jikalau di peringkat universiti contohnya, biasanya ada kalangan pensyarah mereka mempunyai sasaran mereka yang tersendiri. Contohnya ada satu subjek ini mereka mensasarkan seramai 5 orang pelajar dapat A, tetapi akhirnya yang dapat A hanya seorang sahaja yang mencapai markah 80markah (80-100 A). Jadi apa penyelesaiannya?  
Jadi untuk mencapai KPI, mereka akan turunkan gred markah A. Itu di universiti. Bagaimana mana pula di situasi sebenar peringkat persekolahan. Dalam laporan kali ini, ia menyentuh soal penilaian bagi keputusan SPM yang ada sekarang ini. Biasanya setiap tahun, peratusan markah akan disemak semula.
Setiap tahun, penanda aras markah A adalah berubah-ubah mengikut kehebatan calon-calon dan corak soalan yang disediakan pada tahun tersebut.

Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?

Harvard University Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?
Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar  Malaysia untuk masuk ke universiti paling berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.
Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini? 
Sekarang ini, beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM. Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya dalam diri setiap pelajar?

SPR tukar istilah, ‘undi ditanda’ bukan dibuang

KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Antara pindaan pada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian, kecuali bagi mereka yang mahu mengundi daripada 50 meter pada masa kini kepada 100 meter.

Di bawah pindaan dalam subfasal 8(c), perkataan "tempat mengundi" yang kini digunakan, akan digantikan dengan "pusat mengundi".

AMK kecam pindaan, mahu Auku dimansuh


AMK tawar hapus PTPTN jika Pakatan perintah
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), yang bacaan kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai satu retorik "gula-gula politik semata-mata."

Sehubungan itu, Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Saifullah Zulkifli berkata, pihaknya mahu golongan mahasiswa menentang pindaan Auku dan mendesak agar ia terus dimansuhkan.

"Terbaru pada hari ini, pindaan membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik tetapi tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kampus.

PSC Lynas mula mesyuarat minggu depan

Jawatankuasa itu perlu menunggu sehingga 12 April bagi mendengar keputusan semakan kehakiman mahkamah yang difailkan penduduk Kuantan Februari lalu.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dijangka akan mula mengadakan pertemuan pertamanya pada minggu hadapan.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya itu perlu menunggu sehingga 12 April bagi mendengar keputusan semakan kehakiman mahkamah yang difailkan penduduk Kuantan Februari lalu.
“Ada semakan kehakiman mengenai perkara berkenaan. Jadi kita mesti tunggu sehingga keputusan terhadap semakan kehakiman itu selesai. Saya cuba untuk adakan (mesyuarat) minggu depan,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Pengarah SKMM didakwa subahat rasuah dengan isteri


Timbalan Pengarah SKMM didakwa subahat rasuah dengan isteri
SHAH ALAM - Seorang timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat dengan perbuatan rasuah isterinya dan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta membabitkan nilai RM250,000 pada Mac lepas.

Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Mahathir: ‘Saya tak dendam dengan sesiapa’...ha.ha..ha..lebong tok ki det..!!!

Mahathir: ‘Saya tak dendam dengan sesiapa’
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berdendam dengan sesiapa, termasuk bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dalam respons segera terhadap pendedahan dalam temu bual bekas pemimpin MIC itu yang tersiar dalam akhbar New Sunday Times semalam, Dr Mahathir berkata beliau "amat sedih" apabila Samy Vellu terus-menerus mengenepikan pemimpin berkebolehan seperti bekas presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan mendiang Tan Sri M.G Pandithan yang memiliki "potensi untuk menjadi penggantinya (Samy Vellu)."

Dr Mahathir juga menyangkal dakwaan bahawa beliau mempunyai peranan dalam kekalahan mengejut Samy Vellu bagi kerusi parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum 2008.

Bila pendidikan jadi sayur dan ayam

Sebelum saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah saya tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan ini disusun.  Saya sedang cuba untuk mengolah kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat dan sosial hari ini.  Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma.  Mesej utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.

Kerajaan Patut Beri Tanah Felda Sabah Kepada Penduduk

SHAH ALAM, 9 APRIL : PKR mendesak supaya tanah sebanyak 306,000 ekar di bawah FELDA Sabah diberikan sepenuhnya kepada penduduk negeri itu seperti di bawah perjanjian Felda 1979.
PKR Cabang Kota Kinabalu menuntut agar tanah yang bernilai enam billion itu tidak diambil di dalam usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham, Kuala Lumpur.
Pengerusinya Christina Liew berkata lebih kurang 10 peratus daripada 306,000 ekar tanah tersebut telah dibangunkan.
Selain itu, pentadbiran Felda Sabah juga mencurigakan kerana fakta tentang tanah yang telah dibangunkan dan berapa ramai penduduk yang terpilih di dalam skim itu tidak didedahkan sehingga kini, katanya.

Waris dakwa Ketengah gagal bela penduduk


KUALA LUMPUR, 9 April: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) mendakwa nasib masyarakat di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak dibela kerajaan.

Presidennya, Roslan Ismail berkata, masyarakat di sana sejak sekian lama berdepan masalah tiada sumber pendapatan akibat kegagalan projek yang diusahakan pihak Ketengah.
[Gambar: Roslan (tengah) bersama Mahfuz pada sidang di lobi Parlimen.]
Antara kegagalan yang boleh dilihat termasuk kilang IKS yang kini kosong, pangkalan bot Tasik Kenyir yang tidak berfungsi, kilang playwood yang tidak beroperasi, ladang kedondong yang tidak menjadi serta ladang misai kucing yang tidak membuahkan hasil.

SPR bersiap hadapi PRU13 Jun ini


undi
KUCHING - Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof hari ini tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.
Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.
"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun... tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di sini.

Tidak Mahu Hapus PTPTN, PM Tiada Kesungguhan Bantu Rakyat


SHAH ALAM,9 APRIL : Penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan sejauh mana kesungguhan Kerajaan Pusat membantu rakyatnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sikap liat Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu juga membuktikan kepupusan daya kreativiti pemimpin Umno-BN.
Husam menambah, terkesan dengan reaksi positif rakyat dengan cadangan yang dibawa Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, Najib terpaksa mengelirukan rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion.
“Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

SMM Tekad Teruskan Perhimpunan Bantah PTPTN

SHAH ALAM 9 APRIL : Biarpun tidak mendapat kerjasama daripada pihak polis, perhimpunan membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan tetap diteruskan, tegas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang.
Tindakan itu ujarnya, selari dengan pendirian Kerajaan Pusat ketika ini yang dilihat memandang enteng isu bebanan PTPTN terhadap golongan mahasiswa.
“Oleh sebab itu, kami SMM tidak akan berganjak daripada tindakan berdemo pada Sabtu (14 April) ini di Stadium Merdeka.
“Perhimpunan ini bertujuan sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan yang tidak peka isu pendidikan percuma negara ini seterusnya memansuhkan PTPTN yang membebankan,” jelas Safwan yang dihubungi melalui panggilan telefon.

PTPTN: Umno Jaja Modal Melayu

 
SHAH ALAM, 9 APRIL : Sekali lagi modal ‘Melayu’ digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu kononnya peluang kaum ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti bakal terjejas ekoran pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata persoalan pokok yang seharusnya dijawab kerajaan ialah keikhlasan mereka merealisasi hak pendidikan percuma kepada Melayu (bumiputera) seperti yang termaktub didalam perlembagaan.
“Inilah modal terakhir mereka untuk menakut-nakutkan rakyat, penghianat Melayu sebenarnya adalah Umno itu sendiri,”ujarnya.

NFC's Kazakh condo: More charges possible, says police, but fears of 'sandiwara' rife

NFC's Kazakh condo: More charges possible, says police, but fears of 'sandiwara' rife The mysterious Kazakh leg of the Shahrizats' property investment may soon see the light of day but critics doubted that much would be unveiled given the political sensitivity to Prime Minister Najib Razk who has been implicated in the NFC's purchase of a RM1.7million luxury apartment there.
The National Feedlot Centre cattle project was granted to the family of former Umno minister Shahrizat Jalil to oversee in 2006, but they have been accused of abuse of power and corruptly using a RM250 million government soft loan to benefit themselves and buying a series of expensive condos and upmarket restaurant chains.

CERIA : Kerajaan Pusat Jangan Main Politik

 
SHAH ALAM, 9 APRIL : Kerajaan Selangor berharap program CERIA yang dilancarkan semula oleh Kerajaan Pusat dijalankan secara ikhlas dan tidak bertindih dengan program CERIA Kerajaan Selangor.
“Matlamat program membaikpulih ini adalah untuk membantu rakyat dan bukan untuk sebarang kepentingan politik yang sempit,” ujar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini Kerajaan Selangor memperuntukan nisbah 80:20 bagi menanggung kos pemulihan kemudahan pangsapuri seperti lif, saluran kumbahan dan papan tanda.

Bila artis dan sasterawan sertai PAS


KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Kantoi : Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b - Husam

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

Gunfire from Syria hits border camp in Turkey

Guan Eng Hits Out at Utusan Awang Selamat

Isu Vale Senyap

Kebangkitan neo-liberalisme

Pakatan Rakyat dedah pemberian tanah kepada kroni

Anti-ISA protesters march to Parliament House

Bicara UT 5 Parasit Politik (part 9)

Nurul Izzah: We Are Malaysian & No One, No Party, No Bigot Can Take That Away From Us

Kantoi : Curi susu dirakam CCTV

ROMPAK DUIT ORANG MISKIN !

Malaysia BANKRUPT...?

Mansuh ISA - Memorandum Kepada Perdana Menteri

Logo 1Malaysia bukan jaminan tidak diseludup keluar


KUALA LUMPUR, 9 April: Logo 1Malaysia yang dilekatkan pada bungkusan gula dan tepung bukan jaminan bahawa dua barangan keperluan tersebut tidak akan diseludup keluar dari negara ini.

Walaupun dilekatkan logo berkenaan, rakyat tahu barangan tersebut merupakan barangan yang disubsidikan kerajaan, dan masih boleh diseludup jika mahu.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar), menegaskan logo 1Malaysia yang diletakkan pada bungkusan plastik gula dan tepung gandum masih boleh diseludup sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab mengoyak palstik berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain.

NFCorp mungkin didakwa atas kesalahan lain, kata ketua JSJK

KUALA LUMPUR, 9 April  - Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini berkata, National Fidlot Corporation (NFCorp) mungkin akan dikenakan dakwaan atas kesalahan lain daripada siasatan pihak polis.

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata, ini kerana siasatan masih lagi dijalankan terhadap syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek penternakan lembu tersebut berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam, dan belum ditutup.

"Ada kemungkinan (akan ada dakwaan baru)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

NFC : Rafizi ulang desakan untuk cagarkan harta Shahrizat

KUALA LUMPUR 9 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini didesak mencagarkan segala harta keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada kerajaan Malaysia sebagai timbal balik pembayaran pinjaman RM250 juta.
Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata memandangkan prestasi kewangan NFCorp tidak memungkinkan syarikat itu membayar kembali dana yang dipinjam, tindakan paling wajar adalah mengenakan syarat ‘jaminan peribadi’ ke atas keluarga beliau.
“Tindakan pentadbiran BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjemput tender baru untuk meneruskan projek fidlot kebangsaan yang kini diterajui NFCorp menimbulkan pelbagai persoalan dan keresahan.
“Ia mengesahkan NFCorp kini dalam proses menarik diri dari projek tersebut. Tindakan pengurusan kanan NFCorp seperti Datuk  Seri Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan Wan Shahinur Wan Salleh (anak Shahrizat) melupuskan segala asset yang dibeli dengan dana RM250 juta menguatkan lagi spekulasi NFCorp berniat menutup perniagaannya.

Pakatan Rakyat rangka usul batal ISA


KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan satu usul sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan bagi tujuan pembatalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan bahawa dua undang-undang yang akan dibentangkan oleh kerajaan tidak akan terpakai sehingga ia dirujuk kepada rakyat.

"Apa sahaja alasan untuk kita memperkenalkan undang-undang baru walhal sudah ada undang-undang yang cukup ketat untuk kita kawal kegiatan jenayah termasuk pengganas.

Let’s meet man to man: Altantuya’s dad to Najib

The father of the slain of the Mongolian national says the last time he tried to meet the premier, the latter bolted.

KUALA LUMPUR:  The father of slain Mongolian national Altantuya Shaariibuu today said he wished to meet Prime Minister Najib Tun Razak “man to man.”
Speaking to reporters in Parliament on his three-day visit here, Setev Shaariibuu said – through a Mongolian translator – that the last time he wanted to meet Najib, the latter “ran away.”
“I wanted to meet the PM, but he ran away. I don’t mind meeting him again. Just to appeal to him… I don’t want to meet him as anyone but as a father, man to man,” he added.
The univeristy professor said that all he wanted to seek after almost six years was “real justice” and to bring the remains of his daughter back home.
Setev said that it was in accordance with the family’s religion that a burial should be hastened for Altantuya’s soul to rest in peace.

PKR gives Najib 7 days to suspend Musa and Anifah, probe RM400mil timber scandal

PKR gives Najib 7 days to suspend Musa and Anifah, probe RM400mil timber scandalPKR leaders have given embattled Prime Minister Najib Razak 7 days to take action against Sabah Chief Minister Musa Aman and his brother Anifah, the federal Foreign Minister, over a RM400 mil timber scandal.
"We want Prime Minister Najib to instruct Anifah and Musa to take leave from their official duties, and hold them answerable to the allegations," PKR strategy director Rafizi Ramli told a press conference at the Parliament lobby on Monday.
Brotherly help
Whistleblower website Sarawak Report had a day ago accused Anifah of "secretly" receiving timber licenses thanks to Musa's influence.
PKR had set up a Special Task Force to look into timber three months ago and their efforts have borne fruit. They plan to make public further details should Najib refuse to act.
Already, the PKR led by Wan Azizah Wan Ismail and her husband Opposition Leader Anwar Ibrahim have created jitters in the BN, particularly Umno with a recent barrage of expose's involving abuse of power and corruption at the National Feedlot Centre run by the family of former minister Shahrizat Jalil.

‘Mafia’ trio Gani, Musa, Anifah cornered MACC files

Even as new revelations surface about MACC thwarting investigations in Sabah, infighting within Sabah Umno is threatening Najib's influence.
KUALA LUMPUR: Sabah’s most influential men – Attorney-General Abdul Gani Patail, Chief Minister Musa Aman and his brother Foreign Minister Anifah – allegedly blocked the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigations into tens of millions of ringgit worth of secret timber concessions and money laundering.
Leaked MACC documents revealed that Gani had allegedly shelved files on the investigation and refused to prosecute.
MACC’s investigation into Musa nominee Michael Chia’s arrest in Hong Kong in 2008 had allegedly thrown up details of the secret timber concessions within the family and Gani’s close ties to the Aman family.

Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?


KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.

"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird?

"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.

Memorandum Mansuh ISA Desak PM Tunai Janji

 
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Gerakan Mansuh ISA (GMI) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya melaksanakan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA) serta merta seperti yang diumumkan pada 15 September tahun lalu.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keutamaan sekarang adalah membatalkan ISA yang digunapakai sehingga mengakibatkan tahanan terpaksa menunggu begitu lama tanpa mengetahui status bersalah atau tidak.

SPR bincang syor PSC 18 April


logo PSC
KUCHING -  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 18 April ini bagi membincangkan dan membuat keputusan berhubung 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata syor berkenaan sudah diterima SPR selepas diluluskan Dewan Rakyat 3 April lepas.

"Panel kami seramai tujuh orang ini akan meneliti kesemua syor itu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya dalam sidang berita selepas merasmikan taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya di sini.

Umno perlu henti politik sempit terhadap profesional


KUALA LUMPUR, 9 April: Tindakan Umno mensabotaj sistem pendidikan dan pencabulan ke atas golongan profesional Melayu sangat dikesali kerana ia jelas untuk kepentingan politik parti tersebut.

Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) kecewa kerajaan Umno mengambil tindakan terhadap golongan profesional, khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan hanya kerana sentimen politik sempit.

Katanya, situasi itu berbeza dengan MCA yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat para profesional di kalangan kaum Cina yang terlibat dengan politik.

Pada sidang media, di Dewan Rakyat, pagi tadi, Che Uda menegaskan kaum Cina dilihat lebih realistik dalam membezakan tahap profesional dengan fahaman politik dalam tindakan mereka.

Auku: Pelajar IPT boleh jadi ahli parti politik


KHALED NORDIN
KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Auku), yang membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi menjadi ahli parti politik, dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.
Ia dibentangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia termasuk parti politik.

Bagaimanapun ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti


KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana  Menteri  untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan. 

IGP enggan ulas perhimpunan BERSIH 3.0

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar masih enggan mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada 28 April.

Ditanya dalam satu sidang media hari ini, Ismail berkata, wartawan perlu menunggu sehingga sidang akhbar selepas ini untuk dimaklumkan mengenai persediaan polis untuk menghadapi perhimpunan berkenaan.

Negara Islam Maju Impian PM Bertentangan Amalan Rasuah BN

SHAH ALAM, 9 APRIL : Impian Datuk Seri Najib Razak ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju disifatkan sebagai kenyataan politik yang bertentangan dengan amalan kepimpinan negara.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata impiannya itu sangat bertentangan dengan amalan kepimpinan rasuah dan penyelewengan yang dibawa oleh Umno-BN.
“Sudah 12 kali pilihanraya atau sudah 54 tahun memerintah negara, baru kali ini mereka (Umno) baru bercadang untuk tujuan ini?.

Hapus PTPTN jejas Melayu alasan Pak Pandir


KUALA LUMPUR, 9 April: Umno sekali lagi cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.


“Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Apa kena mengena dengan Melayu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad  kepada Harakahdaily.

Beliau juga mempersoalkan bukankah yang meminjam PTPTN adalah majoriti Melayu dan yang miskin juga orang Melayu.