SHAH ALAM,5 APRIL : Suruhanjaya Piliharaya (SPR) diseru supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dengan menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru yang menunjukkan ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor berkata sepatutnya, Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau.
KUALA LUMPUR, 5 April — PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar), pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.
Jelas beliau, pihaknya telah mengenalpasti lokasi memproses kad pengenalan dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
“Kami menyokong Ahli Parlimen Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) tentang wujudnya sindiket pegawai peringkat tertinggi kerajaan untuk menukar kad pengenalan merah kepada biru,” katanya pada sidang media di sini.
“Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu. Ia sindiket yang besar untuk daftarkan warga asing jadi pengundi.”













Usahawan Bumiputera didakwa masih terpinggir sehinggakan mereka gagal bersaing walaupun pelbagai dasar dilaksanakan termasuklah Program Transformasi Ekonomi.
Teruja dengan pengumuman perhimpunan BERSIH 3.0 tadi, Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengadakan Himpunan Hijau 3.0 bersama BERSIH 3.0, dan menjangkakan bahawa perhimpunan yang mengumpulkan suara rakyat ini bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah negara.
KUALA LUMPUR, 5 April: Menteri Pelajaran diminta menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara. 





