Selasa, 3 April 2012

Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh

KUALA LUMPUR, 3 APR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah.

MP Umno-BN Tolak Cadangan Bersihkan Daftar Pemilih

KUALA LUMPUR 03 APR : Gagasan Umno-BN yang menguasai Dewan Rakyat hari ini menolak cadangan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya Malaysia dengan membersihkan daftar pemilih dari lebih 50,000 pengundi yang statusnya diragukan.
Majoriti MP Umno-BN juga telah menolak cadangan yang dibawa MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memgembalikan lebih 30,000 pengundi-pengundi yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka ke lokasi mengundi yang asal.

Insiden di Dewan Rakyat memalukan - Mahfuz


KUALA LUMPUR, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar)  menyifatkan insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini cukup memalukan.

Beliau merujuk tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin yang meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa mengambil kira pandangan anggota parlimen.

"Saya cukup kecewa hari ini, dan insiden ini adalah memalukan apabila Speaker membuat satu keputusan tidak mahu menerima pandangan dan ahli parlimen khususnya Pakatan Rakyat,"katanya dalam sidang media.

Katanya, Speaker meminta hujah daripada anggota parlimen malah hujah berkenaan dibentangkan akhirnya beliau menolak mentah-mentah dengan alasan laporan minoriti tidak menjadi amalan parlimen negara ini.

Jasad Keluar Negara, Nama Didaftarkan Sebagai Pengundi

SHAH ALAM, 3 APRIL : Kepincangan sistem pilihanraya Malaysia terbukti sekali lagi apabila seorang pembantu akauntan mendakwa beliau didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.
Lebih memeranjatkan lagi, Jeisha Nukasy, 36, didaftar sebagai pengundi pada Feb 17 semasa beliau berada di luar negara atas urusan kerja.
Menurut ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei, Jeisha bukan kes pertama yang beliau pernah temui.
Jeisha mendakwa beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa beliau berada di Thailand.

Tahniah : Harga Minyak RON97 Naik 10 Sen Lagi (Daripada RM2.80 Kepada RM2.90)!!

Harga Minyak RON97 Harga Minyak RON97 Naik 10 Sen Lagi (Daripada RM2.80 Kepada RM2.90)!!
Ini adalah berita terbaru yang diterima. Harga minyak RON 97 naik lagi sebanyak 10 sen menjadikan harga minyak RON97 sebelum ini RM2.80 bakal menjadi RM2.90. Kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 3.5% bermula tengah malam ini.

Najib kata jangan tukar pemandu, tetapi beliau memandu dalam keadaan mabuk

Hari ini Najib mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya. Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

MERAH PADAM MUKA SPEAKER LANGGAR PERATURAN PARLIMEN

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia merah padam mukanya ketika menangguhkan Sidang Dewan Rakyat. Dengan tergesa-gesa Speaker meluluskan Usul dari PSC berkenaan penambaikan pilihanraya tanpa dibahas. Terbukti Speaker 'bulldoz' peraturan dan amalan Parlimen Komanwel yang membenarkan 'minority report' dibentang bersama dengan usul seperti amalan parlimen negara-negara komanwel lain.

Ternyata Speaker berat sebelah dan melanggar amalan parlimen komanwel. Blog ini mencadangkan supaya perkara diadukan kepada komanwel.

Bersih 3.0 : Rakyat Malaysia Akan Diadakan Lagi Pada 28 April 2012 Ini?


Bersih 3.0 Bersih 3.0 : Rakyat Malaysia Akan Diadakan Lagi Pada 28 April 2012 Ini? Setuju Atau Tidak?
Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka…..
Dijangka perhimpunan Bersih 3.0  Malaysia kali ini bakal diadakan :

Najib membuat jenaka kepada demokrasi yang telus

SOROTAN

Isu mereformasikan perjalanan proses pilihanraya di negara ini bermula sejak dari awal lagi namun kesedaran secara massa tercetus seiring dengan kesedaran rakyat terhadap tanggunggungjawab demokratik mereka untuk menentukan masa depan politik melalui proses berpilihanraya.

Selama ini proses perjalanan pilihanraya tidak sangat diambil berat oleh rakyat namun setelah usaha menyedarkan orang ramai melalui tindakan BERSIH sejak Julai 2005 kesedaran mula tercetus.  Objektifnya mudah iaitu mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.  Pada September 2006 dalam resolusi "bengkel reformasi politik" jawatankuasa menyatakan beberapa objektif jangka pendek dan jangka panjang.  Pada 10 November 2007 satu perhimpunan besar-besaran diadakan untuk menuntut reformasi pilihanraya disertai dengan memorandum kepada Agung bagi menyatakan kepincangan SPR yang tidak menjalankan tugasnya secara adil dan saksama.  Tuntutan BERSIH ketika itu terbatas kepada EMPAT perkara:

SMM kesal dengan kejadian belasah mahasiswa di Kampung Kerinchi

1. SMM kesal dengan kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi.  Ini menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang berkepentingan.
Gambar Adam Adli yang telah ditumbuk.
2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa mengandungi unsur muslihat.  Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh pemindahan.  Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.

3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara?  Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.

4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka.  Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah digugurkan daripada rekod.  Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Teresa Kok: Donald Lim harus hentikan sikap hipokrit

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor, Teresa Kok menasihatkan Pengerusi MCA Negeri Selangor, Donald Lim Siang Chai (gambar bawah) agar berhenti daripada terus menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu salah air di Selangor dan isu kabel bervoltan tinggi di Kampung Sungai Terentang Rawang.

"Sikap hipokrit dan tidak produktif ini tidak mencerminkan sikap matang seorang Timbalan Menteri, tetapi lebih kepada bermain politik.  Beliau harus peka serta berganding bahu dengan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu-isu yang menjejaskan rakyat," kata Kok.

Penyata minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

1.0  Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai Dr.Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi.  Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).  Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.
 

Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

Hari ini kecoh dewan sebab pada pukul 3.30 hari ini Tuan Speaker telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya.  Tuan Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya dalam keadaan kekecohan di dewan petang tadi dan sebelumnya telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen untuk keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen.  Saya boleh angkat topi kepada Tuan Speaker kerana dapat melakukan semua keputusan tersebut dalam masa tak sampai 15 minit.  Tapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi pada saat semua pihak menanti-nanti laporan JK untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita?

Sebenarnya Dewan telahpun kecoh sebelum berhenti rehat pukul 1 tengahari tadi apabila Speaker telah menolak usul awal dari pembangkang supaya minority report dibentangkan berserta dengan laporan JK kerana ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh anggota JK dari pembangkang yang berpendapat ia tidak menyentuh isu dasar tentang kepincangan SPR dari sudut Daftar Pemilih yang masih tempang. Speaker bertugas sebelum rehat tengahari iaitu Pandikar Amin Mulia (gambar kiri) menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan minority report.  Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belengu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan.  Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak minority report.

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: LOUD THOUGHTS

Haji Salleh akan terus lawan sehingga keadilan ditegakkan

The Brotherhood's quest for the presidency

Nak MANDI WAJIB Selalu - Ustaz Azhar Idrus

BERSUMPAH Tak Akan KAHWIN Kecuali Dengan GIRLFRIEND - Ustaz Azhar Idrus

MAKMUM Lambat IMAM Tahiyat AKHIR - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Diterima AMALAN Baik Jika Selalu TUDUH Orang Lain - Ustaz Azhar

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: TRAINING VIDEO FOR KERIS, WUSHU AND BOW AND ARROW

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: MY NEW HOME

" ETP Is Slow,Talk More Than Action "

" Fitnah Bayan Mutiara Sangat Bahaya "

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: AYAH KENAPA TEBANG POKOK PISANG

KG.KERINCHI: TEMPOH SEMINGGU UNTUK BERPINDAH

Khalid Samad: Kita Bukan Nak Jatuhkan Orang Melayu, Kita Nak Jatuhkan Orang Jahat & Rasuah

Anwar Ibrahim: Masalah MAS Kerana Masalah Pengurusan

Anwar Ibrahim: The Malays Will Be Better If We Do Implement Policies Deemed To Be Fair & Just

Anwar Ibrahim: Isu Korupsi Di Malaysia

Anwar Ibrahim: Isu PTPTN

Anwar Ibrahim: Isu IPP (Independent Power Producer)

Tan Sri Pandikar Amin Mengarahkan 3 Ahli Parlimen Keluar Dewan

Video parlimen "rimba" halau YB Pakatan Rakyat -2



Video streaming by Ustream

Video parlimen "rimba" halau YB Pakatan Rakyat -1

Najib Gagal.. SPR rancang Tipu!!!!! Bersih 3.0 Bermula!!!!!

 Pakatan: PSC gagal tangani baik-pulih sistem p'raya

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya telah gagal untuk menangani baik pulih sistem pilihan raya yang amat diperlukan, kata ahli parlimen pembangkang yang menganggotai PSC.

azlanWakil Pakatan Rakyat mendakwa kebimbangan asas mengenai sistem
pilihan raya kekal masih tidak diselesaikan, yang paling penting ialah kekurangan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Azmin Ali (PKR-Gombak), Anthony Loke (DAP-Rasah) dan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata mereka telah memfailkan usul di bawah Perintah Tetap 30 (1) menggesa supaya laporan PSC diagihkan kepada ahli parlimen dipinda./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   

‘Bowing to Umno’ Speaker draws flak

Pakatan Rakyat MPs blasted Pandikar Amin Mulia for not listening to them and for pushing the PSC report through without a debate.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia has come under fire for approving the Parliamentary Select Committee (PSC) report on electoral reforms without debate.
Opposition Leader Anwar Ibrahim also condemned Pandikar for not listening to Pakatan Rakyat’s challenge with regard to attaching a minority report.
“It has been allowed in New Zealand, Australia, Canada, the United Kingdom and Jamaica. He (Pandikar) does not want to allow for a discussion.
“He challenged us three times to come up with a precedent. When we raised this, he didn’t want to listen,” the PKR Permatang Pauh MP told a press conference in Parliament.

The R.A.H.M.A.N prophecy and the last Umno prime minister of Malaysia

The R.A.H.M.A.N prophecy and the last Umno prime minister of MalaysiaLike Dan Brown's bestsellerThe Da Vinci Code, Umno members have their own secret oracle for predicting who will be their party president and consequently, Malaysia's prime minister. It is called the R.A.H.M.A.N prophecy. And whenever there is a dispute over who is the better leader or who should replace whom, these 6 alphabets are invariably trotted out and used to back up arguments and so forth.
Currently, the Umno president is Najib Razak, who also happens to be the 6th party president and Prime Minister of the country. This is ominous as based on the R.A.H.M.A.N code, Najib may turn out to be a 'Pu Yi', who was the last emperor of China. Even if Najib is not the last Umno president, there are many Malaysians including Umno members who believe he may be the last Umno prime minister of Malaysia.

Bukan Setakat Driver Kereta Sekali Kena Tukar

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.

Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.

Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul

Siap Siaga Hadapi ‘Silap Mata’ PRU 13

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya bersiap siaga menghadapi apa jua tipu daya yang bakal tersingkap menjelang PRU ke 13. Ini berikutan dengan laporan media yang menyatakan bahawa terdapat 17 buah kerusi Parlimen mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus bilangan pengundi sejak pilihan raya umum 2008.

Protes aman tukar kecoh, Adam Adli ditumbuk


Kekecohan di kawasan rumah pangsa Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pagi ini.
KUALA LUMPUR - Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi di sini hari ini, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka.

Kekecohan ini juga menyaksikan penuntut kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
 
Turut berada di lokasi ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyokong permintaan  penduduk yang mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

Umno kata PAS kata undi PAS masuk syurga

Haji Subky Abdul Latif

3 APRIL — Sejak lebih 30 tahun apabila kerajaan dan pimpinan Umno dianggap rasuah, pemimpin Umno tidak menafikannya tetapi mengalihkan anggapan itu dengan berkata, rasuah paling teruk ialah parti politik yang menjanjikan syurga kepada pengundi yang mengundinya.
Ia diulang-ulang hingga hari ini oleh penyokong-penyokong Umno.
Dengan berkata begitu, Umno tidak kata ia tidak rasuah, tetapi menyindir ada yang lebih rasuah iaitu parti yang dikatakannya menjanjikan syurga kepada penyokongnya dan sesiapa yang mengundinya.

Bersih 3.0 akan dianjurkan bulan Mei setelah perubahan pengundian ditolak oleh Najib

Bersih 3.0 akan dianjurkan bulan Mei setelah perubahan pengundian ditolak oleh NajibGerakan untuk pilihanraya bebas dan adil, Bersih dijangka menganjurkan rali Bersih 3.0 yang ketiga dalam bulan Mei, ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menyelesaikan keprihatinan rakyat dan juga keengganan nya untuk mengamalkan praktik terbaik dan cadangan perubahan.
“Besar kemungkinan dalam bulan Mei,” satu sumber memberitahu Malaysia Chronicle.
Sehari yang lepas, Naib Presiden PKR Azmin Ali mengecam PSC sebagai gagal, dan mengusulkan satu notis kepada Speaker Parlimen untuk pindaan dibuat kepada lapuran akhir PSC.
“Ini supaya Spekar boleh ambil perhatian kepada niat kita untuk meminda usul yang akan di bentangkan berkenaan lapuran PSC, dan melampirkan lapuran kecil kepadanya,” kata Azmin.

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan, PSC gagal....

Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa terpilih parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:
  • Manipulasi dalam daftar pemilih
  • Skanda undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia
  • Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrid kesalahan pilihan raya
  • Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'
  • Pemerhati undangan antarabangsa
Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

“Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.

Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh


KUALA LUMPUR, 3 April: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh.

Ianya berlaku ketika Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyambung giliran membahaskan usul syor itu selepas persidangan rehat tengah hari ini di hadapan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya bangun mencelah dengan membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak laporan minoriti awal pagi tadi.

PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

PSC : Tak wujud 'minority report', kata speaker

Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihan raya yang dibentangkan hari ini.

parliament speaker pandikar amin pc 250608 03Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Laporan minoriti atau minority report merujuk kepada laporan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua anggota jawatankuasa untuk mengesahkan pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat majoriti.

PSC : Tiga MP pembangkang diarah keluar dewan

NONETiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

PSC syor SPR kaji sistem pilihan raya baru

Parlimen mengesyorkan agar negara menggunakan sistem pilihan raya yang baru bagi menggantikan sistem majoriti mudah, yang digunakan sejak lima dekad lalu, agar sesuai dengan peredaran masa.
Dalam laporan yang dibentangkan hari ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh meneliti cadangan itu kerana ia merupakan perkara melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dan melaporkan semula kepada panel itu.

Wakil PSC Pakatan tolak format laporan

Jawatankuasa terpilih parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya menjalankan undi belah bahagi di antara sembilan orang anggotanya untuk memutuskan isu kontroversi, termasuk berhubung format laporannya.

Tiga orang MP pembangkang  dalam jawatankuasa itu daripada PKR (Gombak), DAP (Rasah) dan PAS (Kuala Krai) membantah format laporan tersebut, berbanding enam ahli lain yang bersetuju.

Kerajaan sementara: SPR disyor rangka kod etika


logo_psc
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merangka satu kod etika tatalaku berkenaan kerajaan sementara ketika negara mengadakan pilihan raya umum.
Kod etika tatalaku itu terpakai kepada kerajaan peringkat negeri dan pusat sebaik sahaja Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan.
Sebagai salah satu daripada 22 syor yang dikemukakan, PSC berkata, SPR disyorkan menyediakan satu garis panduan dan kod etika tatalaku, dalam tempoh tiga bulan dari hari ini, yang terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah satu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat persekutuan atau negeri.

Petronas to cut dividend to govt

Petronas to cut dividend to govtPetroliam Nasional Bhd, Malaysia’s state oil company, plans to lower its annual dividend paid to the government to RM28 billion (US$9.2 billion) this year as it holds onto cash to help reverse a production slump.
“We need to grow,” Shamsul Azhar Abbas, the group’s chief executive officer, said in an interview in Kuala Lumpur on March 30. “Energy reserve is not finite, it will deplete. You can’t be sucking us dry.”
Petroliam Nasional, which manages all the Southeast Asian nation’s energy reserves, is the biggest single contributor to government revenue, having paid RM30 billion in dividends for each of the past three financial years. Shamsul, who took over as CEO in 2010, wants to retain more of the company’s profits to invest in exploration after seeing Malaysia’s oil and gas production fall for three straight years.

Anggota PSC Pakatan pohon laporan minoriti


KUALA LUMPUR, 3 Mac: Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat memohon satu Penyata Minoriti dimasukkan dalam laporan mereka untuk mengenengah lima perkara yang tidak selesai.

Tindakan ini bertujuan untuk membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC.

Permohonan itu dikemukakan oleh Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak), Loke Siew Fook (Rasah) dan Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli (Kuala Krai).

Panel mahu SPR bersihkan daftar pengundi

KUALA LUMPUR, 3 April — Panel khas Parlimen menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan keutamaan bagi membersihkan daftar pemilih daripada sebarang kegiatan manipulasi.
Panel berkenaan dalam laporan akhir mereka yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini turut mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) diteruskan bagi memantau dan memastikan daftar pemilih terus bersih dan bebas.
Cadangan tersebut dikemukakan selepas dakwaan berterusan pemimpin pembangkang dan kumpulan pemerhati seperti Bersih 2.0 terhadap kegiatan manipulasi dalam daftar pemilih, termasuk kewujudan pengundi bertindih dan peningkatan mencurigakan di sesetengah kawasan pengundian.
Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.
Selepas13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.

Today in History, Tuesday, April 3

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: LAUNDRY

BANGSA MALAYSIA COMPILATION: JOM GI MINUM

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul Pekida..!!

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.
Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. Difahamkan Ekhsan kini ditahan di Balai Polis Lembah Pantai.
Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.
Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.
Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.
Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.
Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.
Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah.

PSC : 'Hanya bubar Parlimen selepas tahun ke-4'


logo_psc
PILIHAN RAYA 1
PILIHAN RAYA 2
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), yang ditubuhkan enam bulan lalu, mengesyorkan agar Parlimen hanya dibubarkan selepas empat tahun mandat diperoleh bagi memudahkan persediaan semua pihak yang menyertai proses pilihan raya.

Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini, PSC berharap keperluan itu diperuntukkan dalam undang-undang.

Walaupun peruntukan itu tidak menetapkan tarikh pembubaran dan pilihan raya tetapi dilihat memenuhi sebahagian tuntutan pihak-pihak tertentu agar Parlimen hanya dibubarkan di akhir tempoh lima tahun mandat semasa.

Di bawah sistem demokrasi diamalkan di negara ini, pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali.

Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 diadakan empat tahun selepas pilihan raya umum 2004.

Sejak negara merdeka pada 1957, sebanyak 12 pilihan raya umum dan 10 pilihan raya negeri Sabah dan Sarawak telah diadakan.

"Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama

lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

"Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya," kata laporan PSC Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Kabinet memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa itu Ogos lalu dan pembentukannya diluluskan oleh Parlimen Oktober lalu susulan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut laporan itu, PSC mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa agensi itu hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

PSC dianggotai sembilan wakil rakyat masing-masing lima dari Barisan Nasional, tiga mewakili komponen Pakatan Rakyat dan seorang Ahli Parlimen Bebas.

Pandangan dan syor-syor PSC


22 syor PCC mengenai pilihan raya
SETELAH mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengambil kira perbincangan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada Lawatan Kerja, PSC mengemukakan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya seperti yang berikut:

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos

PSC: 20 tahun boleh layak daftar jadi pengundi


logo_psc
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mengkaji peruntukan melaksanakan prapendaftaran pengundi - bagi membolehkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi yang sah sebaik sahaja mencecah usia 20 tahun.

Bagaimanpun kelayakan minimum mengundi masih kekal 21 tahun.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)  mahu SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dari 1Malaysia ke 1 Auta.

Apa yang boleh kita jangkakan bila Najib memberi lapuran keatas diri nya sendiri? Takkan dia nak kata dia tidak baik? Dia tidaklah dumb as he looks untuk menurunkan markah keatas hasil kerja nya. Tentu semua baik. Dan dakwaan itu akan di sambut dengan ululah-ing dari para pengampu yang mahu di calunkan semula sebagai calun. Ini perkara biasa dalam budaya UMNO. Kualiti perkhidmatan kepada masyarakat adalah perkara secondary. Yang lebih utama ialah kepandaian menjilat Najib di bahagian yang tidak di pancar matahari. 

Tentu dia kata dia baik dan masih winnable. Dia pemandu yang baik. Orang lain hanya tabur janji. Takkan lah Najib pandir sangat- sebab itu kita mahukan kuasa untuk melaksanakan janji2 tersebut. Tanpa perlaksanaan dengan kuasa yang mereka ada, apa ada pada BN? kualiti janji mereka pun sudah auta besar. 

MCA, DAP dan Islam

Oleh Khalid Samad

Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.

Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN.

Revisiting the 1988 judicial crisis

In this first of a two-part article, our writer digs up a seminar presentation by the late K Das, who co-authored May Day for Justicewith sacked chief justice Tun Salleh Abas.

Everyone knows that wisdom among Malaysian politicians is rare, but perhaps few realise that the courage to tell the truth to people in power is just as rare, if not rarer.
One man with such courage was the late K Das, a playwright and journalist who became a household name in the 1970s and 80s, when he was the Kuala Lumpur correspondent for the now defunct Far Eastern Economic Review.
Das’ most enduring work is the 1989 publication May Day for Justice, which he wrote with Mohamed Salleh Abas after the latter’s infamous dismissal from his position as chief justice and lord president of the Supreme Court. Some have called the episode narrated in the book as the darkest hour in Malaysian judicial history.

Ape niat sebenar Dato Dr Hasan Ali ...????

Oleh wak labu

Nampaknye Dato Dr Hasan ni memang ada bukti yang nyata tentang isu murtad si Selangor. Tapi Wak heran mengapa dia tidak bawa perkara ni kepada pengetahuan yang bertanggung jawab dalam hal2 Agama Islam. Mengapa dia ber ia2 sangat hanya menyalah kan kerajaan Selangor sahaja.

Isu murtad ni sebenarnye bukan berlaku di Selangor sahaja, bahkan boleh di katakan berlaku di seluruh Malaysia. Dato ni nampak nye sengaje mahu mem buruk2 kan kerajaan Selangor yang sedang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

PRU dekat, Najib pilih sahabat dekat

Oleh BOESTAMAM SARI
SEORANG sahabat berkata, “Hasan Ali mungkin membazir kerana belanja besar ubah suai pejabat. Tapi, tidakkah kita juga bazir sebab ambil banyak masa sehingga baru dedahkan semua ini? Atau, inilah budaya politik kanan atau kiri? Apabila tidak sehaluan lagi, maka habislah diceritakan?”

Seorang kenalan lain berkata, “Ini bukan saja budaya politik malah budaya kehidupan kita semua termasuk mereka yang berkecuali. Kawan baik hari ini, mungkin dedahkan pekung kita esok apabila kita bukan lagi rakannya.” “Ya, sikap yang ketara nampaknya banyak berlaku di dalam dunia politik,” kata sahabat tadi berkeras. Selain itu, beliau menyentuh pendedahan Azmin ke atas pembaziran persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor sebanyak RM550,000 yang dikatakan lebih afdal disalur kepada rakyat.

'Feel good factor’ menjadi bahan lawak di kedai ikan

Oleh SELENA TAY
UNGKAPAN ‘feel good factor’ yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri 1-Malaysia, Najib Tun Razak telah menjadi bahan lawak di kalangan peniaga-peniaga di pasar pagi Kepong Baru. Maklumat ini diperolehi oleh penulis daripada tinjauan dan perbualan sembang-sembang penulis dengan peniaga-peniaga di pasar pagi tersebut.

Najib seringkali mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan diadakan hanya dengan kewujudan ‘feel good factor’.

Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
HUTANG negara kini adalah pada paras 53 peratus KDNK. Apakah maknanya ini? Dan apakah seperti ini sihat atau tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi ‘Keluaran Dalam Kasar Negara’), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).

“UMNO sakit, musuhi Melayu”


SUBANG JAYA, 3 APRIL: Adalah salah untuk menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu kerana parti itu sudah tidak lagi berbuat demikian – paling jelas dalam isu royalti minyak Kelantan di mana majoriti rakyat negeri Cik Siti Wan Kemabng adalah orang Melayu.
Demikian intipati hujah blogger Sakmongkol AK47 atau Datuk Ariff Sabri, bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, apabila ditanya bagaimana caranya untuk meyakinkan orang Melayu supaya tidak takut mengundi Pakatan Rakyat.

Mahathir kritik warisannya sendiri, baguslah!

Dr Mahathir berkata yang UMNO sedang kehilangan ahli yang mampu menjadi pemimpin. Kekurangan ini disebabkan ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak mendapat tempat kerana mereka takut dengan kehadiran mereka yang berwatak baik, berpelajaran dan berpendidikan professional dalam UMNO. Dalam PRU yang akan datang Mahathir mahukan UMNO menurunkan calon yang baik dan mendapat sokongan ramai.

Saya merasa gembira yang Mahathir mempunyai pandangan seperti ini, tetapi persoalannya kita ingin bertanya kepada Mahathir kenapa dan siapa yang memulakan budaya mengenepikan pemimpin yang berguna kepada rakyat dan membawa mereka yang tidak berguna untuk menjadi orang penting didalam UMNO dan kerajaan selama ini?

Pertabalan Agong : Sidang Dewan Rakyat ditangguh pada 11 dan 12 April ini.

alt
 
KUALA LUMPUR 3 April - Persidangan Dewan Rakyat tidak akan berlangsung pada 11 dan 12 April ini bersempena dengan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah  sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14.
 
Upacara Istiadat Pertabalan yang bakal berlangsung pada 11 April itu telah diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?

Kenaikan Harga Minyak Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?
Biasanya jawapan menteri dirangka, disusun dan disediakan oleh kalangan PTD. Tetapi seeloknya sebelum menteri memberikan jawapan di Dewan Rakyat, fahamilah isi kandungannya terlebih dahulu, sebelum membacanya. Jikalau tidak tahu bertanyalah, untuk menjaga kredibilitinya anda sebagai seorang menteri. 

Kenaikan Terbaru Harga Gula dan Bahan Api Tidak Akan Terlalu Membebankan Rakyat

Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit


 Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.

Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.