Ahad, 1 April 2012

Ezam, Nalla dan Umi Hafilda Sedang Membesarkan Kubur Untuk Najib

Oleh Shahbudin Husin
Semakin hampir tiba detik pilihanraya, serangan peribadi kepada Anwar semakin memuncak. Bekas pemimpin-pemimpin PKR sperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin dan lain-lain nampaknya begitu rancak menyerang peribadi Anwar berkaitan isu seks dan moral.

Laporan PSC diserah kepada wakil rakyat esok

Post Pic
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen (MP) esok.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata bagaimanapun laporan itu dijangka hanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada akhir minggu depan.
"Laporan itu adalah menyeluruh dan menyentuh semua isu utama. Sesetengahnya dipersetujui, sesetengahnya tidak. Tetapi anda akan dapat lihat semua itu dalam laporan itu. Tunggu sehingga esok. Kita akan tahu apakah cadangan yang dibuat," katanya kepada Bernama.

Saham FGVH bakal dikuasai pelabur asing?

Saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dipercayai bakal dimiliki pelabur asing sejurus selepas diseneraikan di bursa saham. Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr Rosli Yaakop mendakwa, FGVH akan memberikan sahamnya sebanyak 20 peratus kepada sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang pakar dalam kejuruteraan ‘poliochemical’. “Pemilik dan CEO syarikat itu adalah orang asing, bukannya rakyat tempatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Kami sertai DAP bukan sebab kerusi ..."Umno sudah sakit dan tidak boleh diubati"

SUBANG JAYA, 1 April - Atas kekecewaan terhadap kepimpinan parti, Datuk Arif Sabri dan Aspan Alias yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."
Kemasukan Aspan dan Arif dalam DAP
Malah, mereka turut menolak dakwaan blog-blog Umno bahawa mereka menyertai DAP atas sebab tiada kekosongan kerusi dalam parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS, dan PKR.

Mati Ketika Pasang Bendera,Blogger Umno Pembohong Besar !!!

Blog Azmi Awang Kelana Jaya menyatakan 2 orang yang mati terkena kejutan elektrik di Bukit Panau Tanah Merah adalah aktivis Umno.Baca SINI.Untuk besarkan klik imej.

Peranan Golongan Sufi dalam Pilihanraya

 Oleh: rozmal
"Sebelum ini seorang ahli sufi yang tidak terlibat dalam politik sering memberitahu saya bahawa golongan sufi ada cara mereka sendiri untuk membantu menegakkan syiar Islam baik sewaktu aman apatah lagi sewaktu peperangan dan pilihanraya. Saya bersetuju dengan pendapat ahli sufi tersebut, tapi ahli sufi tersebut memberitahu saya ramai yang tidak setuju dengan pendapat dia. Tadi saya menghadiri satu kuliah di surau oleh seorang ahli sufi juga, tapi dari tarekat yang lain. Ahli sufi tadi juga memberitahu peranan ahli sufi adalah besar dalam peperangan.

SPR masih menjadi perkakas pemerintah yang zalim

Tugas hakiki SPR adalah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah dilembagakan atau diberikan kepadanya. Tugas SPR yang aula sudah digariskan adalah meliputi kerja-kerja seumpama membuat peraturan-peraturan pilihanraya, kedua melantik pegawai dan kakitangan untuk tujuan pilihanraya, ketiga menyiap dan menyemak daftar pemilih  keempat menyemak dan mengubah sempadan kawasan pilihanraya 10 tahun sekali dan mengumumkan sesuatu kekosongan kerusi dewan. 



Di atas ini adalah antara kerja-kerja asas SPR. Kerjanya adalah terlalu amat mulia kerana membantu rakyat memilih pemerintah melalui sistem demokrasi. Jayanya SPR mengekalkan pilihan rakyat , adalah dengan menjalankan kerja amanahnya itu dengan jaya, tiada siapa boleh mempersoalkannya lagi. Maka di atas keputusan pilihan pemerintah itu oleh rakyat, maka rakyat beroleh kesejahteraan dengan apa yang mereka mahu dan pilihkan.

Fitnah UMNO : Jumpa di Mahkamah.....!!

Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang

Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Umno Selangor Bermimpi Di Siang Hari

SHAH ALAM 1 APRIL : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi disiang hari.
ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.
“Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.

Utusan Malaysia Surat Khabar Jahat Dan Munafik

Oleh: mohdnoorawang

"MEMANG KITA TAK BOLEH MENGHUKUM SESEORANG KAFIR DAN MUNAFIK. STOP.

Namun surat khabar utusan malaysia memainkan ius kafir dan munafik tanpa terselingduk dalam siarannya termasuk media tv milik pengampu umno termasuk tv3.

Isu yang hangat hari ini ialah kerjasama kerajaan atau indivudi pemimpin dengan negra Haram Israel

Mansuh PTPTN : DS Khaled Nordin patut berdebat dengan DS Anwar Ibrahim !

"1. Ramai peminjam PTPTN tertanya sama ada tawaran Pakatan Rakyat untuk mansuhkan PTPTN adalah sekadar retorik politik ataupun satu janji yang dapat dilaksanankan. 2. Untuk memberi pencerahan dalam isu ini, amat wajar sekali diadakan debat di antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ketua Pembangkang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3. Dari perdebatan ini, dapatlah peminjam PTPTN menilai secara menyeluruh isu ini untuk membuat keputusan dalam pilihanraya yang akan datang ini.

4. Sewajarnya debat ini dilakukan secara langsung di televisyen supaya dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.
5. Diharapkan kedua-dua pemimpin dapat memberi komitmen untuk menjayakan debat ini.
6. Berani kerana benar, takut kerana salah.

QADAFI MUHAMAD SHUIB
Admin Gabungan Peminjam PTPTN

Parlimen bahas laporan PSC minggu depan


undi
KUALA LUMPUR - Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, esok.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, bagaimanapun laporan itu dijangka hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada akhir minggu depan.
"Laporan itu adalah menyeluruh dan menyentuh semua isu utama. Sesetengahnya dipersetujui, sesetengahnya tidak. Tetapi anda akan dapat lihat semua itu dalam
laporan itu. Tunggu sehingga esok. Kita akan tahu apakah cadangan yang dibuat," katanya kepada Bernama.
Beliau  yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata laporan itu mengandungi 22 cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Keluarga si Jib

Oleh: paklongdin

"Chik
Besaq sungguh keluarga si Jib ni, kadang-kadang tak menang tangan jugak dia ngan si Mah ni nak jaga. Maklum la kan, anak-anak dah besaq panjang, depa punya buaih dah cara orang besaq-besaq... haha...
Mungkin dah letih kot dok kena kencin ngan anak-anak dan jugak ataih sikap rasa bertanggungjawab dia sebagai sorang ketua keluarga yang ulung dan dihormati... dia himpun duit siang malam untuk beli sekoq robot yang boleh kesan pembohongan... haha...

Support for NEP coming from ‘captive minds’, says Ku Li

KUALA LUMPUR, April 1 — Tengku Razaleigh Hamzah resumed his attack on the New Economic Policy (NEP) today, stating that “captive minds” continue to support it despite Malaysia moving further from its objective of redistributing wealth through pro-Bumiputera policies.
The Umno veteran said there has been “no intellectual inquiry” into why “despite many years of implementing the NEP, inequitable distribution of income continues to plague the people” as “we have become incapable of devising an analytical method independent of current stereotypes about Malays, Chinese, Indians and others.”
Ku Li today said, “…The NEP…has produced results that are diametrically opposed to the original intention of bridging the gap between the haves and the have-nots.” — file pic
“If the doctor keeps on prescribing the same medicine which produces opposite results, then something must be wrong with the doctor, and something more serious must be wrong with the patient who keeps on trusting the same doctor. “Our thinking is based completely on a racial world view when it comes to matters of politics, education, economics, planning, and so forth. Needless to say, we promote a racial world view that thrives on the policy of divide and rule,” the Kelantan prince said at a book launch in Ipoh this morning.
Tengku Razaleigh, popularly known as Ku Li, had in February said “as a former finance minister, let me emphasise that it was never the intention of the NEP to create an incubated class of Malay capitalists.”
His statement further fuelled scrutiny of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s policies after the Najib administration decided to settle out of court the RM589 million debt owed by former Malaysia Airline System Bhd (MAS) chief Tan Sri Tajudin Ramli.

Video Dong Zong tunjuk Wee diejek, dilempar objek

Kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong mendedahkan tiga video yang menunjukkan rakaman timbalan menteri pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong di satu perhimpunan anjuran kumpulan berkenaan, Ahad lalu.

Dong Zong menayangkan rakaman video sepanjang 15 minit itu kepada media hari ini, atas permintaan organisasi media tersebut, ekoran dakwaan Wee sebelum ini yang mendakwa telah diserang dalam perhimpunan berkenaan.

Kunjungan Anwar ke Gua Musang: Kubu Umno di Paloh pecah

Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerahmenyalakan gelombang merah.

Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik.

Keselamatan Lim Guan Eng Semakin Terancam

SHAH ALAM, 1 APRIL : Media kawalan Umno-BN, Utusan Malaysia dan TV3 bertanggungjawab ke atas keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerana berulang kali menyiarkan berita fitnah menyatakan beliau adalah penyebab kepada kehilangan tanah masjid di negeri tersebut.
Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam kenyataan akhbarnya berkata, berikutan laporan media itu, keselamatan Guan Eng secara peribadi kini terancam.

'Cerita April Fool, saya masih ahli Umno'..ha..ha..ha...macam2 ade..!!!


Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad
SENAI - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno  untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

“Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool’. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

Tindakan ala samseng malukan rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 1 Apr: Tindakan sekumpulan anak muda dipercayai diupah melontar objek keras sehingga menyebabkan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemik dianggap memalukan rakyat Kelantan.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, budaya tersebut mencemarkan imej rakyat negeri ini kerana perbuatan ala samseng sudah lama berlalu.

Katanya, perbuatan seperti itu sudah ditinggalkan pada 1960-an selepas berkuburnya kumpulan Pemuda Tahan Lasak Umno yang menghalang kemaraan PAS ketika itu.

“Biar pun ada pihak melakukan perbuatan yang tidak bertamadun tersebut, ia sama sekali tidak menghalang PKR meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran.

“Malah kami terus bersemangat dan selepas ini Datuk Seri Anwar akan datang lagi membantu kempen sehingga pilihan raya umum ke-13 diadakan,” katanya.

NGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Nak REPORT Pada ISTERI Kawan - Ustaz Azhar Idrus

Ambil WUDUK Putus-Putus - Ustaz Azhar Idrus

Solat JAMAK Di Rumah Ibu - Ustaz Azhar Idrus

SUAMI Ungkit TUGAS Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Pulang AL QURAN Yang TERAMBIL - Ustaz Azhar Idrus

'Sokongan Orang Asli Johor pada BN akan susut'

Is Annan's mission in Syria doomed to fail?

Syria opposition: Don't prolong catastrophe

Mentaliti ‘Politik Longkang’ Dalam Umno-BN

SHAH ALAM 01 APRIL : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti ‘politik longkang’ yang diamalkan oleh Umno-BN.
MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN.
“Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
“Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR.

Durian runtuh: Janji Najib kabur, dahului mahkamah

KUALA LUMPUR, 1 April: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pemberian "durian runtuh" kepada peneroka Mei depan sebagai terlalu kabur dan dan mendahului keputusan mahkamah.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, hal ini kerana keputusan mahkamah berhubung permohonan injunksi lapan peneroka bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH hanya akan diketahui esok.

"Pengumuman Perdana Menteri peneroka akan durian runtuh masih terlalu kabur kerana kita belum tahu keputusan mahkamah berpihak pada peneroka atau Felda.

Ugutan ke atas Lim akibat fitnah Umno, kata pembantu

Pegawai khas kepada ketua menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menuntut supaya Umno dan juga media TV3 dan Utusan Malaysia supaya bertanggungjawab atas "ugutan ganas" oleh pertubuhan pro-Melayu, PERKASA berhubung penjualan sebidang tanah rizab di negeri tersebut.

Zairil berkata, ugutan berkenaan tidak boleh diambil ringan kerana media berkenaan telah menyiarkan "fitnah bahaya dan rasis" bahawa ketua menteri tersebut, Lim Guan Eng telah menyebabkan kehilangan tanah rizab masjid tersebut.

Kenyataannya itu timbul ekoran perhimpunan yang dijalankan PERKASA, Jumaat lalu untuk menuntut Lim supaya menjawab sekiranya tanah rizab di Bayan Mutiara itu telah dijual kepada pemaju.

DUIT DAH ADA, TAPI TANDA BN AKAN MENANG DUA PERTIGA BELUM MUNCUL


BN masih menunggu berita baik dari kawasan (DUN dan Parlimen). Berita baik ini akan menentukan bila PRU13 akan diadakan. Sekarang berita masih buruk. BN masih yakin menang 1/3 sahaja. Jadi, Najib masih belum boleh kata bila Parlimen akan dibubarkan. Sebab tu PM dan TPM kena turun padang. Jumpa orang muda. Jumpa orang pencen. Semuanya bukan urusan rasmi, walaupun dah balun RM609 juta untuk program jumpa-jumpa ini. Semuanya demi kempen! Demi survival politik yang sudah hilang visi.

Bombs in Southern Thailand Kill 14, Injure 340

Turkish and Qatari PM speak at Friends of Syria conference

Edu Min Remarks An Insult to Obama

"Rakyat Bersuara" : The Scorpene Sting On Malaysia

RE-FOR-MA-SI : Tin kosong di tengah jalan?

Oleh Razan Rose

Reformasi. Satu perkataan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini terutama selepas 1998. Perkataan reformasi diambil daripada bahasa Inggeris iaitu reformation atau kata dasarnya reform.
Jika dilihat dalam konteks bahasa, reformasi membawa maksud pembaharuan atau penambahbaikan yang tidak radikal dan secara perlahan-lahan. Justeru, reformasi sama sekali bertentangan dengan revolusi yang membawa maksud perubahan secara radikal dan mengejut.
Jadi tidak hairan jika umum lebih toleran terhadap apa yang disebut sebagai reformasi itu sendiri dan menolak revolusi.
Mengapa Reformasi?
Umum mungkin tertanya-tanya. Mengapa Reformasi? Penulis juga begitu. Setelah mendapat sedikit pencerahan tempoh hari, baru penulis faham mengapa perkataan reformasi yang menjadi pilihan.
Reformasi mempunyai salasilah sejarah yang sangat panjang. Bermula seawal kurun ke-16, gerakan reformasi pertama kali dicetuskan oleh seorang reformis Eropah iaitu Martin Luther.
Beliau merupakan pencetus gerakan reformasi atau reformation yang menentang penguasaan dan kebobrokan gereja Katolik ortodoks yang telah menyalahgunakan kuasa dan agama pada ketika itu. Bertitik-tolak dari itu, muncul pula aliran baru dalam agama Kristian yang dinamakan Protestan.

Yahya Sahri: “Noh Bela Kroni, Aniaya Penanam Nenas”

 
TANJONG KARANG, 1 APRIL : Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar sepatutnya membela nasib kebajikan peserta penanam Nanas dan bukan membela kroninya Hamzah Apandi yang menerajui syarikat Grand Entity Holding Sdn Bhd (GEHSB).” tegas Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri di sini.
Menurut Yahya, dua individu yang perlu tampil memberikan penjelasan iaitu Noh Omar yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan pemilik GEHSB, Hamzah Apandi,digesa tidak melarikan diri daripada menyelesaikan masalah bayaran balik kepada bank.

Kamilia: Desakan tinggalkan parti perlu bagi ahli ‘sakit’....macam2 penyakit UMNO nie..!!!

KUALA LUMPUR, 1 April — Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang “sakit” dalam pilihan raya.
Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyojong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ketua Puteri Umno mahu Nik Aziz minta maaf..!!!!

Rosnah: Nik Aziz perlu minta maaf
KOTA BHARU - Pergerakan Puteri Umno meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf di atas kenyataan menggores hati Puteri Umno Kelantan.

Bagaimanapun, tidak memaksa permohonan maaf itu dilakukan kerana yakin tindakan tersebut dibuat disebabkan pembangkang berasa terancam dengan gerak kerja dilakukan pergerakan berkenaan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya melihat insiden berkenaan sebagai bukti keberkesanan program dijalankan suatu yang membimbangkan Pas.

PRU13 : Jaminan Anwar, tidak akan balas dendam

Anwar ketika berceramah
KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

Kamilia: Quit call made necessary by ‘diseased’ member

KUALA LUMPUR, Apr 1 — Wanita Umno vice chief Datuk Kamilia Ibrahim has defended her decision to call for Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s resignation, saying she did not wish to see the wing carry a “diseased” member to the polls.
She had earlier asked Shahrizat to quit as Wanita Umno chief after the senator insisted she would continue to lead the 1.3-million strong wing despite relinquishing her Cabinet post following the National Feedlot Centre (NFC) scandal.
However, the duo then agreed to cooperate after peace talks with party leaders including president Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin.
But in an interview published by Utusan Malaysia’s weekend edition today, Kamilia (picture) said that while it was important for Wanita Umno to show unity in the face of public attacks, “true solidarity” meant resolving critical problems together and not sweep them under the carpet.

Who's threatening whom?

Who's threatening whom?Strengthening faith (Perfect idea. No one's going to say "no").
Liberalism and pluralism are dangerous (Emm...This is questionable, at least I think lack of liberalism and pluralism is the real danger).
Christians are threatening the Muslims (Wow! This one is real sedition that could threaten national security and solidarity).
Don't misunderstand me. Those are not slogans of the Taliban in Afghanistan. Neither are they slogans of the Hamas in the Gaza Strip.
They are the core ideas of a seminar jointly organised by the Johor state education department and the state religious affairs department aptly titled Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalism dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? (Strengthening Faith, Threats of Liberalism, Pluralism and Christianity Towards Muslims: What is the Role of Teachers?)
National schools in the state have been instructed to send representatives to the event.
It is absolutely not a problem to strengthen the Islamic faith. Religion is a part of the school curriculum in this country. By all means strengthen it!

Noh Omar Di Dakwa Aniaya Penanam Nenas

TANJONG KARANG,1 APRIL :Seramai 34 peserta penanaman Nenas berkelompok di Taman Agroteknologi (TKPM) di Bestari Jaya kecewa dengan sikap Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang didakwa lepas tangan ekoran kegagalan projek itu seraya menggesa beliau turun padang melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dan berdialog secara terbuka.
Bertempat di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini,seramai lebih 10 peserta yang mewakili kumpulan itu menyatakan perasaan kesal dengan sikap Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menteri bertanggungjawab.

'Tokoh' dunia jenayah didakwa dalangi kenaikan pangkat polis Malaysia..!!

Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah  mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Di puncak sejarah: Anwar membawa harapan bagi M'sia yang tak tahan dgn rasuah BN

Di puncak sejarah: Anwar membawa harapan bagi M'sia yang tak tahan dgn rasuah BN
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dimana pegangannya ke atas negara seolah-olah semakin goyah, berharap untuk melemahkan semangat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan politik longkang yang dilancarkan melalui media arus perdana yang dikawal oleh pihak Umno, dia amat silap.
Anwar, yang dianggap sebagai pemimpin Melayu paling cemerlang yang muncul baru-baru ini, menunjukkan semangat juang pada syarahan ceramah atau politik di Bangi pada malam Khamis. Seorang pidato yang berkarisma, Anwar mengagumkan orang ramai di Bangi dengan ucapan yang tidak ditahan-tahan.
"Awak ingat saya macam Najib? Saya pergi ke penjara tetapi apabila mereka buka pintu, saya berjuang. Saya pergi ke penjara dan dibelasah tetapi selepas saya telah membetulkan belakang saya, saya berjuang. Lawan tetap Lawan!" Anwar memberitahu orang ramai yang gembira hampir 1,000 orang.

Najib jangan ingat rakyat Perak 'mudah lupa'


Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.

Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh Najib.

Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar  yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.

The day Umno knelt on its knees and begged for Israel's support - PKR

The day Umno knelt on its knees and begged for Israel's support - PKRKEADILAN has strong evidence, including reports, correspondence and other documents that confirms the two-faced attitude of Umno, which has been quietly endorsing the bilateral relations between Malaysia and Israel while accusing Dato 'Seri Anwar Ibrahim as an agent of Israel.
Unofficial relations between Umno and the Israeli government or bodies are nothing new. Former Prime Minister Tun Mahathir Mohamad wrote to three different Prime Ministers of Israel, stating his desire as someone who is representing Umno to establish normal diplomatic relations with Israel.
Then there is Dato Seri Najib Tun Razak, who appointed APCO which is a firm headed by former captains of the Israeli secret service, reaffirming the existence of good relations between Umno and Israel.
In fact, this attitude has spread in the foreign policy determined by Wisma Putra.

30 peratus kuota rumah murah di Bayan Mutiara dijual kata Guan Eng


KUALA LUMPUR, 1 April — Siapa yang mencari rumah dengan harga berpatutan di Pulau Pinang akan mendapat manfaat RM1.1 bilion daripada penjualan 103 ekar tanah prima di Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd (TISB) yang mana hampir satu daripada tiga hartanah yang dibina harus lebih rendah daripada kos medium, kata Ketua Menteri.
Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kepada The Malaysian Insider, TISB harus memastikan 30 peratus kediaman dibina berada di bawah harga medium (LMC) antara RM72,500 kepada RM220,000, selain sebahagian daripada tanah yang dijual akan dipindahkan kepada dana negeri untuk membina rumah murah yang bernilai RM500 juta.
“Tiada pengecualian,” kata Setiausaha Agung DAP ini (gambar). “Mereka diminta untuk membina 30 peratus di pulau, bukannya tanah besar. Mereka boleh bina di luar Bayan Mutiara, tapi mereka perlu cari tanah, jadi ia pasti akan berada di sana.”

Tiada apa: Dari Musa Hitam ke Ku Li ke Anwar, Dr M memaksa mereka keluar satu per satu

Tiada apa: Dari Musa Hitam ke Ku Li ke Anwar, Dr M memaksa mereka keluar satu per satuBiar ahli politik BN diingatkan bahawa mereka harus berhenti menyalahkan rakyat jika mereka mendapati diri mereka semakin jatuh dari perspektif populariti.
Mereka juga perlu berhenti menyalahkan peluang mereka yang berkurangan untuk menang besar dalam pilihanraya umum akan datang pada demografi. Begitu juga, mereka juga perlu berhenti menyalahkan rakan-rakan gabungan mereka untuk kegagalan dan kehilangan wilayah kepada pakatan pembangkang.
Sitz-im-laben BN yang tidak menentu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kaum dan agama juga. Dan pendirian utama mereka ialah - bahawa Anwar Ibrahim, punca utama mereka semakin hilang penyokong juga bukan masalahnya.
Dr M yang menjatuhkan Umno, bukan Anwar

Isu Lynas: Rupanya Si Tua Kutuk Ni Ada Makan Sher Dengan Anak Beranak!

PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?


Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Tanah Merah : Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera BN

Oleh: HALIMISLAM

" Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.
Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Hutang meningkat, Najib tidak layak jadi PM

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan sikap kerajaan Umno-BN yang melepaskan tanggungan hutang membabitkan kroni mereka, Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta sedangkan negara menghadapi peningkatan hutang yang semakin ketara.
Tindakan ini menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘hilang kelayakan’ dalam menerajui pentadbiran negara hari ini.

Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad semasa mengadakan sidang media di Lobi Parlimen 28 Mac lalu.Turut serta bersama beliau ialah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.

PRU13 : Salahuddin 'kaji serius' 3 bahagian Parlimen


Salahuddin Ayub
JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang mengesahkan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengakui beliau sedang mempertimbangkan dengan mendalam tiga bahagian Parlimen untuk dipilih - sama ada bertanding di peringkat pusat ataupun negeri.
Tiga kawasan yang dimaksudkan itu sudah tidak asing bagi Salahuddin iaitu Batu Pahat, Pulai dan kampung halamannya di Tanjong Piai.
Sama ada bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun kemungkinan kedua-duanya sekali akan diumumkan dalam waktu terdekat, kata beliau.

Sikap, perangai Yahudi makin jadi amalan...

Subjek Yahudi kini menjadi perbahasan semasa dan dalam penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi.
Antara lain sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.” - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Batal PTPTN: Menifesto awal PRU-13 untuk siswa

Oleh Eikhwan Ali
Isu penghapusan skim pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah isu yang dipolitikkan, tetapi ia merupakan isu yang dibawa untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyokong iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan PTPTN sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul

KUALA LUMPUR - Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.
Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’

KOTA BHARU: “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am mengulangi strategi kempen PAS ketika menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994. Pada kempen tersebut umpan kebendaan ditabur Umno sebagai senjata bagi meraih undi.

Mengapa siswa serah nisan kepada Khalid Nordin?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
AGAK tersinggung nampaknya Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dengan tindakan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menghantar batu nesan ke kementeriannya minggu lalu.
Seraya menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang dan hanya bertujuan mencari publisiti murahan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan terkesan dengan tindakan tersebut.

Fitnah agamawan UMNO

Oleh Fairuz Azhan
Saya merasa terpanggil untuk menulis kerana setiap hari ada-ada sahaja fitnah terhadap DAP dan para pemimpinnya. Meski pun dijelaskan berulang, meski pun saman di mahkamah dimenangi, modal-modal fitnah yang sama diulang-ulang hingga menjadi jelik dan bosan.

Dan lebih memeranjatkan lagi adalah fitnah-fitnah ini didukungi oleh mereka yang kononnya mengangkat diri mereka sebagai agamawan dalam UMNO. Sebagai contoh, Dr Mashitah Ibrahim dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 30 Mac jelas melakukan beberapa fitnah terhadap DAP yang berniat jahat dan bermotifkan politik.

Parliament: A week for closing issues

Many issues came to a close this week during Parliament, including that of the PSC on electoral reforms.
KUALA LUMPUR: Parliament this week saw an end to many national issues, though it may pave the way for future questions.
Chief amongst these was perhaps the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms, which came into being on Oct 2 last year, following the July Bersih protests.
Chaired by Minister of Science, Innovation and Technology Maximus Ongkili, the PSC came to a close on Wednesday after 14 meetings and six public inquiry sessions.
Speaking to reporters, Ongkili said that the PSC would present a report -with 22 recommendations for the government to consider- to all MPs on Monday.

Teluk Rubiah Musnah Lantaran Kerakusan Umno

Walaupun dalam keadaan hujan lebat mencurah-curah, pada jam 10.30 pagi tadi, kira-kira 300 orang telah mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pembinaan sebuah kilang bijih besi yang sedang dibina oleh perlombongan gergasi Brazil , Vale, di Teluk Rubiah, Manjung.

Anwar: PKR perketat syarat kelayakan calon PRU 13

Ketua Umum PKR berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah, dan setia pada parti.
SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memperketatkan syarat kelayakan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah, dan setia pada parti.
PKR sebelum ini menghadapi kesukaran apabila empat daripada ahli parlimennya serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) keluar PKR dan menjadi wakil bebas, lalu mengambil pendekatan menyerang Ketua Pembangkang itu dengan isu-isu peribadi.
Anwar turut menyelar budaya Umno yang mementingkan kroni dan membenarkan ramai golongan profesional berada di syarikat besar mengambil kesempatan mengaut keuntungan.