Rabu, 28 Mac 2012

Mengapa Aset Tabung Haji Dijual Dalam Keadaan Terdesak? - Husam Musa

Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu Malam Tadi

Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi mengikut ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan.

Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb.

Ada dipercayai ancaman atau konotasi 'Israel' itu ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun orang ramai khasnya anak-anak muda, orang Cina dan India yang datang ke padang bola untuk mengikuti ceramah perdana itu sedikit pun tidak gentar kepada ancaman itu. Sebaliknya ancaman tidak bertamdun itu menjadi cabaran dan semangat untuk mereka hadir.

Tabung Haji Sakit Tenat??

Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.
 

Kerajaan tak wajar buka bidaan urus NFC


Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Kerajaan tidak wajar membuka bidaan baru berkenaan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selagi hasil siasatan berkenaan projek lembu daging itu tidak diketahui dan diumumkan, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya membantah tindakan kerajaan mempelawa bidaan menguruskan projek kontroversi tersebut.

"PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi NFC," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

"TARIKAN" di ceramah UMNO hari ini!

Cayalah Puteri UMNODisamping para pemimpin UMNO menjadikan fitnah seks sebagai modal cari makan ditempat-tempat ceramah, ceramah-ceramah UMNO hari ini sudah jadi seperti PESTA-PESTAAN berlandaskan:-

1. Cabutan Bertuah
* Menyampaikan Voucher/Hadiah Saguhati & Cenderamata
* Check Bantuan BESAR-BESAR di hadapan "Media Arus Perdana"
2. Hiburan
* Tengok gambar diatas.
Inilah dia parti UMNO . MODAL WANG ( wang rakyat) sahaja yang lebih, tapi MODAL "INSAN" dari segi "INTELEK" adalah dhaif sedhaif-dhaifnya!
Memang BENARlah kata orang hari ini..."UMNO FOR DUMMIES!"

Najib Dan Sharizat Ada Skandal Rupanya

Oleh: reformis1998

"najib sharizat skandalKetua Pembangkang Anwar Ibrahim mengatakan Perdana Menteri Najib Razak kurang keberanian moral untuk memecat Menteri Wanita, Shahrizat Jalil atau menuntut perletakan jawatan beliau.

Dan disebabkan contoh buruk ini orang ramai mengatakan ia adalah sama seperti menyokong rasuah dan menjadikan Malaysia dicerca oleh negara-negara lain.

"Formula Terengganu PRU2004" Talian hayat PRU13

Oleh: mohdnoorawang

"Mungkin pemimpin PR (Pakatan Rakyat) terlupa dan terlepas pandang satu kaedah talian hayat yang berkesan "FORMULA TERENGGANU PRU2004"  yang digunakan oleh BN/UMNO menawan semula Terengganu dari PAS. Terbukti berjaya dan Kerajaan PAS Terengganu tumbang. Bayangkan sekitar 22 peratus penambahan pengundi di setiap parlimen dan DUN seluruh Terengganu. Dan sungguh menajukkan hampir 100 peratus pemngundi yang berdaftar keluar mengundi.

Negara silam dan yang terkini

Oleh NURUL IZZAH
Menyingkap sejarah silam, kita melihat kerajaan Islam Abbasid pada kurun ke-10 sebagai sinonim dengan zaman kegemilangan dunia Islam dan dilihat sebagai empayar Dunia Pertama. Kemajuan ilmu sains, falsafah dan pemerintahan kerajaan Abbasid mendahului kerajaan-kerajaan lain, termasuklah dunia Barat yang ketika itu diselubungi Zaman Gelap (Dark Ages).


Dunia Islam berjaya melahirkan beberapa institusi perintis. Dari bidang urus tadbir kenegaraan seperti majlis syura, sehinggalah bidang ekonomi, pendidikan dan undang-undang.

Kebebasan dan tanggungjawab moral

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Kebebasan bukanlah satu perkataan yang mudah difahami kerana berbagai tanggapan dan definisi secara operasional dirungkaikan. Daripada perkataan yang menggambarkan kenikmatan sehinggalah kepada perkataan yang menggambarkan sebab kepada huru-hara dan ketidakstabilan, KEBEBASAN adalah satu perkataan yang hari ini sukar untuk dicari dalam bentuknya yang sempurna

 Walau apa pun yang ditanggap terhadap makna kebebasan, yang pasti ia tetap menjadi satu idealism yang senantiasa cuba dicapai dan dikecapi dari sudut kemuliaan yang terkandung di dalam perkataan tersebut.  Persoalannya adakah kebebasan wujud secara mutlak atau bersyarat?

Nalla: Dakwaan Diugut, Alasan Untuk Lari.....

SEMALAM, Datuk Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa dirinya didatangi beberapa orang lelaki yang kemudian mengugutnya untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan tidak baik mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai seorang yang sudah dicap sebagai penipu, penulis tidak melihat motif lain disebalik tindakan Nalla itu melainkan dia mahu mencari alasan kukuh kenapa dia tidak lagi boleh tinggal di negara ini, seterusnya mengelakkan tindakan saman oleh Anwar.
(Penulis telah menulis artikel mengenai perkara ini (Nalla mahu melarikan diri) pada Isnin lepas).
Pendek kata, cari alasan mahu lari.

Kalau sudah 55 tahun memperjuangkan Melayu gagal, UMNO akan terus gagal.

Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) banyak rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu. Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui email dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama UMNO. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir 5 dekad lamanya. Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk ‘survival’ nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini.

PKR kempen kutip sumbangan dana PRU 13

Post Pic
AMPANG, 28 MAC : Parti  Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi memulakan kempen mengumpul sumbangan dana daripada ahli-ahli korporat  untuk menghadapi  pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Kempen pertama berlangsung di Kelab Darul Ehsan, Ampang membabitkan sepuluh  meja yang dikelolakan Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Ahli-ahli perniagaan terbabit juga dijemput berdialog secara tertutup dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama kira-kira sejam bermula 9.30 malam.
Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Laporan PSC siap, 22 lagi saranan dikemukakan

Post Pic
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya yang sudah siap sepenuhnya menggariskan 22 cadangan untuk dikemukakan di Dewan Rakyat minggu depan. 

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili, laporan berkenaan terlebih dahulu akan diserahkan kepada Tuan Speaker Dewan Rakyat Isnin ini.
 
Difahamkan, laporan yang mengandungi 22 cadangan tersebut mengambil kira tiga elemen utama iaitu perlu disegerakan, penting serta boleh dilaksanakan.

Ayah Pin kena angin ahmar, kahwin lagi!...Kenapa pihak berkuasa tak boleh tahan dan dakwa dia..!!!!

Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian.“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

Pilihan raya umum antara Mei dan September

"Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang pergi membeli belah, tanda hari nak raya," kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.
PETALING JAYA: Kalangan bekas pemimpin dan penganalisis politik tempatan meramalkan pilihan raya umum 13 akan diadakan antara bulan Mei dan September tahun ini.
Kata mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada tarikh tersebut kerana untuk menunggu tahun depan terlalu lambat.
Tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen ialah sehingga bulan Mac 2013.
Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) meramalkan bulan Mei dan Jun adalah masa yang terbaik kerana ekonomi negara amat baik.
“Lepas bulan Mei atau Jun, sudah menjadi anti klimaks kerana ada kemungkinan harga petrol akan naik. Kalau petrol naik, barangan keperluan akan ikut naik.
“Saya juga melihat petanda pilihan raya umum akan diadakan bulan Mei atau Jun ialah kekerapan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.
“Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang membeli belah, tanda hari nak raya,” kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.

Pakatan : Ada syarat jika mahu pilihanraya serentak

Jaminan pilihan raya bersih dan adil akan mempengaruhi keputusan bagi empat negeri yang ditadbir pembangkang sama ada mahu mengadakan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)serentak dengan Parlimen atau sebaliknya.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan syarat berkenaan bergantung kepada komitmen yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta jaminan kerajaan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil dilaksanakan.
Tegasnya, isu utama yang dibangkitkan pembangkang ialah mengenai pembersihan nama ‘pemilih ragu’ dalam daftar pemilih SPR.

Rafizi to expose more NFC scandals next week

Rafizi to expose more NFC scandals next week
PKR strategy director Rafizi Ramli will resume exposing fresh scandals in the RM250million NFC debacle in a bid to force Prime Minister Najib Razak into taking responsibility and working harder to clear the RM250million NFC corruption debacle.
So far, Najib is perceived to have done little if anything at all to weed out the corruption manifesting itself in the national cattle breeding project.
According to Rafizi, a new move by Najib to call for a tender and replace the current managers with a new overseer was a covert attempt to cover up a probe into the scandal involving the family of Umno Women's minister Shahrizat Jalil.
"As such attempts are so clear, I have no choice but to continue to expose more scandals in the NFC, starting next week. Only with mounting pressure from rakyat will Najib be made accountable for his mistakes, as in the case of Shahrizat Jalil (through her exit from cabinet)," Rafizi said in a statement out on Wednesday.

Tuduhan Najib Razak Berniat Jahat

 
SHAH ALAM, 28 MAC : Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat  menipu kerana gagal menunaikan janji pilihanraya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat, tegas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
“Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur,” kata Faekah dalam kenyataan media.

Shuhaimi : Umno Ikut Peraturan, Tetapi Tak Bermoral

 
SHAH ALAM, 28 MAC : Penjualan tanah oleh segelintir pemimpin Umno-BN yang menyalahgunakan pengaruh mereka dalam pentadbiran lama adalah tidak bermoral walaupun transaksi mereka mengikut undang-undang.
ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menambah sesetangah kes penjualan tanah tersebut kepada syarikat swasta di mana pemimpin Umno itu ada kepentingan.
Shuhaimi juga berkata, kebanyakan pemimpin Umno-BN mematuhi peraturan yang betul semasa menjual tanah rizab Melayu, namun mereka mengambil kesempatan atas kedudukan yang dimiliki untuk mempercepatkan proses jualan tanah.

Tender terbuka: MBSA jimat RM15 juta


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menjimatkan sebanyak RM15 juta setahun hasil pemberian kontrak melalui tender terbuka, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar).

Ketika menyanggah tuduhan dari Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Khalid berkata kontrak melalui tender terbuka itu berjaya dilaksanakan setelah kontrak Alam Flora Sdn Bhd diberhentikan.

Sebelum itu, kata Khalid, Bung Moktar telah mengeluarkan tuduhan bahawa kontrak angkat sampah di MBSA telah dilakukan dengan cara yang tidak telus dan mengamalkan kronisme dan sebagainya.

'K'jaan Langit' Ayah Pin kembali aktif...siapa yang melindungi Ayah Pin..!!

sky kingdom 040805 walking inKawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.

Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah rumah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah rumah sekarang, lapor Berita Harian.

"Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

'Pengarah CCID paling layak ketuai siasatan Copgate'

NONEPihak polis mesti mengambil inisiatif untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan berhubung skandal "Copgate", yang telah mencemar institusi yang bertanggungjawab menegakkan keadilan.
Pengerusi Yayasan Penyayang Sosial, Tan Sri Robert Phang (kanan)
berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu menyambut gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein supaya menyediakan bukti terhadap tuduhan itu, sebagai satu cabaran dan memulakan siasatan.

Phang juga mencadangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Syed Ismail Syed Azizan - yang disifatkannya sebagai seorang yang bebas - mengetuai siasatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai seorang yang tidak akan diganggu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dikaitkan dalam skanda "Copgate".

Proses bicara pengundi pos di Ketereh tercemar?

KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam semalam mencetus tidak puas hati pembantah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan borang A yang difotostep (salinan).

Pada perbicaraan hari pertama (kelmarin) pembantah mengesan tandatangan pemohon pengundi pos tidak sama dengan borang yang ada pada SPR.

Keadaan itu menyebabkan pengadil yang terdiri daripada Pengarah SPR Kelantan, Mohamad Mahmood dan dua lagi pegawai kanan SPR menerima bantahan dibuat.

“Bagaimanapun disebabkan tandatangan borang A yang ada pada pemohon tidak sama dengan borang dimiliki SPR menyebabkan taktik baru pula dikesan dengan menampilkan borang A yang difotostep semalam.

'Copgate': SPRM hanya boleh siasat aspek rasuah

NONESuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat dakwaan berkaitan dakwaan skandal ‘Copgate' sekiranya melibatkan unsur rasuah yang disyaki.

Sambil berharap ia dirujuk kepada pihak berkuasa yang betul, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat tanpa rasa takut dan memihak.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa SPRM merupakan agensi penguatkuasaan yang sesuai untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Hishammuddin pada Isnin memberitahu Dewan Rakyat pada Isnin bahawa SPRM patut menyiasat perkara itu bagi mengelakkan berat sebelah kerana dakwaan yang dibuat melibatkan bekas ketua polis negara.

Bagaimanapun, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Ramli Yusuff - yang asalnya mengemukakan dakwaan itu - menolak cadangan itu kerana agensi antirasuah itu turut dikaitkan dalam kes itu.

Semak semula Akta Mahkamah Syariah


Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (Gesa) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya Parlimen menyemak semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak - 1988). Akta ini yang terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia membantutkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Malah ia bertaraf jauh lebih rendah dari undang-undang sivil.
 
Mengikut bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada, di bawah undang-undang negeri, undang-undang tersebut hanya terpakai  ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam.

Akan tetapi ia terikat dengan syarat tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau, denda melebihi lima ribu ringgit atau, sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

PSC gagal perbaiki pilihan raya, Pakatan ikrar terus dedah penipuan

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN berikrar meningkatkan kempen bagi mendedah lebih banyak penipuan dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai daftar pemilih.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dibuat setelah kecewa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) menambah baik pilihan raya yang gagal menyelesaikan penipuan daftar pemilih.
“Kita masih melahirkan bantahan keras kerana SPR sampai sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih (diragui).
“Kita tidak akan benarkan SPR menjanjikan pilihanraya bersih tetapi pada masa sama memanipulasi senarai daftar pemilih. Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih,”  katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Penyenaraian FGVH Rugikan Peneroka

 
SHAH ALAM, 28 MAC : Penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia didakwa akan menyebabkan Felda mengalami defisit pendapatan sebanyak RM1.5 bilion yang akan merugikan generasi kedua Felda untuk jangka masa panjang.
Situasi ini menyebabkan Felda hanya akan memperolehi pendapatan tahunan melalui pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan hasil jualan sehingga RM508 juta, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan Dan Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat), Mohd Naquib Carmeil Roseli.

Firasat Tun Daim buat Umno kecut perut

RANTAU PANJANG, 28 Mac: Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat  parti itu semakin hilang pengaruh biar pun media tajaan mereka memberi gambaran sebaliknya.

Ini dapat dibuktikan apabila Umno terpaksa menggunakan pentas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengerah orang ramai hadir.

Di Kota Bharu ceramah Ketua Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh terpaksa diadakan jamuan bagi menarik orang ramai datang. Malah pada poster ceramah turut dipaparkan gambar Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terbaru di Kampung Paya Senang malam Isnin lalu disediakan jamuan nasi. Bagaimanapun kehadiran penduduk boleh dibilang dengan jari.

Timbalan Exco kerajaan negeri, Mohamad Awang (gambar) berkata, pemimpin Umno perlu mengakui hakikat yang berlaku sekarang kerana masa kehebatan mereka semakin berlalu.

Dakwa Ditumbuk : 'Penyerang' cabar Wee potong ayam

Seorang warga emas yang didakwa cuba menyerang timbalan menteri pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, menafikan bahawa beliau telah bertindak kasar semasa perhimpunan pendidikan Cina, Ahad lalu.

Lee Siak Taa, 60, dalam laporan polisnya hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menyerang timbalan menteri berkenaan.

Tender baru: Tak semudah itu nak tutup isu NFC


KUALA LUMPUR, 28 Mac: PAS menyifatkan tindakan kerajaan BN mahu menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai cubaan 'menutup buku' skandal tersebut dari diperkatakan rakyat.

Selain cuba menutup kes, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga mendakwa, ianya juga dilihat sebagai cubaan pemimpin tertentu khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilarikan dari terpalit dengan skandal yang menggemparkan negara itu.

"Ini semua cubaan nak lari, nak tutup kes yang membabitkan kelemahan Najib dan Muhyiddin. Isu sebenar adalah mengapa Najib dan Muhyiddin meluluskan projek bernilai RM250 juta ini kepada syarikat Agro Science Sdn Bhd milik keluarga (Datuk Seri) Shahrizat yang diketahui tiada pengalaman.

Ridhuan Tee dakwa Dong Zong komunis..!!

Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan “biadab” kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China.”Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat.”Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka,” katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Ridhuan juga berkata, kumpulan “ultra kiasu” Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda “Cina, Cina, Cina.”
Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan “demonstrasi ultra kiasu.”

N9 : Peneroka berang dengan Pengurusan Felda

Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor.
TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna.
Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil.
“Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil.

N9 : Serah kembali tanah ladang kami!

Seramai 150 peneroka berdemonstrasi secara aman di pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.
SEREMBAN: Seramai 150 peneroka Kampung Serampang Indah dari Serting hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hasan di sini bagi mendesak campur tangan beliau agar memulangkan semula tanah perladangan mereka secepat mungkin.
Mereka yang turut mewakili 250 peneroka yang lain berjumpa Menteri Besar di Balai Pengawal pejabat beliau. Mereka menyerahkan memorandum meminta Mohd Hasan berunding dengan syarikat Thamarai Holding Sdn Bhd agar tanah perladangan mereka dapat dikembalikan semula kepada keseluruhan 400 peneroka di Kampung Serampang Indah tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), Abdul Rahman Ali Mohamad, 60, menjelaskan kronologi masalah yang membelenggu 400 peneroka terbabit timbul sejak 35 tahun lalu.

Tun M akui Umno kurang cerdik pandai?...sebab sejak dulu telah di lembukan..!!!

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
“Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
“Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, Rabu.

ADUN PAS P.Pinang nafi keluar parti...ia fitnah "budak UMNO"

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh “budak Umno” yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man (gambar).
Salleh  (berkopiah putih) berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.
Namun, Adun Permatang Pasir itu tidak mengulas mengenai dakwaan kononnya beliau mahu membuat kejutan ketika ceramah Hasan Ali dikawasan beliau pada 7 April nanti.

Israel: A 'democratic' violator of rights?

Tony Pua Beri Jaminan - Pakatan Ambilalih Lebuh Raya MEX Jika Menang PRU13.

"Apa Cadangan Umno Ini Keputusan Mahkamah" - Anwar Ibrahim

Makna bacaan solat

Kedah : Pemandu Tak Kacau MB

DUN MAC 2012 - Teng Chang Khim Jelaskan Isu Silap SMS Kepada Bekas EXCO

Pakatan: Stop the GST, vote BN gov't out

Seminar ‘ancaman Kristianisasi’ di Johor akan cetuskan ketegangan agama


KUALA LUMPUR, 28 Mac — Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan “ancaman Kristianisasi”, dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini. Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor.
“Saya terkejut dan semacam tidak percaya apabila mengetahui berkenaan perkara itu. Kenapa wujudnya ancaman sedemikian?” kata Chrisanne Chin, Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM) kepada The Malaysian Insider semalam.

Ali Rustam Ketinggalan Bas.. Kesian..

KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.

"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.

Cukai GST : Malaysia Akan Laksanakan Selepas Pilihanraya Ke 13?

Yang mana biasa mengikuti Berita Semasa sebelum ini, kami pernah beberapa kali membangkit isu-isu yang melibatkan melibatkan isu pelaksanaan cukai GST Malaysia seperti laporan….

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.

Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.

Pakatan tetap tolak pelaksanaan GST

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap berpendirian menolak cadangan kerajaan untuk melaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak munasabah GST dilaksanakan dalam pada kadar pendapatan rakyat tidak meningkat.

"Alasan kita ialah orang yang tidak membayar cukai itu umumnya bawah kategori yang miskin. Apa yang dicadangkan BN ialah memperluas jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin.

"Selagi kadar pendapatan mereka tidak meningkat, tidak munasabah untuk melaksanakan sistem ini," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Rafidah bimbang kempen Wanita tak berkesan...he..he..he.. nek dah nak jadi ketua eh..!!

NONEBekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau bimbang sekiranya kempen yang dijalankan pergerakan itu tidak akan dapat memberi kesan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, beliau tidak mahu melihat wanita sekadar menjalankan kerja secara acuh tidak acuh sahaja – usaha yang disifatkannya sebagai "touch and go."

Kenyataannya itu timbul ketika beliau giat melancarkan kritikan ke atas ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini dilanda kontroversi ekoran skandal melibatkan National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga Shahrizat.

Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendesak Putrajaya memberikan penjelasan berhubung seminar “ancaman Kristianisasi” pada Sabtu ini yang mana Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara itu sebagai “gerakan politik yang menjijikkan.”
Anwar (gambar) ketika ditanya ketika sidang media di Parlimen petang ini bersetuju bahawa program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini.
“Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” katanya.
Ketua Pembangkang itu turut mengaitkan program tersebut dengan Umno, berkata pemimpin kerajaan kerap kali menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Bagaimana masyarakat Islam mencabar kekuatan arus dunia yang melanda nanti...

Kembali kepada tajuk pokok apa yang dipolimik oleh Ustaz Uthman terhadap tulisan Anwar iaitu tentang Pluralisma agama saya ingin mengajukan beberapa pandangan di bawah ini.  Umumnya mendefinasikan Pluralisma agama membawa erti kepada wujudnya pelbagai penganut agama dalam sebuah masyarakat dan negara.  Taraf dan status kedudukan agama dalam masyarakat Pluralisma agama itu sama.  Adalah menjadi satu kesalahan bagi umat Islam yang berimankan kepada Al-Quran menerima dan akur dalam jiwanya bahawa kehidupan masyarakat Pluralisma agama sebagai satu matlamat.  Kalaulah dirujuk kepada risalah MUQADDIMAH TAKWIL AL-QURANUL HAKIM, Rasulullah S.A.W. diutuskan untuk membawa dua perkara kepada masyarakat dunia,

Pluralisme agama dalam masyarakat majmuk

Tulisan Anwar Ibrahim yang dibentangkan di London School of Economics (LSE), London pada keseluruhannya melambangkan beliau seorang pemimpin politik, aktivis dan dai yang realis.  Memang Anwar dahulu dalam ABIM dan Anwar kini sebagai peneraju utama PKR mempunyai beberapa kelainan.  Kelainan ini wujud selepas beliau mengalami liku-liku perjuangan yang jauh dan penuh dengan warna-warni.

Umum mengetahui dunia dalam tahun 1970-an dan 1980-an dengan dunia dalam permulaan abad ke-21 banyak mengalami perubahan.  Selaku pemimpin politik, Anwar (gambar kiri) terpaksa mengharungi dunia realiti.  Segala permasalahan masyarakat majmuk negara dan permasalahan dunia perlu ditangani secara realistik mengikut keadaan setempat dan masa. 

Kertas kerja beliau di LSE, London tentang Pluralisme agama adalah salah satu daripada tulisannya yang cuba menangani persoalan masyarakat majmuk dan pembangunan masyarakat manusia dengan berpandukan kepada realiti dalam masyarakat itu sendiri.  Aspek keagamaan dan keIslaman ada disentuh di sana sini akan tetapi tidaklah pula sampai beliau memberi penumpuan kepada aspek doktrins (maksud doktrins di sini ialah aspek aspek keagamaan yang mendalam khususnya mengenai persoalan tauhid dan aqidah) itu sendiri.  Sebaliknya Ustaz Muhammad Uthman EL Muhammady seorang cendiakawan Islam mengkritik tulisan Anwar tadi tertumpu kepada aspek doktrins Islam.

Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya

"Sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya, ia ditentukan kerajaan."  Demikianlah kata-kata daripada sumber maklumat yang dihubungi MerdekaReview.  Beliau menjelaskan bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.

Semalam, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 telah bermesyuarat untuk membincangkan persediaan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13".  Seandainya kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13 diadakan, maka kerja persediaan "JOM 100" ini bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.

PAS: BN thriving on Malay ignorance

PAS number two Mat Sabu says that the majority of Malays remained in the dark about major corruption issues and this proves beneficial for the ruling coalition.
AMPANG: PAS deputy president Mohamad Sabu called on the country’s majority voters to wise up for their own survival as the 13th general election nears.
He told a predominantly Malay crowd at a ceramah here last night that many Malays remained ignorant about national issues like the soaring public debt.
It was this ignorance, he added, that allowed the ruling coalition led by Umno to keep a firm grip on power.
Better known as Mat Sabu, the PAS leader said the majority of Malays were oblivious to major corruption issues like the Port Klang Free Zone (PKFZ) and the Approval Permits (AP) which affected the economy.
“The Malays are still ignorant. They still don’t understand all these big scandals like the PKFZ and the AP,” he told a crowd of 2,000.

Cuepacs mahu suruhanjaya turut semak gred kakitangan awam

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman hari ini berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Sabtu hari akhir jadi pengundi jika PRU13 Jun


Tan Sri Abdul Aziz Yusof
PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pakatan tak puas hati PSC pilihan raya

Penipuan dalam sistem daftar pemilih masih tetap berlaku walaupun berulang kali PSC menegur dan mengemukakan cadangan serta bukti.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan kerjasama yang baik.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buktinya apabila penipuan dalam sistem daftar pemilih masih tetap berlaku walaupun berulang kali PSC menegur dan mengemukakan cadangan serta bukti.
Katanya, manipulasi senarai nama daftar pemilih sehingga sekarang masih gagal dibersihkan walaupun ahli jawatankuasa PSC Pakatan
mengemukakan bantahan, namun tidak diterima malah pelbagai alasan diberikan SPR.

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan...bebankan pelajar dan rakyat tak pe..!!!

Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

Apa yang sebenarnya diharapkan oleh Najib untuk menang PRU-13: RM100 juta cukup?

Apa yang sebenarnya diharapkan oleh Najib untuk menang PRU-13: RM100 juta cukup?Tidak kira bila pilihanraya umum ke13 akan berlangsung, ada 222 kerusi Parlimen bakal dipertandingkan dan beberapa orang lama Umno seperti mantan Menteri Kewangan Daim Zainudin meramalkan kemenangan kepada UMNO –BN dengan majoriti mudah.
Tapi sangat jelas mereka tidak pasti jika PM Najib Razak boleh membaiki keputusan pengundian tahun 2008 yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang dikatakan satu trajedi dan buat pertama kali UMNO-BN tidak dapat kekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Najib dilihat yakin UMNO BN boleh menang tapi masih enggan mengumumkan tarikh pengundian. Ini memberi gambaran lebih jelas.Jika beliau yakin, beliau sudah mengumumkan tarikh pengundian lama dahulu dan mengukuhkan genggamannya terhadap UMNO dan Malaysia.
Hakikatnya, Najib, 58 tahun, dan dikatakn PM ke 6 yang paling buruk setakat ini- terpaksa mengkaji semula cita-cita nya merampas semula majoriti dua pertiga, dimana jika berjaya akan memastikan beliau terus hidup dalam UMNO dan terus menjadi Perdana Menteri.
“Kita pasti harapkan majoriti dua pertiga, saya menipu jika saya kata tak mahu.Saya mahu dua pertiga tapi keadaan lebih mencabar sekarang,” kata Perdana Menteri pada pembukaan rasmi Kelab Foreign Correspondents di Kuala Lumpur baru-baru ini.