Selasa, 27 Mac 2012

Adun BN Dilantik Sertai Jawatankuasa Dun

 
SHAH ALAM 27 MAC : Sidang Dewan Rakyat hari ini menerima beberapa usul penting berhubung perlantikan Ahli Jawatankuasa Khas Kerajaan Negeri yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Usul pertama adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) yang melibatkan Adun Kajang, Lee Kim Sin sebagai Pengerusi Jawatankuasa menggantikan Adun Sungai Burong, Mohd Shamsudin Lias (BN) seterusnya mengekalkan Shamsudin sebagai Ahli Jawatankuasa.

Bahagia dapat terangkan kebenaran Islam

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
Minggu lepas pihak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Al-Mursyidul Am PAS telah dikunjungi salah seorang ahli parlimen DAP dari Johor. Wakil rakyat tersebut begitu ‘teringin’ (setelah menetapkan tarikh pertemuan secara terancang) bagi mendapat penjelasan menurut pandangan Islam di dalam beberapa isu semasa.

Realitinya, kunjungan itu berjalan dengan penuh keharmonian di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Kota Darulnaim

Selangor tidak biarkan rakyat tanpa rumah


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan dan teguran daripada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya Allah ianya amat bernilai di dalam meneruskan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di negeri ini.
PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH

Walau bagaimanapun saya ingin menafikan dakwaan daripada Yang Berhormat Sg. Pelek bahawa di bawah Pakatan Rakyat tidak lagi dibina Rumah Kos Rendah (RKR) di Selangor.

Kelantan miskin kerana royalti minyak dirompak

Oleh: Rossem
Lumrah. Orang kaya berkawan dengan orang kaya, orang miskin berkawan dengan orang miskin. Orang kaya tak mahu bersahabat dengan orang miskin kerana setiap kali berjumpa, diajak makan dan yang membayarnya si kaya. Tapi kalau orang miskin berkawan sesama miskin, masing-masing boleh bertolak ansur, hari ini si miskin A bayar dan besok giliran si miskin B pula yang bayar.

Lynas: Beza dengan Bukit Merah tapi musibah sama

Bahagian 1

KUALA LUMPUR, 27 Mac:
Pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, dibimbangi mengulangi tragedi Bukit Merah, Ipoh yang menyaksikan kesihatan penduduk sekitar terjejas.

Biarpun kerajaan memberi jaminan projek berkenaan akan diselia dengan ketat, apa yang berlaku di Bukit Merah tidak mungkin boleh diterima kumpulan anti-Lynas.

Mengimbau kembali projek Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) yang dibuka pada 1982, penduduk di sekitar Bukit Merah mula mengadu apabila kilang berkenaan mula mengeluarkan asap dan bau busuk.

Ekonomi: Pengalaman Anwar lebihi Pak Lah, Najib


SHAH ALAM, 27 Mac: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) memberitahu pengalaman dalam ekonomi yang dimiliki oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang lima tahun memegang jawatan Menteri Kewangan lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh tersebut ekonomi Malaysia telah menunjukkan angka yang positif serta tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk pemimpin Barisan Nasional.

"Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.

"Malah apa yang dilakukan oleh Anwar lebih baik dari sewaktu Abdullah dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Pakatan cadang sedia dana kepada parti politik berkempen

KUALA LUMPUR 27 Mac: Pakatan Rakyat mencadangkan kerajaan menyediakan satu dana khas kepada parti politik yang terlibat dalam kempen pilihanraya.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan menyuburkan lagi demokrasi di negara ini.
“Pandangan ini masih lagi diteliti oleh Jawatankuasa  Terpilih Parlimen (PSC) dan kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat terakhir PSC menambah baik pilihanraya,” katanya selepas mesyuarat PSC di Parlimen hari ini.
Ditanya perkembangan terbaru mesyuarat itu, Azmin berkata Pakatan Rakyat masih mendesak jawatankuasa meneliti isu-isu utama yang dibangkitkan iaitu membersihkan senarai pengundi diragui.

Pilihan raya: Laporan akhir PSC esok


undi
KUALA LUMPUR - Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diketahui selepas mesyuarat terakhir esok.
Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, esok adalah mesyuarat terakhir menentukan senarai usul-usul yang akan dibentangkan.
Menurutnya, hampir 80 peratus usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.
"Masih terdapat beberapa perkara  yang perlu dipertimbangkan lagi malam ini untuk mendapatkan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat, di bangunan Parlimen, hari ini.

'Alasan kesilapan manusia oleh SPR tidak boleh diterima'

Tindakan Malaysia - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih.

Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.

"Selain itu, sistem komputer yang mengendalikan kemasukan (nama pemilih) sepatutnya dapat mengesan kesilapan mudah seumpama itu," kata pengasas Tindakan Malaysia, Wong Piang Yow (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Petanda Awal Kubu UMNO Johor Bakal Pecah

MERSING - Rata-rata beranggapan bahawa antara tanda-tanda awal UMNO bakal kecundang di negeri Johor adalah apabila sokongan kepada pembangkang semakin terserlah seperti dalam gambar di sebelah.

Seorang juru gambar pro pembangkang Dhamam dalam ulasannya di facebook rasminya menyebut anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera 'purnama' nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka.

Selangor : Rundingan langsung kurang 98.8% bawah Pakatan

Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.

Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.

Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.

Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.

Mungkir janji, Pewaris batal serah memo Ketengah


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) hari ini membatalkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Ianya ekoran pihak Ketengah didakwa mungkir janji apabila tidak membenarkan kumpulan 30 orang dari mereka masuk ke Ibu Pejabat Ketengah di Bandar al-Muktafi Billah Shah di Dungun siang tadi untuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) yang turut serta dalam rombongan itu berkata, Waris sebelum ini mahu membawa 1,000 ahlinya namun akur dengan permintaan Ketengah yang mahu sedikit sahaja yang datang.

Cadangan Lantik YB BN Jadi Lembaga Pengarah KSSB

 
SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan untuk melantik lembaga pengarah dari kalangan wakil rakyat pembangkang BN dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor hari ini.
Bagaimanapun menurut beliau cadangan Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie itu boleh hanya dapat dilaksanakan setelah diperhalusi bersama Adun-adun Pakatan.

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional...akhirnya mengaku kesilapan dahulu..!!!

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
  
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.

Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini?

Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini?Pada 19 Februari yang lalu, ahli parlimen Pasir Mas yang tidak menganggotai mana-mana parti, Ibrahim Ali telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya sejak tahun 2008 yang lalu, tetapi tidak menyatakan pula sama ada beliau akan bertanding semula sebagai calon bebas ataupun menyertai mana-mana parti politik yang pilihan beliau. Pada pilihanraya umum yang lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimennya atas bantuan dan sokongan ahli-ahli dan para penyokong PAS di kawasan Pasir Mas, tetapi tidak pernah memohon menyertai parti tersebut selepas itu.
Pemimpin pertubuhan perkauman ekstremis Perkasa itu, turut mendakwa sokongan masyarakat Cina kepadanya turut bertambah dan disebabkan oleh faktor tersebutlah yang telah mendorong Ibrahim berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya pada pilihanraya umum akan datang yang akan bakal diadakan pada bila-bila masa lagi.

Masing’s ‘advisor’ quits BN

A former PRS pioneering member opined that the party is 'limited' in its effectiveness out of 'fear' of Taib Mahmud.
KUCHING:  Parti Rakyat Sarawak’s supreme council member Patrick Sibat Sujang has resigned from the party which he helped form, citing the inability of the party to fight for the interests of the Dayak community especially on the issue of native customary right (NCR) land.
“I have faxed my resignation letter to the secretary-general, and my resignation takes effect immediately,” Sujang said when met at his office.
Sujang said that PRS was ‘limited’ in its effectiveness as their leaders were ‘scared’ of Chief Minister Taib Mahmud.
“PRS cannot fight for our right anymore as its leaders are scared of the big towkay (Taib).
“It (PRS) has its limited effectiveness  and to me there is this spirit of fear to speak for the Dayak community,” he said.

Pertambahan 316,000 Pengundi Baru Di Selangor Diragui

 
SHAH ALAM,27 MAC : Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah  316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor seraya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan secara professional berkenaan perkara itu segera.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata , trend pertambahan pengundi baru di Selangor ini menyamai apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran PAS ketika itu tumbang pada pilihanraya umum 2004 lepas.

Saya memang ditumbuk - ha..ha..kena report la..!!

Wee Ka Siong Pelakon - Jeff Ooi

Wee Ka Siong Perlu Minta Maaf - MP Sibu

Laporan 80% Siap, PSC Bermesyuarat Kali Akhir, Esok

Is nuclear terrorism preventable?

DAP wants Wee to apologise for 'attack' claim

Hishamuddin Rais: Stand-Up Comedy At Kuala Selangor

PAS persoal projek keretapi laju KL-Singapura

Air Kelantan: BN tak faham fungsi JK Pemandu

Make police report if threatened, politicians told

Mapim lancar Ramadhan Di Gaza Ketiga

DI BAWAH LANGIT PART 3

DI BAWAH LANGIT PART 2

DI BAWAH LANGIT PART 1

Khalid Ibrahim: Rapat Rakyat Kuala Selangor

Orang Asli nafi Kerajaan Kelantan rampas tanah

Guan Eng serah kepada rakyat dan Tuhan

MB: Usaha Tingkatkan Kemudahan Di Masjid

SHAH ALAM 26 MAC : Kerajaan Negeri kini merangka program secara besar-besaran khusus untuk menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan dan menaiktaraf fasiliti-fasiliti masjid dalam usaha menyemarakkannya, ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita akan jalankan program membersihkan tempat mandi, bilik air, tempat ambil air sembahyang dan sebagainya supaya dapat memberikan satu ‘standard’ kepada masjid-masjid kita.

Menteri harap GST dilaksana lepas PRU....Bebanan Untuk Rakyat Menunggu..!!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

Abim alu-alukan polis sedia berubah


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi kepolisan dengan memantapkan kualiti perkhidmatan institusi tersebut kepada masyarakat, selaras dengan tanggungjawabnya untuk melindungi keselamatan rakyat di negara ini.
Naib Presiden (Kebangsaan) Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, walaupun tidak menafikan peningkatan KPI PDRM seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, namun pengamatan pihaknya mendapati masyarakat rata-rata di peringkat akar umbi masih diselubungi sindrom ketakutan terhadap jenayah.

Khairy dilantik pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 April

NONEPerbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April.
  
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini.
  
Khairy (kanan), yang juga ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
  
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Malapetaka dahsyat bila kerajaan khianati amanah

Oleh LIM HONG SIANG
“IA memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami.”
Demikianlah kata-kata Ng Toong Foo, kontraktor yang bertanggungjawab mengendalikan pembuangan sisa thorium dari kilang nadir bumi Asian Rare Earth di Bukit Merah pada zaman 1980- an.

Calon ‘payung terjun’: Mad Said salahkan siapa?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
NAMPAK sangat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said tidak menemui hujah lebih baik untuk menjustifikasikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum lalu, selain mengambil jalan mudah meletakkan kesalahan ke atas pemimpin sebelumnya.

Tidak perlu JK pemandu selesai air Kelantan


KUALA LUMPUR, 27 Mac: PAS mendakwa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tidak memahami peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan sesebuah parti.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, masalah bekalan air bersih di Kelantan tidak memerlukan penubuhan jawatankuasa pemandu sebaliknya boleh diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan, peranan jawatankuasa pemandu  hanya membincangkan perkara-perkara yang mungkin melibatkan pimpinan-pimpinan parti yang diberi amanah mentadbir negeri Pakatan Rakyat hari ini.

"Dalam isu air Kelantan, jawatankuasa  pemandu tidak boleh berperanan kerana tidak ada legal ground.

Ku Li masih selesa, tak akan keluar Umno..!!

tengku razaleigh ku li interview 190309 04Di sebalik pendiriannya yang berbeza dengan kepimpinan Umno lain, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan mengikuti langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk keluar parti.

Anggota parlimen Gua Musang itu masih mahu mempertaruhkan kesetiaannya kepada Umno dan berpuas hati dengan kedudukannya dalam parti setakat ini, lapor Oriental Daily.

"Saya bebas lakukan dan berkata apa saya mahu dalam Umno. Walaupun sebahagian daripada kenyataan saya membuatkan orang dalam Umno tidak berpuas hati, tidak bermakna saya harus tinggalkan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau menyamakannya dengan situasi perhubungan dua saudara dalam keluarga yang kadang kala selalu bergaduh tetapi tidak bermakna membuang satu sama lain.

Bekas menteri kewangan itu kini presiden Amanah, NGO yang ditubuhkannya bersama bekas-bekas pemimpin BN.

Samseng: Adakah Hisham jenis menteri tidak kisah?


KUALA LUMPUR, 27 Mac: “Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn  menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Tanya beliau lagi, apakah Hishammuddin selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang jenis menteri yang tidak mengambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samseng Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

“Sekarang baru beliau bersuara. Itu pun apabila kononnya Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul pada 25 Mac lepas ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang.

Mr PM, let me tell you why we are worried: Cow-gate, Cop-gate, AG-gate and now Anak-gate

Mr PM, let me tell you why we are worried: Cow-gate, Cop-gate, AG-gate and now Anak-gatePrime Minister Najib Razak must show true reforms and avoid cover-ups. I am honored that during the 205th Police Day celebrations last Saturday, I was given the Friends of the Police Award 2012 presented by the Home Minister, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein. I am gratified that despite my criticisms of the Polis DiRaja Malaysia (PDRM), the current leadership of YDH Tan Sri Ismail Omar still deems me fit to receive this award. This shows his resolve to reform the police force.
The government’s objective of making crime reduction one of the National Key Result Areas (NKRA) is now showing results. According to the World Justice Project Rule of Law Index 2011 Report, Malaysia was ranked the safest country in the Asia Pacific Region. All these are marked improvements of the image of the PDRM than when it was under the previous IGP, Musa Hassan. During Musa Hassan’s time, the PDRM was despised, the Along money-lending syndicate became a national menace and the crime rate was high especially street crimes. In short, Malaysians feel unsafe then. Some may say that was all in the past. But the past shapes the present and the future.

Baka tiada peruntukan laksana program agama?


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Mohd Taib (gambar) mendakwa Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (Baka) tidak dibekalkan peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan aktiviti yang sepatutnya.

Katanya, Baka diwujudkan bukan sahaja memberi khidmat kaunseling kepada keluarga polis yang bergama Islam bahkan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian.

"Sudah lama tidak diberikan peruntukan itu, jadi macam mana hendak adakan aktiviti kerohanian dalam keluarga polis dan anggota yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi.

Demo PTPTN: Pelajar belum tetap tarikh

Gabungan pertubuhan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) masih belum menetapkan tarikh bagi mengadakan perhimpunan untuk menuntut supaya pinjaman melalui Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Pengerusinya, Safwan Anang berkata, SMM akan membincangkan mengenai perkara itu dalam mesyuaratnya esok.

"Setakat ini belum ada keputusan lagi. Kita akan pastikan dulu pergerakan mana yang sudah mula membawa isu PTPTN.

"Kita tahu ada badan yang sudah lama memperjuangkan isu ini seperti daripada Parti Sosialis Malaysia. Jadi kita kena fikir sama ada kita sendiri ketuai atau barisan (pelajar) lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hasil Pasir Selangor Naik Dari RM12.5 juta Kepada RM32.5 juta Semasa PR Memerintah


Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan).

Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor.

Bila lah Abdul Wahub akan muncul? Tak tahan lagi dengan Abdul Wahab dan Abdul Wahib

Lama juga rasanya saya berada dalam UMNO dan pernah bergiat hampir 3 dekad lamanya. Walaupun saya bukan seorang yang pandai dan jauh sekali untuk memandai-mandai, saya dapat banyak pengalaman bergiat dalam parti yang telah diberikan mandat untuk mentadbir negara selama kita mencapai kemerdekaan. Itulah sebabnya saya berani dan boleh untuk menceritakan perkara-perkara yang membezakan diantara UMNO yang dahulu dengan UMNO baru yang baru berumur 24 tahun itu.

Bak kata orang tidak ada yang lama tidak ada yang baru. Keadaan bersalah-salahan itu memang satu keadaan yang natural. Hanya kita sahaja yang boleh memilih untuk memilih salah satu dari sifat berlawanan itu. Kalau ADA lawannya TIADA, begitulah keadaannya. Mana kita tahu yang sesuatu itu panjang jika tidak ada elemen yang pendek. Masakan kita tahu mana yang panas jika kita tidak tahu dan pernah merasakan yang sejuk dsb.

AMK lancar Gerakan Tawan Anak Kelantan

KOTA BHARU, 27 Mac: Angkatan Muda PKR (AMK) Kelantan akan melancarkan program Gerakan Tawan Anak Kelantan (GerTAK) sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Ketuanya, Azihan Che Seman berkata, program GerTAK lebih tertumpu kepada anak-anak Kelantan yang berada di perantauan terutamanya di Lembah Klang.

Semangat waja si miskin

Oleh Kasthuri Patto

Ada satu kisah yang membuatkan saya sangat terharu. Terdapat seorang lelaki di Hulu Selangor yang merupakan seorang India-Muslim. Beliau bukan mualaf kerana keturunan keluarga beliau sememangnya Islam.  Beliau berkerja dalam hutan di kawasan turbin di Hulu Selangor.
Gajinya cuma RM800 sebulan. Ibunya menghidap katarak, isterinya pula mempunyai jantung berlubang, beliau mempunyai 3 anak kecil dan yang paling bongsu merupakan anak kurang upaya. Dengan hanya RM800, beliau kena buat segala-galanya.
Rumah yang didiami dibayar secara silih ganti. Maksudnya, sebulan dia bayar rumah, bulan kedua dia bayar bil. Beliau cuba untuk memusingkan wang tersebut sebaik yang mungkin.
Saya mendapat tahu bahawa terdapat seseorang di Pejabat Tanah Hulu Selangor yang inginkan tanah dan rumah yang didiami beliau sekeluarga. Oleh kerana rekod kurang baik pembayaran dan sebagainya, maka bank sememangnya mempunyai kuasa untuk melelongkan rumah tersebut.
Meminta bantuan
Beliau bersusah payah mencari bantuan di sana sini dan akhirnya datang kepada pejabat kami kerana tiada lagi tempat yang mahu mengadu. Masa itu saya bekerja di pejabat Ronnie Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.
Kita telah pergi ke bank untuk membantu orang yang susah itu. Kita telah bertanya kepada bank berapa yang perlu dibayar dahulu untuk mengelak rumah tersebut daripada ditarik.

Negara Zina : Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks

Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan  perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
  
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
  
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
  

SPM tidak jamin tempat dalam IPTA...!!

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjamin penempatan universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.”Itu adalah sangat jelas,” katanya, yang menjelaskan bahawa keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM tidak menjamin bagi menempatkan para pelajar di universiti-universiti tempatan atau asing.Beliau berkata, terdapat keperluan untuk para pelajar sama ada untuk pergi ke universiti-universiti tempatan atau di luar negara, yang membayangkan Kerajaan mungkin mempunyai mempertimbangkan untuk memberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Biasiswa JPA berulang kali menjadi isu, apabila Kerajaan perlu berurusan dengan ibu bapa kepada pelajar yang menunjukkan prestasi baik, yang tidak gembira apabila anak-anak mereka tidak diberikan bantuan untuk melanjutkan pelajaran.

Kerajaan juga bergelut dengan kenaikan kos untuk menaja pengajian tinggi, dengan jumlah perbelanjaan yang mencecah sehingga RM1.44 bilion untuk membiayai 1,500 pelajar di luar negara dan 2,500 pelajar universiti tempatan pada tahun lepas.

Minda dan jiwa juga sedang bangkit!

Sejak akhir-akhir ini, salah satu trend yang rancak menitip di bibir masyarakat dan kaum pengamal politik adalah "kebangkitan anak muda dan mahasiswa".  Apabila kita bicara soal kebangkitan anak muda dan mahasiswa, umum gemar mengaitkan kebangkitan itu dengan analogi dan naratif seperti Arab Spring, demonstrasi BEBAS 17 Disember, Tragedi UPSI Berdarah 1 Januari, Himpunan Hijau 2.0, dan juga sekali-sekala memutar balik masa ke tarikh 9 Julai 2011 (BERSIH 2.0).

Persamaan antara tajuk-tajuk kebangkitan ini adalah satu: demonstrasi dan himpunan.  Pada satu segi, benar; kebangkitan anak-anak muda dan mahasiswa ini boleh digambar dan dizahirkan rupa bentuk fizikalnya melalui siri-siri demonstrasi yang mengambil tempat dalam rentetan sejarah moden negara.  Secara peribadi, saya juga berbangga dengan gelaran "demonstran", apatah lagi majalah rujukan terunggul dunia seperti TIME juga menamakan "protesters" sebagai Person of The Year.

Ramli: SPRM bukan agensi sesuai siasat 'Copgate'

ramli yusuff asset declare case 120310 04Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan agensi yang sesuai untuk menjalankan siasatan bebas terhadap dakwaan berhubung skandal 'copgate'.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di parlimen semalam, Ramli berkata, SPRM termasuk agensi yang turut dikaitkan dengan dakwaan menganiayanya dan orang-orangnya.

Dakwa Ramli lagi, agensi yang sama bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

Kerajaan BN Dahulu Tidak Peka Isu Kemiskinan

SHAH ALAM 27 MAC : Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dalam pergulungannya di Dewan Undangan Negeri hari ini mempersoalkan tindakan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan kadar peratusan kemiskinan di negeri itu hanya 0.05 peratus pada tahun 2005.
Katanya, hal itu menunjukkan kerajaan dahulu tidakdan peka menjadikan isu kemiskinan sebagai satu permasalahan yang serius.

Pemimpin sendiri dedah Umno tipu dalam p’raya


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya.

“Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam satu kenyataan.

MTUC himpun 13 April gesa campur tangan PM


mtuc logo
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan Himpunan Pekerja di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, 13 April ini bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan pekerja termasuk menarik balik Akta Kerja yang dipinda akhir tahun lalu.

Sebelum ini, badan induk kesatuan sekerja itu bercadang mengadakan Himpunan Pekerja, yang bertujuan memperlihatkan tanda protes, di hadapan Kementerian Sumber Manusia.

Bagaimanapun badan induk kesatuan sekerja itu semalam memutuskan untuk beralih lokasi bagi menekankan keseriusan tuntutan pihaknya.

"Sebelum ini memang kami bercadang untuk mengadakan Himpunan Pekerja dekat Kementerian Sumber Manusia, tetapi oleh kerana MTUC sudah mengatakan sudah lagi percaya dengan kepimpinan Menteri Sumber Manusia, kami memutuskan untuk mengadakan Himpunan Pekerja di kawasan JPM, bulan depan," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MTUC, yang dipengerusikan oleh Awang Ibrahim.

Orang Asli nafi Kelantan rampas tanah


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.

Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.

Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.

Datuk Bandar KL: Tunjukkan saya mana tanah itu..!!!

NONEDatuk Bandar Kuala Lumpur hari ini enggan menjawab dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menguatkuasakan Pelan Bandar Raya KL yang masih di peringkat draf untuk mengambil alih tanah bawah nilai pasaran.

Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (kiri)sebaliknya meminta pemberita yang menyoalnya supaya menyatakan lot tanah terbabit secara spesifik.

"Boleh spesifik, (tanah itu) di Jalan Pudu dekat mana? ...Saya tidak boleh jawab soalan awak sebab tidak spesifik... Kamu harus memberitahu kami di mana tanah itu.

"Kawasan Pudu ni banyak, kawasan penjara Pudu ke? Saya tak pasti. Kalau jadi macam ni, saya akan bincang dengan pegawai di mana.

"Tapi awak, lot tanah tak beritahu, nanti saya bagi jawapan lain (pula)," katanya dalam sidang media di Institut Latihan DBKL di Cheras pagi ini.

SAMM: Umno-BN Bersifat Munafik Dalam Isu Israel

SHAH ALAM,27 MAC : Parlimen digesa meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal undang-undang melarang  hubungan dagang secara dengan Israel termasuk larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang kepentingan dengan Israel.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Badrul Hisham Shaharin berkata, Parlimen seharusnya meluluskan usul mengiktiraf parti politik Hamas atau mana – mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
“SAMM mencabar ahli parlimen BN khususnya Umno untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak, sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap ‘munafik’ dalam isu menentang Israel ini,” kata Badrul Hisham atau Chegu Bard dalam kenyataan medianya.

PKR tuntut MB beri fakta nilai hartanah melonjak kerana Lynas

"Kenyataan itu sebagai tiada fakta, hanya auta dan mengelirukan."
KUANTAN: PKR Pahang menolak kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa nilai hartanah di sekitar tempat kilang Lynas di Gebang meningkat.
“Kenyataan itu sebagai tiada fakta, hanya auta dan mengelirukan. Laporan penilai profesional dan bertauliah  tanah di Kuantan yang dibuat pada awal bulan ini menunjukkan harga tanah di kawasan Lynas dan sekitarnya sangat rendah.
“Penduduk berlumba-lumba mahu menjual tanah tetapi tidak ada yang mahu membeli tetapi sebaik Adnan membuat kenyataan, pemilik mahu menjual dengan harga yang mahal” kata Ketua Penerangan  PKR Pahang, Razali Alias.

Shahrizat sudah diketepikan tapi mampukah Nong Chik berhadapan dgn Nurul Izzah?

Semasa pilihanraya umum 2008, Umno mengalami kekalahan mengejutkan di Lembah Pantai di mana Shahrizat Jalil kehilangan kerusinya kepada Nurul Izzah, pendatang baru PKR.
Untuk membina keyakinan atas kekalahan itu, Raja Nong Chik yang mengetuai Umno Lembah Pantai dan BN Lembah Pantai telah dilantik sebagai senator dan diberi jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Shahrizat sudah diketepikan tapi mampukah Nong Chik berhadapan dgn Nurul Izzah? Dengan menjadi menteri atas tiket sebagai ahli senator dan bukan melalui peti undi, Raja Nong Chik dilihat sebagai seorang yang kurang berwibawa di mata warga Lembah Pantai. Rakyat di situ adalah antara yang sangat lantang bersuara walaupun ramai juga dikalangan mereka yang berpendapatan rendah. Walaupun telah banyak dana yang disalurkan kepada kawasan itu demi memenangi hati rakyat di sana, Raja Nong Chik sebenarnya lebih kepada memenuhi aspirasi ketuanya, Najib Razak.
Orang kuat Najib
Raja Nong Chik ataupun RNC terhutang budi dengan Najib atas jawatannya dalam kabinet. Disebabkan takut Shahrizat sekali lagi akan tewas kepada Nurul Izzah yang popular itu, Najib telah memberi lampu hijau kepada RNC untuk menolak Shahrizat daripada senarai calon Umno yang mempunyai harapan untuk bertanding di Lembah Pantai.

Cabar Usul Diluluskan Seterusnya Noktahkan Isu Israel!!


BERKENAAN ISU HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA MEMBANTU ISRAEL

Antara Logo Kosher
Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.

SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti YB Er Teck Hwa (DAP), Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.

Kenaikan harga barang bebanan paling besar


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Rakyat negara ini benar-benar sedang memikul bebanan dari kenaikan harga barang yang melonjak-lonjak sejak kebelakangan ini.

Ketika sebahagian dari mereka memberikan jawapan mudah iaitu menukar kerajaan yang ada namun isu ini nampaknya tidak semudah itu.

Rakyat ingin tahu bagaimanakah mekanisme pengawalan harga barangan boleh dibuat oleh kerajaan.

Para pengikut facebook Harakahdaily ketika diajukan soalan ini bertalu-talu memberikan respon mereka sebagai petanda isu ini sangat kritikal sekarang ini.

Kantoi : Wee tak diserang, kata polis & penganjur

NONEKetua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

Tun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina.

"Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat.

Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan.

Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya.

Program MES DiSabotaj Melalui SMS DiLapor Polis

SHAH ALAM 27 MAC : Unsur sabotaj melalui pesanan ringkas SMS yang dilakukan oleh Umno-BN berhubung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dikenal pasti dan akan diambil tindakan sewajarnya.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dalam pergulungannya di Dewan Undangan Negeri hari ini berkata perkara itu sudah dilaporkan pada Polis.
Katanya, banyak program MES telah disabotaj antaranya program Jom Shopping dan Skim Kesejahteraan Rakyat.
Sebelum ini katanya, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan didatang orang ramai di Pusat Khidmat beliau kerana terdapat SMS yang dihantar kepada mereka supaya datang mengambil baucher RM1,000 di Pejabat beliau.

'Selfish' MCA, ‘Cry Baby’ Wee play the sympathy card: Again at the expense of the Chinese!

'Selfish' MCA, ‘Cry Baby’ Wee play the sympathy card: Again at the expense of the Chinese!AS ALWAYS, the MCA and its youth leader cum deputy education minister Wee Ka Siong are trying to play the sympathy card against Dong Jiao Zhong (DJZ), Dong Zhong and all who support the Chinese education cause and the right to mother-tongue education in general.
As uttered by MCA leaders, the majority of those who attended the 325 DJZ assembly are Opposition members – what a moronic thing to say.
You are really insulting the thousands of parents and senior citizens who are not members of any political party present at 325.
MCA deputy education ministers did nothing
For more than 40 years the MCA deputy education ministers did nothing to help check the rot and MCA wants to continue to con the Chinese community.