PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 3 April ini untuk mendengar rayuan penzahiran dokumen royalti minyak yang dituntut Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairudin menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan peguam-peguam Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan mahu mahkamah menukarkan panel bagi pendengaran kes itu.

Tommy berkata permohonan itu dibuat atas alasan Alizatul Khair adalah adik kepada  Datuk Azhar Osman Khairudin yang merupakan peguam mewakili pihak Petronas.