Ahad, 25 Mac 2012

Ceramah Isu-Isu Semasa - Hj Mohamad Sabu

Untukmu Bidadari Dunia

KumbangWanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31

Umno sejak mula tidak menentang penjajah....malah menjadi anak emas penjajah..!!!


Sebelum zaman Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) dibentuk dengan matlamatnya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob, dimana pada masa itu Umno belum pun ditubuhkan lagi. KMM di bawah Ibrahim Yaakob pada mulanya menawarkan kerjasama dengan Jepun untuk menuntut kemerdekaan dari British, seperti keadaan yang berlaku di Indonesia apabila gerakan-gerakan politik disana ingin bekerjasama dengan Jepun untuk memaksa kemerdekaan dari Belanda.

Rogol Dan Zina Semakin Membarah , Tetapi Pemimpin UMNO Tetap Tak Mahu Laksana Hukum Islam

Keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635.  Pada tahun 2003 sebanyak 1,479 kes dicatatkan, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

Namun yang menyedihkan Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan di Parlimen tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir.

Umno tetap berdegil tidak mahu kembali kepada Islam walaupun terbukti undang-undang ciptaan manusia gagal menyelesaikan masalah.

Jom Keluar Umno Dan Sokong Perjuangan Pakatan Rakyat

Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom telah mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Siasatan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff Ramli dan orang-orangnya mendapati bahawa Ketua Polis Negara ketika itu, Musa Hasan bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Gembira lulus peperiksaan

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Ibu bapa dan pelajar mana yang tidak riang lulus peperiksaan apa pun peringkat dan pangkatnya? Siapa tidak sedih kalau kandas dalam apa usaha pun apa lagilah bercinta! Yang sukses jangan keterlaluan seronok, cabaran dan ekspektasi tinggi menanti di depan; mereka yang gagal jangan terlalu sedu.

Menjelang Pilihan Raya Macam-Macam Ada

Oleh A Kadir Jasin
SEMAKIN kuat, hangat dan bersemangat cakap-cakap pilihan raya, semakin panas jugalah persekitaran politik satu Malaysia. Pendek kata, macam kata iklan ikonik Astro tidak lama dulu – “macam-macam ada.”

Antaranya:-
1. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, tarikh pilihan raya umum adalah “trademark” (tanda niaga) beliau. Maksud beliau, keputusan bila PRU akan diadakan adalah hak mutlak beliau. Beliau yakin orang India kini menyokong Barisan Nasional dan mahu kelebihan suara dua pertiga dikembalikan.
2. Namun begitu, di sebalik kecanggihan kempen blog, Facebook dan Twitter, aspek-aspek tahayul dalam pemikiran sesetengah orang politik terus kukuh. Maka, ramailah tukang tilik dan burung serinditnya, sami pelbagai agama, bomoh Siam dan Kiai Jawa yang dilawati untuk mendapatkan “petunjuk”.

Luar nampak dacing, dalam perut tetap PAS


KAJANG, 25 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.

Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini.

Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.