Sabtu, 24 Mac 2012

Hidden racist agenda to demolish the Malays? My foot!

Hidden racist agenda to demolish the Malays? My foot! The premise of this essay is based on five simple truths, that:
> There is no agenda, covert (hidden) or overt (open), among Malaysian Chinese, Indians and Others, or CIA sponsored or Zionist or other foreign "agent provocateurs" to "rob" Malaysian Malays of their political or other powers or "price" then out of "their land" in places like Penang or anywhere.
> That legitimate criticisms by any citizen of the excesses of our Government, especially where it concerns billion dollar financial scandals, are NOT attacks on, or "bashing" of, Malaysian Malays.
> That loss of political power of BUMNO/BN is NOT tantamount to loss of political, economic or social power of Malaysian Malays.
> What is fatal to BUMNO/BN is not necessarily fatal to Malaysia as a whole.

How evil can the BN get

How evil can the BN get
HOW evil can political parties, politicians and the government be?
You know they are rotten to the core when they cannot differentiate between politics and the people’s misery, especially the sick.
I found the attached picture (below, right) in my email today. The sender is obviously anonymous.
I ran a google check and found this in Pandan MP Ong Tee Keat’s blog.
“Ong raps Health Ministry over approval
KUALA LUMPUR (Feb 9, 2012): Pandan MP Dato’ Sri Ong Tee Keat tonight rapped the Health Ministry for delaying approval and depriving his electorate of the services of a voluntary haemodialysis centre.
“I certainly hope the ministry is not playing the delaying game for the wrong reason and jeopardising the health and needs of the sick,” he told a crowd of about 1,000 local residents who braved the rain to attend the Taman Maju Jaya Chinese New Year reception.

Perwaja rugi RM18b bukannya RM10b

JUMLAH kewangan negara yang hangus dalam skandal Perwaja mencecah RM18 bilion, bukan RM10 bilion seperti yang didakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.Demikian menurut Husam Musa dalam buku beliau, Dokumen Rasmi: BN Khianati Amanah Rakyat.

“Sebab itulah nasib Melayu Pulau Pinang masih seperti zaman sebelum Perang Dunia Kedua sebagaimana yang dikatakan Dr Mahathir kerana wang negara tidak diuruskan dengan betul seperti yang berlaku kepada Perwaja ini,” kata Husam.
Husam mengulas panjang isu terbabit dalam buku berkenaan.
Kandungan buku itu, fakta-fakta jelas yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, tetapi tidak diketahui umum.

Dana Awam : Pemimpin Umno-BN tidak rasa bersalah

PENYELEWENGAN dana awam oleh kerajaan Umno- BN sudah menjadi budaya dan lumrah oleh parti tersebut shttp://3.bp.blogspot.com/-dC0EdErFhIo/Temm918s9VI/AAAAAAAACVU/0-RRYw5SUD8/s400/mat-sabu.jpgelaku pemerintah di negara ini yang telah berakar umbi sejak sekian lama.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, rakyat khususnya di kalangan orang Melayu harus peka dan sedar akan kebobrokan yang dilakukan pemimpin mereka yang ternyata menggunakan hak rakyat untuk kepentingan peribadi mereka.

Awang Adek terima tiga keping cek

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 26 Disember tahun lalu telah membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Dato’ Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.

Dakwaan itu dibuat berikutan pendedahan sebuah laman blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http:// thewhistlower711.blogspot.com.
Pendedahan laman berkenaan memuatkan Awang Adek yang juga Timbalan Mentrei Kewangan didakwa telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.
Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662; 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.

PAS kenal pasti 22 penyelewengan Felcra

KEhttp://4.bp.blogspot.com/_Ra7vDtHQxuM/TUE1BH2IQmI/AAAAAAAAB1Q/M6xThMqPCHs/s1600/mazlan-aliman.jpgRAJAAN Umno-BN pernah didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.“(Ini kerana) Kedudukan Felcra sangat serius dan kritikal,” kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman sebelum ini.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) juga menggesa SPRM menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Maut dipukul beramai-ramai, dipercayai dendam


mati dipukul
BANDAR KLANG - Hanya kerana pergaduhan di sebuah pub, seorang lelaki ditemui mati dipercayai dipukul sekumpulan lelaki.
Mangsa, Puvanesvaran, 25, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan, hanya beberapa meter dari pub yang sama di Jalan Stesen di sini, awal pagi ini.
Difahamkan, sebelum itu mangsa dikatakan berada dalam pub berkenaan sebelum berlaku pergaduhan dengan beberapa pihak menyebabkan mangsa dipukul.
Mangsa yang kesakitan dikatakan berlari keluar dari pub berkenaan untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun meninggal dunia hanya beberapa meter dari lokasi pub itu.

SPR perlu tambah kemudahan mengundi OKU

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menambah baik kemudahan mengundi untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memastikan golongan itu dapat mengundi dengan sempurna.

Presiden Majlis Gabungan Persatuan OKU Malaysia Datuk Mah Hassan Omar berkata sebagai warganegara Malaysia, golongan OKU mempunyai hak untuk mengundi sama seperti warganegara Malaysia yang normal.

"Sekiranya kemudahan disediakan tidak mencukupi, hak OKU sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi akan terhalang disebabkan keupayaan kami yang terbatas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Najib dianggap khianati peneroka

TEMERLOH, 24 Mac: Seorang peneroka menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkhianati warga Felda jika benar beliau campur tangan dalam perbicaraan kes perahan minyak (KPG) sebagaimana didakwa.
Hashim Ahmad dari Felda Jengka 1 berkata, beliau bersama peneroka yang lain membawa kes KPG ke mahkamah setelah merasakan 15 tahun mereka teraniaya dan tidak sepatutnya dikhianati.

“Tapi jika keadilan dan hak yang kami tuntut dengan begitu payah boleh diketepikan dengan arahan Najib, sudah tentu kami rasa dikhianati,” tegasnya.

Hashim ialah salah seorang daripada 365 peneroka sekitar Jengka yang memfailkan saman terhadap Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta di Mahkamah Tinggi Temerloh September tahun lalu berkaitan isu KPG.

Memo tuntut bebas Hoslan diserah kepada Agong

 KUALA LUMPUR, 24 Mac: Memorandum menuntut pengampunan dan seterusnya membebaskan imam Hoslan Hussain berjaya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah, petang ini.

Koordinator NGO, Jingga 13, Fariz Musa, dan Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, mewakili hampir 100 rakyat menyerahkan memorandum berkenaan, di Istana Negara.

Sebelum itu, sekumpulan rakyat yang prihatin dan bersimpati dengan nasib imam Hoslan berkumpul di Masjid Wilayah, Jalan Duta, sebelum berarak ke Istana Negara dengan kerjasama pihak polis.

Fariz, ketika berucap di hadapan peserta himpunan, merakamkan rasa kesal dengan nasib yang menimpa imam Hoslan, memandangkan isu sebenar di sebalik hukuman itu seolah-olah ditutup.

Pak Samad Sasterawan Negara Ketuai Besih 3 Di Dataran Tahrir Merdeka!!

Dataran Merdeka 28 April 2012
Bersih 3.0 Utk Anak Muda!
Selamatkan Negara Malaysia!
Save Malaysia!

Salam sejahtera kepada semua,
tidak mengira kita apa agama sekalipun..
di sini gua ingin menyatakan bahawa
BERSIH 3.0 akan di adakan pada 28 - 4 - 2012

Lembaga Disiplin Umno Takut 'Pengacau Veteran'?



.Sejak kebelakangan ini fenomena pemimpin-pemimpin veteran Umno menghentam parti yang dianggap keramat bagi orang Melayu itu semakin menjadi-jadi. Dan sudah tentu, yang paling menjadi buah mulut masyarakat pastinya perihal dua orang ‘otai’ yang kini boleh dilabelkan sebagai ‘pengkritik tetap’ parti itu. Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Namun begitu, selepas segala kenyataan yang telah mereka lakukan yang boleh dianggap memberikan ‘damage’ kepada parti, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil oleh Lembaga Disiplin parti terhadap mereka sehingga menimbulkan cakap-cakap yang ahli Lembaga Disiplin Umno sebenarnya takut kepada dua orang ‘legend’ ini. Persoalannya kini, sejauh mana kebenaran persepsi yang berlegar di fikiran orang ramai kini? Benarkah Lembaga Disiplin Umno takut untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka berdua?

Adakah Bn@Umno akan datang dengan janji pilihanraya yang dikitar semula

Semua harus ingat menjelang PRU tahun 2008 kempen pilihanraya Bn khususnya di Rembaupanik kerana kali pertama diasak begitu kuat dengan gelombang kesedaran rakyat. Demi mematahkan gelombang tersebut dan memujuk rakyat maka Bn telah datang dengan perbagai janji. Pada 31 Januari akhbar keluaran Utusan dengan jelas menyatakan janji Pengerusi Bn Negeri Sembilan kepada orang Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi Bn.

Anggota polis wanita ditahan kes kejadian tembak ala gengster

"24 Mac 2012 - KOTA BHARU: Seorang anggota polis wanita yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan beberapa jam selepas kejadian tembak ala gengster di lampu isyarat di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini semalam.Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat,

Perang Lembu: UMNO/APCO Dah Terkucil

Oleh: ruhan

"Sejak akhir-akhir ini lembu muncul sebagai satu entiti penting dalam sejarah politik Malaysia. Kesemuanya bermula dengan laporan negatif Ketua Audit Negara terhadap National Feedlot Corporation (NFC). Maka bermulalah perdebatan, cemuhan, dakwaan, dan penistaan terhadap pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal ini.

Kadir Makin Parahkan Derita Umno Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Panas politik PAS Kedah tiba-tiba diredakan dengan tindakan mengejut bekas pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri cabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan keluar dari Umno.
Meskipun tindakan Kadir itu tiada kena mengena dengan PAS atau Pakatan Rakyat tetapi ia tetap berita yang menggembirakan kerana ia menggambarkan kepincangan dalam UMNO.


 Kadir bukan calang-calang orang dalam Umno, selama 56 tahun (sejak 1956) memegang jawatan dalam parti sehingga sebelum isytihar keluar parti. Mungkin hanya boleh dibilang dengan jari, pemimpin Umno yang mampu bertahan dengan jawatan dalam Umno selama itu. Beliau pernah menjadi exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.

Dana awam jadi lubuk duit Umno-BN

Oleh SAFAR JUMAAT
SATU hal yang menyebabkan penyelewengan berlaku dan berulang-ulang berlaku ialah kerana tidak ada rasa malu untuk melakukannya dan tidak ada rasa bersalah mengulanginya.Itulah sebhttp://3.bp.blogspot.com/-n6PnICJald4/TYv7TElpd4I/AAAAAAAAFIk/vH9bceKBcbY/s1600/duit.jpgabnya, cerita NFC yang berpanjangan hingga pendakwaan dijalankan ke atas Pengerusinya, Dato’ Seri Dr Mohd Salleh Ismail dikenakan.


Walaupun pihak yang didakwa belum tentu bersalah atau tidak, mustahil kalau tidak ada kes, pihak pendakwa membawa kes ini ke mahkamah untuk pendakwaan. NFC bukanlah kes pertama atau kes tunggal yang diketahui umum, berlaku macam-macam cerita tidak elok mengenainya.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Umum Tidak Tanding PRU-13

Post Pic
GEORGE TOWN, 24 MAC : Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim menjadi tokoh terbaru mengumumkan pengundurannya dari medan politik bagi memberi laluan kepada barisan pelapis Umno. 

Datuk Azhar yang menjadi Adun Penaga selama lima penggal berkata, beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang berwibawa dalam Umno. 

PBT Selangor yang terbaik - Sistem Star Rating


SHAH ALAM, 24 Mac: Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain di Malaysia apabila dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan pada 2010/2011.

Majlis bandaraya dan majlis perbandaran di Negeri Selangor yang mendapat empat bintang ialah  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Mahu Jadi Ketua..Tapi Malu Diejek 'Lembu'


Baru diejek lumbu sudah patah semangat dan susah nak buat kerja. Macam inikah manusia yang bakal menjadi Ketua Wanita Umno sekiranya Sharizat Jalil mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ketua Wanita Umno apabila Najib Razak mengumumkan tarikh pilihanraya yang ke 13.

Simpanan tetap Selangor di bawah PR RM1.9 bilion, ketika zaman Umno-BN hanya RM500 juta sahaja

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sepanjang empat tahun memerintah negeri Selangor, simpanan tetap bagi negeri itu meningkat walaupun membelanjakan hampir RM600 juta untuk pelbagai program pembangunan demi rakyat.

Abdul Khalid menjelaskan simpanan tetap itu diperoleh kerana penggunaan wang dibuat dengan cermat berasaskan ‘value for money’ berbanding sikap boros berbelanja ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, untuk rekod simpanan tetap kerajaan negeri Selangor berjumlah RM1.9 bilion sepanjang 2011 iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran BN yang hanya mampu menyimpan kurang dari RM500 juta sebelum 2008.

“Negeri Selangor juga merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mulut Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang) mengenai pencapaian dan perancangan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dilantik pada 2009 pada sidang Dewan Undangan Negeri, kelmarin.

‘Kita cermat guna wang’

Abdul Khalid menegaskan, “dari pengalaman saya sepanjang empat tahun ini, kita menggunakan wang dengan cermat berbanding kerajaan terdahulu. Jika dulu kalau projek RM20 juta, dibuat dengan harga RM40 juta.

“Walau bagaimanapun kerajaan negeri pada 2008-2009 memantau kegunaan dana dan oleh sebab itu walaupun kita guna untuk belanja sehingga RM600 juta tapi jelas simpanan tetap kita masih tinggi dan sedang meningkat.

“Sumbangan negeri Selangor kepada ekonomi Malaysia pula adalah sebanyak 22-23 peratus atau 1/5. Negeri-negeri lain hanya menyumbang tidak lebih dari sembilan peratus.

“Kita penyumbang yang tertinggi malah makin lama simpanan tetap kita semakin banyak. Kita akan minta kerajaan persekutuan beri pulangan daripada hasil yang kita berikan kepada negara.

“Kita beri hasil 22 peratus tetapi pulangan yang kita terima tidak sampai dua peratus, jika 10 peratus tidak mengapa. Maka kita akan jaga simpanan tetap dan berdikari,” katanya.

Persatuan Pencacai UMNO : Gambar PANAS DSAI bersama wanita akan didedahkan.

WOW..


Ini pengakuan terkini dari Ummi. Asalnya neh isu nalla dengan dsai tapi ummi pun ada sekali kat situ. Dah keberadaan dia kat situ bukan sekadar sibuk2 nak tangkap gambar interframe bagai tapi siap dengan amaran berapi. Auwww.. takutnyeeewww aku.

Get Real Mr Prime Minister!Get Real Mr Prime Minister!

Like many others, I read somewhat amused at PM Najib’s war cry that he is confident of getting back the states now under the opposition. I say war cry because here we have a PM seized by an extreme bout of paranoia declaring that we are at war. With who?
He has to stop the charade. It’s not like UMNO and BN people are gifted with extraordinary talent that reserves them the right to govern the country. Who can argue against facts? The top 3 states which drew the highest level of FDI are Pakatan led states. Just under one term, Pakatan governments can achieve these good things which no other BN lead states have ever achieved is an incontestable testimony that Pakatan people are more talented.
This is what UMNO and BN and the UMNO president fear most. That people are slowly but surely realizing that there is life without UMNO and what’s better- there is a better life without UMNO. Let’s repeat this once more there’s life without UMNO and there’s a better life without UMNO indeed. Tell your friends, neighbors about this- let us kick out the kleptocratic maniacs out of Putrajya and forge a new future. Let’s square off with Najib as the opposition leader. We will see he is a paper tiger who without a scripted text, cannot respond to out of pre-approved questionings.

NAJIB TAK PERLU BERTEKA-TEKI !!

Najib tak perlu bermain teka-teki lagi dengan rakyat, kerana tempoh untuk BN memerintah sudah terlalu hampir ! 
Pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) yang menjadi perhatian banyak pihak sekarang ini, berkemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh lima bulan dari sekarang, sama ada sebelum Ramadhan 2012 atau selewatnya sebelum April 2013.

Mana-mana tarikh pun  sebelum April 2013 Pakatan Rakyat memang sudah bersedia!, cuma Najib saja yang masih terkial-kial nak menentukan tarikh. Kedaan Najib dan kerajaannya sekarang ni benar-benar baru-biru, kelam-kabut dan serba tak kena. Ia ibarat orang sakit perut di tengah khalayak hendak mencari jamban tetapi tak jumpa !  silap haribulan boleh terburai. 
 

Budak Hingus Ni Mewah Macam Kepala Mafia

Kalau setakat menjalani kehidupan mewah disebabkan bapa seorang yang kaya raya, tak payah la nak tunjuk belagak dengan Rakyat bawahan.  Kalau ilmu agama masih macam budak hingusan, tak payahlah berlagak sombong sesama manusia, kerana akhirnya mati jua...

Dengan lagak seperti kepala samseng yang bacul, anak menteri ini turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. “ Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi,” satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata.
  
“Rasa-rasanya macam biasalah pihak polis akan menjalankan siasatan secara ala kadar, dan diharapkan pihak keselamatan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri”, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran dan NGO JINGGA 13.
"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.
Lagak Mafia
Nazri Aziz mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.  Gaya hidup sedemikian hanyalah diamalkan oleh golongan-golongan elit yang kaya serta di kalangan samseng-samseng seperti kumpulan Mafia.  Dari mana datangnya wang anak menteri ini kalau bukannya dari bapa mereka...
Sekarang ini juga adalah masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing, tetapi kita juga mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz beberapa bulan lepas, yang mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan ‘mengundang bahaya’.  Inilah sebabnya...

WARGA FB KATA KEPADA PM YANG TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN ANWAR :

http://1.bp.blogspot.com/--bNNPeGVVY8/T20rQ2d-VQI/AAAAAAAAGH4/2bBi1-dkljI/s1600/2012-03-24_072901.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-mz2A6O610zc/T20rQwQct_I/AAAAAAAAGHo/1VLiA4UKSow/s1600/2012-03-24_072736.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-4wvD-ptvR5Q/T20rQdVckvI/AAAAAAAAGHg/bnAFsHRH5-Y/s1600/2012-03-24_072711.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-mbWgcLO9U60/T20rQTvo3OI/AAAAAAAAGHU/D_Yrwrfc88A/s1600/2012-03-24_072642.jpg

Singkirkan khayalan terhadap BN untuk selamatkan pendidikan bahasa ibunda

Berikut merupakan "Tiga Isu Kenyataan" tentang perhimpunan selamatkan pendidikan bahasa Cina yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor pada 21 Mac 2012.

1."Perhimpunan Selamatkan Pendidikan Bahasa Cina 325" adalah satu himpunan adil rakyat berbangsa Cina seluruh negara demi menyelamatkan kewujudan sekolah rendah Bahasa Cina.  Himpunan adil ini juga melambangkan rakyat semua kaum (terutamanya kaum minoriti termasuk Kaum Cina, India, Iban, Kadazan Dusun.)  Himpunan selamatkan Pendidikan Bahasa Cina tidak seharusnya hanya dimiliki oleh mana-mana individu pertubuhan, mana-mana parti politik atau mana-mana kumpulan; Himpunan ini harus dimiliki oleh persatuan Cina, masyarakat Cina mahupun parti dan pertubuhan patriotik dan demokrasi dan rakyat pelbagai kaum pelbagai lapisan seluruh negara. 

Orang Kuat Taib Mahmud Hendak Sertai Pas?

Oleh MSO

Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.
Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

MACC says summoned Shamsubahrin’s lawyers to help NFC probe

File photo of Shamsubahrin (right) with his lawyer Latheefa Koya earlier this week when he was at the MACC office in Putrajaya to give his statement. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, March 24 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) denied today intimidating Datuk Shamsubahrin Ismail’s lawyers and insisted they were called in for questioning to help in its probe of the National Feedlot Centre (NFC) scandal.

WIFI Percuma - Satu Lagi Projek Pakatan Rakyat Selangor Untuk Rakyat

Perintis bandar WiFi
PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di leb)h 200 lokasi mulai Jun depan.

Isu Jalan : GHANI Terus Diselar

PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyelar Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor setelah kenyataan yang dibuatnya berhubung soal jalan kampung di negeri ini yang sudahpun diturap sedangkan masih ada lagi rakyat yang belum menikmati kemudahan asas sedemikian.

Menurut Timbalan Ketuanya, Abdul Rashid Taib, kerajaan UMNO digesa membina jalan alternatif sebagai jalan kedua yang menghubungkan Tampok dan Parit Betak sepanjang lebih kurang enam kilometer ini memandangkan Sungai Tampok yang berkeluasan lebih kurang 30 meter itu ini tidak memungkinkan penduduk  mampu membina jambatan masing-masing.

Jamaluddin nafi spekulasi beliau calon MB Pahang..!!


Jamaluddin Jarjis
ROMPIN – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan ‘khabar angin’ yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.
Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.

Ahmad Said tak minat dunia pendidikan?

Oleh: anaabdullah

" Ramai orang Terengganu tak tahu pasal misi Ahmad Said yang menamatkan pinjaman 6 orang pelajar yang terbabit dengan perhimpunan bersih 2.0 dulu.Anda boleh lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Idris Jusoh ketika menerajui Terengganu 2004/2008 dulu. KUSZA (kolej sultan Zainal Abidin) Gong Badak dijual kepada kerajaan pusat dijadikan university Darul Iman (UDM). Kolej Yayasan Terengganu Cendering di jual kepada UITM.

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan- AMK

KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.
“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Memancing dan menjala bagi menjatuhkan Pakatan

Oleh ABU FATHY
BANYAK cara difikirkan dan digunakan oleh pihak lawan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi asas cara menjatuhkan Pakatan Rakyat ialah dengan mengeluarkan PAS daripada gabungan itu.
Bagi mereka jika PAS dapat dikeluarkan daripada Pakatan Rakyat, maka Barisan Nasional dapat terus memerintah tanpa cabaran besar.


Untuk mengeluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat ialah dengan dua cara. Pertama memancing. Kedua menjala.

Pengumuman penting Ku Li 8hb April

Shahbudin Husin
Selepas bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar daripada UMNO, masa depan politik Ku Li turut menjadi bualan rakyat. Ini kerana selain mereka berdua berada dalam NGO yang sama iaitu Amanah Merdeka di mana Ku Li adalah Presidennya dan Kadir pula Timbalan Presiden, kedua-duanya juga dilihat agak kritikal terhadap UMNO kebelakangan ini.
Sementara Kadir lantang mengkritik soal kepimpinan UMNO yang rasuah dan tidak boleh dikritik, Ku Li pula kritikal terhadap beberapa perkara dasar yang dilakukan pentadbiran Najib. Selain menggerakkan Amanah Merdeka untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotime, Ku Li juga menyokong perjuangan menuntut hak royalti minyak untuk rakyat Kelantan serta menentang penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang dianggap akan merugikan peneroka dalam jangka panjang.

Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika?

Malaysia VS Iran Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika?
Kami menjangkakan keadaaan Amerika semakin “tenat” ketika ini dek kerana dilihat kekurangan pengaruh kuat seperti dahulu, terutamanya daripada aspek ekonomi. Tetapi sungguh tidak disangka walaupun Amerika yang sudah “nyawa-nyawa ikan” pun masih lagi mahu mendabik dada sebagai polis dunia.
Iran yang buat program nuklear, akhirnya negara-negara yang berdagang terus dengan Iran turut terkena tempiasnya. Bagi kami, kelompok Amerika ini lebih dilihat mahu “main wayang” sahaja. Amerika kata mahu membuat sekatan kewangan kepada mereka yang berdagang dengan Iran. Tetapi….
  1. Itali masih boleh beli lagi minyak Iran?
  2. Jepun masih boleh beli lagi minyak Iran?

Najib: Malaysia akan muflis jika ikut janji pembangkang..!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak
PORT DICKSON - Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.
"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung di sini hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Fiscal responsibility, public debts: Avoiding panic button

NONEConcerns over Malaysia’s high level of public debts are real. It is not surprising that this will feature prominently in public debates for some time, not the least because the fiscal problems faced by some countries around the world continue to hog the headlines.
So while it is timely that Umno Youth chief Khairy Jamaluddin penned his thoughts on fiscal responsibility (published in The Edge, Feb 20) and in the light of Deputy Minister of Finance Awang Adek Hussin’s insistence that our debt level is manageable (despite being only two percent away from the legal national debt limit), it is only proper that one of us from Pakatan Rakyat responds to further the public discourse on this issue.
After all, the culture of public debate has received a big boost recently and we (Khairy, right) and I) have promised to continue to promote it after our first public debate in London in January.
I shall start by acknowledging that there are common grounds on this issue across the political divide.
For example, although we may not hit the panic button yet, there is a strong basis for focused measures to alter the fiscal path the country is taking, without which there is a certainty in the future that Malaysia will face financial difficulties.

MALAYSIA AKAN BANKRUP LEBIH AWAL , KALAU BIARKAN KEPADA MENTERI-MENTERI BODOH

Jangan bimbang, bergembiralah! Kenapa? Kerana hutang negara masih kurang 2% dari tahap kritikal, kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya.

Samada beliau tiada penjelasan lain untuk diberi dan terpaksa menjaga air muka berkaitan isu tersebut, yang tentunya memalukan dan contoh klasik bagaiman buruknya pengurusan fiskal dan kewangan.

“Masih belum ditahap krtikal ketika ini. Had kita ialah 55 peratus dari Keluaran Negara Kasar, kita sekarang pada kadar 53 peratus.Jadi tidak perlu bimbang,” Awang memberitahu Parlimen yang agak terkejut pagi tadi.

Wasatiyyah cara Najib

1) Beg tangan bini harga puluhan dan ratusan ribu
2) Belanja bertunang anak ratusan ribu
3) Baju bini harga puluh ribu
4) Kasut bini puluhan ribu

dan macam-macam lagi

Kenyataan Paling 'Hamlau' Dari Seorang PM

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.

Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwana itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Ahli Umno kepung, tangkap petugas culaan undi Lembah Pantai

LEMBAH PANTAI 24 Mac: Sekumpulan dipercayai ahli Umno bertindak membelangkangi undang-undang apabila menangkap empat petugas culaan undi KEADILAN di kawasan parlimen Lembah Pantai.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi, ahli Umno terbabit bertindak mengepung, mengugut dan merampas kad pengenalan P Nanthakumar, M Gopal Dass, Shamsudin Yusof dan Gurmit Singh yang menjalankan bancian di kawasan itu.
Ketua sukarelawan, Mohd Affendi Abdul Ghaffar berkata, tuduhan seorang Ketua Umno dikenali sebagai ‘Ramli’ bahawa kehadiran mereka di perumahan Flet Sri Pahang, Lembah Pantai sebagai cubaan menculik kanak-kanak, adalah fitnah.
“Sedangkan kami kemukakan kepada mereka Surat Kajian Pengesahan Daftar Pengundi Kuala Lumpur 2012,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Jalan Travers.
Keempat mereka diambil keterangan di bawah Akta 170 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyamar sebagai petugas awam.

Four from Nurul’s campaign team held

Kuala Lumpur: Four more members of Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar’s campaign team were arrested, this time for allegedly masquerading as civil servants while conducting a door-to-door voter survey in the constituency.
According to Nurul’s political secretary Fahmi Fadzil, six volunteers were making their rounds at the Sri Pahang flats in Bangsar Utama this morning when four of them were allegedly confronted by members from the Umno Lembah Pantai division.
Exact details of what transpired after that are still unknown but police arrived at the scene and hauled the four to the Travers police station.

Kerajaan Kelantan sudah sedia jumpa Umno di mahkamah


KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.