Khamis, 22 Mac 2012

MTUC dakwa kementerian rosakkan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Kementerian Sumber Manusia antara yang bertanggungjawab merosakkan kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, pelbagai masalah sedang menyelubungi pekerja termasuk mereka dihalang untuk berkesatuan.

"Apa sistem perundangan yang ada dalam negara ini? Semua ini perbuatanKementerian Sumber manusia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

20,332 pelajar tercicir, 112,346 salah laku setahun


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketika negara sedang meraikan kegembiran ekoran kecemerlangan pelajar SPM yang cukup membanggakan, namun ada perkara yang perlu dipandang serius.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) memberitahu seramai 20,332 pelajar tercicir dalam pelajaran setiap tahun.

Manakala jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin secara keseluruhan dalam tempoh 2007 hingga 2010 pula pada kadar purata 112,346 orang setahun.

Jumlah murid yang tercicir dalam pelajaran akibat salah laku dan peraturan disiplin sekolah pada tahun 2007 seramai 1,834 murid dikenakan hukuman buang sekolah.

Johor tidak selamat buat BN; PAS di Kelantan tergugat?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Memang seronok membaca telahan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno, Daim Zainuddin. Jika menjelang Pilihan Raya Umum 2008 beliau meramalkan BN kalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, kali ini beliau hanya menjangka Johor, Melaka dan Pahang dapat memberi kemenangan mudah buat gabungan parti yang memerintah sejak merdeka itu.

AUKU tidak terpakai di Mesir

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menggesa kerajaan Terengganu menarik semula pembatalan pinjaman pelajaran kepada beberapa pelajar Malaysia di Mesir yang terlibat dengan demonstrasi Bersih 2.0 dinegara itu sebelum ini.Timbalan Presidennya, Mohd. Asri Md. Daud mendakwa, tindakan tersebut menyebabkan proses pendidikan dan pelajaran yang sedang dilalui mahasiswa di Mesir terbabit terbantut.
“ILMAM dimaklumkan pada Februari lalu seramai sembilan pelajar menerima surat dari Yayasan Terengganu menyatakan penamatan perjanjian pinjaman pelajaran berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah yang bersidang pada 18 Disember 2011.

Wanita Umno kesal kenyataan Kamilia..kah..kah..team kak ijat lwn kak pidah..!!!

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Wanita Umno hari ini mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Umno.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Exco Wanita Umno dan Wanita Umno negeri merakamkan kekesalan berikutan artikel yang tersiar di dalam akhbar akhbar The Star bertarikh 22 Mac itu dan menganggapnya ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.
“Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Datuk Kamilia Ibrahim.

12 kerja jahat Najib dan UMNO

1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Arahan Najib buktikan wujud penipuan kadar perahan sawit

KUALA LUMPUR 22Mac: Pendedahan minit mesyuarat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Felda menunjukkan penipuan Felda kepada peneroka selama ini terbukti wujud.
Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham berkata, arahan yang dikeluarkan Najib itu menunjukkan Felda tidak yakin mahkamah akan memihak kepada mereka sekiranya kes dibicarakan tanpa sebarang campur tangan.
“Najib dan Felda amat takut dengan saman dari peneroka Felda seluruh negara, sehingga cuba pengaruhi mahkamah untuk berpihak kepada mereka,

8 iktibar selepas 8 tahun Ahmad Yaasin syahid


Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga  walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

Govt ‘lied’ about Hamza’s arrest

Lawyers for Liberty has obtained photographs to show that the government had allegedly lied about Saudi journalist Hamza Kashgari’s arrest.In a press statement, the organisation said the photographs affirmatively showed that Hamza was actually in the country for a couple of days before his arrest on Feb 9.Among others, the photos depict Hamza posing at the Titiwangsa Lake and Istana Budaya in Kuala Lumpur.
“The home minister and the police had continuously maintained that Hamza was arrested upon his arrival at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Feb 9 when in fact he was stopped by the immigration at the KLIA departure hall while trying to board a plane to Auckland after having arrived in Malaysia on Feb 7,” said Lawyers for Liberty.
For example, Lawyers for Liberty said, police spokesman Ramli Yoosuf was widely reported as stating that Hamza was taken into custody after flying into Malaysia’s international airport:

Guan Eng akui Kelantan lebih selamat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng  berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.
“(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.
“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat,” kata Guan Eng.

Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?


Harga Hartanah Malaysia Harga Hartanah di Malaysia Terlalu Tinggi! Antara Sebab Rakyat Nak Tukar Kerajaan?
Ramai yang menggelarkan Tun Daim Zainuddin ini “Daim Diam”. Kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang jarang-jarang sekali mengeluarkan kenyataan di media arus perdana walaupun ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dahulu.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini beliau acapkali tampil berkongsi pandangan & pendapat tentang senario yang berlaku di Malaysia ketika ini, seperti mana yang beliau lakukan sebelum pilihanraya umum 2008. Terbaru….

Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion – 53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!!!!

Hutang Kerajaan Persekutuan Hutang Kerajaan Malaysia (RM456.1 Billion   53%/55%). Rakyat Malaysia Tak Perlu Bimbang!
Jikalau merujuk Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983, meletakkan had hutang kerajaan Malaysia berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia yang dibenarkan, sebagaimana yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF) adalah pada paras 55% (paras terkini). Sekarang sudah ditahap berapa?

Surat terbuka KM Pulau Pinang kepada CEO Lynas

En Nick Curtis
Chief Executive Officer
Lynas Corporation Ltd
Level 7, 56 Pitt Street
Sydney, NSW 2000

En Curtis (gambar bawah),

Perjumpaan Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang
Terima kasih atas jemputan anda untuk bertemu dan membincangkan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas di Gebeng, Pahang, yang telah dilanjutkan bagi pihak anda oleh Cik Jacey Lee daripada Ogilvy Public Relationship Worldwide melalui emel pada 5 Mac 2012.

Saya telah memberi maklum balas melalui media pada 6 Mac 2012, di mana saya telah menyatakan keputusan untuk tidak menerima jemputan anda demi kepentingan penduduk-penduduk Kuantan yang terjejas serta kebimbangan kesihatan dan keselamatan mereka akibat operasi syarikat anda dalam pemprosesan nadir bumi.  Kebimbangan penduduk-penduduk mengenai sisa radioaktif atau kesan-kesan daripada loji pemprosesan belum lagi ditangani.

DEMA gesa rayuan kes UKM4 ditarik balik

Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA) menggesa pihak kerajaan dan universiti menarik balik rayuan kes UKM4 ke Mahkamah Persekutuan.

Peristiwa UKM4 sekali lagi telah menarik perhatian rakyat di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan pihak UKM, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan membuat rayuan berhubung dengan perintah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai seksyen yang tidak sah di sisi undang-undang dan mencanggah perlembagaan.

Kit Siang cabar Najib serah kuasa secara aman jika Pakatan menawan Putrajaya

Pilihan raya umum ke-13 semakin mendekat, Perdana Menteri Najib kini berada di mod berkempen yang sepenuhnya.  Sepertimana yang dikatannya sendiri baru-baru ini, beliau telah "bekerja malam dan siang", "tanpa berhenti-henti", bukannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan berteladan, tetapi menjadi Santa Claus kebangsaan untuk "memastikan kemenangan" bagi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.

Semasa berkempen di merata tempat, nada beliau bertukar dari yang paling berkeyakinan dengan mengisytiharkan bahawa "BN akan merampas negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang pada PRU ke-13" (di Puchong pada 19 Mac) dan yang berbunyi lebih gelap bahawa "adalah sukar bagi BN menguasai majoriti parlimen dua per tiga dalam PRU yang akan datang" (Foreigh Correspondents Club pada 20 Mac), kepada yang berbunyi mengugut bahawa cita-cita rancangn "transformasi"nya supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi akan gagal jika beliau tidak mendapat "mandat besar" dan negeri-negeri pembangkang balik ke pangkuan BN (semasa bertemu dengan kakitangan kerajaan pada 18 Mac di Shah Alam).

Najib kecewa pengkritik "cetek", tetapi...

Buat kali kedua Perdana Menteri Najib Razak tampil ke stesen radio bahasa Cina untuk rancangan temubual, kali ini di stesen 98.8, selepas wawancara bersama One FM pada tahun yang lalu.  Ia semestinya ditafsir sebagai usaha Najib untuk mendampingi masyarakat Cina menjelang PRU 13, khususnya apabila tinjauan terbaru oleh Merdeka Center memperlihatkan tahap populariti Najib di kalangan responden Cina hanya mencatat 56%, terendah berbanding responden India (80%) dan Melayu (74%).

Malah, wawancara ini menarik perhatian sedikit sebanyak, khususnya dengan isu-isu yang melambak sejak kebelakangan ini.  Antaranya, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan, usaha mempertahankan Jalan Sultan sebagai tanah warisan, kekurangan guru di sekolah rendah aliran bahasa Cina yang bakal diluahkan protes melalui satu perhimpunan pada 25 Mac di Kajang dan sebagainya.

Pembaikan Pulih Kuarters Lower Tunnel Bukit Bendera Untuk Pengakap

TGNA meninjau pembinaan jambatan baru di Kampung Lapan Pari, Tok Sadang,Pengkalan Chepa

Hartanah: MAIWP perlu jelas urus wang zakat

Isu pembantu rumah Indonesia: Satu tugas, gaji minimum RM700

Isu Yahudi dan Zionis

Jingga 13 mahu berhimpun tuntut bebaskan imam Hoslan

Penyelesaian Masalah Gerai Doremi

Israel: Mahfuz persoal Ahmad Maslan

Hasan Ali Cakap Tak Serupa Bikin - Ng Suee Lim

Noh Omar Samseng - Ng Suee Lim

Projek Ampu : Wanita UMNO Selangor sokong Kak Ijat

Isu Saman - Ng Suee Lim Sanggup Berdepan Dengan Noh Omar

Kerugian RM500 Juta Yayasan Selangor Adalah Zaman Kerajaan Barisan Nasional

YB PAS Shah Alam Bahas Titah Diraja 2012

YB PKR Sg Petani Bahas Titah Diraja 2012

YB DAP Ipoh Timur Bahas Titah Diraja 2012

Dr Alias Razak ADUN Bukit Tunggal

NGO fail in bid to deliver human rights memo to Ban

Anwar dedah 18 ribu pengundi diragui di Pekan

After Kadir's resignation, timing now the only issue for Ku Li and Tee Keat

After Kadir's resignation, timing now the only issue for Ku Li and Tee KeatSeveral UMNO leaders have welcomed the resignation of former Tourism minister Kadir Sheikh Fadzir, who got into trouble with outspoken comments about the endemic corruption in the party. Some called him a traitor and an ingrate but this is to be expected - UMNO needs to 'save face' after the abrupt way in which a fed-up Kadir appeared only too willing to give up his long-held membership.
Now, the deputy president of reform NGO Angkatan Amanah Merdeka or Amanah, it is clear that Kadir has better fish to fry than to cross swords with the like of UMNO sec-gen Tengku Adnan or information chief Ahmad Maslan.
Although Kadir has not said what he plans to do next, his quitting has already set off speculation if he would join an opposition party, work full-time to bring up Amanah or retire from politics. Of the three, the last option is the least likely given Kadir's renewed activism following the set-up of Amanah in July last year by another UMNO stalwart Tengku Razaleigh Hamzah.

Team Shahrizat strikes back at Wanita Umno deputy..ki..ki..ki..!!

The Wanita Umno leaders maintain that Shahrizat continues to enjoy “united and robust” support. — File pic
KUALA LUMPUR, March 22 — Wanita Umno’s pro-Shahrizat faction shot back at their deputy Datuk Kamilia Ibrahim today, insisting her repeated demands for their leader’s resignation were not shared by the wing’s majority.

Debat Wikileaks, Anwar OK temu PM, RPK..kita tengok sape yang demam..!!!


logo najib-raja petra-anwar
SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Menurutnya, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

Saifuddin tandatangani ikrar integriti pilihan raya


Datuk Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani ikrar integriti pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke 13, yang dilancarkan oleh Transparency International-Malaysia (TI-M), bagi melindungi integriti jawatan politik dan proses politik demokrasi.

Saifuddin adalah yang pertama menandatangani ikrar itu dilancarkan Sabtu lepas.

Menerusi ikrar itu, TI-M berusaha mencegah rasuah dalam sistem politik dan akan memantau, memperkukuh serta menetapkan standard bagi ketelusan dan integriti politik. -- Bernama

PKPS Era Umno-BN Cagar Tanah Untuk Kroni

SHAH ALAM, 22 MAC: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 2005 yang membenarkan kerjasama dengan sebuah syarikat yang tidak mempunyai kewangan kukuh seperti yang berlaku dalam projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah (Serendah International Orchid Park).
Katanya, kegagalan perlaksanakan ekoran pelbagai masalah serta kekangan pasaran orkid ditambah dengan sistem pentadbiran Umno-BN yang lemah dan tidak telus.
Dalam ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DYMM Tuanku, Suee Lim memberitahu, pihak Lembaga Pengarah PKPS telah membenarkan syarikat Baytown mencagarkan tanah tersebut kepada Bank Pertanian untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM8 juta sebagai modal untuk operasi Projek Orkid.

Najib losing control over Wanita: Anger boils over at Shahrizat

Najib losing control over Wanita: Anger boils over at ShahrizatA day before a key meeting with the Umno Women's wing, it looks like Prime Minister Najib has decided to temper his support for Shahrizat Jalil, the wing's chief at the centre of the RM250million NFC corruption scandal.
About a fortnight ago, Najib had lauded her decision to resign as Cabinet minister but keep her Wanita chief post, saying it was an "appropriate" move. He differentiated the two positions and urged Wanita members to continue to support Shahrizat.
"This is because with regard to the NFC case, the debate was her position as a minister in the cabinet," Bernama had reported Najib as saying on March 11. "Give her the support and cooperation because she (Shahrizat) has given her commitment to lead Wanita Umno and turn the movement into an important machinery for the general election."

Takutlah, Najib Razak: Daim turut risau tentang PRU ke-13

Takutlah, Najib Razak: Daim turut risau tentang PRU ke-13Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah dilabel pengkritikkeranamendapatre putasi yang tidak patut dalam politik, sudah tentu untuk "mempengaruhi" sekurang-kurangnya bagaimana keputusan Pilihan Raya ke-13 Am perlu dibaca.
Pertaruhan adalah besar untuk dirinya dan juga bekas rakan baiknya mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.Kedua-duanya sangat bimbang kerana telah cuba menawarkan begitu banyak petunjuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang apa yang perlu dilakukan, serta cuba mempengaruhi pengundi tentang bagaimana untuk mengundi!
Ada sebabnya Daim dikenali sebagai pelaku yang licik. Bagaimanapun, dia tersalah tafsir terhadap pengundi jika dia berfikir mereka masih lurus bendul seperti sebelumnya.

Dr Asri: Aktiviti militan tak bantu kembangkan Islam

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pandangan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat yang mengatakan aktiviti militan juga membantu mengembangkan ajaran Islam.

NONESebaliknya, felo pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), itu berkata, tindakan militan memberi tanggapan buruk apabila kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus rakyat Amerika dan Eropah mempunyai gambaran yang salah tentang Islam dan isu terrorisme.

"Walaupun ada yang mengkaji Islam disebabkan mereka, tetapi salah faham terhadap Islam jauh lebih besar telah berlaku.

"Adakah itu pasaran yang baik?," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam.

Menurut Dr Mohd Asri, media Barat juga berjaya memberikan gambaran buruk tentang Islam disebabkan tindakan militan.

Campur tangan Najib dalam kes Felda hina mahkamah

KUALA LUMPUR 22 Mac: Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kandungan minit mesyuarat antara Najib dan Felda menunjukkan wujud campur tangan serius dalam proses kehakiman dan boleh dianggap satu jenayah menghina mahkamah.
Menurutnya, kandungan minit mesyuarat itu jelas memperlihatkan kerajaan cuba mempengaruhi hakim dalam kes saman peneroka ke atas Felda.
“Ia perkara yang mengejutkan dan cukup merisaukan. Malah, sehingga hari ini Najib dan pihak kerajaan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dakwaan serius yang turut disokong bukti ini.
“Mahkamah harus mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah,” kata Surendran yang juga merupakan seorang peguam.
19 Mac lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan dokumen rasmi mesyuarat antara Najib dan pengurusan tertinggi Felda.

Penyelewengan UMNO terbongkar

 
SHAH ALAM,22 MAC : ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.

Inkues: 'SB bukan pengarah filem BERSIH'

Pengurus keselamatan di bangunan KLCC menafikan bahawa rakaman CCTV berkenaan perhimpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan kematian pemandu teksi Baharuddin Ahmad telah diusik.

NONE"Saya katakan pada kamu bahawa 'filem' itu diarahkan oleh (polis) Cawangan Khas," kata peguam keluarga almarhum Patrick Dass di inkues koronor bagi menyiasat kematiannya semalam.

"Saya nafikannya, tuan," kata pengurus itu Kalaikumar P Chelladori.

Kalaikumar juga memberikan respons hampir sama kepada banyak soalan yang diajukan oleh peguam keluarga Baharuddin (kiri) yang meninggal dunia dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 8 Julai tahun lalu.

Noh Cuba Tutup Penyelewengan Guna Mahkamah

SHAH ALAM, 22 MAC: Tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyaman Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berjumlah RM20 juta dilihat sebagai usaha menghalang Pakatan Rakyat mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang tersebut.
Menurut Suee Lim, saman ini sebenarnya tidak mampu menghalang semua pihak untuk memperkatakan isu ini kerana kawalan media terlalu meluas dan rakyat sudah pastinya lebih matang dalam membuat penilaian.
“Noh Omar cuba untuk menggunakan saluran mahkamah bagi menghalang saya atau mana-mana akhbar supaya tidak terus mengutamakan isu petani ini kepada rakyat dan segala gerak kerja beliau,” katanya.
Tegas beliau, hak petani akan terus dipertahankan terutamanya dalam isu bantuan dan subsidi agar segala peruntukkan dapat dirasai oleh semua pihak.

Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Lim Guan Eng percaya  Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.
"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

NONE"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

Wanita Umno dipergunakan Shahrizat dan Najib: Bila tangan yang menggoncang buaian tercemar

Wanita Umno dipergunakan Shahrizat dan Najib: Bila tangan yang menggoncang buaian tercemarSayap wanita parti pimpinan PM Najib Razak, atau dikenali sebagai Wanita Umno,tidak dapat lari dari pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah.Tapi hal yang sama berlaku kepada sayap utama nya atau pemuda. Sebagai satu ilustrasi,beberapa hari yang lepas,Najib sendiri di tuduh mendesak cubaan menjual sebuah firma lebuhraya yang akan mengakibatkan wang rakyat berjumlah RM977 juta terlepas ke tangan kroni.Dan Najib ialah Presiden Umno.
Pengkritik berkata rasuh yang berakar umbi terlalu kukuh hingga menjadi budaya parti,tanpa mengenal jantina atau usia.Kepada ahli Umno, tuduhan ini agak keterlaluan.Baik muda atau tua,lelaki atau perempuan- mereka di anggap perasuah ,yang bergelumang dengan rasuah kerana kelakuan buruk pemimpin2 elit mereka.
Sebagai contoh,skandal rasuah terbaru melibatkan Ketua Wanita,Shahrizat Jalil, bekas peguam terkenal sebelum mencebur diri dalam politik, semakin buruk. Berbekalkan maklumat kukuh dari pemberi maklumat dari kalangan Umno sendiri, pemimpin pembangkang dari PKR dan DAP bersedia melancarkan serangan dan pendedahan berkenaan kes kewangan NFC berjumlah RM250 juta, yang mana mengakibatkan suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan jenayah pecah amanah.

Hutang: Negara nak bankrap masih kata 'tak apa'

Hutang: Negara nak bankrap masih kata 'tak apa'
KUALA LUMPUR- Kerajaan harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan hutang negara dan mengelakkan negara daripada bankrap.
Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob berkata, adalah tidak wajar kerajaan mengambil sikap 'tidak apa' walaupun hutang negara hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Malaysia mencatatkan 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu dua peratus sebelum mencecah had 55 peratus daripada KDNK.
"Satu perkara yang tidak sihat apabila kerajaan menganggap kadar hutang negara belum berada pada tahap kritikal walaupun cuma kurang dua peratus daripada had yang ditetapkan.
"Sedangkan Malaysia mengalami sejak 10 tahun yang lepas. Kalau perbelanjaan terus defisit, hutang negara akan terus bearada pada tahap bahaya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

FB, Twitter: Platform berubah, mesej tetap sampai kepada rakya

KUALA LUMPUR 22 Mac: Teknologi dan pelantar media sosial akan sentiasa berubah dan berkembang namun ia tidak akan mampu mengekang pendapat dan mesej politik yang berbeza untuk sampai kepada orang ramai.
Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi (gambar) sewaktu mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkenaan minat rakyat Malaysia terhadap laman sosial.
Rais semalam dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia akan meninggalkan media sosial seperti Facebook dan Twitter apabila minat mereka mencapai kemuncak, seperti di Eropah.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, berkenaan pemantauan laman sosial oleh kerajaan.
“Contohnya, laman Friendster yang cukup popular dahulu tidak lagi digunakan, dan laman baru seperti Google+ semakin meluas penggunaannya sekarang.

Ada Berani : Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus..ha.ha

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONEKatanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.

Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.

Pencapaian negeri Pakatan menjadi ketakutan Najib

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pencapaian tiga negeri yang diperintah Pakatan membuktikan kepada rakyat bahawa hidup mereka lebih baik tanpa Umno, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar).

"Tiga negeri teratas yang mendapat pelaburan langsung asing (FDI) paling tinggi ialah negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan.

"Hanya dalam satu penggal, kerajaan-kerajaan Pakatan boleh mencapai perkara-perkara baik itu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) adalah satu testimoni yang tidak boleh dipertikai bahawa orang-orang Pakatan lebih berbakat.

Lebih 18,000 pengundi diragui di Parlimen Pekan --ha.ha..hantu pilihanraya..!!!

KUALA LUMPUR 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.
“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.

PAS Wilayah lancar operasi jejak pengundi ragu

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) akan mengadakan operasi menjejak pengundi ragu di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini berikutan pendedahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mendedahkan seramai 79,098 dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama.

Justeru itu, jelasnya PAS WP akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya PAS WP untuk mengumpulkan maklumat jumlah pengundi ragu di Wilayah Persekutuan dan akan mendedahkannya selepas itu.

“Antara tindakan yang akan dilakukan ialah menjejak pengundi-pengundi ini sehingga ke rumah mereka bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar,” katanya.

Ramli: Nazri silap tolak perlunya tubuh tribunal

ramli yusuff asset declare case 120310 02Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz silap apabila menolak idea penubuhan tribunal untuk menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff.

Beliau rasa apa yang dimaksudkan oleh Nazri apabila beliau berkata perkara tersebut telah dijawab di parlimen, merujuk kepada 'insiden mata lebam' dan bukannya mengenai dakwaan baru terhadap Gani dan Musa.

Ramli (kanan) mendakwa bahawa Gani telah menyalahgunakan kuasanya untuk meminta fail kes yang sangat sulit (cicero), dan memberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pengganti Badan Pencegah Rasuah).

Pakatan only needs 100 MPs to take power, says Guan Eng

KUALA LUMPUR, March 22 — Lim Guan Eng believes that his Pakatan Rakyat (PR) pact needs to win just 100 federal seats in a general election that must be called by May next year to take over Putrajaya as “Umno will implode.”
The DAP secretary-general said PR “might not be able to make” up the 112 lawmakers for a majority in Parliament in its first federal polls as a formal coalition but the ruling Barisan Nasional (BN) will collapse if the national opposition holds the majority in the peninsula.
“This election is harder. We might not be able to make it; we don’t need 112 seats to win power. Just 100.

Tabung Haji Akan Jual Ladang Sawit Di Riau Indonesia?

Saya baru menerima email sekejap tadi dari seorang penjengok yang memberi tahu Tabung Haji telah bersetuju menjual asetnya iaini ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo.

Penjengok itu meminta mana-mana wakil rakyat boleh membangkitkan perkara ini di parlimen memandangkan urus niaga melibatkan lebih dari RM2 billion. Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk saya, isteri dan ibu.

Berikut email yang saya terima:

Taktik Kotor : Undi Pos petugas SPR saja sampai 240,000 orang?

Terkejut aku bila baca berita dari Harakah cetak versi online terbaru tadi.

Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihnaraya PAS Pusat yang juga salah seorang ahli PSC untuk penambahbaikan pilihanraya dedahkan "jumlah pengundi pos petugas SPR tu amat besar sehingga 240,000 orang.

Aku tak berapa paham maksud laporan eHarakah tu. Takkan kut petugas SPR masa hari pilihanraya sampai 240,000 orang. Takkan sampai macam tu punya ramai kut. Aku harap-harap pengundi pos yang cukup ramai tu bukan sebahagian dari aksi 'si anjing Umno' dari SPR.

Macam kata Dr. Hatta "Apa ertinya itu semua".

Harga minyak cecah AS$107 setong, dijangka terus naik


SINGAPURA 22 Mac - Harga minyak meningkat kepada AS$107 (RM329.3) setong semalam selepas laporan menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh diluar jangkaan, satu tanda permintaan bahan tersebut akan terus meningkat di negara ekonomi terbesar dunia itu.

Setakat awal petang, di Eropah, penanda aras minyak bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak AS0.49 (RM1.5) kepada AS$106.56 (RM328) satu tong dalam pasaran elektronik New York Mercantile Exchange.

Kontrak itu jatuh AS$2.49 (RM7.6) untuk berada pada AS$106.07 (RM326.4) setong di New York kelmarin selepas Arab Saudi berkata ia boleh mengepam lebih banyak minyak untuk menampung mana-mana kekurangan bekalan bahan mentah itu. - AGENSI

Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular

Oleh: lonewolf

"Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat Islam Secara Keseluruhan. Apakah benar umat di Syria memang mahukan demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!" demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9 Mac 2012M.

Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah yang baru.

FIRASAT NAJIB: PRU13 Tanggal Sabtu 02 .06.2012?

Oleh: mohdnoorawang

"Pilihanraya umum (PRU13) di Malaysia diramalkan berlaku TANGGAL 02.06.2012 HARI SABTU. Tarikh tersebut adalah hari hari terakhir cuti penggal persekolan. Menguatkan tarikh tersebut atau mungkin berbeza hanya beberapa hari pada bulan JUNE 2012. Yang pasti Najib Razak akan bubar parlimen dan mengadakan pilihanraya umum sebelum kes rasuah dan kematian wanita Mongolia yang bernama Altantuya bakal didengar di makamah Perancis.

Keadan Najib Razak dan jiwa Najib Razak sudah tidak tenteram dan berada dalam kedudukkan yang cukup gonjang kesnya rasuah dan pembelian kapal selam didengarsecara terbuka dan Najib Razak serta kincunya bakal diheret dalam mahkamah Perancis.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu telah tuli dan buta: Balairaya jadi markas UMNO




Balairaya jadi Markas UMNO
KUALA NERUS - Pemimpin Umno setempat terutamanya Ketua Penerangan Umnno Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dikecam kerana menjadikan sebuah balai raya di Kampung Seberang Takir sebagai Markas Pilihan Raya Barisan Nasional (BN). Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan tindakan Umno menjadikan sebuah balai raya sebagai markas parti tidak wajar kerana balai raya merupakan bangunan awam bagi kegunaan orang ramai tanpa mengira fahaman parti politik.

Hassan Parasit Akidah Bersama Umi Andartu Lakukan Roadshow Bersama?

Oleh WFAUZDIN NS

UMI Hafilda Ali, seorang betina tua yang masih belum berkahwin (nikah?), seorang anak `dara?' keturunan darah sedaging dengan Azmin Ali walaupun pernah dianggap bukan anak lagi oleh bapanya, di dalam Malaysiakini dilaporkan merancang untuk membuat roadshow seminggu sekali di seluruh negara.

Sebenarnya sudah lama betina ini berjanji sedemikian, bahkan beliau juga pernah berjanji akan mendedahkan rakaman video berkotak-kotak yang kononnya melibatkan musuh utama beliau iaitu Anwar.

Menangkis Fitnah Umno

MSO

Ucapan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Di Raja oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjawab beberapa persoalan politik yang menarik untuk dihayati dan diambil iktibar. Wan Rahim memfokuskan ucapannya soal diskriminasi dilakukan UBN di Kelantan sejak tahun 1959 hingga ke hari ini dan juga penganak tirian oleh kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Kelantan.

Beberapa perkara diungkitkan oleh Wan Rahim di mana mungkin generasi terkemudian tidak mengetahuinya. Antaranya beliau menyebut beberapa projek yang sepatutnya berjalan tetapi ditarik balik atau dinafikan.

Komen Terbaik Artikel Malaysia Kini

 

Laporan asal MalaysiaKini

Price fixing by our telcos

Rajiv Rishyakaran
Six months ago today marks the first public outcry of the Malaysian telecommunications subscribers when it was brought to light that eight telecommunication companies met and decided to raise mobile prepaid prices by six per cent owing to government service tax being passed on to their subscribers.Though within their corporate rights to raise prices and/or pass on government taxes to their subscribers, their action showed utter disregard for the law.
Section 133 of the Multimedia & Communications Act 1998 clearly states that licensees shall not engage in any conduct which has the purpose of substantially lessening competition in a communications market.
Furthermore, Section 135 of the same Act prohibits all telecommunication companies from entering any understanding, agreement, or arrangement that provides for rate fixing.