Ahad, 18 Mac 2012

abah cadang Bangkit 2.0 di Padang Merdeka


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) bercadang mengadakan perhimpunan aman Bangkit 2.0 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.


Setiausahanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, perhimpunan itu sebagai menyahut saranan ACP Ahmad Sofi Zakaria, Ketua Polis Kota Kinabalu semasa 123 Bangkit pada 12 Mac lalu mengenai lokasi perhimpunan yang dibenarkan.

Katanya, Menurut Sofi, lokasi yang dibenarkan bagi perhimpunan aman di sekitar Kota Kinabalu ialah sama ada di Stadium Likas atau di Padang Merdeka, dekat Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, ujarnya Tabah akan mengadakan Bangkit 2.0 seperti di atas di lokasi Padang Merdeka.

Bashar, hentikan pembunuhan, letak jawatan!


Demo SyriaKUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 orang termasuk warga asing berhimpun sebelum berarak ke bangunan Kedutaan Syria di Jalan U-Thant di sini bagi mendesak kerajaan Syria berhenti menzalimi rakyat mereka sendiri.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan 30 badan bukan kerajaan (NGO) itu mengajak rakyat negara ini berdiri teguh di belakang rakyat Syria yang menderita dibunuh dan diseksa sejak setahun lalu.
Demo Syria Demo Syria
Gabungan NGO yang menggelarkan diri mereka Gabungan Selamatkan Syria (GSS) itu dianggotai antaranya oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN). Mereka adalah NGO utama yang menganjurkan perhimpunan aman ini.

Rosmah Akan Tentukan PRU-13 !

Oleh   ALHUSSEYN

Tahu pun! Sebab itu Najib tidak berani hingga ke hari ini untuk mengisytiharkan tarikh sebenar PRU-13. Sudah berapa kali macam-macam tarikh yang Nujum Pak Belalang ramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan.Terkini katanya pada cuti sekolah Jun akan datang ....
Apa-apa pun, yang pastinya, Najib kena tunggu arahan dari Rosmah.Rosmah pula sedang menunggu-nunggu ramalan


Bomoh Ji yang beragama Hindu dari Kerala, India

Parti paling bertuah?

Oleh MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
SEBUT sahaja bertuah, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah mendapat segala apa dihhttp://4.bp.blogspot.com/-NMCwjRs-bco/TxD3WsunuNI/AAAAAAAAApA/ka3y254zOCo/s400/parti%2Bpolitik%2Bmalaysia.jpgajati, awek idaman, harta benda, kesihatan, kereta besar dan mungkin mendapat tempat pertama dalam pelajaran atau sukan. Senang cerita, sebut sahaja bertuah, ia boleh meliputi segala aspek dalam kehidupan dan sedap sekali untuk didengar.


Kadang-kadang, sebutan bertuah ini juga boleh diterbalikkan maksudnya menjadi buruk, contoh seperti 'bertuahnya budak', 'anak bertuah' dan 'bertuahnya engkau... 'jadi maksud bertuah ni boleh dikembangkan dan tidak terikat kepada nasib baik sahaja.

Umno pertahan kuasa dengan duit - Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Umno-BN semakin memperlihatkan politik yang sangat tidak matang, tertutup, malah semudahnya membeli rakyat dengan politik wang. Membicarakan isu ini, wahttp://www.malaysiandigest.com/images/Abdul_Kadir_Sheikh_Fadzir.jpgkil Harakah/Harakahdaily, ZULKIFLI SULONG, WAN NORDIN WAN YAACOB dan NAZRI ABDULLAH menemui bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di The Mines WaterFront pada 3 Januari lalu.

Ikuti sedutan wawancara eksklusif bersama veteran Umno yang juga Timbalan Presiden Amanah, sebuah NGO baharu.

Najib tinggal dua bulan lagi

Subky Latif,
SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan  dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.
Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, ‘Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.’

Mengapa?

Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.

Bagaimana?

Taib Mahmud yakin BN menang besar..??

Barisan Nasional (BN) Sarawak berazam memastikan negeri ini kekal menjadi kubu terkuat parti itu.Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, semua parti komponen BN perlu melipat ganda usaha masing-masing bagi memastikan perkara itu.“Kita mesti berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang. Kita mesti buktikan bahawa kita masih menjadi kubu kuat BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) ke-9 di sini hari ini.
Abdul Taib berkata, beliau bagaimanapun menjangkakan satu kemenangan yang lebih besar lagi pada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Manifesto atau ‘money-fiesta’?

Katanya… pilihan raya kali umum kali ini akan menjadi pilihan raya ‘money-fiesta’. Apa tidaknya, kempen Najib dan Muhyidin di sana-sini terus dengan menabur wang atas nama kebajikan untuk rakyat. Ini memberi gambaran seolah-olah itulah manifesto kerajaan UMNO-BN – tabur wang di sana-sini tanpa menghiraukan hutang negara yang semakin hari semakin meningkat.
Dalam kes kerajaan menabur wang, ada pepatah menyebut, daripada memberikan ikan, ada lebih baik kita berikan joran dan umpan. Itu lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang dari memberi ikan yang esok lusa akan habis dimakan atau membusuk, selepas itu rakyat kembali kelaparan.
Jika itu berlaku (beri duit), adakah kerajaan UMNO-BN akan setiap bulan memberikan peruntukan atau subsidi untuk membiayai rakyat yang memerlukannya? Adakah ini akan menjadi amalan dan dasar UMNO-BN? Jika demikianlah duduk ceritanya, ini adalah satu dasar yang tidak masuk akal.

Kantoi : Kerajaan BN akui hubungan dagang dengan Israel...kini siapa khianat Islam dan Palestin..!!!


Kerajaan akui hubungan dagang dengan Israel
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

11 PUNCA!!! UMNO Selangor bakal kalah teruk dalam PRU 13


http://2.bp.blogspot.com/-O6QqlD792z0/TyGOg2Bc5jI/AAAAAAAAJ_U/q25U3DOv_go/s400/NohOmar_sun.jpg

" DATO NAJIB TAK PAYAH CAMPUR URUSAN DI SELANGOR....
INI SEMUA BIAR SAYA SETEL....."

Hasil aku berbual dengan beberapa orang UMNO Selangor yang rapat dengan Khir Toyo , aku simpulkan 10 punca UMNO Selangor akan kalah teruk PRU 13.

UMNO-BN TAK TAHU MALU DAN SEMAKIN SAMSENG

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Umno-BN tidak tahu malu dan semakin samseng dalam menghadapi kebangkita sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu." kata Guan ENg dalam perutusan sempena ulang tahun ke 46 DAP hari ini.
“Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah.

“Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.' ujar beliau lagi.

Rakyat Perlu Halang Penjualan KFCH Kepada Syarikat Yahudi


LARKIN : Rakyat perlu bangkit untuk menghalang penjualan saham KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) kepada CVC Capital Partner (CVC). Gesaan ini dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dalam satu sesi bantahan aman yang diadakan di Terminal Bas Larkin semalam.

Penjualan saham KFCH kepada CVC ini ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kayat sebagai tidak berasas dan tidak wajar diteruskan kerana KFCH yang berada dibawah seliaan Johor Corporation (JCORP) pada hari ini memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada negeri Johor.

Sama ja macam BN, PR pun tak peduli pasai OKU?

Semalam tercatat satu sejarah baru bagi Malaysia bila berlangsung satu himpunan yang menuntut hak orang kurang upaya (OKU).

Belum pernah lagi kut rasanya ada himpunan OKU macam tu sebelum ni, himpunan untuk serahkan memorandum kepada SUHAKAM tuntutan OKU.

Aku tak pasti pulak himpunan ni boleh dipanggil demonstrasi atau tak, pasainya aku tak dapat gambaran sebenar macamana bentuk program tu.

Bila aku tanya pakcik google, pakcik google pun tak boleh bagi jawapan yang meyakinkan. Takdak jawapan sebenarnya. Maksud aku takdak laporan pasai himpunan tu kecuali yang Harakahdaily laporkan.
Apa pun, dari laporan tu dan jugak pemerhatian aku selama ni,  aku rasa macam bukan saja Umno BN tak berapa nak ambil berat pasai OKU ni, Pakatan Rakyat pun lebih kurang sama ja.

6 tuntutan wanita ke arah kerajaan bersih


PETALING JAYA, 18 Mac: Kira-kira 2,000 wanita berpakaian ungu berhimpun di Padang Astaka, dekat sini petang tadi bagi menyuarakan enam tuntutan mereka ke arah kerajaan yang bersih.

Menggelarkan diri mereka Wanita Suara Perubahan, himpunan siang tadi menghimpunkan wanita daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan mula berarak jam 2.30 petang iaitu dari Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 sebelum berkumpul di Padang Astaka.

Isu Scorpene ke mahkamah Perancis

Saya secara peribadi menunggu begitu lama untuk mendengar kes yang dibawa ke mahkamah Perancis oleh SUARAM berhubung dengan isu Scorpene , 2 buah kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia 4 tahun yang lalu. Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM7.3 billion dari syarikat gergasi Perancis DCNS yang dikatakan telah membayar komisyen kepada orang-orang dan pemimpin tertinggi Malaysia.

Mengikut undang-undang Perancis membayar komisyen kepada pihak-pihak atau agen yang membeli peralatan pertahanan itu adalah salah dan haram dari segi undang-undang. Undang-undang dan etika nampaknya jauh berbeza diantara Perancis dengan Malaysia.

How will a 'safe zone' impact Syria's crisis?

Today in History March 18

Pemberian Tanah Kerajaan Kepada Wakil wakil Rakyat Umno

CM I never said I want to be a PM

CM comment on setting up PSC for Lynas

UAI- TaaT SuAmi

Maksud ZINA Hati - Ustaz Azhar Idrus

Tegur Orang SOLAT Ketika BERZIKIR - Ustaz Azhar Idrus

Guna MC TIPU Bos Sebab Nak Hadir KULIAH Ustaz - Ustaz Azhar

KAHWIN Dengan KEMBAR SIAM Yang Belum Dipisahkan - Ustaz A.zhar

Ambil WUDUK Selepas MANDI WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

Wanita Suara Perubahan

YB Rodziah Ismail Wanita Suara Perubahan

Wanita Suara Perubahan: The 318 March

Syrian opposition groups form new coalition

Pemimpin kena belajar, faham

Lebih faham Islam belajar di ILHAM

Pengerang folks rally against gas refinery

Najib Gagalkan Agenda Muhyiddin?

Akhirnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil keputusan meletak jawatan selepas hampir lima bulan bergelumang dengan skandal penyelewengan NFC yang dikaitkan dengan suami beliau.
Namun Shahrizat masih mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita Umno. Beliau sedar kedudukan beliau sukar ditandingi atau dicabar oleh timbalan maupun para exco wanita. Walhal skandal yang membabitkan suami Shahrizat tersebut boleh digunakan untuk menyingkirkan beliau sekiranya ada calon wibawa yang mampu mencabar Shahrizat.
Shahrizat pula menyedari kekuatan beliau dalam sayap wanita itu. Malah bukan sekadar tuan empunya diri yang sedar akan kekuatan yang dimiliki beliau malah seluruh anggota Umno pun tahu.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pun tahu dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedia maklum. Maka tidak hairanlah Shahrizat dan sayap wanita itu menjadi pertaruhan untuk memastikan kemenangan dalam setiap pemilihan yang di adakan.

Cowgate won't delay GE-13: Corruption is business as usual in BN!

‎Cowgate won't delay GE-13: Corruption is business as usual in BN!PERMATANG PAUH -- Permatang Pauh Umno is confident that it can give the opposition a good fight in the Permatang Pauh parliamentary constituency in the upcoming general election.
Its chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said this was possible because of increased support for the coalition based on the positive response received from the constituents for programmes carried out by Umno.
He told this to reporters after holding a briefing session on the upcoming polls for the members of the division at the Permatang Pauh Umno headquarters here today.
The seat is held by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also the de facto leader of Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Petua hadapi serangan kebendaan Umno, BN

KOTA BHARU, 18 Mac: Adilkah bagi seorang menteri apabila membandingkan antara bantuan kerajaan persekutuan dan negeri. Sedangkan segala hasil daripada mana-mana negeri dilonggok di Putrajaya.

Cukai langsung atau tidak langsung semuanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Negeri hanya ada bidang kuasa berkaitan tanah, sumber air, hasil hutan dan cukai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Namun bagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, soal rasionaliti tidak diambil kira, biar pun perbezaan jumlah hasil di antara pusat dan negeri seumpama langit dan bumi.

Maka tidak hairanlah Datuk Seri Mustapa Mohamed menyebut kerajaan pusat membelanjakan sebanyak RM84.5 juta bagi membantu penduduk miskin di Kelantan tahun lepas, disalur melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

M’sians barred from S’wak should sue Taib

Taib Mahmud has no legal right to ban anyone from entering Sarawak unless they have violated the Immigration Act or the federal constitution.

On Feb 23 this year the Bersih 2.0 steering committee at state level was formed here in Kuching.
There are 31 parliamentary seats at stake in Sarawak. Hence it is important that the general election should be conducted in a clean and fair manner throughout the country including Sarawak and Sabah.
At the last polls, the voter turnout was about 65% on the average. However in the rural areas the turnout was lower than the state average.
Hence Bersih 2.0 feels that it is necessary to intensify voters’ registration exercise through its JOM100 campaign, with the objective to instil awareness among the people of the importance of voting in the coming 13th GE and to register as many voters as possible to ensure they can exercise their democratic rights on polling day.

Isu kerusi: Pas Terengganu serah hasrat PKR kepada pusat

Mohd-Abdul-Wahid-Endut
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu menganggap permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sekadar hasrat parti itu.

Ini kerana kata Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut, keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan pusat pakatan pembangkang.

"Itu hasrat dia... dia nak bertanding. Kita juga ada hasrat sendiri, tapi kita tak naklah beritahu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media awal bulan ini yang memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail sebagai berkata parti itu berhasrat meletak tiga calon Parlimen dan 11 calon Dun di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Najib: 'Saya bukan ahli politik janji kosong'....he..he.. flip-flop..!!


Najib Tun Razak
PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda di sini.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

DAP ramal PRU13 'pilihan raya paling kotor'...bila ada yang tak sanggup kalah..!!!


Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, DAP mendakwa isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi "pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia." Ramai membuat spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan Mei atau Jun.

Dalam perutusan sempena ulang tahun ke-46 penubuhan DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, kunjungan para pemimpin Barisan Nasional (BN) ke setiap untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.

BN tekad jadikan Melaka kubu kuat pada PRU 13....ingat 2008 "sifar pembangkang di Selangor"..!!!

BN Melaka bertekad untuk menjadikan negeri itu sebagai kubu kuat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, BN akan mempertahankan 23 kerusi DUN sedia ada selain mahu memastikan mereka mampu merampas kembali DUN Bachang daripada DAP.

BERSIH 3.0 Sekiranya PSC Tidak Penuhi Tuntutan BERSIH 2.0

PETALING JAYA, 18 MAC : BERSIH 3.0 kemungkinan besar akan diadakan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) yang akan dibincangkan Minggu depan di Parlimen tidak meluluskan sebahagian besar tuntutan BERSIH 2.0 lalu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya komited dengan perancangan itu dan kejayaan mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah bukti jelas majoriti rakyat inginkan perubahan di dalam pengendalian pilhanraya di negara ini.
Tambahan pula, katanya, penubuhan PSC juga memberi petanda suara rakyat kini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak berkuasa di negara ini.

PRU13: SPR sedia 90% akhir April..he..he..tahun lepas kata 100% bersedia..!!!


LOGO PARLIMEN
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin dapat 90 peratus bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada akhir bulan depan - dua minggu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang.

Persidangan Dewan Negara pula akan menyusul sehingga minggu kedua bulan Mei.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya telah pun mengurus dan menyempurnakan "tugas-tugas besar" ke arah menghadapi PRU13 - yang disifatkan sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya', dan sasaran 90 peratus boleh dicapai akhir bulan depan.

Lynas affair: Karpal calls on Sultan to intervene

The Sultan of Pahang has to step in in the interest of his subjects, says Karpal Singh.
GEORGE TOWN: The DAP has called on the Sultan of Pahang to intervene and look into the Lynas affair in the interests of Malaysians.
DAP national chairman Karpal Singh said although the sultan was no doubt a constitutional figure head, nonetheless His Highness could not necessarily be the sort of ruler to sit back under certain circumstances.
“He has to step in in the interest of his subjects,” Karpal told newsmen here today in response to the formation of a parliamentary select committee (PSC) on Lynas.
He pointed to the last July’s Bersih 2.0 rally as a precedent to be emulated by the Sultan of Pahang to step into the Lynas affair.

Bekukan Lynas hingga PSC selesai tugas


KUALA LUMPUR, 18 Mac: PAS mahu kerajaan membekukan serta-merta sebarang aktiviti termasuk menarik balik lesen yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk menjalankan operasi di Loji Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pembekuan itu perlu sehingga penubuhan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC)untuk mengkaji isu Lynas selesai membuat siasatan dan mengemukakan syor.

"Kita mintak kerajaan bekukan dahulu segala bentuk kebenaran operasi Lynas sehingga PSC selesai membuat penilaian dan syor," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan kabinet semalam yang bersetuju menubuhkan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC)untuk mengkaji isu Lynas.

Menurut Kamaruddin lagi, biarpun penubuhan PSC itu baik, namun sikap kerajaan yang bertindak hanya selepas rakyat bangkit menentang adalah suatu tindakan lambat.

Terengganu government revokes 6 student loans over Bersih involvement

The Terengganu mentri besar said the students in question participated in the July 9 rally for electoral reforms as well as a UUCA protest earlier this year. — file pic
KUALA LUMPUR, March 18 — The Terengganu government has revoked the study loans of six students over their participation in last year’s Bersih 2.0 rally, Sinar Harian reported today. Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said said the state government made the decision following unsatisfactory responses from the students to their show cause letters.
“We pay them to study, not to participate in demonstrations or get involved in undesirable situations,” the Malay daily quoted Ahmad Said as saying today.
“The state government hopes this serves as a warning to others to not get involved in improper activities,” he added.

Sertai BERSIH, bantah AUKU: Pinjaman 6 pelajar ditarik balik kerajaan Terengganu..!!

Kerajaan Terengganu telah menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

kuala terengganu by election ahmad said visit media centre 080109 03Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan e-Book di kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pelajar berkenaan didapati terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya," kata Ahmad.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua pelajar terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

"...kita lihatlah nanti," katanya.

- Bernama

Gelombang unggu tuntut kerajaan bebas rasuah

Jalan-jalan sekitar Petaling Jaya, Selangor hari ini menyaksikan gelombang ungu apabila kira-kira 4,000 sebahagian besar mereka wanita berarak dari dua lokasi berbeza dalam usaha  menuntut untuk kerajaan bebas rasuah dan bersih tadbir urus yang bersih.

women's day rally 180312Sambil berpakaian ungu dan sarung tangan putih, mereka berkumpul di dua tempat berasingan - tasik Taman Jaya dan Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14 pada jam 2 petang tadi, meskipun hujan gerimis.
Dengan melaungkan slogan seperti "Hidup, Hidup, Hidup wanita” dan “Tolak, tolak, tolak rasuah" mereka juga membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang bertemakan anti rasuah dan anti diskriminasi terhadap wanita.
Mereka kemudiannya membanjiri Padang Astaka, Petaling Jaya bagi menghadiri Himpunan Wanita Suara Perubahan.
Himpunan yang bermula pada pukul 3.15 itu dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf.

LENSA : NURUL IZZAH DI FELDA LEPAR HILIR 1 DAN CHINI

Gambar atas Nurul Izzah di Chini

Gambar atas Nurul Izzah di Lepar Hilir 1

Berniaga dengan Yahudi Israel, sekongkol Zionis


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bersependapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu mengingatkan bahawa berniaga dengan Yahudi biasa adalah berbeza dengan Yahudi dari negara haram Israel, kerana rakyat negara tersebut berfahaman Zionis.


“Muamalah dengan orang Yahudi tak ada masalah. Rakyat di negara haram Israel berfahaman Zionis, maka berniaga dengan Yahudi dari Israel bererti bersekongkol dengan Zionis. Orang Yahudi bukan rakyat negara Israel boleh bermuamalah,” kata Mohamad Sabu pada satu smsnya kepada Harakahdaily.

Dua malam lalu, ketika satu majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat, Abdul Hadi menerangkan bahawa Yahudi terbahagi kepada dua, satu Yahudi dan satu Zionis.

“Satu bangsa dan satu lagi kefahaman. Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis,” kata Abdul Hadi.

MAS-AirAsia: Najib, bapa flip-flop negara?

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Lapan bulan lepas, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja meluluskan malah mempertahankan habis-habisan penggabungan MAS-AirAsia walaupun dikritik hebat kerana mempunyai elemen anti-persaingan.

Dalam penggabungan tersebut, saham MAS-AirAsia bertukar tangan di mana pemilik AirAsia mengambil 20 peratus ekuiti di MAS dan Khazanah Nasional mengambil 10 peratus saham di AirAsia.

Perjanjian tersebut disebut-sebut sebagai cara terakhir untuk menyelamatkan MAS, namun ia tidak terjadi, malah prestasi syarikat penerbangan negara itu terus menjunam.

Menteri ni rupanya kaki pukul !! patut laa ramai benar samseng UMNO lo nie...!!!


Ahli Umno mahupun pemimpinnya tidak dapat lari dari budaya mengacau, budaya mengugut dan budaya pukul ala  samseng. Sejak akhir-akhir ini kerap sangat majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat disebotaj,.dengan cara mereka membuat bising, hingar-bingar, mengugut dan mengancam,.. kadang-kadang hampir mencetuskan pergaduhan.
Hari ini terbongkar satu lagi kisah buruk perangai seorang Menteri Umno  apabila  Mahkamah Rayuan kelmarin  menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang mendakwa dipukul kerana mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.

Malaysia sudah jadi negara tak selamat !!!

Pembunuhan tetap berlaku tak kira masa dan tempat,  tak mengenal orang tua  atau muda.  Ia berlaku dan terus berlaku,  bagaikan air sungai yang terus mengalir tanpa henti !   Begitu juga dengan penculikan kanak-kanak yang berakhir dengan pembunuhan kejam!!.  Setiap kali kita mendengar berita penculikan, penderaan atau pembunuhan kanak-kanak, hati akan merasa sayu, sedih dan marah yang teramat sangat.

Kita sebagai ahli masyarakat yang perihatin pasti akan mengutuk perbuatan manusia atau penjenayah yang tidak berhati perut itu.  Dalam kejadian terbaru,  Nurul Nadirah (gambar) yang diculik dan dibunuh dengan kejam (dibakar) memang amat memilukan!  
Semua orang meluahkan rasa simpati dan sedih yang amat sangat !  sambil berharap dan berdoa semoga ia tidak akan berlaku lagi,  namun harapan hanya tinggal harapan !! Peristiwa sedih, pilu dan ngeri ini tetap berlaku juga !,  Ia berlaku dan terus berlaku! Bila agaknya  ia akan berhenti?

Pemimpin Umno dan Pak-pak Menteri, bila kita cakap Negara ini tidak selamat mereka marah!  dan melenting!. Mereka masih mengatakan Malaysia negara yang aman dan selamat, tapi lihatlah apa yang berlaku hari ini,  berita-berita pembunuhan tak habis-habis tersiar di dada-dada akhbar.

DAP dan Pakatan perlu gandakan usaha untuk menang PRU13


KUALA LUMPUR, 18 MAC: DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
“Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Selamat hari jadi ke-46 DAP


Hari ini genap 46 tahun penubuhan Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang yang telah menjadi mangsa fitnah kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO sejak penubuhannya pada 18 Mac 1966.
Ramai orang masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh DAP, namun banyak pula yang menelan bulat-bulat pembohongan UMNO-BN kononnya DAP adalah parti komunis, cauvinis dan hanya mementingkan kaum Cina. Semua ini hanya fitnah belaka.
Sepanjang 46 tahun kewujudannya menentang arus dan menempuh badai, DAP terpaksa mengulangi beratus, malah beribu kali, bahawa ia adalah parti demokrat yang mahu kepada peluang saksama dan keadilan sejagat tanpa mengira kaum dan agama. Itu sahaja. Ia bukan komunis atau cauvinis. Ia parti pelbagai kaum untuk semua kaum.
Sepanjang tempoh itu juga, selain fitnah yang berterusan, para pemimpin dan ahli DAP terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, termasuk penindasan pemerintah UMNO-BN. Dalam bentuk yang kejam dan zalim.

Social Media A Game Changer in GE13

(The Choice) - A select group of top Malaysian bloggers and social media trendsetters gathering at the Putra World Trade Centre got a powerful call to action over the weekend from a high ranking minister.

Rais-AnwarThe message was simple but could be a game changer in GE13: when it comes to social media and politics, do what's best for the country!
The speech was a call for clarity from Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim addressing those gathering for the World Blogging and Social Media Awards 2012.
He urged the social media "influencers" in the room to use their clout to expose obvious opposition lies.
Rais spoke passionately to an audience filled with many of Malaysia's top bloggers saying, "What should we impart besides reaching out on blogs, Twitter and so on. We should not lose sight of cultural input, identity and how best to contribute to nation building".

Khalid Samad: Ambil Alih Air S’gor Sangat Wajar

SHAH ALAM, 18 MAC: Rakyat Selangor perlu diingatkan semula kesan yang mereka bakal hadapi sekiranya menyerahkan kembali mandat kepada Umno-BN terutamanya dalam isu penswastaan konsesi air dan langkah pembatalan perjanjian ini wajar disokong oleh semua pihak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara konsistan berusaha sedaya upaya mengambil alih industri air Selangor sangat wajar dan bertepatan dengan wawasan Merakyatkan Ekonomi Rakyat Selangor.
Selain itu katanya, selama ini sumber air Selangor diperniagakan kepada rakyat demi kepentingan para kroni Umno-BN tanpa memikirkan bebanan rakyat.
Katanya, langkah kerajaan negeri bertemu dengan dua operator air antarabangsa untuk mendapatkan pandangan berhubung pengurusan air lebih cekap seperti yang ditetapkan Akta Industri Air Perkhidmatan Air 2006 disambut baik sebagai usaha untuk mengembalikan hak rakyat setelah sekian lama dinafikan Umno-BN.

Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang  diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
“Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.
“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

BINTANG-BINTANG MUDA PKR: Harapan masih ada - pilihan di tangan kita

BINTANG-BINTANG MUDA PKR: Harapan masih ada - pilihan di tangan kitaOrganisasi yang hebat memiliki pemimpin yang hebat. Semua tahu akan kebenaran itu.
Kurang diketahui ialah untuk mengekalkan kehebatan sesebuah organisasi ia mesti aktif memupuk generasi akan datang untuk memimpin. Jika gagal berbuat demikian akan hancurlah organisasi.
Allahyarham TunRazak juga menyedari tentang aspek kepimpinan yang penting ini. Dalam lawatan yang kerap ke daerah-daerah beliau sentiasa mencari bakat baru. Jika menjumpai bakat itu, beliau akan membawa individu itu balik ke ibu pejabat untuk apa yang kita panggil pada hari ini "fast tracking." Begitu juga Jack Welch, ketua eksekutif legenda GE.
Apabila dia melawat unit-unit dalam syarikatnya, dia akan meminta ketua jabatan untuk menamakan dua atau tiga orang yang ada potensi. Dia akan bertanya pada para pengurus apakah yang telah mereka lakukan untuk mengasah bakat orang yang berada di bawah jagaan mereka ini.

PKR mengalu-alukan Chua Soi Lek bertanding di Batu Pahat

PKR mengalu-alukan Chua Soi Lek bertanding di Batu PahatSaya merujuk laporan-laporan media baru yang menyebut ura-ura UMNO memberi laluan kepada MCA yang akan menurunkan Dato’ Seri Chua Soi Lek
untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat.

Saya menyambut baik perkembangan ini kerana KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional. Jika ini berlaku, ia mengesahkan keresahan pimpinan UMNO di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat. Walaupun ini tidaklah mengejutkan, tetapi ia melunturkan lagi kedudukan UMNO sebagai parti utama yang boleh menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan persekutuan kerana ia ditolak oleh sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat khususnya dan Malaysia secara amnya.

Penjualan Maju Expressway: Geran bernilai RM976.7j perlu dipulangkan kpd rakyat - Rafizi

Penjualan Maju Expressway: Geran bernilai RM976.7j perlu dipulangkan kpd rakyat - RafiziSaya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.
Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.
Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

DAP's political survival at stake due to BN's dirty '4M' politics, warns Guan Eng

DAP's political survival at stake due to BN's dirty '4M' politics, warns Guan EngOn the occasion of DAP’s 46th anniversary since it was first registered on 18 March 1966, DAP urges all leaders and members to redouble efforts to ensure that PR wins the next general elections so that DAP can remain a party in power in state governments and hopefully in the Federal government too. The danger signals are evident that the 13th General Elections will be the dirtiest in Malaysian history.
BN leaders’ nation-wide road show to drum up electoral support, is a classic replay of its past tactics of using money politics to buy votes, control of the mass media to demonise the opposition and glorify the BN as well as misuse of government machinery for BN’s electoral purposes. However the intensity of such tactics has not only reached unprecedented heights, for the first time in history BN and their supporters are openly and publicly menacing PR leaders.
PR leaders from Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS Deputy President Mat Sabu and myself have not been spared threats of personal harm and violence when we attend public events. Even PKR Vice-President Nurul Izzah Anwar was threatened harm by a BN man in Pahang. It is not Malay culture but also not Malaysian culture for a man to threaten a woman with physical bodily harm.

Negara Zina : Pelajar Tkn 5 Tawar Seks Untuk Gugurkan Janin


Kulim - “Untuk mendapatkan pil mengugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal, “ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks untuk mendapatkan wang bagi mengugurkan kandungannya. Gambar fail.

Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri.

Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

Rakyat `buta’ tarikh pilihan raya umum ke 13

PETALING JAYA: Kalangan rakyat sukar meramalkan tarikh pilihan raya umum walaupun sedar ia akan diadakan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, mereka sependapat petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan semakin jelaa kelihatan.
Kontraktor, Halizi Abu Bakar berkata, tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencapai kemuncak.

“Pasaran saham negara kini mencecah 1. 500 dan terus meningkat. Ini bermakna dalam tempoh sebulan dua lagi ia akan mencapai 1.600′

Penjawat awam wajib sokong BN?

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
Yang lebih penting, mana-mana kerajaan yang memerintah tidak boleh sekali-kali memaksa mana-manhttp://1.bp.blogspot.com/-9UJmZGAAeac/TwQkxI9y-rI/AAAAAAAACOU/10TK1RCrdJQ/s1600/MB.jpga penjawat awam untuk menyokong dan mengundi mereka dalam pilihan raya. Penjawat awam mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih mana-mana parti dan wakil rakyat yang diyakini.

KETIKA berucap pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (TCS) Bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mengecam penjawat awam di negeri ini yang mengkritik serta menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan. Menurutnya lagi, penjawat awam di Terengganu patut sedar bahawa wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukannya bergantung kepada mana-mana pihak.