Khamis, 15 Mac 2012

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja PKR Indera Mahkota

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja PAS Kubang Kerian

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja DAP Ipoh Barat

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja PKR Gombak Part 2

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja PKR Gombak Part 1

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja Part 2 PAS Marang

14 March 2012 Perbahasan Ucapan Titah DiRaja Part 1 PAS Marang

14 March 2012 Usul 181 Kes2 Peguam Negara & Bekas Ketua Polis Negara PKR Subang

14 March 2012 Sesi Soalan FGV PAS Kubang Kerian

14 March 2012 - Soalan Tambahan - Jumlah Pembeli Skim & Kemampuan Kem. WP&KB - DAP Kepong

14 March 2012 - Sesi Soalan - PPR-MTEN & PA DBKL - PKR Lembah Pantai

14 March 2012 - Sesi Soalan - Hubungan Malaysia - Israel - MP PR

PKR Gesa SPR Audit Semula Daftar Pemilih

Ingatlah Semua...Musuh Pakatan Rakyat Yang Utama PRU13 ialah SPR....

Kejahatan SPR Makin Menjadi-Jadi
Pemimpin Pakatan Perlu Kemaskini Nama Masing-Masing

Pemindahan tempat mengundi MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.

Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.

Bersatu sokong rakyat Syria yang dizalimi - IKRAM

syriaKuala Lumpur – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua rakyat Malaysia agar bersatu dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Syria yang kini sedang berhadapan dengan tindakan kejam rejim Bashar al-Assad.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, seseorang pemimpin negara sewajarnya dipilih oleh rakyat, malah pemerintah harus berperanan melindungi, bukan menzalimi rakyat. Namun di Syria hal sedemikian tidak berlaku.
“Di Syria pemerintahan adalah secara diktator. Hari-hari kita mendengar rakyat yang menuntut perubahan dibunuh, diseksa, dicederakan, malah pelbagai lagi tindakan tidak berperikemanusiaan. Mereka yang terkorban turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagaimana rakyat mahu duduk di bawah pemerintahan begini?” tegas Dr Mohd Parid.

Pelek Bin Ajaib : SPR kehabisan borang pengundi baru..

Dr. Jeffrey Kitingan telah menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah kehabisan borang pedaftaran pengundi baru.

Pengerusi STAR Sabah itu juga memaklumkan dia telah menerima rungutan dari para penyokong STAR di beberapa daerah yang menyatakan mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi baru sebelum pilihanraya akan datang tidak dapat berbuat demikian kerana telah diberitahu oleh semua Pejabat Pos di tempat mereka bahawa borang itu kononnya telah habis.

Surat Peringatan Rasulullah SAW buat Para Pemerintah yang Memiliki Kekuasaan

http://4.bp.blogspot.com/-Z7hjnfGfgFo/T2BCVSVL1BI/AAAAAAAACxw/yKkK7IQeKbg/s1600/surat.jpg Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama Islam.

Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad (ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.

Bebaskan rakyat Syria dari kekejaman pemerintah zalim

Oleh ABDUL MALIK KARIM
SUDAH setahun berlalu revolusi di Syria yang dicetuskan pada Mac 2011. Kebangkitan rakyat yang pada mulanya itu http://melayukini.net/wp-content/uploads/2011/12/Isu-Syria-Kejam-Bunuh-Rakyat-3.jpgatau dikenali sebagai revolusi kini bertukar menjadi penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang mahukan demokrasi dan keadilan kepada negara itu.


Kebangkitan mereka bagi melaksanakan tuntutan jihad yang paling besar iaitu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ‘Jihad yang paling afdhal adalah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.’

Malaysia after regime change


Malaysia had to begin life as a federation because, like all federations, its diversity of polity, culture, history, ethnicity and economy was simply too deep for a centrally controlled regime to be practicable.
That was why the Malayan Union of 1946, hopefully constructed by a colonial power recovering from a devastating world war and that badly needed to simplify its control apparatus, could never succeed. Indirect and de facto colonialism was acceptable, but centralised and direct colonialism was too much for the Malay community to accept.
And yet, as became clear in the aftermath of the 2008 general election, the country nevertheless had in reality become centrally controlled by a coalition centred around Umno (United Malays National Organisation), the party formed in 1946 by Onn Ja’afar to fight the Malayan Union.
The 2008 election results can thus be read as a strong negative reaction by the newly-liberated electorate to this sustained political denial of the country’s historical diversity.

Bilakah akan tiba kemenangan

PENINDASAN, pencabulan dan pembunuhan umat Islam hari ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa tahuhttp://cpt.org/albums/album247/Gaza_Convoy.jpgn sebelum ini kezaliman ke atas umat Islam Moro di Asia Tenggara, Muslimin Kashmir di India, umat Islam Bosnia-Herzegovina di Eropah, umat Islam di Iraq dan peperangan yang sehingga kini mengancam umat Islam di Gaza, Palestin.

Berita penguasaan dan penganiayaan terhadap umat Islam dunia berdengung dari semasa ke semasa. Tidaklah menjadi suatu keanehan mengapa umat Islam sentiasa ditindas dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh?

Dalam seni pun Umno-BN double standard

Oleh RAYUSA
SEBAGAIMANA polis membiarkan samseng Umno menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan penhttp://images.betterworldbooks.com/081/Where-Did-I-Come-From-9780818402531.jpgyokong Pakatan Rakyat semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang pada 26 Februari lalu, tetapi bertindak jika demonstran Pakatan berhimpun, begitu jugalah kerajaan Umno-BN dalam isu seni.


Pada 21 Februari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dan melarang buku Where Did I Come From kerana mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat, dan kepentingan awam.

Pertukaran saham MAS-AirAsia gagal, CIMB perlu pulangkan yuran

KUALA LUMPUR 15 Mac: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mendesak agar yuran yang dibayar kepada CIMB Bank sewaktu menjadi pihak tengah pertukaran saham MAS-AirAsia dituntut kembali kerana urusniaga itu terbukti gagal.
“Yuran nasihat yang dibayar kepada GLC yang memudahcara urusniaga tersebut – CIMB Bank – perlu dituntut semula kerana urusniaga itu jelas gagal sama sekali.
“Dalam masa kurang daripada enam bulan selepas urusniaga itu MAS dilaporkan mengalami kerugian yang besar,” kata Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

MAS–AirAsia swap was a mistake: Najib as Khazanah chief must take responsibility

MAS–AirAsia swap was a mistake: Najib as Khazanah chief must take responsibilityThe Pakatan Rakyat Manifesto/ Policy Committee thinks that the share swap deal between Malaysian Airline System (MAS) and AirAsia was a mistake and Najib as the chairman of Khazanah should be responsible for this mess.
From the onset, the justification of this collaboration is suspect. If the intention is for MAS to focus on premier services while AirAsia on no-frills services, no exchange of equity is needed.
Since the collaboration took place, a lot of aggressive route and capacity cuts have been undertaken, mostly involving MAS. Furthermore, it has killed Firefly’s (MAS’ low cost carrier) lucrative budget services that were giving AirAsia a run for its money.
Clearly, this is a form anti-competitive behaviour displayed by MAS-AirAsia. Having AirAsia's chief executive, Tony Fernandes, and his deputy Kamarudin Meranun on the board of MAS only serves the interest of AirAsia at the expense of consumers.

Taktik kotor Umno tidak menjadi

Oleh SAFAR JUMAAT
UMNO-BN merasakan sudah hilang segala taring mereka apabila Selangor, negeri termaju di Malaysia kini diperinhttp://2.bp.blogspot.com/_XjmNwFJnYrY/TSsC_vFU1dI/AAAAAAAAAZs/TXSf9YhdPIY/s1600/Blog+194-6.jpgtah Pakatan Rakyat, sedangkan di Selangor terdapat KLIA, ada Pelabuhan Klang dan ada macam-macam lagi, termasuk Lapangan Terbang Sultan Salahuddin di Subang yang cukup terkenal.
Itulah sebabnya, kehilangan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, tidak begitu memalukan bagi Umno-BN, jika dibandingkan dengan kekalahan Umno-BN di Selangor.

Hari ini, mereka perkenalkan “Jelajah Selamatkan Selangor” yang mahu mereka gambarkan bahawa Selangor akan menjadi teruk dan miskin jika tidak diselamatkan. Padahal, mereka tahu Selangor sebenarnya lebih selamat di bawah Pakatan daripada di bawah Umno-BN selama ini. Bukan sedikit kawasan bukit-bukau yang mereka tarah hingga menyebabkan beberapa tempat di Selangor, termasuk TTDI Jaya, banjir.

Ibrahim Ali mahu Akta Murtad diwujudkan segera

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menggesa kerajaan pusat supaya segera mewujudkan Akta Murtad yang didakwanya bagi menangani jumlah murtad yang semakin tinggi di kalangan umat Islam.

NONE"Saya fikir Akta Murtad mesti lulus untuk menangani isu murtad," kata ahli parlimen itu hari ini.

Dakwanya, terdapat banyak kes umat Islam yang semakin mendekati agama lain dan beberapa mereka menjadi murtad, sesuatu yang dianggapnya sebagai perkembangan yang membimbangkan.

"Sekarang ini pun sudah ada orang Islam yang beralih ke gereja untuk mencari kedamaian," kata Ibrahim.

Walau bagaimanapun, menurutnya, kesalahan juga mesti ditanggung oleh umat Islam yang berkemampuan tetapi tidak memenuhi tanggungjawab mereka membantu saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik.

"Orang Islam yang miskin tidak dibantu, jadi orang Kristian menggunakan amal sebagai cara untuk mendekati umat Islam yang miskin," katanya.

Hanya lawan Isa, pegawai Felda diaibkan

Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.
Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

KENAPA DAN MENGAPA KAMI BENCI UMNO/BN ?????


Kata sesetengah orang lebih baik berkawan dengan ular daripada berkawan dengan Umno/BN. Dan kalau ditakdirkan kami berjumpa antara ular dan Umno/BN kami akan ketuk Umno/BN dulu. Sebabnya UMNO/BN tak pernah nak berubah. Apa yang berubah hanyalah pemimpin dan slogannya sahaja. Sikap dan Sifatnya tetap sama....Dari dulu, kini dan selamanya.

AELB says will close Lynas plant if waste agreement broken

Raja Abdul Aziz said the AELB has yet to issue the TOL to Lynas. — File pic
KUALA LUMPUR, March 15 — The Atomic Energy Licensing Board (AELB) assured Malaysians today it will shutter Lynas Corporation’s rare earth plant in Kuantan if the Australian mining firm violates conditions on the disposal of radioactive material. According to Star Online, the regulator reminded at its weekly media briefing today that that firm had already struck an agreement with local authorities here for it to return any radioactive waste to Australia if it fails to set up a permanent disposal facility here.

Nilai semula fatwa zakat boleh dilabur

Pelaburan harta zakat di Malaysia perlu dinilai kembali, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.Hal ini, katanya kerana zakat adalah hak mutlak lapan golongan yang digelar asnaf zakat iaitu orang faqir, miskin, amil zakat, golongan muallaf, hamba yang membebaskan dirinya daripada perhambaan, golongan yang berhutang, fi sabilillah dan ibn sabil sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Taubat ayat 60.
“Selagi mana lapan golongan ini wujud maka yang wajibnya ialah mengagihkan zakat kepada mereka,” jelasnya.
Menurutnya, melaburkan harta zakat akan mendedahkan harta zakat kepada tiga keadaan, iaitu sama ada menangguhkan agihan zakat kepada mereka, atau menghalang zakat sampai kepada mereka sepenuhnya, atau mendedahkan harta zakat kepada kerugian perniagaan menyebabkan hilangnya wang zakat yang sepatutnya menjadi milik mereka.

PKR Gesa SPR Audit Semula Daftar Pemilih

Post Pic
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa audit semula dilakukan ke atas jumlah daftar pemilih ekoran terdapatnya pemadaman lebih 100,00 nama tanpa digazet, dipamer mahupun diwartakan mengikut prosedur sepatutnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Sementara 6,705 nama pengundi baru di seluruh negara pula dimasukkan ke dalam senarai pemilih, juga tanpa pewartaan. 

SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul...pembohongan bersiri..!!!

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar,
langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

Kontraktor Melayu: Kami sokong projek infrastruktur k’jaan negeri

Ini kerana projek-projek tersebut dijangka akan mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang.
PETALING JAYA: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang (PKMMNPP) menyokong penuh empat projek infrastruktur yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.
“Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di Seberang Perai Utara (SPU).
“Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

BERSIH 3.0 – Revolusi Tekno

Ada dua perkara penting berlaku dalam minggu lalu. Satu..sambutan ulangtahun ke 4 Pakatan Rakyat Perak menang dalam PRU 12 dan lagi satu ialah Pelancaran Jom 100 oleh BERSIH 3.0.
Sambutan ulangtahun kemenangan PR yang diadakan di Klebang Restu, Ipoh membariskan nama-nama handalan. Selain dari kepimpinan PR, seniman-seniman seperti Pyanhabib, Airmas, dan Sasterawan Negara..A. Samad Said juga turut serta. Sepatutnya majlis tersebut mendapat publisiti yang luas dan kehadiran boleh ditingkatkan dengan lebih ramai lagi. Tetapi oleh kerana ramai yang tak tau..maka hanya penduduk sekitar Klebang saja yang tau. Dan kehadiran pada malam itu hanyalah disekitar 500 orang dan boleh dikatakan 99% daripadanya adalah Melayu.
Begitu juga dengan pelancaran Jom 100 oleh BERSIH 3.0 yang diadakan di Ipoh. diperingkat awal, aku hanya mendapat mesej..”meeting with Bersih people from KL at 206, Jalan Sultan Iskandar at 4 pm.” Itu saja. Dan melihat kepada tempat ianya bakal diadakan, aku menjangkakan ia hanyalah satu sidang media sebab tempatnya pun sempit.

HADIS Orang TUA Tak Masuk SYURGA - Ustaz Azhar / Ali XPDC / Bob KU2

USTAZ Menyanyi Lagu ? - Ustaz Azhar / Ali XPDC / Bob KU2

WANITA Tak Digalakkan KAHWIN Dengan PESILAT ? - Ustaz Azhar / Ali XPDC / Bob KU2

SYAITAN Tak Masuk RUMAH Ada IKAN PUYU ? - Ustaz Azhar / Ali XPDC / Bob KU2

Kenapa PEREMPUAN Tak Boleh KAHWIN Ramai - Ustaz Azhar / Ali XPDC / Bob KU2

Q&A7 @ BERSIH2.0 & JOM100, IPOH

Q&A6 @ BERSIH2.0 & JOM100, IPOH

YB Haniza (DNS) dan Garis Panduan Baru Cyber Cafe Selangor

Today in History for Thursday, March 15th

Free Syrian Army withdraws from Idlib

Kerugian MAS: Kenapa belum siasat Tajuddin Ramli

Ahmad Maslan bohong, kata ANAK

FOMCA - Bank Patut Bekalkan Kenyataan Bulanan Secara Percuma

Dr. Xavier: 13th GE to be the "dirtiest elections" ever

Kadir pertahan dakwaan BN 'beli undi'

Mat Sabu: Lim Guan Eng anti-Islam?

EC cuts and adds names as it wishes

NFCorp Gagal Bayar Sewa Ruang Pasaraya Di Singapura

Bukan kecewa tak dapat projek - Kadir

MPs push for PSC probe on Tajudin's settlement

Deputy minister lied in Parliament, claims Anak

Usul EDL ditolak dengan alasan yang tidak munasabah

Usul saya mengenai kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya EDL telah ditolak dengan alasan dimana rundingan di antara Kerajaan dan konsesi tengah dijalankan.

Pembayaran tol EDL merupakan kebimbangan rakyat yang mendesak.  Projek ini bermula pada 25 Februari 2008 dan akan mula dibuka pada akhir bulan ini.  Selama empat tahun projek ini dibina dan pihak kerajaan telah memberikan kontrak kepada konsesi MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd bernilai RM 900 juta dengan tempoh konsesi selama 34 tahun serta kebenaran untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun.  Adalah sesuatu yang tidak positif apabila pihak Kerajaan dan pemaju Konsesi masih lagi dalam proses perbincangan bagi kadar tol walhal lebuhraya ini akan dibuka beberapa minggu saja lagi.  Ini menunjukkan kelemahan ketara pihak Kerajaan dalam berhadapan dengan syarikat konglomerat atau ada agenda tersembunyi?

Nearly half new postal voters ineligible to join military - PKR


KUALA LUMPUR - A total of 3,900 new army and police voters gazetted in the fourth quarter of last year were above the eligible age to join the force, Pakatan Rakyat claimed yesterday.
PKR vice president Fuziah Salleh claimed that the names were among 8,707 ordinary voters nationwide who were struck off the electoral roll in the third quarter, and converted into new postal voters.
“The maximum age to join the army or police force is 30-years-old. Based on the electoral roll, the oldest voter on the list is 61-years-old,” the Kuantan MP told reporters during a press conference at Parliament lobby.
“How can the Election Commission allow this to happen?” she questioned.
The names on the electoral roll were identified as ‘masuk polis’ (joined police) and ‘masuk tentera’ (joined military).

Apabila Puan Hakim hulurkan sekotak tisu untuk Hishamuddin Rais...

Mengikuti perbicaraan kes saman lima orang bekas Tahanan ISA melawan Ketua Polis Negara Norian Mai, Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia mengimbau kenangan 11 tahun yang lalu.  Bezanya ketika itu ialah kami turun naik ke Mahkamah berhari-hari tanpa jemu bagi membela nasib mereka yang telah ditahan tanpa dibicarakan.  Mereka di dalam tahanan polis selama 60 hari dan kemudiannya dihantar ke Kamunting selama dua tahun.

Tahanan di bawah akta zalim ISA menghapuskan semua hak yang ada pada seseorang manusia bebas.  Kami di luar berjuang tanpa jemu untuk membebaskan mereka dengan menggunakan segala ruang yang ada.

PM Flip-Flop Satu Malaysia?

Hari kedua Parlimen kali ini bermula dengan suasana panas dengan soalan Ketua Pembangkang dari Permatang Pauh bertanya tentang pembatalan SBPA atau Saraan Baru Perkhidmatan Awam.  Soalan Ketua Pembangkang itu amatlah mudah iaitu bertanya mengapa CUEPACS tidak dirunding terlebih dahulu tentang keputusan dan perlaksanannya.  Namun soalan itu telah menimbulkan kekecohan dalam Parlimen pada hari tersebut sehingga Speaker Dewan terpaksa berkali-kali campurtangan untuk meredakan keadaan.

Najib sedang menunaikan janjinya,,,,

Semalam saya ke Pekan, Pahang, berceramah bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato Ariff Sabri di sebuah rumah di Sungai Miang, kalau tak salah saya. Kehadiran yang menunggu kami sangat menggalakkan dan saya agak terkejut juga melihat kedatangan begitu ramaiyang kesemuanya terdiri dari orang tempatan. Saya bergembira kerana bersebab.

Pertamanya kami ditunggu oleh begitu ramai rakyat tempatan dan saya tidak menyangka sambutannya begitu baik dan menggalakkan, kerana kawasan itu adalah kawasan Parlimen Perdana Menteri Najib Tun Razak. Yang hadir itu adalah dari setiap lapisan penduduk di Pekan dan mereka semuanya fokus mendengar apa yang kita perkatakan.

Keduanya inilah pertama kali saya sampai berceramah di Pekan sejak hampir 30 tahun dan seperti di kawasan-kawasan lain, Pekan juga mempunyai rakyat yang prihatin terhadap apa yang berlaku dalam sekitar politik negara. ‘Response’ yang menggalakkan itu menunjukkan yang perkembangan terkini politik negara juga dirasai oleh penduduk bandar di Raja ini.

Samseng : Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan


Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.

ahmad zahid hamidiPanel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos.

Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.

Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.

Orang Melayu perlu buang taksub politik, lancar jihad bisnes

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim menyeru orang Melayu menekankan keperluan "jihad bisnes" untuk memperbaiki semula kedudukan ekonomi yang terjejas teruk ekoran "sikap taksub politik."

"Sekarang ini, selepas terkesan daripada sikap taksub politik, habis ekonomi orang Melayu jatuh. Oleh sebab itu, kita perlu satukan semula dengan menggunakan jihad bisnes," kata beliau.

Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation ini, kelemahan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam berpunca daripada tindakan meletakkan kepentingan politik dalam perniagaan sehingga berlaku perpecahan.

Nafi kempen 'Save Syria' hanya polemik lawan arus

Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan Tan Sri Zainuddin Maidin (Tidak Perlu Tunjuk Perasaan Anti-Presiden Syria, Utusan Malaysia 14 Mac 2012), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menjelaskan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beliau berhubung dengan Perhimpunan Selamatkan Syria (akan dianjurkan pada setelah solat Jumaat 16 Mac 2012, bukan Sabtu sepertimana yang dikemukakan beliau sebelum ini) serta gerakan kempen ‘Save Syria’ yang mula mendapat perhatian media semenjak kebelakangan ini.

Pertama perhimpunan aman ini dianjurkan atas dasar kemanusiaan dan keamanan  semata-mata, untuk mendesak kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria dihentikan dengan serta merta. Sebagai pertubuhan yang sentiasa kehadapan dalam membela hak asasi manusia di peringkat global, ABIM dan masyarakat antarabangsa secara amnya memilih untuk tidak berdiam diri serta berpeluk tubuh, membiarkan orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terus menerus menjadi mangsa kekejaman serta dinafikan hak untuk menuntut kebebasan, keadilan, keamanan dan kemuliaan sebagai seorang manusia!

Jangan swastakan GLC demi hak Bumiputera, gesa DPIM


DPIM MUHAMMAD ALI
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim menggesa kerajaan mengkaji semula dasarnya mahu menswastakan ataupun melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi mengelakkan kepentingan ekonomi golongan miskin Melayu dan Bumiputera terus terhakis.
Beliau berkata, tindakan tidak bersetuju dengan kerajaan itu bukan bermakna DPIM antipenswastaan, tetapi GLC adalah satu institusi penting yang mampu membantu ekonomi Bumiputera negara ini yang semakin lama semakin menemui kegagalan.
"Pada pendapat saya, adalah tidak munasabah pelupusan pegangan dilakukan atas alasan untuk memenuhi keperluan para pelabur swasta dalam pasaran modal.

NFC dan Shahrizat: Dilema politik baru bagi Najib dan Umno

NFC dan Shahrizat: Dilema politik baru bagi Najib dan UmnoKini yang merupakan kejatuhan RM250juta NFC pernah menjadi sebahagian daripada rancangan besar-besaran oleh ahli dalam Kementerian Pertanian untuk menjadikan Malaysia mencukupi dalam makanan, yang merupakan satu pelan yang baik dan boleh dilaksanakan dan boleh menjadi sangat berjaya. Tetapi malangnya, ia telah dirampas oleh UMNO dan bertukar menjadi skim membuat wang bagi pemimpin-pemimpin elit.
Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru dan apa jua yang perancang negara setakat ini telah cadangkan bagi kerajaan untuk melaksanakan supaya memberi manfaat kepada negara. Semuanya sama ada telah dirampas oleh UMNO atau diluluskan kepada rakan-rakan BN. Ia adalah kerana sebab-sebab ini kerajaan yang diterajui UMNO dengan kuat melaungkan 'kemajuan', manakala apa yang rakyat benar-benar rasakan ialah 'mundur'.
Dengan sara diri dalam pemakananan, Malaysia akan berupaya untuk menyelamatkan berbilion-bilion dalam jangka masa panjang dan malah menjadi pengeksport makanan bersih. Jika DEB telah dilaksanakan dengan betul dan tekun, matlamat itu telah dicapai sekarang dan dasar itu dimansuhkan. Malaysia boleh menjadi kejayaan yang boleh dicontohi seluruh dunia.

Amanah wants poll reforms in before GE

Suggestions made to the PSC are not difficult to implement, says its deputy president, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
KUALA LUMPUR: Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) today reiterated its call that poll reforms be implemented before the 13th general election.
Its deputy president, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, said several suggestions  to the Parliamentary Select Committee on electoral reform were “not difficult” to implement and urged the government to speed up the process.
This included the demand that the Najib administration guarantees press freedom and ensures that equal access is given to media from both sides of the political divide.
This, said Kadir, would give space for both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat to promote their views to voters in what would be a positive election based on a contest of ideas.

Zaid Ibrahim lancar jentera PRU di KB esok


Zaid Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim akan melancarkan jenteranya sebagai persiapan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok.
Minggu lalu, Zaid mengesahkan beliau akan bertanding semula di Kota Bahru pada PRU13.
"Kami kena mulakan dari sekarang. Kita bukan parti yang besar, Kita bergantung pada sukarelawan-sukarelawan, yang akan membantu kami dalam pilihan raya umum kali ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Pelacncarannya akan dibuat di rumah Zaid di Kota Bharu, Kelantan, malam esok.

Perkasa ugut kuasa asing cuba rampas kuasa, tapi Dr Rosmah tetap kejar kemewahan Barat

Perkasa ugut kuasa asing cuba rampas kuasa, tapi Dr Rosmah tetap kejar kemewahan BaratAkhirnya, berita sudah tersebar. Organisasi terkenal bernama Perkasa, telah mendedahkan bahawa blog pembangkang di Malaysia dibiayai oleh Amerika Syarikat atau Jerman atau kuasa asing yang lain. Perkasa tidak boleh membuat keputusan yang mana satu, tetapi menegaskan, ia adalah salah satu daripada ketiga-tiga ini.
Kini sebagai pihak pelampau yang menegakkan hak Melayu yang kadang-kadang menjadikan diri mereka kelihatan jahil dan mundur – bagi Perkasa, hubungan dengan kuasa asing dianggap membelot. Tidak kisahlah jika kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini terkantoi kerana berdagang kelapa sawit dengan Israel walaupun parti Umno berkata, aktiviti sedemikian adalah satu pengkhianatan kepada umat Islam di seluruh dunia. Tetapi mungkin kerana Perkasa mempunyai hubungan dengan Umno, ia telah menutup mata pada perbuatan itu.
Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor mengakui bahawa dia tidak mempunyai bukti ke atas dakwaan pembiayaan asing, tetapi masih menegaskan blog yang dikenal pasti berkongsi modus operandi yang sama dan menerbitkan agenda yang sama secara serentak. Untuk melindungi diri mereka sendiri, orang Melayu, Sultan, keselamatan negara dan keamanan dunia, ahli Perkasa, telah membuat laporan polis di ibu pejabat daerah Dang Wangi.

Pembunuhan Altantuya: Motif tidak boleh didedahkan kerana Putrajaya akan musnah

Pembunuhan Altantuya: Motif tidak boleh didedahkan kerana Putrajaya akan musnahKeputusan yang dinanti-nantikan baru sahaja diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin terhadap kes warga Mongolia Altantuya yang bukan sahaja menjadi topik hangat dikalangan pengamal undang-undang di Malaysia tetapi juga buah mulut rakyat biasa seperti Ahmad, Muthu Ah Beng di seluruh pelosok negara.
Pelajar dan profesional dalam bidang undang-undang terkejut akan keputusan hakim. Peguam yang juga mengajar akan menghadapi kesukaran dalam cuba merasionalkan keputusan yang telah menolak sepenuhnya "motif" dalam pembunuhan.
Hakim yang arif itu juga telah dilaporkan berkata bahawa "motif, walaupun relevan, tidak penting dalam pembunuhan."
Kini pelajar sekolah menengah juga turut bertanya jika motif tidak penting, adakah ia semata-mata pembunuhan? Atau pembunuh sengaja menjalankan pembunuhan semata-mata?
Standard undang-undang Malaysia menjadi perhatian

Hadkan kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan cadangan pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974 supaya kuasa Perdana Menteri terhadap syarikat konglomerat itu dibataskan.
“Petronas juga wajib membentangkan akaun perbelanjaan tahunan ke Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Pindaan tersebut antara tiga cadangan Rang Undang-undang ahli persendirian yang dibawakan Naib Presiden KEADILAN itu, termasuk antaranya pemansuhan serta-merta Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.
“Akta drakonian dan lapuk ini dihapuskan untuk memastikan ada suasana bagi media bercambah, bebas dan adil,” katanya menjelaskan tugas media adalah pelapor berita dan maklumat seimbang kepada mana-mana parti politik.

Kerajaan Pusat Sabotaj Usaha Kerajaan Selangor Bina Sekolah Cina

 
SHAH ALAM,15 MAC : Kerajaan Pusat didakwa cuba mengagalkan usaha Kerajaan Selangor untuk membantu sekolah Cina dan sekolah kanak-kanak autisme di Puchong dengan menolak permohonan pembinaan di saat-saat terakhir.
Walaupun Kerajaan Selangor telah meluluskan tanah rizab 13 ekar di Taman Tasik Prima Puchong pada 23 September tahun lalu untuk pembinaan cawangan tiga sekolah, permohonan itu ditolak oleh Kementerian Pelajaran (KPM).

Arab Spring: The next wave to hit Southeast Asia's pseudo democracies - Anwar Ibrahim

Arab Spring: The next wave to hit Southeast Asia's pseudo democracies - Anwar IbrahimHalf a century ago in Vietnam, a Buddhist monk set himself on fire and triggered the fall of a regime. Since then, there have been numerous self-immolations with significant consequences but none as catastrophic as the one that happened in Tunisia.
Indeed, as we all know, Mohamed Buoazizi did not just set himself on fire. His death ignited the Arab Spring and spelled the doom of long held dictatorships and autocracies alike.
Back in 2005, at the US-Muslim World Forum in Doha, I spoke of the winds of change sweeping across the deserts of the Middle East. I said that given half a chance, the people would opt for freedom and democracy.
Well, the winds of change have become a raging storm, blowing the likes of Ben Ali, Mubarak, Gaddafi and Abdullah Salleh off their pedestals of power. There are others still hanging on for dear life but we know the outcome: it’s just a matter of time. You can’t fight the tide of history.

FGVH: Anak dakwa Ahmad Maslan berbohong


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa tanah peneroka tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka diambil melalui penyenaraian FGVH.

Menurutnya, Felda yang ketika ini merupakan badan berkanun memiliki seratus peratus FGVH manakala peneroka termasuk ahli keluarga dan kakitangan Felda memiliki seratus peratus KPF.

Sementara itu, FGVH dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51.

Daim: Najib perlu undur jika gagal dapat lebih kerusi

daim zainuddinUmno akan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika beliau gagal memperbaiki pencapaian BN pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas menteri kewanganTun Daim Zainuddin.

"Mendapatkan semula majoriti dua pertiga adalah wawasan yang baik tetapi (Najib) perlu lebih praktikal ... jika, malangnya, beliau kehilangan banyak kerusi, Umno akan menggulingkannya. Ini politik," kata veteran Umno itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Katanya, jika ekonomi negara kukuh, dan Umno bersatu, maka Najib akan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

Wan Junaidi: Bubar Parlimen biar selepas pertabalan Agong


LOGO PARLIMEN
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.

Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.

Najib may emerge winner in NFC debacle

The prosecution of the NFCorp chairman comes at a crucial time for the BN with election around the corner.

KUALA LUMPUR: If there is a winner in the National Feedlot Centre (NFC) debacle, it has to be none other than Prime Minister Najib Tun Razak himself.
The outcome of the fiasco – the resignation of Shahrizat Abdul Jalil from her Cabinet post and the prosecution of her husband, Mohamad Salleh Ismail, the chairman of the National Feedlot Corporation (NFCorp) – could not have worked out better for his preparations for a key general election likely to be called this year.
This could also strengthen the government’s anti-graft credentials and help contain some of the collateral damage incurred from unresolved financial scandals in the past.

Dasar Penswastaan Air Di Malaysia Bebankan Rakyat

 
MARSEILLE, PERANCIS,15 MAC : Dasar penswastaan air di Malaysia gagal kerana disalahguna untuk manfaatkan golongan ‘rentier’ menggunakan kos yang ditanggung pengguna, beritahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Forum Air Sedunia kali ke enam di sini.
Bercakap pada sesi Pihak Berkuasa Tempatan dan Serantau sempena Forum Air Sedunia kali ke enam di Marseille, Perancis, Abdul Khalid berkata, walaupun terdapat kes kejayaan penswastaan air di peringkat antarabangsa, namun keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia.

1Care: Kerajaan nafi bimbang rakyat marah


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Penafian Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa rakyat perlu membayar 10 peratus daripada gaji mereka kepada dana skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) menunjukkan kerajaan bimbang terhadap kemarahan rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan terpaksa menafikan perkara tersebut walaupun ia terdapat dalam kertas konsep cadangan.

"Kerajaan terpaksa menafikan perkara ini kerana sedar ia menimbulkan kemarahan rakyat dan ini membimbangkan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan Tiong Lai sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Kenapa Tengku Goh namakan Musa, Gani dalam afidavit?

Adakah penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh @ Tengku Goh mempunyai hubungan istimewa dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan?

Soalan ini ditimbulkan lima tahun lalu oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff dalam afidavit jawapan kepada permohonan habeas corpus Goh supaya dibebaskan daripada perintah kediaman terhad.

Pergelutan di SPRM ketika pekebun OKU buat laporan

Cubaan Frusis Lebi, seorang pekebun kurang upaya untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terganggu apabila berlaku pergelutan ketika pengawal keselamatan menghalang kumpulan itu daripada memasuki bangunan Sultan Iskandar di Kuching.

NONEDalam kicauan di Twitter, ADUN Padungan Wong King Wei berkata kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di Kuching itu, atas alasan bahawa wakil-wakil yang mengiringi beliau memakai baju yang tertera logo DAP.

"Saya ditolak dan dihalang masuk oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar ... Pintu utama juga ditutup kepada ahli-ahli DAP dan orang ramai.

"Mengapa? Apabila saya bertanya kepada mereka, orang yang bertanggungjawab berkata ia adalah kerana logo berkenaan adalah dilarang, iaitu logo roket," katanya.

Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN


PEKAN, 15 Mac: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

'Cowgate' akan tentukan keputusan PRU, kata Daim

daim zainuddinPemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Kejam: Ada sesuatu tidak kena dalam masyarakat


SERDANG, 15 Mac: Fenomena peningkatan keganasan dan kekejaman di kalangan masyarakat hari ini sepertimana berlaku ke atas adik Nur Nadirah Abdullah (Dirang), 5, berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritual dan lunturnya pegangan agama individu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Prof Dr Harlina Halizah Siraj (gambar) berkata, tanpa adanya perasaan takut keepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaannya jiwa manusia dengan mudah diperdaya oleh nafsu syahwatnya.

Jelasnya, apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan manusia.

"Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti sendiri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu dan masyarakat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Ikram, Sri Kembangan hari ini.

Bebanan GST sudah dirasai rakyat

PASIR MAS, 15 Mac: Ramai tidak sedar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana sebelum ini ditangguh kerajaan sebenarnya sudah dikenakan terhadap setiap urusniaga.

Pada Disember 2009 Rang Undang-Undang GST dibentang untuk bacaan kali pertama di Parlimen. Bagaimanapun ditangguh pada Mac 2010.

GST diwujud bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus dicadang dikuatkuasa bagi meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, ketika makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini beliau terkejut apabila diberitahu cukai lebih 15 peratus dikenakan.

Katanya, harga makanan yang dipesan sebanyak RM39, namun cukai pula dikenakan sebanyak RM7 menjadikan jumlah yang perlu dibayar RM46.

Kadir pertahan dakwaan BN 'beli undi'

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

NONEAbdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.
Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.