Selasa, 13 Mac 2012

Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor

FOMCA - Sara Hidup Tinggi Terus Mencengkam Pengguna

Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya

Kalau UMNO Kalah Siapa Nak Jaga Melayu?

Perang Ceramah Di Melaka: Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional

Selamatkan Negara Daripada Perompak Dan Samseng Yang Ada

Betina Bangang Ni Mahu Tok Guru Nik Aziz Contohi Shahrizat


Setelah Menyamakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin, Semalam Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin Menggesa TG Nik Aziz Mencontohi Shahrizat Jalil Letak Jawatan.

Buat Apa Nak Suruh Nik Aziz Letak Jawatan? Kerana Takut UMNO Tak Dapat Rampas Kelantan? Atau Cuba Alihkan Isu Skandal Lembu... Kut Yer Pun Nak Ampu Agak-Agaklah... Shahrizat Memang Jelas Dengan Skandal Yang Tercalit Berhubung Pecah Amanah Suaminya.

PM kita hanya layak sebagai pengawal peribadi?

 Tak sia-sia Rosmah melantik dirinya “First Lady


Kelihatan dalam gambar ini Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, semasa merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing. 

 
Apa yang tak kena dengan gambar ini ialah,….
Kenapa Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri berdiri di belakang? manakala Rosmah Mansor berada di barisan hadapan  bersebelahan YDP Agong? Bukankah sepatutnya Najib yang berada di posisi tersebut? Apakah Rosmah yang menganggap dirinya First Lady itu terlalu besar?

Kalau di rumah tak apa lah kalau Najib dijadikannya  budak suruhan atau pengawal peribadi ! tetapi dalam majlis rasmi sebegini pun dia nak tunjuk hebat !,… wow!  dasyat !!  Agaknya memang selama ini Najib beranggapan bahawa kedudukan Rosmah selaku penasihat tidak rasmi Perdana Menteri lebih tinggi dari Perdana Menteri sendiri !!  Dayusnya Perdana Menteri kita !,, patut sangatlah Najib menjadi Perdana Menteri terakhir dari Umno.

Oleh : rahimothman

Shahrizat boleh dedah 'bukan dia saja bermasalah'


KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu berundur dari jawatan menteri April ini, tampil membuat pendedahan siapa lagi yang bermasalah dalam parti itu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekarang ini adalah masa dan peluang terbaik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berbuat demikian.

"Kita minta Shahrizat tampil ke hadapan, dedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang dia pernah kata 'bukan dia seorang sahaja bermasalah' sebelum ini.

"Inilah masa terbaik untuk dia dedahkan siapa mereka yang lain demi menyelamatkan negara," katanya kepada Harakahdaily.

Shahrizat yang turut terpalit dengan skandal RM250 juta Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC) sebelum ini pernah berkata “beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah” ketika beliau diasak dengan desakan meletakkan jawatan.

GMI tidak yakin Parlimen mansuh ISA


KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menyatakan undang-undang bagi mengganti ISA masih di peringkat draf di Jabatan Peguam Negara.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu lagi alasan untuk melengah-
lengahkan pemansuhan akta zalim itu.

"Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menggubal dua akta baru, maknanya sudah ada asas sebelum ini.  Jadi, draf di pejabat Peguam Negara itu hanya alasan melengah-lengahkan pemansuhan ISA," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.