Selasa, 6 Mac 2012

KRISIS UMNO KELANTAN MAKIN PARAH?

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua Umno Bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah diminta supaya tidak bertanding pada PRU 13 nanti. Gesaan ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Gua Musang sendiri.
Malaysiakini melaporkan beberapa AJK Umno Gua Musang mengkritik Ku Li kerana dikatakan banyak berpihak kepada pembangkang dalam isu royalti, Felada dan lain-lain.
Mengapa begitu berani mereka menyuruh Ku Li berhenti. Sudah tentu ada orang lain di belakang mereka yang menyebabkan mereka berani. Ramai pemerhati politik menyifatkan bahawa Ku Li memang dimusuhi oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan, malah Ku Li sendiri dilihat amat jarang menghadiri mesyuarat Umno Negeri Kelantan walaupun beliau merupakan Ahli mesyuarat yang automatik selaku Ketua Bahagian.

PETANDA PETROL AKAN NAIK HARGA

Kerajaan BN punya tektik kita dah boleh baca dah...
ye lah.. dah 54 tahun rakyat Malaysia ditipu saban tahun...

Kalau korang lahir 54 tahun dulu pun..
dah jadi "atok" dah korang...
takkan itu pun tak boleh baca lagi perangai UMNO/BN nih..?


Utusan siarkan tentang Indonesia mungkin akan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 44%...

Debat: Najib Bimbang Anwar Tidak Dapat Kawal Emosi...!!! Terus Demam....he..he.he..!!!

KEADILAN mengambil maklum kesanggupan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dalam kerangka wacana demokrasi sebagaimana dinyatakan di dalam blognya.

Justeru, kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat tentang kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.

Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut.

RM8.5 Bilion Wang Rakyat Diperjudikan

Oleh: reformis1998

"rakyatDemi menyelamatkan diri akibat kekalahan UmnoBn dalam PRU13, kerajaan UmnoBn sekarang ini sedang tergesa-gesa melakukan pengambilalihan aset-aset penting negara dan dalam masa yang sama mendapatkan dana pilihanraya.  Jutawan dan bilionaire yang terdiri daripada kroni-kroni  Umno sudah mula melakukan pengeluaran ke atas aset yang dipercayai mewakili pihak pemimpin tertinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin.

DEB gagal, akibat Umno tak amanah

Oleh SAFAR JUMAAT
SEBENARNYA cerita kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan cerita baru. Tetapi ia masih diulang-ulang dan terbaru, teguran secara terus-terang daripada Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah mengenai kegagalan DEB.

Jawapan dan ulasan dari bekas Perdana Menteri (PM), termasuk dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tidak perlu dilayan, kerana ia sekadar alasan untuk melepaskan diri daripada dakwaan mengatakan kegagalan itu disebabkan mereka gagal menjadi pemimpin yang amanah.

PRU 13 : Menanti saat yang dinantikan


Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Namun meramalkan bila akan berlakunya PRU13 atau pilihan raya-pilihan raya umum Malaysia sebelumnya bukanlah kerja yang mudah. Ini disebabkan pemimpin kerajaan berlagak seperti tuhan dalam menyembunyikan tarikh tersebut.
SEAWAL bulan Ogos tahun lalu, sudah mula terdengar desas-desus yang didakwa daripada sumber dalaman kerajaan dan juga BN kononnya PRU13 bakal diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Zahrain (MP Bayan Baru) macam orang gila - Tan Sri Kadir


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.
Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.

"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.

"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.

ETP: Perubahan sebenar untuk rakyat atau untung besar korporat?


KUALA LUMPUR, 6 MAC: Pelaburan besar kerajaan Malaysia untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat tidak begitu menguntungkan rakyat berbanding para pengarah PEMANDU dan syarikat-syarikat korporat yang selesa dan untung di dalamnya.
Berdasarkan angka-angka yang dikemukakan oleh PEMANDU sendiri, hanya 21 peratus daripada keluaran yang dijana akan pergi kepada gaji pekerja manakala 74 peratus lagi ke dalam poket syarikat-syarikat korporat.
Media pula melaporkan bahawa sejumlah RM66 juta telah dibayar kepada beberapa perunding untuk menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang dikepalai oleh Senator Datuk Idris Jala sebagai CEO.
Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong, kos operasi agensi ini juga tidak murah jika dilihatkan pada purata RM30,000 gaji bulanan yang dibayar kepada setiap seorang daripada lapan pengarah PEMANDU dan RM23,000 sebulan yang dibayar kepada seorang pengarah bersekutu.
“Dengan jumlah besar wang rakyat yang dibelanjakan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui hasil daripada ETP secara konkrit,” ujarnya.

SISA LYNAS BUANG DI GURUN KEDAH?

[UNTUK YANG FAHAM MATEMATIK MUDAH SAHAJA!]

Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:

Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?

Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:

SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?

Mengapa kerajaan beli syarikat Ananda Krishnan?


Kuala Lumpur, 6 Mac – Perdana Menteri Najib Razak digesa membentangkan laporan kepada parlimen pada persidangan yang akan bermula minggu hadapan tentang status pelaburan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gesaan tersebut adalah berikutan langkah syarikat itu yang dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia.
Semalam The Singapore Straits Times melaporkan bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, 1MDB adalah sebuah syarikat pemudahcara strategik untuk ide-ide dan sumber pembangunan baru, sedangkan “perniagaan janakuasa elektrik bukanlah suatu sumber pembangunan baru,” kata Tony dalam sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kemasukan 1MDB ke dalam industri penjanakuasaan elektrik tidak akan memberi nilai tambahan yang besar memandangkan negara sudah cukup meriah dengan syarikat-syarikat penjanakuasa bebas (IPP), seperti Malakoff Bhd, YTL Power dan Genting Sanyen yang mendahului senarai 20 IPP di negara kini.

Kaji Semula Keputusan Letak Kedah Dibawah J/kuasa..!!

RAMAI orang kata krisis politik di Kedah selesai bila sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengawal selia proses membuat keputusan oleh barisan Exco Kedah.  Begitu juga halnya dengan soal Exco yang dikatakan enggan menerima perlantikkan semula pada awalnya, kini membatalkan hasrat tersebut setelah menerima nasihat PAS Pusat.
Bagaimanapun, penulis menerima banyak maklum balas dari penyokong Pakatan Rakyat yang menyatakan mereka ‘malu’ dengan jalan penyelesaian yang dipilih PAS Pusat untuk menamatkan konflik ini.  Jawatankuasa yang ditubuhkan itu sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tapi menunjukkan kepada rakyat bahawa masalah sebenarnya masih jauh dari penyelesaian.

Mashitah: Bila belengasnya sudah kering

Mohd Sayuti Omar,
Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk (subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.

Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah wajahnya akan kelihatan ‘belengas macam tapai mala’ dalam mata jantan.

Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu namanya. Aduhai...

Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan Akidah...lah) wanita yang handal. Namanya jadi sebutan dan wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.