ZAID IBRAHIM
SHAH ALAM - Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Zamil Ibrahim, yang sambil mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), terus mempertikaikan kewibawaan kepimpinan semasa.
Kata Zaid, oleh kerana Zamil terus-menerus membuat dakwaan sedemikian, sudah tiba masanya beliau mempertimbangkan tindakan perundangan ke atasnya.
"Nampaknya Zamil terus mendakwa beliau sebagai ketua Kita, sebenarnya Zamil bukan lagi ahli Kita, dia sudah pun dipecat, jadi saya tidak tahu apa matlamat beliau," katanya kepada Sinar Harian Online.