Khamis, 1 Mac 2012

Iran's vote 'grossly unfair' - Human Rights Watch

Bijih Besi, Sumber Ekonomi Baru

Syrian army's 'final push' on Homs - opposition

Sivarasa: '61 helai pakaian dibeli dengan harga AUD100,000'

Perancangan 5F Yahudi

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
Yahudi ini boleh diibaratkan serupa dengan syaitan dalam perancangan mereka untuk memastikan agar semua bhttp://3.bp.blogspot.com/_yXlaHdaQvAE/TLa16SYhYrI/AAAAAAAADDA/-sn7GfYbgoI/s1600/hancus+yahudi.pngangsa manusia diseret ke dalam neraka pada hari kiamat.
PELBAGAI kaedah dan cara dirangka syaitan bagi menjahanamkan manusia agar sama-sama dengan mereka mendiami neraka yang panasnya berkali-kali ganda daripada api dunia seperti yang ditegaskan oleh hadis baginda s.a.w. daripada riwayat Abu Hurairah.


 Baginda menegaskan: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api neraka jahanam.” Sahabat-sahabat baginda berkata: “Demi Allah ! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa.” Baginda s.a.w. bersabda: “Meskipun demikian,kepanasan neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanya enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api di dunia ini.”

Demo PP: Pemimpin Umno nafi sertai 'samseng'...ha..ha..lontar batu sembunyi tangan..!!


Pemimpin Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan "samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.

"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".

Diluah mati emak, ditelan mati bapak

Oleh SELENA TAY
PERDANA Menteri Najib Tun Razak bukan sahaja perlu memikirkan perancangan strategi untuk menang besahttp://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgr dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bahkan juga perlu memikirkan bagaimana hendak menguruskan ekonomi serta memberi bantuan kewangan kepada rakyat.
Buat masa ini sudah adapun orang bertanya kepada Najib sama ada projek Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan ini tentu akan merunsingkan beliau.

Mahathir - Aset Atau Liabiliti Buat Najib?

Oleh Shahbudin Husin
Sejak akhir-akhir Tun Mahathir dilihat begitu aktif dan banyak bersuara. Cuma kalau dulu beliau agak kritikal dhttp://dppwp.files.wordpress.com/2012/02/mahathir-mohamed.jpgalam banyak perkara, mutakhir ini bekas Perdana Menteri itu mula menjadi pendokong nombor satu kepada kepimpinan Najib dan seperti turut bergelut untuk memastikan BN tidak tumbang dalam pilihanraya akan datang, sekaligus mengelakkan musuh politik utamanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Umno Sudah Sakit Mental?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tindakan rakus dan jahat kumpulan yang memakan upah Umno ke belakangan ini menunjukan parti itu behttp://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/02/Kereta-Anwar-2.jpgnar-benar dalam keadaan terdesak. Umno semacam sudah mengetahui jangka hayatnya tidak berapa lama lagi. Kalau diibaratkan kepada kanser, tahap yang dihadapi Umno kini sudah tahap empat.



Biasanya tahap empat ini boleh bertahan enam bulan dari detik mula ianya dikesan, selepas itu khuluhumlah.

Tengoklah apa yang berlaku kini, tindakan-tindakan diluar batas demokrasi terjadi di mana-mana sahaja. Kumpulan ini akan menjadi histeria menganggu ceramah dan melakukan keganasan politik di majlis-majlis politik Pakatan Rakyat. Mereka bukan saja setakat menghalang dalam bentuk provokasi tetapi sudah meliar sehinggakan menyentuh batang tubuh - fizikal. Sudah ada tindakan secara fizikal hendak dilakukan.

Roadmap ke Putrajaya, katakan tidak kepada BN

Oleh SAFAR JUMAAT
UMNO cukup yakin sekarang, pengundi Melayu sudah kembali menyokong BN dengan slogan 1Malaysia yhttp://3.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/S_FNyB4v7OI/AAAAAAAAGG0/jLOJWZ0EGM0/s400/071011%2Bno%2Bto%2Bbn.jpgang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, dijaja dan dijual saban waktu, tanpa mengira ia laku atau pun tidak.
Sebagai jurujual slogan 1Malaysia ini, Najib dilihat cukup berjaya mempengaruhi audien, tetapi persoalan yang timbul, apakah rakyat, khususnya pengundi “membeli” apa yang dijualnya itu?

Renungan Malam Jumaat : 10 pintu ruang syaitan kuasai manusia

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (Surah an-Nisa, ayat 120-121).

Ayat ini jelas menerangkan kepada manusia antara sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir ‘aku layak mendiami syurga’ tanpa perlu meningkatkan lagi amalan.

Akhirnya rakyat ‘disembelih’...

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Di pihak BN, kerajaan yang memerintah pernah berperangai sama buruk macam pengganas komunis apabila melahttp://2.bp.blogspot.com/-SenKYFmNEXM/Tse6jOflXyI/AAAAAAAADKE/PTHL6sjUoAk/s1600/peristiwa+memali.jpgncarkan serangan yang lebih dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai di Memali. Seramai 14 orang penduduk kampung yang tidak bersalah terbunuh dalam tragedi yang berlaku pada 19 November 1985.
DATO' Seri Anwar Ibrahim dipropagandakan oleh mediamedia BN sebagai penyokong entiti haram Israel. Tuduhan itu dibuat ekoran kenyataan beliau, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.” 

Sejak bila Rosmah minat seni?

Oleh RAYUSA
SUDAHLAH programnya diberi nama dalam bahasa Inggeris, digabungkan dengan 1Malaysia, dinaungi pulhttp://media1-cdn.malaysiakini.com/229/8d9c82eb478f6b8f36428420e9202bcf.jpga Rosmah Mansor, serta salah seorang pemakalah Persidangan Buku Antarabangsa adalah Pengerusi stesen televisyen tempatan pemfitnah dan pengampu, maka Book Expo 1Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini memang menarik perhatian saya.


Book Expo 1Malaysia 2012 sempena Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara -- Sidang Kemuncak untuk Penulis/Pengarang, Pencetak dan Pembaca dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara bersama Oxcell (The Oxford Centre for Excellence, UnitedKingdom).

'MAS terbang dengan asap, bukan bahan api'

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalKerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.

Simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

Sebenarnya, MAS mula menjunam sejak Datuk Seri Idris Jala (bawah) dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

Skandal kehilangan RM100 bilion, siasat Mahathir

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Angkatan Muda KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan skandal kehilangan wang pembayar cukai semasa pentadbiran beliau.
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon merujuk pendedahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa pembayar cukai kehilangan RM100 bilion selama selama 22 tahun pentadbiran Mahathir.
“SPRM perlu meminta kerjasama Tun Mahathir untuk memberi maklumat berkenaan dengan gejala rasuah yang berlaku semasa pentadbiran beliau untuk memastikan matlamat pembasmian rasuah tercapai,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan kenyataan Kit Siang, Mahathir secara sinis mencadangkan kerajaan mengadakan audit penuh kepada semua penerima gelaran Tun dan bekas perdana menteri.

Kenapa konsesi Jambatan Pulau Pinang 17 tahun?


Kenapakah tempoh konsesi Jambatan Pulau Pinang dilanjutkan 17 tahun dari 2021 ke 2038 hanya untuk mengelak daripada membayar kenaikan tol 10% setiap lima tahun?


Saya berasa dukacita bahawa Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop gagal untuk menerima cabaran debat umum di kawasan beliau malam ini atas topik sama ada pemansuhan tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan Jambatan Pulau Pinang akan menjadikan negara kita bankrap.

Malaysia tidak akan bankrap jika PR memansuhkan tol NSE dan Jambatan Pulau Pinang sekiranya kita memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Yang akan menjadikan Malaysia bankrap adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme.

Daging NFC tiada kelulusan pihak berkuasa Singapura- Tony Pua

KUALA LUMPUR 1 Mac: DAP mempersoalkan alasan perniagaan pasaraya mewah di Singapura oleh National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana Pihak Berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar (AVA) Singapura tidak pernah memberikan kelulusan kepada jualan daging mentah dari Malaysia.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa NFC meluaskan perniagaannya ke Singapura bagi memenuhi pengeluaran daging oleh syarikat itu.
“NFCorp tidak pernah mendapat kelulusan dari AVA, bagaimana beliau boleh berkata Farmhouse Supermarket yang akan dibuka tidak lama lagi adalah untuk mempromosikan ladang mereka di Gemas?,” kata Pua.
Pua berkata, AVA hanya meluluskan daging proses seperti sosej dan daging burger dari lima syarikat Malaysia, iaitu Mac Food Sdn Bhd, Nestle Manufacturing Sdn Bhd, PAP Cashnet Sdn Bhd, Unilever Bestfoods Sdn Bhd dan Lucky Food Processing Sdn Bhd.

Terjunamnya MAS dengan kerugian RM2.52 bilion


KUALA LUMPUR, 1 MAC: Kerugian mengejutkan sebanyak RM2.52 bilion yang dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) untuk tahun 2011 menjadi bukti salah urus dan model bisnes yang gagal.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, MAS sudah pun mula menjunam sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala meninggalkannya pada 2009, di mana keuntungan bersihnya telah merudum dari tahun ke tahun.
Katanya, MAS mencatatkan keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 tetapi turun kepada RM234 juta pada 2010 tetapi rugi teruk RM2.52 bilion untuk tahun lalu.
“Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Datuk Seri Idris Jala telah dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO. Beliau dilantik pada tahun 2005 dan telah berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding dengan kerugian RM1.3 bilion hanya 2 tahun sebelum itu.
“Datuk Seri Idris telah memulihkan MAS tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Datuk Seri Idris Jala untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?” tanya beliau.
Di samping kerugian yang teruk itu, simpanan tunai MAS telah dikurangkan menjadi separuh kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010, sementara aset bersih telah menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Pendedahan Surat Dr. M Untuk Menjatuhkan Lagi Imej Anwar

Pendedahan Surat Dr. M Untuk Menjatuhkan Lagi Imej AnwarDALAM satu keadaan yang jarang-jarang dilakukan, kerajaan Malaysia semalam mendedahkan 3 surat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad kepada 3 bekas Perdana Menteri Israel era 90-an.
Walaupun salah satu surat tersebut, iaitu yang ditulis kepada Ehud Barak pada 1999, mengandungi ucapan tahniah atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri negara yahudi tersebut, tapi ia lebih kepada pembuka kata sahaja kerana keseluruhan isi surat tersebut tidak langsung menunjukkan apa-apa petanda yang kerajaan Malaysia mengiktiraf negara Israel atau mengadakan sebarang kerjasama ekonomi mahupun diplomatik dengan negara tersebut.

Felda EGM fiasco: Who will Najib sack?

The cancellation of the extraordinary general meeting (EGM) of the 224,000-strong Felda cooperative KPF is a huge embarrassment for Najib Tun Razak and heads must roll.

Last week, we heard that the highly anticipated EGM of Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) was cancelled after the Kuantan High Court granted four KPF members a temporary injunction blocking the transfer of shares from the cash-rich cooperative to Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd.
Efforts toward securing the injunction had in fact begun as early as January 2012.
In which case, my question is: what were Umno lawyers doing? Especially that chap (former chief justice Zaki Azmi, who is also the former deputy chairman of Umno’s disciplinary committee and party lawyer) who got the RM2.2 billion Kinrara-Damansara (KIDEX) highway contract?

The 10 mistakes of Mahathir Mohamad

The 10 mistakes of Mahathir MohamadFormer premier Mahathir Mohamad has criticized every prime minister of Malaysia from the late Tunku Abdul Rahman to the current leader Najib Razak, sparing no one except of course, himself. Mahathir has also criticized other world leaders including UK's Tony Blair and of course George W Bush, the 43rd president of the United States.
So far none of his local peers have swung back at him, which is not surprising considering that several are already dead and only Najib and 5th prime minister Abdullah Badawi are alive. As for the international leaders, they have largely ignored Mahathir's existence, which only adds to his frustration, but there is nothing he can do to them. However, he can make life miserable for his successors here, and this he is already doing.
When Mahathir retired in 2003, after 22 years as PM, there was talk about his 'great' legacy and he was even called Bapa Pemodenan or Father of Modernization. Some 9 years after his retirement, the excesses and sheer ill-judgement of his economic, social and political decisions have come back to wallop the nation with a backlash stronger than the ferocious tsunami of 2006 that devastated much of South Asia.

Mengapa AirAsia untung, MAS gulung tikar?


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terus mengalami kerugian.


Dalam laporan terbaru menunjukkan MAS mencatat kerugian untuk tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion.

“DPPM mempersoalkan mengapa syarikat tersebut mengalami kerugian begitu banyak untuk tahun lepas.

“Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?” tanya Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Kantoi : Bekas pegawai polis kanan dakwa AG perguna SPRM

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Angan angan nak jadi ADUN

Oleh: MSK
Tahun 2008 dulu…ramai orang tak mau jadi calon. Akhirnya, ramai la calon-calon yang yang tak ada standard pun menang.
Dalam PRU 13 ini..terlalu ramai pulak yang nak jadi calon. Ada yang sampai bergaduh tumbuk meja. Ada yang menggunakan taktik kotor asalkan dapat jadi calon. Ada yang menjanjikan macam-macam kalau dia dapat jadi calon.
Ada sorang tu yang teringin sangat nak jadi calon. Dia mai kat aku minta aku tolong dia.” Hang jangan risau Mat. Aku menang nanti..aku rekomen hang jadi ahli Majlis.” Pirrah!!. Bila aku tengok dia..aku sendiri rasa aku lebih layak dari dia untuk jadi calon ADUN dan dia cuma layak jadi Ketua Kampung.

Parti pemerintah guna kekuatan samseng, Parti alternatif guna kekuatan pemikiran : pilih salah satu

Budaya samseng pula yang mula menular dengan cepat didalam UMNO sekarang. Kejadian mengganggu majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat kini selalu diganggu dan dicemari dengan kekacauan yang dilakukan oleh kumpulan samseng upahan untuk menggagalkan majlis anjuran Pakatan Rakyat. Dunia dan negara sekarang sudah masuk ke alaf baru dan manusia kini menuju kemajuan dengan etika dan cara kehidupan yang bertamaddun.

Seorang yang dididik dengan baik dari keluarga yang baik dia akan menjadi lebih berhemah jika bersalah-salahan pendapat dan pandangan dan akan sentiasa menghormati orang lain seperti yang dituntut oleh agama dan budaya, apatah lagi kita orang Melayu yang beragama Islam ini. Seseorang yang beriman dan halus jiwanya akan memujuk hati dan nafsunya sendiri untuk tidak berbuat apa yang tidak baik dan ditegah oleh adat dan agamanya.

Sebaliknya sebahagian dari kita orang-orang Melayu khususnya orang-orang kuat UMNO (OKU), bertindak diluar adat dan adab bangsanya serta agama mereka dengan membina budaya samseng dan budaya ini adalah budaya orang-orang zaman batu dahulu. Ini bertambah berluas-luasa akhir-akhir ini dengan mengganggu majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.
PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.
“Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.
“JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima,” katanya.
Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.
Beliau berkata,  ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding  di atas tiket Umno kerana  presiden NGO  Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pelantikan Khairy ke dalam PUNB menguatkan spekulasi tentang nasib politiknya

Pelantikan Khairy ke dalam PUNB menguatkan spekulasi tentang nasib politiknyaKhabar angin mengatakan bahawa ketua pemuda, Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai pengerusi agensi pelaburan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd atau PUNB telah bertiup kencang. Ini menguatkan spekulasi tentang nasib menantu bekas pm yang bercita-cita tinggi ini.
Memetik sumber The Business Times, pada hari Selasa, ia melaporkan Khairy akan memulakan tugasnya di PUNB dalam masa terdekat. Ia juga menyebut bahawa Khairy akan menggantikan Mohd Abu Bakar Mohd B Noor yang telah menyandang jawatan itu sejak 1998.
PUNB adalah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan usahawan Bumiputra dalam perniagaan yang strategik dan berpotensi tinggi. Berita itu, walaupun belum disahkan lagi, nampak sahih kerana mendapat pujian daripada PM Najib Razak kerana usaha sayap Pemuda dalam memajukan suasana perniagaan dalam Negara.

Malam muka Rosmah cair dan Palanivel menjadi menteri pertanian

Malam muka Rosmah cair dan Palanivel menjadi menteri pertanianTV Astro Beyond saluran 222 telah menyiarkan secara langsung perayaan Pesta Ponggal yang tertunda di Papar walaupun pada zahirnya ia tidak nampak ada langsung intipati perayaan Ponggal pada suasana mahupun dihati mereka yang hadir.
Kenapa “kolaveri” pesta Ponggal dan kenapa MIC memperbodohkan PM Najib Razak serta isteri Dr Rosmah Mansur dan para menteri yang setia mengahdiri upacara itu yang antaranya ialah Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Rais Yatim. Jawapannya adalah kerana PRU ke 13. Najib boleh saja memberitahu Palanival, ‘pergunakanlah saya tapi pastikan nanti kita mendapat undi mereka dan rampas Kapar dari Big Mike’. ( Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam)

Tumpu PRU13, jangan terperangkap titik bengik


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal perlantikan pimpinan dari kalangan bukan Islam dalam parti.


Ini, katanya kerana perlembagaan parti jelas memperuntukkan Islam sebagai syarat utama dengan menjadikan al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias sebagai rujukan.

“Tidak mungkin seseorang yang tidak yakin dengan sumber rujukan parti akan dipilih sebagai pimpinan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Rasuah: Malaysia, India hadapi masalah sama- Anwar

MANGALORE 1 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan India berkongsi masalah yang sama dari sudut kadar rasuah yang tinggi antara kedua negara itu.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Mangalore, sempena kunjungan ke satu program di Puttur yang terletak 52 kilometer dari Mangalore.
“Malaysia dan India menghadapi masalah yang sama, dan saya memang sering berkunjung ke sini untuk bertukar pandangan dan mencari penyelesaian kepada kejahatan ini.
“Pada bulan lepas, saya bertemu dengan Rajmohan Ghandi, cucu kepada Mahatma Ghandi, untuk membincangkan masalah ini,” kata Anwar seperti dilapor portal berita India, daijiworld.com.

‘Gerakan 1000 Kamera’ lawan provokasi samseng Umno

PULAU PINANG 1 Mac: Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen ‘Gerakan 1000 Kamera’ untuk menghadapi provokasi Umno, bermula pada majlis debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam.
Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, kempen ini dilancarkan supaya insiden dua wartawan Kwong Wah Jit Poh yang cedera diserang semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang tidak berulang.
Menurut beliau,  rakyat Malaysia yang menjunjung semangat demokrasi tulen sepatutnya hidup harmoni, walaupun berbeza fahaman politik.
“Jika ada samseng bertidak menyerang, kami menyeru rakyat untuk tidak menyerang balas, sebaliknya merakam setiap tindak tanduk liar mereka.

Himpunan Hijau 2.0: Dengarlah rintihan rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius perhimpunan membantah pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan Pahang Darul Makmur baru-baru ini.

Presidennya, Amidi Abd Rahman berkata, Abim menilai perhimpunan itu sebagai manifestasi rakyat secara mutlak membantah keputusan untuk meneruskan projek itu.

“Ironinya, keadaan ini berlaku di sebalik pelbagai penjelasan yang telah dikemukakan daripada pihak berwajib yang menafikan implikasi negatif ekoran pembinaan kilang tersebut terhadap alam sekitar,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Nazri Aziz tuduh Anwar macam Iblis

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketiak ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."

PAS, PKR: Pendedahan surat Dr M kepada PM Israel dedah niat untuk bekerjasama

KUALA LUMPUR, 1 Mac — PKR dan PAS hari ini berpendapat, tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis tiga surat kepada perdana menteri Israel yang telah didedahkan kepada umum jelas membuktikan sikap kepura-puraan beliau yang dilihat tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel, sedangkan secara senyap mengambil pendekatan berbeza terhadap pemimpin Zionis.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail (gambar), kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara khas bersama The Wall Street Journal (WSJ), beliau menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan pemimpin Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara kedua-dua negara.

Today in History for March 1st

Army defectors operate in Damascus

GENTING BERHAD : TUN HANIF OMAR

SPA Signing Ceremony Between Bosch Solar Energy Malaysia and PDC

Sivarasa: 'Satu lembu RM30,000'

Biar rakyat yang menilai - Ustaz Azizan

NGO Islam khuatir penyertaan M'sia di Geneva

Tindakan Saman : Tunggu dan Lihat, Kata Peguam Dr Badrul Amin

Semua Nak : Serah sahaja PIBG pada Umno

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan Umno. Dikerah ke sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di  Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.

Pemuda PAS: MAS perlu diselamatkan...dari mangsa rakus kapitalis UMNO.!!!!

riduan mohd norPemuda PAS berkata Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mesti diselamatkan daripada terus mengalami kerugian dan sebagai sistem penerbangan utama negara, ia tidak patut dibiarkan gulung tikar.

Ketua penerangannya dewan itu Riduan Mohd Nor (kanan) berkata, MAS mungkin patut belajar dengan syarikat penerbangan lain seperti AirAsia yang jauh lebih muda tetapi mampu membina empayar sendiri.

"Kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia. Imej negara pula akan jatuh di peringkat antarabangsa kerana gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas bagaimanapun MAS akan diselamatkan.

Keturunan UMNO : MP Sabak Bernam dan pembantu dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro hari ini dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 seorang kerana membuat lapan tuntutan palsu.
Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini oleh Hakim Azhaniz Teh Azman setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.
Abdul Rahman (gambar), 47, dari Umno dituduh membuat tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.
Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.
Sementara itu, pembantunya, turut didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkenaan turut didapati bersalah.
Abdul Rahman didakwa di bawah seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.
Walaupun telah didapati bersalah, tidak akan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi yang didudukinya kerana Abdul Rahman telah berkhidmat lebih dari tempoh dua per tiga di kawasan berkenaan.

Najib Altantuya Bakal Diilondehkan!


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Pulau Manis sat lagi jadi Pulau Tawar kah kah kah...

Tolongg laaa... Jangan le londeh banyak-banyak kah kah kah...

Sikit-sikit pun cukuple kah kah kah...

Kah kah kah...



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Kantoi : Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Polis terima rasuah RM200 didenda RM30,000.....terima rasuah juta2 ..???


Polis rasuah RM200 didenda RM30,000
IPOH – Bekas anggota polis dari Balai Polis Trong, Konstabel Rozaidi Mohd Nordin, 27, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM300 dan RM200, empat tahun lalu.

Tertuduh juga bakal menghadapi hukuman penjara tambahan selama enam bulan setelah gagal menjelaskan denda tersebut, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara enam bulan setelah Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan ketiga-tiga pertuduhan itu dijalankan serentak di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

'Mana-mana Muslim soleh boleh pimpin Pas'


Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas, tidak kira kaum atau bangsa.
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT," kata beliau menerusi Facebook hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang ALLAH SWT?
Tanpa merujuk kepada nama, Menteri Besar Kelantan berkata, beliau juga bersimpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang "rupanya masih meraba-raba."

NFCorp insulting rakyat’s intelligence

Ratcheting up the pressure on the corporation, PKR asks why foreign ventures were necessary when it is lagging way behind in meeting its domestic targets.
PETALING JAYA: PKR today took to task National Feedlot Corporation (NFCorp) chairman Mohamad Salleh Ismail for defending its business ventures in Singapore.
PKR strategic director Rafizi Ramli said Salleh’s justification “was an insult to Malaysian’s intelligence” seeing that NFC has failed to reach the previous targets set for the project.
“NFCorp has no right to speak of new global markets when it has not fulfilled the 40% target of domestic demand,” he said, adding that was the purpose of establishing the NFC.

Another Dr M cover for corruption: Chua Soi Lek for Umno president?

Another Dr M cover for corruption: Chua Soi Lek for Umno president? - Kit SiangIt has been suggested that the response to Tun Dr. Mahathir's “tongue-in-cheek” proposal that I be made PAS President is to ask whether Mahathir would propose Datuk Seri Chua Soi Lek as UMNO President!
However, I think it is more productive to focus on Mahathir's other “tongue-in-cheek” statement that all the Tuns and “their sons and grandsons too” should all be investigated in response to my call for a full audit and accounting into the RM100 billion losses from the financial scandals during Mahathir's 22-year premiership.
Another bad news about Malaysian Airlines recording a whopping net loss of RM2.52 billion for 2011 despite round-after-round of billion-ringgit bailouts in the past two decades is salutary reminder that the root cause why the once national premier airline is reduced to such a parlous crisis stage today must be traced to Mahathir's 1994 decision to use Bank Negara's MAS shares to bail out Bank Negara from its RM30 billion foreign exchange losses.

Jawatan No. 2: 'Hanya pandangan peribadi'


Abu Bakar Hussain
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berpendapat belum tiba masa bagi parti itu menerima orang nombor dua daripada kalangan orang bukan Islam.
Sehubungan itu kata beliua, perkara tersebut perlu dirujuk kepada peraturan dan perlembagaan Pas terlebih dahulu agar tidak timbul masalah lain.
“Pelbagai diskusi boleh dilakukan bagi membincangkan isu ini kerana sehingga kini individu yang layak adalah beragama Islam tidak kira mereka dari kaum lain,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa jangan terkejut jika beberapa tahun akan datang, orang nombor dua Pas bukan seorang yang beragama Islam, dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

Jawapan Tun Dr Mahathir Tentang hukum HUDUD

Pemimpin tertinggi Pas mesti Islam...bukan mengikut kaum atau bangsa.


Harun Taib
SHAH ALAM – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.

“Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas.

Kesan Kimia : Seorang Pekerja Kilang Kertas MNI Yang Di Bantah "Penduduk Temerloh" Meninggal Dunia !!

TEMERLOH, 1 Mac - Beberapa tahun lalu, ketika Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya untuk membawa masuk kilang kertas Malaysian Newsprint Industries (MNI) ke Kawasan Perindustrian Temerloh dekat sini, ramai rakyat yang membantahnya. Ini kerana mereka gusar tindakan kilang terbabit mengalirkan bahan kimia buangan ke Sungai Pahang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar. Bantahan penduduk ketika itu langsung tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apa yang penting ialah membawa masuk pelaburan demi keuntungan. Akhirnya berbagai laporan diterima tentang masalah hidupan air tawar di sepanjang sungai sekitar Temerloh. Namun, dek kerana ia tidak dihebahkan maka kes itu dianggap terpencil.

Radioaktif : Peniaga pindah jika loji Lynas mula operasi

Walaupun loji memproses nadir bumi - The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) - di Gebeng Kuantan, masih dalam pembinaan dan operasinya belum bermula, bantahan keras rakyat umum di sekitar Kuantan terhadap projek itu makin kuat.

Kebanyakan peniaga yang ditemui Malaysiakini - sebelum Himpunan Hijau 2.0 berlangsung - mengakui dan mengetahui loji berkenaan melalui laporan media atau perbualan dengan rakan-rakan mengenai projek bernilai RM700 juta itu.

Rata-rata yang ditemubual di bandar Kuantan - yang terletak 35 kilometer dari tapak loji tersebut - tidak menolak kemungkinan untuk berpindah sekiranya loji itu mula beroperasi atau jika terdedah dengan bahan radioaktif.

Mereka memutus demikian ekoran bimbang dengan tahap keselamatan dan bakal berdepan risiko  jangka masa panjang jika kebocoran sisa radioaktif berlaku sekaligus mempersoalkan mengapa loji berkenaan tidak di negara asalnya - Australia.

BERSIH 1.0: Mat Sabu, Tian Chua diperintah bela diri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan 17 orang, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

Berikutan itu, hakim mengarahkan mereka membela diri di hadapan hakim yang sama.

Utusan dakwa Azizan akan tumbang sebelum PRU13

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan ditumbangkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, demikian menurut akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan, berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan (gambar) itu akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua exco kerajaan negeri berkenaan.
Berdasarkan sumber dalam PAS, Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang memerintah Kedah.
Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.
Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.

BN Govt Is Rotten To The Core, Will Suck You Dry, We Have To Change This Govt

Zamil telah dipecat parti pada 7 Feb, Zaid ketua yang sah, kata SU Kita

KUALA LUMPUR, 29 Feb — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menegaskan Zamil Ibrahim yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru parti itu telah dipecat keanggotaan pada 7 Februari lalu.
Justeru menurut Setiausaha Kita pusat Masrum Dayat, ekoran pemecatan itu Zamil tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti diterajui Datuk Zaid Ibrahim (gambar).
Jelas beliau, apa-apa kenyataan dikeluarkan Zamil bukan mewakili parti sebaliknya diri sendiri.
“Oleh itu parti ini tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa tindakan atau kenyataan dibuat beliau (Zamil).
“Kenyataan-kenyataan beliau tidak ada kaitan dengan parti ini sebaliknya adalah kenyataan peribadi beliau sendiri,” kata Masrum dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, ketua parti masih dipegang Zaid selain direkodkan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Masrum menambah sebarang maklumat mengenai parti itu boleh didapati di pejabat parti Kita yang terletak di Petaling Jaya.

Syrian children killed in Sirmeen

Lebih baik minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno

SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

Tony Pua: Najib, What Transformation You Are Talking About?

Pro-M bantah UM perkenal sistem zon p'raya kampus

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) membantah tindakan pentadbiran universiti memperkenalkan sistem zon bagi kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung akhir Mac depan.

Mereka mendakwa peraturan baru yang diumumkan kelmarin, bertujuan untuk "memecah dan mengurangkan" dominasi pelajar khususnya mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API), walaupun mereka berpendapat semua mahasiswa dari fakulti boleh bertanding kerusi itu.

PKR to Najib: Why wasn't Felda Farm Products Sdn Bhd awarded the NFC project?

NFCorp justifies its expansion into Singapore


KUALA LUMPUR, March 1 — The National Feedlot Corporation (NFCorp) said it intends to sell its beef products abroad as the local market was too small and could not support the firm’s intended output, after opposition officials exposed a supermarket venture linked to the company’s directors.
NFCorp chairman Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail explained that the publicly-funded cattle-rearing firm was building up the market in Singapore and would likely do the same in Indonesia in future.
File photo of the NFC in Gemas which was first mooted as a high-impact project under the Ninth Malaysia Plan.
He said this was necessary as the National Feedlot Centre (NFC) would produce 78,000 tonnes of beef by 2015 once its abattoir was operational, more than what the Malaysian market needed. The NFC was first set up in 2007 to provide food security and import substitution for beef from abroad. “When we have this many tonnes of beef, the Malaysian market will not buy everything so we have to find other places to sell,” he told The Malaysian Insider yesterday.
“We don’t have a contract with the government (to sell beef)... We only have a contract to slaughter the cows. Where do you think we are going to sell this?”