Rabu, 29 Februari 2012

Mafia Syria : Assad mahu jadi Presiden sampai 2028

Hampir 90 peratus pengundi Syria bersetuju dengan pembentukan perlembagaan baru negara itu sejak demonstrasi antirejim diadakan setahun lalu.Menteri Dalam Negeri, Mohammed al-Shaar, berkata 89.4 peratus daripada lebih lapan juta rakyat negara ini bersetuju dengan pembentukan perlembagaan baru dalam undian Ahad lalu.’Jumlah rakyat Syria yang keluar mengundi masih tinggi walaupun diugut kumpulan pengganas (pemberontak) di beberapa wilayah,’ katanya.Perlembagaan baru itu akan membolehkan Presiden Bashar Al-Assad kekal berkuasa sehingga 2028.

Kes Badrulamin: PR lebih telus dari BN

Shahbudin Husin
Kes khalwat yang dikaitkan dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Badrul Amin Baharom kini bagaikan badai baru yang melanda parti itu dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.Pelbagai cerita dan versi boleh diperolehi mengenai kes itu sama ada melalui media massa tradisional mahupun melalui media internet.Meskipun kes tersebut masih dalam proses siasatan dan mengumpul bukti tetapi dari segi politiknya Pakatan Rakyat terutamanya PKR menerima tamparan paling hebat dan mungkin menjejaskan sedikit keyakinan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Bila Gani mahu dakwa suami Shahrizat?

Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.

Politik Mafia : PERKASA nafi cetus kekecohan di Himpunan Hijau, Pulau Pinang

Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang hari ini menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di sini Ahad lepas.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota PERKASA berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

"Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap telah mengasari salah seorang anggota PERKASA."

Mereka terus menderita, dan mereka terus melawan

"Pengalaman perit sebagai tahanan ISA ialah saya rasa sepi, sunyi rindukan anak-anak dan isteri yang terpisah lama."

Ini adalah sebahagian kata-kata dari Saari Sungib (gambar kanan) sebagai saksi pertama yang memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah untuk kes saman lima orang bekas tahanan ISA Reformasi melawan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Bukan pertama kali untuk saya mendengar ungkapan ini, malah berkali-kali saya mendengarnya.  Saya menghayati setiap patah perkataan ini apabila sejak hari pertama Saari Sungib ditahan ISA pada 10 April 2001 kami sekeluarga sudah bersama keluarga ini membantu mereka dalam menghadapi detik-detik kezaliman ISA yang menimpa mereka.

Mulai saat itu tertubuhlah Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA di bawah Gerakan Mansuhkan ISA.  Kami membantu setiap keluarga yang suami, anak atau sesiapa sahaja yang ditahan ISA, tanpa mengira agama, bangsa malah kewarganegaraan manapun jua.  Ini kerana ISA tidak hanya kena pada Rakyat Malaysia sahaja, malah warganegara luar seperti Nigeria, Arab Saudi, Indonesia juga Filipina turut terkena.

The "Cina Babi" plot that failed: Umno and Gerakan can forget Penang

The "Cina Babi" plot that failed: Umno and Gerakan can forget Penang The plot peaked in Penang. The dye is cast now.  UMNO and Gerakan can only dream of getting back Penang. Penang will remain sturdy under the bright leadership of Lim Guan Eng – a well-liked leader among Malays, Chinese and Indians.
On 26 February 2012, there was a Himpunan Hijau 2.0 organised by a Penang NGO, Suaram. It was held at the Speaker’s Corner, Padang Kota, Pulau Pinang to object to the Lynas rare earth processing plant in Kuantan. It was reported that, over 2,000 people gathered against Lynas at the venue and about 80 thugs on the pretext of supporting Lynas also appeared. The thugs – a small group displaying a fa├žade of grandiosity – were actually not there not to support Lynas but to deliberately disrupt the event. Alas, the event was soiled as this group of desperados plotted to smear it with racial slurs that must have seriously offended the Chinese community in the country.

SURAT-SURAT DR MAHATHIR KEPADA PEMIMPIN REGIM ZIONIS

SURAT DR MAHATHIR KEPADA YITZHAK RABIN

BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
  
                                                      PERDANA MENTERI MALAYSIA
  
21 Disember 1993
  
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
  
  
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Putrajaya siar 3 surat Mahathir kepada Israel


Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah:

Mengundi wajib, sokong tegak Islam juga wajib


KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.


Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Pengurusan Cekap : Proton rugi RM84j dalam suku ketiga 2011

Kerugian pracukai syarikat pembuat kereta negara, Proton Holdings Bhd telah meningkat kepada RM84.054 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian pracukai RM51.535 juta dalam tempoh yang sama 2010.
  
Dalam satu kenyataan, syarikat berkata prestasi yang lemah itu adalah disebabkan penurunan dalam jualan akhir tahun yang menyaksikan pelarasan jumlah pengeluaran dalam usaha untuk menguruskan kos dengan lebih baik.

Pendapatan merosot kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.
  

Lynas : UMNO-Perkasa members show vulgar sign to CM

Nak Bergambar Dengan Ustaz - Ustaz Azhar Idrus

MARK UP Harga Barang - Ustaz Azhar Idrus

Makmum AMIN Awal Bacaan FATIHAH Imam - Ustaz Azhar Idrus

ZINA Tapi Mahu BIDADARI Syurga - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ejen INSURAN Konvensional - Ustaz Azhar Idrus

Tanda ISTIKHARAH Berjaya - Ustaz Azhar Idrus

MPSA : Kontraktor Baru Ambil Alih Kutip Sampah Mulai Esok

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah? Part 6

CM Commemoration of the Installation of phase 2 Photovoltaic System

Pengurusan Terbaik : MAS alami kerugian bersih RM2.52 bilion

Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
  
Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.

Bukan takdir, penahanan saya ada tandatangan menteri- Hisham Rais

KUALA LUMPUR 29 Feb: “Penahanan saya bukan kerana takdir, tetapi ada tanda tangan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishamuddin Rais.
Hishamuddin berkata, beliau diajukan pandangan itu oleh seorang anggota Cawangan Khas (SB), dikenali sebagai Tuan Haji Abd Ghafar Samad yang memaklumkan kepadanya bahawa penahanan itu adalah ‘takdir’.
Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya peguam Izan Md Arshad, yang mewakili  kerajaan Malaysia, Menteri dalam negeri dan ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, dalam kes saman sivil yang difailkan terhadap tiga responden terbabit.

Mafia Syiah : Krisis Syria bunuh lebih 7,500


NEW YORK - Lebih 7,500 orang telah terbunuh di Syria sejak pasukan keselamatan melancarkan pendekatan keras terhadap kumpulan-kumpulan yang memberontak sepanjang setahun lalu,kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Lynn Pascoe berkata, terdapat laporan-laporan berwibawa mengatakan lebih 100 orang awam mati setiap hari.

"Ada laporan-laporan yang berwibawa mengatakan angka kematian kini melepasi 100 orang setiap hari, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata beliau.

"Sudah pasti jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 7,500 orang," kata beliau dipetik laporan BBC.

Kerajaan Syria berkata, sekurang-kurangnya 1,345 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam usaha menangani kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas dan menurutnya seramai 2,493 orang awam turut terbunuh setakat ini.
Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Di Washington, Setiausaha Negara Hillary Clinton mendakwa Bashar memang layakn untuk dikategorikan sebagai penjenayah perang.

Mahathir tak perlu gelabah, kaitkan orang lain


KUALA LUMPUR, 29 Feb: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat tidak gelabah sehingga menuding jari kepada orang lain berhubung desakan audit dijalankan ke atasnya ekoran kerugian hampir RM100 bilion dana awam di zamannya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan gelabah Dr Mahathir itu hanya memperlihatkan diri beliau semakin tersepit dengan desakan itu.

"DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Polis cari imam baling kasut..he..he...lan hang berani...solute..!!!

NONEKetua polis daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, polis masih perlu mendapatkan kenyataan daripada seorang imam, Hoslan Hussin, berhubung siasatan ke atas kes membaling kasut ke arah hakim Mahkamah Persekutuan minggu lalu.
Katanya, polis cuba menghubungi Hoslan (foto) melalui telefon dan turut mengunjungi rumah imam berkenaan hari ini namun belum tidak berjaya mengesan lelaki tersebut.

"Kita masih berusaha cari dia. Kita pergi ke rumah dia, dia tak ada di rumah. Bila kita telefon, dia letak bila dia tahu polis yang telefon," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Pengerusi NFC tidak nafi perniagaan pasaraya mewah- Rafizi

PETALING JAYA 29 Feb: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail tidak menafikan syarikat Farmhouse Supermarket yang menjadi penyewa utama pasaraya mewah di Singapura.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi mengakui berlaku kesilapan alamat pasaraya mewah yang didedahkannya semalam yang beroperasi di Rochester Mall dan bukan pasaraya Star Vista seperti dinyatakan.
“Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, beliau percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang disebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat.

Dr Dzulkifly: Lebih Baik Kerjasama Dengan DAP Dari Umno

SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.
Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.
"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

Politik Mafia : Bangkai ayam di pintu pagar pusat khidmat Anwar

Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.
  
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada jam 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
  
"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
  
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara jam 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.
  
Beliau telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.

- Bernama

MAS losses soar to RM2.5b - Mega Sales now...!!!!

PETALING JAYA, Feb 29 — Malaysia Airlines recorded a stunning net loss of RM2.52 billion for 2011 due to high expenses, the national flag carrier said today.
The airline reported a massive net loss of RM1.28 billion in the fourth quarter, which was about as much as the first three quarters combined.
Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya said that there was a 25 per cent increase in fuel expenses and a 50 per cent increase in non-fu

Lantik Khairy bawa Bumiputra ke belakang - Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 29 Feb: Pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa bumiputra ke belakang, kata bekas pengasannya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini kerana, fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional ini, kata beliau.

Ketika Bumiputera digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia, pelantikan Khairy Jamaluddin ini jelas menunjukkan fahaman politik adalah menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

Kantoi : Najib Kencing Dalam Seluar Rupa-Rupanya - Kemiskinan kelantan baru 4.8% manakala Sabah 19.2%... ha..ha...Najib nie zaman internet laaa..!!!

Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2
KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).
Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.
Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.
“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.
“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.

Hasan Ali's Jati the ultimate proof Umno has failed Islam, the Malays and the Sultans

Hasan Ali's Jati the ultimate proof Umno has failed Islam, the Malays and the SultansDo Malays really need another champion to stand by them or to fight for their cause? Already crowded with the likes of Perkida and Perkasa and not to forget UMNO, sacked PAS leader Hasan Ali has to jump into the pool with his own start-up called Jati, with a logo that some say looks suspiciously like the numbers “666” - widely attributed as the number of the devil.
And what are Jati’s ethos?
Islam, Malays and the Rulers. As simple as that? But in specifically fighting for the cause of Islam, Malays and Rulers, is Hasan Ali inferring that the three are weak in Malaysia? Are not all these things already protected and enshrined in the Federal Constitution? This grand document that is the highest document in Malaysia has already been amended countless times by an UMNO-BN government to meet its whims and fancies, and still Malaysia needs the likes of Jati to fight for the Malay cause?

Kantoi : MP Sabak Bernam salah buat tuntutan palsu...perangai UMNO dulu kini dan selamanya..!!


Abdul Rahman Bakri
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu, iaitu ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhanis Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas kesemua saksi pembelaan dan hujahan kedua belah pihak yang membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Bagaimanapun, beliau menangguhkan hukuman sehingga esok bagi mendengar rayuan kedua-dua tertuduh.

Kilang gas memasak meletup

Syrian underground medics treat wounded

Penyelewengan FELCRA didedahkan

Khairy Jamaluddin Tidak Menguntungkan Bumiputera

Victim Related UMNO Perkasa Attack

CM lawat Lee Rubber

MB : Istihar Harta Perlu Bersama Hapus OSA

PKR releases Orang Asal manifesto

ANAK dedahkan lagi penyelewengan Felda

Isa belanja RM352,687?

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah? Part 5

Selangor Negeri Contoh (Part 16/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 15/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 14/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 13/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 12/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 11/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 10/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 9/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 8/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 7/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 6/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 5/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 4/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 3/16)

Selangor Negeri Contoh ( Part 2/16)

Selangor Negeri Contoh (Part 1/16)

54 anti-interlok activists: Hindraf hand over memo to Suhakam

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah? Part 4

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah? Part 3

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah? Part 2

Wacana Sinar Harian: Mengapa Undi Melayu Pecah?

Guan Eng tells Chua Don't Bluff

People's power the real power, says Arul

Najib Razak yang suka berjanji

Sebelum kapal mewah Titanic karam, arkitek kapal tersebut pernah berkata bahawa ianya sangat teguh sehinggakan Tuhan pun tidak dapat menenggelamkannya. Demikanlah kata-kata terakhir yang tercatat dalam sejarah sebagai ungkapan yang penuh ironi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan bahawa dari segi fakta saintifik, projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang itu selamat. Malah, lebih daripada itu, beliau dengan berani mengatakan nadir bumi itu tidak berbahaya kerana bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, mereka terdedah kepada nadir bumi setiap hari.

Felda Sabah atau Wilayah Persekutuan Sabah; bom jangka untuk BN dalam PRU 13

Felda Sabah atau Wilayah Persekutuan Sabah; bom jangka untuk BN dalam PRU 13 Sabah, secara rasminya negeri di bawah bayu, juga ada nama lain dalam tahun-tahun ini. Sejak Umno mengambil alih kerajaan negeri pada 1994, ia juga dikenali sebagai negeri di bawah penjajahan Malaya atau negeri di bawah koloni Malaya- dengan sebab yang tertentu.
Satu lagi skandal yang terbit adalah fungsi atau ‘ketiadaan fungsi’ Felda atau Federal Land Devepoment Authority di negeri itu.
Pihak berkuasa itu memiliki lebih kurang satu per tiga daripada sejuta ekar atau lebih tepat, 306 000 ekar tanah di Sabah seraya menyalahi perlembagaan negeri, Gabenor dan kerajaan negeri dan juga konsep sebenar Persekutuan.
Kepura-puraan

Ng berikrar teruskan perjuangan bela nasib petani

Beliau tidak gentar terhadap tindakan saman oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim tidak peduli terhadap kenyataan saman RM10 juta oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terhadap dirinya.
“Saya tidak kisah… saya tak takut. Saya akan teruskan perjuangan untuk membela nasib golongan petani,” kata Ng ketika diminta mengulas kenyataan Noh yang disiarkan FMT semalam.
Noh yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor mengumumkan bahawa beliau akan menyaman Ng, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dan akhbar milik kerajaan Selangor, Selangorkini kerana mendakwa beliau melesapkan wang insentif petani RM110 juta.
Mengulas lebih lanjut, Ng menyatakan bahawa kehilangan wang insentif RM110 juta telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Politik Mafia : SAMM dedah gambar gangster dengan pemimpin Umno

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.

SAMM mendedahkan, pelaku keganasan di Jalan Kebun, Klang mempunyai hubungan dengan Senator Ezam Mohd Nor manakala di Pulau Pinang pula mempunyai kaitan dengan Datuk Helmi Yahya.

(Gambar Senator Ezam Md Nor bersama dengan ketua penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis.)

Ekoran itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa, Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat.

Another faction bites the dust: End of the road for Khairy and Badawi

Another faction bites the dust: End of the road for Khairy and BadawiMalaysians have heard of Permodalan Nasional Bhd (PNB), the government-owned cash cow with huge controlling shares in many companies and asset management firms, but it is doubtful whether many have heard of this other Government-Linked-Company, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), an entity entrusted to develop Bumiputera entrepreneurs in strategic and high potential businesses.
Currently headed by low-profile octagenarian chairman Mohd Abu Bakar Mohd Noor, who has held the position since 1998, PUNB is purportedly due to be passed over to Umno Youth chief, Khairy Jamaluddin, to manage.
Surely, this must be the most ignominious position ever extended to the head of Pemudah, as the Youth wing is also called. All other Youth chiefs have so far been made at least Deputy ministers, but not Khairy, despite his Oxford-education and this is due to the fact that he has stepped on too many toes to be forgiven even now.

Pertemuan Umno- Perkasa, jelas Umno sudah panik

Pertemuan Umno- Perkasa, jelas Umno sudah panikKita sudah tahu segalanya. Dua orang Islam dari UMNO berketurunan India, Perdana Menteri de-facto Mahathir Mohamad (Malayalee) dan Zainuddin Mydin (Tamil), bertemu secara rahsia di Putrajaya pada hari Isnin dengan 250 orang penyokong kuat Perkasa diketuai oleh si mulut laser Ibrahim Ali.
Mereka juga disertai oleh Sanusi Junid yang berketurunan Tamil, bekas Menteri Besar Kedah yang mendakwa dirinya orang Aceh, dan bekas timbalan menteri persekutuan Khalid Yunus.
Pertemuan yang bersifat rahsia itu menurut Mahathir kepada media, adalah untuk mengelakkan ia dilabelkan sebagai salah satu daripada agenda perkauman. Dia merasa kesal bahawa kini tidak boleh lagi menyebut perkataan Melayu tanpa dilabelkan sebagai rasis. Bagaimanpun, bagi ahli-ahli komuniti berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia - Mahathir umpamanya - bukanlah orang Melayu.

NFC: Farmhouse Supermarket beroperasi di Rochester Mall, bersebelahan Star Vista

NFC: Farmhouse Supermarket beroperasi di Rochester Mall, bersebelahan Star Vista Saya dimaklumkan mengenai penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu. Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista.
Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura. Projek itu dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

Dr M: Lim Kit Siang patut jadi presiden PAS....ha.ha..tok ki det...!!

mahathir in perdana university event 150212Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai  presiden PAS.

"Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Terdesak : BN kekalkan Pak Lah, beberapa pemimpin veteran untuk PRU-13


KUALA LUMPUR, 29 Feb — Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana Barisan Nasional (BN) mengharapkan pemimpin veteran dan wakil rakyat berkebolehan untuk mempertahankan Putrajaya dari ditawan Pakatan Rakyat, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan bekas perdana menteri dikekalkan di kawasan yang dimenangi beliau buat pertama kali pada 1978 sebagai pemimpin baik dan merupakan "calon boleh menang" yang dicari Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
"Tun Abdullah telah diminta mempertahankan kerusi seperti Umno dan BN mahu mendapatkan kemenangan maksimum," kata sumber-sumber.

PKR perbetul lokasi pasaraya NFC di Singapura

KUALA LUMPUR, 29 Feb: PKR hari ini memperbetul kesilapan berhubung lokasi Farmhouse Supermarket yang didakwa dimiliki bersama oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beroperasi di Star Vista Mall, Singapura.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata lokasi sebenar pasaraya yang berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) itu adalah di Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive.

Jelasnya, kedua-dua pusat membeli-belah itu terletak berdekatan di antara satu sama lain dan petugasnya yang membuat pengesanan itu telah berkunjung ke lokasi yang salah.

Kontrak l'raya: Najib diminta tak ketepikan keraguan AG

NONEDAP menggesa Perdana Menteri supaya tidak mengketepikan pandangan Peguam Negara yang mempersoalkan perjanjian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya butir-butir penuh termasuk pelbagai insentif kewangan yang diberikan kepada pemegang konsesi berkenaan.

"Najib (Abdul Razak) mesti membuktikan tekad 'transformasi ekonomi' yang diterajuinya dengan melaksanakan semua reformasi mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dicanangkannya sejak memerintah lebih tiga tahun yang lalu," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.

Erykah Badu: Bagaimana kalau tak bantah?...Kerajaan telah meluluskan kehadiranya dim'sia..!!


KUALA LUMPUR, 29 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempersoal tindakan kerajaan yang hanya membatalkan konsert artis bertatoo Erykah Badu selepas dibantah umum.

Ketua Penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, biarpun menyambut baik pembatalan konsert yang sepatutnya berlangsung malam ini di KLCC itu, namun pembatalan hanya selepas bantahan itu memperlihatkan sikap kerajaan yang 'tidak sensitif'.
(Gambar: Pemuda PAS menyerahkan memo membantah konsert Erykah kepada pihak Menteri Penerangan, semalam.)
"Dalam isu ini, PAS WP menganggap kerajaan seperti bersikap talam dua muka. Konsert Erykah Badu dibatalkan hanya kerana adanya bantahan awam.

Selak Sakan : DAP dedah lagi salah guna kuasa NFC

NONELagi dakwaan salah guna kuasa NFC – kali ini kesalahan melanggar Akta Syarikat – kerana memberi pinjaman kepada para pengarahnya serta syarikat-syarikat lain milik para pengarahnya secara tidak sah didedahkan.

Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFC, yang didakwanya bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.

Kataya, beliau sebelum ini, telah mendedahkan bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta di antara kerajaan Malaysia dan NFC hanya boleh digunakan untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Fidlot Nasional selaras dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membangun, memupuk dan mempromosikan pengeluaran daging lembu.

10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu tertarik untuk datang ke majlis ceramah akidah Hasan Ali..
Dengan itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah

Selamat melihat foto foto menarik ini kah kah kah

Politik Mafia : Nafi keganasan, Umno bohong terang-terangan

PULAU PINANG 29 Feb:  Kenyataan pemimpin Umno menafikan ahli mereka terlibat dengan insiden keganasan di Padang Kota, Pulau Pinang, Ahad lalu, menunjukkan parti itu berbohong secara terang-terangan, kata Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan Umno terlibat dalam kejadian itu.
“Kenyataan ini menunjukkan pembohongan secara terang-terangan. Video dan gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan kehadiran pemimpin Umno di peringkat bahagian. Kita semua tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini.
“Saya tidak sangka pemimpin Umno dari pusat boleh bohong..Isunya kalau tahu silap mereka kena minta maaf,” kata Sim ketika dihubungi keadilandaily.

The Star sudah buat kesalahan kali ketiga....tapi selesai dengan mohon maaf jerk..!!


KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Politik Gengster: Umno Harus Dipertangungjawabkan

SHAH ALAM 29 FEB : Umno disifatkan sebagai semakin terdesak apabila terpaksa membawa budaya politik tidak matang dengan menggunakan keganasan dan gangsterism bagi menggangu program Pakatan Rakyat bersama masyarakat.
Senario yang mengecewakan ini digambarkan oleh Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Redwan berhubung siri serangan ganas dibeberapa lokasi program Pakatan Rakyat bersama masyarakat yang turut mengancam keselamatan pemimpin tertinggi gagasan itu.

Siasat juga semua Tun, kata Dr Mahathir..ha..ha...melantun le semuanya..!!!

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

Jurucakap NFC : Pasar raya Singapura nafi keluarga Shahrizat akan kendalikan pusat beli-belah


Datuk Seri Shahrizat Jalil. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Feb — CapitalMalls Asia Ltd hari ini menafikan Farmhouse Supermarkets, didakwa dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan mengendalikan pasar raya itu di pusat membeli-belah The Star Vista.

"Ia bukan Farmhouse... (Penyewa) merupakan sebuah syarkat besar di Singapura dan mereka akan beroperasi di kebanyakan pusat membeli-belah," kata jurucakap bagi pemaju hartanah Singapura kepada The Malaysian Insider.

CapitalMalls, yang memiliki dan menguruskan pusat membeli-belah The Star Vista dan lebih 90 yang lain, terlebih dahulu meminta The Malaysian Insider mengesahkan dakwaan dibuat PKR semalam tentang penyewa tidak tepat.

Tabah lancar himpunan 123 Bangkit


KOTA KINABALU, 29 Feb: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 12 Mac hadapan bagi mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah adat yang semakin meruncing kini.
Setiusahanya, Lahirul Latigu berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 18 November tahun lalu.

Tutup kes Ariffahmi bersih nama Kerajaan Negeri

KOTA BHARU – Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes penyalahgunaan kuasa Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman secara tidak langsung membersihkan nama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau bersyukur dengan penutupan kes tersebut walaupun kecewa kerana mengambil masa agak lama untuk diselesaikan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ariffahmi dan seluruh anggota keluarga, saya mendoakan agar segala kepedihan dan pengorbanan semasa berhadapan kes tersebut mendapat ganjaran besar ALLAH SWT.

“Saya dari dahulu lagi saya yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini namun biarlah proses perundangan diberikan ruang berperanan,” katanya.

PKR: NFC bosses to open supermart in S'pore


KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah  seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas “terlepas pandang”.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

Even the A-G is wary of RM7bil West Coast Expressway? Najib must come clean

Even the A-G is wary of RM7bil West Coast Expressway? Najib must come cleanThe Malay Mail cover an exclusive story on the fact that the Attorney-General “is of the opinion the terms of agreement for the project, which has seen its cost balloon, are not in the public interest” on Monday, 27 February 2012.
According to the report, “Government sources tell The Malay Mail Abdul Gani had expressed reservations over the terms, which seem to heavily favour the highway concessionaire, WCE Sdn Bhd, a 64.2 per cent subsidiary of Kumpulan Europlus Bhd… Abdul Gani has put the Economic Planning Unit (EPU) and the relevant agencies and ministries such as the Malaysian Highway Authority, the Finance Ministry and the Works Ministry on notice over his reservations on the 316km-long highway that will link Banting in Selangor to Taiping, Perak, where 224km will be tolled.”
Allegedly, according to their source, "despite immense pressure to sign the legal documents, the A-G has informed the stakeholders he wants to review the terms of the agreement.”

RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji  RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Politik Mafia Sembrong: Pasukan forensik siasat kereta Anwar

PETALING JAYA 28 Feb: Pihak polis dari pasukan forensik Cheras, memulakan penyiasatan mereka terhadap kerosakan kereta milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Siasatan tersebut bagi mengenal pasti kerosakan akibat keganasan yang berlaku ketika ceramah KEADILAN di Sembrong, Johor 19 Febuari lalu.
Seramai sembilan anggota polis yang disertai ASP Zamri dari Ibu Pejabat Polis Kluang, Johor melakukan pemeriksaan termasuk mengambil gambar, pada kenderaan tersebut.
Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki Anwar dibaling mercun, batu dan kayu, malah turut ditendang oleh sekumpulan yang dipercayai ahli Umno.