Tun Mahathir: Pemimpin perlu buang kepentingan peribadi
KUALA LUMPUR - Pemimpin utama negara mahupun pemimpin sesebuah pertubuhan perlu mengutamakan kepentingan pengikutnya daripada kepentingan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai pemimpin hari ini lebih memfokuskan kepentingan diri sendiri daripada memikirkan kesejahteraan dan masa depan pengikutnya.

“Ada pemimpin menubuhkan persatuan dan gunakan pengikutnya untuk mencapai cita-cita besar mereka. Pemimpin seperti ini sudah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.