Isnin, 20 Februari 2012

Israel jajah Malaysia selepas British, Amerika?


Oleh BOESTAMAM SARI

Kisah Hassan Ali yang hidup dalam 'buangan' adalah dirujuk. Beliau dipecat sebab 'dosa' menghalang orang ke himpunan 901. Setinggi-tinggi kenyataan untuk selamatkan politiknya adalah berbicara dalam jalur laras bahasa seorang demokrat.

Hassan boleh memilih perkataan lunak, "Rakyat kita boleh berhimpun. Perundangan negara menyatakan bahawa rakyat bebas untuk berhimpun..." Dia boleh berkata begitu dalam keadaan hatinya menyimpan rasa kurang senang ke atas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Najib boleh pilih antara Anwar, Hj Hadi atau Kit Siang... Ada Berani..!!

Najib, Anwar, Hadi & Kit Siang
Malaysiakini melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.

《马来西亚人的梦想》-林吉祥的故事(三)

《马来西亚人的梦想》-林吉祥的故事(一)

《马来西亚人的梦想》-林吉祥的故事(二)

IAEA holds talks with Iran over nuclear programme

Adakah PAS masih relevan di Kelantan?

Tiada Sebab BN Boleh Kalah Lagi Di Indera Mahkota : Hazmi

Yemen readies for the election

Haitians protest against UN mission

Libyan Town Holds Its First Election

Syrian Troops Head to Homs

How to help the Syrians - Breakingviews

Teka Teki Najib : Negeri Mana Paling Miskin?

Senegal opposition calls new anti-Wade protest

Collapsing Cooling Towers

Kisah Disebalik Gambar Terkenal Sami Thich Quang Duc

Rage Against The Machine

Gambar diatas ialah antara gambar paling terkenal didunia. Jika anda peminta kugiran Rage Against The Machine, gambar diatas digunakan untuk muka depan album pertama mereka. I first saw this image on an RATM album and always wondered what the hell was the picture about. I totally forgot about it until The Wife asked me "Kenapa lelaki ini membakar diri diatas jalan?" while on our wy to Lagkawi. What a good question by Miss Mean. So mari kita selidik kisah disebalik gambar ini.

Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

kelantan vs sabah Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?
Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? 
negeri termiskin di malaysia Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?
Kredit gambar : puadede.com
Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. 

Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!!

formula gaji baru sbpa Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!!
Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….

Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Ahmad Said


KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Ini ekoran kenyataan Ahmad yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat".

"Kenyataan tersebut jelas berbaur fitnah dan tidak benar," kata Nik Abduh ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu.

Selain ianya disifatkan berniat jahat, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut merasakan kenyataan tersebut mampu mengundang provokasi, hasutan, perpecahan di kalangan masyarakat, rusuhan rakyat serta kehilangan kepercayaan di kalangan ahli dan bukan ahli PAS kepada PAS kerana kenyataan tersebut menjurus kepada kerosakan aqidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Indonesia gesa OIC bantu selesai krisis Syria....Malaysia...???


Syria
JAKARTA - Indonesia telah meminta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya meningkatkan peranannya dalam penyelesaian pelbagai masalah dunia, termasuk masalah di Syria.
Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melahirkan harapan itu pada pertemuan dengan Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu dan para anggota Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) di sini, Isnin.
Marty bercakap kepada pemberita selepas majlis pertemuan itu yang berlangsung di Istana Presiden di sini.
Sebelum ini, Marty mengutus surat kepada Menteri Luar Kazakhstan Yerzhan Kazykhanov selaku Pengerusi OIC peringkat Menteri Luar agar pertubuhan itu mengadakan persidangan khas mengenai masalah Syria.
Indonesia melihat keadaan di Syria tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan malah sebaliknya.

'Infatuated' Ibrahim Ali courts Dr Rosmah, but love is not in the air

'Infatuated' Ibrahim Ali courts Dr Rosmah, but love is not in the airPerhaps, knowing full well that she is unpopular with the majority, Rosmah Mansor - the controversial wife of Malaysian Prime Minister Najib Razak - turned to the one of the sycophantic groups she knew would surely accept her - no, not MCA, MIC or Gerakan's turn this time, but Perkasa!
Yes, Perkasa - Ibrahim Ali's extremist political "gedebe" or gangster group.
Over the weekend, Ibrahim, the Perkasa president and also the independent Pasir Mas MP, sang praises of Rosmah, who of late has been the unfortunate target of a barrage of both local and overseas criticism and ridicule for receiving an honorary degree from Australia's Curtin University.

Pas bantah SPR mansuh perarakan penamaan calon


HADI AWANG
KUALA LUMPUR - Pas menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya perarakan semasa hari penamaan calon pilihan raya dimansuhkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan ini khususnya daripada sudut keselamatan.
"Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihan raya di dalam negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan melalui laman sesawang rasmi parti itu.

Escape route or not, Dr M not confident in Najib: M'sians too immature for debates

Escape route or not, Dr M not confident in Najib: M'sians too immature for debatesIt looks like former premier Mahathir Mohamad has no confidence in Prime Minister Najib Razak nor in the Malaysian people, advising Najib not to debate with Opposition Leader Anwar Ibrahim. However, the 86-year-old former Umno president could not give any reasons other than insist that the people were not "ready" for it.
Najib, his own man or Dr M's poodle
But to Pakatan Rakyat leaders, something smelled fishy, giving the unusually high profile that Umno recently gave to Najib's support of the Lim Guan Eng-Chua Soi Lek debate that took place on Saturday.
"I may be wrong but it sure seemed too good to be true. We had hoped Najib would take up Anwar's challenge. We could sense the pressure on him to accept after the university students demanded a debate between the nation's 2 top Malay leaders. But I didn't think Najib would dare to take on Anwar and sure enough, Mahathir comes to the rescue," Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Wajarkah KPT Tutup Sarjana Muda Pendidikan Di IPTA?

  Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff
Pelajar lepasan SPM, Matrikulasi dan diploma mempunyai masa sehingga April untuk mengemas kini pemilihan permohonan ke IPTA yang dipohon. Memandangkan masih ada masa lagi untuk membuat perubahan, Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) menyarankan agar pemohon tidak memilih program pendidikan di semua IPTA termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) sekiranya benar-benar berminat dalam bidang pendidikan.
Ini kerana, pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) lepasan IPTA tidak lagi diberi laluan “utama” dalam dunia pendidikan di negara ini.
Namun, sekiranya benar-benar berminat, GMPK menasihat supaya memilih Institut Perguruan Malaysia ( IPG ) sebagi pilihan anda, ini kerana pelajar lepasan IPG lebih di utamakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) seperti yang telah dinyatakan oleh wakil KPM ketika Konvesyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2-4 Disember 2011 yang lalu.

Muhyiddin Yassin : Posting Beku 2 Tahun Jika ASPIRASI Tewas Di UPSI

Tanjong Malim, 20 Feb : Pilihanraya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris kian terasa bahangnya.
Terbaru, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP UPSI) seperti tahun-tahun sebelumnya akan mengadakan satu kem bagi mengenalpasti ‘figure’ untuk diletakkan sebagai calon.
Namun menurut satu sumber, apa yang menarik ketika kem itu berlangsung di sebuah tempat, kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata membuatkan para peserta teruja.

Pilihanraya Kampus : Pentadbiran Universiti Mula Buat Onar

Kuala Lumpur, 20 Feb : Menjelang musim Pilihanraya Kampus yang sentiasa menjadi perhatian mahasiswa dan warga kampus seluruh Malaysia, keadilan dan pilihanraya bersih sudah tentu menjadi idaman semua pihak.
Namun, belum pun ‘start enjin masuk gear satu’, sudah ada kedengaran suara-suara sumbang kecewa dengan pendekatan pihak universiti di beberapa buah kampus.
Di Universiti Malaya, terdapat berita menyatakan pentadbiran universiti telah menyekat warga kampus untuk mengakses menggunakan laman pencarian ‘Google.com’ dan beberapa perisian software menonton video juga ditutup.

ROBOH RUMAH ALLAH DI MELAKA : KEZALIMAN MELAMPAU - MENGALAHKAN ZIONIS..!!!

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

"UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO"

"Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan" ujar Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Debat la kalau berani jangan hanya berani pecah cermin kereta, pukul dan buat kacau

Malaysia kononnya amalkan sistem demokrasi yang berkiblatkan negara bekas penjajah British.Tapi apa yang kita nampak ruang demokrasi terutama dalam media arus perdana hanya dikuasai sebelah pihak iaitu Umno-BN.Pihak pembangkang hanya bergerak melalui ceramah dan media internet, blog dan FB.Kalau kita tengok dalam tv yang jadi barua dan pencacai Umno diberi ruang yang seluasnya untuk kutuk parti lawan.Pihak lawan pulak tak dapat ruang nak jawab sebab tak diberi peluang.Jadi jawabla dalam lidah parti sendiri dan tempat ceramah.Yang duduk diceruk kampung hanya berpandukan siaran berita TV yang penuh dengan propaganda Umno-Bn.TV berbayar pun sama tak sampai 5 peratus pun ruang untuk parti pembangkang suarakan hak mereka.Depa ingat yang langgan tv berbayar hanya Umno belaka.

Memang seronok buat forum atau program apa pun dok hentam parti lawan dalam tv sebab tak jemput parti pembangkang suarakan hak mereka,Ini namanya program syok sendiri.Yang tanya dengan  dengan yang jawab satu lubuk dan sama spesis.Ini namanya dayus dan pengecut.Dok tipu diri sendiri.Di negara luar parti pembangkang ada tv sendiri di negara kita hanya parti pemerintah yang gila kuasa saja ada hak atas badan penyiaran.TV kerajaan jadi tv Umno walaupun guna duit rakyat.

Tu pun dengan kuasa Allah SWT Umno tumbang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Ini kuasa Allah SWT sapa boleh halang.Tak cukup dengan cengkam arus media perdana tapi masih buat kerja gila dok ganggu ceramah parti pembangkang dengan pukul, tumbuk, pecah cermin kereta , tendang  kereta sampai kemek walaupun ada segala-galanya.Mungkin ini yang dikatakan hak asasi bagi samseng Umno-BN.Matlamat halalkan cara.Terkini samseng Umno menggila di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.Di Kedah mungkin sebab kerana masing-masing ada kepala masam jadi kalau nak berlawan tumbuk mungkin ada yang lari tak cukup tanah.Atau depa dah kawtim ha ha!

Woiittt sampai bila nak main politik samseng taik kucing.Dunia makin menuju ke depan bukan patah balik ke belakang.Debatla kalau berani takkan hanya berani dalam tv dan media sendiri ja.Takkan nak tunggu bini bagi signal baru berani debat.Takut apa ....Kalau Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek berani debat PM Najib, Hishamuddin sepupu Najib, Muhyiddin, Khairy debatla .TGHA dah ajak, Anwar dah ajak, Mahuz dah ajak debat la tunggu apa lagi.Takkan nak biarkan anak buah jadi samseng taik kucing sampai dunia kiamat.Jangan jadi macam Hasan Jati Tiga Jalur, Khalid Samad ajak debat dia senyap.Berani kot jauh saja.

Najib Mengajak Rakyat Memilih Pas

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.

DPPM menganggap Datuk Seri Najib baru sedar atau insaf bahawa menjadi kewajipan serta tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan agama Islam. Selama ini, pemimpin-pemimpin UMNO lebih bercakap soal politik dengan mengenepikan kepentingan Islam dalam politik. Malah Islam dianggap terpisah dari pemerintahan dan pentadbiran negara. Islam dianggap perkara sampingan yang hanya duduk di masjid dan upacara keagamaan dan tidak boleh dicampurkan dengan politik. Pemimpin PAS yang bercakap soal Islam dituduh mempergunakan agama demi kepentingan politik sedangkan itulah tuntutan agama Islam.

Felda Bakal Jadi Milik Asing?

Telah banyak yang ditulis berkaitan penyenaraian Felda. Di sini Tulang Besi ingin menyatakan sedikit kefahaman Tulang Besi berkaitan isu ini supaya boleh dikongsi bersama:
1.0 Sejurus sebelum penyenaraian, semua warga Felda akan ditawarkan peluang membeli saham yang bakal disenaraikan itu. Sesiapa yang ada duit, bolehlah membeli saham tersebut.

2.0 Pada waktu yang sama, mereka yang bukan warga FELDA juga akan ditawarkan peluang membeli saham juga.(Baca KRONI2 UMNO)

3.0 Soalnya sekarang ini, apakah yang akan menghalang kroni2 ini dari menjual saham2 mereka kepada syarikat2 asing seperti syarikat2 dari Jepun, Korea atau Singapura?

4.0 Penjualan saham kepada syarikat2 asing ini jalan paling mudah untuk membuat untung di atas angin yakni wang yang sangat2 diperlukan oleh UMNO bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak

5.0 Najib ke hulu ke hilir menjaja kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh. Namun sehingga hari ini, Najib tidak berani memberi berapa jumlah wang yang akan diterima oleh setiap peneroka serta ahli keluarga mereka.

6.0 Apabila tersenarai di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan wang dan membeli saham2 FELDA. Ertinya, dalam 10-20 tahun lagi, FELDA akan boleh bertukar kepada sebuah syarikat komersial yang bertujuan menjana keuntungan bagi pemegang2 saham semata-mata.
6.1 Di kala itu, FELDA tidak lagi menjadi badan yang menjaga kebajikan orang Melayu

7.0 Asal FELDA adalah menjaga kebajikan peneroka2 yang majoritinya bangsa Melayu. Selepas penyenaraian, ia akan menjadi badan memberi keuntungan kepada kroni2 dan pemilik2 asing.

8.0 Tokoh UMNO yang begitu kuat mempertahankan penyenaraian FELDA adalah Ahmad Maslan. Sehingga sanggup membaling Buku Jingga ke dalam tong sampah hanya kerana Pakatan Rakyat mahu mengembalikan tanah2 yang diterokan balik kepada peneroka?
KESIMPULAN: Seperti mana isu Kampung Baru, FELDA adalah salah satu contoh bagaimana UMNO menggadai hak bangsa Melayu demi mengkayakan segelintir kroni2 yang rapat dengan pemimpin2 orang Melayu serta ahli2 keluarga mereka.

Anak cucu kita selepas ini akan hidup merempat kerana segala tanah yang selama ini digunakan untuk mendapat hasil akan diambil alih demi mengakayakan beberapa ekor kroni.

Tulang Besi

PETITION SUCCESSFUL - BOYCOTT CURTIN UNIVERSITY UNTIL ROSMAH'S DOCTORATE REVOKED!!!!



We just made history on petitiononlineaustralia.com !! =]
Malaysians BOLEH! Welldone and keep up the pressure!
(printscreen @ 2.20 pm, 20th Feb 2012)

http://www.petitiononlineaustralia.com/petition/we-demand-curtin-university-wa-australia-to-revoke-rosmah-mansor-s-honorary-doctorate/324

Boycott Curtin University till Rosmah Mansor's Doctorate Revoked!
https://www.facebook.com/BoycottCurtin [-EL]

- Curi-curi Wang Malaysia

Ratusan Polis yang Selamat Pada Serangan 11 Sep 2001, kini Mati Perlahan-lahan

Oleh: HALIMISLAM

Serangan kembar pada gedung World Trade Center pada 11 September 2001 lalu, telah menewaskan paling tidak 23 polis New York (NYPD) yang datang ke lokasi serangan.


Satu dekad selepas serangan itu, kini jumlah polis yang meninggal kerana kanser jumlahnya dua kali ganda daripada jumlah polis yang tewas saat itu. Para ahli mengatakan sangat terkejut dengan fenomena ini.

Seperti dilaporkan Agensi Berita Rusia RT.com, sebelum serangan 9/11, rata-rata enam polis NYPD membuat tuntutan diserang kanser setiap tahun.

Pada saat serangan 9/11, kira-kira 12,000 lelaki dan wanita diungsikan dari lokasi serangan. Dan satu dekad selepas itu, jumlah tuntutan serangan kanser tahunan telah meningkat hampir tiga kali ganda.
Saat ini ada kira-kira 16 pegawai polis di New York, yang tiap tahun meminta insurans berkaitan penyakit kanser. Dan menurut statistik yang didapati, hal ini bukanlah sesuatu yang kebetulan.
Secara keseluruhan, terdapat 297 polis yang saat itu datang ke lokasi serangan 11 September, dan mereka mulai menghidap kanser sejak akhir 2001. Bahkan 56 dari mereka telah meninggal akibat penyakit itu, sementara usia rata-rata mereka baru 44 tahun. Sementara hanya 23 polis yang benar-benar terbunuh pada saat serangan 11 September terjadi.
Dari hampir 300 kes kanser yang dilaporkan menjangkiti anggota polis yang selamat dari serangan 9/11, kanser paru adalah yang paling banyak menyerang mereka. Sementara bakinya menderita beberapa kelainan langka dari penyakit, termasuk kanser saluran hempedu, lidah dan rongga hidung.
Penyebab dari kanser ini adalah, debu dan puing-puing akibat letupan yang memenuhi paru-paru mereka ketika, cuba melindungi TKP serangan 11 September di New York.
Meskipun ratusan polis sudah membuat tuntutan dijangkiti kanser, namun para pegawai di New York sebahagian besar tidak peduli terhadap urusan ini.
Serangan 11 September 2001, memang sudah berlangsung satu dekad lalu. Beribu-ribu orang tewas saat itu. Dan kini, ternyata serangan itu masih tetap membunuh, secara perlahan-lahan.

Penghantaran terus Malaysia-Israel: Satu Jalan Perdagangan Rutin Biasa!

Oleh: edyesdotcom

"Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia. Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Masyarakat Cina Endau Sokong Pakatan Rakyat

Sememagnya wajar kalau Umno Johor jadi ketidaktentuan hala dan sanggup menggunakan apa saja senjata dan tektik untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dari merampas negeri berkenaan. Senjata itu termasuklah mengupah, memberi semangat pil kuda kepada anak-anak muda liar untuk membuat khianat, provokasi dan menganggu majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat.

UBN Johor kini benar-benar sudah terdesak seperti mana saya perkatakan sebelum ini. Gelombang atau pun arus yang berlaku di Johor ke belakangan ini mengejutkan dan menyintakkan para pemimpin Umno Johor. Manakala tindak balas UBN ke atas kemaraan Pakatan itu di luar norma politik.

Kejadian di Semberong malam tadi di mana kereta dinaiki Anwar dibaling batu sampai remuk cermin depan dan ditendang hingga pintu kemek manakala bangsal ceramah dibaling batu, air kencing dalam botol mineral serta dicerca membawa tafsiran itu; bahawa UBN sudah benar-benar terjempit dan menjadi iseng.

Rakyat Israel dibenarkan masuk malaysia dengan bersyarat.



Citizen?

Rakyat? Israel? Rakyat Israel? Perkataan rakyat tak patut wujud pun sebab israel neh bukan negara. Kalau bukan negara dari mana wujudnya istilah rakyat beb? Tah hapa2 punya kerajaan bien. Takde hubungan diplomatik bukan bermaksud tiada apa2 hubungan dengan israel.

ZIM Atlantic Bukan Pembawa Bendera Israel Tetapi Pembawa Jalur Gemilang?

Oleh: edyesdotcom

Di atas adalah maklumat mengenai kontena ZIM Atlantic. Kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.

Budaya samseng : Itulah dalil jelas nak kehilangan kuasa

Hari ini saya mendengar apa yang berlaku di Semberong, Johor malam tadi. Mengikut
laporan kereta ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dibaling dengan berbagai-bagai objek pada 11.30 malam tadi dan ini merupakan satu budaya yang sedang terbentuk didalam UMNO, iaitu budaya samseng.

Tidak perlu seseorang itu untuk memihak kepada mana-mana pihak tetapi jika benar perkara ini berlaku, maka sahlah UMNO sedang membentuk satu budaya samseng, sebagai satu lagi kaedah untuk menakut-nakutkan orang ramai dari menyokong pihak yang menentang BN. Pelakuan kumpulan yang mengganggu program pihak PR ini adalah satu tindakan yang telah keluar jauh dari moral politik apatah lagi yang melakukan perkara yang tidak bertamaddun ini adalah di kalangan pemuda Melayu.

Politik Mafia : PKR Tuntut Penjelasan Samseng Ganggu Ceramah Anwar

Post Pic
PETALING JAYA, 20 FEB : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Pengerusi Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman memberi penjelasan berhubung dakwaan pembabitan samseng yang dilapor mengganggu ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sembrong, malam semalam.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mendakwa tindakan samseng ini menular ke tiga negeri iaitu  Selangor, Melaka dan Johor.

Agong Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Post Pic
KUALA LUMPUR, 20 FEB : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. 

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
 

Semakin Banyak Rahsia Dr Mahathir Terbongkar

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir menutup mulut dari membuat sebarang penafian berhubung kritikan yang dilontarkan terhadap beliau ketika zaman pemerintahannya.

Ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah bahawa pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman. Tun Dzaiddin Abdullah juga menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ghani Othman ingin membunuh melayu?


Oleh : AMNI JAGAT
Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup mengadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni ‘Yahudi’.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Umno/BN Terengganu semakin ‘gila’ Merampas Tanah Rakyat

Sejak kerajaan Umno dan Barisan Nasional ‘merampas’ pentadbiran kerajaan negeri Terengganu melalui ‘eksploitasi’ senarai pengundi pada 2004, beratus-ratus ekar tanah rakyat telah dirampas akibat kegilaan dan kerakusan serta kezaliman pemimpin Umno.
Selepas kes merampas tanah Sekolah rendah Islam darul Bayan baru-baru ini, terkini, Umno/Bn Terengganu akan merampas  tanah pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Qaryah Tok Jiring, dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Kuala Nerus.

Jangan rendahkan taraf pemikiran mahasiswa

NAMA Adam Adli Abdul Halim, 23, tiba-tiba melonjak gara-gara tindakan beraninya menurunkan bendera gambar PM di PWTC serta menggantikannya dengan bendera mahasiswa. Pelajar Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagaihttp://www.malaysiandigest.com/images/adam_adli_3.jpg Bahasa Kedua (TESL) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) bertindak demikian sewaktu menyertai demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas). Wartawan, NYZA AYOB mencungkil babak bersejarah ini bersama beliau.

WARTAWAN: Boleh ceritakan atas desakan apakah menyebabkan saudara bertindak menurunkan bendera gambar PM?

Sin Chew dilanda "tsunami debat"

Tanpa diduga, tsunami yang dicetuskan debat antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek, melanda akhbar bahasa Cina terlaris di Malaysia, Sin Chew Daily, yang mencatat edaran kira-kira 400 ribu naskah sehari.  Malah, kemarahan pembaca dan warga internet memuncak sehingga mengugut untuk boikot Sin Chew Daily, kerana menganggap akhbar ini tidak memberi liputan yang adil ketika melaporkan debat antara Setiausaha Agung DAP dengan Presiden MCA.

Bagaimana saya menjawab 12 dari 13 soalan dalam 3 minit?

Sementara saya tidak lari dengan tajuk debat "Adakah sistem dua parti membawa kepada sistem dua bangsa" pada 18 Februari 2012 dan dielak membuat serangan peribadi menentang Presiden MCA Chua Soi Lek, media kawalan BN terdesak untuk menutup serangan peribadi yang dilakukan Chua bukan sahaja kepada saya tetapi juga terhadap pendahulunya, Ong Tee Keat.  Media kawalan BN langsung tidak menyatakan bahawa serangan peribadi datang dari Chua.

Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka tiada sebarang keraguan bahawa Chua adalah pemenang.  Walau bagaimanapun, saya enggan  terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan satu pertandingan yang berlandaskan idea, cita-cita dan prinsip-prinsip.  Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton.

AMK Johor mengutuk tindakan samseng penyokong BN dalam ceramah Anwar

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas ala samseng oleh penyokong Barisan Nasional ketika program Ceramah Umum Anwar Ibrahim di Sembrong semalam.  Sekumpulan penyokong BN yang bertindak ganas sehingga merosakkan kenderaan rasmi Anwar Ibrahim.  Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri bin Ismail, juga mengalami kecederaan apabila beliau yang ditarik oleh sekumpulan penyokong BN yang pada ketika beliau cuba menenangkan penyokong BN supaya berhenti dari memukul kenderaan yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim.  Beliau kemudian ditumbuk di bahagian kepala.

Tender hospital terpaksa dibuka menjelang PRU 13

Pada pilihanraya Mac 2008, Barisan Nasional menerima tentangan yang sengit di mana-mana sahaja termasuk di Rembau.  Panik melihat momentum kebangkitan rakyat maka banyak janji telah ditabur ketika pilihanraya tersebut.  Antaranya pembinaan Hospital Rembau.  Masih segar rasanya bagaimana majlis meletakkan batu asas telah dibuat gilang gemilang, ratusan kakitangan kerajaan diwajibkan hadir menyaksikan calon BN menyimin batu bata sebagai batu asas memulakan projek hospital Rembau.  Majlis tersebut telah diwajahkan sebagai majlis Barisan Nasional, sebagai medan kempen PRU 12.

Politik Selat Di Johor Sudah Dipraktikan


Oleh Mohd Sayuti Omar
http://1.bp.blogspot.com/_9LDU0-vMWyA/Sy2PgLl1IUI/AAAAAAAABrM/QTwCQR1YiWU/s400/BN-+Tolak.jpgBagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor malam tadi. Setelah 54 tahun merdeka dan para pemimpin 'ketiak busuk' negara menguar-uarkan kepada dunia kononnya negara kita menjadi negara Islam contoh dunia, dirasakan apa yang berlaku itu kontradik dengan apa yang didakwa itu.


Bila terkenang dan mengintai kejadian semalam menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasatiyah di era Ha Najib Razak?

Kalau tidak menyaksi sendiri sebahagian dari episod malam tadi saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Najib Dah Jadi Macam Pengemis!


Oleh : Shahbudin Husin

Keghairahan Najib untuk mendapatkan undi kaum Cina dan India dalam PRU 13 ini dan seterusnya meletakkan dirinya kekal di persada kuasa sebagai Perdana Menteri, memperlihatkan bahawa tindakannya sekarang ini sudah sampai ke tahap "mengemis". Tindakannya itu bukan saja diperlihatkan melalui kata-kata dan ucapan tetapi juga melalui perbuatannya sekali.

Kapal Israel dedah wajah sebenar Umno


KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan Umno BN sebagai ‘mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dengan dakwaan kononnya Malaysia benar-benar memperjuangkan Palestin dan menolak bersahabat dengan Israel.
Namun demikian, Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, dengan kehadiran dua buah kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel menunjukkan wajah sebenar kerajaan Umno BN dalam isu Israel.

Beliau merujuk kepada laporan yang dikemukakan oleh sebuah NGO Jingga 13, Kapal-kapal tersebut adalah Zim USA dan Zim Atlantic milik sepenuhnya syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd dan ia turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

Cuepacs: Tarikh kuat kuasa SBPA harus 1 Jan


PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
 

Didakwa presiden tak cekap, Ong bidas Chua

lim guan eng chua soi lek debate press conferenceBekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat membidas pengganti beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduhnya tidak cekap sepanjang tempoh beliau menjadi ketua parti Cina itu.

Chua (kiri) semasa perdebatan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lalu, mengheret nama Ong dengan mendakwa bekas presiden itu tidak mampu memimpin dan ditolak oleh ahli-ahli MCA setahun selepas memegang jawatan.

Isu itu timbul apabila Lim meminta Chua mengulas "saki-baki" dan “sisa serbuk” merujuk kepada projek-projek pembangunan kerajaan yang diberikan kepada MCA oleh Umno.

Warga maya marah Sin Chew siar laporan berat sebelah

Selepas isu “Kak Tunda”, akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan  antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu “berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam.

MediaRakyat "就事要讲" : 双雄辩论,谁领风骚?Part 2/2

MediaRakyat "就事要讲" : 双雄辩论,谁领风骚?Part 1/2

Efforts under way to restore Babylon's glory

Spain unions condemn labour reforms

Female police to tackle Bangkok traffic

Yemenis prepare to go to the polls

Mina Daniel: Egypt's Che Guevara

Bomb blast injures five in Nigeria

Women call for equality in Pakistan rally

What are Iran's intentions with Syria?

NGO: Evidence shows Israeli ships at Port Klang

Isu Pasir : Selangor Adakan Pendengaran Awam Selcat 5 Mac Ini

Samseng Umno Pecahkan Cermin Kereta Anwar Di Semberong

Iktiraf Israel: Umno yang perlu minta maaf

Ceramah Richard Wong - Malu Orang Melayu Tidak Sokong PAS

Negara Berkebajikan - Tawaran PAS - DMP Version

Umno supporters throw stones at Anwar's car

PKR: Tengku Adnan should arrange PM-Anwar debate

Sidang Media - Kereta Anwar diserang

Perintah injunksi mahkamah diserah ke KPF

Tee Keat blasts 'rotten' Soi Lek over MCA decline

Mechanic: Gun pointed to my head to force confession

Keadaan kereta Anwar yang diserang

Minit NFC: PAS selar dolak-dalih pengerusi PAC

Mahfuz: BN ‘iktiraf’ Israel, jadi wajar minta maaf


Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

PKR to field greenhorns in Sarawak

Some 60% of Sarawak PKR's candidates in the coming 13th general election are likely to be professionals but 'political novices'.
KUCHING: Taking the que from Sarawak DAP, opposition PKR is set to field greenhorns in the 13th general election which will see contest in 31 parliamentary seats in the state.
Both state DAP and PKR are reportedly vying for 12 seats each. The more confident of the two is DAP having scored unprecedented win in last April’s state elction.
DAP won 12 of the 15 seats it contested literally wiping off Sarawak political landscape of Barisan Nasional’s Sarawak United Peoples party (SUPP).
PKR on its part contested in 49 constituencies and managed to win three seats in Ba’ Kelalan, Krian and Batu Lintang.

PROGRAM JAGA AKIDAH UMNO!!!Inilah persembahan Zambry kepada Najib semasa perhimpunan rakyat di Perak

Dua hari lepas aku diberitahu bahawa orang2 umno di teluk intan di kawasan perkampungan tertentu mendapat bayaran rm60.00 dengan kemudahan bas pergi balik termasuk makanan untuk memeriahkan aktiviti najib di gopeng. Aku tulis memeriahkan tetapi istilah lebih tepat sebenarnya meramaikan.

Debat Anwar Najib - Alasan Ezam Bodoh Macam Budak Tak Sekolah

Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib !

KLANG, 20 Feb - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”

Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.

"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.

‘Cops, Rela bash up innocent mechanic’

A mechanic alleged that he was assaulted and robbed by Rela personnel and policemen who wanted to force a confession out of him.

KUALA LUMPUR: A mechanic today alleged that he was subjected to hours of torture by law enforcement officers including having a gun pointed to his head to force a confession out of him.
S Mogan, 42, was filling petrol just 200 metres from his workshop-home in Taman Balakong Jaya, when his ordeal began.
He said on Feb 16, while waiting for a customer whose car had broke down, eight men – five uniformed People’s Volunteer Corps (Rela) members and three men who looked like gangsters – stopped him with the intention of searching his Nissan Sunny.
“They opened my car bonnet and said they wanted to check for drugs or illegal items. They asked why I kept all these tools in my car, and when I told them I was a mechanic, one Rela officer slapped me and all of them started assaulting me,” Mogan told a press briefing at the Human Rights Party office in Bangsar here.

Takut berdebat, Najib tak ikut trend semasa

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri sebagai ketinggalan zaman kerana enggan berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan debat politik menjadi ‘trend‘ masa kini.
Menyifatkan sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat, beliau berkata, debat antara pimpinan politik kini menjadi trend yang dituntut rakyat.
“Najib tidak boleh elak berdebat. Makin lama mengelak, semakin besar kesannya terhadap imej dan kredibilitinya sama ada dalam negara atau peringkat dunia,” katanya.

NFC: Minit mesyuarat perlu kepada ahli parlimen


KUALA LUMPUR, 20 Feb: PAS amat kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Azmi Khalid kerana berbolak-balik untuk mengeluarkan minit mesyuarat jawatankuasa itu kepada ahli-ahli Parlimen, khususnya berhubung National Feedlot Corporation (NFC).

Sikap Azmi itu seolah-olah menafikan kepentingan ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui lebih jauh mengenai sebarang isu berhubung NFC yang kini kelihatan amat meragukan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai ketelusannya dalam mengendalikan projek ternakan lembu negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pada hal surat permohonan supaya dikeluarkan minit mesyuarat tersebut telah pun dikemukakan oleh beliau kepada Azmi baru-baru ini seperti yang diminta oleh Azmi sendiri.

PERKASA cabar DAP berdebat tapi tanpa hadirin...ha..ha...gi debat dalam jamban laa tok him..syok sendiri!!!

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan siapa sebenarnya yang rasis.

"Sekarang trend debat sudah bermula, saya cabar Lim Guan Eng, untuk berdebat dan saya bersedia, debat atas tajuk " Who is more racist, DAP or PERKASA.