Ahad, 19 Februari 2012

Israel mesti dihapus daripada peta dunia

WASHINGhttp://arrahmah.com/images/stories/2011/10/esmaeeli20110930154946357.jpgTON: Seorang pendakwah terkenal Amerika, Syeikh Anwar al-Awlaki mengutuk keras serangan brutal yang dilancarkan tentera Israel ke Genting Gaza yang mengakibatkan ramai orang awam yang tidak berdosa menjadi korban serangan itu, ia bukan serangan baru, malah sudah berkali-kali rejim Yahudi melakukannya tanpa menghiraukan nyawa manusia, terutama golongan kanak-kanak.

The Arab Awakening - Tweets from Tahrir

Syrian opposition defiant after soldiers attack funeral

Iran warships 'dock in Syria's Tartous port'

Sumayyah wanita pertama mati syahid


altSumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Fakta Bukan Auta...

SILA KLIK BESARKAN GAMBAR

UmnoBn Gugat Keselamatan Negara !? Melayu DiPerbodohkan...

Najib dan pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan membuat kenyataan yang memutarbelitkan fakta sebenar apa yang telah berlaku terhadap orang Melayu.

Najib dan Umno memberi amaran masa depan orang Melayu akan malap jika UmnoBN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti, kerana kononnya jika Pakatan Rakyat perintah … Malaysia akan diperintah oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi agen kepada bangsa Cina, alat kepada kaum India, tanah rizab Melayu akan berkurangan, PR kononnya mencemarkan kedaulatan  Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.

Ampu Sakan : Sapa "Mangkuk" Panglima Melayu Tersepit Dicelah Wanita ini...

Lu orang kenal ke Si "Mangkuk" baju kuning kat atas nii..itulah Panglima 
Melayu Terakhir..Dato' Ibrahim Ali.senyum habis beb..diapit dan tersepit oleh
 wiranita pendokong bangsa Melayu..yang semakin layuuu...Yang Peliknya
ada sorang pompuan kat tengah selamba dekkk tak tutup aurat??Tapi takpa,gua
pun tak kenal sapa pompuan tu..mungkin MP dari Mongolia atau Kemboja..kuah3

JuRaGan :Bodek habiss beb.."Yang penting aku dapat jadi calon"..kata Pak Brahim..

Gagasan Pro-Mahasiswa

Mohd Taufiq Bin Abdul
Salam Juang dan Salam Hormat kepada seluruh sahabat seperjuangan
افروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمونن
Maksudnya: Berangkatlah kamu semua baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat dan berjihadlah kamu semua dengan harta  dan jiwa kamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya.: At-Taubah ayat 41
Setelah sekian lama kita melihat aktivis mahasiswa beku, lesu dan bisu, entiti mahasiswa  ini telah kembali bertenaga dan bersemangat dengan kemunculan semula satu badan mahasiswa diberi nama Pro-Mahasiswa.
Gagasan idea Pro-Mahasiswa merupakan gagasan yang menyatukan aktivis-aktivis mahasiswa dan semua front politik sama ada di peringkat kampus mahu pun di peringkat nasional. Gagasan Pro-Mahasiswa diterima dan disambut baik oleh mahasiswa secara keseluruhannya.
Ini dibuktikan dengan penawanan beberapa buah kampus utama dan peningkatan serta pengekalan bilangan kerusi yang dimenangi oleh beberapa universiti di Malaysia dalam siri–siri pilihanraya kampus pada sesi sebelum ini.

KUIN : Mahasiswa Dakwa Rektor Gagal Jalankan Tugas

Alor Setar, 19 Feb : Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.
Tahun lalu, KUIN mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.
Pengerusi perhimpunan aman pelajar KUIN hari ini, Randy Ismail berkata, mereka juga mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengisytiharkan negeri itu sebagai bebas daripada undang-undang yang mengawal kebebasan pelajar.
Menurutnya, penuntut-penuntut sudah muak dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam Kuin dan sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian, sebaliknya rektor lebih suka mengambil sikap berdiam diri daripada bertindak.
“Antara isu yang sering diutarakan ialah proses pengagihan wang zakat didapati lambat, apabila diagihkan sudah dipotong sehingga 50 peratus tanpa pengetahuan penerima, alasannya mereka mempunyai tunggakan melebihi RM2,000.

KUIN : Mahasiswa Tuntut Kedah Diisytihar BEBAS AUKU, Pecat Rektor

Alor Setar, 19 Feb : Kira-kira 50 mahasiswa termasuk yang turun dari Lembah Klang dan sekitar utara berhimpun di hadapan Wisma Darul Aman kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Himpunan yang dianjur gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu diberitakan untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menarik balik kenyataannya yang disifatkan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Negara Zina : Risau pusat hiburan terbuka


Hiburan
PANTAI CHENANG - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Temoyong bergerak aktif mengadakan rondaan berskala bagi memastikan kawasan sekitar terhindar daripada gejala sosial dan mencegah anak muda tempatan terjebak aktiviti najis dadah dan minuman keras.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bohor Tempoyak, Abdul Rahin Othman, 60, berkata, selain memastikan kerukunan penduduk sekitar, pihaknya turut memantau aktiviti di kawasan pusat hiburan sekitar pantai terbabit.
 
“Berdasarkan pemantauan, terdapat tiga atau lebih pusat hiburan beroperasi secara terbuka yang menyajikan persembahan ala ‘live band’.

Pola pemikiran politik UMNO dan PAS

Oleh: tun_telanai

" KRISIS PEMIKIRAN UMAT ISLAM KINI
Krisis pemikiran dan intelektual yang dihadapi oleh umat Islam sekarang akan menguatkan agenda musuh Islam untuk menguasai dunia Islam di bawah telunjuk mereka. Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), umat Islam seharusnya lebih mengutamakan kesepaduan dan persamaan objektif dan matlamat di dunia dan akhirat dengan menekankan segala penyusunan strategi dan agenda berdasarkan ilmu pengetahuan dan keihlasan hati.

WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 1)

Koi nak berkongsi dengan perwakilan KPF dan warga Felda sekalian maklumat yang koi dapat dari sahabat-sahabat dari PR untuk semua. Mula-mula koi tertanya juga apa agaknya perubahan dan kelebihan undi kali ini kalau koi undi PR. Iyalah, macam-macam MSM dan blogger BN kata PR nak tutup Feldalah, hancur Melayulah, macam-macam lagi. Dalam kekalutan dan kontroversi melanda Felda hari ini, tentu ramai yang laparkan alternatif lain kepada perancangan listing, pelanggaran undang-undang KPF dan macam-macam hal lagilah.

Rektor Kuin didesak letak jawatan


Rektor Kuin didesak letak jawatan
ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.

Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.

Pengerusi perhimpunan aman pelajar Kuin, Randy Ismail berkata, mereka juga mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengisytiharkan negeri itu sebagai bebas daripada undang-undang yang mengawal kebebasan pelajar.

Saya Tidak Layan Soalan Bentuk Pembohongan, Kata Guan Eng

Post Pic
PULAU PINANG, 19 FEB : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak kritikan beliau gagal menjawab soalan yang dikemukakan hadirin pada perbahasant dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, semalam, sambil menyatakan bahawa beliau tidak memberi reaksi kepada pembohongan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu wartawan beliau tidak menyentuh soal samada kerajaan negeri telah menaikkan cukai pintu; mengapa DAP menyokong Hudud; dan jika ada tanah diperuntukkan kepada Sekolah Cina kerana semua dakwaan tersebut tidak benar.

Israel : Azizah Dakwa Hamas Terima Pendirian Anwar

Post Pic
KUALA LUMPUR , 19 Feb - Presiden Parti Keadilan Rakyat  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua pihak tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh   menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Azizah mendakwa pemimpin Hamas Khaled Meshaa sendiri menerima baik pendirian Anwar, justeru isu berkenaan tidak harus diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan,” kata beliau.

Today in History for Tuesday, February 19th

Tuduhan 'PAS Parti Ajaran' dilapor kepada pejabat agama

Ulama, cendekiawan Islam perlu tangkis fitnah di alam maya

Profesor Datuk Dr Sidek Baba berkata kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan.
Oleh Fadzli Ramli
KUALA LUMPUR: Golongan ulama dan cendekiawan Islam perlu membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah tidak bertanggungjawab mengenai kerajaan dan Islam.
Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Datuk Dr Sidek Baba berkata kelantangan golongan itu dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan.
“Sejak zaman kerajaan Islam Andalusia lagi, kita lihat hubungan antara ulama dan umara amat baik. Melalui hubungan ini juga, ulama perlu berikan pandangan dan nasihat supaya kerajaan dapat berjalan dengan baik.

Golongan yang haram di sokong dalam PRU ke-13

Oleh: tun_telanai

"Umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam sebelum mengundi.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

10 Langkah Hindari Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Oleh: HALIMISLAM

"

Adanya radiasi handphone yang menyebabkan gangguan kesihatan hingga kini memang masih menjadi perdebatan. Meskipun masih dalam perdebatannya, sebagai produk elektronik yang memancarkan gelombang, kewujudan handphone perlu tetapan dan tata cara pakai yang memuaskan dan selamat.

Najib kantoi teruk kali nih... kahkahkah...

Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M?


Oleh: amkns

Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan.

Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka

MELhttp://pastpp08.files.wordpress.com/2008/12/logo_jom_sertai_pas.jpgAKA, : Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

YB dan politik kedai kopi

Oleh M FAQIH
DI SEBUAH kedai kopi pendebat Umno berhujah sesama sendiri. Mereka menyindir program ceramah Anak Muda Tolak Umno (AMTU) di pinggir bandar Kota Bharu 4 Fehttp://manjanik.files.wordpress.com/2007/07/kj-n-driver-teksi-ramah-mesra.jpgbuari lalu tidak melimpah seperti biasa.Seorang yang dikenali Pak Mat seperti menyindir, kereta melimpah sehingga ke hadapan rumahnya. Seorang lagi pula berhujah, orang PAS kata, 2,000 yang hadir.

Sekolah Tamil: Sivakumar mahu jumpa Presiden MIC



Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di Perak menghadapi masalah. Masalah-masalah ini merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan tanah, bangunan, padang, infrastruktur, kekurangan guru dan sebagainya. Terdapat beberapa sekolah yang memerlukan perhatian segera tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan.  Ini bermakna kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini. Walaupun perkara ini telah dibawa kepada perhatian kerajaan tetapi pelbagai alasan atau janji kosong diberikan.

Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa tindakan sekolah-sekolah Tamil di Perak yang dinamakan sebagai Tamilpalli Thirvukkulu beberapa bulan yang lepas. Jawatankuasa ini terdiri daripada mereka yang sayangkan sekolah Tamil dan berkhidmat secara sukarela  untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah itu.

Jangan Paksa PNB Jual Aset


Oleh A Kadir Jasin
PATUTKAH Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa atau dipaksa mehttp://mole.my/sites/default/files/images/PNB.storyimage.jpgnjual pelaburan bukan terasnya kepada usahawan Bumiputera?
Pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, menggesa PNB dan Khazanah Nasional Berhad menjual pelaburan bukan teras (non-core) mereka kepada usahawan Bumiputera.

Sesat: PAS gesa siasat Ahmad di bawah takzir


KUALA TERENGGANU, 19 Feb: PAS Terengganu membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuduh PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’.
Laporan tersebut diserah oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kepada Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh di pejabatnya di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.

Mengikut laporan yang diserahkan kepada JHEAT itu, Ahmad boleh disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) dan Seksyen 51.

Betapa BANGANGnya kenyataan Hishamuddin ni...


Malahysiakini melaporkan:
Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) yang dilancarkan pada Disember lepas, mampu menyelesaikan isu pengundi hantu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, pelaksanaan sistem ini juga dapat menambah baik dan mengemaskinikan segera segala data mengenai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaras dengan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Debat Soi Lek - Guan Eng Selesai Sudah, Debat Najib - Anwar Bila Lagi?


Susulan debat DAP-MCA, giliran Najib-Anwar susul?

KUALA LUMPUR - Rakyat muncul pemenang sebenar dalam debat antara parti MCA dan DAP kerana ia membolehkan mereka menilai sendiri pendirian serta polisi Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Pemenangnya ialah rakyat, dan bukan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau Chua Soi Lek," kata presiden MCA itu pada sidang akhbar bersama sejurus menamatkan perdebatan yang menarik minat ramai rakyat, terutama masyarakat Cina, serta disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro AEC dan Awani.

Debat CSL vs LGE : MCA tunjukkan lagi sikap chauvinisnya

Perdebatan diantara Lim Guan Eng (LGE) dan Chua Soi Lek (CSL)semalam menampakkan sikap serta pandangan MCA dan Presidennya yang ‘flip-flop’. Pandangan Soi Lek jelas menunjukkan lidah bercabang-cabang diantara parti terbesar dalam BN, UMNO dan MCA. Saya tidak tahu mengapa CSL memberanikan diri untuk berdebat dengan topik sistem dua parti atau sistem dua bangsa dengan Setiausaha Agong DAP itu. Dari awal lagi saya telah menelah yang MCA akan gagal untuk meyakinkan orang ramai yang parti itu adalah sebuah parti yang hampir hilang seluruh kerdibilitinya dimata rakyat ramai.

Kita boleh mempelajari beberapa perkara dalam perbahasan ini. Pertamanya ia menunjukkan yang MCA lah yang anti Islam dengan menjadikan perhubungan baik di antara PAS dan DAP sebagai isu besar dalam perdebatan itu. Bagi MCA, PAS itu adalah parti Islam dan kerjasama DAP dengan PAS itu hanya akan menjadikan DAP sebagai keldai politik PAS untuk kepentingan PAS dan Islamnya.

Jangan percaya Chua Soiled Leg...!!


Oleh Firdaus Omar
Biarkan saya meletakkan dalam perspektif yang betul apa yang Soiled Leg cuba gelembong.
Phttp://1.bp.blogspot.com/_FXshd5K3pAk/SpjXIp-8WcI/AAAAAAAAAFk/jQHh7MkS7f4/s320/chua-soi-lek.pngertama sekali, sebenarnya cina (MCA) memang tak perlu menentang Umno dalam soal hudud sebab Umno sendiri menolak hudud. Jadi tidak timbul soal MCA (Soiled Leg) nak jadi herolah.



Kedua kenyataan tu, walaupun cuma fallacy Soiled Leg....ia benar-benar mencerminkan sikap anti islam dan extreme MCA sendiri. Jadi stand dan sikap sebegini memang dah tak relevant untuk masakini dan masa depan politik negara. Debat CSL vs LGE: MCA tunjukkan lagi sikap chauvinisnya — Aspan Alias

Hudud: Umno jadi boneka MCA


KELANTANGAN MCA mencabar DAP untuk berdebat tentang hudud mendapat tepukan gemuruh daripada Umnhttp://4.bp.blogspot.com/-9peg2EJMVbc/Tn9vUHRKR1I/AAAAAAAAHko/6HQu2K0XRsA/s1600/chua+soi+lek.jpgo. Mereka seolah-olah memberi lampu hijau kepada MCA untuk terus menghina hukum Islam.
Setelah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan gagal menarik sokongan bukan Islam, Umno dengan bantuan MCA mula mengatur strategi baru dengan memasang jerat perkauman.

In debate, Soi Lek gives himself away: He has no answers for the Chinese

In debate, Soi Lek gives himself away: He has no answers for the ChineseInspite and despite the so-called great debate just concluded between Penang Chief Minister Lim Guan Eng and MCA president Chua Soi Lek, and away from it, the latter continues with his traditional themes to scare the Chinese into submission: money and hudud, among other things.
The only way that the Chinese will buy Chua’s talk is if they had suddenly undergone metamorphosis and regressed sufficiently, intelligence-wise, on the evolutionary scale to prevent them from seeing through the MCA leader’s self-serving double-talk.
Not to hit below the belt, but there’s no guarantee at all that Chua can change his spots, and suddenly be the benchmark for being faithful and loyal to the Chinese community. After all, he could humiliate his own wife in public with an adultery case when a more caring and responsible man would have opted to quit to spare his partner of decades further pain for what is after his own sin and error.

MP Balik Pulau tak tanding PRU jika rumah diroboh

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignationAnggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.

Almarhum Azizi Abdullah perah derita dalam sastera

Oleh SALLEH YAACOB
TULhttp://www.bharian.com.my/articles/AziziAbdullahterlantardiICU/pix_gal0ISAN ini barangkali agak lewat, tetapi semacam menjadi adat, dalam angkat mengangkat dan mengadili jaguh kesusasteraan, kita terlepas pandang kerana banyak tokoh pengarang Melayu tidak mempunyai kesarjanaan.
Maka apabila kehilangan tokoh yang tidak bersarjana ini, barulah kita terharu mengenang manisnya, hebatnya atau kehilangan karya yang indah untuk dibaca lagi. Salah seorangnya ialah Almarhum Azizi Abdullah, novelis, cerpenis dan aktivis politik yang universal.



Surat Pertubuhan Hindu Sangam Bukti Jelas Anwar Ibrahim Tidak Terpesong Akidah!




Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam menjelaskan upacara Aarathi, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tempoh hari sekadar upacara tradisi BUKAN agama.

Sejak seminggu lalu, blogger Umno-APCO memainkan isu ini sebagai membalas isu kehadrian Najib Altantuya pada sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan) pada 7 Februari lalu sedangkan Anwar hanya menghadiri perayaan kebudayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak, pada 29 Januari lalu.

Pejuang mesti tabah bersama PAS


Oleh Ustaz Idris Ahmad
PERJUANGAN memerlukan pengorbanan dan ketabahan di dalam gerak kerja parti. Kita mesti tabah di dalam phttp://pasabah.files.wordpress.com/2008/02/bendera-8.jpgerjuangan, kerana perjuangan kita ialah menuntut mardhatillah (keredaan Allah), bukan mardhatinnas (keredaan manusia). Walaupun dalam apa keadaan kita kembali kepada nawaitui kita bersama dengan PAS. Ingatlah ketika kita mula mengisi borang sebagai ahli PAS. 

Umno-APCO Guna Ulama Kangkong Tepis Serangan Pakatan Rakyat!


Sejak dari dulu lagi, golongan yang paling akhir diambil perhatian Umno-APCO adalah ulama kangkong yang makan gaji dengan KERAjaan yang makin lama makin sasau.

Ambil contoh bagaimana Mufti Perak, Harussani Zakaria digunakan Najib Altantuya untuk menepis hujah Pakatan Rakyat soal kehadiran ke sambutan Thaipusam walaupun sudah tiga kali berturut-turut berbuat demikian tanpa teguran.

Isu hudud sudah tidak laku bagi kaum Cina

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.

Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.

Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.

Khabar-khabar angin pilihan raya

Oleh ABU FATHY
BULANhttp://3.bp.blogspot.com/_ez7OGgejAGc/TNRTRY_DNOI/AAAAAAAAAKY/G0OMi7l4n-Y/s1600/spr.jpg Februari sudah hampir tamat. Tidak ada pula tanda-tanda pilihan raya. Khabar angin terbaru ialah pilihan raya akan diadakan pada bulan Jun. Ia hanya khabar angin.Rumusan terkini dalam cakap-cakap orang ialah Barisan Nasional (BN) akan menang juga, walau dua pertiga dikhabar-khabar angin sukar untuk diperolehi.

Umno-BN Parasit 'High Maintenance' Negara

 "Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ke-13".Demikian saranan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Dari kaca mata pemerhati politik, dalam konteks Umno-BN, saranan Ahmad Maslan itu tiada apa-apa yang baru dan menghairankan.

Penyokong Umno yang sertai PPP, bukan PAS


 PASIR PUTEH, 19 Feb: PAS kawasan ini menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kononnya 76 ahli dan penyokong PAS menyertai parti itu.

Sebaliknya Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie (gambar) berkata, hanya seorang bekas penghulu dan seorang wanita yang dikenal pasti menyertai PPP di majlis berkenaan.

“Yang lain-lain hanya ahli-ahli dan penyokong Umno dikatakan menyerah borang menyertai PPP pada satu program Maulidur Rasul yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggung, baru-baru ini.

“Bekas penghulu terbabit sudah lama tidak aktif dalam PAS. Manakala seorang lagi iaitu wanita dilantik sebagai guru al Quran yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri,” katanya di sini.

Demo KUIN tuntut rektor dipecat

Seperti dijanjikan, sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Kedah di Alor Setar apabila menteri besar gagal memberikan respons terhadap permohonan maaf yang dituntut mereka.

kuin protest 190212Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.

Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.

Mereka menyalahkan Jamil ekoran penggantungan lima pelajar KUIN yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Azizan yang juga pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu dilaporkan mempertahankan tindakan universiti mengenakan tindakan disiplin bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mirip AUKU.

1 Care: Show us the mathematics

John Teo

FEB 19 — 1 Care for 1 Malaysia sounds like a very good slogan but behind this impressive slogan and all the controversies, rhetoric, claims and counter claims lies a very big and fundamental question of where is the funding of such a massive overhaul of our healthcare system going to come from?
We know that the basic principle of part-government and part-public funding underlies this concept and the reason behind this shift of funding policy is the ever-escalating health costs which the government cannot continue to provide funding for indefinitely.
Let me quote two very important facts. 1) According to the 2012 Budget that was announced by our prime minister, the allocation for health totals RM1.8 billion, which is equivalent to 3.7 per cent of the total budget. There were other ministries that have higher budget, notable ones being the Ministry of Defence.

Kak Tunda' sensasi baru Internet

kak tunda mca jessie ooi 2Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

Geran Selangorku RM300 juta mula dibelanja Mac


SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Renewed fighting in North Caucasus kills 24

Unrest mars early voting in Senegal election

The Arab Awakening - Tweets from Tahrir

Yemeni fears over al-Qaeda expansion

Is Syria's uprising being hijacked?

Dr Asri : Bloggers kejar ranking dengan melondeh orang

PAS to field more new faces, non-Muslims in GE

'Next up, Najib versus Anwar'

Datukship does not equal wealth, says Chua

Dakwaan Keluar Surat Sokongan : Itu Fitnah Terbesar, Kata Saifuddin

Daftar Pemilih Meragukan : Ayuh Bersih 3

Sivarasa Rasiah: Change Of Government For The Betterment Of The People

Dr Asri : Bloggers jangan tuduh tanpa bukti

Malu kerana Orang Islam tidak Sokong PAS - Ahli DHPP

Umno Juga Terima Sumbangan Negara Luar, Kata Jurucakap Bersih

Post Pic
SHAH ALAM, 19 FEB: Sokongan dalam bentuk kewangan daripada badan antarabangsa atau negara asing tidak semestinya dilihat sebagai satu usaha negara terbabit cuba untuk menggulingkan kerajaan.
 
Aktivis dan jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH),Wong Chin Huat berkata hakikatnya ialah, kebanyakkan pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) dan parti politik termasuk mereka yang pro-kerajaan di Malaysia juga mendapat sokongan dalam bentuk kewangan daripada negara luar.

"Bukan sahaja NGO tetapi termasuk parti politik termasuk Umno dan sebagainya dan badan kerajaan, menerima sokongan kewangan daripada badan-badan antarabangsa," katanya lagi kepada Antarapos.com, hari ini.

Exco Kedah: Tiada sebab saya perlu ambil cuti


Tan Chow Kang
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang menegaskan tidak perlu untuknya bercuti kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di sebalik timbul isu potongan peruntukan negeri yang dibuat kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Beliau tetap akan meneruskan tugas harian selagi tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian dari kepimpinan pusat PKR walaupun kes itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tidak perlu bercuti kerana tiada sebarang keperluan kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Biarlah SPRM menyelesaikan kerja mereka. Keputusan siapa yang patut bercuti ditentukan oleh jawatankuasa pusat.

Najib: Saya pemimpin Islam, saya jaga akidah


Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan.
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.
"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah S.A.W, yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sabah lebih maju bersama Pakatan Rakyat

KOTA KINABALU, 19 Feb: Rakyat Sabah akan menikmati peluang kemudahan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, ini kerana negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah berjaya menunjukkan aliran gerakan ekonomi dan pembangunan yang jauh lebih baik berbanding prestasi Barisan Nasional (BN) pada sebelumnya.

“Ini bukan dongengan, bukan juga rekaan cerita semata. Rakyat diberi pilihan untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik.

“Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita boleh memimpin dengan baik di sebuah negeri maju seperti Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesan Gebeng mampu sampai ke Thailand, Singapura

Sebarang kejadian tidak diingini akibat projek Lynas Advance Material Plants (LAMP) di Gebeng didakwa boleh memberikan kesan lebih teruk daripada Bukit Merah sebelum ini, malah mampu menjejaskan persekitaran ke beberapa negara Asia Tenggara.

Jurutera kimia daripada Universiti Manchester Lee Chee Hong berkata, Singapura dan Thailand mungkin terbabit sama sekiranya berlaku sebarang insiden.

Pengurus Serantau Intech Ltd itu juga berkata, berdasarkan hipotetikal, simulasi komputer dan analisis makmal, dakwaan tiada risiko dan radioaktif di tapak LAMP tidak realistik sama sekali.

"Pada pandangan saya, penilaian keselamatan oleh Lynas tidak dibuat secara profesional, menggunakan tahap keselamatan antarabangsa tertinggi.

"Dengan kebajikan kira-kira 700,000 penduduk Kuantan dalam lingkungan 30km daripada tapak Lamp, kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar tidak boleh diketepikan," katanya.

Melayu Mudah Lupa : Siapa Yang Mula-mula Buat Kenyataan Najib Gadai Akidah?


Lawatan Najib ke Thaipusam tidak gadai akidah

KUALA LUMPUR –Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak pihak yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggadaikan akidah kerana melawat Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves semasa perayaan Thaipusam lalu.

Beliau berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kebencian terhadap Najib sebagai pemimpin Islam dan beliau kecewa kerana ia dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Menurutnya, perkara ini tidak timbul kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi garis panduan mengenai hukum ketika beliau berada di kawasan berkenaan.

“Najib tidak terlibat dalam upacara keagamaan dan acara yang dianjurkan, justeru, tidak timbul soal akidahnya. Beliau (Najib) telah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Beliau tahu mana yang boleh dan mana yang tidak.

“Ini yang merosakkan agama (Islam) apabila umatnya sendiri sanggup menuduh dan membuat pelbagai dakwaan berniat jahat semata-mata tidak sehaluan dengan pemimpin negara,” katanya semasa memberi ucapan dalam Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Dr Rosmah : Wiranita Perkasa Perlu Martabatkan Wanita....bijak Tok Him nak jadi calon PRU13...sanjung kak mah..!!!!

alt
KUALA LUMPUR, 19 Feb. - Wiranita Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Wiranita Perkasa) disaran menggunakan platform sedia ada sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu memartabatkan kedudukan serta memperjuangkan isu wanita untuk kebaikan semua.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini kerana peranan wanita kini lebih mencabar dalam memangkin usaha memacu kemakmuran dan kesejahteraan negara.

"Platfom ini perlu diguna bertujuan memastikan perjuangan wanita dalam memperkasakan bangsa dan negara akan sentiasa relevan sepanjang masa,"katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Wiranita Perkasa di sini.

Rosmah juga berkata penglibatan wanita dalam aktiviti NGO juga semakin meningkat selaras keaktifan dan kelantangan mereka memperjuangkan isu membabitkan kaum hawa seperti krisis keluarga serta keganasan terhadap wanita.