Khamis, 16 Februari 2012

Smackdown for Rosmah: Curtin withdraws of use of the term FLOM in tradeoff with critics

Smackdown for Rosmah: Curtin withdraws of use of the term FLOM in tradeoff with criticsIn a move bound to knock the wind out of the sails of Prime Minister Najib Razak's wife, Australia's Curtin University has apologized for referring to her as the First Lady of Malaysia, which according to the country's constitution is a title reserved for the Queen.
Curtin had made the mistake when it issued an honorary doctorate to the unpopular Rosmah Mansor. Although it did not say so, the university certainly got more than it bargained for when it recently awarded an honorary doctorate to her. Complaints flooded its Facebook page and the university was even accused of trying to gain favor or had accepted some form of bribe or other to grant Rosmah the PhD, and address her as the  First Lady of Malaysia.
“We also accept that our use of the term ‘first lady’ has offended some people, and apologise for this. We will no longer use that term, and have reissued our media statement with this change made,” Jeanette Hacket, Curtin's vice chancellor, said in a statement.

Syria : PMI USM Turut Sedih Dan Simpati

Pulau Pinang, 16 Feb : Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMI USM), Mohamad Afiq bin Roshide melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan keadaan rakyat Syria yang dibunuh secara kejam dan zalim oleh tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh pemerintahan Basyar al-Assad yang menzalimi rakyatnya.

CTOS didakwa langgar undang-undang

Seorang saksi yang pernah membuat kajian terhadap Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) pada Khamis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa agensi maklumat kredit itu telah melanggar undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung penamaan syarikat.Zarina Jaafar yang ketika itu bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif di Asociate & General (M) Sdn Bhd berkata hasil kajiannya mendapati di dalam ‘Memorandum of Association’ (MOA) syarikat berkenaan, terdapat perkataan ‘to carry on the business of a credit rating agency or bureau (Biro)’ sedangkan keadaan sedemikian hanya boleh dilakukan oleh agensi badan berkanun atau syarikat yang dimiliki kerajaan.

Mokhtar al-Bukhary gets ‘poorer’

The combined wealth of Malaysia’s 40 richest dropped by seven per cent this year, with logistics tycoon Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary the only man in the top eight to boost his net worth, according to a local business magazine.Malaysian Business reported today the top 40, led by Hong Kong-based Robert Kuok Tan Sri Robert Kuok, are now worth RM193.2 billion, down from RM206.4 billion last year.
“On the bright side, there were 30 billionaires this year — three more than last year,” it said.
The magazine calculated Syed Mokhtar ,Malaysia’s richest Bumiputera entrepreneur, to be worth eight per cent more than last year at RM9.53 billion, making him the fifth richest man in Malaysia, up from seventh in last year’s list.

Tajuddin : Siapa Zaid Ibrahim Nak Ramal Keputusan PRU?

Mufti Pun Bercakap Berliku-liku

Pengubahan kata-kata Mutfi Perak Harussani Zakaria berhubung kunjungan Perdan Menteri Malaysia Najib Razak ke Batu Cave tidak sangat memeningkan kepala Murai. Murai cukup faham bagaimana warna kitab-kitab yang dibaca oleh mufti itu. Mungkin rakyat di bawah sana bingung dan merasa pelik kenapa seorang Mufti booleh bercakap dua cara dan berliku-liku macam sungai Perak,- mula-mula haram kemudian halal.

Sebelum ini Harussani berkata kunjungan Najib ke batu Cave dengan memakaian baju Kurta itu sebagai mengadai akidah dan kurafat. Dia juga kesal dengan tindakan Najib itu kerana sebelum ini sudah diberi nasihat tetapi tetap juga menghadiri perayaan Thaipusam.

Alasan Harussani kerana perayaan itu membabitkan agama. Tetapi alih-alih hari ini Murai rasa nak terberak pula bila mana Tok Peti itu kata kunjungan Najib itu tidak menyalahi akidah. Alasannya kerana Najib hanya terlibat dalam sudut-sudut budaya dan bukan agama.

Justifikasi Harussani dengan pengubahsuaian kata-kata itu kononnya beliau mendapat maklumat salah tentang kunjungan Najib itu. Tetapi apabila Najib menjelaskan, ia pergi untuk merayakan buaya dan tidak terlibat dengan memikul Kavadi, barang kali, maka dihalalkan dengan tiba-tiba.

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?

cukai gst Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?
Kalau ikutkan dah lama isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini berkumandang. Dan apabila merujuk bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Disember, 2009 dengan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan adalah sekitar 4.0 peratus.
Melalui undian yang pernah kami buka sebelum ini merujuk kepada laporan berita Malaysia GST (Goods Service Tax) Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi. Elak Malaysia Bankrap!!! Daripada 606 responden, sejumlah 79% tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST.

Tian Chua: Ada Agenda di Sebalik Lanjutan Program 6P


KUALA LUMPUR 16 FEB : Lanjutan proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) seperti yang diumumkan semalam memberi gambaran jelas bahawa program itu tidak dilaksana dengan baik.
Sekaligus menimbulkan kegelisahan rakyat yang prihatin dengan perkembangan politik tanah air ekoran khuatir pelaksanaannya berobjektifkan kepentingan politik kerajaan pemerintah seperti yang berlaku di Sabah pada tahun 80-an sebagai usaha untuk kekal berkuasa.

AIC serah memorandum esok ke TV3 isu Anwar - Israel

Anwar Ibrahim Club (AIC) memandang serius tentang serangan media oleh Media Prima Berhad yang keterlaluan dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Negara Israel yang begitu bersungguh-sungguh dimainkan oleh Buletin Utama, TV3.

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Maka esok, 17 Februari 2012 jam 11.00 pagi, AIC akan menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad di Sri Pentas,No. 3 Persiaran Bandar Utama,Bandar Utama,47800 Petaling Selangor Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas kami berhubung perkara ini.

Dijemput, rakan-rakan yang mendukung kebebasan media bagi sama-sama hadir ke penyerahan memorandum ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


GENERASI PENGGERAK ZAMAN


Saifuddin Shafi Muhammad

Presiden

Anwar Ibrahim Club (AIC)

DEB Adalah Indikator Kegagalan Kerajaan BN!

Oleh Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi titah ucapan Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah yang menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamat untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Bagi DPPM, ucapan Dr Raja Nazrin lahir dari keikhlasan hati beliau melihat kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Najib crowned Champion of Doubletalk by top US paper despite splurging millions on image

Najib crowned Champion of Doubletalk by top US paper despite splurging millions on imageWhat a deafening silence from Prime Minister Najib Razak! While the world shook its head over the FBC Media scandal, where his administration used Malaysian tax-payers money to ‘buy’ favorable mentions on international prime-time television, Najib is no where to be heard or seen. It could be he is hiding his head in shame but given his past record, the Malaysian PM doesn't feel remorse or guilt easily.
In a statement posted on the BBC website, the broadcaster said the “small number” of programmes that were aired on BBC World News between Feb 2009 and July 2011, broke the internal rules aimed at protecting its editorial integrity.
“These rules ensure that programmes are free, and are seen to be free, from commercial or other outside pressures,” read the statement.

Dr Dzulkifly: BR1M Perlu Di Agih Tanpa Tempoh Masa

SHAH ALAM, 16 FEB : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyelar tindakan dibuat Kerajaan Persekutuan yang menetapkan tempoh masa bagi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat di negara ini.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan pimpinan Umno-BN seharusnya memberi bantuan itu terus kepada rakyat dan bukan mengarahkan rakyat untuk merayu kepada pemimpin Umno bagi mendapatkan hak mereka.
Malah, tegasnya, pemberian bagi BR1M itu telah diputuskan menerusi peruntukan disediakan semasa belanjawan 2012 dibentangkan bagi menampung dan meringankan penderitaan rakyat dalam suasana kos saraan hidup terus tinggi.
"Maka berapa lama pun untuk pemberian bantuan itu perlu dilaksanakan pada saya bukan isunya. Jangan dihadkan 11 Februari ke...15 Mac ke...selagi setiap satu keluarga dan ketua isi rumah tidak mendapat hak daripada pemberian BR1M itu sebanyak RM500 bagi mereka yang memenuhi syarat kurang daripada isi pendapatan RM3,000 ke bawah maka mereka layak mendapat bantuan itu," katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyatakan kerajaan akan mengkaji bagi melanjutkan tempoh pemberian BR1M kepada 15 Mac depan supaya lebih ramai rakyat akan menikmati pemberian itu.

Ekonomi Harimau Kertas


Oleh Nasrudin Hassan
Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekohttp://2.bp.blogspot.com/-xDZvcpe63KU/TjAlFEFSXrI/AAAAAAAABmE/jMLYaxFwyWM/s1600/harimau-sumatera1.jpgnomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Hari ini semakin tersingkap bahawa slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.

Cerita yang orang dah tak hairan pun dari puak2 UmporNo ...dah memang kerja depa

Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.

Kerajaan Zambry menipu masyarakat India Perak

Kerajaan Zambry menipu masyarakat India Perak - SivakumarKerajaan Barisan Nasional Perak telah menipu masyarakat India sekali lagi. MIC Perak seperti biasa menjadi ‘pak angguk’ kepada UMNO. Dalam kes SJKT Gunung Rapat, Datuk Bandar Ipoh telah menjajikan tapak tanah seluas 3 ekar di Ampang untuk membina bangunan baru. Perkara ini diumumkan pada 19/10/2011. Pengumuman ini dibuat setelah Pakatan Rakyat dan Ibubapa murid-murid sekolah itu membuat perhimpunan aman di hadapan  SJKT Gunung Rapat pada 2/10/2012.
Walau bagaimanapun MIC tanpa perasaan malu telah mengatakan bahawa merekalah yang mendapatkan tapak tanah yang baru itu untuk sekolah tersebut. Terbukti MIC sebuah parti yang tidak bermaruah kerana mencari publisiti murahan daripada hasil titik peluh orang lain. Pakatan Rakyat telah lawan habis-habisan untuk kebaikan sekolah tersebut. Tetapi, MIC senang-senang mahu mencari nama kerana tujuan politik.

Nasib masa depan Shahrizat adalah 'prerogative' PM, kata Najib

“Masa depan politik Shahrizat bergantung kepada Perdana Menteri” kata PM Najib. Sesungguhnya itulah hakikatnya jika dipandang dari sudut jawatannya sebagai ahli jemaah kabinet negara. Sememangnya jawatan menteri itu adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri seratus peratus. PM boleh melantik sesiapa sahaja dalam jamaah menteri, waimma melantik orang yang tidak berguna kepada negara dan rakyat.

Begitu juga dengan pemilihan sesiapa yang hendak dilantik sebagai senator yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu juga adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri. Oleh kerana ‘prerogative’ Perdana Menteri itulah maka kita lihat ramai menteri-menteri kabinet Najib itu ramai dikalangan mereka yang menjadi persoalan dan isu besar dalam politik negara pada hari ini.

EDC NUJ bincang isu dakwa wartawan ‘pelacur'


logo NUJ
SHAH ALAM – Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) akan mengadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC), 3 Mac ini untuk mengambil pendirian tegas terhadap ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai “pelacur”, baru-baru ini.

Presidennya, Chin Sung Chew berkata, NUJ sebelum ini telah memutuskan untuk mengadakan EDC, yang belum pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun, untuk membincangkan dua resolusi.

Beliau berkata, antara kandungan resolusi ialah ahli-ahli kesatuan patut mengamalkan etika kewartawanan dan menulis laporan yang adil ketika pilihan raya umum.

“Isu yang kedua ialah membahaskan undang-undang akhbar yang sedia ada yang menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Parents of Curtin students complain about "serial scandal" Rosmah FLoM

Parents of Curtin students complain about "serial scandal" Rosmah FLoMI would like to file a formal complaint, the details of which are outlined below:
I refer to your media release 13 Feb 2012 Curtin award recognises wife of Malaysian Prime Minister.
I am a proud parent of a Curtin alumni. Both my niece and nephew also graduated from Curtin like many of the children of our relatives and friends from Malaysia. Therefore we all hold Curtin in high esteem.
Serial scandal
However, Curtin’s decision to confer an honorary PhD on Rosmah Mansur is a scandal to put it politely. It is a gross insult to all the Malaysian alumni of Curtin. As an institution of higher learning you should have known that we don’t have a First lady in Malaysia just as Australia does not have one. At the apex of our constitutional monarchy we have our King and Queen. His Majesty’s Cabinet is headed by the Prime Minister and his wife is known as the PM’s wife in the same fashion as other heads of Commonwealth governments.

Pejabat JK Bertindak Kg Baru akan dibuka


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pejabat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) akan dibuka secara rasmi beberapa hari lagi bagi memudahkan penduduk berurusan di situ.

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) berkata, ruang pejabat sudah lengkap cuma perlu melakukan beberapa kemasan terakhir.

Pejabat yang bersifat "one stop center" akan dikendalikan oleh wakil SPKB, Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) dan anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

"Penduduk boleh datang ke pejabat ini yang akan dibuka setiap hari untuk sebarang urusan contohnya ingin mengetahui pelan pembangunan yang ditawarkan PKNS.

Isu pasir: KSSB mahu penjelasan Noh Omar

Syarikat pengurusan pasir Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mahu bertemu Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung isu dakwaan penyelewengan pasir di negeri itu.

azlanMenurut kenyataan daripada pejabat ketua pegawai eksekutifnya, surat rasmi dikeluarkan semalam dan pertemuan itu bagi membolehkan KSSB mendapatkan gambaran tepat supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

"Pihak KSSB amat memandang serius tentang dakwaan salahlaku ini dan berharap agar perjumpaan yang bakal diadakan dapat menyelesaikan segala dakwaan dan salahlaku terhadap KSSB," kenyataan itu dipetik.

Menurut salinan surat yang dilampirkan kepada media, Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor diminta menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk perjumpaan dengan tiga anggota pengarah bebas KSSB.

Najib diminta jangan temberang tentang defisit


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.

Ini kerana,  pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.

"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Ex-prisoner tells of horror in Libya's notorious Abu Salim jail

US 2012 - Is same-sex marriage a US election issue?

Child hunger: The world's 'greatest shame'?

The sounds of space

Libya marks revolt anniversary amid warnings over militias

Iran unveils new nuclear technology

Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Pulau Tuba

I will quit Kita if I am outvoted, says Zaid

Hospital Shah Alam Siap Oktober 2013

Asia to take lead in global air travel

Groundbreaking Ceremony of Penang Affordable Homes

Senarai Pengundi Diragui Terus Dirujuk Kepada SPR

'Court settlement a cover-up of corruption'

Anwar belittles 1Malaysia logo on subsidised goods

Solution to Traffic Jam at Batu Kawan

Anak tuntut EGM bantah penyenaraian FVGH

Halang FGVH, ahli KPF tuntut EGM, fail injunksi

Bukti keberkesanan demonstrasi jalanan BERSIH 3.0

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,” katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program “Dialog” yang bertajuk “Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di sini malam semalam.

BNM jelaskan status dagangan mata wang asing

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan kepada bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953, dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Zunar kini sebaris dengan Siti dan Sudir


LONDON, 16 Feb: Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq berjaya mengharumkan nama negara dan sekaligus meletakkan nama beliau sebaris dengan penyanyi Siti Norhaliza dan Sudirman Haji Arshad.

(Zunar menerangkan tentang kartunnya kepada pengunjung)

Mereka bertiga adalah artis yang sama-sama membuat persembahan di kota London. Namun, cerita Zunar tidak memenuhi dada-dada akhbar media tradisi kerana beliau bertembung dengan media jenis ini.

Ladang Rakyat: RM52.4 juta dividen diagih sejak 2006


KOTA BHARU, 16 Feb: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.

Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Umno-BN Salah Guna Sekolah Untuk Kempen


SHAH ALAM, 16 FEB : Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengambil peluang dengan menggunakan sekolah sebagai medan politik dibantah sekeras-kerasnya sebilangan besar pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat kerana dilihat akan mencemarkan institusi terbabit.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi TV Selangor berkata, kenyataan itu dibuat sejurus beliau menerima aduan daripada ibu bapa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa satu ceramah ekonomi akan diadakan (semalam) di Sekolah Menengah Sri Andalas anjuran bekas Adun-adun Selangor.
Bagaimanapun menurutnya, ia telah disalahgunakan oleh pihak terlibat dengan mengutarakan isu politik semata-mata selain turut menyampaikan mesej bahawa Umno-BN akan menawan semula kawasan Kota Raja semasa Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) nanti.
"Mereka (penganjur) mengeluarkan satu jemputan kepada ibu bapa. Pada asalnya, ia adalah program Umno iaitu mereka hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja. Tetapi apabila ibu bapa pakat telefon sekolah untuk bertanyakan tentang hal berkenaan, mereka membukanya kepada semua orang.

Palestin: PKR, Pas sama pendirian, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan kontroversi ekoran temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.
Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Pengecuali​an bayaran balik PTPTN perlu diberi kepada semua graduan kelas pertama

Kerajaan persekutuan pada tahun 2010 telah menetapkan bahawa graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan menamatkan pengajian mulai tahun 2010 akan diberi pengecualian pembayaran balik pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dasar ini dilaksanakan sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada mahasiswa-mahasiswi yang mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik mereka dan secara tidak langsung sebagai satu bentuk dorongan dan motivasi kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka.

Walaupun terdapat kecacatan dalam dasar ini kerana pengecualian ini hanya akan diberi kepada mereka yang menamatkan pengajian mulai tahun 2010 sahaja.  Bagi graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang menandatangani perjanjian dengan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian mereka sebelum tahun 2010, mereka tidak diberi apa-apa bentuk pengecualian dan perlu membayar balik pinjaman ini dengan kadar bunga yang ditetapkan.

NFC: Saya tak mahu sangka buruk, kata Muhyiddin..ha..ha..udin waa caya lu..!!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUANTAN - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak perlulah menunggu sehingga siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional
(NFC) selesai dibuat.

Sambil meminta semua pihak supaya bersabar, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak Peguam Negara kelak akan mengumumkan hasil siasatan itu.
"Saya tidak mahu buat komen secara khusus perkara itu, soal ini ada hubung kait dengan siasatan yang dibuat dan belum selesai lagi, eloklah kita bersabar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang di sini hari ini.

Di Malaysia, politikus sediakan idea lucu untuk kartunis

"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia.  Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut.  Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya."

Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar (gambar kiri, sebelah kiri), kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya.

Guan Eng keluh mantan CEO Petronas ke Singapura mengikut arus perpindahan bakat

Ia telah dilaporkan semalam bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.  Hassan meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti Semb Corp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd danSingapore Power.  Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & USoil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

Jelas Hassan (gambar kiri) diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri.  Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Hassan diangkat sebagai seorang tokoh yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini.

Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia

Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

PRU13: PAS tunggu senarai calon DHPP negeri


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kini sedang menunggu senarai calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri-negeri untuk pencalonan ahli-ahli dewan itu, bagi mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menjelaskan, sehingga kini pihaknya masih lagi menunggu senarai tersebut dari DHPP negeri-negeri yang masih lagi belum diserahkan kepadanya.

Menurutnya, sepatutnya senarai tersebut telah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara sehingga akhir bulan lalu.

Katanya, namun sehingga akhir bulan lalu, dewan-dewan berkenaan masih juga belum berbuat demikian sehingga menyebabkan pihaknya masih lagi menunggu sehingga sekarang.

Lim : Transformasi Najib gagal bendung penghijrahan bakat ke luar negara

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata usaha menarik bakat tempatan kembali ke Malaysia telah "gagal". — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melihat usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaksanakan transformasi dan mengekang penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara telah gagal, ekoran penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican ke Singapura.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, Tan Sri Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun lepas menggantikan Ng Kee Choe yang bersara.

Mahathir mengarut, cuba berlagak anti barat- Aziz Bari

KUALA LUMPUR 16 Feb: Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, sebagai tidak berasas.
Pakar perlembagaan itu  turut mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini  kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.
“Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen.
“Mungkin dia ingat pentadbiran Pakatan Rakyat sama dengan Umno-BN di mana rang undang-undang dibentang dan diluluskan secara tergesa-gesa, manakala ahli-ahli parlimen tak diberi peluang untuk membahas dengan terperinci.

Gagal Fitnah Liwat, Dr M Guna Isu Israel Serang Anwar


SHAH ALAM, 16 FEB : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengalihkan perhatian umum terhadap pelbagai masalah dihadapi Umno-BN ketika ini dengan membuat kenyataan Israel membantu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membekalkan butiran perdagangan antara Malaysia dan Israel.

KeADILan junjung aspirasi dan hasrat rakyat Palestin

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.  Media, pimpinan UMNO dan Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

NFC minutes: PAC wants three letters

PAC chief Azmi Khalid is asking for approval letters from leaders of Pakatan Rakyat to make the minutes on the NFC meeting public.
PETALING JAYA: Public Accounts Committee (PAC) chairman Azmi Khalid has added another condition for the minutes of the committee’s meeting on the National Feedlot Centre (NFC) scandal to be made public.
The additional condition, Azmi said, was that leaders of the three Pakatan Rakyat parties must write a letter to him consenting that the minutes could be made public.
Previously, he said that only one letter signed by Opposition Leader Anwar Ibrahim was required.
Speaking to FMT, Azmi said he would now need letters from DAP advisor Lim Kit Siang and PAS president Abdul Hadi Awang as well.
“They have to give me their signed letters of assurance that they will not fault PAC or its chairman for releasing them (the minutes) before they are presented to Parliament.

'Insya-Allah saya jumpa Anwar di KL'


Nik Aziz Nik Mat
 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan akan bertemu dengan  Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu depan di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Ketua Pembangkang itu, yang didakwa menyokong Israel.

"Saya ke Kuala Lumpur minggu depan, insya-Allah saya akan berjumpa dengan Anwar," katanya.

Bagaimana zakat dibelanjakan?


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebajikan dan mencegah berbuat kejahatan, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)

Ada teman yang meminta saya membantu beliau membuat kajian impak yang terhasil daripada instrumen dan program agihan dana zakat kepada golongan asnaf, dalam agenda pembangunan sosio-ekonomi umat Islam di Malaysia. “Mahu dirungkai beberapa kekusutan”, katanya.

'Projek wahyu' Jadi Lubuk Umno/BN Rompak Duit Rakyat

SHAH ALAM, 16 Febuari: Projek rundingan langsung yang juga dikenali sebagai 'projek wahyu' merupakan penyumbang terbesar ketirisan dan pembaziran wang rakyat tetapi dianggap sebagai lubuk duit bagi kroni Umno-BN di pelbagai peringkat.
Syarikat- syarikat yang memperolehi sesuatu projek juga kerap didapati tidak memiliki kelayakan dan pengalaman bersesuaian bagi menjalankan sesuatu projek yang dianugerahkan.
" Pemberian projek secara rundingan terus atau projek wahyu ini mudah dimanipulasikan, wang rakyat disalahgunakan dengan melantik kroni-kroni mereka menjalankan sesuatu projek dan merompak duit rakyat.

Pemuda Pas tolak dakwat beza warna

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda Pas tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yangberbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umumakan datang.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata inikerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbezaini digunakan.

"Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalahpengundi yang berganda. Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan rayaumum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dandibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

OK ! tak apa, PM tak murtad - Harussani

  • Sebelum ini Tan Sri Harussani berkata Najib menggadaikan akidahnya kerana menyertai perayaan Thaipussam di Batu Cave.
  • Harussani telah menasihati Najid selama 3 tahun berturut-turut dalam perkara tersebut namun nampaknya Najib tidak ambil kisah dan terus melakukan larangannya.
  • Semalam Harussani terserempak dengan Najid dan Perdana Menteri kita menerangkan pada Tan Sri Harussani bahawa:
    • Dia hanya menghadiri sebuah dewan berhampiran kuil bagi menyampaikan polisi serta harapan kerajaan pada kaum india (you help me, I help you).
    • PM tak melibatkan diri dalam upacara perayaan Thaipussam dan tidak masuk ke dalam kuil.
    • PM tak ada lansung niat untuk meraikan Thaipussam.
  • Berikutan itu Harussani mengeluarkan fatwa terbarunya mengatakan ok untuk seorang pemimpin negara berada bersama dengan rakyat bersempena dengan sesuatu perayaan.
  • Harussani juga memfatwakan tak apa memakai pakaian kurta kerana ia hanyalah satu pakaian tradisional India.
  • Dalam masa yang sama selepas membuat pusingan U beliau memaling dan menembak Pas Perak yang mendirikan kemah dan memasang meja serta mengibarkan bendera Pas ketika perayaan hari Thaipussam seolah-olah mereka turut sama merayakan hari tersebut!
  • Kasihan pada Tan Sri Harussani, terpaksa menunggu 3 tahun untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri dan beliau terus menerimanya, kenapa Najib tak memberikan penjelasan dari awal sejak kali pertama Harussani menasihatinya...musykil jugak?
  • Kalau hanya pemimpin sahaja yang dibenarkan menghadiri bersama kaum agama lain sempena perayaan mereka, bagaimana dengan rakyat biasa sepertimana dalam rumah terbuka perayaan hari Deepavali anjuran MIC, saya andaikan Fatwa 'menggadaikan akidah' masih terpakai untuk rakyat biasa.
  • Harussani perlu beri penjelasan detail dalam isu ini.

Jati sedia kerjasama dengan Perkasa...ha..ha,..,kita serupa..samaaa la tue..!!!


Jati sedia kerjasama dengan Perkasa
SHAH ALAM - Jalur Tiga (Jati) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan.
Menurutnya, pelancaran Jati secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan.

‘Give us back 50 sen on every oil-derived ringgit’

Sabah oil and gas contractors are proposing that an institution be set up to protect the industry in the state.
KOTA KINABALU: The Sabah Oil and Gas Contractors Association (Sogca) wants Sabahans to look beyond the 5% oil royalty which the state is currently receiving from Petronas and instead seek at least half of every ringgit that is made from its oil and gas exports.
“We should not be asking for the royalty or the (oil) blocks… that’s secondary. We should be asking that for every ringgit taken from our oil revenue, at least 50 sen or 30 sen be given back to us, either directly or indirectly. That would be much fairer,” said Iskandar Malik, its president.
He also mocked local leaders for believing they had accomplished something important and triumphantly proclaiming to the media as though it was a coup whenever Petronas announced that it was giving some huge projects to Sabah.

Selangor Expected To Receive RM50 Billion In Investments

Selangor Expected To Receive RM50 Billion In Investments PETALING JAYA, -- Selangor is expected to receive about RM50 billion worth of investments from the Federal government and local developers over the next two years, said State Executive Councilor, Dr Xavier Jayakumar.
He said of this total, about RM7.4 billion is for three to four new highways to be built in the state.
"The rest will result from the My Rapid Transit (MRT) and Light Rail transit (LRT) extension projects.
"Other than that, we are also looking at four huge developments, which involves 607.29 hectares (1500 acres) of land each, to be developed this year," he said at the Global Indian SMI/SME Forum & Networking Summit Malaysia 2012, here Thursday.
-Bernama

DEB: Titah Raja Nazrin wajar diberi perhatian


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi titah ucapan Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah yang menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamat untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.


“Bagi DPPM, ucapan Dr Raja Nazrin lahir dari keikhlasan hati beliau melihat kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Isu Palestin: Umno bermuka-muka, kata Anwar

Setelah digesa oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu Palestin-Israel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

NONEAnwar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat untuk melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

"Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka," katanya.

Ketua pembangkang berkata, tatkala dia diserang sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno sendiri secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berikut kenyataan penuh Anwar:

Dr Rosmah tak senang dengan sikap dwistandard --- he.he..dwipower..!!!

NONEIsteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, - Datin Seri Dr Rosmah Mansor hari ini membidas sikap dwi-standard masyarakat dalam perbandingan sifat-sifat di antara lelaki dan wanita.

"Sering kali apabila seorang wanita tegas beliau dilihat sebagai menyusahkan. Ada kalanya, beliau dituduh mengawal suaminya.

"Namun, apabila seorang lelaki menunjukkan sifat tegas, beliau dipuji dan dikatakan mempunyai keyakinan diri sendiri," kata Rosmah kepada kira-kira 250 hadirin yang terdiri dari wakil dunia korporat semasa ucaptamanya pada Forum Kepimpinan Wanita.