Isnin, 13 Februari 2012

Lihat AURAT Perempuan Dalam TV - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SALAM Dengan Anak Saudara ISTERI Perempuan - Ustaz Azhar Idrus

Jangan Kita Terlalu Emosi Dalam Media Sosial - Khairy Jamaluddin

Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing

Tidak Perlu Suruhanjaya DiRaja Siasat Dakwaan Skandal Pasir Kata Khalid

Media Baru Sahaja Tidak Cukup Untuk Membawa Perubahan

Khalid Nafi Dakwaan Abai Pelajar Luar Bandar

Homs people queue for bread as bombing restarts

Arab League Wants U.N. Help in Syria

Syrian army defector speaks to Al Jazeera

Rosmah: Critics might be frustrated, jealous

Court strikes out PTPTN objections

Growing divide emerges in Yemen's south

Where the dead cannot lie in peace

Is Syria's unrest spilling over into Lebanon?

FMT Chat: Activist Sean Ang on bumi rights for Indians, Chinese

Today in History for Feb. 13th

GUINNESS ANCHOR BERHAD : DATO' SYED SALLEH BIN SYED OTHMAN

Kempen Anti-Zina Hari Kekasih Hanya Bagi Orang Islam

KWSP : AMBIL CARUMAN AKAUN 1 & AKAUN 2

Anwar Ibrahim: We Must Choose The Best To Lead & Govern This Country

Mesra Rakyat Daerah Kuala Muda

Anwar Ibrahim: Lepas Arab Spring, Dalam Pilihanraya Akan Datang, Malaysia Spring Rakyat Menang

"Saya akan bunuh diri jika MB pahang tidak bayar ganti rugi"

CM Lim's Jungle Hike to Check On Illegal Felling of Gaharu Trees

PR gesa kerajaan tubuh suruhanjaya siasat PATI jadi pengundi

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu

Japanese economic contraction worse than expected

Israel embassy staff targeted in bomb attacks

Usaha pulih imej, Anwar temui pemimpin Hamas

Selepas dilanda kontroversi berhubung kenyataannya menyokong Israel, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul dengan kempen memulihkan imej melalui pertemuan dengan Khaled Mishaal dan Dr Yusuf al-Qaradawi di Doha, Qatar baru-baru ini.

Usaha ini memberi gambaran impak negatif yang terhasil ekoran kenyataan pemimpin PKR itu kepada akhbar Wall Street Journal Januari lalu.

Umno menyerang Anwar dengan agresif ekoran kenyataan itu, terutama melalui media utamanya dan penulis-penulis blog parti itu.

Nik Aziz jawab dakwaan Puad

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.
Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.
Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.
Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Penyenaraian sebabkan Felda defisit RM1.5 bilion

KUALA LUMPUR 13 Feb: Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di bursa saham, bukan sahaja ditentang peneroka, malah turut mendapat bantahan kira-kira 23,000 kakitangan Felda seluruh negara.
Menurut Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman, kos operasi Felda mencecah kira-kira RM2 bilion pada 2010, yang akan menyebabkan Felda mengalami defisit RM1.5 bilion, jika penyenaraian itu berlaku.
Ditanya mengenai proses penyenaraian itu, Mazlan berkata Felda akan memastikan perjanjian pajakan tanah ke atas Felda Plantation seluas 360,000 hektar kepada FGVH berjaya dilakukan.
Menurutnya, pada asalnya tanah tersebut sepatutnya diberi kepada peneroka baru Felda tetapi dasar itu dibatalkan dan diserahkan di bawah pengurusan Felda Plantation yang mendapat pulangan RM2 bilion setahun.

Rosmah: Pengkritik mungkin kecewa dan cemburu...ha.ha..ha...Phd Of Shopping..!!!!

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

NONEBeliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.
Isu remeh

Pakatan janji kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

Mohd Dzaiddin mendakwa perubahan yang dilakukan oleh Dr Mahathir telah melemahkan sayap badan kehakiman. — Gambar fail
PETALING JAYA, 13 Feb — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan ia akan mengembalikan kepada asal segala undang-undang yang telah dirombak Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri sekiranya perikatan pembangkang itu berjaya memenangi pilihan raya yang akan datang. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya mereka berjaya menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, perubahan seperti yang dikenakan ke atas Perkara 121 dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikeluarkan supaya ia kembali kepada keadaan sebelum tahun 1988.

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu

PETALING JAYA, 13 Feb: Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN.

MB : 10 Ekar Tanah Bina Sekolah Tamil Berasrama


SHAH ALAM 13 FEB : Masyarakat India terus menerima bantuan apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina sekolah jenis Tamil lengkap berasrama di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield, Kuala Selangor.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai membuktikan kerajaan negeri komited memperkasa kehidupan rakyatnya tanpa mengira kaum.

GAMIS 2011/2012 : Seorang Lagi Pimpinan Letak Jawatan

Kuala Lumpur, 13 Feb : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sesi 2011/2012 beberapa hari lalu dikejutkan dengan pengumuman seorang lagi pimpinan mereka meletakkan jawatan sebagai exco gerakan mahasiswsa tersebut.
Setelah ketika awal pemilihan pimpinan baru GAMIS dikejutkan dengan perletakan jawatan beberapa pimpinannya (klik), situasi terbaru itu bagaimanapun dikhabarkan memang tidak dapat dielakkan.
Diberitakan perletakan jawatan itu berlaku adalah disebabkan exco berkenaan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan dirinya terpaksa diberikan cuti sakit selama satu tahun oleh doktor perubatan.

15,000 Guru Berijazah Belum Naik Gred G41

Seremban, 13 Feb : Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.
Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.

Scandal after scandal, but everything remains ‘Semunya OK’ for BN

Scandal after scandal, but everything remains ‘Semunya OK’ for BNIt is indeed mind boggling. The expose after expose and allegations of corruption, wheeler-dealing, big-time murders, and what have you seems to have no effect.
Both the rakyat and the BN politicians are going about in a ‘business as usual’ air. That is mind boggling. In any other Asian country, by now the corrupt would be instantly removed by public outcry and condemnation. The Philippines, Thailand and Indonesia are great examples of how the citizens returned order and civility into their governments and for the better of their nation’s future.
Destroys livelihoods
The latest episode of the former Chief Justice clearly and publicly stating that Tun Dr Mahathir manipulated and handcuffed justice in Malaysia is not a new revelation. The citizens all knew about it for a long time. The opposition meanwhile were silenced into oblivion. The legal fraternity has been virtually paralyzed from putting back justice on its legitimate pinnacle.

Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya setelah 2 pesalah yang akan jalani hukuman mati buat rayuan

Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya setelah 2 pesalah yang akan jalani hukuman mati buat rayuan Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu.
Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut.
Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya.
Pengurusan kes 9 Mac

NFC: PAS Minta PAC Dedah Minit Mesyuarat

Post Pic
KUALA LUMPUR, 13 FEB : PAS meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan kepada Ahli Parlimen minit mesyuarat berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sebelum sesi Parlimen bermula Mac depan.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata pendedahan dokumen tersebut perlu segera dibuat kerana ia dapat membuktikan sama ada wujudnya penyelewengan peruntukan sebanyak RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada Perbadanan Fidlot Nasional atau NFCorp iaitu syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek ini.

Hentam masyarakat Kristian dan rasuah berciri perkauman: Najib harus jelas pendirian

Hentam masyarakat Kristian dan rasuah berciri perkauman: Najib harus jelas pendirian Rakyat Malaysia yang terkemuka dan pemimpin pembangkang menyelar Perdana Menteri NAjib Razak yang tidak menampakkan progress dalam usaha reformasi beliau. Terutamanya selepas menyelit sentiment perkauman dalam rasuah selepas Perkasa mendakwa Shahrizat Jalil dan keluarganya tidak bersalah dalam skandal NFC kerana yang mendedahkan perkara tersebut adalah orang bukan Melayu yang berniat jahat.
“Isu perkauman tidak seharusnya timbul. Saya sangat kecewa kerana Najib membenarkan Ibrahim Ali dan orang-orangnya campur tangan. Sehinggalah Najib mengeluarkan kenyataan yang kukuh, jangan harap bahawa rakyat tidak syak bahawa beliau tidak terlibat. PM harus mengambil langkah menjelaskan kedudukkan kerajaan dan menyelar tindakan Ibrahim Ali yang cuba menakut-nakutkan Ketua Auditor,”ujar Ramon Navaratnam bekas pengerusi komiti SPRM untuk Pencegahan dan Konsultansi Awam kepada Malaysia Chronicle.

PAS Tetap Bertegas Larang Umat Islam Sambut Hari Kekasih

Post Pic
KLANG, 13 FEB : PAS tetap dengan pendiriannya menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

Najib's olive branch to Shahrizat? Repay RM250mil and you don't have to quit

Najib's olive branch to Shahrizat? Repay RM250mil and you don't have to quitNazri Aziz, widely regarded as Prime Minister Najib Razak's spokesman, has given Cabinet colleague Shahrizat Jalil an olive branch loaded with implications - repay a RM250mil government soft loan extended to her family and she won't have to resign.
Even so, it is unlikely that any move other than Shahrizat resigning and the Najib administration carrying out a full-scale probe would satisfy Malaysians. Shahrizat is the Women's minister, whose family is at the centre of a corruption probe into the NFC cattle breeding project.
"We hope this is not Najib's idea of a solution. It will teach young Malaysians it is okay to be corrupt. Cheat, lie and embezzle until you get caught and then repay back the money and you are not only scot-free. You won't even be considered as having done something wrong," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

Berhenti Bayar PTPTN Jika Kos Pentadbiran Tidak Dihapuskan

Oleh: mahasiswa_united

"1. PTPTN diberi tempoh sehingga 29/2/2012 untuk hapuskan kos pentadbiran.

2. Jika tidak peminjam PTPTN akan mula hentikan pembayaran kepada PTPTN.

3. Kos pentadbiran terlalu membebankan. Jumlah pinjaman tidak berkurangan. Bayar pinjaman tetapi seperti tidak membayar.

4. Jadi, mengapa perlu membazirkan wang.

5. Peminjam akan sambung semula pembayaran kepada PTPTN sebaik sahaja kos pentadbiran dihapuskan.

MB : Kempen Anti-Zina Hari Kekasih Hanya Bagi Orang Islam


SHAH ALAM 13 FEB : Kempen Anti-Zina Selangor hanya tertumpu kepada masyarakat Islam manakala komuniti bukan Islam tidak dihalang untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, melancarkan Kempen Anti-Zina sebagai usaha mengekang keterlibatan masyarakat Islam dalam sambutan Hari Kekasih.

Guru kesal Karnival PIBG jadi program BN


BUKIT KATIL, 13 Feb: Beberapa orang warga pendidik sekitar Parlimen Bukit Katil kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Melaka yang menggunakan kuasa politik untuk mewajibkan guru-guru dan murid-murid hadir pada Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu.


Lebih malang lagi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga dilibatkan untuk menjayakan program tersebut.

Walaupun program itu dilihat sebagai anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri tetapi jelas ianya dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program.

Mahkamah tolak rayuan PTPTN bagi batal saman

Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh seorang peminjam PTPTN.

Hakim Unaizah Mohd memutuskan plaintif mempunyai sebab untuk mengambil tindakan terhadap defendan (PTPTN) bagi saman itu dibicarakan.

Shahrizat senasib dengan Najib

MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.

Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.

Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat  saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan  isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

ISRAEL MEMBELI MINYAK SAWIT KELUARAN SIME DARBY?

LAGI DATA LIBATKAN PERDAGANGAN SAWIT MALAYSIA - ISRAEL DI TEMUI

Pada 8 Febuari 2012, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel. Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi. Hari ini satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah.

Najib kecut perut lewatkan PRU13

Oleh SELENA TAY
SUDAH nampak ketara sangat bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sengaja menunda tarikh pilihan raya http://drosol.com/wp-content/uploads/2011/11/PRu-13.jpgumum ke-13 (PRU13) ke hadapan dan lagi ke hadapan.Nampaknya Najib langsung tidak yakin bahawa beliau akan meraih sokongan dua pertiga daripada undi rakyat.
Itu yang menghairankan sebab gula-gula sudah banyak diberi terutamanya RM500 bantuan wang tunai (BR1M). Ini menunjukkan bahawa rakyat semakin celik dan cerdik.

ANAK: 23 ribu k'tangan Felda bantah FGVH disenarai

Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONE"Hari ini, 23,000 ribu kakitangan Felda yang dahulunya agak sinis dengan kita, kontra dengan kita, (tetapi) hari ini pada saya, mereka mempunyai kecenderungan kepada kita," kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.

Menurutnya, hakikat bahawa Felda akan mengalami defisit antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion apabila disenaraikan serta 'penyingkiran' pengarah besarnya Datuk Zulkifli Wahab dan timbalan pengarahnya Abidin Abdul Rahman dari agensi itu, menambahkan lagi kemarahan kakitangan berkenaan.

Mazlan menyifatkannya hal demikian sebagai "satu perkembangan positif" yang menunjukkan kakitangan Felda kini bersama ANAK memperjuangkan penentangan terhadap cadangan penyenaraian itu.

Menentang rasuah yang “halal”

Oleh Adil Mat Selamat

13 FEBRUARI – Oleh kerana tarikh pilihan raya umum ditentukan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti pemerintah, maka United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kedudukan mereka sebagai kerajaan untuk berbelanja sakan kepada rakyat menjelang pilihan raya.
Dalam bahasa yang lebih mudah, kerajaan UMNO-BN sekarang menggunakan wang rakyat – kutipan cukai dan hasil sumber negara – yang dipakejkan sebagai “duit kerajaan” untuk ditawarkan sebagai gula-gula politik kepada rakyat.
Pemberian ini dilakukan menerusi pelbagai skim bantuan di pelbagai tempat atau lokasi kepada pelbagai golongan.

Putrajaya hadapi pilihan sukar dengan rombakan bayaran kepada kakitangan kerajaan


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Pentadbiran Najib sedang menghadapi tekanan apabila cuba untuk meredakan skim pembayaran kontroversi yang akan menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit yang akan memberikan kesan buruk terhadap parti pemerintahan. The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya mahu menyelesaikan pemulihan skim berkenaan yang dilihat hanya akan memberikan faedah kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000  daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.
Melalui skim itu, kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang tidak memperolehi kenaikan bayaran. Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan  akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun.

Lynas: Bolehkah kita percaya jaminan BN, Liow?


KUALA LUMPUR, 13 FEB: Jika stadium yang dibina pun boleh runtuh, apakah rakyat boleh yakin dengan jaminan kerajaan Malaysia untuk mengendalikan loji tenaga nuklear dengan selamat?
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, mengharapkan Datuk Seri Liow Tiong Lai memantau keselamatan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan hampir sama dengan mempercayai pihak berkuasa Malaysia boleh mengendalikan loji nuklear dengan selamat.
“Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan?
“Sedangkan beliau telah menunjukkan sikap tidak endah, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan menipu dan menafikan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011?

Malaysia turning lawless, politicians turn free speech into sedition

Malaysia turning lawless, politicians turn free speech into seditionThe Court of Appeal ruling against Karpal Singh should be taken seriously by all Malaysians, as it brings into question the fundamental right of all citizens to freedom of speech as granted in the Federal Constitution.
The highest document of the nation has now been brought into question by the ruling of the Court of Appeal against Karpal. The rights and freedom of speech enshrined in the Federal Constitution are not absolute, the Court of Appeal ruled. Justice Ahmad ruled that the freedom of speech as enshrined in the Constitution meant a person had the right to speak, write or publish anything he liked so long as he does not break the law.
What Karpal said - Nizar's removal as MB could be challenged in court
Justice Ahmad, who presided over a three-man bench of the Court of Appeal, ordered Karpal to enter his defence on a charge of uttering seditious words against Sultan Azlan Shah of Perak during a press conference in 2009. The panel, which also comprised justices Datuk Clement Allan Skinner and Datuk Seri Mohamed Apandi Ali set aside the Kuala Lumpur High Court’s decision on June 11, 2010 to acquit and discharge Karpal from the sedition charges without calling for his defense.

Bubar Felda Jika Pakatan Rakyat Berjaya Memerintah ..??

Bubar Felda Jika Pakatan Rakyat Berjaya MemerintahSEBETULNYA ada rahmat disebalik usaha penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) yang kini mendapat tentangan pelbagai pihak dalam masyarakat peneroka sendiri seperti dizahirkan melalui pendedahan yang dibuat NGO-NGO seperti ANAK dan sebagainya.
Sepanjang usaha penyenaraian ini berlangsung, kita didedahkan dengan pelbagai kepincangan dan taktik kotor Felda untuk menindas peneroka dengan penyenaraian tersebut.  Itu belum lagi menyentuh tentang hasil perahan getah yang terbukti merugikan peneroka seperti dalam kes sebuah kawasan Felda di Kelantan.
Semua ini membuat kita tertanya-tanya adakah Felda ini sebenarnya membantu atau menindas peneroka?
Ya, memanglah, ada kejayaan yang ditonjol di sana sini tapi itu semua tidak cukup untuk mengatakan ratusan ribu peneroka sedia ada benar-benar memperolehi faedah daripada skim yang ditawarkan Felda.

Calon wakil rakyat Perak

Oleh MSK

Setakat ini, semua parti dalam Pakatan masih belum mahu menamakan calon masing-masing. Mungkin PAS nampak lebih bersedia sebab bakal calon depa dah mula tunjuk muka..tapi calon PKR masih bercelaru.
Dalam setiap pilihanraya, calon-calon ditentukan oleh parti…bukan oleh rakyat. Ini yang selalu aku sebut..pasai apa rakyat tak ada hak untuk pilih calon depa? Bila tiba pilihanraya..kita disogokkan oleh parti-parti yang bertanding. “Inilah calon hangpa”. Pirrrah!!
Itu dulu. Sekarang..aku jugak mahukan penglibatan untuk menentukan sapa yang nak jadi calon dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan negeri Perak nanti.

Seburuk-buruk Pakatan Rakyat, ia jauh lebih baik dari BN

Untuk mentadbir dan menjaga serta mengurus sebuah negara ia memerlukan sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk membawa rakyat hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Bagi sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia ini ia memerlukan lebih usaha untuk menjamin rakyat yang menghuni dan mendiami negara ini tidak berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya bersatu dalam erti kata yang sebenarnya.

Maksudnya rakyat harus dan sentiasa ikhlas dan menghormati diantara satu dengan lain, memahami kehendak dan perasaan jiran tetangga yang terdiri dari kaum yang berbilang-bilang dan cara hidup yang berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Kerajaan wajar menghormati setiap gulungan dan jangan menganggap ada pihak-pihak yang dianggap tidak mampu berfikir dan mempunyai perasaan dan terus sahaja melakukan perkara-perkara yang tidak digemari mereka.

Persatuan Ulama: Apabila umat Islam terlibat dalam perayaan bukan Islam...

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.  Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam.  Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam.

PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.  Salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.

Beban, Bebal dan Fenomena Hasan Ali

Walaupun rakyat secara umum sudah makin celik politik, tidak dapat dinafikan, masih ramai lagi yang mengambil sikap berdiam diri.

Ada yang berpendapat, sekiranya banyak kerusi PAS tumbang pada PRU ke 13 nanti, ia disebabkan oleh Hasan Ali (gambar kanan).  Dengan pengalaman sebagai motivator dan mempunyai karakter tersendiri, beliau cukup mudah memaut hati pendengar lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa.  Sedikit sebanyak, kebarangkalian sokongn pengundi juga boleh berubah begitu sahaja.  Legasi AKRAB tidak hilang biarpun Hasan Ali terjun ke kancah politik.

Menteri agama arah tangkap kekasih pada hari Valentine

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

- Bernama

Nazri cuba selamatkan keluarga Shahrizat dari tindakan undang2

KUALA LUMPUR 13 Feb: NGO anti rasuah, Jingga 13 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang dianggap cuba menyelamatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tindakan undang-undang.
Ketua Penyelarasnya, Fariz Musa berkata demikian mengulas kenyataan Nazri yang menasihati Shahrizat membayar semula wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya, tanpa perlu meletakkan jawatan.
“Persoalan membayar balik dana rakyat yang dipinjam sejumlah RM250 juta adalah isu yang berbeza.
“Skandal NFC telah membuktikan bagaimana keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil bertindak menyeleweng dan berlaku pecah amanah jenayah apabila ia menyimpang daripada matlamat dan objektif asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan. Malah projek tersebut gagal,” kata Fariz.

Sesat: Kenyataan Ahmad Said pecah belah rakyat


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said  bahawa PAS sebuah 'parti ajaran sesat'.


Setiausahanya, Suhaimi Embong berkata, ini kerana ia seolah-olah menyamakan PAS yang diiktiraf sebagai satu-satunya parti politik Islam di negara ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta majlis-majlis fatwa negeri.

Katanya, kenyataan itu adalah sangat keterlaluan dan bakal mengundang perpecahan yang lebih ketara di kalangan umat Islam khususnya di Terengganu ekoran Ahmad menyifatkan bahawa PAS sebagai "parti ajaran sesat"ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada 8 Februari lepas.

“Sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, menteri besar wajar berhati-hati membuat kenyataan yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum menghukum sesuatu pihak sebagai sesat dan menyeru Ahmad Said segera menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS yang telah dilabelkannya sebagai sesat,” katanya kepada Harakahdaily.

Nazri: Keluarga Shahrizat wajar bayar RM250j

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Melayu terus terpinggir di bawah Umno


IPOH, 13 Feb: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berkata rakyat khususnya orang Melayu akan terus dibelengu kemiskinan selagi Umno BN dibiarkan memerintah negara.

Menurutnya, sudah lebih 50 tahun Umno BN diberi mandat memerintah, namum keadaan ekonomi rakyat kebanyakan, khasnya orang Melayu tetap tidak berubah.

Umno yang mendakawa membela Melayu katanya hanya membela pemimpin Melayu Umno untuk terus mengumpul kekayaan mereka.

“Sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

1 Care: Ke mana hilang dana perubatan dalam KWSP?

KUALA LUMPUR 13 Febuari: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan ke mana hilangnya kira-kira RM50 bilion dana yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan kesihatan dan perubatan.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan kerajaan untuk mewujudkan sistem kesihatan nasional 1 Care, yang akan memotong 10 peratus daripada pendapatan rakyat.
“Sekiranya 1Care berjaya mengumpul dana yang besar, kita bimbang ia akan menjadi institusi mengumpul dana untuk tampung dana kerajaan.
“Nak keluarkan EPF bagi tujuan kesihatan pun bukan senang. Ia membuktikan kegagalan EPF. Sebab itu kerajaan perlukan  sistem baru untuk mendapat dana seperti skim kesihatan 1 Care, sedangkan dana untuk perubatan dalam EPF sudah ada,” ujarnya.

Tun M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas, fitnah

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.
“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.
“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.
Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.
“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

PAS: Yayasan Taqwa mohon RM1juta, dapat RM4 juta

NONEMengapa Yayasan Taqwa menerima wang zakat RM4 juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun lalu sedangkan ia hanya meminta RM1 juta?

Soalan itu dikemukakan hari ini oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kepada Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata keadaan itu cukup mengelirukan.

“Pada 17 September 2011 Yayasan Taqwa pohon RM1 juta kepada MAIWP tetapi pada 12 November 2011 jawatankuasa Baitulmal MAIWP melulus RM4 juta.

“Jumlah itu bukan sahaja mencurigakan, apatah lagi Pengerusi MAIWP dan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa itu adalah orang yang sama,” kata Nasrudin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya, Jamil Khir (bawah, kanan) bertanggungjawab terhadap kedua-dua badan itu.

Mahfuz: Kemelut NFC akan lambatkan PRU13

Kemelut projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mungkin melewatkan kerajaan daripada membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Ini, menurut naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, adalah antara beberapa sebab mengapa pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tempoh dua bulan akan datang.

ABU dilancar seluruh negara 17 Febuari

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.
Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah  Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di  Dewan Orangramai Beranang, Selangor, lapor Harakah Daily.
Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Politik Mafia : Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang kelmarin.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.

Ke Arah Malaysia Sejahtera Forum Bhg 5

Ke Arah Malaysia Sejahtera Forum Bhg 4

Ke Arah Malaysia Sejahtera Forum Bhg 3

Ke Arah Malaysia Sejahtera Forum Bhg 2

Ke Arah Malaysia Sejahtera Forum Bhg 1

Ke Arah Malaysia Sejahtera - Wan Saiful Wan Jan

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG lancarkan NGO PENDIDIK KEBANGSAAN

 KLANG.

YB Tuan Guru Hj Hadi Awang menyempurnakan pelancaran bagi sebuah NGO PENDIDIK yang akan berfungsi sebagai medan bergerak para guru untuk menjaminkan suara guru didengar dan kebajikan guru diberi perhatian.
  Dijangka lebih 1000 orang termasuk daripada pelbagai negeri hadir dalam majlis tersebut. Alun-alun kecil kesedaran guru diharapkan bila diurus dengan baik boleh menghasilkan gelombang kebangkitan guru  untuk menjadi agen perubahan atas sifat mereka sebagai pendidik. Bukan sahaja mereka perlu mendidik anak murid. Lebih daripada itu keluarganya sendiri boleh terdidik sekiranya guru menggunakan kaedah yang santai tetapi tegas dan berwawasan.

Najib gelabah selar Negara Berkebajikan

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyelar konsep Negara Berkebajikan yang diutarahttp://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgkan PAS memperlihatkan beliau ‘menggelabah’ dalam menafikan konsep berkenaan sebagai suatu konsep yang sangat baik.
Malah, tuduhan kononnya konsep Negara Berkebajikan akan menyebabkan kegawatan ekonomi adalah suatu kenyataan yang dangkal dari seorang Perdana Menteri.


Demikian kata pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob kepada Harakah ketika diminta mengulas kenyataan Najib 7 Februari lalu.