Ahad, 12 Februari 2012

ABU : I will listen to you. Will you listen to me?

STEADYAKU47

 The delightful distractions of high public office and those in government, state or federal, are the preferred options of a number of our political leaders from all political divides. Not for them the onerous burden of serving the Rakyat nor do they have the discipline to do their duty to King and country. For them the good life of wine, women and song beckons. For them high public office is the means to make the good life of wine, women and song their own. The getting of material wealth takes precedence over the getting of wisdom to serve as wakil rakyat!


Haram Israel & Pertemuan Anwar-Hamas

Haram Israel  Pertemuan AnwarHamasADA 2 perkembangan menarik dalam Pakatan Rakyat sepanjang minggu ini.  Pertama, kenyataan panjang lebar Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang membawa kesimpulan ‘haram untuk menerima kewujudan Israel’ dan pertemuan 4 mata antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Qatar.
Presiden PAS itu pada Jumaat mengeluarkan kenyataan panjang lebar di dalam akhbar Harakah mengenai Israel, zionis dan bangsa yahudi serta alasan kenapa masyarakat Islam perlu menolak kewujudan negara tersebut, apatah lagi membina hubungan diplomatik dengannya.
Kenyataan ini secara tidak langsung menyatakan pendirian rasmi PAS berhubung dengan komitmen Anwar untuk ‘melindungi keselamatan Israel’ jika berjaya memerintah Malaysia nanti.  Haji Hadi tidak mahu menyatakannya secara terus tapi semua yang membaca kenyataan tersebut faham bahawa ia bertujuan untuk menyanggah kenyataan Anwar yang disiarkan dalam The Wall street Journal (TWSJ) bulan lepas.

Shahrizat Nak Perbodohkan Rakyat Kedah pulak.....


YB Ust.Mohd.Firdaus Jaafar
Ahli Parlimen Jerai

Kenyataan Dato’ Seri Shahrizat Abd.Jalil ketika menghadiri Program Pemantapan Jentera Pilihanraya Wanita BN di Kuala Kedah baru-baru ini menyerlahkan lagi sikap UMNO/BN yang jelas masih menggunakan kaedah lama dikala rakyat kini dihidangkan dengan suasana ‘langit terbuka’ serta ‘celik’ informasi. Beliau jelas terkebelakang kerana rakyat negeri Kedah sekarang sedang menikmati hasil kekayaan negeri yang diurus tadbir secara berhemah serta amanah oleh Kerajaan Negeri Kedah dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin oleh Dato’ Seri Ust.Azizan Abd.Razak.

Gerakan Mahasiswa Sebagai 3rd Force ?

Pemuda dalam konteks pengertian yang dibawa oleh ahli psikologi adalah satu kelompok manusia yang berada dipertengahan di antara kelompok manusia yang dianggap baru lahir akal yang cetek , lemah dalam pemikiran yang hanya peka terhadap suasana dan objek yang berada di sekelilingnya sahaja dan di antara satu kelompok manusia yang tua dan berumur . Lebih tepat lagi , satu tahap yang sudah mengatasi zaman kanak-kanak , yang mana ia mempunyai ciri-ciri kemampuan dan keupayaan seorang lelaki tulen ataupun ciri-ciri kewanitaan yang lengkap.

Mahasiswa dikaitkan dengan golongan anak muda berumur dalam lingkungan 20-an yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di dalam atau di luar Negara. Gelaran Maha kepada penuntut pengajian tinggi ini sudah melambangkan martabat mereka diangkat melepasi tahap pelajar-pelajar di sekolah dan ia juga melambangkan golongan yang mempunyai daya intelek yang tinggi serta melayakkan untuk berfikir dan berkongsi buah fikiran mereka. Golongan ini tidak dinafikan akan membuat tindakan dengan emosi serta semangat yang membara dan suka akan cabaran.

BBC Supernatural (raining fish!!!!)

Syrian soldiers defect to fight against government

Warganegara Mohon Sijil Warganegara..?


Ini berita utusan. Aku pun pelik. Toksah cakap korang. Aku tak pasti salah siapa. Mungkin gak salah wartawan utusan neh. Dah biasa tulis fitnah. Bila nak tulis berita benar asyik tersasul jek. Mungkin tak biasa dengan menulis kebenaran. Sebab tue tersilap kot. Ye ke? Tanya jek. Bukan tuduh arh.
kah kah kah

10 Tanda Orang yang Membela HANTU RAYA???

 
Menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria, misalnya:

    * Takut bertentang mata apabila bercakap
    * Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
    * Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
    * Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
    * Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
    * Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
    * Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
    * Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
    * Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.


P/s: Hmmm???

Majlis Temu Mata Anak Kelantan Jajahan K Krai dan P Puteh Meriah

Tengah hari tadi saya sekali lagi menghadiri majlis Temu Mata dan Bewah anak Kelantan. Kali ini giliran Jajahan Pasir Puteh pula yang bergabung dengan Kuala Krai. Dari beberapa majlis temu mata yang saya hadir, majlis bertempat di Taman Bolton Seri Gombak tadi sungguh meriah dan berjaya.

Lebih dua ribu yang ada pada majlis tersebut yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Tetamu dijamu dengan masakan nasi gulai kawah. Satu peringkat nasi kehabisan kerana kehadiran di luar jangka.

BULETIN UTAMA LAPORKAN SEJADAH BERDIRI DI MARAN : MELAYU TOLONG JANGAN TERUS JADI BANGANG

http://1.bp.blogspot.com/-b2e1ZCwyVlE/TzfFE-PIGRI/AAAAAAAAAOE/9O9GqC4txvg/s1600/sejadah.png


SEWAKTU AKU SEKOLAH ASRAMA DULU

AKU PERNAH DENGAN KAWAN-KAWAN SUSUN

SEJADAH BUAT MACAM ORANG SEMBAHYANG DALAM SURAU


LEPAS TU SATU SEKOLAH KECOH !

Terbongkarr..Inilah Sebab Hassan Ali Terkeluar Dari PAS, Diceritakan Oleh Seorang Ustaz..

Kisah benar bagaimana terkeluarnya Hasan Ali dari Parti Islam Semalaysia (PAS).Untuk renungan bersama..Sirah menceritan bahawa kisah tapisan Allah terhadap pengikut Rasulullah bermula apabila Rasullullah diangkat oleh Allah untuk melakukan Isra' Wal Mikraj sebelum berlakunya Hijrahtulrasul ke Madinah.

Mengapakah Allah mendahuli Isra' Wal Mikraj daripada Hijra Rasul Ke Madianah??Ini adalah disebabkan Allah ingin menguji hamba-hambanya yang betul yakin dengan Islam dan Perjuangan Rasullullah,setelah kembalinya Rasulullah dari Isra' Wal Mikraj.

Rotavirus: Keputusan punca jangkitan diketahui esok


Rotavirus
GENTING HIGHLANDS - Keputusan awal mengenai punca kejadian jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang berlaku di kawasan Batang Padang dan Hilir Perak di Perak dijangka diketahui esok pagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, pihaknya sedang bekerja keras untuk mengenal pasti punca kejadian dengan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk
mengambil kira-kira 1,000 liter contoh air dari 24 kawasan yang dikenal pasti bagi dianalisa dan dikaji.
"Setakat ini keadaan adalah terkawal dan tidak ada kes baru yang dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama 500 kanak-kanak dan warga tua daripada 13 sekolah dan rumah kebajikan dalam kawasan Parlimen Bentong di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting hari ini.

Politik Mafia : Samseng UMNO Mengganas lagi ! - Rentetan Peristiwa

Provokasi sebelum Acara


RINGKASAN SERANGAN UMNO/BN KE ATAS INSIDEN KG IDAMAN.

- Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.

- Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".

THAIPUSAM : Jamil Khir SEDANG KUMPUL JAWAPAN, SILAP HARIBULAN PENDEK UMUR POLITIKNYA


Menteri Agama Umno, Jamil Khir agaknya sedang mencari idea untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani tentang isu Najib sambut Thaipusam di Batu Caves. Sehingga hari ini Jamil Khir senyap sunyi. Mungkin sedang mencari hujah dan dalil agar Najib tidak marah kerana silap haribulan Jamil Khir pendek umur politiknya kalau mengguris hati Rosmah dan Najib.


Semua orang tahu pemimpin Umno pantang ditegur dan dikritik. Siapa yang menegur dan mengkritik pemimpin maka karier politik bolehlah dikira berakhir lebih-lebih lagi Menteri Agama. Sebab itu Menteri Agama tidak kekal lama, silih berganti.

Kantoi : Umno Terkedu Apabila Anwar Disambut Pemimpin Hamas Palestin

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaraqawi dan Pemimpin Hamas Palestin, Khalid Mash’ad di Qatar untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.  Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.

Tak iktiraf pemecatan, Zamil mula Kempen Singkir Zaid ..ha.ha.. 2 X 5...5 X 2 = 0....!!!!!


zamil ibrahim
SHAH ALAM – Sambil menegaskan dirinya masih Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah yang sah, Zamil Ibrahim bertekad untuk berkempen memastikan Datuk Zaid Ibrahim berundur diri daripada terus menerajui parti itu.
Zamil dipecat dari Kita minggu lalu oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu.
Katanya, antara usaha yang dijalankan beliau ialah Kempen Singkir Zaid (KSZ) bagi mengajak ahli-ahli parti untuk menyingkir Zaid.
Kempen itu dilancarkan semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi kesediaannya untuk menerajui parti itu.

PRU13: Hadi sedia akur keputusan parti


Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia akur dengan apa juga keputusan parti sama ada beliau akan dicalonkan semula atau tidak pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya ikut keputusan parti, tengoklah apa parti akan putuskan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat hari ini turut membincangkan isu kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bersedia untuk tidak bertanding  pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Alasannya adalah untuk memberi peluang kepada muka baru selain membolehkannya memberi sepenuh tumpuan kepada tanggungjawab mentadbir parti.

Luahan penyokong k'jaan isu bantuan RM500 BR1M



Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.

Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu utama di pejabat tersebut ketika ini.

Hundreds of Palestinians join hunger strike

Demo Bantahan JKKK Rampas Tanah Sekolah

Today in History for Tuesday, February 12th

Asri: Langkah hantar kolumnis Saudi pulang tepat

Asri berkata Hamza tidak harus mengguna Malaysia sebagai tempat berlindung memandangkan ia sebuah negara Islam. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju dengan langkah Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari sekiranya terdapat perjanjian kerjasama antara Malaysia dan negara itu. Justeru kata Asri, adalah lebih baik pentadbiran Najib mendedahkan maklumat perjanjian itu bagi mengelakkan sebarang polemik daripada terus berlaku.

LELAKI Pakai Seluar KETAT Semasa TOMOI - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sertai TOMOI - Ustaz Azhar Idrus

Bendahari KELAB Ganti Duit - Ustaz Azhar Idrus

Hukum ANAK ISTERI Tak Ikut Arahan AYAH - Ustaz Azhar Idrus

Hukum PELARIS Perniagaan & Percaya BOMOH - Ustaz Azhar Idrus

The Big Apple's Little Syria

Akta Perhimpunan Aman Memperkasakan Hak Rakyat Berhimpun Kata Prof. Zainal

Peruntukan Berterusan RM4 Juta untuk Sekolah Tamil

Dato' Wan Rahim - Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan

Presiden PAS: Isu KUIN akan diselesaikan secara damai

Audit : Yayasan selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN

Merenung Kejujuran Hud-Hud Dan Ketegasan Nabi Sulaiman A.S


Banyak kisah ditampilkan di dalam Al Quran memiliki pengajaran yang relevan sepanjang zaman dengan kehidupan sosial kita. Al Quran telah menampilkan sejumlah tokoh-tokoh tauladan dan tokoh-tokoh pengajaran agar dijadikan renungan tentang akibatnya kepada masyarakat. Ada kisah pembela kebenaran yang terdiri dari Para Nabi, Rasul dan orang-orang yang soleh, ada juga tokoh pelopor kezaliman seperti Firaun, Tsamud, 'Ad, dan Abrahah

Selain dari tokoh-tokoh dari bangsa manusia, ada juga kisah yang menampilkan pelajaran dari bangsa haiwan. Kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud merupakan salah satu contoh kisah pengajaran yang terkandung di dalam Al Quran. Kisah ini dirakamkan di dalam surah An Naml ayat 20 hingga 28 supaya ia menjadi pengajaran kepada manusia, kisah mengenai sebuah kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seseorangpun setelah kewafatan Nabi Allah Sulaiman A.S.

"Wahai Tuhanku! Ampuni kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tiada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya" - Surah As Shad:35, Al Quranul Karim

Isu agama senjata akhir Umno?


Oleh RUHI HAYATI THANI
ADA suatu catatan panjang mengenai bagaimana Umno dan British menipu Melayu dengan menggunakan isu agama ketika zaman darurat komunis. Inilah catatannya. Pertamanya, kita mesti sedar bahawa yang paling ditakuti penjajah British ialah ketika Melayu bangkit menentangnya atas nama agama, rajaraja dan penentangan bersenjata.


Penentangan ini wujud ketika zaman penaklukan British sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada 1942-1945.

Wajah hodoh Umno menjelang PRU13 semakin tersingkap

Dalam negara kita, tempoh pemerintahan Umno-Barisan Nasional sudah menjangkau hampir 60 tahun. Merhttp://1.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SmGd4jB_KRI/AAAAAAAAHY0/C79lePr26W8/s1600/no_to_BN.jpgeka dikurniakan kuasa oleh penjajah British sejak sebelum merdeka dan menguasai negara selepas 12 kali Pilihan Raya Umum.
Dengan tempoh penguasaan sebegitu lama, Umno-BN merasakan mereka cukup kebal dan supreme. Mereka merasakan dua belas kali kuasa yang diberikan pada setiap PRU, menjadikan mereka parti yang seolaholah tidak boleh digoyah dan digugat.

AWAS PERANGKAP GENG SONGKOK TINGGI !

PERANGKAP POLITIK KONOTASI KEPARAT!

Oleh : NASPAZI
PASUKAN tentera Agas dan Semut adalah ketumbukan tentera elit British bersama dengan Amerika, Australia dan New Zealand yang dihantar di Banjaran Crocker dan lembah Bario menjelang akhir perang dunia ke-2 dalam kempen Amerika melancarkan pengeboman secara besar-besaran bagi membebaskan Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan dari penaklukan Jepun.
Mengapa pasukan tentera Agas dan Semut ditempatkan di Banjaran Crocker dan lembah Bario? Jawapan mudahnya adalah, bukan kerana politik dari rimba peribumi Sabah dan Sarawak yang memahami taktik peperangan moden, tetapi kerana pengasingan dan bentuk pergunungan di sekitarnya yang membenarkan mereka untuk terus hidup, lantaran hampir tidak disentuh oleh perang dan pendudukan Jepun (Disember 1941-September 1945).
Selepas Penang Dunia Ke-2 tamat dan berakhirnya penjajahan Jepun di Asia Tenggara; Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura telah kembali menjadi koloni British semula. Namun, atas dasar semangat Komanwel, koloni British di Asia Tenggara memang akan dimerdekakan secara berperingkat yang bermula dengan kemerdekaan Malaya pada 1957 dan berakhir dengan kemerdekaan Brunei pada 1984.
North Borneo (Sabah) memasyhurkan kemerdekaannya di Padang Bandaran Kota Kinabalu pada 31 Ogos 1963. Malangnya, kedaulatan kemerdekaan negara Sabah hanya bertahan selama sepuluh tahun (1963-1973). Dengan kata lain, selepas 1973 hingga kini negara Sabah telah menjadi koloni ke-12 Malaya.
Fakta sejarah yang tulen jelas menyatakan bahawa, Malaya dan Sabah adalah sama-sama tiada maruah kerana sama-sama menjadi koloni British sebelum 1957 dan 1963. Tetapi, selepas Sabah dibebaskan dari menjadi koloni British, kini Malaya pula yang menjadikan Sabah tiada maruah kerana dijadikan koloni Malaya yang ke-12. Kalau begitu, apalah ertinya Sabah bebas dari menjadi koloni British?

Cuepacs mahu kenderaan k'jaan dikecuali dari tol

NONESelepas membuat saranan supaya kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

"Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan," katanya di Kota Bharu, hari ini.

Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans.

- Bernama

Syria : SPMM Gesa Giatkan Kempen Cakna Isu

Nilai, 12 Feb : Pergolakan di negara Islam Syria yang terus bergolak semakin mendapat perhatian umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Rejim Presiden Basyar al-Assad yang terus menggunakan kekerasan tentera untuk mempertahankan kekuasaannya yang tergugat rentetan dari revolusi ‘Arab Spring’ dikecam umat Islam seluruh dunia.
Isu ini turut menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa dengan bantahan daripada 107 orang ulama termasuk Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

MB: Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN



SHAH ALAM 12 FEB : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun.
Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah.

Tindakan Putrajaya usir kolumnis Saudi kejam, kata Surendran

KUALA LUMPUR, 12 Feb - Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.
“Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.

Saya akan berundur jika ditewaskan, kata Zaid

NONEBeberapa hari selepas mengumumkan niatnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) presiden parti itu Datuk Zaid Ibrahim terus dibidas ahli-ahli di beberapa negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, Zaid kelihatan cuba menawarkan kompromi bagi ahli-ahli parti untuk memilih sama ada pembubaran ataupun memecat ahli-ahli yang bermasalah.

Zaid (kanan) berkata cadangan berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif  parti (CEC) akan datang.

Janji PRU : Najib Umum Dana Pemudahan RM200 Juta Untuk Projek Danga Waterfront..Sejak zaman TPM jadi MB tak siap lagi..!!!!

Post Pic
JOHOR BAHARU, 12 FEB: Projek Pembangunan Pinggir Air Danga (Danga Waterfront) telah mendapat perhatian kerajaan apabila kabinet bersetuju menyediakan dana pemudahan sebanyak RM200 juta untuk projek berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan untuk menyediakan dana itu, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan ke atas projek tersebut.

Rafidah...Populariti Najib Saja Tidak Cukup Untuk BN Menang PRU13

Post Pic
KUALA LUMPUR, 12 FEB:  Populariti dan personaliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sahaja tidak mencukupi untuk Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, demikian kata bekas Ketua Wanita Umno,  Tan Sri Rafidah Aziz.

Rafidah, dalam satu temubual  dengan akhbar New Straits Times Press (NSTP), hari ini, berkata walaupun beliau yakin BN mampu memenangi PRU-13 akan datang, semua  komponen parti gabungan berkenaan perlu berusaha memperbaiki jentera pilihanraya bagi memastikan jurang majoriti kemenangan yang selesa.

PAS berhak ajak kepada kebaikan, banteras maksiat


KUALA LUMPUR, 12 Feb: Hak untuk mengajak rakyat Malaysia ke arah kebaikan dan membanteras maksiat dan keburukan adalah merupakan hak demokrasi PAS.


Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Razali (gambar) ketika mengulas ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan usaha PAS untuk menghalang Sambutan Hari Kekasih di kalangan umat Islam di negara ini.

“Sambutan Hari Kekasih bercanggah dengan Islam, sebagai seorang Islam mereka perlu terikat dengan hukum hakam beragama sebagai menggambarkan disiplin beragama,” jelasnya kepada Harakahdaily.

PAS dakwa isu 'KUIN 5' akan selesai aman damai

NONEPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung pengajian mereka berada pada tahap akhir dan meminta pihak yang bertelagah menyelesaikannya secara damai.

"Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan peguam pelajar Hanipa Maidin (yang juga ahli majlis pusat PAS), saya minta semua pihak menyelesaikan secara damai.

"Saya telah berjumpa, dan semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini, secara damai... Penyelesaian sudah sampai ke peringkat penghujung,"kata Abdul Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden PAS itu berkata beliau bertemu dengan Azizan Sabtu lalu. Bagaimanapun Azizan tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Bercakap pada sidang media di Taman Melewar, Abdul Hadi berkata menteri besar, kolej dan pelajar yang terbabit juga akan membuat pengumuman berhubung isu tersebut.

Politik Mafia : Umno MELAKA masih TIDAK BERTAMADUN



Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan berceramah di Paya Rumput malam ini. Namun awal-awal lagi Umno telah menganggu ceramah tersebut dengan mendirikan khemah berhampiran jalan masuk ke tempat ceramah. Besar kemungkinan mereka akan menganggu ceramah tersebut dengan mengadakan ceramah berdekatan yang akan menyebabkan gangguan kepada rakyat untuk mendengar ceramah PR.

Inilah standard Umno Melaka yang jelas TIDAK BERTAMADUN .....

Gambar : Khemah-khemah didirikan di jalan masuk ke program PKR

JKKK UMNO RAMPAS TANAH!!! Penduduk buat demo, Adun UMNO cabut lari?

Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.

Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar.

Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu.

Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera.

Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari.

Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Tee Keat to be the first ever Chinese 'Mentri Besar' of Selangor?

Tee Keat to be the first ever Chinese 'Mentri Besar' of Selangor?Speculation is swirling on both sides of the political divide that Pandan MP and former MCA president Ong Tee Keat will be made the first Chinese Mentri Besar or chief minister of Selangor, if the Umno-BN coalition manages to retake the state in the 13th general election, widely expected to be held this year.
Whether or not, Prime Minister Najib Razak is serious or is just flying a trial balloon to gauge public reaction remains to be seen, but it is clear that his Umno-BN coalition is quite desperate to win back Selangor. The state is the richest in the country and was lost to the Pakatan Rakyat alliance led by Opposition Leader Anwar Ibrahim in 2008.
"This talk has been buzzing for a while but no one gave much credence to it because of Umno's Malay-first stance. But Tee Keat's recent appointment as BN division chairman, which Umno itself pushed for, has added weight to the speculation. Of course, the overall Selangor BN chief is still an Umno man, but this is the hottest talk in Selangor BN at the moment," a political source told Malaysia Chronicle.

Rafizi: SPRM Perlu Segera Siasat Muhyiddin



SHAH ALAM 12 FEB: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).
Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Apa muslihat Muhyiddin jumpa guru Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 12 Feb: Kalangan ibu bapa melahirkan rasa hairan dengan program lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sekolah-sekolah di kawasan ini sekarang.

Lebih menghairankan mereka apabila lawatan tersebut bukan hanya melibatkan sebuah sekolah, tetapi kesemua sekolah di kawasan itu, pada hal tindakan seperti itu tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Johari Abdul Rahman, 42, berkata, program lawatan Muhyiddin ke sekolah-sekolah di Hulu Selangor itu diyakini mempunyai muslihat tertentu bagi kepentingan politik Umno BN.

PRU 13 : Desakan popular, Nik Aziz, Hadi terus bertanding

NONEMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ahli peringkat akar umbi menyokong padu kedua-dua tokoh itu.

Abdul Hadi, yang sebelum ini meluahkan hasratnya untuk tidak bertanding, hari ini berkata beliau lebih cenderung menumpukan perhatian bagi mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya, tetapi keputusan muktamad adalah dengan parti.

Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?


KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.


Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.

“Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.

DAP saran Najib belajar mohon maaf dari BBC

najib lim guan eng cycle event 250911 3Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mencontohi Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan memohon maaf  kepada rakyat kerana  "memalukan negara".

"Najib Razak perlu mengarahkan Pejabat Menteri Perdana (PMO) supaya memohon maaf kerana membelanjakan RM84 juta untuk menggilap imej pentadbirannya di rangkaian penyiaran global, sama seperti BBC memohon maaf kerana menerima bayaran sebagai pertukaran memaparkan imej positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod amalan demokrasi dan rasuah yang buruk, " kata Lim.

Permohonan maaf BBC memalukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan yang melibatkan Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman BBC semalam, media antarabangsa tersebut mengakui terhadap sebilangan “kecil” program yang disiarkan dalam BBC World News antara  Februari 2009 hingga Julai 2011 telah melanggar protokol dalaman yang diwujudkan untuk menjaga integriti editorialnya.

Hadi: Percanggahan pendapat perkara biasa

pakatan convention alor setar abdul hadi awangPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui terdapat percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi berkata perbezaan itu sebagai "perkara biasa" dan bukan "satu masalah besar".

"Ya, (percanggahan itu) perkara biasa. Pakatan melihat perbezaan (pandangan) itu ada, dan mengutamakan titik persamaan untuk menubuhkan kerajaan yang adil untuk rakyat seluruhnya. Dan kita terima titik persamaan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.

"(Percanggahan) itu, tidak besar. Dalam Umno ada percanggahan pendapat, antara Tun Dr Mahathir dengan perdana menteri. Ada percanggahan pendapat dalam MCA bahkan ada krisis.

Penganalisis : PRU 13 selepas isu SBPA selesai

Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas isu skim saraan baru penjawat awam (SBPA) berjaya diselesaikan, kata penganalisis tempatan, Prof Dr Mohd Agus Yusof.

Bagaimanapun, kata pensyarah UKM itu jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.

Kerajaan dedah kewangan Yayasan Selangor, Unisel


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengambil contoh Yayasan Selangor, institusi milik kerajaan negeri itu diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di Selangor.

"Ini bukan perkara yang aneh pada saya sebab kita akan audit (semua akaun syarikat dan agensi milik kerajaan negeri) setiap enam bulan dan sasaran saya selepas tiga bulan kita sudah mula audit.

Politik Mafia : Adam Adli Sasaran Utama Serangan Samseng

Klang, 12 Feb : Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.
Program malam tadi itu diberitakan adalah satu usaha bagi menyatukan suara anak muda dan mahasiswa dalam mengetengahkan isu-isu yang melanda kepada masyarakat.
Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan kumpulan siswa berkenaan terutamanya Adam Adli, yang dikenali ‘Si Penurun Bendera’.

NFC and Shahrizat: Not just political patronage but also about personal morality

NFC and Shahrizat: Not just political patronage but also about personal moralityThe NFC fiasco has been haunting a number of VVIPs, including several Ministers and even a few corporate figures. The scandal gained momentum after the Accountant-General's Report was released, confirming weaknesses in the way the project was being managed.
But it is not only about the misappropriation of a huge government loan granted to kick-start the agricultural project, it is also a serious question of morality and the extent of political patronage in our system. These have made the people unbelieving of the explanations given by the government and the Shahrizats themselves.
Impossible for Salleh to get NFC without Shahrizat's position
NFC is a project in the cattle rearing industry aimed to reduce the nation's dependence on imported beef and other dairy products. The project was approved by the Cabinet through the Finance Ministry Incorporated under the responsibility of the Agriculture Ministry. For the record, not any Tom, Dick and Harry could have secured such a project with a loan financing of more than RM250 million spread over a period of more than 20 years for repayment, etc.

Maldives political crisis continues

Bertanding di Johor Salahudin serah pada parti

Brown haze cause health problems in India

باباعمرو دبابة تقصف الحي والاهالي يردون بالدعاء (Kereta Kebal Assad Bedil Masjid Yang Bertakbir)

Surat Terbuka Buat Datin Seri Rosmah Mansor ( Laki Najib ) Dari Seorang Pelajar

Zul Mamak
Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

MB : Keselesaan Penduduk Lebih Berharga Dari Taraf "Bandaraya"



SUBANG JAYA, 12 FEB : Kerajaan Selangor mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menumpukan perhatian kepada menyediakan persekitaran yang mesra penduduk berbanding dengan mengejar taraf bandaraya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkembangan yang berlaku di kebanyakan kawasan dan daerah di Selangor amat memberangsangkan termasuk di Subang Jaya dengan pertumbuhan ekonomi yang sungguh menggalakkan.
"Kajian kita menunjukkan Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam adalah ketiga-tiga tempat yang mana pendapatan perkapita masyarakat melebihi pendapatan perkapita seluruh Malaysia.

Pas Jangan Terus Keasyikan Dengan Kuasa


Oleh Mohd Sayuti Omar
Baru ini  telah sempurnalah satu seminar untuk mengenang suka duka perjuangan Pas Kelantan; kalah dan menahttp://3.bp.blogspot.com/-vg5CoL2oIT0/TzX0ewd8GuI/AAAAAAAALKA/YCoZZsFoTCw/s1600/Seminar%2BNik%2BAziz.jpgng dalam tempoh tiga dekad. Seminar itu dinamakan Seminar Tiga Dekad – Jatuh Bangun Pas Kelantan. Ia diadakan di kompleks Pondok Telosan Pasir Tumbuh Kelantan.

Relevansi seminar itu diadakan di pondok secara santai bagi mengembalikan nostalgia sejarah kewujudan Pas di pondok. Seperti mana kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat fitrah kewujudan Pas dan pendokong tegarnya ialah dari kalangan guru-guru pondok. Jadi wajarlah kalau Pas sesekali membawa generasi pasca 60-an ke pondok bagi mengingati memori itu. Ingatan ini seharusnya bukan saat menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.

Fitnah Apa Lagi Selepas Ini ?


Oleh Musli Oli
Dalam lawatan ke luar negara minggu lalu Datuk Seri Anwar telah mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin HAMAS, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi. Khaled Mashal adalah pengerusi HAMAS.
 
HAMAS ialah kumpulan Palestin yang terbesar menentang keganasan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu mempunyai matlamat jangka pendek mengusir tentera Israel dan penempatan Israel di kawasan tanah Palestin yang diduduki mereka

Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya - Husam

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.