Jumaat, 10 Februari 2012

Gaji Tentera Naik 2012 Daripada RM800 Kepada RM1,125 Sebulan & RM2,100 Kepada RM2,400 Sebulan


gaji tentera naik Gaji Tentera Naik 2012 Daripada RM800 Kepada RM1,125 Sebulan & RM2,100 Kepada RM2,400 Sebulan
Skim kenaikan gaji tentera 2012 yang baru sahaja diumumkan ini tiada kena mengena dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana skim ini sebenarnya sudahpun dirancang lebih awal lagi. 

Butiran Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia  2012

Berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) :

CTOS Malaysia (Credit Tip Off Sdn Bhd) Menjalankan Perniagaan Tidak Sah? Respon Anda Terhadap CTOS?


ctos malaysia CTOS Malaysia (Credit Tip Off Sdn Bhd) Menjalankan Perniagaan Tidak Sah? Respon Anda Terhadap CTOS?
Baru-baru ini kalau anda ada menyemak laporan Bernama mengenai kes saman CTOS Malaysia terhadap bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri M Kayveas ada yang menarik untuk kami kongsikan di sini. Sebenarnya kes berkaitan dengan CTOS Malaysia ini telah lama diperbincangkan dan mendapat pertikaian ramai…. 

Antara Kenyataan Datuk Seri M Kayveas di Mahkamah Mengenai CTOS Malaysia?

Spy on the Wall: Video Conferencing at Risk

Syria's second city hit by explosions

Iranian Ninjas

15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

Madrasah Tarbiah Yang Unggul

Oleh: naifus

"Rasulullah saw tidak mempunyai manhaj selain Al Qur’an. Baginda tidak mempunyai universiti, institut atau sekolah untuk mendidik selain masjid. Murid-muridnya adalah Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan sahabat-sahabat lainnya.

Dari madrasah itulah peradaban Islam bermula untuk mengubah dunia dengan manhajnya.
Adakah kita melihat sebuah madrasah yang lebih bersih dan lebih cerdas dari madrasah itu?

Satu kaum yang duduk di atas pasir. Universitinya dihamparkan oleh pelepah kurma dan mereka sering dibasahi oleh hujan sambil menunggu sesuatu yang turun dari langit.

Formula UMNO (Zaman Mahathir, Pak Lah & Najib)


Dahulu masa zaman Mahathir, orang ramai sakit hati dengan pemikiran moden yang membawa kepada kebencian pada puak agamawan. Masa zaman Mahathir, Kelantan dikatakan mundur. Janggut Nabi S.A.W menjadi bahan ketawa Mahathir. Sekolah Agama Rakyat ditutup. Bahasa Jawi dihapuskan. Bahasa Inggeris diangkat dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Kesimpulannya, zaman Mahathir puak agamawan digambarkan sebagai puak yang mundur dan miskin.

Akibatnya, keruntuhan moral berlaku dengan dahsyat ketika zaman Mahathir. Sungguhpun pembangunan teknologi di Malaysia bertambah pesat, akan tetapi pembangunan rohani terbukti gagal. Perkataan bohsia dan bohjan lahir pada era pemerintahan Mahathir. Gejala Mat Rempit semakin menjadi-jadi di zaman Mahathir sehingga tertubuhnya geng kongsi gelap lumba motor yang lengkap dengan logo sekali.

Penganut Hindu pun rasa tersinggung...

Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.
Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah.

Murtad: AKU SETUJU DENGAN HARUSSANI

Dia kata pada Ustaz Asri, jangan cari publisiti. 
Saje je wat tajuk kat atas tuu ... TAPI .. 
Aku nak tanya sikit kat Harrusana sini .... 
"HANG BERAPA LAMA JADI MUFTI? APA USAHA? APA KEMAJUAN?"
Kang kalu aku cakap lebih, ada yang marah plak .. 
LU PIKIR LA SENDIRI !

Inkues 907: Gas pemedih mata tidak dikesan pada Baharudin - Ahli Kimia

KUALA LUMPUR - Bahan kimia yang digunakan dalam gas pemedih mata tidak dikesan pada badan dan pakaian pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Ahli kimia Dr Mohd Sukri Hassan, 50, berkata bahan kimia iaitu CS (2-chlorobenzylidene malononitrile) tidak dikesan selepas beliau membuat analisis terhadap beberapa spesimen termasuk palitan yang diambil pada tangan Baharudin, mata, darah, kandungan perut dan pakaiannya secara berperingkat selama dua minggu bermula 13 Julai 2011.

SPRM: Siasatan babitkan 2 Adun PKR selesai

PUTRAJAYA
10 Februari 2012
SPRM anjur kejohanan futsal
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan lengkap Jabatan Peguam Negara terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Selangor, yang didakwa terlibat dalam isu rasuah dan skandal perlombongan pasir di Selangor, telah diperoleh dan akan dibentangkan kepada Panel Penilaian Operasi akhir bulan ini.
Sehubungan itu, SPRM akan mengemukakan laporan siasatan kepada panel berkenaan untuk mengkaji, meneliti dan mengesyorkan hasil daripada keputusan itu.

2 bayi maut, 2,236 dijangkiti Rotavirus di Perak

Rotavirus
TAPAH - Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan
tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

GAMIS: Menyuburkan budaya dialog dan debat intelektual terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu.  Mereka lebih cenderung menilai agenda yang ditawarkan oleh parti-parti politik dan seterunya memilih parti yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Mereka bukan lagi taasub kepada satu parti politik, hasilnya, setiap parti politik berusaha keras merencanakan agenda yang dibawa bagi memastikan persepsi positif pengundi sentiasa konsisten terhadap mereka.

Political will (keazaman politik) bagi sesebuah parti politik menjadi satu perkara yang penting bagi rakyat menilai kesungguhan parti politik membawa agenda yang telah direncanakan iaitu bukan sekadar omongan kosong, ia perlu direalisasikan.

Lajnah Pendidikan PAS tubuh Pendidik 12 Feb


 
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Lajnah Pendidikan PAS Pusat bakal melakar sejarah baru dalam dunia pendidikan tanah air kerana akan menubuhkan NGO bagi warga pendidik iaitu Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) pada 12 Februari  ini.

Program yang bermula jam 2.00 hingga 5.30 petang itu akan diadakan di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor, Kampung Delek, Selat Klang, Selangor.

Pengarah program, Normala Sudirman (gambar) berkata, program anjuran Lajnah Pendidikan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat melibatkan peserta yang terdiri daripada Ketua DMPP dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri / Wilayah Persekutuan atau wakil dengan minima 5 orang.

BN rangka strategi rampas semula Pulau Pinang

penang land scam issue 290708 hilmi yahyaBarisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin beberapa strategi yang diatur parti-parti komponennya mampu merampas kembali negeri ini daripada pentadbiran DAP pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
  
Setiausaha BN Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ketika ini semua jentera parti sedang giat mengadakan program turun padang mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.
  
"Aktiviti kemasyarakatan sedia ada seperti tinjauan mesra memang dilakukan dan dengan beberapa strategi lain yang telah diatur juga dijangka mampu mengembalikan Pulau Pinang kepada BN," katanya kepada Bernama.
  

Gunfire shakes northern Lebanese city

Greece govt stuck between protesters and troika

Civilised parting to dysfunctional marriage

Young voters could decide next Mexico president

Egypt's political fractures

Keluarga Sharizat belanja atasi 523 sekolah Tamil?


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan BN telah membelanjakan RM200 juta untuk sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009.


“Adakah jumlah ini cukup besar untuk dibanggakan?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tronoh mendakwa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

Katanya, perbelanjaan RM200 juta itu tidak memadai untuk menaik taraf semua sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada.

Menurutnya, banyak sekolah Tamil di negara kita berada dalam keadaan yang usang dan perlu dinaik taraf dan diperbaiki dengan segera tetapi kerajaan tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah sekolah-sekolah itu.

Kes Altantuya: Azilah belum fail petisyen rayuan

Tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu masih belum ditetapkan berikutan seorang daripada mereka iaitu Cif Insp Azilah Hadri masih belum memfailkan petisyen rayuannya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Kanageswari Nalliah menetapkan 9 Mac untuk tarikh pengurusan kes akan datang bagi membolehkan peguam yang mewakili Azilah mendapatkan semua rekod rayuan dan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya memfailkan petisyen rayuan.

Hishamuddin Rais: Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya!

"Kita di jalan raya itu bukan (kerana) kita menolak pilihan raya.  Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya.  Ini jelas!"

Demikianlah penegasan Hishamuddin Rais (gambar kanan), aktivis sosial yang mendukung demonstrasi jalanan untuk menuntut pendemokrasian.  Koleksi tulisan beliau pernah diterbitkan dengan judul "Pilihan raya atau Pilihan jalan raya" ketika zaman "Reformasi", malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) selama dua tahun.  Beliau yang masih giat terlibat dalam demonstrasi jalanan, diajukan soalan sebagaimana tajuk bukunya, dalam satu forum semalam.

Najib Lakukan Kerja Syirik, Kenapa Jamil Khir & Hassan Ali Tidak Bersuara?

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

Berapa lagi perjanjian pinjaman seperti NFC?

Saya merujuk kepada kenyataan Wan Shahinur Izmir Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan.  NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.

Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru:

Rosmah akan terima ijazah kehormat dari Curtin...ha.ha..PHD OF SHOPPING...!!!

NONEIsteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Curtin di Australia hujung minggu ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

"Ada orang di sini yang bercakap perkara-perkara buruk terhadapnya, tetapi lihat bagaimana rakyat negara lain (Australia) menghargai sumbangannya dengan memberi ijazah doktor falsafah kepadanya," kata Mohamad pada kira-kira 2,000 hadirin di Rahang, Seremban.

Najib dan Rosmah dijadual ke Australia lewat hari ini, tetapi ia tidak disahkan di mana Rosmah akan menerima doktor falsafah berkenaan kerana Universiti Curtin mempunyai dua kampus - satu di Perth dan satu lagi di Sydney.

Jalan Sultan: DPCKLS seru MRT Corp selesai dengan ikhlas

Ketua Eksekutif MRT Corp, Azhar Abdul Hamid mengatakan pelaksanaan projek Transit Aliran Massa (MRT) di Jalan Sultan tidak akan mengambil sebarang tanah dan merobohkan bangunan di sepanjang laluan itu.  Aktiviti-aktiviti harian penduduk kawasan terlibat juga tidak akan diganggu.  Beliau hanya minta penduduk setempat untuk pindah keluar dari kawasan projek buat sementara bagi tempoh selama 6 bulan sahaja.  Di satu sisi yang lain, beliau megakui proses pengambilan tanah sedang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Duit RM50 Ribu Adalah Satu Pembohongan Paling Besar - Shuhaimi Shafiei

Dakwaan Raja Petra Berniat Jahat, Tidak Berasas - Adun Seri Muda

Selangor Tumpu bidang Pendidikan, Kesihatan, Pelancongan

Mat Sabu: Perubahan pemerintahan bukan matlamat akhir perjuangan rakyat

"Saya akui, perubahan pemerintahan itu bukan matlamat akhir perjuangan rakyat.  Dia mesti menegakkan justice dan keadilan.  Sebab itu saya cukup suka apabila melihat munculnya kumpulan ABU ini," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebelum menambah, bahawa beliau melihat ABU "...boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau menyeleweng nanti."

Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang.  Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi.

TAK NAK! 1CARE

Khairy Jamaluddin Vs Rafizi Ramli UKEC Debate: Vision 2020 [FULL]

‘Gadai Akidah’ - Senyap jerk..!!!


(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)
Najib ‘gadai akidah’ hadir Thaipusam - Harussani

Johor sasaran baru PAS?

A. Kadir Jasin
Pengesahan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, yang Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub, akan pulang bertanding di Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidaklah memeranjatkan.Ia adalah selaras dengan strategi parti itu dan selari dengan keyakinan baru yang diperoleh ketika dan selepas PRU 2008.Lagipun, kalau PAS benar-benar mahu menjadi parti Melayu/Islam kebangsaan dan alternatif kepada Umno, haruslah mengembangkan sayapnya ke semua negeri, apatah lagi Johor yang berupa negeri Melayu dan kubu Umno.
Sekiranya PAS berjaya menembusi hatta sedikit sahaja kubu terakhir Umno itu, ia sudah boleh dianggap sebagai kemenangan moral yang besar.
Sedikit tembok kubu itu telah berjaya ditembusi pada PRU 2008 apabila PAS memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Abong.

How much for the Scorpenes?

The actual cost of the two French submarines sold to Malaysia could be half of the total amount paid.
PARIS: According to different sources in France, the two Scorpene submarines sold to Malaysia would have cost about 670 million euros (RM2.1billion in 2002*), about half of the total deal.
The sale of the two Scorpene submarines to Malaysia, signed in June 2002 by the DCN-I in France and managed by the commercial company Armaris one month later, is part of a larger programme called Soumalais. This programme is divided into four contracts – Scorpene, Malsout, Training and Ouessant.
According to the report of the French Ministry of Defence in 2002-2003, total orders for the Malaysian Navy in 2002-2003 were estimated at 686.5 million euros, of which 671. 2 million was for submarines. Knowing the average price of a Scorpene submarine, the question is if it was the price for one or two submarines.

Abang Teoh Beng Hock Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi

Post Pic
SHAH ALAM, 10 FEB:  Abang kepada Teoh Beng Hock hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini 1 Dis tahun lepas yang menolak permohonan keluarga mendiang untuk menyemak keputusan terbuka inkues mengenai kematian setiausaha politik kepada seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu. 

Teoh Meng Kee memfailkan notis rayuan itu melalui peguamnya Gobind Singh Deo di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 2.45 petang.

TG Nik Aziz Ikon Keluarga Mawaddah Kelantan.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/429253_10150536726021743_138063856742_9481211_1181222697_n.jpg

Wabak-wabak dalam organisasi

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN
KITA selalu menghalakan tumpuan pada sudut pandang yang kurang tepat apabila melihat sesuatu. Kebanyakan kita melihat sesebuah institusi yang hebat dan gah itu apabila ia mempunyai aset yang besar, keupayaan mendatangkan pulangan yang lumayan, bangunan yang tinggi, kakitangan yang ramai dan nama yang terkenal.


Namun, sebenarnya tidak akan sempurna kehebatan institusi berkenaan tanpa organisasi yang mantap di dalamnya. Membina sebuah institusi yang kukuh dan teguh bukanlah satu perkara yang mudah.

Umno di ambang sakratulmaut: Najib ada kuasa misteri?


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Walaupun saya lebih cenderung dengan pendapat bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 tidak akan berlaku dalam waktu terdekat, namun ia bukan bermhttp://2.bp.blogspot.com/_Hh4A9Mk5ADI/SsyBqhqdGLI/AAAAAAAABwA/q-L02hJKNV0/s400/keranda+UMNO.jpgakna segala persediaan intensif jentera Pakatan Rakyat selama ini boleh dikendurkan.

Ia harus dilihat sebagai suatu peluang terakhir untuk memperkemas persiapan berdepan "pertarungan paling sengit yang sukar dijangkakan". Rata-rata pemerhati berpendapat PRU13 adalah kesempatan terbaik buat rakyat Malaysia menukar kerajaan persekutuan -- potensi yang tidak pernah dinikmati generasi sebelum ini.

Kerakusan Mahathir Punca UMNO Tandus Pemimpin Berwibawa


Oleh Sahbudin Husin
Salah satu isu yang masih membelenggu UMNO hari ini ialah tandusnya pemimpin berwibawa dalam parti itu. Selahttp://dppwp.files.wordpress.com/2011/12/mahathir-1.jpgn berbagai macam skandal dan penyelewengan bertamu di depan mata setiap hari berkaitan dengan UMNO dan para pemimpinnya, ketiadaan pemimpin yang benar-benar berwibawa, bersih daripada skandal dan boleh diterima ramai, menambahburukkan lagi sokongan rakyat terhadap UMNO.

Siapa cemar masjid dengan babi

Oleh Subky Latif
DALAM waktu yang singkat ini sudah tiga masjid dicemar dengan melempar kepala babi ke dalamnya. Yahttp://1.bp.blogspot.com/__CuqefiQHFU/S8klkEOJELI/AAAAAAAAAbw/7ElWmNcpCyY/s400/tanda-tanya-240x300.jpgng pertama di Johor. Kemudian di Rawang dan yang terakhir di Sentul. Ia angkara siapa?
Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan menjadi cabaran kepada sekalian rakyat Malaysia yang berbilang agama. Orang Islam merasa sakit hati atas kejaadian itu dan kepada pihak yang melakukannya.


Najib, Muhyiddin perlu dedah butiran perjanjian NFC

NONEPKR hari ini menuntut perdana menteri dan timbalannya supaya mengarahkan pihak-pihak bertanggungwab termasuk syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman mudah RM250 juta yang diterimanya daripada kerajaan diumumkan kepada orang.

“Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum.

“Ini supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini.

Panel SPRM bincang tiga kes profil tinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membincangkan tiga kes berprofil tinggi, termasuk melibatkan National Feedlot Center dalam satu mesyuarat jawatankuasa penilaiannya pada 23 Februari.

Satu kenyataan dikeluarkan suruhanjaya itu menyebut, perbincangan itu juga melibatkan siasatan ke atas dua orang ADUN PKR Selangor – Amirudin Shari dan Shuhaimi Shafiei – berhubung dakwaan penyelewengan dan sindiket kecurian pasir di negeri itu.

Satu lagi kes yang akan dibincangkan melibatkan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Siapa munafik..?? - Ustaz Azhar Idrus

Berinai dirambut - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan Warnakan Rambut - Ustaz Azhar Idrus

Hukum ASB (Amanah Saham Bumiputera) - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lafaz AMPUN TUANKU / SEMBAH PATIK - Ustaz Azhar Idrus

Egypt's Islamist-military 'coup'

Istimewa Irfan Fakhri

Thaipusam 2012 - One Night In Batu Caves

Garzon supporters rally in Madrid

Syrian bloodshed spreads to Aleppo

Pemuda Pas demo protes kekejaman Syria

Syria: Stopping the Bloodshed

Ustaz Abdullah Yaacob - Ceramah Anak Muda Tolak UMNO (Kuala Balah)

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 3)

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 2)

Ustaz Hafiz Musa: Program Anak Muda Jeli (part 1)

Ustaz Hafiz Musa - Ceramah Anak Muda Tolak UMNO (Manek Urai)

Rumah Mampu Milik Batu Kawan

PAS minta Ahmad Said tarik balik tuduhan PAS Parti Ajaran Sesat

Zaid: PAS deputy chief offered me seat to contest

SPRM maklumkan tiada salah guna kuasa: Shuhaimi

Mat Suhaimi: RPK berbohong

Sidang Media Malam Mesra Media

Rafizi Ramli - from PKR critic to reluctant politician

Kadir: Umno sudah terpesong

Kadir: Apa dah jadi dengan Umno...

Allow leeway to criticise, Kadir tells Umno bosses

Revive 30% bank loan to bumis, Kadir urges gov't

CM terima debat Chua Soi Lek

Selagi ada Akta Hasutan, kebebasan hanya jadi impian

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Selagi Akta Hasutan wujud, rakyat Malaysia akan terus terkongkong dan tidak dapat menikmati hak asasi manusia serta dikekang kebebasan bersuara di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia terus dibisukan oleh Akta Hasutan yang jelas bertentang dengan hak yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Adakah Malaysia akan tergolong dalam salah sebuah negara yang menawarkan kebebasan bersuara sahaja tetapi tidak ada kebebasan selepas bersuara?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Percayalah saya. Awak tolong saya, saya tolong awak…

Oleh Fairuz Azhan

10 FEBRUARI – “Percayalah saya” – satu “perutusan” Datuk Seri Najib Razak sempena Thaipusam di Batu Caves Selasa lalu jelas memberi satu lagi petanda kebimbangan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Isi penting ucapan Najib yang ditayangkan oleh TV3 pada malam tersebut adalah, “awak tolong saya, saya tolong awak”. Kalau dulu, Perdana Menteri menawarkan perkara yang sama kepada kaum Cina, kini sasarannya kaum India pula.
Kita tidak tahu sama ada itu berbaur ugutan dari seorang pemimpin atau pun seorang pemimpin lemah yang cuba mengemis sokongan. Apa-apa hal pun, yang jelas adalah fakta bahawa tertimbulannya dua persoalan.
Yang pertama, perlukah masyarakat India menagih ehsan daripada seorang Perdana Menteri agar menerima ‘pertolongan’ tersebut? Dan yang kedua, bukankah tugas seorang Perdana Menteri memberi khidmat kepada rakyat jelata tanpa mengira latar belakang mereka?
Sudahlah orang Melayu sudah ditanam dengan mentaliti pencacai di bawah UMNO, kini masyarakat India secara terang-terangan ditawarkan yang sama.

DAP mahu PSC ditubuhkan bagi kaji 1Care

DAP hari ini mencadangkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk untuk mengkaji skim penjagaan kesihatan untuk 1Malaysia diteliti sebelum kerajaan mencapai keputusan muktamad melaksanakannya.

NONE“Parlimen, ‘pemegang saham’ dan 12 juta pekerja di Malaysia harus dirunding sepenuhnya dalam keadaan yang teramat telus sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kementerian Kesihatan dan kerajaan bertanggungjawab secara moral untuk memberitahu butir-butir  terhadap cadangan-cadangan yang amat serius ini,” kata ahli parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, pembentukan PSC itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa rakyat tidak dibiarkan menanggung beban untuk "keuntungan swasta" di bawah skim berkenaan yang dibidas pelbagai pihak.

Liew memetik laporan oleh portal The Malaysian Insider yang memetik sumber sebagai mendakwa  perancangan skim kesihatan 1Care sudah hampir siap dan bukan berada di peringkat awal seperti mana yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan.

Rakan dagang Israel identiti sebenar Najib - Mohd Sabu


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Tindakan kerajaan Umno menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat beragama Islam, mereka jadi rakan dagang penting Israel.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib dan Umno juga menjadi pecacai Israel apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran," katanya.

‘Election reforms still not enough’

NGOs say that despite the reforms the Election Commission has a long way to go to win over people's confidence.
PETALING JAYA: The Election Commission (EC) has made some changes to the electoral process but NGOs say it is not enough.
In the last two months, the EC has been announcing a slew of changes. Many of these changes stem from the interim report of the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms tabled in Parliament in November last year.
One example is the much-contested issue of indelible ink which the EC said yesterday will be gazetted into law come Feb 15.
Other changes include early voting for the armed forces personnel. This exercise will include some 200,000 army and police officers.

Pakatan cap Nizar

Oleh MSK :

Daripada Perakexpress..kemudian UREKA..aku selalu upload cerita-cerita tentang Nizar. Tapi bila masuk Malaysiatimes, aku jarang tulis pasal Nizar walaupun aku selalu ke program dia. Sebab aku ada masalah dengan Nizar.
Sebelum Nizar jadi MB, aku kenal dia sebagai penceramah PAS. Tapi dia tak kenal aku.
Semasa dia jadi MB..aku kenal dia..tapi dia tak kenal aku. Bila aku nak jumpa dia kat pejabat Menteri besar..pun tak boleh. Sebab pejabat Menteri Besar dikawal oleh orang Pas. Aku orang PKR..kena jumpa Ustaz Zul. Seolah-olah orang Pas saja yang boleh jumpa Nizar. Kalau nak masuk juga…aku kena kata aku nak jumpa Amran atau Anuar Hashim..baru lepas.

NGO Pulau Pinang anjur Hari Gerakan menutup aurat menjelang Hari Kekasih

GEORGE TOWN - Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan menganjurkan hari Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR)
bagi mendidik umat Islam menutup aurat.

Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) Asti Toba berkata kempen itu membabitkan 10 NGO dan akan berlangsung dari Sabtu ini sehingga 14 Februari.
GEMAR yang diadakan sejak 2009 ini juga bertujuan mendidik umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Asti berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, anggota NGO terbabit akan mendekati umat Islam di kawasan sekitar Pantai Jerejak, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, bagi menyampaikan dakwah.

Altantuya murder returns: Mar 9 case management for Azilah, lawyer complains of delay

Altantuya murder returns: Mar 9 case management for Azilah, lawyer complains of delayOne of two former bodyguards to Prime Minister Najib Razak has been delayed in filing his petition of appeal against a death sentence handed down on him by the Shah Alam High Court for the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
According to the lawyer for Chief Inspector Azilah Hadri, he has received only 40 volumes out of 57 of court documents he needs to prepare the petition.
In turn, this has delayed the appeal hearing, which is bound to attract massive media attention and rake up negative publicity for Najib, who has been accused of being involved in the case, although he has strenuously denied any connection.
March 9 case management
On Friday, the Court of Appeal deputy registrar Kanageswari Nalliah finally agreed to fix March 9 as the next case management date to enable Azilah's lawyer, J Kuldeep Kumar, to obtain a complete set of record.
Azilah, 34, and his colleague Corporal Sirul Azhar Umar, 39, were sentenced to death on April 9, 2009, after the judge found them guilty of killing Altantuya at a jungle clearing in Mukim Bukit Raja between 9.45pm on Oct 18, 2006, and 9.45pm the next day. Their trial went on for 159 days, and both men are still on death row.
However, throughout the controversial trial, which the US embassy said it found lacking in justice according to a recent WikiLeaks disclosure, there was intense speculation that the men were just hired assassins.

Another video uploaded as KFC punch-up riles Malaysians

Another video uploaded as KFC punch-up riles MalaysiansInstead of abating, a video of a customer being punched by staff of a KFC outlet in I-City, Selangor, has attracted even greater public outcry. Other customers who were present and filmed the punch-up are starting to send in their footage to Segambut MP Lim Lip Eng.
"This is the second video taken by a customer who was at the I-City KFC fight fiasco," Lip Eng said on his Twitter.
Churlish and unprofessional
The second video confirms the view of many that the KFC staff had behaved churlishly towards Ng Chee Fei, who had gone to the restaurant with his wife on February 6.

Dakwaan RPK percubaan alih isu NFC- Shuhaimi


PETALING JAYA 20 Jan: Dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa wujud skandal pelombongan pasir di Selangor adalah percubaan untuk mengalihkan isu National Feedlot Corporation (NFC), kata Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Shuhaimi merujuk tuduhan RPK dalam laman webnya yang mendakwa beliau dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shari, terbabit dengan kegiatan mencuri pasir di Selangor.
“Saya yakin beliau (RPK) kini bersekongkol dengan anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan isu skandal NFC yan semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan isu sebegini, menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

MB : Operasi KSSB Dipantau SPRM Dan Transparency International


SETIAWANGSA10 FEB : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Transparency Internasional diberi kebebasan penuh untuk memantau Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri.
Inisiatif ini dibuat kerajaan negeri bagi memastikan syarikat ini diurus secara telus dan bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pegawai SPRM dibenarkan memasuk secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan


PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib ‘penduduk import’ orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

“Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

Zaid: Mat Sabu tawar saya kerusi untuk bertanding

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengakui bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi percaya tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

NONE"Semua ini spekulasi yang ditulis dalam blog, tetapi yang paling hampir mereka mereka dapat ialah Mat Sabu. Beliau kawan saya dan saya percaya beliau cuba mengambil hati saya tetapi saya tidak fikir ia keputusan parti.

"Beliau kata, kita akan biarkan Zaid bertanding, kita akan memberikannya kerusi, sesuatu lebih kurang seperti itu, tetapi saya berpendapat tawaran itu pandangan peribadi beliau," kata Zaid (kiri) memberitahu Malaysiakini dalam satu temu bual di kediamannya di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau diminta untuk membubarkan KITA sebagai pertukaran bagi mendapatkan kerusi di bawah tiket PKR dan juga mengenai ura-ura bahawa beliau akan menyertai DAP dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Passing assets to Bumi elites a return to Dr M’s failed policies, MPs say

KUALA LUMPUR, Feb 10 — Lawmakers across the political divide are wary of Putrajaya’s move to transfer 10 non-core businesses from Khazanah Nasional Bhd and Permodalan Nasional Bhd to Bumiputera companies.
They say it mirrors the failed Mahathir-era plan to groom Bumiputera entrepreneurs in the 1990s.
Umno supreme council member Datuk Bung Mokhtar Radin gave the example of Khazanah’s MAS-AirAsia share swap as a deal that resulted in the public suffering. — file pic
While Barisan Nasional (BN) MPs support efforts to grow Bumiputera equity, which stood at 22 per cent in February last year, short of the 30 per cent target set by the government, they told The Malaysian Insider it has so far benefited only a handful of “crony elites.” Umno supreme council member Datuk Bung Mokhtar Radin said “the government must be transparent as to which Bumiputera company is being selected to ensure the national interest is served.”
“If we keep feeding the same Ali Babas which we’ve already helped, then this doesn’t help anything,” the Kinabatangan MP said, referring to Khazanah’s recent divestment of its 32 and 42.7 per cent stake in Pos Malaysia and Proton respectively to DRB-Hicom, controlled by Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.

Ong: Putrajaya hanya mampu ditawan pada PRU14

forum on galas and batu sapi by election 131110 ong kian mingPilihan raya umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh  Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya.

Walau bagaimanapun, kata ahli sains politik Ong Kian Ming (kiri), keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.

"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.

"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.