Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.
Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.
“Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujar beliau.
Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.
“Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:
“Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”.