Rabu, 8 Februari 2012

Yb Nizar - Batu Gajah

Syrians say Lebanon blocking escape

Rusni cabar mana mana pihak

Projek Bodoh Dan Bangang KM Melaka, Ali Rustam

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/428764_379120452115071_324888580871592_1545796_2097724193_n.jpg

Isu Projek Lembu Gemuk (NFC)

SPRM Siasat Sharizat Lebih Dua Jam
Hari ini SPRM telah memanggil Sharizat Abdul Jalil berhubung projek lembu gemuk (NFC). Sharizat disoal siasat selama lebih dua jam.

Dalam kenyataannya kepada media dia menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Dia juga mengakui tidak terlibat dengan projek berkenaan.

Sharizat juga mengucap terima kasih kepada SPRM. Dalam kenyataan kepada media itu itu beliau cuba menampikan dirinya sebagai kuat dan tidak terganggu dengan siasatan itu. Mungkin Sharizat boleh merasa lega setelah disoal siasat, tetapi ia tidak bermakna beliau tidak dipanggil lagi. SPRM tentu akan memanggilnya bila-bila masa jika diperlukan. Kita berharap SPRM tidak ada belas kesian di dalam hal ini kerana ia membabitkan wang rakyat.

Azizan nafi letak jawatan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.”Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu… ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka,” kata Azizan (kanan) ketika dihubungi.
Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar dalam beberapa jam lagi.

KWSP tidak beri pinjaman kepada individu


Semua pinjaman KWSP patuhi prosedur
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mengeluarkan pinjaman kepada individu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini.
Sehubungan itu, katanya mana-mana individu yang berminat mendapatkan pinjaman bagi tujuan membeli rumah perlu memohon terus kepada kementerian berkenaan.
Beliau berkata demikian di dalam kenyataan bagi menjelaskan mengenai skim yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin baru-baru ini berhubung cadangan penjualan perumahan awam kepada
peserta yang layak.

Pasca Bersih 2.0 : Gigi Baharudin patah mungkin kerana rawatan kecemasan

Kecederaan di bahagian bibir dan gigi pemandu teksi Baharudin Ahmad yang patah berkemungkinan disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
  
Pegawai Perubatan Dr Murniza Murad, 33, berkata gigi pesakit yang patah boleh berpunca daripada rawatan intubasi dengan memasukkan alat besi ke dalam saluran pernafasan pesakit melalui mulut.
  
"Proses intubasi secara amnya membolehkan gigi seseorang patah kerana ketika alat tersebut dimasukkan di ruang antara gigi, kita akan menarik alat itu ke bahagian atas untuk mendapatkan pandangan yang bagus...itu yang boleh membuatkan gigi pesakit patah serta kecederaan di bahagian mulut," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.
  

NFC elak kontroversi, serang KeADILan

National Feedlot Corporation (NFC), yang hari ini berdepan dengan dakwaan baru berhubung satu lagi pembelian kontroversi dua kondominium di Singapura, mengelak menjawab pendedahan tersebut, tetapi sebaliknya memilih untuk menggesa Keadilan supaya memberi tumpuan kepada masalahnya sendiri, iaitu Selangor.

'Saya tak pernah terlibat dengan NFC'


Shahrizat Abdul Jalil
PUTRAJAYA - Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.
Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFCorporation, Datuk Mohd Salleh Ismail.
"Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," kata beliau pada sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini,  tadi.

Jui Meng: 'Will someone tell Chua Soi Lek there are no safe seats for him!'

Jui Meng: 'Will someone tell Chua Soi Lek there are no safe seats for him!'PKR vice president Chua Jui Meng has challenged MCA's embattled president Chua Soi Lek to stand in whichever seat he contested in at Johor - the home state and stronghold of both Chinese leaders.
"In Muar, I challengd CSL to stand against me in whichever seat I stand in Johor. As President he can do that. Last nite in Muar he dodged and instead attacked me," Jui Meng said on his Twitter.
"CSL said earlier he would not stand. Now under pressure, he said he wld decide where to stand. Like MCA presidents, it would be a Malay majority Parliamentary seat. Will someone tell CSL there are no safe seats for him!"
Soi Lek and son among the most unpopular of MCA leaders ever

Cukong Belia Felda Tertipu Lagi...

Oleh: BUKAN CUKONG
CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN? KAH KAH KAH.....
Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis...Kah Kah Kah.

Apa bukti???? Tanya si cukong. Woitt!! Cukong-cukong tahukah apa maksud Outsourcing? Ini kata lebai Google "Outsourcing is the act of one company contracting with another company to provide services that might otherwise be performed by in-house employees. Often the tasks that are outsourced could be performed by the company itself, but in many cases there are financial advantages that come from outsourcing. Many large companies now outsource jobs such as call center services, e-mail services, and payroll. These jobs are handled by separate companies that specialize in each service, and are often located overseas" Apa makna ini?? Maknanya anak dara Jengka melepas jadi kerani payroll...dara sunti Trolak melepas jadi receptionist....janda berhias Lok Heng tak ada can jadi sumber manusia...Kah Kah Kah. Mat-mat belia Felda lagi la melepas terus join Pas...Kah Kah Kah.

Light a Lantern, Save Jalan Sultan

Hipokrit ! Malaysia bekal minyak sawit ke Israel

Oleh: cheguBard  
Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

REGIM UMNO/ BN HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

Crowds Flock As Suu Kyi Campaigns in Myanmar

PRU13 : Jawatan Menteri Besar Johor tak penting

Cowgate: Shahrizat summoned by MACC

Hukum Nikah GANTUNG - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Gantung GAMBAR Buat HIASAN RUMAH - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ikut IMAM Tolak HUDUD - Ustaz Azhar Idrus

Cara Pulang HARTA CURI - Ustaz Azhar Idrus

Tak Solat JUMAAT Sebab KERJA & Takut MAJIKAN - Ustaz Azhar Idrus

Ke Arah Malaysia Sejahtera - Bhg 3 - Prof Madya Dr Mohd Asri

'Besieged' Homs endures tank assault

Tanks and soldiers on the streets of Homs

Susulan kejadian ribut di Bukit Subang

Dilema & tuntutan masyarakat Cina kepada wakil rakyatt

Shahrizat grilled by the MACC: Will charges be pressed or is it 'for-show'?

Shahrizat grilled by the MACC: Will charges be pressed or is it 'for-show'? To some, it looks like the noose is closing in on Umno minister Shahrizat Jalil, who is being questioned by the Malaysian Anti Corruption Commission over the RM250 million NFC financial debacle.
Yet her insistence that she had "requested to be questioned and investigated" and not that she was summoned by the MACC underscored how weak the anti-graft agency is when dealing with senior Umno politicians, the majority of whom expect the MACC to close an eye to their wheeling and dealing.
“Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!” the Star reported Shahrizat as saying.

Saya nak pastikan PAS menang, bukan kejar jawatan


KOTA BHARU, 8 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berazam untuk mempastikan PAS menang cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang selepas itu.
(Salahudin...saya mahu pastikan PAS menang sahaja)
Beliau yang sampai kini belum pasti akan bertanding di Kubang Kerian atau dipindahkan ke tempat lain sebagaimana yang diura-urakan berkata, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang diura-urakan.

“Bukan matlamat  saya untuk menjadi Menteri Besar,  yang saya nak adalah untuk melihat PAS menang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Salahudin mengulas ura-ura beliau adalah calon Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

NFC : Sharizat selesai beri keterangan


Shahrizat Abdul Jalil
PUTRAJAYA - Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.

Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam.

Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFC, Datuk Mohd Salleh.

"Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," katanya dalam satu sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini,  tadi.

A.Samad Said tidak terluka dengan poster bersama Ambiga

Sasterawan Negara, A. Samad Said menganggap tindakan menampal poster yang menggambarkan wajah dirinya bersama Ambiga Sreenevasan, dikaitkan dengan usaha menyokong LGBT itu dilakukan oleh kumpulan yang terdesak (desperate).  Bagaimanapun, perbuatan itu tidak melukakan hati dirinya, malah beliau akan terus bersama perjuangan badan NGO.

"Saya fikir yang meletakkan itu, saya fikir itu yang desparate, agak terdesak untuk melakukannya.  Bagi saya, itu tidak apa, kalau mereka nak teruskan tampal, itu saya jemputlah, supaya dia teruskanlah.  Dia tidak menyentuh saya, dia tidak meluka hati saya," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar kanan).

Daftar pemilih tambahan dipamer mulai hari ini

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 mula dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa di 937 tempat seluruh negara.
  
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
  
Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (117 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (48 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (191 tempat) dan tempat-tempat lain (23 tempat).

Berikan kepercayaan kepada rakyat, bukan sebaliknya!

Sakmongkol AK47

8 FEB — Nampak nya, bila PM Najib menyeru kaum India mempercayai nya, dia sudah lupa kepada slogan dia sendiri. Suatu ketika dahulu, semasa berkobar kobar semangat liberalism dan terlalu taksub untuk meyakinkan dunia barat, PM Najib telah berkata bahawa zaman dimana pemerintah lebih tahu segala nya sudah berakhir. The age of government knows best is over. Translated, it also means, the age of big brotherism is over.
Tapi kita tahu, PM Najib kadang-kadang tidak tahu apa yang sudah diucapkan. Maklum sahajalah, sebahagian besar ucapan mengenai dasar-dasar negara, di sediakan oleh con-sultans. Slogan itu sedap di dengar, tapi perlaksanaan nya tidak ada.

Mujahid teruja dengan forum Yusof Rawa


KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dr Mujahid Yusof Rawa secara jujur mengakui berasa amat teruja dengan inisiatif Penang Institute yang akan mengadakan Forum Legasi Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa pada malam esok.

Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menolak tawaran yang dibuat oleh agensi Kerajaan Pulau Pinang itu terhadap beliau agar menjadi salah seorang panel pada seminar tersebut.

Menurut Mujahid, Allahyarham ayahnya, Yusof Rawa sememangnya diakui pelbagai pihak sebagai tokoh penting yang banyak berjasa bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini, malah rantau Nusantara.

Katanya, oleh itu, keperibadian, pemikiran, prinsip hidup dan asas perjuangannya amat perlu ditonjolkan oleh pelbagai pihak untuk dikenali dan dihayati oleh seluruh lapisan rakyat negara ini terutama kepada generasi muda.

Dun Selangor bersidang 19 Mac depan


SHAH ALAM, 8 Feb: Dewan Undangan Negeri Selangor akan memulakan persidangan kali pertama bagi sesi 2012 selama empat hari mulai 19 Mac nanti.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan Tuanku Sultan Selangor telah berkenaan serta akan merasmikan pembukaan persidangan pada tarikh tersebut.

"Persidangan ini telah ditetapkan pada 19 Mac nanti dan akan berlangsung selama empat hari.

"Tuanku Sultan Selangor telah perkenaan dan baginda akan hadir bagi merasmikan persidangan tersebut," jelasnya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Umno gagal terap kefahaman antara kaum, agama

KUALA LUMPUR 8 Jan: Tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan ucapan salah sempena Hari Thaipusam membuktikan pentadbiran Umno- Barisan Nasional gagal menerapkan kefahaman antara kaum dan agama, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Beliau mengulas kenyataan JKM mengaitkan perayaan Thaipusam dengan penganut agama Budhha, menerusi ucapan dalam laman rasmi Facebook jabatan itu.
Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, mustahil JKM tidak tahu bahawa Thaipusam diraikan penganut Hindu manakala Wesak pula disambut oleh pengikut Budhha.

ANAK MURID CEMERLANG BERKAT SISTEM SEKULAR.






SUMBER:BORAKKOSONG

N'N: Inilah yang kita tempah bila meninggalkan Sistem Islam......

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?

writes "SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau', alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras

Hubungan Ikhwan dan IKRAM semakin kukuh


IKRAM-Ikhwan KUALA LUMPUR – Kunjungan dua orang Naib Musyidul Am Ikhwan Muslimin ke Malaysia minggu lalu menjadi detik bersejarah kepada umat Islam di negara ini dan diharap dapat melonjakkan lagi aktiviti dakwah.
Kehadiran Syeikh Dr Jumaah Amin dan Syeikh Dr Mahmoud Ezzat yang dihoskan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu juga mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara gerakan Islam berpengaruh dari Mesir tersebut dengan IKRAM.
Syeikh Jumaah dalam ucapannya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM berpesan supaya bersungguh-sungguh memelihara dan membangunkan dakwah yang telah diasaskan oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Banna berpandukan kepada dakwah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan Israel...Johor ni dalam negara mana ehh..!!!

JOHOR 8 Feb: Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Ku Li : Nyawa terkorban demi kekayaan segelintir

KUIN : GMI Pertimbang Sertai Protes Mahasiswa 19 Februari

Alor Setar, 8 Feb : Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI) hari ini menyatakan pihaknya masih menimbang dan berbincang untuk menyertai Protes Mahasiswa di Wisma Darul Aman 19 Februari ini.
Ahmad Syukri Ab Razab, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) minggu lalu menyatakan pihaknya akan mengadakan satu protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini sekiranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih “terus mempertahankan” Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan akta yang mirip dengannya.

Mak Ijat dah dapat hidayah?

 Inikah tanda-tanda orang dapat hidayah ?

 
Ketika kunjungan Datuk Shahrizat Jalil ke Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya beliau telah memberi tahu orang ramai bahawa ,…

Natang UMNO: Minyak dunia naik, negara untung rakyat rugi.

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,..
Bernama melapurkan harga minyak dan emas dijangka naik tahun ini. Lapuran yang menakutkan rakyat terutama mengenai kenaikan harga minyak yang bakal memberi alasan kepada kerajaan yang mendakwa ketua pembangkang menyokong Israel tetapi mendapat khidmat nasihat dari yahudi dengan wang rakyat untuk menaikkan lagi harga minyak domestik.Kenaikan minyak dunia menguntungkan negara tetapi rakyat dipaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan minyak dalam negara.Apa punya bangang perkara ini sama seperti seorang nelayan yang menangkap ikan di laut tetapi terpaksa membayar harga ikan yang  mahal di pasar bagi jenis ikan yang sama.Apa punya logik?Logik natang mung, kata orang Terengganu. 

Perubahan besar PAS bukan pada 2011, tetapi 1982


Oleh ABU FIRDAUS
ADA kalangan luar PAS yang melihat parti ini telah bukan saja mengalami perubahan besar tetapi juga behttp://1.bp.blogspot.com/-ypg3XaGb1Us/Tk7yNXBbRII/AAAAAAAAEqU/pj2-M4zw8bE/s1600/logo_jom_sertai_pas.jpgrcanggah dengan fahaman politik sendiri.
Pada tahun 2011, apabila PAS memilih gagasan Negara Kebajikan dalam konteks kerjasama dengan KeADILan dan DAP melalui Pakatan, banyak penganalisis luar menganggap ia sebagai perubahan aliran fahaman Islam yang besar pada parti itu.


Di kalangan musuh PAS, mereka menghebahkan bahawa parti itu mengkhianati perjuangan sendiri dengan meninggalkan gagasan Negara Islam.

Kuda-kuda pejuang menuju Putrajaya


Oleh SAFAR JUMAAT
KONVENSYEN Pakatan Rakyat Ke-3, 14 Januari 2012 lalu telah bersepakat untuk menjunjung cita-cita murni http://www.malaxi.com/images/putrajaya/putrajaya01.jpgmembina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan, malah menyelamatkan negara yang bakal bangkrap jika dibiarkan Umno-BN terus berkuasa.

Ucapan wakil PAS, Dr Rosli Yaakob yang mengucapkan tahniah atas pembebasan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkannya sebagai suatu fitnah kubra yang dirancang oleh Umno-BN.

Selangor jadi rebutan sengit PRU13


Oleh RAMLI ADAM
 
PILIHAN raya umum ke-13 (PRU13) akan menyebabkan di seluruh negeri Selangor menjadi medan temhttp://3.bp.blogspot.com/_N62jN4qlWY4/THvTaUHc-wI/AAAAAAAAEWc/Bs2hWppRdv4/s1600/Selangor_flag_svg.pngpur bagi parti sama ada bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan juga Parlimen. Tidak terkecua li kepada calon bebas yang yakin mendapat sokongan sebilangan besar pengundi

Dalam kemelut perebutan itu, calon bebas mungkin berjaya mencuri kepercayaan hati rakyat memilihnya berdasarkan kepada apa yang telah berlaku ketika negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS, KeADIlan dan DAP) ataupun Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah Hang Tuah ahli Umno’?

Oleh SELENA TAY
PROFESOR Emeritus Khoo Kay Kim kembali menjadi tumpuan apabila membuat kenyataan bahawa pahlawan terbilang orang Melayu, Hang Tuah adalah mitos sahaja. Bagi saya ini tidak benar sama sekali sebab http://images.mhalid.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/R@vJLwoKCCcAADlt1is1/hang_tuah.jpg?et=RdA7%2CjysKYyVOXrdt3OQKg&nmid=Hang Tuah memang wujud. Tidak lain dan tidak bukan, Hang Tuah adalah ‘ahli Umno’ yang amat terkenal sebab beliau telah mewujudkan konsep Ketuanan Melayu. Tak percaya, tak mengapa; hal ini sama seperti tidak mempercayai kewujudan Hang Tuah!

Hang Tuahlah yang dikatakan membuat kenyataan terkenal itu: “Takkan Melayu hilang d idunia.” Ungkapan inilah sebahagiannya membolehkan Umno meraih sokongan dan dukungan kaum Melayu supaya dapat mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Pusat sejak zaman merdeka hingga ke hari ini.

Siapa Hang Tuah?

HANG TUAH ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka http://3.bp.blogspot.com/-u2EFjV09D9Q/TxUHyNGfcHI/AAAAAAAAB7A/5k0UdQ0t9ko/s400/1.jpgpada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511.
Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kirakira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.

Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

IRAN AKAN DISERANG ZIONIS


Israel's defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran's nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising actionTHE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012

Ehud Barak Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.

Pada tahun 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf Baru.

Revolution through Arab Eyes - Manufacturing the truth

Bolehkah Solat Sunat DHUHA Lebih 2 Rakaat ? - Ustaz Azhar Idrus

Guan Eng Will Sue Teng

LYNAS : NGO diseru bergabung sokong Himpunan Hijau 2.0

Zuraida Sedia Hadapi Shahrizat Di Mahkamah

Bagaimana Shahrizat Boleh Bayar Hutang Kondo Baru

VAT Manufacturing Malaysia Sdn Bhd

KeADILan Dedah Dua Lagi Kondo Mewah Milik Keluarga

Inside Story - Will Greece default on its debts?

Dua sindiket dadah warga Afrika, Singapura ditumpaskan

An activist in Homs speaks to Al Jazeera

Kudis politik Malaysia

Oleh Mazir Ibrahim

Di Malaysia, tidak berlaku kes-kes perkauman yang menjerut mata dan hati seperti yang pernah berlaku di Amerika bermula semenjak abad ke-17 hinggalah ke lewat 1960-an.
Yang terburuk pernah berlaku pun adalah pada 13 Mei 1969 di mana terjadi pergaduhan kaum selepas pilihan raya umum. Namun sifat rakyat yang tidak suka kepada keganasan dan pertumpahan darah cepat-cepat meredakan keadaan itu.
Suka atau tidak, kita juga harus berterima kasih kepada pihak berwajib yang berjaya mententeramkan keadaan sungguh pun pihak pemerintah telah mengambil kesempatan mencari kambing hitam untuk menahan beberapa orang tokoh politik pembangkang, kononnya atas nama keselamatan negara.
Walau pun keadaan tidak seburuk di Amerika di zaman lampau, ia tidak bermakna diskriminasi perkauman tidak ada di Malaysia. Dalam maksud lain, tidak nampak secara terang-terangan tidak bermakna ia tidak wujud.

Kisah royalti minyak

Oleh: MSK
Masa Hasan Ali jadi PJ Pas Selangor dan EXCO dalam kerajaan Selangor, aku selalu kutuk dia. Aku kata dia menjadi liabiliti bagi PR Selangor. Tapi masa tu kebanyakan penyokong Pakatan kutuk aku balik. “Mana bukti?”..itulah yang selalu depa cakap.
Sejak Hasan Ali dipecat dari Pas..aku tak payah nak kutuk Hasan Ali dah. Setiap hari…ada saja blogger yang kutuk Hasan Ali. Tapi jangan la kutuk retorik saja…sediakan la bukti. Kalau nak bukti…aku ada simpan sikit-sikit. Tapi aku rasa bukti-bukti itu dah tak berguna lagi. Kalau nak tau…check balik Yayasan Dar Al Qard Al Hasan.

Hanya Mahathir saja tahu bila pilihanraya! Tuhan pun belum tahu lagi - Samy

“Bila pilihanraya?” Itulah soalan yang kita dapati apabila kita bertemu sesiapa di mana-mana. Itu merupakan soalan cupu mas dan tidak ada siapa boleh menjawabnya. Hanya PM sahaja yang tahu bila pilihanraya akan di adakan. Di negara ini hanya PM yang akan menentukannya, tidak ada siapa yang lain, tetapi PM tentulah ada penasihatnya yang akan memberikan tarikh yang dianggap terbaik untuk mengadakan pilihanraya itu.

Keadaan ini biasa berlaku apabila menghampiri pilihanraya. Apabila terlalu ramai yang bertanya bila pilihanraya akan diadakan, saya teringat kepada satu ‘joke’ pilihanraya yang dikaitkan dengan Samy Velu semasa Dr Mahathir menjadi PM negara ini. Samy Velu merupakan seorang pemimpin BN yang sangat popular dan beliau banyak dikaitkan dengan banyak jenaka yang sangat menggelikan hati apabila mendengarnya. Hari ini saya hendak tulis salah satu dari jenaka yang berkaitan dengan Samy Velu.

Mengikut cerita jenaka itu, ia berbunyi begini;

NFC : Shahrizat Dipanggil SPRM

Post Pic
PUTRAJAYA, 8 FEB :  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sebentar tadi.

Ketua Wanita Umno itu dilihat memasuki pejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 4.00 petang tadi.

Salahuddin: Bukan matlamat jadi MB


SALAHUDIN-AYUB
KOTA BHARU - Bukan jawatan sebagai Menteri Besar yang dikejar setelah hampir 30 tahun berkhidmat dalam Pas, sebaliknya kemenangan dan kecemerlangan parti diutamakan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau ingin melihat kemenangan parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti tetapi tidak berlumba-lumba menjadi orang penting di negeri.

Menurutnya, jawatan berkenaan bukan matlamat terakhir sepanjang perjuangannya dalam Pas, tetapi lebih besar ialah penguasaan parti dalam menentukan keputusan PRU13 yang akan diadakan bila-bila masa.

'Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'

Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Pemuda PAS akan gesa Rais Yatim kawal promosi Hari Kekasih

KUALA LUMPUR, 8 Feb - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggesa Pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan.
Wakil DPPM Kamaruzzaman Mohamad dalam sidang media di sini berkata, mereka akan menghantar memo kepada Datuk Seri Rais Yatim supaya membuat kawalan terhadap sebarang promosi dan publisiti media massa berkaitan sambutan Hari Kekasih tersebut bagi membendung umat Islam daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral sekiranya mereka turut serta dalam sambutan berkenaan.

Peguam terkenal saman blogger Papagomo

KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?


KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?

Politik Mafia : Pas Johor Mahu Polis Ambil Tindakan Serius Tangani Provokasi Kaum


KUALA LUMPUR 8 FEB : PAS Johor menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah unit khas bagi menyiasat usaha untuk mengapikan semangat perkauman ekoran beberapa kejadian provokasi yang menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, adalah tidak wajar bagi pimpinan negara dan NGO untuk membuat ucapan berbaur perkauman kerana ini akan menyebabkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.

Kenapa RM800,000 tiada dalam laporan 2010 MAIWP?


KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.

Pengarah Task Force Zakat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.

MIDWEEK HUMOUR: Did you hear the one about the cows and the condos

MIDWEEK HUMOUR: Did you hear the one about the cows and the condos
MAILBAG Shahrizat called Najib one day and said, "Jibby, I have a plan to win back our kampung folk for GE13!"
"Great Shari, but how?" asked Najib.
"We'll get some plain baju and slippers, like most kampung people wear, then stop at the National Feedlot Centre (NFC) in Gemas and pick up a nice-looking cow.
Then, we'll go to a nice old country kedai kopi and show them how much admiration and respect we have for the hard working people living there."
So they did, and found just the place they were looking for in Gemas.  With the cow in tow, they walked inside and stepped up to the counter.
The kedai kopi owner took a step back and said, "Hey! Aren't you Najib and Shahrizat?"
"Yes we are!" said Shahrizat, "And what a lovely town you have here.

Nube plan strike against Maybank

The banking union claims that the bank had unlawfully terminated the services of two of its employees, who are also office-bearers of the union.
PETALING JAYA: National Union of Banking Employees (Nube) plans to hold a strike against Maybank for terminating the employment of two of its union officials last month.
In a statement today, Nube secretary-general J Solomon alleged that Maybank had terminated the services of the union’s vice president Abdul Jamil Jalaludeen and its honorary treasurer Chen Ka Fatt for holding a banner that carried the word “Maybank robs poor Malaysian workers”.
Abdul Jamil was employed at the Maybank branch of Pulau Tikus, Penang, while Chen served at the Maybank branch at Ipoh Garden, Perak.

Bila Najib nak nasihati Utusan, Umno?

Jika benar beliau bersikap sederhana maka beliau harus menasihati akhbar Utusan Malaysia dan Majlis Tertinggi Umno supaya bersikap sederhana, kata Kit Siang.
PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya benar-benar mengamalkan sikap sederhana atau al-wasatiyyah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan pimpinannya.
“Jika benar beliau bersikap sederhana maka beliau harus menasihati akhbar Utusan Malaysia dan Majlis Tertinggi Umno supaya bersikap sederhana,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Ketika menyambut perayaan Chap Goh Meh di sebuah tokong Cina di Jenjarom malam Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat mengambil sikap sederhana atau mengamalkan konsep al-wasatiyyah.