Selasa, 7 Februari 2012

Greek leaders face crunch talks as unions strike

Kita Di Negeri Selangor Anggap Semua Rakyat Selangor Adalah Sama

ROS Dimaklumkan Usaha KITA Pecat Zaid

PAS Mahu Sambutan Hari Kekasih Dihentikan, Kata Nik Abduh

Warkah dari warga Felda


7 FEB — Ini warkah dari warga Felda yang saya turunkan secara verbatim. Tidak syak lagi, walaupun selesai penyenraian FGV kelak, isiu nya tidak akan reda. Mudah mudahan ianya akan meningkatkan kesedaran politik warga Felda yang lain. — Sakmongkol.
CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN? KAH KAH KAH…
Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis … Kah Kah Kah.

Stop robbing oil from the states

How do you ‘give’ the oil producing states oil royalty for something that already belongs to them in the first place?

By Raja Petra Kamarudin
Give or take, give and take, they are both four letter words, just as Umno is (pun intended). Nevertheless, we can expect Umno to be confused about when to use the word “give” and when to use “take”. However, Pakatan Rakyat too?
As Julius Caesar said, “Et tu Brute?”
I am talking about the 5% oil royalty “given” to Sabah and Sarawak (and, of course, to Terengganu, as well as to all the other states as well: in the event that they too have oil and gas).
Yes, both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat are currently discussing how much royalty should be “given” to those states that have oil and gas.
How do you “give” them something that already belongs to them in the first place? Should not the word we use be “take”? We should instead be discussing how much we should “take” from them, not how much we should “give” them.

Ulamak yakini PAS kekal di Kelantan

RANTAU PANJANG, 7 Feb: Gelombang merah, bantuan rakyat 1Malaysia (RM500) dan baucar buku (RM200) yang dieksploitasikan sepenuhnya Umno Kelantan dianggap belum mampu menarik perhatian rakyat.

Malah bagi Dewan Ulamak PAS Kelantan selagi kepimpinan parti itu tidak berpecah seperti tahun 1973 ketika PAS menyertai gabungan Barisan Nasional (BN), kerajaan PAS di Kelantan akan terus bertahan.

Ketuanya, Dato’ Muhamed Daud Iraqi berkata, dua lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu penipuan dalam daftar pemilih dan tahap sokongan rakyat di bawah.

“Selagi tiga faktor itu tidak berlaku, PAS diyakini akan terus mentadbir Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Lagi pun sekarang kepimpinan PAS di Kelantan bertambah kukuh. Insya-Allah kita akan terus menang dengan majoriti selesa,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidurrasul di Markas PAS Rantau Panjang, di sini malam kelmarin.

Laporan polis dibuat isu pemecatan 2 pemimpin NUBE oleh Maybank

nube police report melaka 070212Gara-gara tidak berpuashati dengan pemecatan dua peneraju tertingginya, hari ini anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) cawangan Melaka membuat satu laporan polis.

Mereka melakukan tindakan itu ekoran pemecatan naib presidennya, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt sebagai pekerja Maybank 31 Januari lepas.

Laporan berkenaan dibuat oleh bendahari kesatuan itu, cawangan Selatan Kamarudin Bujang mewakili 1,000 ahli kesatuan itu.

Bar Council wants government to pull Lynas license

The AELB granted a TOL to Lynas for its RM2.5 billion rare earth plant in Gebeng on January 30. — file pic
KUALA LUMPUR, Feb 7 — The Bar Council demanded today Putrajaya revoke or at least suspend a temporary operating license (TOL) to Lynas Corp, saying the move was “hasty” and reckless. Its president Lim Chee Wee urged the federal government to take steps for a meaningful consultation with those likely to be most affected by the rare earth factory in Pahang, especially since a detailed environmental impact assessment (EIA) has yet to be released on the project’s radioactivity and potential hazard risks.
The lawyer was responding to news reports that radiation regulator, the Atomic Energy Licensing Board (AELB), had approved the TOL on January 30 despite receiving feedback amounting to 1,123 instances over the course of just four days objecting to the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) starting up in coastal Gebeng.

Zamil anggap pimpinan pusat Kita tak wujud...ha.ha..kena jadi Broker Orang Bunian la pulak..!!!


zamil ibrahim
SHAH ALAM - "Saya anggap (kepimpinan) pusat sudah tidak wujud." Demikian tegas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah, Zamil Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai keputusan beliau dipecat dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Zamil bersama Pengerusi Kita Pulau Pinang, Tan Tee Beng dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin. Tindakan itu diputuskan malam tadi.
Sambil menegaskan beliau tidak terperanjat dengan tindakan itu, Zamil berkata, beliau menganggap ia sebagai satu keputusan tidak bijak.

Syabas Aziz Bari sertai politik

SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.
Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akadamis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.
Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.
Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.

Kolumis : Di manakah PAS, 10 tahun dari sekarang?

Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Negeri Terkaya : Najib, Muhyiddin hanya tahu jaga Selangor sahaja

KUALA LUMPUR, 7 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas negeri itu walaupun Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu kerap sekali turun ke Selangor.
Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tindakan Najib dan Muhyiddin itu seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga.
“Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah-olah anak pungutan.
Katanya, pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

DAP: Korupsi dan kapitalis kroni jadikan Malaysia muflis


KUALA LUMPUR, 7 Feb - Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan hari ini amalan korupsi dan kapitalis kroni oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menjadikan negara ini muflis dan bukannya konsep negara kebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata tiada sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin menentang negara berkebajikan yang akan membantu semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin, melainkan beliau merasa bimbang untuk segelintir kroni kapitalis yang akan rugi.
“Negara kebajikan yang memastikan bahawa yang miskin dan lemah tidak dipinggirkan tidak akan menjadikan Malaysia muflis. Korupsi dan kapitalisme kroni yang akan menjadikan Malaysia muflis .

Bantuan untuk keluarga miskin: Phee Boon Poh ditugaskan untuk menyiasat

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan kesediaan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Zainal Abidin Osman selepas tunggu tiga tahun, untuk memberikan maklumat 301 buah keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009.

Hanya selepas tiga tahun, barulah sudi Zainal menjelaskan bahawa SPKR sebanyak RM1.1 juta diberikan bukan kepada 22 buah keluarga miskin tegar tetapi sebenarnya kepada 301 keluarga miskin.  Zainal selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang telah dilaporkan di Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukkan untuk SPKR untuk membantu 22 keluarrga miskin tegar.

Dalam laporan Berita Harian 26 Februari 2009 daripada George Town, tidak ada sebarang sebutan istilah Nibong Tebal atau bahawa 22 buah keluarga miskin tegar adalah hanya daripada Nibong Tebal.  Sekiranya RM1.1 juta diagihkan kepada 22 buah keluarga miskin, maka setiap keluarga akan memperolehi RM50,000.

Ahli EXCO kerajaan negeri Phee Boon Poh telahpun menulis dua surat pada 7 April 2009 dan 12 Mei 2009 kepada Zainal, tetapi beliau enggan jawab.  Satu laporan polis telahpun dibuat oleh Phee pada 31 Julai 2009, meminta siasatan polis dalam perkara ini tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

Dalam penjelasan terbaru oleh Zainal, 301 buah keluarga yang menerima RM1.1 juta ini bermakna setiap keluarga miskin memperolehi RM3,654.  Perlu ditanya mengapa hanya 301 buah keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang.  Mengapa 400 buah miskin tegar tidak mendapat perhatian daripada Kementerian Zainal?

Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta di Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar.  Ini bermakna 22.9 juta telah diberikan dalam lebih tiga tahun ini kepada 3,938 peserta miskin ataupun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815.

Ini menimbulkan persoalan macam mana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Zainal atau pihak Kementerian persekutuan kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Phee Boon Poh ditugaskan untuk mendapat maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Zainal Abidin Osman supaya dapat membandingkan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulin agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Gerakan Pelajar: Cebisan sejarah yang hilang

Adam Adli 

Hampir sahaja saya melintasi tarikh akhir untuk menghantar artikel bagi minggu ini. Sedikit sukar kerana akses internet dan komputer yang terhad.  Memasuki bulan ketiga selepas 17 Disember 2011, saya masih belum mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.  Masih menumpang dan tiada aturan hidup yang tetap.  Apa lagi kemudahan yang boleh membantu gerak kerja seperti internet dan komputer.

Apabila mengenangkan keadaan dan situasi harian saya hari ini, acapkali saya mengelamun dan terfikir; bagaimana agaknya kondisi hidup orang-orang yang lebih dahulu terjun dan bergelut dalam dunia yang sedang cuba ditembusi saya dan rakan-rakan hari ini.  Jika hari ini maklumat semuanya di hujung jari; mereka dahulu bagaimana?  Bagaimana agaknya gerakan massa golongan pelajar era 1960-an dan 1970-an dahulu disusun?  Bagaimana agaknya perang media dan sebaran maklumat digerakkan bagi meraih sokongan pelbagai pihak?  Bagaimana pula mereka berhadapan dengan ancaman dan tekanan dari pihak yang ditentang mereka; yang jelas mempunyai ratusan kali kekuatan dan jentera berbanding mereka yang digambarkan hanya bersenjatakan buku, pensel, dan idealisma?

PMIUM ‘Respect’ Tindakan Pelajar Ponteng Diarah Baca Al-Quran

Petaling Jaya, 7 Feb : Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini mengeluarkan kenyataan kagum dan ‘respect’ dengan tindakan Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Kelantan yang mengenakan ‘denda’ tepat dengan keperluan semasa remaja.
Semalam, diberitakan seramai 28 pelajar lelaki yang berumur antara 15-18 tahun beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari diarah membaca al-Quran.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus semalam.

Gantung Tiga Sem : Adam Adli Tunggu Keputusan Rayuan Universiti

Ipoh, 7 Feb : Pelajar yang digelar ‘Si Penurun Bendera’ serta dikenali seluruh Malaysia satu ketika dahulu, Adam Adli Abdul Halim, 21, telah mengemukakan rayuan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhubung hukuman yang dikenakan terhadapnya iaitu pergantungan pengajian selama tiga semester.
Adam Adli berkata, rayuan berkenaan dikemukakan pada Jumaat lepas memohon agar universiti menarik balik hukuman yang dikenakan ke atasnya.
Katanya, sekiranya rayuan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu gagal, beliau akan membawanya kesnya ke mahkamah awam.

Selangor Sokong Pusat Rombak Akta Pengurusan Air


SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Selangor menyokong pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang telah digubal untuk memberi laluan kepada Kerajaan Pusat untuk memperbaiki peraturan yang lebih baik terhadap perkhidmatan air serta penyediaan infrastruktur air.
Tindakan Pusat tersebut secara langsung mengakui kelemahan penswastaan yang sehingga kini gagal menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur air yang berkualiti pada kos yang munasabah kepada pengguna.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya menyokong supaya penyusunan semula industri perkhidmatan air sebagaimanan tindakan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB).

DEBAT - YB NURUL VS RAJA NONG CHIK JUGA PASTI GAGAL?

Oleh:  WFAUZDIN NS


BERLANJUTAN daripada isu penggunaan dana KWSP bagi membiayai Skim Perumahan Kos Rendah yang didakwa oleh MP PR iaitu YB Nurul Izzah, Dr Zulkefly dan Tony Phua, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar, Raja Nong Chik mencabar MP PR untuk berdebat secara terbuka.
Seperti yang dilaporkan, anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut cabaran debat berkenaan. Persoalannya, adakah kali ini pemimpin Umno akan kelentong rakyat lagi?  Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, KJ telah mencabar Sdr Rafizi, Pengarah Strategik PKR untuk berdebat secara terbuka di dalam isu NFC atau sinonim disebut `lembu kondo".  Dengan pantas cabaran dari KJ disahut oleh Rafizi disusuli dengan surat berkenaan tarikh yang dicadangkan untuk perdebatan tersebut.

BN all out to recapture Selangor



In my first column on Aug 2 last year, I wrote that the Selangor government was still holding up approval of a development order to the federal government to build the Langat 2 water treatment plant, a crucial component in the RM3.94 billion project to channel raw water from Pahang via a 44.6km-long pipeline to Selangor. Many months have since passed and the state government has given all sorts of excuses for not granting the order despite strenuous efforts especially by Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin to get the project going.
Azman Ujang, The Sun Daily
OF THE five states that the Pakatan Rakyat coalition won in the 2008 general election, losing Selangor stunned and stung Barisan Nasional the most.

PRU-13 : PR Perlu Sediakan 10 Juta Risalah/Artikel

"Berita panas mengenai pembubaran Palimen bagi memberikan laluan untuk mengadakan PRU-13 telah mula dicanang sejak 6 bulan yang lalu.Namun tarikh sebenar PRU-13 yang bakal diumumkan oleh PM Najib masih menjadi tanda tanya walaupun spekulasi tarikh mengenainya terus hangat diperkatakan.

Apapun yang paling utama PR perlu memandang berat akan amaran PM Najib bahawa PRU-13 ini adalah pilihan raya yang paling getir lagi sengit dan terbesar dalam sejarah Malaysia bagi menetukan samada hidup dan matinya di antara UMNO-BN dan PR = PAS,DAP dan PKR.Amaran PM Najib itu seolah-olah beliau sudah tahu apa yang akan berlaku pada PRU-13 nanti.

Najib Perlu Bersikap ‘Gentleman’ Dan Terima Keputusan Rakyat Dalam PRU 13

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap ‘gentleman’ dan berjiwa besar dengan menerima apa juga keputusan yang bakal ditentukan oleh rakyat, sama ada beliau menang ataupun kalah dalam pilihanraya umum ke 13.

Ini berikutan kenyataan ‘beramaran’ Datuk Seri Najib sebelum ini yang menyatakan mahu mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir serta kenyataan beliau yang terbaru bahawa anggota Rela seramai 20,000 orang siap sedia mempertahankan Putrajaya.

Tambah SAIYIDINA Dalam AZAN Tanda Hormat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum LELAKI Pakai Cincin SUASA - Ustaz Azhar Idrus

Negara Berkebajikan Tidak akan Bankrap

Pakatan Rakyat Bersedia Untuk Mengganti Barisan Nasional

Netanyahu condemns Palestinian reconciliation deal

Inside Story - Are NGOs fanning unrest in Egypt?

Syrian Homs residents 'waiting to be killed'

Homs under attack as Russia's Lavrov arrives in Syria

Russia's approach to Syria diplomacy

Hamas and Fatah sign Palestinian unity deal

Would US back Israeli attack on Iran?

Today in History February 7th

Hangat : Siapa Theunspinners – Blog Pro Atau Anti Kerajaan Barisan Nasional ?

Pendahuluan 
Pada masa ini semua orang yang terlibat politik Malaysia secara langsung atau tidak, sedang berdebar-debar menunggu detik pengumuman pilihanraya ke-13. Masing-masing menanti adakah kerajaan sedia ada akan kekal bertahan atau tumbang dan digantikan dengan pembangkang yang telah pun bermimpi telah berkuasa dan menjadi pemerintah di Putrajaya. Ada membuat ramalan pada 11.11.2011 namun tidak berlaku seperti yang diramal oleh mereka. Ada juga membuat ramalan selepas Tahun Baru Cina, namun tidak ada sebarang pengumuman atau riak yang membenarkan dakwaan tersebut hingga saat ini.

Menentang murtad secara strategik


Oleh Abu Firdaus
ADAKAH mengadakan perhimpunan merata-rata tempat dengan mengusik emosi orang ramai sehingga bertanhttp://www.kpmu.net/wp-content/uploads/2010/03/murtad.jpggisan merupakan cara membendung gejala murtad?
Atau adakah terdapat cara lain di mana memerangi gejala murtad itu dapat dilakukan secara strategik, malah lebih berkesan?

Cuba bayangkan andai kata pihak Jabatan Agama melakukan penyiasatan secara berhemah supaya usaha pencegahan lebih mencapai matlamat tanpa ia jadi isu politik yang membawa kerenggangan hubungan antara agama.
Hakikatnya ialah pihak yang melakukan pemurtadan itu bukanlah keseluruhan komuniti sesuatu agama yang lain, tetapi hanya sekumpulan mazhab kecil yang terlebih aktif daripada sewajarnya.

Rekod Dunia : Hindraf bakal Saman PM RM55 Billon......Habislah Kak Ros.....!!!!

alt

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) bakal menfailkan saman terhadap  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM55 billion.
Saman ini didakwa atas tuduhan diskriminasi Kerajaan pimpinan Pengerusi BN itu terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta selama 55 tahun.

Terengganu : Apa rasional beli stesen radio?


Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
 
RAMAI di kalangan rakyat Terengganu tertanya-tanya mengenai pembelian stesen Radio Manis FM yang berpangkalan di Kota Bharu oleh kerajaan negeri dengan harga RM7 juta.
Stesen radhttp://1.bp.blogspot.com/_8UwCoFQdkoU/TRW8nDf5VVI/AAAAAAAABmE/trMr7U7DVN8/s400/Manis%2BFM.jpgio ini pada asalnya merupakan stesen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad yang diberi lesen radio berkenaan melalui Husa Network Sdn Bhd. Radio Manis FM dengan rasminya menjadi radio kerajaan negeri apabila proses mengambilalih stesen berkenaan dilakukan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT) pada pertengahan tahun lalu.

Bahaya meraikan personal glory


Oleh Dinsman
Saiyidina Umar yang ‘gedebe’ itu pun masih sempat tunduk mendengar teguran daripada rakyat biasa. Jadi, faktohttp://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.2503.1325819778!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgr ini sangat penting. Jangan hanya kerana sedikit “personal glory’ yang ditawarkan maka kita sudah membuka kitab mencari rasional kepemimpinan.
HASAN ALI telah pergi. Ramai orang masih menghantar mesej kepada saya menyatakan syukur dan lega mereka kerana pemergiannya, di samping seorang dua menyatakan sedih dan kehilangannya.

Kak RosMewah "Tenggelam"..

kuah3..habislah rambut Kak RosMEWAH..bukan murah sekali set beb..

Air S’gor: Khir Toyo khianati amanah

Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya.
PETALING JAYA: Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.
“Sesungguhnya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan media.
Faekah berkata, sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

Pakatan Rakyat hormati, lindungi hak penganut semua agama

GEORGE TOWN, 7 FEB: Penganut Hindu dan kaum India tidak tidak bersendirian kerana semua agama dan kaum di Pulau Pinang akan sentiasa bergerak seiringan bagi menjadikan negeri ini bersih, hijau dan selamat.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, seperti rakyat negeri ini yang lain, kaum India telah memilih kerajaan yang berjiwa rakyat pada pilihan raya umum 2008 dan membantu mencipta sejarah di mana buat kali pertama Timbalan Ketua Menteri dilantik dari masyarakat India.
Katanya, sekolah-sekolah Tamil juga telah berjaya dibaik pulih selain peruntukan tetap disediakan sebanyak RM1.75 juta setahun.

Rasuah, salah guna kuasa UMNO-BN gagal makmurkan Malaysia


RAWANG, 7 FEB: Rasuah dan salah guna kuasa yang meruncing oleh beberapa  kerat pemimpin negara adalah punca utama Malaysia yang sepatutnya kaya  raya tidak dapat memberi kebajikan kepada rakyatnya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, projek-projek yang  dijalankan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kerap melambung tinggi kosnya,  langsung menjadi punca berlaku masalah ekonomi Malaysia.
“Kalau projek RM10 juta, dia buat (jadi) RM40 juta. Itu sebab Malaysia yang  kaya raya tidak dapat buat program kebajikan,” katanya di hadapan lebih  10,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina Selangorku di sini  semalam.

UMNO beralih ke haluan kanan perkauman

Oleh Liew Chin Tong

7 FEBRUARI – Apabila saya keluar dari bilik hotel untuk menghadiri satu mesyuarat tertutup di Port Dickson pada Julai 2005, saya masih ingat yang saya memegang senaskah akhbar yang memaparkan gambar Hishammuddin Hussein menghunus keris di dada akhbar tersebut. Pada saat itu, saya tahu UMNO telah mengucapkan selamat jalan kepada penyokong-penyokong kerajaan dari kalangan masyarakat bukan Melayu.
Sesungguhnya, apabila difikirkan kembali, ia adalah detik penting pada dekad itu: politik UMNO telah bertukar arah ke haluan kanan perkauman manakala Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi sudah hilang kawalan ke atas agenda reformasinya sendiri. Detik berakhirnya kepimpinan Abdullah, sebagai peluang terakhir untuk UMNO meformasi diri, bermula pada Julai 2005.

“Kuasa di tangan Melayu, mengapa kita kata orang Melayu dalam bahaya?”

Bahagian Kedua

Seniman muda dilihat lebih terjurus kepada menerbitkan karya mereka sendiri. Bagaimana Pak Samad melihat fenomena ini?
Kelompok muda ini saya fikir, memang ramai berusaha menerbitkan bukunya sendiri, dan kadang-kadang menerbitkan secara agak terdesak oleh kerana tuntutan masa. Ambil misalan antologi Puisi Jadi Senjata (kumpulan puisi dedikasi kepada Bersih 2.0), itu boleh dikatakan secara mendadak tumbuh daripada (Editor Suara Keadilan) Fazallah Pit.
Dia yang mengumpulkan anak-anak menulis puisi dan dia datang kepada saya, dia kata, “Pak, ini sesuai dengan iklim sekarang ini yang sedang berlaku.” Makanya, dia hendak saya tulis prakata, dan saya tulis itu jam juga. Antologi puisi itu memang laku bila ada acara-acara kecil-kecilan di sana sini. Tetapi secara menyeluruh, ia belum lagi diterima. Tetapi permulaan itu sesuatu yang amat bagus.
Dari segi demografi sosio budaya dan sosio politknya dalam dunia demokrasi, tidak dapat dinafikan yang muzik, filem, penulisan sastera, lukisan yang bergerak secara mandiri juga banyak membantu.

Israel: Salah Faham Ke Atas Kenyataan Anwar Semakin Buruk

Israel Salah Faham Ke Atas Kenyataan Anwar Semakin BurukSALAH faham berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel semakin memburuk.  Semua penjelasan yang diberikan nampaknya tidak memberi sebarang kesan.
Masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar akan benar-benar melindungi keselamatan Israel jka menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang sering kali ditohmahkan.
Seorang rakan yang baru pulang dari menghadiri program politik yang membabitkan ANAK di sebuah penempatan Felda di Johor hanya mengelengkan kepala apabila ditanya mengenai respon masyarakat Felda terhadap kenyataan Anwar itu.
“Semua pun tuduh Anwar bela dan dibela yahudi”, katanya ringkas.

Najib kata, "gua tolong lu, lu tolong gua"

“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. “Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.

Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini. Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.

PEMANDU Oh PEMANDU!

Gomen Man
Sorrylah, Mr Ong Kian Ming and REFSA. You are not the first ones to find big, big holes in PEMANDU’s ETP or, as you rightly pointed out, the alphabet soup.I salute you because you have done what most Malaysians don’t do — sit down and actually go through the stacks of jargon and consultant talk the government throws at us.But the first people who figured out Idris Jala and his salesmen were the people at Bank Negara and the Economic Planning Unit.
Our central bankers are privately calling the ETP and EPP a wish list of projects, and rubbish any claims that it is transformational in nature. They know more than most that it will take a proper eco-system to propel Malaysia to a high-income economy.

Malaysia calon Jomo dipilih KP ILO......Akhirnya Negara Akui Kebolehan Orang Anwar...!!!


Jomo
LONDON - Salah seorang pakar ekonomi utama negara, Dr Jomo Kwame Sundram, akan bersaing sebagai calon bagi jawatan Ketua Pengarah
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang berpangkalan di Geneva.
Jomo, yang kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, kini berada di London sebagai sebahagian daripada proses Malaysia melobi jawatan itu.
Beliau, yang juga bekas profesor Fakuliti Ekonomi dan Pentadbiran di Universiti Malaya (UM), kini memegang jawatan Penolong Ketua Setiausaha Bagi
Pembangunan Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial di PBB.

Sultan Rakyat : Terharu terima kunjungan Tuanku

Keluarga dua beradik mangsa lemas 23 November lalu terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sudi mencemar duli ke kediaman mereka.

MB Selangor: Negara Berkebajikan Tidak akan Bankrap...Pemimpin Boros Negara Bankrap..!!!!


BATU CAVES, 7 FEB : Negara Berkebajikan yang diamalkan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Selangor bankrab kerana di urustadbir secara berhemah dan tidak melibatkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan amalan kroni sebagaimana yang dilakukan oleh BN
Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan Selangor tidak menghadapi masalah ekonomi biarpun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan mengutamakan kepentingan rakyat dengan menjaga kebajikan serta menyalurkan bantuan secara berterusan dan konsisten.
Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor.

"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.

‘Trust me,’ Najib tells Indian community

KUALA LUMPUR, Feb 7 — Datuk Seri Najib Razak today urged Indian Malaysians to “trust” him to improve their lives ahead of the 13th general election. “If you help me, I can help you. You trust me, I trust you,” the prime minister told a huge crowd of Hindu devotees attending the Thaipusam festival at the Batu Caves temple here.
The prime minister also announced that RM2 million will be allocated to build a cultural centre at the temple grounds.
“To show the government’s sincerity, I would like to announce that RM2 million will be allocated to build a cultural centre,” he said to a cheering crowd.
The Lord Muruga temple at Batu Caves draws thousands of devotees and onlookers during Thaipusam annually.

Najib to Indians: You help me, I help you

The prime minister issued his famous punchline yet again at an event to celebrate Thaipusam.

SELAYANG: Prime Minister Najib Tun Razak today told hundreds of thousands of Indians celebrating Thaipusam at Batu Caves here that if they “helped him”, the government would also in return “help you”.
“If you help me, I’ll help you. You trust me I trust you. Nambikei (trust) between all of us. Malaysia will prosper, Indians will prosper, all races can go forward!” Najib said to loud applause from the crowd in front of the temple.
Najib, who was visiting Batu Caves for his third consecutive year, then returned to the stage and announced an “initial allocation” of RM2 million to build an Indian cultural centre.

Penyaluran bantuan wang yang berlebihan oleh BN. Apakah kesannya?

Penyaluran bantuan wang yang berlebihan oleh BN. Apakah kesannya?Kepada kebanyakan keluarga, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 seorang adalah bagaikan “ang pow” Tahun Baru Cina buat mereka. Menurut perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak, rakyat tidak merasai seberang kesan daripada subsidi minyak, gula atau tepung, tetapi mereka lebih terkilan dengan bantuan tunai sebanyak RM500 tersebut.
Malah, sesetengah penerima skim BR1M turut mencium tangan Najib apabila bantuan tunai tersebut disampaikan, namum keadaan sebenarnya boleh dikaji dalam beberapa aspek.
Sebanyak 4 juta isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM3000 telah memohon untuk mendapatkan BR1M dan jika kita menganggap terdapat 4 orang ahli keluarga di setiap isi rumah, kita boleh dapati seramai 16 juta orang adalah daripada kalangan yang berpendapatan rendah, iaitu kira-kira 57% daripada jumlah penduduk .

Politics in Malaysia: Business first, service last

Politics in Malaysia: Business first, service lastIndeed one begins to wonder why is it that our Malaysian politicians are getting involved in businesses when they should be in the business of caring for the welfare and well being of the rakyat on a full time basis. Are they not paid a salary with perks to govern?
Almost everyone of the BN politicians are into some kind of business, with many of them involved in multi-million Ringgit schemes. Any wise and seasoned business man or woman - big or small, will not hesitate to tell you that to earn your bucks you have to eat, sleep and walk business. It is a 24/7 job.
More interested in mega-business
Now how on earth do our politicians have the time to be involved in healthy and wise politics serving in the best interest of the rakyat and the nation if they are also into mega-buck businesses?

SPRM : Siasatan peringkat akhir, Shahrizat mungkin dipanggil

NONESiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas kini sudah memasuki peringkat akhir.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (bawah) memberitahu Malaysiakini, hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat untuk diteliti Peguam Negara.

"Siapa juga yang dapat membantu siasatan akan diminta memberi keterangan," katanya.

Menurutnya lagi, kes itu disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan kes salah guna kuasa, jika ada.

Parlimen sidang 12 Mac, PRU13 masih jauh?

G MANIMARAN
parlimen
Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Spekulasi terbaru Parlimen akan dibubarkan pertengahan bulan ini kemungkinan besar akan meleset kerana sidang sesi Mac-April dijadual akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, 12 Mac ini.

Ahli-ahli Parlimen sudah menerima notis sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama sebulan mulai 12 Mac ini.

"Ya, kami sudah menerima makluman bahawa sidang Parlimen akan dirasmikan pada 12 Mac," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin kepada Sinar Harian Online.

"Kami menerima notis minggu lepas. Ya, boleh dikatakan Parlimen tidak dibubarkan, tetapi bila tarikh pembubaran, hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu," kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini.

"Tidak mungkin, tidak mungkin akan dibubarkan ketika Parlimen sedang bersidang, (jika dibubarkan), ia akan menyusahkan semua pihak... saya rasa (tarikh pembubaran) masih jauh," kata beliau mengulas lanjut spekulasi terbaru bahawa Parlimen akan dibubarkan bulan ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Perkara yang sama disahkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mengambil kira perkara itu, tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat.

"Kami, ahli-ahli Parlimen juga telah diminta mengemukakan senarai soalan lisan sebelum 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi.

Faekah: Khir Toyo Tinggalkan Beban Besar Di Selangor

SHAH ALAM,7 FEB : Kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar,Faekah Husin,sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
"Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri," tegas Faekah dalam kenyataan medianya.
Menurut Faekah, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas

'Khir Toyo seolah-olah balas dendam pada Umno'

Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Zaid Pecat Kami Sebab Mahu Bubar KITA, Kata Zamil, Tee Beng

Post Pic
SHAH ALAM, 7 FEB: Pengerusi Kedah dan Pulau Pinang parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), tidak mengiktiraf pemecatan mereka daripada parti itu dan bertekad memastikan KITA terus “hidup” dan presidennya Datuk Zaid Ibrahim diusir.

Zamil Ibrahim (Kedah) dan Tan Tee Beng (Pulau Pinang) berkata mereka menjadi mangsa salah guna kuasa akibat tindakan Jawatankuasa Displin parti untuk memecat mereka malam tadi.

ROS Dimaklumkan Usaha KITA Pecat Zaid

Post Pic
SHAH ALAM, 7 FEB : Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dimaklumkan hasrat pimpinan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata notis itu sudah dihantar oleh pimpinan Sabah manakala Kedah akan menyusul tidak lama lagi.

Debat: 3 pemimpin PR terima cabaran Nong Chik...jangan madah berhelah pulak Nong..!!!


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
SHAH ALAM - Tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyahut cabaran debat satu-lawan-satu dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu skim pembiayaan khas menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Cabaran itu diterima oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua selaku Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Dr. Dzulkefly Ahmad iaitu ahli jawatankausa kerja Pas Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kalah di Selangor: Najib menghampakan pemimpin Umno negeri

Kalah di Selangor: Najib menghampakan pemimpin Umno negeri Apabila AS mendakwa kemenangan di Afghanistan sepuluh tahun lalu, kawasan strategik dimana AS mempunyai kawalan adalah Kabul manakala seluruh Afghanistan adalah masih dalam tangan Taliban. Namun, ini adalah sahaja yang diperlukan untuk mana-mana rejim untuk mengisytiharkan dirinya pemenang. Menakluki modal dan kawasan dimana penduduknya aktif dalam aktiviti-aktiviti daripada sosial, ekonomi dan politik.
Kita semua tahu UMNO berada dalam kesukaran akibat perbalahan dalaman yang meluas dan berakar umbi. Namun, UMNO Selangor tanpa seorang ketua sepenuh masa sendiri masih mahu menawan semula negeri itu daripada pentadbiran yang sangat popular iaitu Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari PKR.