Sabtu, 28 Januari 2012

NFC : TIPU ATAS TIPU

Pencuri tuduh anak mencuri !

Cerita 1
Pada 30 Disember lalu, seorang lelaki bergelar datuk, Shamsubahrin    didakwa atas dua kesalahan menipu Datuk Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.76 juta bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat.

Cerita 2
Dan,.. Mohd Salleh pula selaku pengerusi  NFC telah menipu rakyat apabila beliau  membelanjakan wang rakyat sejumlah RM 250 juta dengan sewenang-wenangnya seperti yang didedahkan oleh pembangkang.

Agak menghairankan,.. isu dah terbongkar hampir dua bulan tetapi kenapa baru sekarang pihak pengurusan NFC terhegeh-hegeh memanggil 12 NGO termasuk PERKASA  untuk sesi taklimat ?
 
Dan kalau Datuk Salleh (pengurusan NFC) tidak gentar,  kenapa beliau tidak turut sama hadir sidang video yang dipengerusikan oleh Ibrahim Ali itu?    Macam ada sesuatu !!!.

VIDEO SEKS TERBARU produksi Datuk T sudah siap !

Anwar jangan layan kerenah tiga ekor pelesit ini !!

Isu : Video Terbaru Datuk T.  Amat wajar jika DS Anwar Ibrahim tak layan langsung kerenah 3 Datuk T yang  kelihatan macam orang gila  meroyan ini. 

Sebagai seorang muslim yang beriman dan berprinsip, Anwar tak perlu layan manusia gila seks macam mereka!!    
 
Lantak pi lah mereka mendakwa mereka ada satu lagi video lucah !!  terbaru!, lagi hebat konon ! . Video yang dulu pun tak laku !  senyap !, hilang kisah ditelan zaman,  ada hati kalian nak menjaja yang lain pulak !. Apa! Kalian ingat rakyat Malaysia bodoh macam kalian?

Laksa dari Sydney untuk Rosmah

Di bawah ialah laksa pedas dari Andrew Hornery kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Saya ulangi, yang paling penting ialah Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengambil tindakan undang-undang terhadap Hornery dan The Sydney Morning Herald (SMH). Jika tidak, sama seperti laporan pelbagai media di serata dunia yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu, orang pasti mempercayai laporan Hornery dan SMH itu.

Zahid Hamidi… Menang Sorak Kampong Digadainya…

Datuk Seri Ahmad Zahid mendakwa bahawa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah melihat bagaimana anak perempuan Lim Guan Eng telah berubah menjadi lebih baik selepas menghadiri program Khidmat Negara di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kenyataan Zahid itu betul-betul mencerminkan betapa terdesaknya UmnoBn memutarbelitkan segala isu yang sebenarnya tiada.

No tolls if Pakatan captures Putrajaya

Pakatan Rakyat pledges to be a caring federal government if it comes into power.
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat will abolish toll collections in the North-South highway and on Penang Bridge and it will also hand out RM1,000 annually to senior citizens, if it captures Putrajaya in the next general election.
These pledges, DAP secretary-general Lim Guan Eng said Pakatan will never “run away from”.
He said people can put their faith in Pakatan’s promises.
“If we capture Putrajaya, we will immediately abolish the North-South Highway toll.
“We will also abolish toll collections on Penang Bridge.
“We will not run away from our promises,” Lim told a cheering crowd at a Chinese New Year open house co-hosted by Seri Delima assemblyman RSN Rayer and Bukit Gelugor MP Karpal Singh.

60-year highway robbery! Another 'Rosemajib' deal?

60-YEAR PIRATISED HIGHWAY ROBBERY! LATEST ENTRY IN TOWERING GLOCAL GENIUS BOOK OF RECORDS!








"Kumpulan Xxxx has officially obtained the contract to build a RM7.07 billion highway linking Banting (Selangor) and Taiping (Perak). Xxxx said its 64.2 per cent-owned Xxxx obtained an approval letter yesterday from the Public Private Partnership Unit of the Prime Minister’s Department.

Debat :Anwar Berjaya ‘Tikuskan’ PM Najib

"Calon Presiden Amerika selalu berdebat dalam kempen mereka. Najib dan Anwar juga perlu berdebat. Isu debat bermula apabila Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian meminta agar PM Najib dan Anwar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Merdeka Centre, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Muhammad manusia agung


Oleh MUMTAZ MD. NAWI
MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG
Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) tershttp://4.bp.blogspot.com/-MCYIexfRQdA/TYa9KVoaxHI/AAAAAAAABIQ/ca6Rkf0uKuY/s1600/MASJID.jpgerlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan.
Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan.

Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.

Hasan Ali kesudahannya letih


Oleh Adnan Ibrahim
PENGAhttp://2.bp.blogspot.com/-CVU-2BSXS0w/TvBaEHxfPxI/AAAAAAAAJP0/fUHZS3iOiTk/s400/hasan-alia1.jpgLAMAN lalu seperti Ustaz Latif dari Besut, Ustaz Ghazali dari Losong Terengganu akhirnya mengaku kalah selepas penat berceramah atas platform Umno.

Walaupun mereka tidak masuk Umno tetapi selepas digantung daripada PAS, mereka berceramah bersama platform Umno mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang menyebabkan mereka digantung. Akhirnya mereka ini kepenatan dan mohon masuk PAS kembali. Itu yang saya mahu ingatkan Hasan Ali.

Pakatan, bersedialah hadapi fitnah


Oleh Abd Shukur Harun
ADA dua hal penting yang dapat saya simpulkan selepas sehari suntuk menghadiri Konvenyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Stadium Sultan Abd Halim, di Alor Setar, Sabtu, 14 Januari lalu.
Pertama, Pakatan perlu memaksimumkan persiapan jenteranya untuk menghadapi PRU13.


Kedua, Pakatan – khususnya PAS – perlu bersedia secara intensif menangkis fitnah besarbesaran musuh tradisi PAS dan golongan tertentu yang keliru, malah selama ini sangat prejudis terhadap PAS. Mereka memfitnah PAS, kononnya sudah menyeleweng daripada dasar memperjuangkan PAS dan bersekongkol malah menjadi ‘kuda tunggagan’ kepada DAP. Pada hal tidak benar sama sekali.
Ini adalah fitnah yang terusmenerus diperbaharui, malah diperkuat menjelang PRU13 nanti, dengan kepercayaan mereka bahawa sokongan orang Melayu terhadap PAS akan luntur dengan dakyah ini.
Secara jelas dan sudah diketahui umum bahawa mereka yang melancarkan fitnah secara besar-besaran ini datang daripada pelbagai golongan dan kategori:

Rela will act against unruly demonstrators, says Najib


Rela members perform crowd control function during a visit by Najib to the Tua Peh Kong temple in Sibu, May 12, 2010. — File pic
SERDANG, Jan 28 — Datuk Seri Najib Razak today issued an open warning to would-be demonstrators, saying that the paramilitary People’s Volunteer Corps (Rela) was ready to defend the country from turmoil. Speaking in front of an estimated 20,000 Rela members here, the prime minister pledged his administration’s commitment to look after the interests and welfare of the corps.

Insiden Ceramah ABU : Lagi laporan Polis dibuat..

Laporan polis pemuda didakwa 'dipukul' di ceramah ABU
Jan 28, 2012 Pengarah eksekutif Suaram, E Nalini membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian seorang pemuda dipukul di ceramah Asalkan Bukan Umno (ABU).

Laporan tersebut dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi
semalam.

Najib Takut Ahli-Ahli UMNO Sabotaj BN Pada PRU 13?


Gambaran jelas tarikh pilihan raya umum semakin hampir, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kali mengumumkan Umno mempertimbangkan untuk mengaktifkan jawatankuasa displin parti sebagai persiapan awal. Presiden Umno ini menjelaskan langkah itu diambil untuk mengukuhkan disiplin parti dan seterusnya menghalang sebarang usaha untuk sabotaj pemilihan parti sebelum pilihan raya diadakan.
 
“Kami tidak mahu sesuatu berlaku selepas pemilihan, kesannya telah pun berlaku. Jadi lebih baik kita proaktif.

Guan Eng dakwa Umno jadikan anak-anaknya sasaran politik

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Lim Guan Eng menuduh Umno menjadikan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa serangan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Pertahanan ini mengatakan program latihan Khidmat Negara kini diterima dengan meluas dan mendapat kepercayaan ibu bapa untuk memupuk kesan positif dalam diri anak-anak mereka dan menggunakan anak perempuan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai contoh.
Beliau dilaporkan berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang melihat cucu perempuannya, yang memasuki Kem Balik Pulau, telah berubah lebih baik selepas menghadiri program itu.
“Anak lelaki (Kit Siang) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) juga memberitahu saya tentang kesan positif dari program itu dan berterima kasih kepada saya,” kata Zahid dipetik Bernama.
Bagaimanapun Lim (gambar) menafikannya dan berkata kenyataan Zahid “tidak benar”.

Orang Asli di Johor berang kawasan kubur dimusnahkan untuk pembangunan Iskandar

Orang Asli dari suku kaum Seletar di sekitar Johor Baru berang berhubung pemusnahan kubur nenek moyang mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, wakil Rangkaian Orang Asli Seletar Laut, Eddy Salim berkata dua jengkaut telah mencerobohi tanah perkuburan nenek moyang mereka berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Temon dan Kampung Bakar Batu untuk kerja-kerja tanah bagi pelan pembangunan Iskandar.

Katanya, apabila ditemui masyarakat Orang Asli di situ, kakitangan kontraktor berkenaan gagal menunjukkan sebarang permit kerja tetapi mendakwa semua kelulusan yang diperlukan telah diperolehi daripada pihak berkuasa.

NFC: Mengapa Muhyiddin takut, soal Pas

PADANG BESAR - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) mendedahkan sikap sebenar pemimpin itu yang dilihat enggan bertanggungjawab terhadapnya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Muhyiddin yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menjawab isu itu memandangkan projek itu dilaksanakan sewaktu beliau memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian.
"Mengapa Muhyiddin perlu takut? Sepatutnya beliau harus bersikap lebih terbuka sekiranya NFC benar-benar tidak berlaku penyelewengan.

UMNO tercalar....atau UMNO sememangnya menjalar...

Masih ada lagi pihak yang nak membela UMNO dalam isu tuduhan sex terhadap Anwar......

Image

Siapa yang tak kenal dengan Rahim Chik dalam isu skandal dengan budak bawah umur semasa beliau menjadi KM Melaka, yang mengakibatkan Lim GUan Eng merengkok dalam penjara...

Penjelasan Anwar Mengenai Dakwaan Sokongan Israel

Hari ini bergentayangan kritikan dan teguran dibuat ke atas Anwar Ibrahim yang dikatakan telah membuat kenyataan menyokong Israel dalam satu wawancara dengan akhbar luar. Saya percaya tidak ramai yang mendengar dengan telinga sendiri akan kenyataan Anwar itu dan mengulas berdasarkan apa yang diceritakan oleh pihak UBN.

Sekali lagi malang buat penyokong Pakatan Rakyat termasuk juga seetengah pemimpin budak terus memberi reaksi kepada kenyataan yang dimainkan oleh media musuh Pakatan Rakyat itu. Saya naik hairan kenapa mereka cepat melatah dan mematuk apa saja yang dicampak oleh blogers dan juga media musuh UBN.

Sepatutnya sebelum membuat kritikan dan ulasan dengar dulu apa yang Anwar atau sesiapa perkatakan. Jangan pakai terus makan dan terkam macam beruk lapar. Kalau apa didengari itu sahih barulah buat komen. Ketidakcermatan dan kebodohan menyebabkan Pakatan Rakyat diganggu dan terganggu bukan saja oleh musuhnya tetapi diri sendiri.

Anwar juga dalam soal ini tidak pandai jaga mulut, asyik hendak bercakap saja. Elok juga kalau Anwar mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis setidak-tidak ada dua hari beliau tidak bercakap dalam seminggu. Kadang pening juga kepala kerana banyak sangat hal-hal yang tidak patut ditanggung tetapi terpikul di atas bahu penyokong Pakatan Rakyat kerana kegilaan Anwar bercakap dan cakap tidak pilih isu. Seharusnya sebelum mengulas sesuatu atau memberi pandangan terhadap isu yang sensitif Anwar harus lebih berwaspada.

Baucar BR1M: 2 kedai buku disiasat


Baucar BR1M: 2 kedai buku disiasat
SHAH ALAM - Dua kedai buku di Kota Bharu dikenal pasti terbabit dalam aktiviti menawarkan ‘perkhidmatan’ menukar baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200, yang diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal menunjukkan kedai buku terbabit bertindak menawarkan penukaran baucar itu dalam bentuk wang tunai kepada pelajar di sekitar daerah tersebut.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dibuka mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyeleweng harta dengan curang.

‘I am sure all of you have nothing to fear?'

‘I am sure all of you have nothing to fear?'One of the most important features of any democracy, no doubt, is that its leaders and top officials do not abuse their positions for financial gain, and/or misappropriate public funds for private profiteering.
It is in this regard that Aliran welcomes the move by the Pakatan Rakyat-led Penang state government to declare publicly the assets of Chief Minister Lim Guan Eng and the other 10 members of the State Executive Committee on 12 January 2012. Audited by an independent accountancy firm, their assets are now accessible to all on the website of the state government.
In a separate move the following day, Chief Justice Tan Sri Arifin Zakaria announced to his senior judges (in the Federal Court, the Court of Appeal and High Court) and judicial commissioners that they too might soon be required to declare their assets.

Pas Cabar Hassan Ali Sertakan Bukti Terhadap Dakwaannya

Post Pic
SHAH ALAM, 28 Jan: Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman menafikan dakwaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada Pas adalah disebabkan  kepimpinan parti itu menentang kelantangannya dalam meperjuangkan isu-isu berkaitan akidah.

Rani berkata Hassan wajar menyertakan sekali fakta dan bukti seiring dengan sebarang dakwaan yang dibangkitkannya  bagi mengelak ianya menjadi tuduhan yang berbentuk fitnah.

Debat dituntut dalam Islam tapi Najib elak untuk sorok ‘sesuatu’

KUALA LUMPUR: Budaya debat antara pemimpin selaras dengan tuntutan al-Quran dan menjadi tradisi kepimpinan silam tamadun dunia, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Sambil memetik Surah An-Nahl: 125, beliau berkata budaya itu lumrah ilmuan dan kepimpinan silam kerana kebenaran akan lebih terserlah dan pandangan baru dapat dicerna demi kepentingan negara dan rakyat.
“Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang diberi amanah mengurus negara pada masa depan.
“Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Saya tidak khianati Palestin, jangan putarbelit kenyataan, tegas Anwar


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk Pemuda Umno supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar (gambar) menegaskan temubual bersama Wall Street Journal banyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.
“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
“ Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormat,” kata Ketua Umum PKR ini.
Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: “Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel.”

Anwar tak risau ugutan Datuk T

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau dengan ugutan  terbaru Datuk T untuk mendedahkan satu lagi video seks yang didakwa membabitkannya.

Anwar Jawab Segala Fitnah dan Tomahan

DENGKIL, 28 JAN: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil malam tadi menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.
Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.
Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat.

Air Asia and Tony Fernandes: From public champion to money-grabbing witch?

Air Asia and Tony Fernandes: From public champion to  money-grabbing witch?AirAsia is one of Malaysia’s great success stories. From basically nothing except a few old planes serving a few domestic routes CEO Tony Fernandes has built it into the biggest budget airline in Asia with routes spanning most of Asia and reaching into Australia, NZ and Europe. He has done it without any help from the government unlike pampered bumiputra businessmen.
However AirAsia’s success story has begun to falter amid charges of poor service, inflexibility, hidden charges, deceptive pricing and anti-consumer practices designed to squeeze the maximum from passengers. Whenever there is a news item on AirAsia in malaysiakini, Malaysian Insider and other online sites readers’ comments are almost wholly negative towards the airline. It is unusual for a budget airline which purports to provide affordable flying for passengers to end up on the wrong side of public opinion but AirAsia has certainly succeeded.

Greed will be Pakatan’s downfall in Sabah

Pakatan Rakyat appears not to have learnt from its 2008 polls lesson in Sabah.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat may be biting off more than it can chew in wanting to contest 52 out 60 seats in Sabah in the 13th general election.
It appears the coalition has forgotten the lashings it received in Sabah in the 2008 polls, when it contested in 59 constituencies and won only one through DAP’s Jimmy Wong in Sri Tanjung.
At the time, Pakatan was a loose coalition and had decided to walk alone in Sabah, declining to pair up with local parties.
History, it appears, has not yet taught Pakatan a lesson.
Pakatan has once again pushed away any possibility of working with local parties in Sabah.
At a meeting with Sabah People’s Progressive (SAPP) recently, Pakatan member PKR allegedly told the party that it was going to contest in almost all the seats in Sabah.

Talk to Al Jazeera - Arianna Huffington: Beyond left and right

Immigrants fight for justice in Spain

Syrian opposition to equip fighters

Tambak Johor Peninggalan British

Petikan Ceramah DSAI Di Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil

Guan Eng : Europlus Highway

Anwar Ibrahim: Madu Di Tangan Kanan Mu Pakatan, Racun Di Tangan Kiri Mu BN

Anwar Ibrahim: Media UMNO Serang Kita Sebab Nak Tutup Rasuah & Penipuan Mereka.

Anwar Ibrahim: Isu Homoseksual Dan Pro-Israel

Guan Eng: Jangan Ganggu Anak Saya

Post Pic
KUALA LUMPUR, Jan 28: Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh Umno menggunakan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya pula menjadi mangsa serangan Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, semalam, dilaporkan sebagai berkata bahawa Program Latihan Khidmat Negara kini diterima pelbagai pihak dan diyakini oleh ibubapa kerana memberikan kesan positif kepada anak-anak mereka sambil menggunakan anak Guan Eng sebagai contoh.

AUKU: Azizan DiIngatkan Jangan "Bebel Mahu Tegakkan Politik Kampong"

Post Pic
SHAH ALAM, 28 Jan: Menteri Besar Kedah perlu berpijak kepada realiti "politik berprinsip" dan “tidak membebel” mempertahankan penggunaan AUKU terhadap enam pelajar sebuah kolej milik kerajaan negeri itu, kata Profesor Aziz Bari.
“Dia (Azizan) kena tahu setiap tindakannya itu diperhatikan rakyat dan soal AUKU penting. Pakatan Rakyat bersetuju memansuhkannya tetapi dia (Azizan) merepek, membebel dan mempertahankan Auku ini kenapa?,” kata beliau kepada antarapos.
 “Percubaan beliau mempertahankan AUKU itu akan menjerumuskan beliau (Azizan) kepada lubang yang beliau payah hendak keluarkan nanti,” katanya.

Calon PRU13 ditentukan pimpinan - Tengku Hasan



(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan: Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.

Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.

Hancur?

Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.
"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.
"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.

SU Agung: BN tidak terdesak panggil PRU


 Adnan Tengku Mansor
SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak terdesak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat walaupun spekulasi terbaru menyebut ia akan diadakan menjelang Jun ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaliknya kata beliau, tempoh bagi mengadakan PRU13 masih panjang. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir akhir April 2013.
“Kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan permasalahan rakyat dan kita berusaha untuk meringankan beban kehidupan masyarakat dengan memberikan pelbagai bantuan dan subsidi tanpa menghiraukan kepada manipulasi atau spekulasi berkaitan tarikh PRU,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Umno, dipetik Umno Online hari ini. Beliau berkata demikian dalam penjelasan kepada delegasi dari Britain di pejabatnya, semalam.

Pas: 'Hukum' MB Kedah tak timbul, fokus mansuh Auku


Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub  (gambar) berkata, gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari agar kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak timbul dan ia juga bukan formula penyelesaian.
Sebaliknya menurut beliau, PR perlu memberi tumpuan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.
"Pakatan akan mengambil tindakan maksimum untuk memansuhkan Auku," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pas bincang hasrat Hadi undur 12 Feb

G MANIMARAN

Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pas pusat akan membincangkan hasrat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) yang menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau, Abdul Hadi telah lama melahirkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya demi memberi laluan kepada tenaga-tenaga muda dan pelapis.
"Hal itu telah lama disebut (oleh Hadi). Kita akan bincang hasrat beliau, kita akan bincang. Kami akan membincangkan hasrat beliau apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, bulan depan, pada 12 Februari," kata Tuan Ibrahim kepada Sinar Harian Online hari ini.

'Sudah lama jadi YB', Hadi tawar tak tanding

FARUSH KHAN & W SAIDATUL FADZILAH W NAJEMUDIN

Hadi tidak mahu bertanding
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Umno bahaya terbesar. Anwar letakkan dirinya bahaya kedua terbesar

Banyak kali sungguh Datuk Seri Anwar Ibrahim buat hal. Antara yang paling saya ingat ialah masa dia jadi pemimpin Umno dulu, dia kata Salman Rushdie "is a profound writer".

Dalam liputan The Wall Street Journal bertajuk "Malaysia's Anwar presses on despite appeal", Anwar dipetik sebagai berkata:
I support all efforts to protect the security of the state of Israel (Imej di sebelah dari Ameno World).
Penyokong-penyokong tegar Anwar mungkin akan membangangkan aku dan suruh aku tengok dulu dalam konteks apa kenyataan Anwar tu. Tetapi bagi saya, kenyataan Anwar itu lebih jahat dari kenyataan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berkeras dengan besar kepalanya menyatakan "AUKU tetap dilaksanakan di KUIN".

Video Lucah Babitkan Anwar Nak Jatuhkan Najib

Oleh : Mohd Sayuti Omar

Mungkin Ha Najib Razak bercakap benar apabila beliau mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai video lucah terbaru membabitkan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Shuib Lazim. Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun untuk Najib menyaksikan video berkenaan apa lagi kalau untuk merangsangkan sex.

Najib atau sesiapa saja boleh melihat video lain yang lebih daring dan menyegarkan engin batin.

Video sex membabitkan Anwar sudah tawar lembar, sudah tidak ada apa-apa yang menggeurkan lagi. Apa lagi kalau yang melakukan itu hanya watak tempelan atau jadi-jadian seperti mana kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul bahawa watak Anwar itu hanya tiruan saja. Selama ini mereka yang terngangga menyaksikan video lucah Anwar itu rupa-rupanya menyaksi barang palsu.

Melihat sesuatu yang palsu apa lagi video lucah mendatangkan dua kebodohan. Pertama, kerana melihat benda palsu, kedua, melihat perkara yang mengundangkan dosa. Mungkin di dalam Neraka besok sebahagian penghuninya dari Malaysia ialah mereka yang menonton video lucah!

PAS Johor minta Jcorp batal ambilalih KFC



(Demo yang dipimpin Dr Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor bagi membantah pengambilalihan KFC oleh Jcorp )

KUALA LUMPUR, 28 Jan: PAS Johor terus mendesak syarikat kerajaan negeri (GLC), Johor Corporation (JCorp) membatalkan cadangannya untuk mengambil alih KFC Holdings Bhd (KFC) dan QSR Brands Bhd (QSR) melalui syarikat tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB).

Guan Eng: Bantuan Hanya Kepada Rakyat Malaysia


PULAU PINANG, 28 JAN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kesal ada pihak tertentu yang cuba memutar-belitkan kenyataan beliau yang tidak akan memberikan bantuan kewangan kepada orang asing sebagai enggan membantu mangsa peniaga tempatan tertentu.
Beliau merujuk kepada lawatannya ke tapak kebakaran sepanjang Jalan Pantai, Butterworth bersebelahan dengan stesen bas sementara Penang Sentral, di mana 25 gerai terbakar baru-baru ini.

"Semasa membuat lawatan, saya telah menyatakan bahawa saya akan mempertimbangkan bantuan kewangan kepada mangsa peniaga dan meminta mereka bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan MPSP dengan memberikan maklumat.

Oleh kerana tapak yang terbakar adalah tapak perniagaan maka mangsa peniaga tidak layak menerima bantuan Tabung TYT Pulau Pinang, yang dikhususkan hanya untuk mangsa-mangsa yang kehilangan rumah kediaman," kata beliau

Menurut Lim lagi, apa-apa pemberian Tabung TYT untuk mangsa perniagaan yang kehilangan gerai sepertimana yang berlaku di Jalan Pantai adalah melanggari peraturan yang ditetapkan.

"Untuk membantu mangsa-mangsa perniagaan ini,saya bersedia menggunakan peruntukan saya sendiri tetapi perlu mendapatkan maklumat demi memastikan mereka adalah rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Lim menegaskan, Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu memberikan bantuan kepada yang tidak layak menerimanya, kerana difahami ada ramai peniaga di sana daripada negara asing.

Wakil insurans: Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Thana Chew Ne Meng
Selaku Penaja Persatuan GIANTS ,
No 157, Tingkat Bawah ,
Kompleks Alor Star ,
05100, Alor Star , Kedah
Hp : 016-442 2262

06 OKTOBER 2011                                                   

Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya,
62502, Putrajaya.


Y.A.B Dato’,


PER : KEMBALIKAN HAK WAKIL INSURANS

Dare Mawan face off with Taib?

The next general election may see more of Sarawak Chief Minister Taib Mahmud's party members contesting under the banner of SPDP, PRS or even SUPP.
KUCHING:  Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) is not out of the woods yet despite the sacking of its five errant elected representatives, better known as the SPDP 5.
In fact word has it, that party  president William Mawan may now be faced with a bigger and more complex problem.
The five have declared themselves BN friendly and whilst they may be out of SPDP, they are not out of Barisan Nasional. They were all elected under a BN ticket, albeit under SPDP banner.
The question sifting through the party’s rank and file is: ‘Does Mawan have the political mettle, skill and courage to deal with this ‘new’ challenge’?

NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan NFC, kata Noh Omar


PETALING JAYA, 28 Jan — Datuk Seri Noh Omar mengakui Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan National Feedlot Corporation (NFCorp) “terikat” antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.
Justeru Menteri Pertanian dan Asas Tani (gambar) ini berkata NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.
Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
“Ia perlukan komitmen kedua-duanya,” jawab Noh apabila ditanya oleh wartawan jika NFCorp bertanggungjawab atas kelemahan NFC.
Jelas beliau, NFC dan NFCorp memerlukan antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang pengeluaran daging lembu.
“Ya, kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain, dua-dua ada komitmen masing-masing sebab itu ada perjanjian.
“Ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani, satu perjanjian pinjaman dan satu lagi perjanjian pelaksanaan dan perjanjian itu berjaya dicapai pada 2010,” katanya.

Dia cakap 40 minit, saya 20 minit sudah - Anwar


KUALA LUMPUR, 28 Jan: "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."

Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.

Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.
Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.

Anwar Cabar Najib Debat Terbuka

Anwar Ibrahim: Isu Petrol, Elektrik Dan Tol

Anwar Ibrahim: Inilah Kuasa Doa

Faekah Husin: Isu Kumpulan Talam Corp Dan Tanah Di Selangor

Faekah Husin: Apa Yang Selangor bagi Kepada Rakyat Selangor?

MASUK ISLAM DENGAN YB NIK MOHD AMAR

Fitnah video seks terbaru, BN hampir tumbang

Shahbudin Husin
Di ketika Najib dan Muhyiddin sedang sibuk melakukan lawatan ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat sambil menawarkan pelbagai ‘gula-gula’ yang memberi petanda bahawa PRU 13 makin hampir, tiba-tiba seorang anggota trio Datuk T iaitu Shuib Lazim bersuara kembali dengan mengugut akan mendedahkan satu lagi video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim.
Kali ini kononnya video yang dirakam secara curi itu berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari tahun lalu.
Dalam masa yang sama beliau turut mencabar Anwar supaya menyamannya di mahkamah berhubung ketulenan video seks yang dikatakan membabitkan Anwar dengan seorang pelacur China yang telah didedahkannya sebelum ini. Shuib kononnya akan mendedahkan video terbaru ini kiranya Anwar tidak mahu menyamannya.

Bila Azizan jerkah Aziz Bari


Walaupun secara bergurau, saya selalu didebik oleh satu dua pemimpin PAS dengan kata-kata, "Jangan masuk campurlah, hang bukan ahli PAS!"

Pernah saya jawab balik dengan kata-kata, "Nak-nak satu hari esok rakyat kata kat hang: Jangan dok mintak undi kamilah, kami bukan ahli PAS! Masa nak undi bukan main lagi, macam adik-beradik punya baik. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila time tak nak undi rakyat, berlagak lebih daripada apa lagi!"

Saya pernah kerja dengan PAS ketika masih lagi ahli parti itu. Antara time yang saya tengok para pemimpin PAS menggelejat cari orang luar ialah apabila belanjawan negara nak dibentang dan lebih-lebih lagilah selepas dibentang. Waktu-waktu itu, antara yang paling banyak menyumbang memberi input kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membahaskan belanjawan yang dibentang ialah Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Tak pulak masa tu orang PAS berlagak dan kata, "Hoi Jomo, hang jangan campur, jangan cuba nak ajar kami, hang bukan ahli PAS!"

SBPA -Empat Wakil CUEPACS @ ‘Pulau’

CUEPACS mendesak supaya 4 wakil mereka dalam pasukan Petugas Khas SBPA. Kini hanya Presiden CUEPACS berada dalam pasukan itu. CUEPACS mendesak supaya Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan juga dilantik.

Jual Baucar : Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Bercanggah

Kuala Lumpur, 28 Jan : Tindakan bersesuaian akan dikenakan terhadap mana-mana pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta yang menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan menukarkannya kepada wang tunai untuk kegunaan lain.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung sebarang laporan polis mengenai penyelewengan baucar buku bernilai RM200 berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan bersesuaian.

Ditumbuk, Ditangkap, Digantung Pengajian Tidak Jejaskan Momentum BEBAS

Petaling Jaya, 28 Jan : Ditumbuk, ditangkap, digantung pengajian dilihat tidak berupaya mematahkan semangat sekumpulan gerakan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘BEBAS’.
Mereka diberitakan akan meneruskan ‘Roadshow BEBAS’ ke Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini bagi melancarkan kempen kesedaran kepada seluruh mahasiswa.

Kelahiran yang melahirkan kembali kemanusiaan


Rabiulawal
Rabiulawal begitu sinonim dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Gegak gempitalah di seluruh pelosok kota dan desa dengan pelbagai acara sambutan hari keputeraan Pesuruh Allah, manusia paling agung yang pernah dilahirkan di persada dunia ini.

Penulis tidak berhasrat mempersoalkan hukum menyambut hari keputeraan baginda yang mulia. Hanya sekadar ingin mengajak sama-sama membetulkan arus perjalanan hidup kita semua, benarkah kita sedang berada di landasan yang betul, di jalan lurus atau sirat al-mustaqim yang telah digariskan baginda sallallahu alaihi wasallam mengikut ketentuan Tuhan Maha Agung yang telah mengutusnya sebagai Rasul pilihan terakhir?