Khamis, 26 Januari 2012

Yang jahat dikata baik – yang baik dikatakan jahat

Oleh: anaabdullah

"Pada saya Anwar Ibrahim adalah musuh politik UMNO. Musuh, baik macam mana sekalipun dia tetap jahat. Kalau tak musuh jahat macam dajjal pun dikatakan baik. Sebab itu ramai dajjal menang dalam musim pilihanraya umum di Negara Malaysia ini. Inilah perangai manusia, kecuali manusia mukmin. Kalau masih tahap umat islam itulah ukuran yang mereka pakai. Anwar Ibrahim tetap dianggap orang jahat miskipun telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Malahan label juara liwat digunapakai. Inilah kerja orang UMNO.

Hari ini kebanyakan orang umno masih tetap yakin bahawa Anwar kaki liwat. Orang jahat buruk imejnya. Pada hal mahkamah telah menentu dan memutuskan dia tidak bersalah. Tindakan demikian seakan tak percaya pada kewibawaan mahkamah di Negara ini. Ini adalah modal politik UMNO agar dalam pilihanraya nanti rakyat tak undi Pakatan rakyat yang dikata Putrajaya sudah didepan mata.

Polis Malaysia bodoh?

Oleh: Inimajalah

"Benarkah polis Malaysia bodoh? Benarkah polis Malaysia tidak matang? Benarkah polis Malaysia tidak berlaku adil terhadap rakyat, terutama pemimpin dan penyokong pembangkang?

Semua perkataan ini – bodoh, tidak matang dan tidak adil – atau apa-apa perkataan yang membawa makna seumpamanya, dapat ditemui di dalam laporan terbaharu malaysiakini.com, hari ini, berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perlakuan dan sikap polis Malaysia.
Foto hiasan. Imej dari rubbertapperz.blogspot.com.
Suhakam bukan suara sembang kosong di kedai kopi. Ia badan berautoriti dan dihormati. Penubuhannya sah di sisi perlembangaan. Malah, kewujudannya bertujuan menjaga kepentingan semua pihak,  termasuklah polis dan anggota keluarganya sendiri!
Perlakuan dan sikap polis Malaysia sudah acap kali diperkatakan oleh komuniti online, termasuklah dalam bentuk blog, forum dan laman sosial Facebook serta Twitter.
Dalam laporan malaysiakini.com hari ini, Pesuruhjaya Suhakam, Mohd Sha’ani Abdullah dilaporkan naik anginberhubung apa yang disifatkan sebagai “kebodohan” dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-Barisan Nasional (BN), di Klang, Selangor baru-baru ini.
Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Hak orang Melayu untuk sertai DAP

GEORGE TOWN, 26 JAN: Tiada siapa di dalam dunia ini dapat menghalang penyertaan sukarela orang Melayu ke dalam DAP, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Malah, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan terperanjat apabila lebih ramai Melayu menyertai DAP tidak lama lagi.
Katanya ini adalah gelombang perubahan masa kini dan tiada siapa pun mampu menghalang Melayu menyertai kaum-kaum lain bersama membentuk masa hadapan negara yang lebih hebat.
“DAP dari awal penubuhan selama 46 tahun ini tidak pernah lari dari perjuangan buat semua rakyat Malaysia, tidak kira apa kaum atau agama pun,” katanya dalam ucapan sewaktu Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Take a look in the mirror: Has Umno ever kept its promises?

Take a look in the mirror: Has Umno ever kept its promises?For the past six decades UMNO and Barisan Nasional (BN) have failed to uplift the standard of living among all the marginalised ethnic groups in the country and this includes the Indians, Malays, Chinese and the Indigenous. The gulf of disparity between the rich and the poor is ceaselessly widening. This poverty gap has made many poor Malaysians become tangential to the national economic pie.
About 70 percent of ethnic Indians in the country are in the poor or hardcore-poor cohort but receives the least attention from the UMNO-led government, as the poor Indians do not have much political clout in a country of about 28.5  million people.  UMNO-friendly political parties representing the minority Indians in BN have not achieved much in trying to help this marginalised group of Indians.

Kerajaan Dan Pembangkang Mahu Politik Di Kampus Terkawal, Kata Jawatankuasa AUKU

Jual Susu Dada Di INTERNET - Ustaz Azhar Idrus

Beri SUSU Dada Tanpa Izin SUAMI - Ustaz Azhar Idrus

Solat Tapi Ada MAKE UP - Ustaz Azhar Idrus

Pakai Songkok & Tudung Tapi Nampak JAMBUL - Ustaz Azhar.

Jari Yang Sesuai Di Pakai CINCIN Oleh Wanita - Ustaz Azhar Idrus

Aqiqah Untuk Diri SENDIRI - Ustaz Azhar Idrus

Doa Panjang UMUR - Ustaz Azhar Idrus

\

Hukum BERNIAGA Semasa Solat Jumaat & Hari Raya - Ustaz Azhar Idrus

PKR : Kenyataan Ambrin Tidak Tutup Salah Laku Dalam NFC

Chinese New Year Commercial - Family Reunion Dinner "Sek Fan"

RSA Animate - The Economic Consequences of Mr Brown

RSA Animate Matthew Taylor: Left brain, right brain

RSA Animate - The Divided Brain trailer

RSA Animate - Choice

RSA Animate - The Internet in Society: Empowering or Censoring Citizens?

RSA Animate - Language as a Window into Human Nature

RSA Animate - Crises of Capitalism

RSA Animate - The Empathic Civilisation

RSA Animate - Drive: The surprising truth about what motivates us

RSA Animate - Smile or Die

RSA Animate - The Secret Powers of Time

RSA Animate - Changing Education Paradigms

"Fakta" Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo

Fakta dari beliau!

Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku berketurunan Maharaja China, Jawa, Siam dan India. Fucking master race sial!

Beliau mengaku rakyat Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim pada tahun 1964. Beliau hanya mengetahui beliau adalah keturunan diraja setelah mengembara ke Eropah. Disana beliau mengatakan mempunyai wang simpanan bernilai ber-TRILLION dollar. Ianya adalah hasil pelaburan harta maharaja Jawa sejak kurun ke 19.


Harta beliau juga disimpan di sebuah gua misteri di Kunming China. Gua ini dikawal dua orang IMMMORTAL yang setia menjaga keselamatan harta beliau. Didalam gua ini terdapat pagoda emas bernilai ratusan juta dollar. Disamping itu terdapat juga gumpalan permata dan wang dollar amerika disimpan disini bernilai 25 juta dollar kesemuanya. Jika anda mahu masuk kedalam gua ini tanpa kebenaran anda akan terus muntah darah.

Hina Mahkamah : Penulis Blog Dibicara 2 Mac Depan

Post Pic
KUALA LUMPUR, 26 JAN : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 2 Mac depan untuk perbicaraan kes menghina mahkamah membabitkan penulis blog, Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan demikian selepas Amizudin memohon penangguhan bagi memberinya masa melantik peguam dan membalas notis usul.

PR vs BN : Bukti terbentang di DEPAN MATA.

Sudah terang lagi bersuluh kerajaan PR jauh lebih baik dari BN. Apa rahsianya...pemimpin PR tidak rasuah, tiada boros, tiada penyalahgunaan kuasa, Takut pada Allah dan tidak PELAHAP.


 
Apa tunggu lagi tumbangkan kerajaan BN di negeri dan di pusat pada PRU 13 nanti.

Klik pada imej untuk gambar yang lebih BESAR.

Jemputan palsu hadiri Himpun disebar di masjid

NONESurat "rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan didakwa ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam di Kepala Batas pada hari Sabtu.

Abdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala surat kerajaan negeri.

Beliau juga tidak dapat mengenal pasti individu atau pihak-pihak yang terlibat.

Projek NFC tidak gagal, kata Noh Omar

TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.
Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.

Prof Anuar: Auku bukan isu utama


Wacana 10
SHAH ALAM – Seorang ahli akademik berpandangan bahawa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bukan satu isu dominan untuk diperdebatkan, sebaliknya negara mempunyai isu-isu lebih besar untuk diperhalusi khususnya berkaitan dengan hutang domestik.
Pemangku Presiden dan Naib Censelor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad berkata, hutang domestik adalah isu sebenar yang perlu dibincangkan berbanding polemik mengenai kerelevanan Auku.
Menurut Anuar, hutang domestik ini termasuklah hutang pinjaman perumahan, kereta dan mungkin juga termasuk hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KUIN : Serang Azizan Razak Tidak Bijak

Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.

Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.

Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.

Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.

Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.

Kerajaan PR Enggan Serah Tanah Kepada FGV : Tak Jadi Hal, Kata Ahmad Maslan

Post Pic
SHAH ALAM, 26 JAN : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata sebarang keengganan tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV) tidak menjadi masalah kepada syarikat itu.

Ini kerana jumlah peratusan tanah di tiga negeri iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan tanah yang diperlukan oleh FGV.

"Perkara itu tidak jadi hal kerana tanah di tiga negeri itu sikit sahaja, berbanding keseluruhan yang kita inginkan," katanya memberitahu Antarapos.com.

Kenyataan Ambrin Tidak Tutup Salah Laku Dalam NFC

Post Pic
SHAH ALAM, 26 JAN :  Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyifatkan penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek National Feedlot Centre (NFC) tidak akan mengubah persepsi masyarakat bahawa dana rakyat telah diseleweng.

Beliau berkata,  PKR tetap berpegang kepada pendedahannya bahawa pinjaman kerajaan yang diberikan untuk projek itu diseleweng oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sharizat Jalil. 

BN jangan lagi tipu rakyat, ambil pengajaran Mesir

KUALA LUMPUR, 26 Jan: PAS menerusi Lajnah Antarabangsanya mendesak Kerajaan BN agar jangan lagi terus menipu rakyat menerusi pelbagai janji manis untuk melakukan perubahan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini.

Sebaliknya, kesemua janji tersebut mestilah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia terutama di Timur Tengah amat perlu dijadikan pengajaran oleh kerajaan bagi menjaga imej negara.

Jalan-jalan masuk kampung Kuala Kemaman

Alhamdulillah, expedisi amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang di Pantai Timur selamat berjalan lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali ada 25 keluarga yg kami kunjungi.

Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua.

Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan.
(STORM sarat dgn brg2 makanan sumbangan seorang individu dari Utara)

(TRITON mampat tayar dengan beras 10kg disusun rapat-rapat)

PAC tunggu SPRM, polis selesai siasat NFC

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata keputusan jawatankuasa parlimen itu untuk melewatkan siasatan terhadap masalah yang menyelubungi Pusat Fidlot Kebangsaan adalah wajar.

Azmi (kiri) bersetuju bahawa ia adalah pendapatnya bahawa PAC
perlu menghentikan sekejab prosiding siasatannya sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - yang juga memulakan siasatan sekitar masa yang sama - menyelesaikan siasatan mereka.

"Ia adalah perkara biasa bagi PAC untuk melewatkan siasatan sehingga agensi-agensi berkaitan yang lain menyiapkan tugas mereka, kerana ia melibatkan orang dan dokumen yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata, itu tidak bermakna PAC menutup kes tersebut.

PPP: Pemecatan Hasan Ali tidak beri kesan negatif


KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.
Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.

Wasiat untuk pejuang : As-Syahid Syed Qutb



Wasiat As-Syahid Syed Qutb
Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.



MENYELAMI WASIAT SYED QUTB

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Inside Story - Egypt: A year on and still unresolved?

HARGA TANAH : PERLIS

Wacana Sinar Harian : Masih Relevankah Auku

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.

"Laporan itu yang  kononnya memetik kenyataan saya adalah  tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

Instruct police to speed up NFCorp probe, ex-top cop tells Najib

KUALA LUMPUR, Jan 26 — Datuk Seri Najib Razak should use his powers as prime minister to expedite the probe into the National Feedlot Corporation (NFCorp), a former senior police officer said today.
Former city CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim said Najib could instruct the police, graftbusters and the Attorney-General’s Chambers to finish investigating the scandal-hit livestock company within a fortnight.
The NFCorp scandal has been linked to Shahrizat and her family. — File pic
“Straightforward criminal breach of trust cases like [NFCorp] need at most two weeks,” he said in a statement. “If the PM says he can’t interfere in the investigation or decision to prosecute, that’s just a weak and childish excuse.”
Mat Zain pointed out that in 1998, then-Tun Dr Mahathir Mohamad had ordered him to quickly wrap up the high-profile investigation into Datuk Seri Anwar Ibrahim’s black eye, failing which a royal commission of inquiry (RCI) would be set up to look into the police force.
He noted that Dr Mahathir formed the RCI on January 27, 1999 as promised when the results of the investigation were allegedly stalled by the Attorney-General.

AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja


SHAH ALAM, 26 Jan: Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari (gambar) menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.

Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.

"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

Khairy bodoh atau buat-buat bodoh?

DAP tidak seperti UMNO, MCA  atau MIC
DAP bukan parti perkauman !,.. keahliannya terbuka untuk semua kaum !

Tak usahlah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak menafikan sokongan orang Melayu kepada DAP sekarang ni ! Sia sia.!  Lebih baik muhasabah diri sendiri !  Buang masa je Khairy nak mencabar DAP agar menunjukkan senarai nama dan jumlah ahli DAP dari kaum Melayu.

Apa-apa pun DAP tak perlu risau, tak perlu sambut cabaran bodoh Khairy itu. Yang penting seluruh rakyat Malaysia dah tahu,… sejak dulu lagi syarat nak jadi ahli DAP tak berubah. Keahliannya terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tak kira apa bangsa. 
 
Apa yang Khairy sibuk sangat dengan jumlah?  Banyak ke, sikit ke,..  apa dia peduli?  Memang patut pun DAP berbangga kerana akhir-akhir ini pertambahan ahli Melayunya amat ketara. Tidakkah Khairy tahu yang angka sejuta itu bermula dari satu ??

Masih isu debat : Anwar vs Najib !

Demi untuk menyelamatkan Najib dari terlondeh atau lembik lutut di atas pentas debat terbuka yang dicadangkan,  maka bersuaralah beberapa kerat pencacai Umno seperti di bawah ini. Rupa-rupanya buah fikiran mereka amat dangkal sekali, bertaraf hingusan!, low class ! macam hampasss !!  Kita perhatikan apa kata mereka,….

KATA SHABBERY CHIK -------
Debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri. "Debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan umum,.. misalnya seperti isu video seks,…
MasyaAllah tak habis-habis dengan video seks kisah jijik yang dah lapok dan tak laku itu.  Membincangkan perancangan masa depan Negara kamu kata itu bukan kepentingan umum? Kenapa biul sangat ni?  Kemudian kamu kata kena timbang dulu? Apa timbang-timbang? Rakyat dah lama timbang ! Cuma Najib saja yang belum timbang sebab takut. Pengalaman kamu berdebat dengan Nuar dulu macammana? Tentu menyiksakan !!

KATA EZAM MD NOR -------
Menurut Ezam debat Anwar Najib bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini. Tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.
Menurut Ezam lagi,..'Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,

Ini sorang lagi ! masih nak menjaja kisah liwat yang tak wujud tu !. Kamu kata jika Anwar berdebat dengan Najib ia satu penghinaan? Hai !!  ketua pembangkang berdebat dengan ketua kerajaan itu satu penghinaan? Bukankah mereka setaraf? Kamu tuduh Anwar hina !, tapi bila pulak Najib dapat darjat mulia? Diri kamu sendiri yang sanggup terjun semula ke dalam tong najis itu mulia sangatkah? Aduhh,. kesiannya Umno,... penuh dengan manusia-manusia bangang !

KATA AHMAD MASLAN -------
* Debat ini tidak sesuai  kerana budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.   Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

Mamat sorang ini agaknya masih duduk bawah tempurung ! buta hal dunia !  Tak tahu ke debat sudah pun menjadi kelaziman di sekolah mahupun di university. Ada piala rebutan lagi !,.”Piala Perdana Menteri”  Kamu lupa ke Shabery Chik sendiri pernah berdebat dengan DS Anwar sampai berbuih air liurnya?                                                                                                    Lagi satu,  kamu kata debat tak boleh buat di Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum ! Alahai, biul sangat kamu ni ya? Apa kena mengenanya debat dengan berbilang kaum? Orang putih, orang hitam orang kelabu ! siapa pun boleh berdebat !  Majlis debat bukan tempat bertumbuk atau mengutuk sesama kaum, tetapi sebagai tempat mengeluarkan hujjah secara sihat !!  Lagi pun ia laksanakan secara terkawal dan penuh disiplin. Itu pun tak tak faham ke?? Kesian Umno !   ada yang certdik sikit,.. tak berani pula nak bercakap !

Oleh : rahimothman

Warganegara usung keranda tanda protes dihenti kerja....wargasing jadi anak emas.


Usung keranda tanda protes
NILAI - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu.

Anak KAFA : Mohon Sumbangan




Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.

PRU: Rakyat akan tafsir PR janji mansuh Auku, BN hanya pinda


Wacana AUKU
SHAH ALAM - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menawar untuk meminda seksyen-seksyen tertentu undang-undang yang kontroversial itu.
Justeru, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, perkara itu akan menjadi bahan tafsiran dan pertimbangan pengundi apabila berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
"Auku tidak relevan sejak dari dulu kerana tidak banyak bawa penambahbaikan kepada mahasiswa. Buang masa kaji pinda Auku," kata beliau pada Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?"
Sambil menegaskan bahawa pihak-pihak terbabit perlu mengkaji sebab apa kerajaan menggubal Auku, Aziz menambah, "negara sudah ada undang-undang, (oleh itu) menggunakan yang ada pun sudah memadai."

Misi PR tawan Johor, pertahan Selangor


Azmin Ali
KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Kebenaran Al-Quran:Saintis Barat Akui Matahari Akan Terbit Dari Barat

AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua. Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim) Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Kerajaan hanya memperolokkan undang-undang - CAP


PULAU PINANG, 26 Jan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.

Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.

Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.

"Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini," kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP.

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap


use
KUALA LUMPUR - Sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa.
Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.
Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar  bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.

Aspirasi pertahan Auku, bertegas masih relevan

SHAH ALAM – Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) berpendirian bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) masih relevan pada hari ini walaupun banyak pihak mahukan ia dipinda atau dimansuhkan.
Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, Auku perlu kerana ia memastikan mahasiswa terus fokus kepada akademik dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mungkin mengganggu pelajaran mereka.
Menurutnya lagi, dakwaan sesetengah kelompok mahasiswa yang mengatakan Auku bersifat menekan adalah tidak benar kerana banyak lagi ruang untuk menyuarakan kebebasan bersuara dan berpersatuan.
“Bagi Aspirasi, justifikasi Auku adalah masih relevan dan ia juga perlu untuk urus tadbir universiti serta selaras dengan perkara yang berlaku di universiti itu sendiri,” katanyapada Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk “Masih Relevankah Auku” anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Kuin-Auku: Aziz Bari dakwa MB Kedah tindak macam BN


Aziz Bari
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti  Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.
“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.
“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Auku: Beri peluang, bukan sekat pelajar IPT


Anuar Ahmad
  SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Pemangku Presiden dan Naib Censelor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad hari ini melahirkan pendirian tegas agar sekatan terhadap golongan pelajar universiti berpolitik harus dikaji semula.
Beliau berkata, sekatan tersebut secara tidak langsung menghalang negara melahirkan golongan mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa akan datang.
"Adalah menjadi sesuatu yang pelik kerana pelajar yang tidak masuk universiti dibenarkan mendaftar dalam parti politik tetapi pelajar yang masuk universiti tidak dibenarkan berpolitik.
“Oleh itu, ini adalah sesuatu yang diminta agar dikaji semula kerana kumpulan yang cerdik ini tidak diberi peluang dan dihalang," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-10 hari ini.

More Malays set to join DAP: Don't be shocked, Kit Siang tells Najib, Muhyiddin

More Malays set to join DAP: Don't be shocked, Kit Siang tells Najib, MuhyiddinLast Saturday, when two young Malay professionals from Perak both of whom UiTM law graduates, Fairuz Azhan and Dyana Sofia announced joining the DAP, close on the heels of similar announcements by Hata Wahari, former President of National Union of Journalists (NUJ) and two wellknown bloggers Mohd Arif Sabri or known as Sokmongkok AK47 on the blogosphere and Aspan Alias, UMNO Youth leader Khairy Jamaluddin was sufficiently upset at Malays joining DAP as to come out with a public statement.
In the coming weeks, when more Malays, both young and old, join DAP in the struggle for a united, just, democratic and competitive Malaysia for all Malaysians, the Prime Minister and UMNO President, Datuk Seri Najib Razak and Deputy Prime Minister and Deputy UMNO President, Tan Sri Muhyiddin Yassin would be the next persons to be upset and shocked.

Chua Soi Lek semakin kelakar, kata Mahfuz


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.

"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.

"Beliau membutakan matanya kepada hakikat yang terbukti dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan orang-orang Cina begitu takutkan Umno dan enggan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Umno yang sudah tidak ada ubat lagi dirasuk perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.

Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.

Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.

Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.

Azmin Ali: Hasan Ali parasit, musuh dalam selimut

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam Pakatan Rakyat oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam PR .
“Bagi saya keputusan kepimpinan PAS memecat Hasan adalah atas pertimbangan. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut.
“Saya cukup menghormati pucuk kepimpinan PAS, berani bertegas dan berani memberi isyarat keras supaya jangan menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan kerana muafakat yang cukup jelas atas dasar bersama,” kata ahli Parlimen Gombak ini lagi.
Menurut Azmin, pihaknya telah bersiap sedia menangkis segala dakwaan dan tohmahan Hasan Ali dalam jelajah "road tour" pihaknya yang akan diadakan ke seluruh negara seperti yang diumumkan bekas Pesuruhjaya PAS itu minggu lepas.
Tambahnya, kerajaan negeri yakin dengan segala bukti dan fakta yang dikumpulkan, mereka mampu menangkis serangan yang dilakukan Hasan dalam siri jelajahnya.
Katanya, persiapan itu bagi memastikan PR tidak terlibat dengan tuduhan yang tidak berasas mahupun fitnah.

‘Freerer than S’pore, worse than Zimbabwe’

Malaysia's press freedom ranking has improved, but experts say this is no reason for celebration.
PETALING JAYA: Press freedom has improved in Malaysia, according to a report by French-based media NGO Reporters Sans Frontieres.
According to the 2011-2012 Press Freedom Index, Malaysia was ranked 124th (out of 179 countries) – a 17-place jump from 141 in 2010.
However, the better ranking is not seeing media observers here jump for joy.
Universiti Sains Malaysia (USM) professor Azman Azwan Azmawati said it is “insulting” to know that the media-repressive Zimbabwe has better press freedom than Malaysia.
“Journalists should feel slightly better (this year), but they shouldn’t be jumping up and down… Even Zimbabwe is above us (in ranking), so don’t you feel insulted?

Unable to get the warlords to compromise, Umno decides to whitewash the NFC debacle

Unable to get the warlords to compromise, Umno decides to whitewash the NFC debacleSince PKR leaders Rafizi Ramli and Zuraidah Kamaruddin blew the lid off the RM250mil NFC debacle with their well-timed series of expose' and revelations of greed, corruption and sheer financial imbecility, the scandal has morphed from being a mess into a quagmire for UMNO.
Make no mistake, the UMNO elite are watching this case a very wary eye because NFC is also the gateway to UMNO's Pandora box. If not careful, it can provide arch rival Anwar Ibrahim's Pakatan Rakyat coalition with a weapon of mass destruction for the 13th general election.
But scream and shout it may, UMNO has no one to blame but itself, its own greed and its own infighting for this very critical situation. What a blunder of fireworks for a grand finale of destruction for UMNO.

Umno cipta helah untuk elak debat Anwar-Najib

KUALA LUMPUR 26 Jan: Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.
“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Dr Mahathir: Memansuhkan polisi berdasarkan kaum bakal menimbulkan huru-hara

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah lebih baik pembangunan negara dilewatkan sedikit daripada memansuhkan dasar berasaskan kaum yang membawa risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, berkemungkinan jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia, pertumbuhan negara akan bertambah pesat. 
Beliau turut berkata, jelasnya mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum juga tidak menjamin kepesatan pembangunan.
Dr Mahathir turut mempersoalkan samaada pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) benar-benar mengemukakan satu halangan bagi pertumbuhan ekonomi negara.
DEB, yang mula dilaksanakan pada tahun 1971, ditamatkan secara rasmi pada 1990, namun kebanyakan daripada program dibawahnya masih diteruskan.
Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, bahawa beliau merancang untuk menghapuskan subsidi dan kuota-kuota Bumiputera di bawah pembaharuan ekonomi, tetapi usaha-usaha tersebut menerima bantahan, terutamanya daripada kumpulan yang memperjuangkan hak orang Melayu.

Gaji Perdana Menteri berapa ringgit?

Oleh Izmil Amri

“Apa cita-cita kamu?” tanya guru kelas, pada setiap awal tahun. Niat dia barangkali untuk berkenal-kenal, atau paling kurang beri inspirasi supaya anak murid kejar cita-cita itu. Anak murid selalunya akan beri jawapan kerja profesional: doktor, peguam, arkitek, guru, akauntan. Jawapan-jawapan biasa.
Pastinya mereka juga tahu apa kerjanya seorang doktor, peguam dan akauntan itu semua. Takkanlah mahu jadi peguam sebab mahu kerja menoreh getah.
Saya ada seorang jiran di kampung. Dia ini dahulu katanya telah jatuh dari anjung rumahnya, yang berada di tingkat tiga kuarters Hospital Besar Pulau Pinang. Kemudian baru dia pindah ke kampung saya. Maka disebabkan insiden jatuh dari tingkat tiga itu, kepalanya sedikit gelong.
Saya tidak tahu sebenarnya berapa tingkat kuarters hospital besar, mahu pun hakikat sama ada dia jatuh dari ketinggian itu. Senang cerita, dia sedikit tak betul.
Sedikit tak betul adalah jauh beza daripada gila. Bila kita sebut gila, orang yang disebut gila itu punya kemungkinan untuk melintas lebuhraya KL – Seremban di kala lalu lintas sesak, tanpa memakai sehelai pakaian pun. Itu gila.

Isytihar harta untuk siapa dan apa?

Oleh Mazir Ibrahim

26 JANUARI – Pengisytiharan aset dan pendapatan oleh barisan Exco Negeri Selangor dan Pulau Pinang menjadi indikasi yang jelas bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mentadbir secara telus benar-benar dilaksanakan, bukan omongan.
UMNO dan Barisan Nasional semakin jauh tersudut dalam dilema. Apabila gagal telus, para pemimpin mereka hanya berani menghambur Pakatan melalui media massa kawalan kerajaan pusat BN. Moral politik UMNO-BN kini dalam keadaan yang amat rendah di mata rakyat.

Felda bakal defisit jika disenaraikan

Mamat ni nak jadi hero Najib ??!!

Hujahnya cukup dangkal, kalau bercakap dengan murid tahun 4 sesuai le. Malu rasanya Malaysia ada menteri sebengap itu !

Isu : Debat Anwar vs Najib
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  wajar mengadakan,..
SATU DEBAT TERBUKA BERKENAAN DASAR DAN PENDEKATAN KERAJAAN MENGURUSKAN NEGARA.

Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim  ini segera disambut oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan -

1Malaya : 161 pekerja kilang tempatan diberhenti, warga asing tidak


"

Januari 26, 2012. NILAI
- Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Mari kita bayar zakat pada Jamil Khir


Oleh Subky Latif
Tidak dipastikan Jeneral Jamil Khir Baharom dan dua lagi orang kuat JAWI telah mhttp://4.bp.blogspot.com/--Etok9gxkvY/TvFp8ziVcwI/AAAAAAAAAUs/3Wil_hBg8S0/s1600/Datuk-Jamil-Khir-Baharom.jpgemastikan, atas jawatan masing-masing mereka termasuk dalam asnab yang layak menerima zakat apabila mereka menggunakan wang zakat bagi menampung guaman yang mereka hadapi.

Atas apa tujuan juga, kerena atas nama jawatan, mereka dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang oleh pihak lain.
Maka mereka telah ditanya atas asnab mana yang mereka boleh menggunakan wang zakat itu. Macam-macam jawapan telah diberi bagi membenarkan wang itu mereka guna baik sementara mendapat duait lain atau ia tetap jadi beban zakat itu.

Siapa lebih baik: Rakyat makin cerdik berkira-kira BN atau PR untuk dipangkah


Oleh Safar Jumaat
Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak perlu mengadakan konvensyen seperti yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini, jika semangat mahu menolak BN yang mereka sudah tanamkan kepada rakyat Malaysia masih kekal di sanubari.

Yang perlu mengadakan konvenyen ialah Umno dan BN. Mereka hilang semangat akibat hilang banyak kerusi dalam PRU-12, tahun 2008. Mereka yang penuh dengan masalah, perlu berkonvenyen, berbaiah dan berikrar bagi mencari sesuatu yang mereka pegang, kini sudah terlepas.

NUJ to govt: Don’t muzzle the press

Let the media roam free during elections, the National Union of Journalists tells government.
PETALING JAYA: As the general election draws nearer, the National Union of Journalists (NUJ) has demanded that the government let go of its iron grip on the country’s media.
In a letter to Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reforms chairman Maximus Johnity Ongkili, NUJ general-secretary V Anbalagan listed a number of media-related proposals for the committee to consider.
Anbalagan claimed that these proposals –which included limiting the government’s control over the media – would ultimately create a level playing field for all political parties during the election.
“Journalists are to provide reliable information for everyone to take part in the democratic decision-making process. As such, it is the duty of the journalists to supply all individuals with diverse information for them to make decisions later,” he wrote.