Isnin, 23 Januari 2012

Agaknya berapa harga pakaian Rosmah untuk Tahun Naga Air?

Oleh: HassanOmar

"Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini seperti yang dilaporarkan oleh akhbar Sydney Morning Herald.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada S Pathmawathy wartawan Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui pada program sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald oleh wartawan Malaysiakini.

DAP jadi Melayu?

Saya amat meyakini bahawa perubahan lanskap politik tanahair tidak akan berjaya jika parti-parti politik yang memacu arah perubahan ini tidak melakukan perubahan pada dirinya terlebih dahulu.  Sebab itulah saya sering menegaskan, parti-parti yang sedang melakar lanskap politik masa depan bukan hanya tukar baju sedangkan dalamnya penuh dengan pekung, tetapi parti-parti ini mesti merubah segala sesuatu yang berakar umbi dalam politik Malaysia, umpamanya, politik perlindungan, isu perkauman dan agama serta politik populis yang tidak berpijak di bumi nyata.  Untuk melakukan demikian parti politik tersebut mesti terlebih dahulu mengimani jalan ke hadapan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia hari ini.

Najib: Pengundi Cina masih setia pada BN...."Akan Guna Apa Jua Cara"


Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Gerakan, hari ini.
Beliau berkata, sejarah telah membuktikan orang Cina adalah pengundi setia BN sejak sekian lama dan mahu sokongan ini berterusan.
“Kita akan pikat orang Cina supaya sokong calon boleh menang untuk pilihan raya nanti, tidak kira dari Gerakan atau MCA, malah MIC dan Umno. Kami percaya, mereka adalah pengundi yang setia pada BN dan kenapa mahu menyokong orang lain (pembangkang)?

PRU13: Gerakan letak calon Melayu.....


gerakan
KUALA LUMPUR – Gerakan membidas DAP kerana ‘cakap besar’ mengenai keupayaannya untuk mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dengan mencari kelemahan parti lain.

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, DAP tidak boleh menabik dada memberitahu masyarakat Cina yang mereka adalah parti yang kuat kerana ia diputuskan oleh pengundi bukan diri sendiri.

“Memang pemimpin DAP macam itu, suka kata partinya sahaja kuat. Sebenarnya kekuatan diukur oleh sokongan rakyat dan pengundi dalam pilihan raya akan datang, bukan dengan cakap besar,” katanya pada sidang media Gerakan selepas mengadakan rumah terbuka di Bangunan PGRM, semalam.

Sodomy appeal: Sending out wrong message

Does BN care what the international community has to say about its meddling with the country’s judiciary?

The suspense and drama surrounding Opposition Leader Anwar Ibrahim’s Sodomy II trial may have come to an end but for the Barisan Nasional government, burying the hatchet is not an option; instead the Attorney-General’s Chambers on Jan 20 went on to file an appeal against Anwar’s acquittal.
Anwar was exonerated from charges of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan on Jan 9 this year.
Anwar was charged with having sodomised Saiful, his former aide, then 24, in a condominium unit in Bukit Damansara on June 26, 2008.

MB Negeri Sembilan pun Pegang Portfolio Agama.Kenapa UMNO Tak Bising?

Tulang Besi

http://farm4.static.flickr.com/3378/3644948120_630c6be676.jpgAdapun keputusan MB Selangor di dalam mengambil alih portfolio agama telah dijadikan isu yang tersangat besar oleh juak2 UMNO.

Maka, Tulang Besi telah pergi ke Portal Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, MB Negeri Sembilan, YAB Mohammad Hasan, juga memegang portfolio agama di negeri tersebut.

Tertulis di blog YAB Menteri Besar Negeri Sembilan:

Negara Zina : Artis Rela Berbogel, Perfileman Malaysia Tidak Ubah Seperti Hollywood

Kuala Lumpur, 23 Jan : Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional GAMIS, Muhammad Farid Hadhari hari ini mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan kebimbangan dengan kenyataan berani seorang artis berbangsa Melayu Islam yang mengatakan rela untuk berbogel dalam mana-mana filem jika ditawarkan pada masa-masa akan datang.
Menurutnya, perkara berkenaan mengundang kontroversi sekaligus menggambarkan industri hiburan tanah air sudah seperti filem Hollywood yang bebas melakukan apa sahaja aksi untuk meraih keuntungan dalam dunia hiburan.

Tolak Politik Fitnah

  Datuk Saifuddin Abdullah
Satu daripada asam garam politik, malangnya, ialah fitnah. Lebih malang lagi, semakin dekat dengan pilihan raya umum, maka semakin ligat dan dahsyat fitnah yang diketengahkan.
Fitnah memporak-perandakan parti, politik dan masyarakat. Pemfitnah lazimnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan diri terutamanya apabila dibandingkan dengan orang yang difitnah. Pemfitnah kurang ilmu, kepemimpinan dan ketokohan berbanding dengan orang yang difitnah. Maka, cara yang paling mudah – dan murahan – ialah menjatuhkan orang lain dengan memfitnahnya.
Fitnah adalah perbuatan tidak berintegriti, malahan kotor. Justeru, kita perlu bersama-sama menamatkannya. Caranya, ialah dengan kita bangun bersuara dan menganjurkan politik hikmah (bijaksana) sebagai alternatif yang positif dan konstruktif kepada politik fitnah yang negatif dan destruktif.
Politik hikmah adalah politik di mana kearifan ilmu dan kebijaksanaan digunakan dalam berpolitik. Maknanya, hikmah menjadi panduan dalam urusan politik. Seseorang ahli politik harus menggunakan pendekatan yang berhikmah lagi berhemah supaya tidak terlalu gelojoh dalam pergelutan menaiki hierarki parti atau memenangi pilihan raya.

Lelong Baucar Buku 1Malaysia : KPT Beri Amaran Tegas

Putrajaya, 23 Jan : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.

HIMPUN : PERSOALAN AKIDAH,… dimana silapnya?

Rosaknya akidah, akan berakhir dengan murtad ?

Perhimpunan sejuta umat / “HIMPUN” yang akan diadakan di Kepala Batas pada 28 Januari ini ialah bertujuan untuk memberitahu orang ramai  isu yang melanda umat Islam sekarang iaitu keretakan akidah dan murtad.

Orang Melayu beragama Islam khasnya,  mahu diperingatkan sekali lagi (walaupun sudah mengetahuinya) perkara yang boleh menjejaskan akidah, dan pentingnya kita menjaga akidah.  Disamping itu  menyeru seluruh  umat Islam bersatu, merapatkan ukhwah,memperkukuhkan akidah serta menjauhi gejala murtad. 
 

Ada Pihak Cuba Gagalkan Jamuan Rakyat Sempena Tahun Baru Cina Di Perak..ha.ha...siapalah agaknya..!!!!

Post Pic
IPOH, 23 JAN : Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di sini, hari ini.
 
"Saya anggap perbuatan itu dilakukan 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
 
Ia tidak melunturkan semangat kerajaan negeri meneruskan majlis itu selepas menerima pelbagai pertanyaan berikutan SMS disebarkan kepada penduduk di negeri ini sebelum ini bahawa majlis itu dibatalkan, katanya.

"Saya bangga sebagai seorang Waris Jakun"

Oleh: rozmal

"Selama ini saya beranggapan bahawa Orang Asal atau Orang Asli adalah merupakan bangsa yang jauh dari saya. Tetapi sejak minat mengenali dan menjejak balik sejarah bangsa bukan setakat sejarah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 tetapi menjejaki balik asal usul Negeri Sembilan ini. Rupa-rupanya saya ini adalah keturunan Orang Asli juga dari Waris Jakun.

Saya bangga kerana nenek moyang saya yang waris Jakun inilah antara yang paling awal menerima Islam sejak kurun ke 15 lagi berkat dari usaha dakwah dari orang seberang iaitu dari Minangkabau.

Demontrasi Pelajar KUIN depan Pejabat Agung PAS ,Untungkan Umno ?


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Fenomena kebangkitan gerakan pelajar mutakhir ini mempamerkan beberapa kelainan dan keistimewaan.http://www.edidik.com/wp-content/uploads/2012/01/mahasiswa-bangkit1.jpg Biarpun nampak mereka menghadapi pelbagai cabaran dan kesulitan, sehingga ada yang diugut, tercedera, ditahan polis dan digantung pengajian, namun apa yang pasti semangat anak-anak muda ini untuk mengungguli kebenaran tidak mudah dilunakkan. 


Walau dihalang dan juga dicemuh (ada kalanya oleh rakan-rakan sendiri), langkah mereka tetap maju menggugat. Idealisme "student power" terasa membahang. Jika kita sempat menghadiri perhimpunan (apatah lagi demonstrasi) mereka, semangat itu bagaikan membuak-buak. Panas menggelegak.

"Parang, lastik, molotov cocktail ditemui dalam ceramah asal bukan Umno"

Banyak gambar dan rakaman gerombolan yang menyerang dan mengganas ke atas ceramah "asal bukan Umno" (ABU) 21/1/12 lalu. Adakah hampa rasa polis akan ambil tindakan? Lihat Ameno World 22/1/12 "Ini lah rupa ketua geng2 pengacau majlis ABU semalam...", Anak Sungai Derhaka "Wajah Samseng UMNO? yang menyerang ceramah ABU semalam.. ", Milo Suam 23/1/12 "No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU" dan dalam album Facebook Lawrence Jayaraj. Mungkin berlambak lagi di laman-laman yang lain.

Adakah polis akan bertindak berdasarkan undang-undang terhadap mereka? Saya ada jawapannya dan anda semua, baik dari parti apa pun, ada jawapannya. Kita semua tahu jawapannya. Jawapan yang saya yakin ikhlas, saya tak akan siarkan dalam ruangan komen. Pi cerita kat orang lain. Tak payah nak cerita kat sini.Link

Pemberian Wang RM500 Rasuah Politik Yang Halal?

Pemberiaan wang bantuan dengan nama (BR1M) bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan rancak dilakukan di seluruh negara. Rakyat yang tinggal di beberapa kawasan yang melibatkan menteri, timbalan menteri atau orang utama dalam Umno sudah pun mulai menerima wang berkenaan.

Pembahagian itu dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen nanti. Setakat ini pembahagian wang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa lokasi timbul kekcohan disebabkan salah 'teknik'. Kekacauan sampai baling kerusi, tumbuk menumbuk dan koyak boucher berlaku apabila ada rakyat yang berhak menerima dinafikan kerana dokumen mereka tidak lengkap atau pun tiada pengesahan.

Dr Abdullah Yasin - Mu'tazilah - Aqidah ASWJ Jilid III

Larang Ibrahim Ali Masuk Selangor - Jangan Terburu-buru, Kata Pas

Disiplin Berjamaah : Kisah Perang Tabuk

Abdullah Alashaal talks to Al Jazeera

Inside Story: Why are the Libyans protesting again?

NFC Isu Penyelewengan dan Pemberian Projek kepada Kroni

Menteri wajar isytihar harta kepada SPRM: Dr Mahathir

2012/01/23 KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.

"Ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Menteri isytihar harta kepada umum bukti telus

'Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed berhasrat meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum. Beliau dilaporkan bersetuju dengan cadangan Presiden Majlis Peguam S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. Semua anggota kabinet kini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi ia tidak didedahkan kepada umum. Cadangan mengisytiharkan harta anggota kabinet pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.’

MB Kedah godam Buku Jingga, selar NGO

Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.

Ibrahim Ali cuba mengugut Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 23 Jan  — Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.
"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.
"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."
Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

NFCorp dakwa kekeliruan entiti dalam laporan audit Ketua Audit Negara


KUALA LUMPUR, 23 Jan  - Pengerusi Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini berkata, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengalami kecelaruan bukanlah NFCorp.
Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan Pusat Fidlot Nasional (NFC), syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Berlaku kekeliruan terhadap dua entiti berkenaan. NFC merupakan syarikat kepunyaan kerajaan, dan NFCorp merupakan entiti perniagaan keluarga kami," katanya kepada The Malaysian Insider dalam perbualan telefon dari Mekah.

Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka


KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) apabila Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Tiada peluang untuk BN kata wakil Pakatan

Tiada peluang untuk BN kata wakil PakatanPemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.
Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.
Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.
“Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat,” kata Nik Nazmi.

Guan Eng panggil Soi Lek penipu: Beritahu dimana anda bertanding dan saya akan ada di situ

Guan Eng panggil Soi Lek penipu: Beritahu dimana anda bertanding dan saya akan ada di situ Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.
“Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?” kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.
Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh “menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan”, kawasan Lim sekarang.

Internet HALAL

Kerajaan Iran sedang membangunkan rangkaian internet yang di beri nama HALAL Untuk mengelak rakyat Iran dari dipengaruhi oleh budaya negatif dan idealogi dari negara Barat dan non-muslim kepada rakyatnya. Rangkaian internet HALAL akan menapis capaian internet ke laman-laman asing.

Sejak akhir-akhir ini, rakyat Iran tidak dapat akses ke jaringan sosial seperti Tweeter,facebook dan youtube dipercayai kerana proses penyediaan rangkaian internet ini.

Secara teknikalnya rangkaian HALAL ini adalah berkonsep seperti intranet dan akan dilancarkan beberapa bulan lagi.

Idea asal membina rangkaian internet ini kerana diinspirasikan dari langkah yang dilakukan oleh kerajaan China.

Kak Wan : Perutusan Tahun Baru Cina 2012

Dikesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.
Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik. Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Iranians react to proposed EU sanctions

China sets up for leadership change

Today in History January 23rd

Egypt's new parliament to hold first session

Rosmah denies RM325,000 Aussie shopping spree

KUALA LUMPUR, Jan 23 — Datin Seri Rosmah Mansor has dismissed claims of extravagant spending during a recent holiday in Sydney, Australia, saying today she’s a victim of exaggerated claims.
“It’s all rubbish, wildly exaggerated and not true,” the prime minister’s wife told reporters today at the MCA Chinese New Year open house here.
“I’m always the victim,” she added.
Several bloggers picked up an Australian daily Sydney Morning Herald report that Rosmah (picture) had allegedly dropped an estimated RM325,000 in fashion designer Carl Kapp’s boutique during a private holiday a little more than a fortnight ago.
Kapp had told the ‘Private Sydney’ section that Rosmah “was absolutely gracious and very easy to deal with”, adding that she was nothing like the woman often portrayed by the local media for her extravagant lifestyle.
It was said that Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limousine, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of “toiles” for Rosmah to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants, and tops.

Umno jangan perasan bantuan RM500 dari kocek mereka

KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.

Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

Ibrahim Ali Tak Patut Persenda Keputusan Sultan Selangor


SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan kurang bermoral Datuk Ibrahim Ali yang cuba mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri baru-baru ini amat tidak wajar kerana mempersenda keputusan baginda Sultan Selangor.
Sebaliknya tindakan tersebut membuktikan beliau adalah seorang ahli politik yang kehabisan modal, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah dalam kenyataan medianya turut menyatakan Ibrahim Ali kini sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.
Malah menurut Faekah, beliau juga hairan dengan percubaan Ibrahim Ali untuk melaga-lagakan PAS dengan Kerajaan Selangor sedangkan Ibrahim sebelum ini mempunyai sejarah tersendiri dengan PAS.

Tindakan MB ambil alih portfolio Islam bijak, kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas. Menurut Khalid, tindakan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim itu merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.
Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.
“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Pas Pahang : Setiap rakyat dapat tanah jika menang PRU13


tuan ibrahim tuan man
KUANTAN – Setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lot itu akan diberikan kepada rakyat yang masih belum memiliki rumah untuk mengubah cara hidup mereka ke arah lebih baik.
 
“Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kami akan menyelesaikan isu-isu besar terutama isu tanah yang sudah berlarutan lebih 40 tahun supaya setiap rakyat di negeri ini mendapat hak mereka,” katanya.
 
Beliau berkata, Pakatan Rakyat juga bersedia menempatkan peneroka ke dalam Felda Plantation Sdn Bhd yang sebelum ini diusahakan orang lain kerana kerajaan pernah berjanji untuk berbuat demikian, tetapi sehingga sekarang masih ia belum terlaksana.

Langkah haram bank susu ibu perlu disemak semula


Bank Susu
SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, pengharaman bank susu ibu wajar diteliti semula dan diberi pertimbangan di mana beberapa aspek perlu dikaji sedalam-dalamnya.

“Pada 1985, Majlis Fiqh Islam Antarabangsa, berbincang dan memutuskan bahawa setiap susuan adalah seperti daging.

"Oleh itu, apa-apa yang diharamkan melalui keturunan juga diharamkan melalui sebab persusuan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, mereka kemudian mengadakan perbincangan panjang mengenai kaedah hendak mensabitkan pengharaman daripada persusuan itu. 

Ketua Pediatrik HKL: Derma susu ibu ikut syarak


Bank Susu
KUALA LUMPUR - Program pendermaan susu ibu yang mengikut tuntutan syarak dijangka akan mula dilaksanakan di hospital-hospital kerajaan di negara ini tahun ini, kata Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hussain Imam Muhammad Ismail.
Beliau berkata,rancangan mewujudkan program itu telah diluluskan Kementerian Kesihatan selepas perbincangan antara pakar-pakar pediatrik seluruh negara.
 
“Semua pakar bersetuju melaksanakan program ini secara rasmi me­ngikut mekanisme ditetapkan. Ianya kini berada di peringkat akhir sebelum pelaksanaan,” katanya kepada  Sinar Harian.

Pakar kanak-kanak itu berkata, susu ibu adalah nutrien yang amat penting terutama bagi pembesaran bayi pra-matang jadi program derma susu itu akan memberi manfaat besar kepada bayi yang memerlukan.

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.
Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

PRU13 : RM90 juta untuk prasarana kampung Orang Asli

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai program untuk kesejahteraan hidup mereka termasuk dalam bidang pertanian, ekonomi dan pendidikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin transformasi yang dilakukan kerajaan pada masa ini membolehkan masyarakat itu bersaing dengan masyarakat lain.

Pegawai MB: Ibrahim Ali wajar dihalang masuk S'gor

Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah....."Saya selalu menjadi mangsa"

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Rosmah kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong | Ucapan TGNA

KITE 2012 - Majlis Perasmian Kreatif Islamic Trade Expo 2012 Oleh TGNA

Taqwa Kepada Allah Kunci Utama Umat Islam - TGNA

Mob attacks ABU. Nothing happened say police [eyewitness videos]

Does the police force tell the truth?

No such incident though there was some dissatisfaction by the residents about the activity. No damages or injuries to people as alleged…no riots occurred.
Tun Hisan bin Tun Hamzah
Chief police officer of Selangor
quoted by Free Malaysia Today
» Mob disrupts ABU/Hindraf event, one hurt (Free Malaysia Today)
We managed to avoid the incident from becoming worse apart from shouting and pushing. There is no such thing as people being beaten with sticks.
Zahedi Ayob
OCPD of Shah Alam
quoted by Free Malaysia Today

 

 

 

 

 

Do policemen provide all the facts?

Nothing happened, the residents were unhappy, that’s all. No police reports were lodged, not even by the victim who was said to be injured.
Tun Hisam bin Tun Hamzah
Chief police officer of Selangor
quoted by MalaysiaKini
» ‘Anything But Umno’ rally disrupted, one injured (MakaysiaKini)



Is the police force neutral?

The tension was caused by an anti-Umno ceramah being held in a Malay area and a banner calling for the end of the Umno/BN regime. The villagers were angry with the 20 or so Malays who attended the ceramah … the kampung people came out to protest against the presence of the Malays in the Hindraf organised ceramah. No BN or Umno supporters who disturbed them.
Zahedi Ayob
OCPD of Shah Alam
quoted by Free Malaysia Today

Do people in blue uniforms work for the citizens or for Umno?


Appeal against Anwar’s acquittal: a fatal error

It is indeed a tragedy for Najib and Umno that just as Justice Zabidin’s judgment has opened up a small window of opportunity for Najib to make a baby step in his bumbling attempt to bring some reforms, that window is quickly shut with this opportunistic attempt to appeal.  

By Kim Quek
Prime Minister Najib Razak seems to have made a U-turn in his position on the much lauded acquittal of Anwar Ibrahim from the sodomy charge.
When the totally unexpected acquittal was stunningly announced on Jan 9, Najib together with senior Umno leaders were quick to bask in the compliments that poured in from around the world for finally having done justice to Anwar despite the preceding perverted process that was seen as plain political persecution.

KUIN 5 Serah ‘Surat Perdamaian’, Sedia Batalkan Kes Mahkamah

Alor Setar, 22 Jan : Lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hari ini mengambil inisiatif untuk ‘berdamai’ dengan pihak pentadbiran kampus berkenaan yang sebelum ini bertindak menggantung dan mendenda lima mahasiswa berkenaan apabila bertindak menghantar satu ‘surat perdamaian’ yang diharapkan mampu menyelesaikan segala kemelut yang timbul.
Namun, penghantaran surat berkenaan dikatakan tidak semudah yang disangkakan apabila hasrat untuk menyerahkan sendiri kepada rektor KUIN, Profesor Datuk Dr Jamil Osman tidak kesampaian.

Seperti Umno, Amerika tunjuk tanda-tanda 'permusuhan' terhadap Islam..

Oleh: setisab

" Kerajaan Rakyat : Dasar permusuhan, diskriminasi serta sikap anti Islam yang jelas diamalkan olih kerajaan Umno / BN tidak banyak bedanya dengan apa yang sedang berlaku dikebanyakkan negara Barat.

Islam melarang menindasan, Umno mengamalkannya.
Islam melarang permusuhan, Umno menggalakkannya.
Islam menegah pengkhianatan, Umno meraikannya.
Islam melarang pembaziran, Umno melakukannya.

Awas: UMNO Terengganu sudah siapkan bom untuk PAS!

Oleh: umnopenyangak

Assalamualaikum,,..
UMNO Terengganu baru saja mengumumkan telah menyiapkan bancian pengundi luar dan menyatakan 69 ribu pengundi luar tidak pulang mengundi pada PRU 12 yang lalu.Pengumuman yang dibuat oleh Mat Said ini menandakan UMNO Terengganu meneruskan tradisi yang dimulakan pada tahun 1999 apabila Terengganu jatuh kepada PAS ia itu menyusun strategi yang sistematik untuk membawa masuk pengundi hantu atas nama pengundi luar.Bayangkan peratusan mengundi yang tinggi yang dicacatkan di Terengganu pada PRU 12 lalu diperolehi  ketika ketidakhadiran 69 ribu pengundi luar!Satu fakta yang perlu diberi perhatian oleh bilik gerakan PAS Terengganu dan PERANTAU.

‘Dari Beri RM500 Kpd Ahli PAS, Baik Beri Makan Rimau’


Zoo KemamanSeseorang memberitahu saya bahawa ada pemimpin tertinggi Umno Terengganu berceramah sebegini baru-baru ini di sekitar Kemaman. Saya tak pasti maklumat ini. Kalau maklumat ini silap, maka saya pohon maaf. Tapi kalau benar bagai dikata (dan dia menyebutkan nama penceramah itu), maka ucapan ini sangat malang bagi orang yang diberi amanah memerintah di Terengganu (walaupun cara menang boleh dipertikai ketelusannya).

Kes Lembu Terengganu; Pelaburan RM1 juta rugi kerana kerajaan tiada hala tuju

KUALA TERENGGANU – Diperingkat nasional ‘kes lembu Shahrizat’, syarikat penternakan lembu gagal kerana penyelewengan dan rasuah, di negeri Terengganu pelaburan yang dibuat oleh seorang peniaga sebanyak RM1 juta untuk ternakan lembu, juga mengalami kerugian.

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang ‘merampas’ kuasa dari PAS pada tahun 2004 dengan ‘manipulasi’ pilihanraya, gagal meletakkan halatuju negeri ini.

Dua dekad Kelantan bersih, beramanah


Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
DALAM http://3.bp.blogspot.com/_Yek0ug-6dV8/S7L9VFoC9hI/AAAAAAAAFaE/zqXhKvBZDnI/s400/Nik+Aziz.jpgkempen pilihan raya era teknologi maklumat tidak boleh dinafikan saluran media baru amat berkesan untuk mendekati dan memaut sokongan kalangan pengundi yang celik IT. Rata-rata mereka adalah golongan muda yang upaya mengakses internet.
Justeru internet sedia terlonggok pelbagai sumber maklumat dan berita serta pengetahuan berorientasikan “24 jam putaran berita” terkini. Maka golongan celik IT adalah kumpulan fokus bagi kempen media baru – YouTube, Facebook, blog, Twitter dan portal mahupun SMS atau MMS.

Pengkhianat Ibrahim Ali bakal terkubur


Oleh M FAQIH
“KAMI pengundi di Pasir Mas tidak sabar lagi hendak balas dendam terhadap Dato’ Ibrahim Ali. Dhttp://www.malaysiandigest.com/images/zahar/ibrahim%20ali%20299.jpgia khianat amanah yang kami berikan.
“Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain,” kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad.

They are going to convict Anwar — that is certain!

They are going to convict Anwar — that is certain! What wasn’t expected surprisingly happened. The High Court acquitted and discharged Anwar. That decision took everyone by surprise and they hoped that it would be the end of this sordid affair.
What the vast majority of Malaysians had hoped for following Anwar’s discharge did not happen. The Prosecution shocked everyone and appealed the High Court decision.
What will happen following this appeal is predictable. We have said as much in our previous statement on 23 December 2009. This is what we said:

Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah?....ada di Pulau Pinang.

Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai empunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam UMNO itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan ‘warlords’ dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkerap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam UMNO itu.

No plate motorsikal penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU .... Polis tak boleh kesan, mungkin mereka macam Ayah Pin kot..!!!

SUDAH tiga hari sejak berlakunya serangan ke atas ceramah Asal Bukan Umno, ABU di Jalan Kebun apabila sekumpulan penyokong Umno menyerang dan mengganggu ceramah serta mencederakan seorang lelaki berbangsa India.

Difahamkan beberapa buah gerai milik penjaja Melayu turut dirosakkan oleh kumpulan penyokong Umno itu. Apa yang menjadi persoalan, mengapa sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat meskipun laporan Polis sudah dibuat?

Apa yang susahnya nak tangkap kumpulan penyerang ini? Video saat kejadian sudah tersebar di internet. Wajah penyerang dan juga plate nombor motorsikal yang mereka naikki sudah terpampang.



Dari rakaman video jelas kelihatan nombor plate motorsikal yang mereka tunggangi, antaranya BLK 6537 dan BLH 4761.

Bangga sangatkah kita orang Melayu ada samseng macam Baharom?

Antara kata-kata samseng Melayu di atas dalam ceramah ABU (asalkan bukan Umno) di Dewan Orang Ramai, Jalan Kebun malam tadi ialah,"Lebih baik kau orang berambus kalau tidak ramai lagi yang datang",Video tengok di sini.

Kita mungkin rasa seronok sebab lihat orang yang dipukul tak melawan.Tapi adakah dendam pihak yang satu lagi tidak ada?Apakah kita suka melihat peristiwa seperti ini terus berlaku dan berlaku?Bangga sangat ka majlis yang berlangsung dalam suasana aman diprovakasi sampai motosikal masuk dalam dewan dan baling apa saja yang ada depan kita untuk naikkan kemarahan pihak yang satu lagi?Lagi satu bangga sangat ka anak muda Melayu buat macam ni?