Rabu, 18 Januari 2012

‘Aktivis 901’ blogger group vows to go global

yClara Chooi

AMPANG, Jan 18 — A group of pro-opposition bloggers calling themselves “Aktivis 901” (901 activists) vowed today to take Pakatan Rakyat’s (PR) fight for justice and human rights global by using Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent sodomy acquittal as their founding struggle.
Borrowing the now-famous “901” tag used to refer to the date of Anwar’s acquittal — January 9 — the group said during its soft launch this morning that the purpose of “Aktivis 901” was to ensure that all slanderous statements and allegations issued by Barisan Nasional (BN) would be immediately rebutted online.
The group borrows its name from the “901” tag used to refer to the date of Anwar Ibrahim’s acquittal, or January 9. — file pic
Its coordinator Azura Aziz added that “Aktivis 901” would also ensure Malaysians abroad are kept abreast of the current political scenario in their home country. “We decided to build a group, a non-governmental organisation to bring forward all pro-PR bloggers … to bring out issues and also to counter what the pro-BN bloggers are doing.
“We are working with bloggers overseas — from Perth, the United Kingdom and Jakarta — to spread the word,” she said during a press conference with Wanita PKR chief Zuraida Kamaruddin here.
Fellow coordinator Mohd Fareez Kamal Intidzam, who is also Zuraida’s personal assistant, said many Malaysians make it a point to return home to vote during a general election, adding it is important that these individuals are informed of the country’s present political landscape.

Pendedahan Khalid Memalukan Ahsan

Dalam sidang akhbar mengumumkan perlantikan Exco baru kerajaan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai mengganti Hasan Ali @ Ahsan Akidah serta rombakan kecil portfolio, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sesuatu yang tidak disangka oleh orang ramai iaitu mengenai surat Hasan Ali kepadanya. Oh rupa-rupanya ada protes senyap oleh Ahsan terhadap tindakan segera Khalid itu.

Menurut Khalid, Hasan ada menghantarkan surat kepadanya mempertikaikan tindakannya untuk melantik penggantinya yang dipersoalkan terlalu awal. Menurut Khalid dalam surat itu Hasan memberi tahunya dia masih lagi ada peluang dan ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Ertinya Ahsan masih merasakan dia masih ahli Pas padahal secara tektikalnya dia sudah pun bukan ahli Pas lagi.

Tektikal inilah yang Ahsan tidak faham dan sekaligus menunjukkan dia jahil politik. Kalau dia arif dan mengerti tindakan politik, bila parti mengambil tindakan drastik itu bermakna adalah masalah parti disebaliknya. Saya sudah mentafsirkan tindakan drasktik dengan memberi edah selama sebulan itu satu startegi untuk membuang Ahsan.

Itulah kerana terlalu bijak dan pandai cakap hal-hal seni kejahatan seperti urusan pemecatan beliau itu tidak sempat diketahui. Malangnya lagi nasihat orang tidak mahu dengar dan ego dengan kecerdikan sendiri yang tidak banyak membawa untung.

The Return of Mr Dot Dot Dot


Kini, Najib Razak menggunakan strategi 'You help me, I help you' untuk terus memelihara seekor 'biawak hidup' iaitu seorang sahabat setianya, yang banyak berjasa pada diri dan keluarganya.

Hahahaha.... The Return of Mr Dot Dot Dot as “envoy-at-large” to the United States. Duta Khas beb!! Bertaraf menteri wa cakap lu!!

Ciiiittttt!! Hampeehhh!!

45 Soalan untuk Rakyat Malaysia!


Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik Soalan2 utk kita jawab bersama:
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

Hasan Ali al akidah nak jelajah Malaysia

Tak puas menikam dari dalam,.. kini menikam dari luar,.  Dia benar-benar mahu memporakperandakan PAS

Bekas exco kerajaan Selangor merangkap Bekas Naib Presiden PAS yang dipecat, Dr Hassan Ali memberitahu beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan siapa 'parasit'  dalam parti PAS.

Sebelum beliau memberitahu siapa “parasit” PAS itu,.. beliau  secara sedar atau tidak  telah memberitahu kita semua bahawa beliaulah “Bapak Parasit” sebenar !!  Ternyata Hassan macam cacing kepanasan sekarang!   Beliau tidak dapat menerima keputusan jemaah berhubung pemecatan yang dikenakan ke atas dirinya ekoran salahlakunya  yang amat keterlaluan. (tidak berdisiplin)
 
Nampaknya beriya-iya benar Hasan Ali menyerang DS Anwar dan PAS.  Semasa di dalam PAS dia nampak segan-segan, tapi bila sudah berada di luar,  hush ! ! bukan main dasyat lagi,.. Datuk bagaikan lembu Shahrizat naik minyak!  atau hantu Umno sedang merasuk ! , Yang peliknya Anwar pula yang  jadi sasaran !!  Nampak benar datuk dah hilang fokus! dan tenggelam punca, kerana  segala hujah-hujjah datuk banyak yang menghapu !!

PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat

s

Pesanan Buat Hasan Ali Dari Almarhum Ustaz Fadzil Nor

Hilang Jawatan Exco : Khalid Gesa Hasan "Berlapang Dada"

Post Pic
SHAH ALAM, 18 JAN : Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan beliau bertindak tergesa-gesa menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Exco Selangor dan menasihatkan beliau supaya menerima keputusan itu dengan “berlapang dada.” 

Khalid mengaku Hasan telah menulis surat kepada beliau mempersoalkan kenapa pengguguran itu dilakukan sebelum  beliau merayu pemecatannya daripada Pas pada 8 Januari lalu. 

Hasan diberikan sehingga 7 Febuari untuk merayu kepada  Majlis Syura Pas namun Khalid mengusulkan kepada Sultan Selangor untuk menggugurkan beliau sebagai Exco pada  minggu lalu. 

RADZI MELISSA & AL-RHIDA @ AMBANG 2012 (PART 6/6)

Wikipedia, Google protes undang-undang Internet

Wikipedia gelap seketika manakala Google pula mengeluarkan logo dan laman web popular lain yang merancang protes hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang yang cuba dibawa oleh Kongres Amerika Syarikat yang bertujuan menyekat cetak rompak internet.

PRU 13 : Tukar kepada ABU (Asal Bukan UMNO)

Azmi Sharom on Racism

Hindraf bersama ABU bagi singkirkan Umno

NONEDengan matlamat sama untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya, Hindraf Makkal Sakthi hari ini bersetuju bergandingan dengan pergerakan 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) dan menggesa semua pertubuhan yang mahu menumbangkan kerajaan sekarang supaya bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur bersama pengasas bersama ABU Haris Ibrahim, - penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam (kiri) berkata, pengerusi NGOnya itu, P Waythamoorthy telah bersetuju bekerjasama dengan ABU demi kepentingan rakyat.

PERKASA mahu jumpa Guan Eng bincang isu Melayu

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engPertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu melibatkan orang Melayu di negeri ini.
  
Ketua Wira PERKASA negeri, Mohd Rizuad Azudin berkata surat berhubung perjumpaan itu akan dihantar esok dan Lim diharap memberikan keputusan untuk mengadakan pertemuan dalam masa dua minggu.
  
Katanya, PERKASA mahu bersemuka secara rasmi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah orang Melayu di negeri ini.

Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz sekarang


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.

Felda guna polis bantuan halang Anak ke Perasu



GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit.
Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut.
Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu.
“Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan.
“Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini,” kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam.

901 : Pakar letupan akan bantu siasat polis

Polis akan mendapatkan bantuan pakar-pakar bahan letupan bagi membantu siasatan kes letupan bom buatan sendiri pada perhimpunan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, selain menghubungi tentera, polis juga akan menghubungi syarikat-syarikat yang mengetahui lebih lanjut mengenai bom berkenaan.”Kita akan meminta pandangan mereka (pakar) antaranya mengenai bahan letupan ‘pyrotechnic’, iaitu bahan letupan seperti bunga api yang mungkin digunakan pada kejadian tersebut,” kata beliau.

Hasil minyak: Saman K'tan diselesai ikut isu perundangan

Saman kerajaan Kelantan ke atas Petroleum Nasional Bhd (Petronas) berhubung mungkir janji akan didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.
  
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan dan Petronas supaya membolehkan hakim memutuskan saman itu ditentukan secara isu perundangan.
  
Zabariah membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah panjang lebar oleh semua pihak hari ini dan menentapkan 20 Februari sebagai tarikh pengurusan kes.

Ada Berani : Tunjuk bukti Hang Tuah wujud, kata Khoo Kay Kim

Matlamat menjadi tamadun moderat tidak akan tercapai jika subjek sejarah terus dipinggirkan oleh pelajar di negara ini, kata tokoh sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
  
Beliau juga berasa bingung dengan situasi yang berlaku di negara ini sekarang apabila ramai pelajar tidak tahu sejarah negara, sedangkan subjek itu merupakan ibu kepada segala bidang.
  
"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
  

Lantik exco baru bawa mesej mahabbah

KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur perlantikan exco baru Kerajaan Selangor untuk menggantikan Datuk Dr Hasan Ali. Beliau juga berharap semua anggota exco kerajaan Selangor termasuk yang baru dilantik akan terus menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.
“Semoga semua anggota exco kerajaan dari kedua-dua negeri ini membawa mesej mahabbah, mesej beribadat pada Allah dan mesej persamaan di muka dunia yang selari dengan kehendak-Nya,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco yang baru hari ini.

BN beli undi: Bukti perlu reformasi pilihan raya – Bersih

KUALA LUMPUR 18 Jan : Pengakuan bekas menteri kerajaan Barisan Nasional bahawa Umno menggunakan wang untuk membeli undi, membuktikan reformasi pilihan raya perlu dilaksanakan segera di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih  gagal menjalankan peranannya dengan baik.
“Ini adalah bagus kerana beliau (Abdul Kadir) beritahu kita dan ini pun jelas menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum laksana tugas mereka. SPRM pun perlu siasat perkara ini,”

Azizan tingkat hasil balak, mana pergi masa BN


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

Guan Eng calls Soi Lek's bluff: Tell me where you are contesting and I'll be there!

Guan Eng calls Soi Lek's bluff: Tell me where you are contesting and I'll be there!In a challenge that may make Chua Soi Lek go wobbly at the knees, Penang Chief Minister Lim Guan Eng has demanded that he announce where he will be contesting in the 13th general election so that the DAP secretary-general himself can take on the MCA president.
"Will Chua Soi Lek dare to announce which seat he is contesting, then let me go to that constitutency and repeat Liow’s remarks that we are confident of defeating Chua then see how Chua will respond?" Guan Eng said in a statement issued on Wednesday.
The DAP leaderl was responding to a cross-fire between his party and the MCA, which began with a boast by MCA deputy president Liow Tiong Lai that the BN component party could “unseat any DAP candidate in Bagan”, the constituency now being held by Lim.
"Unlike MCA, DAP has not engaged in political games by boasting we will win or beat Liow in Bentong or Ng Yen Yen in Raub. Only MCA is making all these boasts. We therefore hope that Chua Soi Lek will stop deceiving the public on this matter," said Guan Eng.

Isu Lynas: Debat Fuziah - Adnan Yaakob Pada Februari


SHAH ALAM, 18 JAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di Kuantan, Pahang.
Ketika dihubungi TVSelangor hari ini, Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu.
Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut.

Nik Aziz: PAS tak bimbang 'jelajah' Hasan Ali

PAS tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota PAS dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.
  
"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS.
  
Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.
  
Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.
  
Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

- Bernama

RAKYAT TIDAK PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT - BLOGGERS UMPORNO MESTI SALAHKAN MAHDEY KUTTY DAN TOK JIB

Oleh:  WFAUZDIN NS


MAHDEY KUTTY meroyan sakan bila sehingga kini Peguam Negara belum buat keputusan samada mahu merayu atau tidak di atas keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar pada 09 Jan yang lalu.  Sebagaimana bloggers Umporno yang lain, Mahdey Kutty amat bimbang jika Anwar terlepas begitu sahaja, maklumlah bukan sedikit `belanja' dan masa yang mereka habiskan semata-mata untuk memperbodohkan rakyat di dalam perancangan menjatuhkan Anwar.
Aku mahu sebut sikit saja.  Andainya perancangan mereka gagal kali ini, mereka sepatutnya kena salahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib serta sekutu-sekutu mereka.  Salah Mahdey Kutty dulu, apabila beliau tidak mahu jadi saksi beri keterangan di dalam kes Azizan Abu Bakar.  Semua tahu ketika itu Mahdey Kutty bercakap di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umporno sewaktu mahu memecat Anwar bahawa beliau tahu semua kisah dan skandal Anwar, maka Anwar mesti dipecat dari parti dan kerajaan.  

Siapa Zambry Kadir (3)

Oleh: MSK
Pada mulanya, Teluk Rubiah merupakan kampung nelayan tradisi dan tanah-tanah disitu merupakan tanah simpanan Melayu. Pencabulan Teluk Rubiah bermula sekitar 1983 dimana kerajaan BN mencadangkan kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Itu yang orang kampung diberitahu. Apa yang tidak diberitahu ialah kawasan Teluk Rubiah ada banyak balak.
Pada asalnya keseluruhan kawasan cadangan projek dan persekitarannya ialah sebuah kampung tradisional nelayan yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Rizab Melayu (Malay Reserve) dan juga sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh (Teluk Muroh Forest Reserve).

Siapa Zambry Kadir? (2)

Zambry Kadir tau bahawa dia tak akan bertahan lama sebagai Menteri besar Perak. Oleh itu, sementara ada kuasa, dia akan pulun sebanyak mungkin. Projek Vale Teluk Rubiah hanyalah salah satu diantara kerakusan Zambry. Ada banyak lagi.
Dalam laman web Visit Perak, Royal Teluk Rubiah Country Club dikatakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia. Pasai apa maklumat tentang Royal Teluk Rubiah Country Club ini masih didalam laman web Perak Tourism, menunjukkan “kecekapan” pentadbiran Zambry, sedangkan Teluh Rubiah sudah hampir hancur. (Boleh baca disini)
Untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran tentang kemusnahan Teluk Rubiah, cuba tengok gambaran dibawah.

Austrian TV journalists slam 'political interference'

Ex-rebels eager to 're-build' Libya

RADZI MELISSA @ AMBANG 2012 (PART 5/6)

AL-RHIDA @ AMBANG 2012 (PART 4/6)

RADZI MELISSA @ AMBANG 2012 (PART 3/6)

Al-RHIDA @ AMBANG 2012 (PART 2/6)

RADZI MELISSA @ AMBANG 2012 (PART 1/6)

Kit Siang: PR is ready for Malaysian Spring in GE 13

Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS

Saya Akan Hentikan Serta Merta Ayat Menghina Mana-Mana Pihak Di Twitter - Azwan Ali

Blogger Sharpshooter terjah peguam Rais Yatim

Hindraf Sertai Gerakan ABU

Susulan ugutan bunuh Ummi Hafilda - Azwan Ali mohon maaf

Adam Adli: UPSI should have just expelled me

Tahniah Rakyat KELANTAN !! - Ustaz Azhar Idrus

Harga MUTAAH Zaman Sekarang - Ustaz Azhar Idrus

Wuduk Tapi Guna Tangan Palsu - Ustaz Azhar Idrus

KAHWIN LARI Di Luar Negara Malaysia - Ustaz Azhar Idrus

Tak Mahu KAHWIN Sampai MATI - Ustaz Azhar Idrus

Ulang Ayat Al Quran Yang Sama Setiap Rakaat - Ustaz Azhar Idrus

ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, angkat sumpah EXCO

Adun Sijangkang ganti Hasan Ali

Syrian army 'agrees to ceasefire' in Zabadani

Mat Sabu Tolak Lagi Dialog Umno-Pas

Post Pic
SHAH ALAM, 18 JAN : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menolak cadangan Nasharudin Mat Isa yang mahukan parti itu membuka perbincangan dengan Umno demi kebaikan negara.

Mohamad Sabu berkata, cadangan oleh bekas timbalan presiden parti itu adalah hasrat peribadi dan bukan menjadi sebahagian daripada agenda parti.

BN demise gets boost: Hindraf joins ABU to oust Umno

BN demise gets boost: Hindraf joins ABU to oust UmnoThe ‘Anything But Umno’, better known by the acronym ABU, movement got a boost today when Hindraf pledged its support to oust Umno from Putrajaya in the next GE.
ABU co-founder Haris Ibrahim who was with Hindraf national coordinator W Sambulingam in Kuala Lumpur, said the NGO’s chairman P Waythamoorthy has agreed to work with the ABU movement for the sake of the rakyat.
He said the first joint campaign they will be holding is a series of 11 ceramahs in six states - Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Penang, Johor and Perak.

Utmost being done to oust Umno
“Waythamoorthy had a series of talks with ABU leaders in London, and finally agreed to join them,” Haris said.
The campaign will begin with  Sambulingam, Haris and Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chairperson Badrul Hisham Shaharin, will be speaking in Shah Alam, Selangor this Saturday.

SPRM: Ahli keluarga menteri akan diwajib isytihar harta

Ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut portal berita the Star yang memetik pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh tindakan itu bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga dipetik berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Letupan 901: Polis Perlu Kemuka Siasatan


SHAH ALAM, 18 JAN: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diminta mengemukakan hasil siasatan berhubung kejadian letupan bom yang berlaku pada hari pengumuman keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (901) pada 9 Januari lalu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, kecurigaan itu timbul kerana sehingga hari ini polis langsung tidak menyatakan apa-apa dan sedangkan kejadian tersebut merupakan satu isu besar.
"Antara bom tersebut diletakkan dibawah kon polis sedangkan polis sudah menutup kawasan tersebut. Siapa yang nak masuk polis akan monitor dan semua dibenarkan masuk selepas jam 6 pagi. Dan apabila bom itu meletup setentunya timbul kecuigaan. Pihak polis perlu tampil memberikan penjelasan terperinci," katanya.

Ambiga lets it all out: Najib endorsed threats against me, I had to hire a bodyguard


Ambiga lets it all out: Najib endorsed threats against me, I had to hire a bodyguardIn a shocking development, Ambiga Sreenevasan, the well-respected chairman of the Bersih 2.0 movement for free and fair elections, accused Prime Minister Najib Razak of endorsing threats against her safety.
This took place during the run-up to the Bersih's July 9 rally in Kuala Lumpur last year, Ambiga told the Human Rights Commission (Suhakam) on Wednesday.
“There were calls to strip me of my citizenship, attacks by state-controlled media and I believe that all this was condoned by the government,” said Ambiga.
Umno gangsters
She described the "horrifying" experiences and revealed that she had feared for her personal safety from "state actors and non-state actors alike", in a thinly-veiled reference to Najib's ruling Umno party, and its sister organisations such as Perkasa and Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, a Malay martial arts association.

Kerajaan lantik firma audit NFC

Kerajaan berhasrat melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan satu penelitian wajar dan audit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

muhyiddin yasin muhyiddin yassinTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi melindungi kepentingan kerajaan, firma perunding itu akan membuat penelitian dan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan projek tersebut.

"Tugasan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Muhyiddin, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) iaitu satu syarikat usahasama di antara Agroscience Industries Sdn Bhd dengan kerajaan telah diberi mandat sebagai integrator projek NFC.

Berikutan daripada itu, kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut dan setakat ini sejumlah RM181 juta telah dikeluarkan.

Uniting Malays Not Over (Umno)

Many decades have passed since the inception of Umno but the organisation has failed dismally to unite Malays in Malaysia under its umbrella.

Umno, the acronym for United Malays National Organisation, despite being in existence for decades, has failed miserably to unite Malays under its banner. Therefore, it should perhaps re-define Umno as Uniting Malays Not Over.
All was well upon the inception of Umno by Jaffar Onn and the fight against the British that led to Merdeka. Umno was also well under Tunku Abdul Rahman’s leadership. But the changes that led to Umno losing favour with the Malay populace can be traced back to as early as the 70s.
Umno has since then become a fractious and divisive organisation which even led to its de-registration and the setting up of a new Umno during the era of the Mahathir administration. But the fact that a Malay organisation, claiming to represent the bulk of the Malay population, does not even have a Malay equivalent in naming itself speaks of the muddled politics the party has been engaging in until now.

Now, Ummi accuses her brother of trying to kill her

Now, Ummi accuses her brother of trying to kill herAs if her public claims of virginity and the equally loud counter-claims by an ex-boyfriend that she wasn't were not disgraceful enough, Umno's political 'villainess' Ummi Hafilda is now accusing her brother Azwan Ali of trying to kill her.
According to the Star, Ummi lodged a police report over the matter at the Tan Tun Dr Ismail station on Tuesday.
Another government-controlled media, Buletin Utama TV3 also reported that Ummi lodged the complaint based on Azwan's  Twitter which basically said 'Let's catch that woman from Hell. Burn her body.'
Rush to probe her claim

Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?


SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.
"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.
"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.
"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.
Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.
"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

Nik Aziz harap Yunus terjemahkan perjuangan PAS dalam kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri Selangor yang baru dapat menterjemahkan  perjuangan parti Islam itu dalam sistem pentadbiran negeri itu.
Dalam tulisan terbaru di laman Facebook, Menteri Besar Kelantan (gambar) dan Mursyidul Am PAS ini juga berharap pelantikan Ahmad Yunus yang dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Ali dapat memberi matfaat kepada umat Islam di Selangor.
“Tahniah saya rakamkan kepada Dr Ahmad Yunus Hairi yang telah mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Dr Hasan Ali pada pagi ini.
“Semoga perlantikan beliau akan lebih memberikan manfaat kepada umat Islam di Selangor khususnya dan menterjemahkan misi perjuangan PAS di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, insya-Allah,” katanya.

Isu Gay : Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz



KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.
Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.
Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.
“Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.

Najib 'restui' ancaman ke atas saya, dakwa Ambiga


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaMemetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."

Mahasiswa mahu MB Kedah bebaskan KUIN daripada AUKU

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Seperti perumpaan “paku dulang paku serpih”, mungkin itulah gambaran yang disuarakan kumpulan mahasiswa terhadap kepimpinan PAS yang mendesak Putrajaya agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) namun gagal menasihati Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
PAS bersama rakan komponen Pakatan Rakyat selama ini mendesak Putrajaya memansuhkan AUKU namun lima mahasiswa KUIN digantung pengajian tahun lalu dengan menggunakan undang-undang itu.
Kesemua penuntut itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester.
Tempoh penggantungan empat mahasiswa sudah tamat.

PRU13 dan impak buruk membungkus Najib


Oleh Tarmizi Md Jam
DENGAN perkembangan terkini, tidak mungkin Perdana Menteri, Najib Tun Razak membubarkan Parlimen Mac ini, seperti yang diyakini pelbagai pihak.Keputusan Mahkamah Tinggi mendapati Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak bersalah tentunya memberi impak buruk kepada Umno-BN.


Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin menegaskan, kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan, memandangkan beliau gagal mendapat kepastian sepenuhnya, bahawa bukti itu tidak diusik.
Signal yang cuba disampaikan oleh badanbadan NGO pro-Umno, dengan memburuk-burukkan Kempen “Bebaskan Anwar 901” yang diwarnai dengan ratusan laporan polis, desakan dan asakan, manipulasi khutbah Jumaat dan lain-lain, dilihat gagal menyebelahi Najib.
Jika PRU13 diadakan Mac ini, terdapat kemungkinan segala PRU13 dan impak buruk membungkus Najib “wang” yang dicairkan dalam pelbagai bentuk bantuan oneoff sudah tidak mujarab lagi, apabila Anwar didapati tidak bersalah dan bebas.

Faktor Anwar menangkan Pakatan?


Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
PADA pilihan raya umum 1999, PAS Terengganu mengulangi kegemilangannya dengan memerintah negeri ‘Darul Iman’ setelah menunggu lebih 40 tahun bagi menawan kembali negeri ini daripada Umno-BN.
 
Kemenangan itu atas nama Barisan Alternatif (BA) itu berkaitan rapat dengan gaya pemerintahan ‘kuku besi’ Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad serta kemelut dalaman Umno yang cukup parah di peringkat Pusat dan begitu kritikal di Terengganu.

Hasan Ali Dan Umno Terduduk Apabila Bukan Dr. Rani Yang Dilantik Exco..

Syabas Rani, Tahniah Ahmad


Saya mendahului ucapan syabas kepada Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman yang memberi laluan kepada Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dilantik menjadi Exco Kerajaan Selanggor bagi mengganti Hasan Ali yang telah dilucutkan jawatan selepas bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dibuang dari Pas minggu lalu.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab ke atas porfolio Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan dihadapan Sultan Selangor, di Singgahsana, Istana Bukit Kayangan Shah Alam lewat pagi ini.


Perlantikan Dr Ahmad Yunus menjawab spekulasi sebelum ini kononnya Dr Rani Osman akan dilantik menggantikan Hasan. Walaupun Dr Rani sudah mengatakan awal-awal dia tidak bersedia untuk memegang jawatan itu kerana ia satu tugasan yang berat tetapi beliau dianggap paling layak memandangkan kedudukannya dalam parti.

TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela

kerugian tnb 2 TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela
Tak menghairankan jika kakitangan TNB hanya “merasa” bonus 0.5 bulan buat pertama kalinya walaupun prestasi yang dihadapi TNB sekarang ini kurang teruk jika dibandingkan prestasi TNB sekitar akhir era 90 an.
Walaubagaimanapun, mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh mereka-mereka ini apabila melihat rekod kerugian TNB ketika ini
Menurut laporan Utusan Malaysia. Kerugian TNB yang terbaru adalah sebanyak RM224.7 juta. 
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta tempoh suku pertama berakhir 30 November 2011. Kerugian itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dari tahun ke tahun yang berpanjangan. – UTUSAN

Syed Mokhtar, consummate businessman or consummate crony?

Syed Mokhtar, consummate businessman or consummate crony?Billionaire Syed Mokhtar Al- Bukhary’s recent purchase a 42.75$ stake in national carm company Proton Holdings Bhd for RM1.29 billion has created ripples not just in business circles, both locally and regionally, but across a wider Malaysian society fed up by decades of corruption by politicians and their cronies.
It has sparked all sorts of accusations including that the controversial tycoon was swiping national assets on behalf of a string of Umno bigwigs, with all sorts of names tossed in the hat, from former Finance minister Daim Zainuddin to ex-premier Mahathir Mohamad and back to Prime Minister Najib Razak.
So who is Syed Mokhtar fronting for? Is he acting for anyone in the first place, does he need to do so? At this stage, it is anyone's guess. He has been friends with all the top Umno leaders and makes it a point to be so. He is even nice to the Pakatan Rakyat opposition!
But who is Syed Mokhtar Albukhary really? How did he get to be where he is today? What's the secret, if any, for his success?

Pulau Pinang ajak PM bincang p'raya tempatan


PULAU PINANG, 18 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi meminta diadakan perbincangan tentang pilihan raya kerajaan tempatan.

Surat itu telah dihantar beliau kepada Perdana Menteri pada 12 Mac dan salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Menurut Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran di negeri itu.

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kerajaan negeri boleh memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain dari pilihan raya umum.

Debat Lynas: PAS minta Adnan jangan dolak dalik


KUANTAN, 18 Jan: PAS Pahang meminta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas jika tidak mahu dicop pengecut.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum.

“Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka,” katanya.

Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Adnan yang tampil di muka depan sebuah akhbar hari ini mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat Fuziah dalam isu Lynas.

MACC: Family members of Cabinet ministers have to declare assets soon

MACC: Family members of Cabinet ministers have to declare assets soon
PUTRAJAYA- Spouses and family members of Cabinet Ministers will soon be required to declare their assets to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to ensure integrity in the administration of the government.
MACC advisory panel chairman Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh told reporters at the MACC headquarters here on Wednesday that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had agreed in principle to this and hoped it would be implemented soon.
"Spouses and family members of those in the Federal administration will also be required to do the same.
"The family members will have to declare all their assets via a statutory declaration to make it easier for MACC to launch any investigations when needed,” she added.
-TheStar

Anak Nik Aziz tanding DUN?

Nik Abduh hampir pasti bertanding di DUN Chempaka jika ayahnya berundur.
PETALING JAYA: Politik Kelantan terutama PAS yang penuh dengan kontroversi dan spekulasi paling kerap diperkatakan sejak sekian lama.
Bila Datuk Nik Aziz Nik Mat akan melepaskan jawatan menteri besar Kelantan yang disandangnya sejak lebih 20 tahun lalu semakin hangat menjadi perbualan.
Siapa pengganti Nik Aziz? Adakah exco kanan Datuk Husam Musa yang pernah disebut-sebut sebelum ini? Bagaimanapun, isu itu lenyap  begitu sahaja.
Kini muncul pula khabar angin bahawa seorang anak lelaki Nik Aziz akan bertanding di sebuah DUN Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13.
Tidak pasti sama ada Nik Abduh, yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pusat akan bertanding di kerusi ayahnya, Cempaka.

3 MP Pakatan jumpa Zahid Hamidi esok


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menemui Menteri Pertahahan, Datuk Sri Zahid Hamidi esok di pejabatnya.

Ketiga-tiga mereka adalah Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat - anggota Parlimen Hulu Selangor), Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - anggota Parlimen Machang) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP - anggota Parlimen Petaling Jaya Utara).

Pertemuan itu akan diadakan jam 3 petang esok di Kementerian Pertahanan.