Isnin, 16 Januari 2012

Hanya Pakatan Mampu Ubah Senario Malaysia Timur

Pakatan Rakyat perlu agresif meneroka kawasan pedalaman sekiranya ingin melihat angin perubahan berlaku di Sarawak seiring dengan perubahan di Semenanjung.
Wakil Sarawak, Nicholas Mujah berkata, Sarawak masih mengalami masalah infrastruktur terutamanya dari segi pengangkutan memandangkan masyarakat orang asal masih tinggal di kawasan yang jauh dari kemodenan pembangunan.
Katanya lagi, laungan '1Malaysia' yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dirasai di Sarawak ditambah polisi kerajaan Sarawak yang tidak mesra rakyat.
"Kita sudah merdeka tapi hak asasi kita di kongkong. Semua pembangunan tetumpu kepada orang yang kaya dan berkuasa. Ini realiti sebenarnya.

Surau Al Jabbar bakal Diroboh - Pemuda PAS pelik tiada Suara PERKASA.dan UMNO

alt
 
KENYATAAN MEDIA ISU IKS DAN SURAU AL JABBAR OLEH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KAWASAN SETIAWANGSA.

Benarlah selama ini slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ hanyalah retorik UMNO/BN semata-mata. Mereka akan berbuat apa sahaja demi kepentingan kroni dan untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata.
Rakyat hanyalah ‘perkakas’ mereka ketika pilihanraya untuk memastikan mereka terus berkuasa dan melaksanakan ‘kerja jahat’ mereka.

Negara Bebas Apabila SPR, Media Dan Kehakiman Bebas

Malaysia akan menjadi sebuah negara demokrasi yang bebas sepenuhnya dari krisis yang membelenggu rakyat selama ini sekirannya peranan media, SPR dan institusi kehakiman negara dibebaskan sepenuhnya tanpa pengaruh mana-mana kuasa politik.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah liwat baharu-baharu ini tidak seharusnya dilihat sebagai kemuncak pembebasan krisis politik negara.
Namun, Hadi mengingatkan bahawa keutamaan perjuangan Pakatan Rakyat ialah membebaskan mahkamah rakyat dalam menentukan pemimpin yang bakal mentadbir negara selepas PRU-13.

Umno-BN 9 Negeri lwn Pakatan 4 Negeri, Pakatan Tetap Menang


 Tindakan Umno-Barisan Nasional menciplak beberapa dasar Pakatan Rakyat jelas mencerminkan realiti sebenar disebalik momokan dan tomahan yang kerap dilemparkan gagasan perkauman itu terhadap Pakatan.
Tindakan meniru dasar Pakatan seperti lima hari bekerja bagi penjawat awam yang dimulakan di Kelantan dan program Jom Shopping di Selangor, menunjukkan Umno-BN sebenarnya akui kehebatan pentadbiran Pakatan.
Prestasi cemerlang Pakatan berbanding dengan BN juga ketara dari segi pelaburan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Perjuangan Bukan Berasaskan Retorik

 Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata tiada lagi alasan untuk musuh politik melabel perjuangan yang dibawa Gagasan Pakatan Rakyat hari ini sebagai retorik semata-mata kerana segala janji telahpun diterjemahkan dengan pelbagai pelaksanaan dalam memberi manfaat dan kebajikan terus kepada rakyat.
Namun, Wan Azizah mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak alfa dengan membicarakan hakikat perjuangan semata-mata, sebaliknya berkerja keras merealisasikan janji mereka sebagai bukti jelas untuk rakyat menilai keutuhan pakatan berbanding kerajaan pemerintah.

Anwar a hit in Umno stronghold

Pakatan launches its Negri Sembilan election manifesto in Gemas, where the NFC farm is located.
GEMAS: Opposition Leader Anwar Ibrahim last night attracted his biggest crowd in Negri Sembilan in recent memory when he launched the Pakatan Rakyat election manifesto for the state.
Estimates put the size of the audience at more than 6,000 people, which was a remarkable number because Gemas is one of the strongest Umno fortresses in the state and the Tampin District Council had torn down hundreds of posters and banners advertising the event.
Before this, no Pakatan Rakyat figure has been able to attract more than 4,000 to an event in Negri Sembilan. The largest crowds before last night were at events in the Pakatan strongholds of Seremban and Rasah.

Perjanjian Baru Air Antara Johor Singapore Sehingga Tahun 2061

Perjanjian Baru Air Antara Johor Singapore Sehingga Tahun 2061

1000 gelen 3 sen pandai betul PM kita berniaga rakyat di johor dikenakan caj air 2.50 sen utk 1 meter padu,gua juga ingin maklumkan bahawa harga air di johor yang merupakan negeri yang mengenakan caj air paling tinggi di Malaysia,inilah nasib anak johor

kalau lembu syarizat bolehlah tak payah mandi ...


Desak kerajaan benarkan tentera mengundi di luar kem

ALOR SETAR, 16 Jan: Pakatan Rakyat didesak supaya tidak bertolak ansur dalam soal pembuangan undi di kalangan anggota tentera agar mereka tidak lagi dibiarkan membuang undi di dalam kem seperti yang diamalkan oleh Kerajaan BN sejak dulu.

Sekiranya perkara itu dibiarkan, ia pasti akan memberikan keuntungan kepada Umno BN semata-mata kerana gagal dipantau oleh Pakatan Rakyat sepanjang proses pembuangan undi itu berlangsung.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (gambar) berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mencari jalan dan mendesak Kerajaan BN agar membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem seperti juga pengundi-pengundi lain.

Onar Bicara Anak Muda : SAFWAN ANANG

Onar Bicara Anak Muda : ADAM ADLI

Roboh surau, premis niaga: 'Kami bukan PATI'

Notis Pindah: Kami bukan setinggan tegar

Kelantan ikon keharmonian kaum

BN is the problem. PR is the solution - LGE

Rahsia Mat Sabu

Oleh: MSK
Semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah hujung minggu lalu, Mat Sabu mendedahkan ada orang BN sendiri yang mensabotaj BN dari dalam untuk membantu Pakatan. Aku tak tau pasai apa Mat Sabu mendedahkan rahsia ini tapi oleh kerana Mat Sabu dah bongkar, maka ia bukan rahsia lagi. Kalau aku yang bongkar dulu, nanti hangpa kata aku sabotaj strategi.
Bila Mat Sabu kata macam tu, maka ianya mengesahkan, bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan Umno atau Najib. Dulu, aku pun tak berani tulis terang-terang, jadi aku tulis dalam bentuk polifiksyen. Dalam posting “Polifiksyen: Revolusi 13.1″, aku tulis macam ni.

Kroniknya "permanent head damage" si Hassan Ali


Keadaan si Hassan Akidah sudah menjadi semakin parah. Dia dah bercelaru dan haru-biru gara-gara kena singkir daripada PAS dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Fikirannya meracau dan jiwanya semakin kacau.

Pas Selangor Jawab Mulut Sampah Hasan Ali

“Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?,”

SHAH ALAM – Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman( gambar ) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

RAPAT PERDANA ANWAR DI KINARUT


SERAMAI 8,000 orang anggota PKR seluruh Sabah akan hadir mendengar amanat Ketua Umum Parti Keadilan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 23 Januari, jam 6.35 petang bertempat di Kampung Langsat, Kinarut (di halaman perkarangan rumah Halik Zaman.)
Halik Zaman yang dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Rapat Perdana Negeri berkata bahawa setakat ini sokongan moral dan sambutan dari orang ramai dan anggota PKR amat menggalakkan.
Kata Halik, perhimpunan yang paling besar yang julungkali pernah diadakan akan mendedahkan satu lagi cerita baru isu baru Kerajaan BN menyalahgunakan wang rakyat secara 'daylight robbery'.

APA KESAN ROADSHOW HASAN ALI KEPADA PAS?


Oleh : AZMAN ARIFFIN


SIDANG media oleh Datuk Dr. Hasan Ali dirumahnya sebentar tadi berakhir dengan antaranya ‘ikrar’ Hasan Ali untuk mengadakan ‘road tour’ seluruh Malaysia untuk mendedahkan siapakah dia ‘golongan parasit’ dalam PAS yang dituduh menghalang tugasnya ‘melindungi Islam’ di Selangor.
Pertemuan dengan media ini adalah pertama kali diadakan sejak Hasan Ali dipecat dari jawatannya sebagai Exco Kanan di Selangor pada minggu lepas.
Penulis yakin, peluang mengadakan road tour ini bukan sahaja digunakan untuk mendedahkan golongan parasit yang diperkatakan, sebaiknya juga untuk mendedahkan segala ’keburukan’ dalam PAS dan pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri.

A 'reluctant' man these days, Muhyiddin watches his back as Umno infighting boils up

A 'reluctant' man these days, Muhyiddin watches his back as Umno infighting boils upMuhyiddin Yasin is a very reluctant man these days. You might ask, what is it that he is so reluctant about - almost everything it seems! But like it or not, the 64-year Deputy Prime Minister and Umno No. 2 has to get going. Sooner or later, he has to make tough calls - no more coasting along or riding on former premier Mahathir Mohamad's coat-tails.
You see, these days, Muhyiddin is facing a huge dilemma. He is reluctant to relinquish his post and at the same time is unwilling to get involved in the growing feud between Mahathir and Najib. As a mere number two, Muhyiddin is very aware he has little to zero say when it comes to key party or national issues. Najib does not need his approval or to even discuss critical matters with him. What has been decided by Najib is up to Najib and for Najib to further decide.

Tokoh ulama saran contohi MB Kedah


SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja  Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.

“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.

Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.

Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.

'Jangan heret saya dalam perkelahian politik'

NONESasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Najib dicabar isytihar harta macam Exco P Pinang


KEPALA BATAS, 16 Jan: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta peribadi diri dan keluarga serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar rakyat tahu menilai jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin. Justeru, beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila mengisytiharkan harta semua exconya.
"Sepatutnya Kerajaan Pusat malu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mendahului tanggungjawab dengan mengisytiharkan harta exco yang bertanggungjawab membuat polisi kerajaan. Bila istihar harta, rakyat akan tahu berapa banyak harta yang ada pada kepimpinan yang sering mengajak rakyat buat itu dan buat ini," jelasnya dalam ceramah anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.
Tambah beliau, pengisytiharan harta oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat, tidak seperti kerajaan BN yang mengambil wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Pakatan Rakyat, undi Melayu dan Putrajaya

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang dan calon perdana menteri Pakatan Rakyat muncul di konvensyen gabungan parti pembangkang itu dengan imej yang lebih bersih, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat.

Dengan tema "Bersihkan Malaysia," pemimpin-pemimpin parti gabungan juga mengenakan baju putih - yang melambangkan kebersihan dan kesucian - satu penegasan misi menjatuhkan Barisan Nasional di peringkat pusat dengan segera untuk digantikan dengan parti-parti yang mendakwa lebih bersih.

Walau bagaimanapun, secara keceluruhan, konvensyen ketiga PR di Alor Setar hujung minggu lalu masih membawa isu-isu yang sama, tanpa penegasan terbaharu dan gambaran masalah bersama sedang diselesaikan.

Bekas menantu Taib Mahmud tuntut mutaah RM100j

Shahnaz, kakak Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid, turut menfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta terhadap Mahmud Abu Bekir.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 31 Jan ini untuk membuat keputuskan berhubung beberapa permohonan dalam kes tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta yang difailkan bekas menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz A. Majid.
Ketua Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Saadiah Din yang mewakili Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.
Beliau turut memberi tempoh seminggu kepada Shahnaz untuk memasukkan hujah terakhir.

'Potong gaji RM215,000 sebulan eksekutif kanan NFC'

Pembekuan sementara ke atas atas aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah sia-sia jika ia tidak ada usaha bagi membendung gaji lumayan eksekutif atasan syarikat berkenaan, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Mischievous information, says National Feedlot Corporation



MONDAY 16 JANUARY 2012

KUALA LUMPUR --- With police investigations on National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) reported concluded, NFCorp has today emerged to clarify the allegation that directors of the company have been receiving huge unjustifiable salaries.
In a statement issued today, NFCorp executive director Wan Shahinur Izmir Salleh clarified that the directors were earning nowhere near the overstated figures saying that the relevant authorities have the information on their payroll and the bank statements to match.
Izmir Salleh said, “The highly exaggerated figures first emerged from a mysterious prank blogger who had drawn the media’s attention to it.  Since then, the blogger has disappeared and his erroneous post continues to be picked up by the public.”
Izmir reassured that the public should not be unduly alarmed by such postings in the Internet that offered distortions and incorrect information. The facts are with the relevant authorities.

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat


KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini,  Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Isytihar aset: SPRM sambut baik cadangan, TI-M kata kakitangan awam juga perlu


KUALA LUMPUR, 16 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik cadangan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria agar kesemua hakim mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti badan kehakiman.
“Suruhanjaya ini menyambut baik dan berpandangan tindakan mengisytihar harta oleh hakimhakim adalah satu tindakan yang dijangka dapat memperkasakan integriti institusi kehakiman di negara ini.
“SPRM dari semasa ke semasa sentiasa bersedia membantu mana-mana agensi awam dan swasta dalam mengkaji dan memberi nasihat ke atas sistem dan prosedur untuk penambahbaikan atau memperkenalkan system dan prosedur baru untuk meningkatkan integriti institusi ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan.
Sebelum ini Ariffin seperti yang dilaporkan beberapa media berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan SPRM dalam mengisytiharkan harta hakim.

Ambiga throws down asset declaration gauntlet to Zahid

Ambiga urged Zahid to lead his BN colleagues by example by being the first to publicly declare his assets. — File pic
KUALA LUMPUR, Jan 16 — Datuk Seri Zahid Hamidi should declare his assets and lead his Barisan Nasional (BN) colleagues in the fight against corruption that he has likened to cancer, Datuk Ambiga Sreenevasan said today. “I am delighted to hear the minister say that he is of the view that corruption is like a cancer. I couldn’t agree more.

Transkrip : Ikrar Pakatan Rakyat

Bahawasanya kami,

Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;

Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Pengganti Hasan Ali Hanya Diumumkan Rabu Ini, Kata MB

Kita adalah kuda-kuda pejuang. Bukan diperkudakan

OPS SIKAP XXV ( Ke-25 ) dan Kempen Rumah Selamat 2012

NFC: Najib dan Muhyidin juga perlu disiasat

Guan Eng sokong Ketua Hakim Negara untuk mengistiharkan harta

SEMBANG RAKYAT MARHAEN Lembu Oh Lembu

Pas Bukan Alat Mana-Mana Pihak


Oleh Mohd Sayuti Omar
Penjelasan dan ketegasan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengatakan Pas tidak pernah tunduk kepada kehendak dan tekanan mana-mana pihak termasuk DAP adahttp://1.bp.blogspot.com/_9D4vMaeJbj0/SM8V8Mx_VNI/AAAAAAAAAik/KdcsO40j_xs/s400/Hadi+Awang.jpglah satu realiti yang ada dalam perjuangan parti itu.

Bukan saja Pas tidak tunduk kepada rakan DAP yang dilihat banyak mempunyai persamaan dari segi ideologi politik itu tetapi parti itu juga tidak pernah tunduk kepada mana tekan dan kehendaki peribadi mana-mana indidivu.

Pas, Salafiyyah, Ikhwan al Muslimun


Oleh Tan Sri Abdullah Ahmad
Bukan lagi Pas atau parti Islam lain boleh memerintah, soalnya bila, 2035? Orang Islam berbahttp://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/PilihanRayaSarawak/107gai bentuk dan rupa: Islam baka, warak, mualaf, serius, bersemangat; ada mengamalkan agama sambil lewa sahaja, sebaik-baiknya ialah mengimbangkan dunia dan akhirat, jasmani dan rohani.
 
Akhir-akhir ini ramai pemimpin Melayu cuba bersifat Islamis, bercakap tentang Islamiah; sebahagian besarnya mereka politikus oportunis.

Mokhtar Al-Bukhary kuasai Proton

Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber. Syarikat berkenaan dilaporkan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (gambar), pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.

“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antara RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

KHOO KAY KIM:HANG TUAH,HANG LI PO TIDAK PERNAH WUJUD. INI MENGUATKAN LAGI TEORI BAHAWA MALAYSIA TELAH WUJUD SEJAK SEPTEMBER 1937.


PETALING JAYA: Menurut sejarah, Cina Puteri Hang Li Po adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477.

Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.

Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.

Tidak Sekali-Kali Sertai Umno - Hasan Ali

Tidak Sekali-Kali Sertai Umno - Hasan AliKUALA LUMPUR- Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai Umno sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.
Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.
"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali).
"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Aliakan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin.

-mStar

RM600k credit card charges to NFC and Najib is still playing internal Umno politics, slams PKR

RM600k credit card charges to NFC and Najib is still playing internal Umno politics, slams PKRPrime Minister Najib Razak seems to be savoring the breathing space he won for himself after a complex move by his supporters to oust Women's Minister Shahrizat Jalil. The move allegedly masterminded by Lembah Pantai Umno chief Raja Nong Chik had created a ripple effect, piling pressure on Najib's foes in their Umno party which includes deputy premier Muhyiddin Yassin as well as former premier Mahathir Mohamd.
The RM250 million National Feedlot Corp debacle, in which Shahrizat's family was accused of misappropriating public money, was approved by Muhyiddin in 2006 when he was the Agriculture Minister. The project to raise local beef supply was granted to Shahrizat's husband and children to manage and oversee. Financed by a government soft loan, the opposition PKR party has alleged that some RM188 million was inappropriately used and needs to be audited with a fine toothcomb.

Tok Guru jadi inspirasi konvensyen PR Ke 3

Abd Shukur Harun

 Ada beberapa kesan penting yang diperoleh dari Konvensyen Ke-3 Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar Sabtu lalu, sebuah Konvensyen yang diramalkan terakhir sebelum PRU Ke-13.
Pertama, bertambah kukuhnya kesepakatan dan keazaman bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan jika diberi kuasa oleh rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat, iaitu membersihkan negara ini dari sampah saraf dan kotoran rasuah, penyelewengan, pemborosan, nepotisme, skandal dan pelbagai lagi.
Hampir 20 orang tokoh – besar dan kecil - yang berucap sejak dari pagi hingga ke Rapat Rakyat Perdana di sebelah malam yang dihadiri lebih 50,000 orang, semuanya mengungkapkan nada yang satu untuk terus berjuang di bawah Pakatan Rakyat bagi membina sebuah negara yang harmoni, demokratik, dan menjunjung kebebasan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat yang berucap di sebelah tengah hari dan malam, seperti biasa menjadi tumpuan perhatian malah menjadi inspirasi Konvensyen.

Anwar : Demokrasi Hanya Dapat Ditegakkan Dengan Moral Yang Bersih


ALOR SETAR, 15 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menegakkan keadilan kepada semua rakyat menerusi sistem demokrasi yang lebih baik berbanding amalan kerajaan sekarang.
Anwar berkata amalan demokrasi hanya dapat ditengakkan sekirannya pengamalnya tidak berlaku curang terhadap kebajikan dan keadilan untuk rakyatnya.
"Usah kita berbicara tentang demokrasi sekirannya amalan politik dan moral tidak seiring, sekirannya kita tidak mengamalkan politik yang disertakan dengan moral yang bersih, dedikasi serta intergriti, tidak ubah seperti politik negara hari ini dibawah kepimpinan Umno-BN."

Keberanian untuk takut

Zulhabri Supian

 16 JAN — 901 telah seminggu berlalu dan keputusan penghakiman yang membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat disambut baik seluruh warga Malaysia baik secara terbuka di lapangan parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta mahupun secara tetutup di lokasi-lokasi lain. Tambah menarik, Anwar Ibrahim sempat menjadi trending di laman kicau twitter di Australia, United Kingdom, Hong Kong, Indonesia dan pastinya Malaysia. Namun ada juga puak yang tidak bergembira iaitu pembenci Anwar Ibrahim yang mana profil mereka merentas parti politik, bangsa, agama, usia dan lokaliti, dan mereka punya alasan-alasan tersendiri.

Konvensyen PR ke-3: Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim

PAS serah nama pengganti Hasan kepada MB

Today in History for Jan. 16th

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

Pemahaman Hassan Ali Salah, Beliau Dakwa Masih Ahli PAS


Hasan Ali: 'Secara teknikal saya masih ahli Pas'

PETALING JAYA - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam .

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.

Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Hasan: Ada pihak tak sabar nak jawatan Exco

Beliau hairan dengan tindakan pihak tertentu yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan dirinya.
PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa wujud pihak tertentu yang tidak sabar untuk menggantikan jawatannya sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrasturktur dan Kemudahan Awam Selangor berikutan penggugurannya dilakukan secara tergesa-gesa.
Hasan berkata, beliau sepatutnya masih memegang jawatan itu sehingga minggu pertama Februari depan iaitu tamat tempoh permohonan cuti yang turut diluluskan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan selaras dengan ‘tempoh bertenang’ sebagai ahli PAS.
Katanya, beliau hairan dengan tindakan pihak tertentu yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan dirinya.

SBPA: Kumpulan premier tidak terlibat dengan penangguhan?

Ds Anwar Ibrahim : Penutup Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 3

Si Makmu Yang Baca Kuat Tersilap Baca Teori

Sebahagian orang Pas khasnya yang geli dengan kerenah politik Hasan Ali tentunya boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu membayangkan dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli Pas. Menurut katanya seperti dilapor beliau tidak melihat ada keperluan untuk dia merujuk kepada Pas.

Kali ini cerdik pula Hasan saya tenguk. Dia tahu membaca tindakan dan motif pemecatannya itu. Dia arif menyelami tindakan itu yang bertujuan untuk memaksa beliau meninggalkan jawatan Exco dan juga tidak akan bertanding lagi di Dun Gombak Setia.

Kenapa saya berkata begitu kerana tempoh yang diberikan kepada Hasan untuk merayu selama 30 hari itu satu jangka masa berstrategi. Dan apabila Pas memecatnya bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan Exco atas tikit Pas. Manakala dengan tempoh itu Pas atau MB Selangor akan lekas bertindak supaya Hasan meletakkan jawatan Exco untuk membolehkan nama lain diganti. Kekosongan jawatan Itulah yang dikehendaki Pas.

Kalau Pas ikhlas Pas boleh memberi tempoh dua minggu saja kepada Hasan untuk beliau berfikir, bermahasabah diri dan memutuskan secara tepat. Dalam tempoh sebegitu MB tidak tergesa-gesa untuk melantik pengganti baru.

Tetapi bila tempoh itu panjang sudah pasti Hasan akan berlengah dan ia memberi ruang kepada Pas untuk melantik penggantinya. Inilah strateginya. Baguslah Hasan boleh membaca strategi itu, bahawa dia sudah tidak 'dihingini' lagi dan mengambil sikap tidak merayu bagi mengelakkan mendapat malu secara gratis.

Hasan Ali dakwa PAS tunduk kepada PKR........

NONEBekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata parti itu telah tunduk kepada tekanan daripada PKR sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti dengan tidak mengikut prosedur.

Sedangkan perbezaan pendapat antara beliau dan pemimpin tertinggi parti berhubung saranan kepada pelajar supaya tidak menyertai perhimpunan 9 Januari itu telahpun "diharmonikan," katanya.

"Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk dengan tekanan PKR yang meminta saya dipecat. Apakah PAS sudah hilang maruah diri?

"Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini.

Hassan tak sedar dia lah parasit itu

Aduyai .. ni yang susah, bila ada manusia yang sibuk cakap orang lain tak betul, sedangkan diri itu yang tak betul. Cukup cukup la Hassan oiii ... Kita semua dah perasan lama pasai hang. Cuma nasib hang baik sebab PAS lambat tendang ... 

Solidariti ekonomi penawar kemelut

Oleh Zairil Khir Johari
 Sempena Persidangan Kebangsaan DAP 2012 tempoh hari, Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah membentangkan “Deklarasi Shah Alam” sebagai juadah intelektual terbaru dalam agenda parti untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang. Perisytiharan yang dibuat ini melambangkan modal siasah baru yang cuba dipacu oleh DAP demi memupuk satu wadah kenegaraan yang berkisar pada dasar dan bukan sekadar isu-isu sensasi.
Masalah ekonomi rumah tangga
Teras asas dalam perisytiharan tersebut adalah isu ekonomi yang diulas melalui konsep “solidariti ekonomi”. Intisari perisytiharan tidak perlu diulangi di sini, namun saya ingin mengupas sedikit tentang tema yang boleh dikatakan menjadi “jiwa” yang menyelubungi jasad yang dipanggil Deklarasi Shah Alam ini.
Sesungguhnya tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan kualiti hidup yang selesa dan sejahtera bagi rakyatnya.

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual.............


KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.
Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.
Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
“Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM,” katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.
Noh (gambar) sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung.

Sokongan mengusik jiwa

Kali ini saya hanya menulis ‘article’ yang pendek sahaja. Saya telah mendapat reaksi yang banyak kerana tindakan saya menukar wadah dalam arena politik. Perlu di fahami bahawa saya tidak bergiat dalam politik melebihi satu dekad dan saya pada awalnya tidak mahu lagi terlibat dalam hal ini. Saya merasakan banyak yang tidak kena dengan perjalanan dan arahtuju politik Melayu, khususnya UMNO, dan mengambil tindakan mendiamkan diri adalah satu tindakan yang ‘natural’ bagi sesiapa yang menghadapi perasaan dan masalah seperti saya. ini.

Saya hanya mengambil tahu hal keadaan politik dari rumah sahaja sambil-sambil menengok-nengokkan cucu saya yang kian waktu makin membesar dan bertambah bilangannya itu. Saya mengambil langkah untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog kecil saya ini untuk mengasah otak saya supaya tidak menjadi tumpul. Tetapi dalam waktu pencarian ini saya nampak keadaan sudah terlalu menekan untuk saya kembali dan bergiat, setidak-tidaknya untuk memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada pandangan masyarakat yang dahagakan perubahan.

Peluang PR di Selangor

Oleh: MSK
Minggu lepas aku publish kajian UM tentang Perak. So, keadaan masih tak seimbang kerana masih ramai yang belum membuat keputusan parti mana yang hendak diundi. Pengundi juga tidak lagi memilih parti, tapi begitu ramai yang masih menunggu siapakah calon yang akan bertanding.
Kali ini kita tengok di Selangor pulak.

Kalau dibandingkan dengan Perak, lebih ramai pengundi di Selangor yang masih belum membuat keputusan. Apakah aku nak katakan, keadaan di Selangor lebih teruk dari Perak?

Tony Pua : Najib utamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti KR1M


KUALA LUMPUR, 16 Jan — Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menegaskan, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan kritikan Pakatan Rakyat (PR) terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah meningkatkan jualan barangannya ternyata menunjukkan bahawa Najib lebih mengutamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti barangan yang terdapat di kedai berkenaan. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini menegaskan Najib tidak memperdulikan keselamatan dan kesihatan rakyat sebaliknya, perdana menteri menggalakkan PR memberikan komen negatif kerana dengan itu ia mampu meningkatkan jualan di KR1M.

Isu Zakat Jamil Khir: Strategi Blogger UMNO Didedah

Isu Zakat Jamil Khir Strategi Blogger UMNO Didedah
PENULIS difahamkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpulan blogger UMNO ke pejabatnya di tingkat 9 Bangunan Jakim untuk taklimat cara-cara menjawab isu penyalahgunaan wang zakat bagi tujuan yuran guaman  oleh dirinya dan 3 yang lain dalam kes perbicaraan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain penjelasan berterusan melalui media arus perdana, para blogger UMNO telah diperuntukan sejumlah wang untuk menggunakan blog masing-masing bagi membantu Jamil Khir menjawab isu tersebut di alam siber.

PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor


KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
“PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.
“Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu,” katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Komik Transformasi Najib Diedar Di Sekolah-Sekolah

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan. Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.
Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.

Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.

Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.

Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.