Jumaat, 13 Januari 2012

MUNGKINKAH SAIFUL SENASIB DENGAN ALTANTUYA?!

Apakah Saiful akan senasib dengan Altantuya ? Altantuya  menemui ajal melalui ledakan bom c4,.bahan letupan yang sepatutnya sentiasa berada dalam kawalan rapi kementerian pertahanan. Amat menyedihkan apabila mengetahui mayat Altantuya  hancur berkecai,..ngeri !, dan amat memilukan ! 

Namun Datuk Seri Najib Tun Razak menteri pertahanan ketika itu tidak pula mahu menyiasat punca bagaimana bahan itu boleh terlepas ! Hingga sekarang nampaknya nasib Altantuya belum terbela !   
 
Semuanya berlaku kerana wang dan kerana nak menutup konspirasi pihak tertinggi yang melibatkan pemimpin negara. Apakah perkara yang sama mungkin berlaku ke atas diri Saiful Bukhari Azlan ? mohon dijauhkan Allah !

Kenapa Utusan 'blackout' gambar Najib?

Akhbar dikuasai Umno, Utusan Malaysia kelihatan telah mengalihkan tumpuan ekoran keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Selepas dua hari, yakni pada 11 dan 12 Januari gambar Najib tidak terbit di halaman dua dan tiga, gambar beliau kembali muncul pada 13 Januari dengan pengumuman program bantuan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Pada masa sama, gambar-gambar bersaiz besar Najib muncul di muka depan dan muka tiga dengan nilai yang positif.

Berita pada hari ini, 13 Januari, bersifat positif kepada Najib tanpa sebarang kaitan kepada kes Anwar.

Pada 9 dan 10 Januari, gambar perdana menteri diterbitkan bersama laporan lawatan ke Afrika Selatan untuk meraikan sambutan parti Kongres Nasional Afrika.

Tinggi Kinabalu, tinggi lagi harapan Hasan !!!


PADA DIRI DR HASAN ALI SEMUANYA KELIHATAN TINGGI,!!….

BAHASA DAN TUTURKATANYA TINGGI,
HUJJAH DAN PEMAHAMANNYA TINGGI
GAYA DAN PENAMPILANNYA JUGA TINGGI
JIWA DAN PEMIKIRANNYA TINGGI,

HARAPAN DAN CITA-CITANYA JUGA AMAT TINGGI,….. TERMASUK MEMPERJUANGKAN ISLAM,.. LEBIH-LEBIH LAGI  TENTANG AKIDAH !!,  YA, AKIDAH UMAT ISLAM,.. SEPERTI YANG DISEBUT-SEBUTNYA BARU-BARU INI.  KONONNYA ORANG LAIN TAK PEDULI, MELAINKAN DIA SEORANG YANG AMBIL PEDULI  TENTANG AKIDAH !!  PAS JUGA TIDAK PEDULI KERANA SIBUK DENGAN NEGARA KEBAJIKAN,… katanya.       (Dia juga dalam senyap-senyap menentang Negara kebajikan PAS kerana citarasa Negara Islamnya  jauh lebih tinggi)

BERCAKAP BAB TINGGI  ATAU KETINGGIAN YANG ADA DALAM DIRI HASAN ALI INI,  RUPA-RUPANYA IA HANYA KOSMETIK.  BUNGA YANG DISANGKA CANTIK RUPA-RUPANYA BUNGA TAIK AYAM !!! (maaf, saya tak pasti bunga taik ayam busuk ke tidak?)  KETINGGIAN DAN KEHEBATAN HASAN ALI   HANYA NAMPAK PADA ZAHIR,  KERANA APA?

Hasan Ali – Islam or the Malay race?

Lim Hwah Beng
Hasan Ali indicated that he did not understand why PAS had decided to sack him as all along he has been ‘championing Islam’. This is what I want to say to Hasan Ali. With someone like you championing Islam, people, particularly non-Muslims, will not only shy away from but think very negatively of or about Islam. You are concerned only about people leaving Islam. Why are you not anxious about bringing people to embrace Islam?
It is time you take a rest and think whether what you have done has done Islam or your God any good. I believe your God wants Muslim leaders like you to spread the religion and convince as many people as possible to see the beauty and truth of your religion and to bring more and more to your God. Have you done that? Have you instead been chasing people away from Islam?
Telling people not to attend the gathering in support of Anwar and dismissing that as a waste of time does not reflect very well on you as a Muslim leader who should be compassionate to all and who abhors injustice.

Tanding satu sahaja: DUN atau Parlimen

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) menyokong penuh kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa setiap calon DAP hanya akan bertanding untuk satu kerusi sahaja pada pilihan raya umum akan datang.Penyelaras Negeri, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata tindakan ini sememangnya satu langkah yang tepat bagi memastikan setiap calon yang memenangi kerusi tersebut dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kawasan konstituen yang telah dimenanginya.
“Malahan, ia turut dapat memastikan setiap wakil rakyat yang telah dipilih itu dapat memberikan tumpuan kepada setiap sesi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (Dun).

BEBASKAN ANWAR : Pemimpin Umno mendabik dada !

Dua orang bersilat,. seorang bersenjata keris,. seorang tangan kosong, adilkah? 
Sebaik saja mahkamah mengumumkan Anwar dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful, pemimpin-pemimpin Umno – mulalah berkokok memuji-muji mahkamah,..secara tak langsung mereka juga memuji kerajaan – masuk bakul angkat sendiri !!,..

“Lihat dunia !! Lihat ! Siapa kata mahkamah Malaysia tidak adil ? Konspirasi yang dilaung-laungkan Anwar hanya tuduhan untuk memburuk-burukkan kerajaan !! 
 
Begitulah lebih kurang luahan atau komen dari mulut Najib,Tun Mahathir, Rais Yatim dan Ibrahim Ali Perkasa yang kita dengar semalam

Dilema orang UMNO

Oleh Fairuz Azhan

13 JANUARI – Meski pun UMNO terpalit dengan berbagai kontroversi dan skandal dari dahulu hingga sekarang, sokongan sebahagian masyarakat Melayu terhadap parti itu masih tidak terjejas.
Mengapa hal ini terjadi?
Golongan bersyukur
Yang pertama, ada golongan teras UMNO yang mempunyai nostalgia terhadap parti mereka. Golongan ini tidak dapat membezakan di antara kewajipan mana-mana kerajaan terhadap rakyat dan parti sebagai jentera untuk menjadi kerajaan.
Contohnya, mereka berterima kasih kepada UMNO apabila kerajaan – yang menggunakan wang rakyat yang dipungut melalui cukai dan hasil sumber negara – menghantar mereka atau anak mereka belajar ke luar negeri atas biasiswa dan pinjaman.

Kajian UM tentang politik Perak

Tak sampai seminggu selepas kes Anwar selesai, dah tak ada orang nak bercakap pasal tu lagi. Tak ada lagi orang nak bercakap tentang Anwar difitnah, dianiaya dsbnya. Bila aku bukak pautan Malaysiatimes pagi ini, hanya satu blog yang masih bercakap tentang kes Anwar.
Bagi penganalisis politik, kes mereka akan cuba melihat apakah kesan kes Anwar kepada persepsi pengundi. Adakah kes tersebut mendapat keuntungan atau tidak dari segi politik.

At the rate of their spending spree, are BN leaders using real or Hell Bank Notes?


Hot on the heels of the revelation today that some RM25 million were spent on trips by the prime minister, his deputy and their spouses, the government also revealed another bombshell today; that close to RM49 million was spent annually for the upkeep of their palatial houses.
The bill, which comes to RM48,789,115.03, covers rental costs, renovations, electricity and water, according to a written reply from Minister in the PM’s Dept Nazri Aziz to PAS’ MP for Rantau Panjang Siti Zailah Yusof.
Zailah had requested to know the annual maintenance costs for the official residences now occupied by Najib Razak and Muhyiddin Yasin between 2006 and 2010.

The party’s over

The people must not not forget that the country still has to be saved and there is much work to do.

Prime Minister Najib Tun Razak was aware of the consequences of Opposition Leader Anwar Ibrahim being jailed. With limited choices, he was forced to choose the unpalatable option of having Anwar acquitted.
In doing so, Najib’s reputation may have been enhanced, his party Umno-BN saved from the brink of annihilation at the polls and, most important of all, the creation of the powerful and feared martyr (Anwar), was neutralised.
For Anwar, acquittal meant he could concentrate on leading the opposition and making sure the government performs. Sodomy II was designed by Umno to be a distraction, for him and the rakyat. Valuable time and resources had been wasted on this sham trial which was designed to wear Anwar and the rakyat down.

Racial discrimination in Malaysia: Don't believe? Then look at the list ...

Racial discrimination in Malaysia: Don't believe? Then look at the list ...Discrimination of Non-Malays in Malaysia is plain racist. There is a list that is common knowledge to a lot of Malaysians, especially those who are non-Malays (Chinese, Ibans, Kadazans, Orang Asli, Tamils, etc.) and who have been racially discriminated against.
Figures in this list are merely estimates, so please take it as a guide only. The government of Malaysia has the most correct figures. Is government of Malaysia too ashamed to publish their racist acts by publishing racial statistics?
This list covers a period of about 48 years since independence (1957).
List of racial discrimination ( Malaysia ):
(1) Of the five major banks, only one is multi-racial, the rest are controlled by Malays.

Syrian activists camp on border

Video : Kau nie...

Kecewa Dengan Najib, Mahasiswa Gesa Menteri Besar Turun Padang

Pekan, 13 Jan : Setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memainkan peranan, mahasiswa UMP Pekan hari ini meminta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob campur tangan agar kemelut dan permasalahan bekalan air di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan dapat diselesaikan dengan segera.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Muhamad Fazli Abdul Halim membuat gesaan itu sekiranya pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut.

Video ‘Kau Nie’: UPSI gantung siswa, buang kolej


KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.
Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.
Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.
Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.
Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.
Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

PRU-13 paling sengit untuk BN


KOTA BHARU, 13 Jan: Umno dan BN tidak mampu mengekang kebangkitan rakyat yang luar biasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, apa lagi kekuatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat semakin padu.

Justeru itu, PRU Ke-13, dilihat sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara apabila BN bakal menerima tentangan tiga gabungan parti yang semakin hebat, PKR, PAS dan DAP.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, PKR Kelantan, Muhammad Hisomuddin Bakar berkata demikian, ketika mengulas kedudukan PR selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes liwat.

Bersatu tawan Putrajaya, bukan jatuhkan Pakatan

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Rakyat Selangor perlu bersatu hati untuk menawan Putrajaya supaya melicinkan agenda untuk rakyat di negara ini, bukannya menaikkan kembali Umno BN di negeri itu yang terbukti parti yang mengkhianati amanah rakyat.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, banyak gangguan yang dihadapi oleh negeri Pakatan Rakyat selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat.
“BN yang tidak menghormati konsep fedaralisme yang berjalan di negara ini. Banyak hak negeri dinafikan, sedangkan hak pusat seperti bayaran pasport, stem, cukai kastam, saman kesalahan lalu lintas, hasil minyak semua dibolot oleh kerajaan pusat,” katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, ujarnya cadangan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed hari ini yang menyeru rakyat negeri itu bersatu hati untuk menawan Selangor di dalam pilihanraya akan datang supaya seiring dengan Putrajaya adalah cadangan daripada orang yang kecewa.

Menara kembar: PAS bidas cara fikir kerajaan Terengganu


KUALA TERENGGANU, 13 Jan: PAS membidas cara pemikiran kerajaan negeri Terengganu yang terus berfikir untuk membuat projek mega ketika rakyat sangat memerlukan kemudahan  asas di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, cadangan membina menara berkembar di muara Sungai Terengganu sebagaimana yang dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sangat tidak wajar.

"Kita bukan perlukan projek mega atau mercu tanda baru...Yang kita perlu urus tadbir yang baik.

"Kalau kita bina bangunan tinggi tanpa urus tadbir yang baik, nanti roboh, sebagaimana runtuhnya stadium tu, apa akan berlaku?" kata beliau kepada Harakahdaily.

Fitnah II: Mengapa tiada rayuan kes bunuh Altantuya?

KUALA LUMPUR 13 Jan: KEADILAN Perak menganggap keputusan pendakwa dalam kes Fitnah II mengemukakan rayuan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan institusi perundangan negara masih belum bebas sepenuhnya, kata Naib Pengerusinya, Madhi Hasan.
Menurutnya, sekiranya rayuan tersebut difailkan, ia hanya mengesahkan sikap pendakwaan berpilih pilih (selective prosecution) Jabatan Peguam Negara,  merujuk kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.
“Mengapakah dalam kes pembunuhan Altantuya, pihak pendakwaraya memutuskan untuk tidak membuat rayuan atas keputusan hakim membebaskan pihak tertuduh, Abdul Razak Baginda?
“Keputusan pendakwaraya untuk tidak merayu adalah mengejutkan kerana Abdul Razak Baginda dilihat berkemungkinan mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan  tersebut sedangkan dua orang tertuduh yang lain adalah jelas tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh Altantuya,” tegas beliau.

PM kata tiada p'raya sehingga tunai janji pembaharuan

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap untuk memanggil pilihan raya umum tidak lama lagi, demikian menurut satu laporan, ketika spekulasi semakin kencang bertiup mengenainya, ekoran pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Tetapi dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Najib berkata
beliau tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Najib mesti memanggil pilihan raya menjelang 2013, tetapi spekulasi semakin kencang minggu ini yang beliau mungkin berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan sebelum pembangkang menguatkan kedudukan mereka selepas pembebasan Anwar.

Azmin: Konvensyen terpenting untuk jelas agenda Pakatan

KUALA LUMPUR 13 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Alor Setar esok, bakal menjadi pecutan terakhir dalam kerangka dan persiapan  gerakkerja bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan konvensyen terpenting bagi  KEADILAN, Pas dan Dap menjelaskan agenda yang  dipersetujui bersama, meliputi isu-isu utama melibatkan kepentingan rakyat.
“Sudah tentunya konvensyen ini juga merupakan platform terbaik kepada rakyat untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat kepada mereka,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Azmin turut meminta perwakilan dan anggota Pakatan Rakyat yang hadir agar memanfaatkan konvensyen itu dengan memahami amanat yang disampaikan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Konvensyen Pakatan: Pelbagai isu bakal dibahas perwakilan

KUALA LUMPUR 13 Jan: Kira-kira 600 perwakilan dari tiga parti gabungan Pakatan Rakyat – KEADILAN, Pas dan DAP – dan kira-kira 200 pemerhati dijangka menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat di  Alor Setar, Kedah esok.
Konvensyen sehari bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah itu dijadual bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 5 petang.
Tirai konvensyen berkenaan akan dibuka dengan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Ia disusuli dengan ucapan Suara Nurani Rakyat yang akan dipengerusikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dato Johari Abdul.

901 : Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan

NONEPresiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.

Dalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga
ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.

"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.

Beza Dosa Besar & Dosa Kecil - Ustaz Azhar Idrus

SMS Sambil Baca Al Quran - Ustaz Azhar Idrus

Gurauan Mengaku KAFIR - Ustaz Azhar Idrus

Islam Tapi Mengaku KAFIR Sebab Enggan Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Doa Kepada Penentang Kuliah Ustaz / Majlis Agama Islam KELANTAN MAIK - Ustaz Azhar Idrus

Kugan's mum claims RM100mil in damages

Pressure on Amanah to turn into political party

I'm not worried whether they appeal or not, says Anwar