Khamis, 12 Januari 2012

Reaksi dan persepsi

Oleh: MSK
Hari ini adalah hari yang ketiga selepas keputusan mahkamah Tinggi dalam kes Anwar. Dua hari aku tak tulis apa-apa sebab aku cuba memerhatikan reaksi-reaksi rakyat terhadap keputusan tersebut.
Semasa Awnar dibebaskan pada tahun 2004, aku berada dalam kelompok penyokong Anwar. Aku melihat dari persepektif Anwaristas. 2012, aku berada ditengah dan melihat kekiri dan kanan.
So, bila pemerhatian aku berbeza dari pemerhatian hangpa, dan apabila pendapat itu berbeza..aku harap jangan terus melabel aku sebagai orang yang sudah lari dari perjuangan. Pendapat aku berbeza sebab aku melihat dari perspektif yang berbeza.

Shahrizat ambil cuti, minta SPRM siasat terlibat NFC atau tidak


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memohon cuti rehat selama tiga minggu kepada perdana menteri supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan penglibatan dirinya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno berkenaan hari ini, Shahrizat (gambar) membuat permohonan untuk bercuti rehat sebagai menteri bermula 13 Januari ini.

Rakyat Terengganu kecewa stadium tak dibaiki

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Kekecewaan rakyat Terengganu terhadap kelemahan Kerajaan BN negeri itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak bulan Jun 2009 lalu masih juga belum dibaiki sehingga kini.
(Gambar: Bangunan Stadium Sultan Mizan yang runtuh...belum dibaik pulih, pihak yang bertanggungjawab lepas bebas)

Kelemahan keterlaluan Kerajaan BN Terengganu itu sebaliknya menjadi tanda tanya lain apabila pihak kerajaan negeri kelihatan lebih berminat menghidupkan stadium lama, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu daripada mengambil tindakan membaiki stadium tersebut.

If a general election is really coming

If a general election is really coming
Various rumours and speculations were spread after the acquittal of Pakatan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
I still firmly believe that if the next general election is really approaching, those who support the Pakatan Rakyat will continue supporting the opposition coalition, while those supporting Barisan Nasional will not suddenly change sides either.
As for the swing voters, they might be the key determining the election results. However, it can hardly be sure whether the verdict of a case would affect their voting choices.
I can only say that politics can sometimes be tracked and simple but sometimes, it might also be unexpected and complicated.

Hentikan EGM NFC, Desak Rafizi

Guru Kontrak KAFAI Dakwa Jadi Mangsa SBPA

BANGI 11 JAN : Seramai tujuh orang guru sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mendakwa menjadi mangsa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang di perkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baharu-baharu ini.
Kesemua guru terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ada di antara kontrak mereka sebagai guru di sekolah berkenaan tidak disambung kesan daripada SBPA.
Sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mempunyai 79 guru, 16 daripada mereka adalah guru kontrak yang ditawarkan kerja selama dua tahun dengan kontrak mereka diperbaharui apabila tamat dua tahun.

Penyokong Umno patut malu kebangkitan anak muda

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Penyokong-penyokong kuat Umno BN kini sepatutnya berfikir panjang dan malu untuk terus menyokong parti itu, memandangkan majoriti anak-anak muda ternyata langsung tidak menaruh sebarang kepercayaan kepada parti itu lagi untuk memerintah negara dengan baik.

Malah bagi golongan muda, pelbagai masalah yang berlaku dalam Umno BN sudah tidak lagi mampu ditutup oleh parti itu, apatah lagi dengan munculnya isu-isu baru yang membabitkan pengaliran wang rakyat ke dalam khazanah kekayaan keluarga mereka. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, kehilangan kepercayaan rakyat terhadap para pemimpin Umno BN sememangnya berpijak di atas dasar yang kukuh jika dirujuk kepada permasalahan yang berlaku di dalam parti itu sejak dulu.

Selain dakwat kekal, SPR perlu bersih daftar pemilih


KOTA BHARU, 12 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata bukan hanya dakwat kekal yang perlu dipersoalkan, sebaliknya masaalah pendaftaran pemilih juga perlu diambil kira.

Menurutnya, daftar pemilih yang dilaksanakan oleh pihak tertentu perlu bersih dan amat tidak wajar sekiranya ditambah warganegara lain sebagai pemilih.
(Gambar: Nik Aziz menyampaikan watikah perlantikan kepada ahli majlis PBT Kelantan)

“Kenapa perlu disabitkan dengan warga negara lain, Bangladesh la, Burma, ini semuanya berlaku hasil dari kerja mereka yang tidak yakin pada rakyat sendiri.

“Mereka yakin rakyat tidak akan mengundi parti mereka, kerana itu daftar rakyat dari negara lain sebagai pemilih. Ini yang kacau (daftar pemilih),”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung penggunaan dakwat kekal selepas menyampaikan watikah perlantikkan sebagai Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2012, disebuah hotel di sini tengahari tadi.

901 : RM10,000 ganjaran untuk tangkap ‘pengebom’ di mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.
"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.
Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.
Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.

Siasatan NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
  
Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
  
"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Belum ada keputusan buat rayuan, kata Pejabat AG

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan sama ada rayuan pembebasan Datuk Anwar Ibrahim akan dibuat belum diputuskan lagi.

Exco Selangor antara mangsa letupan 901

SHAH ALAM, 12 Jan: Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, beliau adalah antara mangsa kejadian letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
(Gambar: Polis memeriksa kawasan letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lepas)
Sehubungan itu, beliau meminta polis memberi keutamaan kepada kes ini kerana pihak bertanggungjawab memasang bom boleh dianggap sebagai pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.

"Letupan yang pertama berlaku bersebelahan dengan kenderaan saya, mengakibatkan kereta tersebut mengalami kerosakan manakala kereta milik Zakaria Abdul Hamid, pengarah PKOM Selangor, yang diletak di belakang, juga mengalami kerosakan," kata Elizabeth dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

901 : Exco Selangor Kecam Laporan Media Tuduh Peserta Dalang Letupan


SHAH ALAM, 12 JAN: Laporan palsu pihak media yang tidak bertanggungjawab menuduh peserta perhimpunan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebagai dalang letupan dikecam Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini.

No Interlok withdrawal order at 80 schools

Shahrizat on leave from ministerial duties

The minister wants MACC to investigate to determine whether she was linked to the NFC issue.
KUALA LUMPUR: Shahrizat Abdul Jalil said today she has applied for three weeks’ leave from tomorrow from her duties as Women, Family and Community Development Minister.
She said in a statement that she had put in the leave application to Prime Minister Najib Tun Razak.
“I hope the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will be able to undertake the investigation to determine whether I was associated with or not in any of the decisions made by the government on the National Feedlot Corporation (NFC) in which my husband, Dr Mohammad Salleh Ismail, is the executive chairman,” she said.
The NFC issue cropped up after the 2010 Auditor-General’s Report issued last October said the corporation’s cattle-breeding project in Gemas, Negri Sembilan, to boost production and reduce import of beef had failed to meet its target.
The issue heated up following allegations by the opposition political parties of irregularities in the government allocation of RM250 million to NFC.
- Bernama

Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri

Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri Orang yang bersalah sentiasa menyalahkan orang lain kerana kesilapan mereka sendiri. Dan inilah yang terjadi pada Hasan Ali. Jaguh mempertahankan Islam, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu telah disingkirkan oleh PAS berkuat kuasa serta-merta, sehari sebelum keputusan Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah.
Sebaliknya, Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara.
"Anwar Ibrahim adalah punca saya dipecat," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang akhbar di rumahnya."Saya tidak mahu dia mengheret orang ramai ke dalam perjuangannya, yang saya rasa adalah sangat kotor. Saya tidak berani untuk menyokong Anwar di perhimpunan tersebut, saya adalah di antara beberapa ahli PAS yang tidak akan membuat kenyataan mengapa Anwar perlu menjadi perdana menteri, "tanbahnya lagi.

Now, police offer RM10k reward for info on bomb blasts at 901 Free Anwar Rally

Now, police offer RM10k reward for info on bomb blasts at 901 Free Anwar RallyKUALA LUMPUR- The police are offering a RM10,000 reward for information on those behind the bomb explosions at the Free Anwar 901 rally outside the Jalan Duta court comples here Monday.
Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said Thursday the reward will be given to the person who provides information that leads to the arrest of the culprit.
-TheStar

Misi Mustahil Mahathir: Jadikan Mukhriz Perdana Menteri

Misi Mustahil Mahathir: Jadikan Mukhriz Perdana Menteri Pada Oktober 2003 setelah Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan perasaan bercampur baur. Beliau sangat berat hati untuk melepaskan kuasa dan juga sedih kerana UMNO semakin lemah. Beliau juga kecewa kerana setelah bertahun-tahun lamanya orang Melayu diberi kelebihan dalam pendidikan, mereka masih lagi ditakuk yang sama.
Mahathir juga sedih kerana beliau telah dipersalahkan kerana kehilangan integriti sistem perundangan dan juga ekonomi semakin merudum. Tetapi, hakikatnya, banyak perkara yang jatuh semasa beliau berkuasa. Yang paling beliau gusarkan adalah tidak seorang pun anak lelaki beliau sudah bersedia menggantikan tempat beliau. Pendek kata, misi beliau tidak habis dan beliau sangat tidak berpuas hati.

Ahmadinejad meets Cuba's Raul Castro

Laporan polis terhadap kos guaman MAIWP

Inside Story US2012: Is the American dream fading?

Inside Story - Can Iran survive US sanctions?

Sodomy II appeal could harm faith in courts, say Pakatan MPs

Gani has until January 23 to weigh a possible appeal of Anwar’s acquittal. — File pic
KUALA LUMPUR, Jan 12  — The Attorney-General has the right to appeal against Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy acquittal but such a move could negate any positive effect in the judiciary’s perceived independence, opposition MPs said today. “I think if there’s any appeal, it will destroy any so-called positive effect it’s intended to achieve,” DAP’s Lim Kit Siang told The Malaysian Insider today.
The veteran lawmaker in the opposition Pakatan Rakyat (PR) bloc was responding to the prosecution team’s recommendation last night for the A-G’s office to renew its bid to convict Anwar of sodomy.

Karpal to Gani: Don’t get unduly concerned

Judgment by High Court judge Mohamad Zabidin was based on findings of fact and the call by the chief prosecutor to appeal is misplaced, says Anwar's lead counsel.
PETALING JAYA: Attorney-General Abdul Gani Patail should not be unduly concerned over calls by the family of Mohd Saiful Bukhari Azlan to lodge an appeal against the acquittal of Anwar Ibrahim on a sodomy charge, said the opposition leader’s lead counsel Karpal Singh.
Karpal said this in response to calls by Saiful’s father, Azlan Mohd Lazim, who made an impassioned plea, urging the Attorney-General to appeal the High Court’s decision to set Anwar free.
Judge Mohamad Zabidin Mohd Diah freed Anwar on Monday due to uncertainty in the integrity of the DNA samples presented as evidence which may have been compromised.

Kena Fitnah : Aziz Bari saman Zulkifli, Utusan

Beliau mendakwa Zulkifli pada 17 Okt tahun lepas telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.
Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.
Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Dis tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.

Misleading the people again with Utusan lies: When will Umno ever learn?

Misleading the people again with Utusan lies: When will Umno ever learn?Repeating the lunacy that grips the mainstream media each time UMNO tries to get itself out of trouble, its newspaper Utusan Malaysia has insisted that it was the participants of the 901 Free Anwar Rally who brought in explosives and set them off.
Quoting unnamed police sources, Utusan featured this bit of news as its headliner two days after the acquital of Anwar Ibrahim, so as to suggest the explosions were the fault of the opposition and not the police or the Najib administration.
It seems Utusan has a better investigative team than even the police. After all, the police investigation is still on-going and any statement by any party including Utusan should be suspect since they seem to know far more than the police. Utusan should be taken to task for publishing a report that can jeopardize the police investigation. What if a different story emerges from the police investigations? What if the explosives were set by forces other than those attending the 901 Rally, such as the police themselves or their agents?

Saman lagi jika teruskan mesyuarat agung KPF


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) akan memfailkan saman pemula sekali lagi jika mesyuarat agung khas KPF yang dijadualkan pada 8 Februari depan diteruskan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) memberitahu, sekiranya notis memanggil mesyuarat diterima ahli KPF, mereka akan terus memfailkan saman pemula.

"Mesyuarat agung KPF, 5 Januari lalu dibatalkan, tapi difahamkan mereka akan memanggil mesyuarat pada 8 Februari depan.

"Kita sedang menunggu notis memanggil mesyuarat. Jika kita terima notis, kita akan terus failkan saman pemula," kata Mazlan selepas menyerahkan memorandum aduan berhubung KPF kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), di pejabatnya di Kelana Jaya semalam.

901 : Polis percaya pakar bom melakukan letupan dimahkamah...siapalah yang pakar sangat nie..!!!


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Tiga bom yang meletup dan mencederakan lima orang Isnin lepas semasa perhimpunan 901 pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan, demikian menurut ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh hari ini.

Salleh memberitahu pemberita, polis membuat kesimpulan berkenaan berdasarkan penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

"Kami percaya bom berkenaan diletakkan dan diletupkan untuk menimbulkan huru-hara dan panik dengan kehadiran orang ramai di sana," katanya dipetik The Star.

:Poster Kena Koyak : 5 petugas PAS Tampin dibebaskan

TAMPIN, 12 Jan: Mahkamah Majistret Tampin membebaskan lima pemimpin dan ahli PAS kawasan Tampin yang ditahan tiga hari lalu oleh polis ekoran kejadian mengoyakkan poster sempena Rapat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan 15 Januari ini.

Pembebasan mereka yang disambut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani pagi ini. Mereka dibebas dengan jaminan polis.
(Gambar: Taufek [kiri sekali] bergambar dengan lima pemimpin dan ahli PAS Tampin yang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini)

Kelima-lima mereka ditahan tiga hari lalu ketika datang ke Balai Polis Tampin untuk membuat laporan polis ekoran pertengkaran yang berlaku antara mereka dengan sekumpulan orang yang mendakwa petugas Majlis Daerah Tampin kemudiannya.

901 : Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?

Aiman Athirah Al Jundi,
Sekadar Perkongsian

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901?  Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

Khir Jangan Sembunyi Anak Tikus Dalam Kocek

Menteri Agama Islam Malaysia, Jamil Khir Bahrum tidak perlu berdolak dalih lagi. Kebenaran sudah semakin terserlah bukti pula kian bertambah. Bahawa telah berlaku penggunaan wang dari akauan zakat untuk bayar fee guaman, penggunaan di luar asnaf lapan yang dibenarkan.

Elok kalau sebelum mahkamah membuat pengadilan yang boleh menyebabkan Khir bersama Pengarah MAIWP Che Mat Che Ali malu besar mereka mengambil keputusan memohon maaf secara terbuka kemudian berundur secara terhormat dari kedudukan masing-masing. Cara itu lebih afdal dari cuba membuat pembelaan diri sedangkan umum sudah mulai menjatuhi hukuman ke atas mereka atau meragui kredibiliti mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin.

Isu penggunaan wang zakat sebanyaak RK63,650 kini sudah tidak dapat diselindung lagi. Hebohnya macamlah wang projek lembuk gemuk RM250 juta. Usaha hendak melindungi atau pun dipertahankan dengan berbagai-bagai prosuder itu tidak ubah seperti hendak melindungi anak tikus dalam poket baju. Tidak boleh.

Tiada Lamaran : Hasan Ali semakin hampir menemui jalan mati

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali terus menimbulkan tanda tanya di kalangan para penyokong PAS serta pemerhati politik tempatan.
Jika semalam bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir dalam mesyuarat mingguan exco kerjaan negeri, hari ini beliau gagal muncul di majlis sidang media yang diatur di rumahnya.
Bekas naib presiden PAS itu dipecat dari parti Ahad lalu ekoran beberapa siri serangan terhadap PAS termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Hasan diberi masa selama 30 hari untuk merayu tetapi difahamkan  beliau belum berbuat demikian.

Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor

Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor” kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

Letupan 901 : Laporan Utusan satu spekulasi, kata polis

NONEPolis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

Semalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno menyiarkan laporan muka depan yang memetik satu sumber polis yang menyatakan bahan letupan itu dibawa masuk oleh peserta perhimpunan 'Bebas Anwar 901 '.

Ditanya mengenai laporan tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata ia hanya spekulasi media.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita seumpama itu kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak senang.

Bercakap kepada media selepas satu majlis di ibunegara, beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selangor Kekal Pilihan Pelabur Luar

901 bombs: Utusan report speculation, say police

Arab monitors met by anti-regime protests

Gov't urged to freeze NFC assets before EGM

U.S. Marines probe video of men urinating on Taliban corpses

Nigerians continue protests as Boko Haram defends recent attacks

People & Power - The Cancer Sell

Brotherhood dominates Egypt polls

Ahmadinejad goes west as sanctions hit home

ISU TAULIAH Pejabat Agama - Ustaz Azhar Idrus

Ibu Bapa Rasulullah Bukan Islam ? - Ustaz Azhar Idrus

JANDA Keluar Makan Dengan Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

Cara TAKBIR Yang Betul - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Duit RM100 Dari Kerajaan Rasuah ? - Ustaz Azhar Idrus

Be brave enough to do the right thing, Najib advised

Najib reformasi UMNO perlu segera - Kadir Sheikh Fadzir

 
Image
Petikan kata-kata Datuk Kadir Sheikh Fadzir dalam temu bual dengan www.malaysiakini.com .

"If Najib is brave enough to do the right thing... the majority of the Umno members will stand by him"

Beliau juga berkata, mereka yang menolak reform dalam UMNO hanya segelintir yang mempunyai agenda tersendiri. Reformasi dalam PERLU biarpun ini melibatkan kehilangan kuasa.

Persoalan yang dikemukakan, adakah UMNO bersedia melakukan perubahan dan adakah PM Najib mahu mengusahakan perubahan drastik. PM Najib setakat pemerintahannya hari ini amat prihatin dengan persoalan rakyat. Pemberian wang bagi membantu rakyat, persekolahan dan pinjaman kecil terhadap rakyat sebenarnya amat menyentuh rakyat. Namun perubahan ini harus turut dikendalikan dengan perubahan menyeluruh persepsi dan andaian orang terhadap UMNO. Melihat seolah-olah membela individu dalam UMNO dalam hal berhubung dengan rasuah, tindakan menyingkir mereka yang benar-benar berpotensi dalam UMNO semata-mata kerana kepentingan politik tertentu adalah tindakan yang merugikan UMNO itu sendiri.

Selangor Kekal Pilihan Pelabur


SHAH ALAM 12 Jan : Selangor sinonim dengan imej negeri maju dan kaya pelaburan. Akan tetapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mac 2008, pelbagai pihak mendakwa iklim pelaburan negeri merudum.
Dalam wawancara eksklusif bersama TVSelangor, Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor(SICC), Datuk Mhd Jabar Ahmad Kembali menjelaskan bagaimana tanggapan tersebut tidak benar sama sekali.
Katanya, kemerosotan yang didakwa pihak tertentu itu disifatkan sebagai andaian yang tidak tepat bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan tidak benar sama sekali.
Ini kerana menurutnya, pelabur asing mahupun tempatan masih meletakkan kepercayaan untuk melabur di negeri ini, bahkan statistik jelas menunjukkan Selangor sehingga kini masih berada di tempat ketiga teratas sejak tahun 2008.

Demi selamatkan BN...

NONEAnwar telah berulang-kali mengatakan bahawa Pakatan Rakyat pasti menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum yang akan datang jika beliau dihumbankan ke penjara. Tetapi jika tidak, Pakatan tetap mempunyai peluang yang cerah untuk menumbangkan BN.

Adalah sukar untuk meyakinkan rakyat yang merasakan diri mereka telah sekian lama ditipu oleh BN bahawa keputusan 'tidak bersalah' semalam sebenarnya bertujuan menyelamatkan BN daripada terus terjerumus.

Bagaimana pula dengan pengaiban dan label-label negatif yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dengan tujuan memburuk-burukan keperibadian Anwar selama ini?

Niat tidak baik dalam urusniaga NFC

Notis pemberitahuan mesyuarat hanya diberi dalam tempoh masa tiga hari sahaja menimbulkan banyak keraguan.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat niat tidak baik berhubung cadangan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengambilalih anak syarikat, National Meat and Livestock Corporation (NMLC).
Beliau berkata tindakan NFC secara tergesa-gesa mengeluarkan notis pemberitahuan mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) hanya dalam tempoh masa tiga hari sahaja menimbulkan banyak keraguan.
NFC dan NMLC adalah syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua wanita Umno Malaysia.

Anwar's acquittal: An appeal would "smash to smithereens" Najib's credibility

Anwar's acquittal: An appeal would "smash to smithereens" Najib's credibilityAnwar's acquittal has bought for Najib his last but very short-lived chance to prove that he can walk the talk of a reformer and proponent of “1Malaysia. People First. Performance Now” slogan
Datuk Seri Anwar Ibrahim's surprise acquittal of Sodomny 2 charge on Monday has bought for the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak his last but very short-lived chance to prove that he can walk the talk of a reformer and proponent of “1Malaysia. People First. Performance Now” slogan.
Nobody really believes the self-serving claims by Najib, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin and the Minister for Information, Communications and Culture Datuk Seri Dr. Rais Yatim that Anwar's acquittal was proof of the independence of the judiciary in Malaysia and would increase the confidence of Malaysians and international community in Najib's transformation promises.

901 : No CCTV footage – bomb probe hits a snag

The police are now urging those with information regarding the explosions on Jan 9 to come forward and assist investigations.
KUALA LUMPUR: The absence of CCTV recordings during the explosions that rocked the 901 rally is hampering police investigations.
In view of this, Kuala Lumpur police chief DCP Mohmad Salleh urged those with information to come forward.
“We only have footage of the aftermath of the blasts,” he told a press conference at the city police headquarters here.
On Monday, there were three explosions outside the Kuala Lumpur High Court after Opposition Leader Anwar Ibrahim was acquitted of a sodomy charge.
The blasts left five people injured and damaged several vehicles.

Dakwa Jamil Khir kesalahan pecah amanah

KUALA LUMPUR, 12 Jan: KEADILAN mendesak tiga individu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain didakwa kerana melakukan jenayah pecah amanah terhadap penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Selain Jamil Khir, dua lagi individu berkenaan ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain.
Nik Nazmi dan Fariz Musa ditemui wartawan selepas membuat laporan polis
Satu laporan dibuat hari ini di Balai Polis Dang Wangi oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama NGO Jingga 13 diketuai penyelarasnya, Fariz Musa.

Whether or not Najib appeals Anwar's acquittal, the glimmer of a new dawn is here

Whether or not Najib appeals Anwar's acquittal, the glimmer of a new dawn is hereSomething extraordinary happened in Malaysia on a bright Monday morning on the 9th of January 2012. An opposition leader whom practically everybody believes will be found guilty of sodomy and jailed was acquitted instead.
The ramification of this event for Malaysia is immense but before we go into this some background perspective is in order.
First of all, BN leaders have been quick to capitalize on Anwar’s acquittal as proof that the judiciary is fair and independent. This is hogwash. One swallow does not make a summer and the judiciary is about as independent as any state institution controlled by Umno. Let’s not forget how Umno made use of the so-called independent judiciary to hold on to Perak during their illegal grab with controversial judgements which treated the Constitution with cavalier disregard.

Fitnah Liwat II: Pendakwa tiada asas kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 12 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pihak pendakwaan dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai asas mengemukakan rayuan.
Beliau mengulas tindakan pihak pendakwa yang mahu membuat rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, Isnin lalu.
Dalam laporan Buletin Utama, TV3 semalam, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Saya menyatakan adalah amat tidak munasabah bagi peguam negara untuk memfailkan rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang,” ujar Surendran.

PKR dedah bukti terbaru, kembali desak SPRM siasat NFC

PETALING JAYA, 12 Jan — PKR hari ini mendedahkan bukti terbaru bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mereka terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat daripada seorang individu dalam Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, dia mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Exco Pulau Pinang isytihar harta secara terbuka

GEORGETOWN, 12 Jan: Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk juga ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri hari ini telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan PR Pulau Pinang,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).
Beliau telah mencadangkan 6 langkah integriti untuk memastikan kepimpinan yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus.
Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.

PKR cadang kerajaan ambil alih pengurusan NFC


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Kerajaan dicadangkan mengambil alih pengurusan National Feedlot Centre (NFC) dari keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil melalui wakil-wakilnya sekurang-kurangnya ketika siasatan sedang berjalan.

Ini berikutan maklumat dalaman yang memberitahu, pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting.

Di antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil oleh NFC.

SITC dan UPSI: Beza yang ketara

Saya bukan lepasan UPSI (dulu; SITC) namun terpanggil menulis artikel ini setelah melihat saudara seperjuanganku Safwan Anang disepak, diterajang dan dilukai tanpa belas kasih dan teman aktivisku Adam Adli digantung tidak bertali oleh mahkamah ‘ala rimba’ AUKU.
Murahnya nilai Universiti yang selama ini dianggap sebuah institusi ‘suci’. Harga setitis darah adalah terlalu mahal untuk dibayar, berbanggalah kalian kerana itulah mahar dalam perjuangan menegakkan kebenaran.
Dulunya, Sultan Idris Training College (SITC) merupakan pusat intelektual anak-anak petani dan nelayan. Institusi ini berjaya membentuk golongan elit Melayu yang sedar akan untung nasib bangsanya.
Mereka melihat penjajah sebagai penindas dan telah menekan kehidupan orang Melayu sejak berkurun lamanya. Oleh itu, mereka bangkit menentang penjajah.

K'jaan didesak beku aset NFC sebelum EGM

PKR hari mendesak kerajaan supaya membekukan aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berikutan pendedahan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat agung tergempar dan mesyuarat dengan lembaga pengarahnya.

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) berkata pembekuan aset itu penting bagi memastikan NFC tidak melakukan penstrukturan semula dan akan membantutkan siasatan polis.
Katanya, amat mencurigakan apabila EGM yang dirancang minggu ini dengan hanya tiga hari notis diberikan.

Lazimnya, menurut beliau, tempoh lebih lama diperuntukkan untuk mengadakan EGM tetapi dengan notis tiga hari ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
“Berdasarkan maklumat dalaman, saya dimaklumkan bahawa pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting.

PKR claims ‘proof’ NFC official tried to bribe cops


PETALING JAYA, Jan 13 — PKR disclosed today an email which it claims proves a National Feedlot Corporation (NFC) official had tried to bribe CCID officers probing the cattle scheme for alleged abuse of funds.
The email was allegedly sent by a Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) advisory board member to a large private group on December 31, 2011, following a dinner with the NFC’s lawyer.
According to the email, the lawyer told the advisory board member how the NFC official had been tricked into paying money to a “conman” — understood to be Datuk Shamsubahrin Ismail (picture) — to allegedly influence the ongoing police probe into the publicly funded project.
Shamsubahrin was recently charged with cheating NFC chairman Datuk Mohamad Salleh Ismail of RM1.76 million in fraudulent consultancy fees.

Musni : Jangan tiru Arab

Orang muda telah melakukan `perubahan yang senyap' melalui pilihan raya umum 2008 ," kata seorang pakar hubungan Indonesia-Malaysia, Musni Umar.
PETALING JAYA: Malaysia tidak perlu meniru cara Indonesia dan Timur Tengah dalam melakukan perubahan kerana terlalu mahal harganya, kata seorang pakar hubungan Indonesia-Malaysia.
Sebaliknya,  Musni Umar lulusan Ph.D jurusan  sosiologi menasihatkan rakyat Malaysia yang majoritinya berpendidikan baik dan negara mengalami kemajuan yang mengkagumkan, memilih pilihan raya seperti yang dilakukan Turki.
“Saya mencermati bahawa masyarakat Malaysia terutama dari kalangan muda yang cukup berpendidikan menyedari pentingnya perubahan di Malaysia untuk mengganti suasana, tetapi ‘perubahan yang senyap’ melalui pilihan raya.

Touch Screens That Touch You Back

French reporter killed in Syria

French u-turn on Rwandan assassination

Road Show 901: Jenice Lee Di Kg.Pandan

Road Show 901 : Zuraida Di Kg Pandan.

Road Show 901 : Azmin yakin Anwar akan dibebaskan

Tian Chua: Rancangan Jahat Oleh Mahathir, Najib, UMNO Tidak Berjaya

7 Days Journey With Anwar Ibrahim

Umi Hafilda Akan Serang Habis-habisan Anwar , Azizah & Azmin

Is the U.S. coming to terms with the Taliban?

Syria's Assad maintains support despite deadly situation

Ucapan al-Assad 'Tidak Bermakna dan Bernilai'

alt

DAMSYIK, 11 Jan - Presiden Bashar al-Assad disifatkan sebagai tidak mahu belajar dari kesilapan berikutan keganasan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat, aktivis dan pembangkang negara tersebut.

"Regim ini tidak mahu belajar dari kesilapan," kata Burhan Ghalioun, ketua pembangkang dari Syrian National Council. Rafif Jouejati, jurucakap kepada Jawatankuasa Tempatan Syria (LCC) sebuah pertubuhan bagi aktivis pembangkang turut sama mengkritik ucapan al-Assad  berkata "Terlalu banyak diperkatakan mengenai pengganas, konspirasi dan pengkhianat namun tiada penangkapan yang dibuat."

DUNIA SONGSANG : ISTERI ORANG SUKA DENGAN PENGKID

“Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks.



JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.

Muhammad Alwi Belum Cerdik Politk

Pagi ini baru saya tahu kenapa Annuar Musa tidak mudah untuk menyerahkan jawatan ketua Umno Bahagian Ketereh kepada kawan sepencari ikan sepilarnya, Muhamad Alwi Che Amat. Ikutkan adat sudah lama Annuar perlu menyerahkan jawatan ketua bahagian kepada sahabat sekolajnya itu.

Bintang politik Annuar kini sudah pudar dan menunju ke gelapan. Annuar sudah mengalami kekalahan dalam segenap kubang politik. Kalau bukan kerana "gedebe merah" yang disokong padu oleh anak-anak muda kebanyakannya berjiwa hijau, sudah lama Annuar terbungkus dalam acak macam Pak Dogol, Samat, Wak Yah dan lain-lain watak sesudah keletihan dan tamat berlari di kelir putih.

Selain itu maruah dan reputasi dirinya turut tercalar dan kelihatan kotor bila dikaitkan dengan beberapa kejadian dan skandal. Misalnya pengelidahan rumahnya oleh SPRM serta 'pemenjaraan' Mercedes WCA 1 disyaki berhubung wang rakyat termiskin PPRT memberi kesan buruk kepada maruahnya.

Selain itu Annuar satu kejadian atau peristiwa yang mengstigma di dalam kepala rakyat Kelantan sungguh dikesali ialah apabila Annuar dikatakan telah menobatkan Tengku Ibrahim Indraputra sebagai sultan Kelantan di bawah pohon ketapang di Ketereh.