Ahad, 8 Januari 2012

Anwar Ibrahim's Family: We Fear For His Health

Penting : Peta "Rally Point" Perhimpunan Aman 901

Berikut adalah merupakan peta "rally point" semasa perhimpunan aman 901 berlangsung pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Kepada semua para peserta, anda diminta untuk merujuk kepada peta ini dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain agar kita semua sama-sama dapat memastikan perhimpunan aman 901 akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah aturcara perhimpunan 901:

12am - 7am : Berarak ke kawasan sekitar Mahkamah Jalan Duta selepas selesai ceramah Grand Finale di Kg Pandan & Kg Baru.

7am : Berkumpul di Kawasan A. Kawasan A juga boleh digunakan untuk meletakkan kenderaan.

7.30am : Bergerak ke Kawasan B secara berkumpulan dan beransur-ansur.

8am : Ucapan awam oleh pimpinan akan bermula di Kawasan B.

8.45am : DSAI & keluarga akan tiba di Mahkamah Jalan Duta.

9.45am : Keputusan kes akan diumumkan oleh mahkamah. Apa jua keputusannya, semua peserta diminta untuk berarak ke dalam kawasan Masjid Wilayah Persekutuan untuk berhimpun dan solat hajat.

10.45am : Bersurai dengan aman.

Nota:

1. Semua peserta diminta untuk merujuk komandan masing-masing dalam memastikan kelancaran perhimpunan aman ini.
2. Semua peserta diminta untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh komandan pasukan. Rujuk ketua anda untuk mengetahui siapakah komandan pada hari perhimpunan tersebut.
3. Semua peserta diminta mematuhi segala peraturan yang telah diberikan.
4. Hormati semua pihak yang terlibat seperti PDRM dan FRU. Jangan melakukan sebarang provokasi.
5. Jika ada yang anda lihat membuat provokasi, kenal pasti siapa mereka dan kemudian laporkan kepada pihak marsyal bertugas. Anda boleh kenali pihak marsyal yang memakai t-shirt hitam dengan lilitan warna merah di lengan.






Kena Pecat : Saya sedih dibalas sedemikian rupa - Hassan

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

901 : Anwar sedia jika dipenjara sekali lagi

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok.

Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Ada orang yang menganggap beliau "gila" kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun.

Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

901 : Walau apapun Jadi Esok DAP Tetap Mahu Anwar Sebagai Perdana Menteri


SHAH ALAM, 8 JAN: DAP sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Rakyat walau apa pun keputusan mahkamah esok.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun ramai yang memberi tumpuan kepada keputusan mahkamah tinggi esok, yang lebih penting bagi masa depan Pakatan adalah pilihanraya umum yang akan datang.
"Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif dan walaubagaimanapun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya.

Dr Wan Azizah: The Poisoned Needle Attack In Penang

Anwar Ibrahim: Message On Eve Of 901 (January 09)

Dr Wan Azizah: Message On Eve Of 901 (January 09)

Anwar Ibrahim: Messages From Family Members

Nurul Izzah: Message On Eve Of 901 (January 09)

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

PAS pecat Hasan Ali

pas launch welfare state document 111211 hadi awangPAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

901 : Biarkan Mahasiswa Sertai Himpunan Isnin Ini -Khaled

Kuala Lumpur, 7 Jan : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mengeluarkan kenyataan membenarkan mahasiswa IPT untuk menyertai himpunan BEBAS Anwar Isnin ini.
“Sekiranya ia (perhimpunan) mempunyai permit dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah.”
“Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.

Dalam Umno Tu Yang Ramai Peliwat Dan Penzina

Oleh: Tok Janggut

Keputusan DSAI samada ke penjara atau dibebaskan akan diketahui  9hb. Januari ini.  Namun begitu, sekiranya beliau di penjarakan, perjuangan tetap diteruskan.  Kita berjuang bukan semata-mata kerana DSAI tetapi demi untuk  agama, bangsa dan negara dari kezaliman UMNO/BN.

Dalam suasana hiruk pikuk UMNO mendakwa DSAI ini seorang peliwat, perlu kita tanya kepada mereka, sepanjang enam tahun beliau ditahan di dalam penjara dengan percuma tanpa sebarang bukti kesalahan yang dilakukanya, berapa ramaikah banduan yang telah beliau liwat?  Enam tahun beliau dipenjara dengan penuh kezaliman tanpa melakukan kesalahan tersebut yang hanya merupakan fitnah dari puak UMNO, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa tersebut kelak?  Beliau dipisahkan dari keluarga tercinta, dari sahabat handai semata-mata kerana atas nafsu iblis puak UMNO laknatullah itu.  Kini, jika beliau dipenjara lagi tanpa kesalahan yang dilakukan, apakah kita perlu lihat dan sekadar berceramah dan bercakap dalam akhbar sahaja?  Tidak perlu lagi kita bertolak ansur dengan puak UMNO ini, lakukan solat hajat selama empat puluh malam secara berjemaah diseluruh negeri dan mohon Allah hancurkan UMNO dan orang-orang yang zalim (sebut UMNO dan orang-orang yang terlibat

Nurul Izzah at Bukit Gasing

901: Kenapa Polis Benarkan Berhimpun?

Oleh: mirputra

"Sebelum ini beratus malah mungkin beribu lapuran polis telah dibuat diseluruh negara untuk menghalang diadakan perhimpunan pada 9/1/2012 oleh kebanyakan NGO/pertubuhan yang pro UMNO malah ramai juga yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut terutamanya daripada YB yang melompat.Polis dan juga DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang agak keras kepada penganjur dan juga sesiapa yang terlibat berhimpun pada tarikh tersebut.. DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang pihaknya akan memantau perhimpunan tersebut melalui CCTV yang terdapat disekitar kawasan Ibu Kota dan juga sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta.

901: Pendirian IKRAM

"Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
7 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433
HIMPUNAN 901

IKRAM amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. Dalam membuat pendirian ini, IKRAM dipandu oleh prinsip-prinsip Syariat yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak. IKRAM menghormati keluhuran Perlembagaan, mendukung prinsip-prinsip keadilan, memperjuangkan kesaksamaan dalam proses perbicaraan serta hak rakyat berhimpun mengikut peruntukan Perlembagaan.

Pengawal peribadi pengsan, cubaan racuni Wan Azizah?

PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.
Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .
Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.
“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.
Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.
Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

901 : ‘No roadblocks on Monday’

But police have advised all road-users with no 'important errands' to stay away from the areas leading to the Jalan Duta courts.

PETALING JAYA: The police today advised the public to avoid certain roads in the city next Monday ahead of the 901 rally in support of Anwar Ibrahim at the Jalan Duta Court Complex parking lot.
The Kuala Lumpur High Court will be delivering its verdict on Anwar’s sodomy trial on Monday.
Kuala Lumpur traffic chief ACP Rosli Mohd Noor said that road users without any important errands should stay away from these areas as congestions are expected to build up from as early as 7am.
The affected roads are :
  • Jalan Duta( from both directions)
  • Jalan Kuching
  • Bulatan Segambut
  • Jalan Khidmat Usaha
  • Jalan Ibadah
  • Jalan Dutamas
  • Jalan Persiaran Dutamas
  • Jalan Hikmat Usaha

Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan Datk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukkan kerajaan negeri.
Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi kedua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri.

Bersiap hadapi ibu pilihan raya

Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap ‘ibu segala pilihan raya’ di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa “sama ada saya dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat menang dalam piluhan raya umum kali ini.”

Anwar: Kepimpinan Kelantan perlukan pelapis

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapatnya keperluan untuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyediakan pelapis untuk generasi pemimpin di negeri tersebut, dengan mengatakan terdapatnya keperluan untuk negeri itu menyediakan "generasi kedua" untuk pilihan raya.
Nik Aziz yang berusia 80 tahun baru-baru ini mengisytiharkan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dan mengekalkan jawatan menteri besar yang menyaksikan kepimpinannya terhadap negeri tersebut telah menjangkau 21 tahun, satu tindakan yang menyaksikan kritikan daripada kalangan pembangkang negeri.

Pengawal peribadi Wan Azizah pengsan, didakwa diracun

Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dan  didakwa dicederakan dengan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu Datuk Seri Anwar  Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah ketua umum PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang yang juga adalah kampung halamannya.

Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat

KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC)  Dr Mohd Hatta Md Ramli yakin mana-mana pihak yang cuba untuk mendahului PSC bagi membubarkan Parlimen lebih awal akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.
(Dr Hatta dalam pendengaran awam di Kota Bharu)

Sehubungan itu, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sehingga kajian dan cadangan PSC dilaksanakan.

Adab Ziarah Kubur / Langkah Kubur - Ustaz Azhar Idrus

Adik Menyusu Anak Angkat Abang / Kakak - Ustaz Azhar Idrus

(Senyum) Hukum Cukur Bulu Dada - Ustaz Azhar Idrus

Jin Islam Tawar Bantuan - Ustaz Azhar Idrus

Maksud Wafaq / Ilmu Kebal - Ustaz Azhar Idrus

901 : PKR Tuduh Cadangan Polis Sebagai "Tidak Munasabah"

Hassan Ali ikut skrip Ibrahim Ali

Tian Chua Menconteng Bangunan Umno Usaha Memburukkan Imej Pakatan

Mahfuz - Biar PAS Tangani Isu Hasan Ali

Pembaca Buletin Fitnah Utama Mengaku Sebut Anwar Ibrahim Perdana Menteri!


Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara!

Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali.

Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya!

Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.


Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini.

Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010.


Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba!

Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu!

JALAN PULANG


Anwar expects to score big in Sabah

Aziz Bari masih timbang peluang sertai politik

Anwar Ke Bombay Selepas Keputusan Kes Liwat

Anwar Ibrahim: We Are Prepared For Any Outcome

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
PELBAGhttp://img.timeinc.net/time/2008/time_100_2008/anwar_ibrahim.jpgAI peristiwa ‘pelik’ berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.
Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel ‘DNA Y’ lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.
Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki ‘Y’ serta seorang lelaki misteri.

Azmin: Persetujuan asal PKR-Polis tidak menyentuh sekatan yang diumum kemudian

Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012.

Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM.

Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

*Kenyataan media oleh Azmin Ali  selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli

PULAU PINANG, 7 Jan: PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

901: Ahli PAS diarah patuhi persetujuan polis, PKR

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengarahkan ahli dan penyokong  agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar.

"Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," katanya kepada Harakahdaily.

Azmin, Timbalan Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Pakatan jangka menang lebih besar di Sabah

anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira apabila perpecahan dalam Umno Sabah semakin mendapat perhatian.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Anwar berkata beliau melihat perkara itu sebagai perkembangan "positif" di negeri
tersebut yang akan membolehkan Pakatan meraih jumlah kerusi yang lebih besar.

Walau tidak begitu menyerlah di Sabah, Anwar berkata Pakatan Rakyat masih boleh bekerjasama dengan parti-parti kecil dan juga kumpulan masyarakat sivil di situ – dengan mengagihkan kerusi tertentu kepada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata langkah itu tidaklah bermaksud PKR menjemput semula bekas pengerusi negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ke dalam parti.

Seorang mahasiswa UM ditahan reman 4 hari tanpa sebab munasabah

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah ditahan di Balai Polis Pantai sejak tengah malam tadi kerana dikatakan tidak memberi kerjasama semasa anggota polis cuba menggeledah tubuh badannya.
The Malaysian Insider difahamkan, mahasiswa itu Bukhairi Sufian, 21, telah didatangi anggota polis di pintu masuk utama UM sebelum digeledah dan kemudian terus dibawa ke Balai Polis Pantai tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Menurut  Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang (gambar), Bukhairi, pelajar jurusan Sains Politik Islam ditahan reman selama empat hari.
“Apa yang saya tahu dia (Bukhairi) ditahan kerana tidak memberikan kerjasama ketika polis mahu menggeledah tubuh badannya dan dia telah dibawa ke Balai Polis Pantai kira-kira tengah malam tadi.

Blogger Umno dipelawa bantu PR Pahang

KUANTAN, 7 Jan: Blogger Umno yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) dipelawa dan dialu-alukan berganding dengan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini untuk menumbangkan kerajaan BN Pahang.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, sebagai seorang pakar ekonomi, Ariff atau nama  blogernya Sakmongkol AK47, sudah tentu dapat menilai kelemahan aspek ekonomi yang dihadapi kerajaan Pahang pada masa ini.
“Sebagai seorang lulusan ekonomi dan banyak menganalisis perkembangan ekonomi semasa, kita rasakan Ariff amat memahami prestasi ekonomi Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob yang setiap tahun menerima teguran Ketua Audit Negara.
“Jadi dengan kelulusan, pengalaman dan akses yang banyak tentang ekonomi Pahang dan mahir dengan prestasi anak syarikat kerajaan negeri kita pelawa beliau berganding dengan PR demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.