Sabtu, 7 Januari 2012

Nurul Izzah: Cinta kepada Anwar bukan hanya kerana beliau bapa saya

Seperti biasa, Anwar Ibrahim tampil berucap dengan karismanya, diselit dengan jenaka - seolah-olah tidak terusik dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang bakal diumumkan pada 9 Januari 2012.  Anak sulungnya, Nurul Izzah pula merenung bapanya yang sedang berucap di atas pentas - mungkin antara ceramah terakhir jikalau situasi paling buruk berlaku.

"Kita semua terpegun dengan semangat beliau, kerana apa yang beliau lalui bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah (gambar kiri), bersetuju dengan apa yang disifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bahawa Anwar kelihatan kuat dari segi penampilannya, namun kesemua ini gagal menafikan realiti bahawa "beliau bukan lagi muda".

Anwar: Kita berada di sebelah yang benar dalam sejarah!

Meskipun mengalami penderitaan lantaran hukuman penjara yang dilaluinya pada tahun 1998, namun Anwar Ibrahim tetap bersyukur kerana dirinya masih hidup (survive) setelah mengharungi pengalaman tersebut.  Berdepan dengan keputusan kes liwat 2 yang bakal diumumkan mahkamah tinggi pada 9 Januari 2012, beliau dengan yakin berkata, "We are on the right side of the history!"

Dalam ucapan lebih daripada sejam itu, Anwar Ibrahim (gambar kiri) lebih menekankan isu kebangkitan mahasiswa, mengimbas pengalaman dirinya ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan dalam kerajaan, mengkritik sistem negara yang semakin bobrok di depan mata.  Beliau hanya menyentuh tentang 9 Januari ketika menyimpul ucapannya, bagaimanapun menegaskan bahawa adalah lebih penting untuk rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

ASPIRASI Tidak Berputus Asa, Tetap Mahu Datuk Saifuddin Letak Jawatan

Shah Alam, 7 Jan : Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) terus mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah agar meletakkan jawatan atas alasan seolah-olah memihak kepada kumpulan pelajar mengadakan perhimpunan dan demonstrasi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.
Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia merupakan langkah susulan daripada tindakan mereka sebelum ini yang menggesa Datuk Saifuddin agar meletakan jawatan dalam masa 14 hari selepas menerima memorandum mereka 21 Disember lalu.

901 : Polis Sudah Benarkan, Apa Respon Universiti?

Kuala Lumpur, 7 Dis : Sebahagian besar mahasiswa yang mengikuti perkembangan semasa luar universiti kini kian bersemangat setelah mengetahui pihak polis telah memberi kebenaran untuk rakyat berhimpun di perkarangan Mahkamah Jalan Duta Isnin ini.
Perhimpunan yang dianjur pimpinan Pakatan Rakyat itu adalah bertujuan untuk menyatakan solidariti terhadap keputusan perbicaraan kes graduan Universiti Malaya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari ini.

Pro-Mahasiswa UPM Kesal Agenda ‘Demonstrasi Palsu’

Serdang, 7 Jan : Insiden pendedahan pelbagai siri fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu beberapa hari ini seakan-akan sudah dirancang sekian lama semata-mata mahu mata mahasiswa melihat keburukan budaya demonstrasi.
Mutakhir ini, pelbagai siri himpunan telah dianjur gerakan mahasiswa baik peringkat kampus mahupun nasional untuk menyatakan suara dan solidariti mereka.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Tarmizi Anuwar dalam responnya berasa kesal dan kecewa dengan situasi terbabit.
“Nampaknya ada pihak yang cuba hendak melaga-lagakan pihak Pro Mahasiswa UPM dengan Bahagian Keselamatan UPM.

Win or lose, Anwar is still top draw

Win or lose, Anwar is still top drawWhatever the outcome of Monday’s High Court verdict, one thing is paramount and crystal clear: PKR de facto leader Anwar Ibrahim and the Pakatan coalition will come out of it smelling like roses.
No matter how you look at it, a guilty verdict will only strengthen PKR and the coalition’s resolve to ensure that it makes a fair go at GE 13.
One pundit puts it this way: “ Umno and BN are already on the back foot with this trial. Anwar seems to have managed to turn the sordid affair into his favour.”
In the (likely) event that the charismatic leader is found guilty, the question that will remain is whether Anwar will be granted a stay of execution until an appeal is lodged.
And will he be allowed to still keep his parliamentary seat and campaign for the coming elections.

901 : Perjuangan untuk rakyat lebih penting dari nasib saya – Anwar

SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.
Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.
“Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.

Zunar akan abadikan perkelahan 'Kill Bill' di KLCC

Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Ulhaq, yang lebih baik dikenali sebagai Zunar, dan karikatur Johnny Ong sudah bersedia untuk menyertai 'perkelahan' kumpulan "KillTheBill" pada hujung minggu ini di KLCC untuk menyambut Tahun Baru.

Dalam satu kenyataan, KillTheBill.org berkata Zunar akan hadir untuk melakar kartun yang menggambarkan kebebasan akademik, yang merupakan tema perhimpunan petang ini.

Kenyataan Hasan Ali menghina Presiden PAS, kata Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.
Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan (gambar) yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.
“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

901 : PKR setuju adakan perhimpunan di parkir kereta mahkamah tapi tolak 10 syarat baru polis

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.
Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar), pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh selepas mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Kata Ahli Parlimen Gombak ini, pihaknya tidak bersetuju dengan 10 syarat baru yang dikenakan kepada parti itu seperti mana yang diumumkan Ketua Polis Daerah Sentul ASP Zakaria Pagan.
“Saya ingin menegaskan bahawa PKR menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pagi semalam.
“Persetujuan ini tidak menyentuh beberapa sekatan (10 syarat) yang diumumkan kemudiannya oleh pihak polis,” kata Azmin dalam satu kenyataan.
Kata beliau, perhimpunan aman menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Polis tangkap suspek sembur 'grafiti 901 '

ttr901 graffitiPolis menahan beberapa individu di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan vandalisme yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

"Saya boleh mengesahkan tangkapan dibuat," kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Khalid.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari tidak dapat mengesahkan jumlah individu yang ditahan atau lokasi tempat kejadian.

"Saya masih mengumpul maklumat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dipercayai individu berkenaan ditahan kerana menyembur cat 'TTR901'.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada grafiti itu ada kaitan dengan perhimpunan menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadapnya akan diumumkan pada 9 Januari ini.

901 : Anwar bersedia terima keputusan Isnin ini

SUBANG JAYA, 7 Jan:Tidak sampai 60 jam menjelang keputusan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu di sini bahawa beliau sudah bersedia di segi mental dan fizikal untuk menerima apa saja keputusan mahkamah tersebut.
Memberitahu lebih 10,000 orang yang hadir di majlis ceramah anjuran PKR/Pakatan Rakyat di stadium mini di sini, Anwar berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan.
Tetapi, katanya, dengan nada tegas: “kes lewat saya ini dan keputusannya tidaklah penting, yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU Ke-13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.

901: PKR tak terikat dengan sekatan polis, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR, Azmina Ali hari ini berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

"Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.

901: Kelantan paling ramai 10, 000 orang

Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih antara Kelantan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
PETALING JAYA: Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan kempen bebaskan Anwar 901 Isnin ini.
Mereka akan berada di tempat letak kereta mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar di mana hakim akan membuat keputusan kes liwat yang dihadapinya.
Kelantan dijangka menghantar penyokong paling ramai dengan anggaran 10, 000 orang, kata seorang ahli PKR hari ini.
“Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih Kelatan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

2012 : Kalau tak ubah, gelap masa depan kita di bawah UMNO-Barisan Nasional

Oleh Nujum Pak Atan

6 JANUARI – Mengikut kalendar kaum Maya di Amerika Selatan, mereka percaya bahawa tahun 2012 merupakan tahun dunia yang kita ketahui bakal kiamat. Apakah ‘dunia’ pemerintahan kerajaan paling lama di dunia juga akan mengalami nasib yang sama?
Semakin lama di bawah UMNO-Barisan Nasional, semakin parah dan teruk negara yang kita cintai ini. Amanah rakyat dianggap sebagai hak mereka, penindasan dan kezaliman terus berleluasa, dan rakyat diporakperandakan dengan perkauman melampau agar mereka terus dapat mencengkam kuku mereka menggenggam kuasa.

Gerakan Mahasiswa Mula ‘Ditabur’ Fitnah

Kuala Lumpur, 6 Jan : Ekoran insiden himpunan aman di UPSI awal pagi 1 Januari lalu bertukar menjadi ‘tragedi berdarah’, pelbagai pihak mula mengambil kesempatan menabur fitnah dan keburukan himpunan yang sering dianjur gerakan mahasiswa.
Terbaru, beberapa siri ‘demontrasi palsu’ telah dicanang di beberapa IPT tempatan dan penganjurannya ditujukan kepada gerakan mahasiswa yang dinaungi Pro-Mahasiswa atau persatuan-persatuan yang islamik.
Antara tujuan siri-siri fitnah itu dilakukan adalah bagi menunjukkan kepada mahasiswa bahawa budaya mahasiswa menganjurkan himpunan adalah buruk dan tidak wajar dilakukan.

Saya kenal sangat dengan UMNO dan nilai kepimpinannya

Saya ditanya oleh seorang dua rakan kenalan saya berhubung dengan spekulasi yang saya akan menyertai DAP setelah begitu lama di dalam UMNO. Pertanyaannya mudah saya fahami. Mereka bertanya adakah saya betul-betul telah mengenali DAP sehingga saya mengambil keputusan untuk keluar parti yang telah memerintah negara sebegitu lama. Saya mengenali sahabat-sahabat saya ini begitu lama dan saya tahu soalan mereka itu adalah soalan yang jujur terbit dari sanubari mereka.

Sebelum saya menjawab soalan mereka berdua ini saya sudah tahu yang mereka hanya memerlukan penjelasan yang jujur dari saya dan saya juga tahu jika saya bercakap benar dan jujur mereka tidak ada apa-apa halangan untuk saya menyertai DAP jika saya berkehendak. DAN selang 2 hari mereka telah memberitahu saya yang mereka akan memberikan sokongan kepada DAP dan Pakataan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Soalannya itu sebenarnya soalan yang sangat mudah tetapi oleh kerana mereka berdua belum mendapat penjelasan saya sahaja yang mereka ada sedikit keraguan tentang isu saya bakal menjadi ahli DAP. Mereka bertanya bukan kerana mereka sebagai seorang politikus. Mereka merupakan sahabat saya selama lebih dari 45 tahun. Itu sebabnya mereka bertanya apakah saya benar-benar memahami DAP dan saya bersetuju untuk menyertainya.

Menjelang 901 Anwar akan tetap lawan

Makmum Masbuk Nak Solat Mayat - Ustaz Azhar Idrus

Tak Ambil Wuduk Nak Solat Mayat - Ustaz Azhar Idrus

Pasang Kain Penghadang Khemah Kenduri - Ustaz Azhar Idrus

Nyanyian Hiburan Hari Kenduri Perkahwinan - Ustaz Azhar Idrus

Dah Solat Istikharah Tapi Belum Berhasil - Ustaz Azhar Idrus

Kebencian rakyat Kedah terhadap UMNO tidak terbendung lagi

Oleh Mat Kering Bakaq Bata

Sebesaq tungau pun MK tak sokong tindakan tidak bertamadun manusia yang menconteng dinding bangunan UMNO. Marah dekat mana pun dekat UMNO janganlah sampai bertindak di luar batas akhlak.

MK percaya itu bukan perbuatan ahli parti pembangkang, lebih2 lagi ahli PAS. MK percaya ianya dilakukan oleh pembenci UMNO dan bukan penyokong Pakatan Rakyat.





Tapi nak habag bagi itulah manifestasi dari kebencian merata rakyat negeri Kedah yang sudah tidak terbendung lagi terhadap UMNO sehingga kebencian itu sudah tidak dapat dikawal lagi.



901′s many faces

Monday's peaceful assembly at the Duta Courts will see a motley of group of people some of whom will use the avenue to voice out against the many issues plaguing the nation.
PETALING JAYA:  It a commonly held believe that Malaysia’s favourite past time is food and eating.  But here’s a new addon – Malaysians are also attending demos and rallies.
Why? Because these people have ‘seen the light’ so to speak. There are many labels for this ‘enlightenment’. Some call it an ‘awakening’, while others label it ‘reformasi’ or ‘liberation’.
But I think there is a very different reason for this.
After being brow beaten for 50 years they just want to let off steam. They want to take to the streets in their T-shirts (yellow optional) , bandanas on their head, placards in their hands and all in the name of giving the authorities the finger sign.

Dr Hasan Ali pentingkan diri sendiri?

Kalau sesama keluarga tak mahu sokong, apa diharap kalau orang lain?
Perlukah lagi PAS menyimpan cicak kubing berkepala putih ini?

Mengulas perhimpunan 901 yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan Isnin depan,.. ini komen Dr Hasan Ali,….

Mahasiswa dan pelajar dinasihatkan agar tidak menghadiri perhimpunan itu. sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar. (SEPENDAPAT DENGAN UMNO YANG MEMPERTAHANKAN AUKU)

Beliau juga menyarankan agar Anwar  tidak menjadikan  masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. (MAKNANYA ORANG PAS. ORANG PKR  DAN ORANG DAP JANGAN SIMPATI, JANGAN SOKONG DAN JANGAN BANTU ANWAR IBRAHIM)
 

Suara Hasan sebijik suara Umno

Siapa Hasan Ali?...dah terang lagi bersuluh

Nampaknya kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Hasan Ali sekarang ini tidak  senada dengan PAS dan Pakatan Rakyat.  Sebelum ini,  sebagai seorang ahli PAS dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor beliau telah membuat kenyataan mempertikaikan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS. 

Namun beberapa hari kemudian  beliau telah menarik balik kenyataannya. MasyaAllah ! flip-flop betul ahli PAS yang bernama Hasan Ali ini

Terbaru,.. dalam isu perhimpunan 901. Dr Hasan Ali sekali lagi membuat kenyataan yang menyongsang arus. Beliau memaklumkan yang beliau  tidak menyokong perhimpunan itu!.  Apa nak jadi ni? Cakap asyik melalut je! Suara Hasan Ali lain,  suara parti PAS lain !, Dia lupakah yang dia tu ahli PAS?
 
Jadi, apa sebenarnya yang Dr Hasan Ali mahu dari PAS atau Pakatan Rakyat ? Jawapannya cukup mudah!   Salah satunya mungkin beliau sudah terpikat dengan jawatan MB tawaran Umno Selangor! Wow ! hebatkan? Jauh lebih hebat dari Exco !   tetapi nak jadi MB Selangor mesti sokong Umno dan keluar PAS ! Nak berhenti ahli PAS secara gentleman  malu pulak !,  nak harap dipecat, nampak macam tak mungkin!  Hai ! susah ! susah!  .

oleh : rahimothman

Umno bantah benarkan perhimpunan penyokong Anwar

Keputusan itu memalukan kerana berpuluh laporan polis dibuat membantah perhimpunan tersebut.
PETALING JAYA: Tidak sampai 24 jam, polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di tempat parkir kereta mahkamah tinggi Kuala lumpur, Umno Cheras mahu ia dikaji semula.
Ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee menyifatkan keputusan itu memalukan kerana  berpuluh laporan polis dibuat membantah perhimpunan tersebut.
“…tiba-tiba polis Kuala Lumpur berikan kebenaran. Kita nak minta KDN dan Bukit Aman mengkaji semula keputusan tersebut demi ketenteraman awam,” katanya.
Beliau mendakwa keputusan Polis Kuala Lumpur itu juga dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan umum kononnya kerajaan begitu takut kepada tekanan penyokong Anwar.

Will Pakatan PAS(s) the test?

There is no one in Anwar's party PKR who is capable of helming Pakatan at a time like this.

The writing is on the wall, literally, for Umno is there for all to see: ‘ABU’ which was in bold black letters on the walls of buildings near KL Masjid Jamek LRT station and also near Central Market in KL.
No one knows the name of the unsung hero who came up with this brilliant acronym that has the same meaning in Malay as well as in English. (In Malay it is Asalkan Bukan Umno and in English it is Anyone But Umno.)
While ABU is the true rallying cry for the rakyat who needs to dump Umno into oblivion, the rakyat will also want to see who is going to helm the Pakatan Rakyat if Anwar Ibrahim is convicted and jailed.
While we feel sorry for Anwar, there is nothing much we can do for him as he is a victim of Umno’s fears.
Politics being the ruthless, fast and brutal game that it is, it is time for Pakatan to be decisive and put in someone who is really capable of leading the opposition and take charge in a moment of crisis.

901: Ikram beri kebebasan kepada ahli

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ahli-ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) bebas untuk melibatkan diri dalam perhimpunan 901, Isnin ini berdasarkan penglibatan politik mereka.
Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pihaknya amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901.
“Dalam membuat pendirian ini, Ikram dipandu oleh prinsip-prinsip syariat yang yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.

BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar

PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut  dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.
Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Second Anwar sodomy case ‘flimsier’, WSJ says

KUALA LUMPUR, Jan 7 — In urging President Barack Obama to take a stand in democracy in the Muslim world, The Wall Street Journal today called Datuk Seri Anwar Ibrahim’s second sodomy case “flimsier” than the first.
In its editorial piece, the US daily said Malaysian democracy could benefit from a sign that the US is not indifferent to Anwar’s legal ordeal or to the political system that has allowed it to continue. US interests could benefit as well, it said.
“The current case is even flimsier than the last one. It is based mainly on the word of one accuser who, as it so happened, had met with then-deputy prime minister, now Prime Minister Datuk Seri Najib Razak days before the alleged incident.
“Doctors at two hospitals could find no evidence of rape in the aftermath of the alleged incident. Nonetheless, political observers anticipate a guilty verdict,” WSJ said today.
The verdict of Anwar’s trial will be delivered on Monday with a potential sentence involving years of jail time on sodomy charges.

Khalid : Najib Perlu Dapat Fakta Sebelum Memfitnah


SHAH ALAM 6 JAN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.
"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri
"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.
"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Krisis : Empat Wakil Rakyat SPDP Keluar Parti - BN Sarawak tergugat

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Konflik dalaman Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) bertambah buruk apabila empat wakil rakyatnya keluar parti susulan pertelingkahan dengan presiden SPDP Tan Sri William Mawan. 

Mereka ialah Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Palu Paulus Gumbang (Batu Danau) dan  Rosey Yunus (Bekenu) and Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe.

Amanah paling besar daulat syariat Allah

HULU TERENGGANU, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam bahawa amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan syariat-Nya.

Katanya, perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk karangan Ustaz Abu Bakar Abdullah.)

“Kita sedang menyambut 100 tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak, adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.

BN to suffer no matter the verdict in Anwar’s trial, says Straits Times

KUALA LUMPUR, Jan 7 — The ruling Barisan Nasional (BN) will come under attack whether or not Datuk Seri Anwar Ibrahim is found guilty in Monday’s verdict in the opposition leader’s two-year-long sodomy trial, according to the Singapore Straits Times.
The Singapore daily said in an analysis today that whatever the High Court’s decision, “there is likely to be some blowback for the Najib administration.”
Anwar speaking at a ceramah in Subang Jaya on January 6, 2012. The country is eagerly awaiting the verdict of his sodomy trial on Monday. — Picture by Choo Choy May
The analysis said if the PKR de facto leader is found guilty and therefore disqualified as a candidate in the elections, “the question then would be whether the judge denies bail pending an appeal, depriving the opposition of its most charismatic campaigner in the poll run-up.” It added if he is acquitted, “attacks against the government could be blunted” but “Anwar’s supporters, who have maintained that there should never have been a trial to begin with, could claim vindication, setting off more discontent.”
“How the trial outcome will impact public opinion will determine the election timing. We are hoping for the best from a set of not-so-pretty scenarios,” the Straits Times quoted a senior Umno official it says is close to the prime minister.
It also quoted Ibrahim Suffian, programme director of opinion pollster Merdeka Center, as saying that “the Anwar issue is just one of many poles of dissent confronting the nation.”

Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan

PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

RIBUAN Sambut Anwar Di Subang Jaya!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian.

"Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...

Anwar dipenjara peluang PR raih lebih undi

Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.

"Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.

"Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.

Dengan kes masing-masing yang biasanya dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai perhimpunan haram, kata Mohamad, ramai pemimpin PR kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

‘Saya akan hapuskan diskriminasi kaum jika jadi PM’ kata Anwar

PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menghapuskan diskriminasi “kaum” sekiranya dilantik menjadi perdana menteri selain mengesahkan Pakatan Rakyat akan mengangkat hak semua bangsa.
Ketua Umum PKR itu berkata pentadbiran Pakatan Rakyat akan menghapuskan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tidak akan membebankan rakyat yang mekanisme sedemikian.
“Kami akan menolong dan membantu semua bangsa, itu adalah perbezaan kami dengan Umno,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 orang dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi.
Anwar (gambar) mengatakan menurut ajaran Islam, umatnya tidak dibenarkan untuk menghina atau membuli penganut agama lain dan ia bertentangan dengan norma budaya Melayu.
Beliau menceritakan pengalaman lalu ketika seorang pelajar Cina (yang dinamakan Anwar sebagai Sui Lin) datang menemuinya untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian berikutan keluarganya tidak mampu membiayai yuran pengajian.
“Ini adalah pendiran saya. Insya-Allah apabila saya ke Putrajaya saya akan pastikan Sui Lin dijaga seperti anak saya sendiri.

Arise the youths of Malaysia: Chase off Umno for not respecting a 2-party system

Arise the youths of Malaysia: Chase off Umno for not respecting a 2-party system2012 may be the year of a people's uprising in Malaysia against a regime that has enslaved the country for the past 54 years. And sounding this off was the standoff between the police and the student activists demonstrating against an oppressive law at the UPSI in Tanjung Malim on New Year’s Eve.
The incident has deeply angered Malaysians, who want the police to be chastised and a public inquiry held. The main point of contention now is whether police brutality was employed when dispersing the student activists.
'Thin-skinned' police cannot be criticized
Videos have appeared and statements have been made by both sides. Bloggers have taken to writing about the incident which has prompted the police to set up a special task force to look into the postings. So defensive has the police become that bloggers can now be charged in court for defaming them. But reports by the mainstream media siding the cops are not really enlightening the public on the true nature of the incident at all.
Instead, the official police statement that the injuries sustained by the students were self-inflicted insults the intelligence of any neutral observer. Something happened that New Year's eve and the police cannot simply sweep it away as just another incident where the students went out of control.

Anwar super confident of Putrajaya takeover

Azmin : Hasan Ali Celupar Dan Patut DiKenakan Tindakan

Hashamuddin Rais: We have Been Stupified For The Past 54 Years, The Time Is Now To Overthrow UMNO

Anwar: Saya akan survive dalam politik

Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.
Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.
“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.
Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

PAS Selangor minta 75,000 ahli sertai perhimpunan 901


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Berikutan kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai perhimpunan 901 pada 9 Januari ini, PAS Selangor meminta semua ahli parti Islam di negeri itu untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.
Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, pesuruhjaya negeri Dr Abdul Rani Osman meminta semua ahli yang dianggarkan melebihi 75,000 orang untuk mengiringi Abdul Hadi, Presiden PAS ke perhimpunan aman itu di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi.

Aziz Bari: Dewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.

Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.

Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Nurul Izzah : Rakyat Diseru Hadir 9 Jan

KUALA LUMPUR , 6 JAN: Kehadiran rakyat pada Perhimpunan Aman pada 9 Januari di padang letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta adalah amat penting kepada negara sebagai sokongan padu untuk mengembalikan sistem keadilan dan kehakiman.
Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang ditemui TVSelangor/Selangorkini berkata perjuangan membela nasib Anwar Ibrahim bukanlah sokongan hanya kepada jasad pemimpin ketua pembangkang itu.
Namun yang lebih penting adalah Anwar Ibrahim merupakan simbol kepada perjuangan rakyat dalam menuntut sistem kehakiman yang adil dan saksama kepada semua.
"Pada saya apa yang akan berlaku pada 9 Januari ini, kita akan teruskan perjuangan ini, dan terus terang saya katakan sebagai seorang anak memanglah beliau 64 tahun yang mempunyai dua orang cucu, dengan kecederaan tulang belakang yang amat serius , jadi kita tidak mahu beliau menanggung kezaliman dan penderitaan ini untuk kali kedua, tapi apapun pada saya yang penting adalah masa depan Malaysia.

Bersih 3.0 jika gagal tunai tuntutan PSC

PETALING JAYA, 6 Jan: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC), maka Bersih 3.0 akan dilancarkan.

Beliau bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR Negeri Wilayah Persekutuan yang bercanggah dengan apa yang telah dibincangkan di peringkat pusat sebelum ini.

"Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah SPR, Shafie Taib seperti mana yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Anwar amat yakin Pakatan akan rampas Putrajaya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.

901: Kejayaan awal Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini.

Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

"PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita.

"Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya.

Nasrudin: ‘Perhimpunan 901 bukan kerana Anwar tapi mesej kepada Putrajaya’

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berhasrat untuk menyertai perhimpunan aman 901 namun menegaskan ia bukan semata-mata kerana mahu membela Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya.
Dalam satu tulisan di blognya, Nasrudin (gambar) berkata beliau mahu membawa mesej kepada Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat menolak pemerintahan yang merosakkan maruah seseorang sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.
“Jika saya turun perhimpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,” katanya di blognya.

TPM: Perhimpunan 901 dibenar ikut Akta Perhimpunan Aman

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan polis membenarkan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini adalah berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.
  
Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menguruskan dan memastikan perhimpunan berkenaan berjalan dengan aman.
  
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu juga bertanggungjawab untuk menjamin bahawa perhimpunan itu dan tidak akan menimbulkan kacau-bilau atau huru-hara.
  
"(Perhimpunan) ini kuasa yang telah diperuntukkan oleh Parlimen, akta yang diluluskan baru-baru ini memberi peluang kepada rakyat jelata mengadakan perhimpunan secara aman.
  
"Kita serahkan kepada pihak berkuasa keselamatan tetapi mungkin ada beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita di program Mesra Rakyat 1Malaysia di Taman Bukit Maluri, Kepong di ibunegara hari ini.

Khutbah Jumaat WP ingatkan umat Islam tidak sertai ‘demonstrasi jalanan’

Orang ramai meninggalkan kawasan Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat, 30 Januari 2009. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 6 Jan — Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sambil menyifatkan penganjur mahu gunakan langkah itu untuk menimbulkan “huru-hara dalam negara.” Teks khutbah khas bertajuk “Cinta Negara” yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut mengatakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan boleh melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat sehingga membawa tanggapan kepada dunia Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan aman.

901 : Polis kenakan 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

NONEPolis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

Syarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh
timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Syarat-syarat tersebut ialah:

Ceramah full Ustaz Azhar dan Zizan Raja Lawak ,di Dataran S.Alam Part 2

Ceramah full Ustaz Azhar dan Zizan Raja Lawak ,di Dataran S Alam Part 1

Mudakan Penduduk Memantau Jaket Khas Untuk Kontraktor

SPAN Dan SYABAS Digesa Tukar Paip Air Usang

Peguam Pertuduhan Pada Adam Adli Tiada Asas Peruntukan

PR Kesal SPR 'flib-flop' keputusan PSC

Himpunan 100,000 Dapat Kebenaran Polis

Faekah Husin: Anwar Looks Strong, Thinks Strong, Because Of The Supports You All Gave

[FULL] Ustaz Azhar Idrus & Zizan - Main Gitar (Countdown 2012)

Hukum Beli Makanan Pada Awek Dedah Aurat - Ustaz Azhar Idrus

Puasa Sembunyi Dari Isteri - Ustaz Azhar Idrus

Berbuka Awal Puasa Sunat - Ustaz Azhar Idrus

Sejarah Belajar Ustaz Azhar - Ustaz Azhar Idrus

Bahagian Berkorban Sekali Seumur Hidup - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bekerja Dengan Majikan Kafir - Ustaz Azhar Idrus

Kedudukan Kaki Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Buat Kerja Lain Semasa Bertugas - Ustaz Azhar Idrus

Solat Sunat Subuh Atas Motorsikal - Ustaz Azhar Idrus

Isytihar Jihad Kepada Kerajaan Tolak Hukum Allah - Ustaz Azhar Idrus

Pandangan Tentang WAHABI - Ustaz Azhar Idrus

Bayar Zakat Duit EPF - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tidur Ketika Kerja - Ustaz Azhar Idrus

Wujudkah Zakat Pendapatan ? - Ustaz Azhar Idrus

Aurat Ibu Dengan Anak Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

(Senyum) Solat Ikut Imam Fasiq Pakai Cincin Emas - Ustaz Azhar Idrus

Pakai Minyak Wangi Alkohol Ketika Solat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tepuk Tangan - Ustaz Azhar Idrus

901: Pakatan tetap sasar 100 ribu

PETALING JAYA 6 Dis : Pakatan Rakyat tetap mensasarkan kehadiran 100 ribu penyokong pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini, bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang itu.
Azmin menunjukkan lokasi himpunan 901, sambil diperhatikan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan juga bersetuju untuk menyusun gerakan bagi memastikan jumlah kehadiran itu dapat dicapai.