Jumaat, 6 Januari 2012

Umno: Pelindung atau pemusnah?

Sakmongkol AK47

6 JAN — Berita mengenai kami berdua masuk DAP mencetuskan reaksi yang di duga dari penentang kami dalam dunia blog. Yang boleh di duga ialah isi serangan. Serangan peribadi dan personal. Memperlekehkan perwatakan. Orang2 kecewa. Di bayar oleh DAP. Agaknya, ini cara Umno menggalakkan orang lompat? Bayar sana sini. Yang saya tahu itu dia cara Najib Razak operates — pays his way through.
Dan seumpamanya. Jika benar, maka tidak perlu Umno dan penyokong rasa cemas dan gusar. Mudahlah mengalahkan mereka berdua.
Kalau Aspan bertanding di Seremban, semua menteri berasal dari Nogori Sembilan akan hentam dia. Teruklah dia kena belasah. Saya pula, mana lah terdaya menentang Ng Yen Yen di Raub — dia ada billboard yang berharga RM1.9 juta, ada website yang bernilai jutaan ringgit juga. Dia menteri. Dia boleh buat hebohan yang rapi lagi mantap. Lainlah kalau saya bertanding di Triang. Tapi Leong Ngah Ngah has done a sterling job. Biar dia disana.

Anwar vs Najib: Siapa lebih bijak dalam tadbir urus hutang kerajaan?

Defisit fiskal yang berlarutan serta hutang kerajaan yang tinggi telah mencorakkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa dekad yang lalu.  Akaun fiskal Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran UMNO-BN telah mencatatkan defisit selama ini kecuali bagi suatu tempoh singkat dari tahun 1993 hingga 1997 apabila lebihan fiskal direkodkan di bawah pemantauan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan lagi pemborosan perbelanjaan oleh jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan tadbir urus yang menjadi punca kepada masalah defisit dan hutang yang termaktub dalam pentadbiran Kerajaan UMNO-BN.  Penemuan kajian yang disampaikan dalam laporan ini mengenai peningkatan hutang awam yang membimbangkan turut menggambarkan kepentingan isu tersebut.  Perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan ke atas pengurusan hutang oleh Kerajaan UMNO-BN yang meragukan.

Bagaimana keputusan kes Anwar akan gugat Najib

Negara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.

Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.

Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.

Kesian Mahathir tak sempat beribadat tapi sibuk dengan ANWAR!

Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,..
Mahathir yang baru disifatkan oleh Ku Li, bukan cerdik sangat nampaknya semakin sibuk menyibuk kes DSAI yang akan masuk fasa  baru pada 9hb Jan nanti.Mahathir bercakap mengenai kepentingan menghormati mahkamah dan undang undang macamlah dia seorang yang pandai menghormati mahkamah dan undang undang.Mahathtir kata perhimpunan yang dirancang pada 9hb Jan nanti percubaan DSAI dan penyokongnya untuk mengugut mahkamah.Berita penuh di utusan Online

Melalut tak tentu arah, bercakap mengenai keperluan menghormati undang undang dan bercakap tentang kestabilan Malaysia merupakan sikap Mahathir yang sama seperti zaman mudanya, tiada perubahan langsung malah sedikitpun tidak ada tanda tanda Mahathir yang memasuki fasa akhir kehidupannya berusaha untuk menambah markah akhiratnya.Maknanya Mahathir membohongi ikrarnya untuk menumpukan kepada ibadat sepelas bersara.

Dr Hasan dah angau


Oleh Adnan Ibrahim
AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran.

Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa. 


Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu.

JUST SOLIDARITY.

Ferdtan commented on M’kini:
A tipping point has to start somewhere - where we can say 'enough is enough'. The rot ends here. If you are in the boxing ring, and you know that the referee and the judges are siding with your opponent, what do you do? Let the process continue without any kind of protest?
Like any abused child, you have to start to say NO!

POSTER FROM ARUN PAUL'S FB PAGE
I will be there, not because Azmin asks.
This is not wholly about Anwar.
This is not about 100,000 pressuring the Judge who probably needs only one man to apply the pressure.
This is about the consistently conspired ABUSE of a Malaysian family.
I will be there in SOLIDARITY with this ABUsed FAMILY.

ABU: Ciri-ciri negara gagal

Oleh MSK

Bila aku tulis Malaysia berada di nombor 111 dalam index negara-negara yang gagal, ada orang kata aku salah. Sepatutnya Malaysia berada di nombor 66. Aku tak mau salahkan orang yang tulis tu, sebab aku tau…hangpa malas nak korek sesuatu cerita itu secara detail. Semuanya mahu dihidangkan depan mata.
Aku bagi link untuk menilai sama ada apa yang aku tulis itu boleh diterima atau tidak. Kalau hangpa tak masuk link tersebut, maknanya..kalau aku tipu pun hangpa tak tau.
Ada 703 views untuk artikel ABU: Adakah Malaysia sebuah negara yang gagal? Aku anggapkan hangpa baca seluruh artikel tersebut tapi berapa ramai yang klik pada link yang aku berikan?

Hanya 5% daripada pembaca cuba menilai sesuatu bahan bacaan itu..manakala 95% lagi terus menerima atau menolak tanpa mengkaji dengan lebih dalam.

Polis Benarkan Demo 901

Polis Benarkan Demo 901KUALA LUMPUR- Polis membenarkan kumpulan pembangkang meneruskan demonstrasi 901 secara aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kumpulan pembangkang dibenarkan mengadakan perhimpunan pada Isnin ini di tempat letak kereta awam di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta.
"Berdasarkan perbincangan, pihak polis benarkan mereka mengadakan perhimpunan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang belum digazetkan.
"Kita bersetuju benarkan mereka berhimpun di tempat letak kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Persetujuan itu dibuat ketika mengadakan pertemuaan dengan wakil pembangkang yang diketuai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
-mStar

Today in History for Jan. 6th

901: Definisi halatuju politik Malaysia

Tiga hari lagi, pada 9 Januari 2012,  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan perbicaraan ini akan menentukan sama ada ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah atau tidak dalam pertuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya.
azlanSeluruh negara telah memberikan tumpuan kepada tarikh ini kerana ia dilihat sebagai satu titik penting dalam pendefinisian hala tuju politik negara.
PKR di bawah pimpinan mantan timbalan perdana menteri itu merupakan “pengikat” kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Musuh-musuh politik beliau percaya, jika Anwar terpenjara, maka mudahlah mereka untuk memecah belahkan Pakatan.
Sebab itu kita boleh melihat bagaimana isu penganti Anwar sebagai calon perdana menteri dari Pakatan ditimbulkan dalam sehari dua ini walaupun Pakatan belum tentu lagi memenangi pilihan raya umum  akan datang.

Mahasiswa: Kami akan serahkan bukti keganasan polis petang ini di Bukit Aman


KUALA LUMPUR, 6 Jan — Kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini akan menyerahkan bukti keganasan polis di Bukit Aman selepas solat Jumaat.
Menurut aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, selain serahkan bukti keganasan polis kumpulan mahasiswa itu juga akan menyerahkan memorandum.
“Kita akan serahkan bukti penting keganasan polis di UPSI pada petang ini di Bukti Aman.
“Kita ada banyak bukti keganasan polis, kita ada dalam bentuk video dan juga gambar yang menunjukkan polis bertindak kasar terhadap mahasiswa,” katanya selepas memberikan keterangan berhubung insiden menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Turut hadir peguam Adam Adli (gambar), Fadiah Nadwa Fikri dan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang — yang mendakwa dipukul polis semasa polis cuba menghuraikan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI.

Turun sepanduk: Adam Adli beri keterangan, peguam sifatkan tiada asas

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian sejak sebulan lalu hari ini dipanggil memberi keterangan berhubung insiden menurunkan kain rentang bergambar Datuk Seri Najib Razak.
Adam Adli, 22, yang tiba di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi tadi ditemani peguam Fadiah Nadwa Fikri sebelum keluar sejam kemudian.
Menurut Fadiah Nadwa, Adam Adli (gambar) telah dihubungi polis dua hari lepas dan diminta untuk memberikan keterangan hari ini.

901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.
(Polis dan Azmin bersetuju perhimpunan ini diadakan dengan aman...berita Astro Awani)

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini.

"Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut.

"Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Polis benarkan himpunan 901 di mahkamah- Azmin

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.
“Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas mengadakan perbicangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tolak Permohonan Rakyat Malaysia Mahu Jadi Pengundi Tak Hadir

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan enam warga Malaysia yang menetap dan bekerja di United Kingdom untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir.

Hakim Datuk Rohana Yusuf ketika menolak permohonan oleh Dr Teo Hoon Seong memutuskan bahawa SPR telah bertindak betul dengan tidak mendaftar mereka sebagai pengundi yang tidak hadir.

Kadir: PRU-13 kena buat selepas PSC selesai tugas

901 : Polis, PKR Capai Kata Sepakat

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Parti Keadilan Rakyat dan Polis Kuala Lumpur mencapai kata sepakat untuk memastikan demonstrasi anjuran parti itu Isnin depan adalah aman dan tenteram.
 
Timbalan Presiden parti Azmin Ali menyifatkan pertemuan kedua-dua pihak sebentar tadi sebagai positif. Beliau akan memberi butiran penuh mengenai persetujuan yang dicapai dengan polis pada sidang akhbar petang nanti. 
 
"Keputusan adalah positif dan saya bergembira dengan perbincangan ini....dan berjanji tidak akan menimbulkan sebarang provokasi," kata Azmin. 

901 : Pekida Beri Amaran

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hari ini memberi amaran kepada peserta himpunan 'Bebas Anwar 901'  pada Isnin depan apabla Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu agar tid├ák menimbulkan kekecohan. 

Ahli Majlis Tertinggi Pekida, Mohd Syahril Abdul Aziz berkata demikian ketika hadir sama dalam pertemuan dengan Ketua Polis Kontijen Di IPK Kuala Lumpur. 

Tentera Sedia Bantu Polis Hadapi Kempen 'Bebas Anwar 901', Kata Zahid

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia(ATM) kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi menghadapi himpunan 'Bebas Anwar 901'pada Isnin ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu. 

Katanya, beliau yakin polis mampu menangani sebarang kemungkinan semasa perhimpunan itu yang dijangka dihadiri ribuan penyokong parti pembangkang itu. 

901 :Polis Benarkan Perhimpunan Bebas Anwar Di Parking Mahkamah.

Post Pic
KUALA LUMPUR, 6 JAN : Polis membenarkan tunjuk perasaan anjuran pembangkang di adakan disebuah tempat letak kereta dekat dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh.
 
"Boleh adakan perhimpunan aman di tempat letak kereta selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2011," kata beliau kepada pemberita selepas berjumpa dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.
 
Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk memastikan demonstrasi anjuran parti itu Isnin depan adalah aman dan tenteram.

901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir," dan untuk ahli PAS pula, "terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

Terkini : Akhirnya polis benarkan perhimpunan 901

Setelah polis berbincang dengan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, Shamsul Iskandar Ketua Amk, Ketua Wanita Zuraidah, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Naib Presiden Surendran, akhirnya persetujuan dicapai, polis benarkan diadakan perhimpunan di kawasan tapak letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta dengan syarat tiada baner atau poster yang tertulis "BEBASKAN ANWAR"Ayuh rakyat yang cintakan keadilan, pastikan anda berada di sana..
Biarkan dr hasang ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..
Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..

901 : Saya tidak akan tinggalkan negara ini - Anwar

MACHANG, 6 Jan: Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.
“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan  penghinaan yang begitu rupa.
“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.
“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Sudah tiba masanya kuasa autonomi universiti dikembalikan

Secara umum,universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi untuk menimba ilmu.  Universiti wujud sejak berkurun masa yang lampau, Universiti Al-Azhar (970 SM) dikenalpasti antara universiti terawal yang diwujudkan.  Kemudiannya diikuti oleh penubuhan universiti-universiti yang ternama seperti Bologna, Oxford dan Cambridge.  Universiti Malaya merupakan universiti tertua yang wujud di Malaysia diikuti dengan kewujudan pelbagai IPTA mahupun IPTS yang berkembang pesat dari semasa ke semasa.  Namun dalam keghairahan kewujudan universiti tersebut sudah tiba masanya untuk kita melihat kembali apakah fungsi, peranan dan tanggungjawab sebenar kewujudan sesebuah universiti.

Lensa : Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Sempena Roadshow DS Anwar Di Machang

Puluhan ribu penuhi padang majlis daerah machang,roadshow dsai
Lagi sudut audiens yg hadir
Suasana hening puluhan ribu rakyat mendengar pidato DS Anwar
Semakin kencang serangan fitnah ke atas DS anwar semakin kuat sokongan dan dokongan rakyat
DS anwar mulakan pidato di hadapan puluhan ribu rakyat
Barisan pimpinan Pakatan Rakyat
Dato speaker dun kelantan Ust Nasuruddin Daud sedang sampaikan pidato 
 

901: Muslimat, Pemuda, PAS Selangor akan turun

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Anwar: Pakatan ada PM sementara jika saya dipenjara

Pakatan Rakyat akan melantik seorang perdana menteri sementara sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan ketika ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara ketika itu.

Anwar berdepan dengan kemungkinan dipenjara apabila perbicaraan ke Liwat II diputuskan Isnin depan, namun yakin bahawa beliau akan mengisi jawatan itu apabila dibebaskan.

Malah, beliau juga tidak bercadang untuk dipenjarakan begitu lama walau hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntuk pemenjaraan sehingga 20 tahun.

Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin Pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya semalam.

Surendran slams "dishonest" Dr M: Umno-BN is the real threat to the courts

Surendran slams "dishonest" Dr M: Umno-BN is the real threat to the courtsI refer to the the statement on 5th January by former Prime Minister Dr Mahathir that the peaceful rally planned for 9 January 2012 is a 'threat' to the court and intended to 'influence' the court. Mahathir's statement is dishonest, mischievous and completely baseless. The 901 peaceful rally is meant to express the people's protest against the abuse of public institutions such as the police,
AG's Chambers and judiciary in order to carry out a wide-ranging conspiracy to jail Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and undermine the opposition Pakatan Rakyat coalition. The rakyat are gathering on 9 January because they can no longer tolerate BN's abuse of state institutions and enforcement bodies for underhand political purposes. The rakyat have every right to gather and express their discontent in accordance with Article 10 of the Federal Constitution, which guarantees the right to peaceably assemble.

Police reports lodged against Nalla, TV3

Police reports lodged against Nalla, TV3KUALA LUMPUR- PKR members have lodged police reports against Malaysian Indian United Party president Datuk S. Nallakaruppan and TV3 for alleged contempt of court.
A group of 20 PKR members, led by R. Suresh Kumar and V. Vembarasan, lodged their complaint at the Dang Wangi police headquarters at about 11am yesterday.
Suresh claimed that in a programme aired on TV3 at 8.30pm on Tuesday, Nallakaruppan, a former friend of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, had allegedly called him a “sodomite”, which was tantamount to contempt of court.
“The programme was not aired live so they would have had time to edit the controversial segments but the broadcaster did not,” he said.
The group wanted police to investigate the matter and take action against Nallakaruppan and TV3.
-TheStar

901 : Lebih 40,000 Sambut Anwar di Machang

Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat. Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.

Sejak dari Ashar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.

Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan. "Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

Semua akan diadili semula di akhirat

Tuan Ibrahim Tuan Man   
901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.
Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.
Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.
Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Apabila Anwar tiada di gelanggang politik...

Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.
Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.
anwar ibrahim in seremban 5Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.
Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu.
Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.
Jika benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR.
Ini juga bermakna:
  • Pakatan telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini adalah sesuatu yang mengkagumkan mengambil kira Pakatan bukan sebuah pertubuhan politik berdaftar seperti BN.

Peneroka Felda tunjuk jalan keluar buat Isa

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan beberapa anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk menghalang mesyuarat agung KPF diadakan melalui kuasa mahkamah menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena pada KPF atau pada bakal pengerusinya Tan Sri Isa Samad.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor merasa hairan kerana selama ini KPF tidak pernah bermasalah dan tiada suara-suara anggota KPF itu dibawa keluar.
Katanya, dunia Felda seperti senyap dengan keadaan yang tenang dan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang memalukan.

Hasan Ali arah JAIS siasat Badrul Amin

NONEPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Hasan Ali meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron.

Beliau berkata ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

Beliau berkata tindakan itu perlu bagi JAIS meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam berhubung isu itu.

"Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, petang semalam.

Hasan berkata Badrul Amin tidak sepatutnya mengagungkan seseorang dengan mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang mendengarnya.

Katanya, Badrul Amin perlu menjelaskan kenyataannya mengenai perkara itu bagi menjaga nama baik dan reputasinya selaku pendakwah serta penceramah yang disegani.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Badrul Amin yang seolah-olah mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi apabila merujuk Anwar sebagai pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam atau paling tidak menyatukan dunia Arab.

Badrul Amin membuat kenyataan itu dalam satu ceramah dan video ceramah tersebut yang dimuat naik ke Internet pada Disember lalu.

Sementara itu, Hasan berkata hotel bajet dikenal pasti sebagai sarang maksiat paling popular di Selangor berdasarkan operasi yang diadakan menjelang tahun baru Sabtu lalu.

Beliau berkata 234 orang iaitu 119 pasangan terdiri daripada 127 lelaki dan 107 perempuan ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet di sembilan daerah di Selangor.

Anwar is PM material, says Umno veteran

Blogger Raja Petra Kamarudin can dismiss Anwar Ibrahim's importance, but a former Cabinet Minister believes "Anwar will remain relevant for a long time.”
PETALING JAYA: Opposition Leader Anwar Ibrahim has landed himself an unexpected exponent in the wake of several hard-hitting interviews by self-exiled blogger Raja Petra Kamarudin.
In the interviews Raja Petra had branded Anwar “unfit” to be the next Prime Minister, alluded that Anwar was guilty of the sodomy charge and expressed certainty that Anwar was the man featured in the sex video.
But the waves created by his verbal attacks could very well change direction now that a former Umno Cabinet Minister’s endorsement of Anwar’s suitability as Malaysia’s leader.
Angkatan Amanah Merdeka’s – better known as Amanah – deputy president, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, told FMT in an exclusive interview that Anwar has the makings of a “great Malaysian leader”.

Umno trots out Ummi Hafilda to expose the "Three As" but PKR unfazed

Umno trots out Ummi Hafilda to expose the "Three As" but PKR unfazedTrue to tradition, Umno has trotted out its favorite political villainess Ummi Hafilda to threaten greatest enemy, Opposition Leader Anwar Ibrahim, as he tours the country with a flurry of ceramahs or small rallies ahead of a January 9 court verdict on the sodomy charges pressed against him by Prime Minister Najib Razak's government.
Although, the 44-year-old Ummi has long lost her lustre and few Malays - whether rural or urban - bother to attend her anti-Anwar talks despite her attempts to sensationalize the issues, it appears that a desperate Umno cannot do without Ummi.
Wearied Malaysians have no choice but be subjected to a fresh barrage of "secret" revelations that would 'shock the world' if she were to reveal them.
Her latest package of 'juicy gossip' are the "Three As", namely Anwar Ibrahim, his wife Wan Azizah, the PKR president, and Azmin Ali, her own brother and the deputy president of PKR.
“Such evidence will be saved for the coming general election. As long as the three A’s continue to be a threat to the nation and race, my allies and I will go all out to attack them,” Ummi had told a press conference on Thursday.

Debunking politics of fear

JAN 6 — The new year 2012 has dawned upon us. When the curtains closed on 2011, one is left with the haunting thought of how much worse things could have become. Granted the litany of bizarre happenings that have appeared on the national stage pre-2012, one could only hope for better days ahead. But alas, now in 2012, it looks like nothing much would change anyway. Sigh.
Never mind the impending yet elusive 13th general election (13GE) that is lurking dangerously ahead. Political pundits are kept busy mulling over the various post-13GE permutations, ranging from a coup de grace of Umno et al to a retrogressive return to the old order of a one-dominant party system.