Rabu, 4 Januari 2012

‘Don’t play hide and seek, Lajim’

SAPP chief Yong Teck Lee has opened his doors to Umno Sabah strongman Lajim Ukin.
KOTA KINABALU: Former Sabah chief minister Yong Teck Lee is hoping to form a political alliance with his former comrade in arms, Lajim Ukin, to help oust the Umno-led Barisan Nasional (BN) government from power.
The two were members of Parti Bersatu Sabah (PBS) before the party was ousted from power in 1994. Yong went on to form his own Sabah Progressive Party (SAPP) and Lajim defected to Umno.
Both are now battling to remain politically relevant in the state.
Yong, in reaching out to the Umno Sabah strongman, has couched his offer of alliance under the ABU (Asal Bukan Umno or Anyone But Umno) concept to face Umno and BN in the impending 13th general election.
But for it to work, the SAPP president said today, the Beaufort MP must leave the ruling coalition now in order to be well prepared.

901::: Hisham agrees to Jan 9 rally if…

In the spirit of the newly-passed Peaceful Assembly Act 2011, organisers must guarantee order, says the Home Minister.

PUTRAJAYA:  Home Minister Hishammuddin Hussein said Pakatan Rakyat leaders must convince the authorities that the planned Jan 9 mass rally in support of Anwar Ibrahim will not cause public disorder.
Far from the usual zero-tolerance tone given by the government in dealing with street gatherings, the minister did not say today if the rally, planned by PKR for the Sodomy II verdict, would be disallowed.
Instead he said in the spirit of the newly-passed Peaceful Assembly Act 2011, organisers must guarantee order if they were to proceed with the planned mammoth rally that intends to gather as many as 100,000 participants.
“The organisers have to convince the police that their plans will not destroy public peace and safety, and if they want to gather, the spirit of the Act states that it must be done peacefully,” he told a press conference here.

Kebodohan Najib: ‘Datuk Fix-it’ dijadikan kambing hitam keluarga Sharizat


Kebodohan Najib: ‘Datuk Fix-it’ dijadikan kambing hitam keluarga SharizatMendakwa Shamsubahrin Ismail juga dikenali sebagai ‘Datuk Fix-it’ dengan menipu Salleh Ismail, bos NFC yang juga suami kepada menteri Sharizat Jalil adalah penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia.
Terutama sekali jumlah yuran konsultasi Shamsuharin yang mencapai RM 1.76 juta berbanding RM250 juta kemudahan kredit dari kerajaan yang telah diberikan kepada Salleh dan anak-anaknya yang telah diselewengkan.
Yang sebenarnya menjadi isu adalah kegagalan projek lembu NFC yang telah mencetuskan kemarahan rakyat dan meminta siasatan sepenuhnya dijalankan. Sharizat bukanlah menteri yang menyerlah dan mempunyai personality yang akan meragukan untuk dibiarkan begitu sahaja. Sharizat sepatutnya lebih arif tetapi dia tidak belajar dari kesilapan atau sememangnya dia sudah tidak ada jalan keluar selain dari meletak jawatan yang nampaknya bukanlah sesuatu yang mahu dilakukan.

901 : PR Selangor Akan Turun Beramai-ramai

Amalina Che Bakri - Jawapan Balas Amalina


amalina che bakri Amalina Che Bakri : [UPDATE] Video Jawapan Daripada Amalina Sendiri Melalui Skype
Akhirnya Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK baru sebentar tadi telah pun memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi, Johor. 

Berikut Adalah Jawapan Nur Amalina Che Bakri Sendiri

“Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.
Kumpulan wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual Nur Amalina di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingd

Pasca Bersih 2.0 : FRU diarah 'tembak' walau nampak hospital

Seorang ketua operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkata, beliau telah diarahkan untuk menembak meriam air ke arah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 walau mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan hospital.
Saksi berkenaan, ASP Ahmad Halimi Hamidi berkata beliau terlebih dahulu telah melihat bahawa kawasan itu merupakan kawasan Hospital Tung Shin dan telah memberitahu perkara itu kepada pegawai medannya, seorang yang dikenali sebagai ASP Karthik.

"Saya nampak jelas ada hospital sebab saya berada di atas kenderaan," katanya lagi katanya ketika ditanya hari ini dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung tindakan pasukan tersebut.
Beliau yang berada di atas satu kenderaan FRU yang mengetuai operasi tersebut pada ketika itu berkata, pegawai yang dikenali sebagai Karthik itu tetap mengarahkan supaya tembakan meriam air dilepaskan.

901 : Pakatan Rakyat Selangor Akan Turun Beramai-ramai pada Jan 9


SHAH ALAM, 4 JAN : Pakatan Rakyat Selangor hari ini berikrar akan menggerakkan sebanyak mungkin anggota parti bagi perhimpunan Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta minggu hadapan.
Perkara ini dinyatakan oleh ketiga-tiga ketua penerangan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu Shuhaimi Shafie (PKR), Jenice Lee (DAP) dan Saari Sungib (Pas) di dalam satu sidang media di sini hari ini.

901 : 100% sokongan kepada DSAI

Kota Raja, 4 Januari 2012 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota bersama-sama sayapnya, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan telah memberikan komitmen 100% untuk turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi perbicaraan Fitnah liwat II.

Avenger : UAV Canggih Terbaru Tentera Amerika


Modern Warfare Fags will like this..

Predator............ Reaper......... ini semua jargon yang biasa anda dengar jika anda bermain permainan Modern Warfare. Pesawat tanpa juruterbang ini digunakan seara meluas di Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika dalam "Peperangan Menentang Keganasan" mereka. P46 Avenger ialah pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) generasi keempat mereka. Jika sebelum ini kebanyakkan UAV menggunakan enjin berkipas, Avenger keluaran General Atomics ini menggunakan enjin jet. Avenger juga dilengkapi teknologi tangkis radar disamping menggunakan sistem avionik yang hampir serupa dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike Fighter. Ia mampu beroperasi selama 12 jam tanpa perlu mendarat dan membawa senjata sebanyak 2000 pound. Inilah masa depan kita. Peperangan kawalan jauh dan menghala kearah SKYNET. Harga sebuah pesawat ini ialah USD 15 juta
Link


Inside Story - Feeding global hunger

Ops Bilang* - 10. Fahmi Reza (pt 2)

Ops Bilang* - 10. Fahmi Reza (pt 1)

Al Jazeera World - Balochistan: Pakistan's other war

Nigeria fuel-price protests turn violent

Arab observers accused of 'failing' Syria mission

Exco Kerajaan Negeri Kedah ziarah mangsa kebakaran Kg. Berjaya

Kajian ramal umat Islam lebih pantas berkembang

PKR Dakwa Pengerusi NFC Merasuah Polis, SPRM

Police have a good case against NFC, says PKR

901 : Nasihat Zuraida kpd Kak Ijat

901: Demo Aman dari kacamata Wanita PKR

MPMN Persoal Najib Tidak Bantu UMP Pekan

Kuala Lumpur, 4 Jan : Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini hari mempersoal tindakan Ahli Parlimen Pekan, juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang diberitakan tidak mengedahkan luahan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Pekan.
Disember lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UMP dan mahasiswa mengambil langkah drastik menubuhkan Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) yang diketuai YDP MPP, Muhammad Fazli Abdul Halim bagi meminta respon Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu air di kampus berkenaan (klik untuk lebih lanjut).

UPSI : Polis Muat Turun ‘Video Kerat-Kerat’ di Youtube Nafi Dakwaan

Kuala Lumpur, 4 Jan : Pihak polis dikenal pasti telah memuat-naik empat bahagian klip video di internet bertarikh 3 Januari 2012 bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.
Video berkenaan boleh dilihat di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia.

Polis Didesak Siasat Bekas Setiausaha Sulit Menteri


SENTUL, 4 JAN: People's Welfare And Right Coalition (POWER) mendesak polis menyiasat penggunaan ijazah palsu untuk mendapatkan jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri yang melibatkan Subramanian Surunaryan dan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam.Subramaniam didakwa mengemukakan Ijazah Kejuruteraan Awam palsu dari Kensington University Collage London yang tidak wujud dan tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam resume permohonan jawatan setiausaha sulit.

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah

SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Umno saran Majlis Peguam, Suhakam dibubar...


NONEUmno hari ini mempersoalkan pendirian Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang membisu berhubung kedegilan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee mendakwa sikap itu jelas menunjukkan kedua-dua badan itu turut bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan demonstrasi jalanan untuk membersihkan dirinya yang didakwa meliwat.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya nak tanya mereka (Majlis Peguam dan peguam bela Anwar) apakah perbuatan kumpulan pro-Anwar itu betul dan masuk akal.

"Kalau setakat mahu jadi perkakas pembangkang untuk mengecam kerajaan, adalah lebih baik kedua-dua (Majlis Peguam dan Suhakam) dibubarkan," katanya dalam entri terbaru Umnocheras.blogspot.com hari ini.

Pada 9 Januari ini mahkamah akan membuat keputusan sama ada Anwar yang juga ketua pembangkang, yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersalah atau tidak.

Anwar akui PR sudah ada penggantinya

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temuramah dengan sebuah agensi berita bisnes antarabangsa mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah ada pengantinya jika beliau didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat kedua yang akan ditentukan Isnin depan.PR katanya telah pun menentukan siapakah penganti beliau yang sesuai untuk mengepalai pakatan tersebut menjelang pilihan raya umum yang ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung tahun ini. Penggal kerajaan yang ada sekarang hanya akan berakhir pada tahun 2013.
Anwar ketika bercakap kepada para pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada petang Selasa tidak menamakan siapakah yang bakal memimpin PR seandainya beliau disabitkan dengan kesalahan itu.

Hope 2 Walk akan diteruskan

Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Meskipun Annisa Mohd Affandi 10 tahun yang mengidap kecacatan Cerebral Palsy telah pun meninggal dunia pada 22 Disember baru-baru ini,  ia tidak mematahkan semangat kepada kedua ibu bapa beliau untuk meneruskan program Hope2Walk bagi mengumpulkan dana untuk adik kepada Annisa (gambar).Adik kepada Annisa, Annur 8 tahun yang juga mengidap penyakit yang sama seperti kakaknya memerlukan dana berjumlah kira-kira RM500 ribu untuk membolehkan beliau dirawat di Hopital Erkang, Beijing, China yang tidak terdapat di negara ini.
Menurut Affandi, jumlah dana yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu masih jauh dari jumlah yang disasarkan bagi membolehkan An-Nur diterbangkan ke China.

Seleweng zakat: Jamil Khir perlekeh kredibiliti Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR 4 Januari: Penafian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai penyelewengan wang zakat melibatkan beliau jelas memperlekeh Integriti dan kredibiliti Tan Sri Ambrin Buang selaku Ketua Audit Negara.
Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sendiri mengesahkan Jamil bersama dua individu lain mengguna wang zakat bagi menghalang Kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah syariah.
“Jingga 13 sebelum ini memberi tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk memohon maaf secara terbuka.

MB : Tanpa Bukti Dakwaan RPK Hanya Fitnah


SHAH ALAM, 4 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkenaan rasuah yang melibatkan usahawan Cina di Selangor sambil menyifatkannya sebagai fitnah yang tiada bukti.
Abdul Khalid berkata RPK seharusnya memberikan maklumat berhubung dakwaannya memandangkan Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Selangor.

901 : IGP orders KL police to meet rally organisers

Tan Sri Ismail Omar said today the police have yet to receive any permit application for the gathering planned for January 9. — file pic
PUTRAJAYA, Jan 4 — Tan Sri Ismail Omar announced today that he has directed the Kuala Lumpur police to meet organisers of next week’s planned rally. The Inspector-General of Police (IGP) confirmed that he has yet to receive any permit application for the event, organised by PKR as a show of support for Datuk Seri Anwar Ibrahim over his impending Sodomy 2 verdict next Monday.
“I have asked the KL police chief to call the organisers ... I am not sure if they have met but instructions have been given,” he told a press conference here.
When asked if the police planned to obtain any restraining order to bar supporters from congregating at the High Court on Monday, Ismail shook his head.
He said the police would first “monitor” the situation to determine if the gathering is likely to cause public disorder and turn chaotic.

SPR: Apa lagi pembangkang hendak?

Datuk Wan Ahmad Omar berkata SPR kini berusaha ke arah menambah baik proses pilihan raya dan untuk itu, sedang bekerjasama dengan PAC.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta pembangkang supaya bersabar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses pilihan raya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR kini berusaha ke arah menambah baik proses pilihan raya dan untuk itu, sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Parlimen Berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PAC).
“Penggunaan dakwat kekal adalah untuk mengelak pengundian dua kali, penyediaan daftar pemilih pula adalah untuk membersihkan daftar pemilih dan kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membolehkan kita mendapatkan senarai daftar pemilih yang sah.

Polis terima 475 laporan bantah Perhimpunan 901

Antara lain, laporan diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO), peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam.
PETALING JAYA: Kira-kira 475 laporan daripada pelbagai pihak diterima polis bagi membantah Perhimpunan 901 yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan sehingga pukul dua petang tadi, pihaknya telah menerima jumlah laporan tersebut yang dibuat diseluruh negara.
Difahamkan ini termasuklah laporan daripada badan bukan kerajaan (NGO), peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam yang membantah tindakan penyokong Pakatan Rakyat mengadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan mensasarkan 100,000 orang hadir memenuhi perkarangan mahkamah pada Isnin depan.

UPSI : Mohon maaf atau berdepan saman

IPOH, 4 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memberikan tempoh tiga hari kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Mohamad Annuar Ariffin untuk menarik balik kenyataan yang menuduh Unit Amal PAS sebagai dalang demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Annuar.

"Kami kesal dengan kenyataan tersebut dan mendesak agar Annuar menafikan kenyataan yang dikeluarkannya oleh Sinar Harian (muka surat 7) dengan segara atau berhadapan dengan tindakan Mahkamah," katanya merujuk kepada laporan di akhbar bahasa Melayu itu hari ini.

Lynas finally conceeded, the waste is radioactive; yet, NO Long Term Waste Management Plan?

Right from the early days of submission, starting from it's first proposal, Lynas had been  taking advantage of the loopholes in the system. Lynas had claimed back in 2008 that the waste from LAMP is not radioactive; that it's waste is classified as industrial waste with (Normal Occuring Radioactive Material -NORM).  This thinking framework of Lynas was reflected in the 3 submissions of the waste management plan prior to this (dated 22nd April 2011, 18th July 2011 and 3rd Nov 2011)- all of these prior submission uses the title 'Waste Management Plan' conveniently ommiting the word 'radioactive'. It is to my understanding that all 3 submissions were  rejected  by AELB.

It was only in the 4th submission of the waste management plan (dated 30th Dec 2011) that Lynas finally conceeded and admitted that their waste is classified as radioactive waste. The title of the submission mentioned the word radioactive. - "Radioactive Waste Management Plan Rev4 -30th Dec 2011"

Kementerian Kewangan perlu beku akaun NFC – Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Kementerian Kewangan membekukan segera aset dan akaun bank National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau berkata, tindakan itu bertujuan untuk mengelak pengurusan syarikat itu menggunakan dana yang diperolehnya untuk merasuah dan mempengaruhi siasatan ke atas mereka.
“Polis mungkin mengambil sedikit masa untuk menjalankan siasatan jadi sepatutnya buat masa sekarang Kementerian Kewangan perlu ambil tindakan bekukan perbelanjaan, aset dan akaun bank NFC,” kata Rafizi.

901 : KEADILAN Perak, Perlis kerah 10,000 anggota

KUALA LUMPUR 4 Dis: KEADILAN Perak dan Perlis akan mengerahkan 10 000 anggota untuk menyertai perhimpunan aman pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini.
Pengarah Strategi KEADILAN Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, setiap cabang KEADILAN di negeri itu akan menghantar sekurang-kurangnya 500 anggota dan penyokong bagi berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari berkenaan.
“Kita yakin sasaran 10 ribu orang dapat dicapai walaupun tarikh tersebut adalah hari bekerja,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya yang juga ADUN Kuala Kurau, pihak polis perlu bersikap adil dan menghormati hak orang awam untuk berkumpul secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hak yang sama juga sedang dinikmati oleh pihak-pihak lain seperti Pemuda UMNO, PERKASA dan NGO-NGO yang pro kerajaan yang sejak akhir-akhir ini begitu giat mengadakan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor,”

Saman : 68 bekas peneroka Felcra tuntut pampasan

KUALA LUMPUR, 4 Jan: 68 orang bekas peneroka Felcra di kawasan Kota Tinggi, Johor, hari ini memfailkan saman pemula terhadap badan itu bagi menuntut pampasan akibat kerugian yang dialami oleh mereka sejak 20 tahun lalu. 

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada jam 9.30 pagi tadi, dengan ditemani tiga orang peguam yang diketuai Sir Banded dari syarikat guamannya, Sir Banded & Co.

Pengerusi Koperasi Perladangan Sungai Ara Berhad, Daud Hassan, 58, memberitahu, saman yang difailkan oleh mereka itu membabitkan tuntutan 9 perkara, dengan tuntutan utamanya melibatkan ganti rugi yang dialami oleh mereka akibat tindakan tidak bertanggungjawab badan tersebut terhadap para peneroka terbabit.

901 : Zuraida seru wanita sertai himpunan 9 Januari

PETALING JAYA 4 Dis : Wanita KEADILAN menyeru anggotanya dan golongan wanita khasnya untuk turut serta memberikan sokongan ketika keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini.
Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bukan bertujuan membela Anwar semata-mata, tetapi mempertahankan badan kehakiman daripada terus dicabuli kerajaan Umno-BN.
“Tindakan Kerajaan yang ‘menulikan’ institusi kehakiman demi memenuhi aspirasi politik buas Perdana Menteri, adalah kemuncak kepada pencabulan Umno-BN terhadap sistem demokrasi negara selama ini,”

901 : Hisham says Pakatan must guarantee peaceful rally on January 9



The Home Minister stopped short of barring the group from gathering today. — file pic
PUTRAJAYA, Jan 4 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein today urged organisers of next week’s mammoth gathering for the Sodomy 2 verdict to “convince” the police that their presence will not cause public discord and violence. The Home Minister stopped short of barring the group from gathering, but stressed that in the spirit of the newly-passed Peaceful Assembly Act 2011, organisers must offer guarantees that the rally will not turn chaotic.

Najib gagal atasi bekalan air UMP Pekan

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.
“Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.
Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat.

Nik Aziz minta beri hak rakyat berhimpun

KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi. (Gambar)

901 :Polis perhebat kempen anti demo 'Bebaskan Anwar'

Polis telah memperhebatkan kempen media sosial terhadap perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari ini apabila keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan.

Najib ulangi kesilapan Pak Lah....


Oleh Bang Nan
BN sebenarnya saja menempah maut kerana tidak mahu mengambil apa-apa tindakhttp://2.bp.blogspot.com/-pIRkzFFX8GY/TtgiqQvNfoI/AAAAAAAAAEg/ph-shseNjiE/s640/shahrizat.jpgan terhadap Shahrizat dan keluarganya yang terbelit dengan skandal lembu fidlot ini.

Mereka lupa, Shahrizat adalah sebahagian daripada punca BN tumpas banyak kerusi di seluruh Kuala Lumpur terutama di Lembah Pantai.
 
BN sebenarnya saja menempah maut kerana tidak mahu mengambil apa-apa tindakan terhadap Shahrizat dan keluarganya yang terbelit dengan skandal lembu fidlot ini.

901 : Jelajah Anwar masuk hari kedua...

Beliau akan menemui penduduk di Negeri Sembilan dan Melaka hari ini.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki batang tubuh  melawan kekuatan Umno mula menjelajah beberapa negeri menjelang hukuman tuduhan liwatnya pada Isnin depan.
Megikut jadual, beliau akan menemui penduduk di Negeri Sembilan dan Melaka hari ini.
Esoknya, Anwar akan menemui Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Aziz Nik Mat di rumahnya di Kota Baru.
Kunjungan bermula semalam di Johor semalam kubu kuat Umno tunjang BN yang telah berkuasa lebih 50 tahun lalu.”Kunjungan ini bukan hanya untuk menyatakan saya tidak bersalah tetapi untuk menyakinkan masyarakat bahawa inilah saatnya untuk tidak memilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah untuk demokrasi dan keterbukaan yang lebih baik,” kata Anwar kepada AFP.

Rosmah Dan Lembu Adalah Dua Maskot Politik

Oleh Mohd Sayuti Omar
Orang Umno yang besar-besar nampaknya semua ada penyakit atau liabiliti tersendiri. Liabiliti ini tentu akan dijadikan isu pada pilihan raya akan datang. Walaupun liabiliti atau isu peribadi ini tidak manis dan tidak profesional dijadikan modal untuk menyerang di antara satu sama lain, tetapi nama lagi politik ia tidak akan mengenal siapa mangsanya dan pemainnya akan menggunakan apa jua senjata termasuk bola api.
Dalam politik kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan, putaran itu berterusan sepanjang masa akan berterusan zaman berzaman selagi ada politik. Sebab itu ada orang mengatakan politik itu kotor yang dikotorkan oleh pamancunya.

Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, tokoh-tokoh mereka selain dari Anwar Ibrahim ada isu atau penyakitnya. Masing-masing ada liabiliti atau pun tanggungjawab yang boleh membawa kerugian.

PM tiru lagi janji RM900 gaji minima Buku Jingga

http://www.internationalbusinessreview.net/Portals/4/IBR_58/Datuk%20Sri%20Mohd%20Najib%20Tun%20Abdul%20Razak.png
Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya meniru satu lagi janji Buku Jingga Pakatan Rakyat, iaitu menyelaras gaji minima sektor swasta selaras sama dengan sektor awam.
Penyelarasan RM900 gaji minima dalam sektir swasta yang diumumkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) itu sekaligus memberi kemenangan pada tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selama ini.
Sumber mendedahkan kerajaan, majlis serta wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sebulat suara bersetuju dengan desakan MTUC sebelum suatu laporan penuh dihantar ke Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.

Dua Beradik Yang Dikurung & Dirantai Diserahkan Kepada Bapa Saudara


Butterworth – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam.

Gambar: TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam.

Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).

Whatever happens... Lawan Tetap Lawan!!


Samada ke dalam ke dia... di luar ke dia, itu tidak penting. Yang penting... jangan putus asa. Lawan Tetap Lawan!! Perjuangan belum selesai selagi UMNO tak tumpor. Oleh itu, perjuangan mesti kita teruskan.

Ya... berjuang untuk perubahan. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya.

MYCC to investigate if AirAsia-MAS share swap has made airfares go up

MYCC to investigate if AirAsia-MAS share swap has made airfares go upPETALING JAYA- The Malaysia Competition Commission (MYCC) wants AirAsia Bhd and Malaysia Airlines (MAS) to provide more information and documents regarding their share swap agreement to find out if it could potentially put air travellers at a disadvantage.
The MYCC, which began operations yesterday, would continue its probe if there was a breach of anti- competitive behaviour and abuse of dominant position in the deal which was signed in August.
It is also surprising that no one has lodged a complaint with the commission regarding the AirAsia/MAS share swap and collaborative deal even though it was widely criticised by many quarters.

Dalam Tekanan : Noh Omar dinasihat tumpu pada tugas

Beliau perlu teliti perkara mengenai salah laku di kementerian beliau. Dengan masalah baja, padinya...itu patut diberi tumpuan, kata Shuhaimi Shafie.
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menasihati Datuk Seri Noh Omar agar menumpukan tugas sebagai menteri dan jawatannya dalam parti daripada terus mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Shuhaimi mendakwa wujud seorang tokoh korporat berusia 40-an yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diuar -uarkan menjadi orang nombor dua selepas Najib untuk menerajui Barisan Nasional (BN) Selangor.
Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
“Noh Omar perlu teliti perkara mengenai salah laku di kementerian beliau. Dengan masalah baja, padinya…itu patut diberi tumpuan.

UPSI jangan jadi 'institusi pengajian rimba'

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diingatkan agar tidak menjadikan universiti itu sebagai 'institusi pengajian rimba' di negara ini dengan tidak menghormati proses keadilan.

Tindakan UPSI menyingkirkan salah seorang pelajarnya, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim dari kolej kediaman Aminuddin Baki kampus itu yang terlibat dalam demonstrasi aman di hadapan pusat pengajian itu malam 1 Januari lalu, bagaimanapun jelas memperlihatkan sikap universiti tersebut yang mendahului proses undang-undang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pada hal pihak pentadbiran UPSI tidak sepatutnya mengenakan tindakan seperti itu terhadap pelajar terbabit kerana beliau tidak pun disahkan bersalah oleh mahkamah.

Maklumat diperoleh dari akaun NFC sendiri- Rafizi

PETALING JAYA 4 Dis : Ekoran pendedahan mengenai penyelewengan dana RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC), Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dipanggil untuk memberikan keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.
Menurut Rafizi, beliau akan menyerahkan dokumen asas yang diperolehi melalui satu kiriman email kepada pihak polis ketika memberikan keterangan jam 3 petang ini.
Dokumen itu, katanya, dihantar secara sulit seseorang yang tidak dikenali, dalam bentuk senarai perbelanjaan terpeinci dari akaun bank utama NFC.

UPSI : Polis muat naik video tangkis dakwaan kekasaran

Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.

Arab League monitors under criticism

Peniaga, penduduk bantah perobohan pasar besar TTDI

Suhakam panel visits Tung Shin Hospital

901 : Tahan Azmin Ali Segera - Syed Hassan Syed Ali

Kalau saya tidak ada 'consequence' tak payahlah kritik kuat-kuat. Tela'ahlah politik secara 'gentleman'

Saya telah banyak mendapat text sms yang mengatakan yang saya mendapat ramai sokongan dari orang ramai apabila saya dikatakan akan menyertai DAP. Tetapi ada juga yang memberitahu saya yang ada setengah yang mengkritik saya secara peribadi. Mereka bertanya apa yang akan saya lakukan jika saya di kritik secara peribadi itu.

Jawapan saya mudah: saya mungkin menjawab tentang isu politik yang penting, tetapi saya mengambil sikap untuk tidak memberikan reaksi kepada isu peribadi. Menggunakan isu peribadi dan menjawabnya akan membuatkan saya menjadi seorang yang tidak berkepimpinan dan tidak berfikiran. Saya hanya lebihkan beristighfar sahaja.

Di kalangan yang dikatakan mengkritik saya secara peribadi itu adalah di kalangan rakan-rakan blogger. Tak mengapalah. Lama kelamaan mereka akan tahu juga yang menggunakan isu peribadi itu melambangkan satu sikap yang tidak ada finesse dan tidak gentleman politiknya.

UPSI: Bukti UMNO-BN pinggirkan mahasiswa

PETALING JAYA, 4 JAN – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang bertindak zalim terhadap mahasiswa dan menuntut agar Datuk Seri Najib Razak campur tangan segera terhadap tragedi UPSI untuk membuktikan ketelusan Perdana Menteri dalam Program Transformasi Negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kita Siang berkata, apa yang berlaku terhadap pelajar adalah akibat keganasan pihak polis dan ia tidak patut berlaku kerana cara terbaik menanganinya ialah melalui pentadbiran universiti.
“Kejadian pada ambang tahun baru itu sangat dikesali, malah Perdana Menteri sendiri patut menunjukkan keperihatinannya supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Polis Terengganu Pantau Pergerakan Mahasiswa

Kuala Terengganu, 4 Jan : Polis negeri Terengganu Darul Iman kelmarin mengeluarkan amaran sedang memantau pergerakan pelajar IPTA di negeri berkenaan.
Ianya bagi memastikan tiada cubaan dilakukan mahasiswa untuk mengadakan sebarang demonstrasi dan perhimpunan haram berkaitan isu AUKU.
Ketua polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata setakat ini keadaan adalah terkawal.
“Tiada sebarang tindakan daripada pelajar IPTA yang berlaku berkaitan AUKU.
“Kita sentiasa pantau keadaan dan setakat ini tiada laporan negatif mengenai perkara itu.”, katanya dipetik Bernama kelmarin.

Tekanan Rakyat Dan Ekonomi : Singapura potong gaji menteri

Singapura akan memotong sekurang-kurangnya satu pertiga gaji para menterinya, tetapi mereka masih kekal sebagai menteri yang dibayar gaji yang terbaik di dunia.

Anwar: Pakatan has identified my replacement

The verdict will be out in Anwar’s sodomy trial on January 9. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Jan 4 — Datuk Seri Anwar Ibrahim said today Pakatan Rakyat (PR) has decided who will lead the pact if he is found guilty next week of sodomy charges and jailed ahead of a general election expected this year. The de facto PR leader did not, however, name his replacement in an interview today with US business news service Bloomberg.
“We have prepared the groundwork for a manifesto for Pakatan Rakyat and we are now in the final stages,” Anwar told Bloomberg in the interview.

Negara Zina : Siang jual Nasi Ayam, Malam Jadi Ayam

KUALA LUMPUR – Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.

Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an.

NFC : Polis akan dibekalkan bukti penyelewengan projek lembu petang ini.

NONEPengarah Strategik PKR Rafizi Ramli akan menyerahkan dokumen asas berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis petang ini.

Katanya, beliau bersetuju hadir dan memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana jam 3 petang ini.

"Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang tidak kenali.

"Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC.

Pasca Bersih 2.0 : Panel Suhakam lawat Tung Shin tapi belum puas hati

Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini masih belum mendapat gambaran tepat berhubung tindakan polis menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu selepas melawat lokasi kontroversi Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur

Lawatan yang diketuai timbalan pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee hari ini antara lainnya untuk menyiasat dakwaan bahawa polis telah menembak gas pemedih mata dan juga meriam air ke arah peserta yang berlindung di hospital berkenaan.