Selasa, 3 Januari 2012

Anwar downplays RPK attack

Bebas 901 : Pesan Anwar Kepada Rakyat

Pakatan masih curiga pembaharuan pilihan raya

Bangsa Melayu Menuju Kehancuran Bawah UMNO

Nur Amalina: Peduli orang lain kata, aku tanggung sakit setiap hari..moga2 allah beri pengampunan...!!

writes " Respons Nur Amalina di facebook terkini; Peduli orang lain kata, aku tanggung sakit setiap hari
Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.


 Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.
 
Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.
 
Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Mengimbas tahun 2011: Transformasi Najib bagai susu 1Malaysia

Laungan slogan "1Malaysia" berkumandang dalam perhimpunan UMNO pada Oktober 2009, dengan semangat berkobar-kobar untuk "berubah" sebelum diubah.

Pada ketika itu, UMNO baru sahaja menang dalam PRK DUN Bagan Pinang, selepas tujuh kekalahan berturut-turut dalam PRK di Semenanjung Malaysia, pasca 8 Mac 2008.  UMNO masih diselubungi suasana krisis, maka bahasa yang pragmatik berjaya menenggelamkan suara-suara perkauman.  Perwakilan dan pemimpin UMNO sebulat suara menyokong program transformasi yang dibawa Najib Razak.

LLG: Insiden keganasan UPSI memalukan sistem demokrasi

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan pasukan FRU menahan 17 orang termasuk 14 orang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan mencederakan dua orang pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dan Amar Rasyidi.  Pihak polis mencabul hak mahasiswa untuk tunjuk perasaan dan mengganasi mereka yang tidak bersenjata, sememangnya tindakan yang memalukan sistem demokrasi negara kita.

Kebebasan berfikir dan kebebasan untuk tunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan.  Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan.  Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih kekal dengan amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.

Kenapa keputusan perbicaraan Anwar penting untuk setiap Rakyat Malaysia?

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.  Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kuku besi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka.  Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah.  Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah.  Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Pasca Bersih 2.0 : Trak FRU uzur, tapi tindakan 'paling efisien'

Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan berkata, keadaan trak meriam air yang digunakan untuk mengambil tindakan ke atas peserta perhimpunan BERSIH berada dalam keadaan uzur.

Malah, anggota yang mengendalikan meriam itu juga tidak dapat melihat dengan jelas sasaran mereka ketika bertindak ke atas kumpulan berkenaan.

Pengendali meriam air berkenaan, Sjn Idzha Salim berkata, skrin pengadang trak berperisai berkenaan juga kabur dan telahpun mengalami keretakan.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan suasana kelam kabut dan juga keadaan hujan serta asap daripada gas pemedih mata yang ditembak sebelum tindakan menggunakan meriam air dijalankan, katanya.

Why Perkasa will not query abuse of zakat

Pasca Bersih 2.0 : FRU 'Tak sengaja' tembak meriam air

Dua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini memberitahu inkuiri Suhakam bahawa tembakan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dalam insiden 9 Julai merupakan insiden yang tidak disengajakan.

Pengendali unit meriam air tersebut, Sjn Idzha Salim berkata kesilapan itu antara lainnya disebabkan penglihatan yang terhad ketika kejadian pada kira-kira 2.40 petang itu.

Beliau bagaimanapun menghentikan tembakan air dengan serta merta apabila mengetahui bahawa kawasan yang menjadi tempat perlindungan peserta perhimpunan BERSIH itu merupakan kawasan hospital.

Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan

SHAH ALAM, 3 JAN : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.
Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.
Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.
"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

Penulis blog juga diugut jangan sokong 901

Rupa-rupanya terdapat amaran daripada PDRM agar para penulis  blog tidak mempromosikan kepada orang ramai atau menghasut mereka untuk menyertai Perhimpunan Raksaksa yang akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 ini atau berhadapan dengan tindakan.

Kalau tak salah, ini adalah kali pertama amaran sebegini dikeluarkan kepada penulis blog supaya tidak mempromosikan demonstrasi.

PRU13 : Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal

PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.

Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.

"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.

Keganasan polis bukti Akta Himpunan Aman lebih zalim – NGO

KUALA LUMPUR 3 Jan: Keganasan polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu membuktikan kezaliman Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan kerajaan baru-baru ini.
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), E Nalini berkata demikian ketika menemani Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), yang membuat laporan polis berhubung insiden itu, hari ini.
“Isu utama yang kita juga perlu lihat dalam insiden ganas polis di UPSI itu ialah di bawah RUU Perhimpunan Aman ini, nampaknya polis dibenarkan mengganas terhadap rakyat yang berhimpun secara aman.

‘Auntie Bersih’ beri ‘ceramah percuma’ pada wanita Umno

KUALA LUMPUR 3 Jan: Sekumpulan Wanita Umno mendapat ‘ceramah khas’ dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.
“Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman,” kata Annie.

Egyptians vote in parliamentary poll

When Wanita Umno comes a visiting ...

Video : Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam

AUKU - PERKASA Bantah Demonstrasi Di UPSI

Azmin : 100,000 ribu akan sertai kempen Bebas Anwar 901

Kepala Babi: Cubaan Provokasi Selepas Di Selangor

SHAH ALAM, 3 JAN: Tindakan meletakkan kepala babi di di dua lokasi kawasan Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya, Johor Bharu merupakan satu provokasi pihak yang muflis idea dan hanya ingin mencetuskan suasana tegang antara agama di Malaysia.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berkata, perkara penguatkuasaan undang-undang pencegahan yang serius perlu dilakukan memandangkan provokasi bersifat agama dan bangsa yang cetuskan oleh golongan-golongan tertentu boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam negara.
Mengulas lanjut katanya, seandainya mereka benar-benar terlibat, pendakwaan dan hukuman mesti dilaksanakan supaya perkara ini dapat dicegahkan dan tidak berulang semula di negara kita.
"Sekarang ini rakyat sedang memerhati apa tindakan seterusnya sebab banyak tangkapan yang dibuat, pendakwaan tidak dijalankan. Jadi dilihat seolah mengaburi mata orang ramai. Penglibatan remaja tidak mustahil mereka mungkin dibayar atau diupah oleh pihak tertentu. Yang penting adalah tindakan tegas. Kalau mereka benar-benar terlibat, tindakan perlu diambil," tegas beliau.

Noh Omar Dicabar Tidak 'Lidah Bercabang' Cabar Selcat


SHAH ALAM,3 JANUARI : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar tidak bersikap 'lidah bercabang' dalam mempersoalkan kedudukan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.
Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak mengikut perlembagaan.

Anwar says severed ties with RPK

Anwar, flanked by PAS President Datuk Seri Awang Hadi (left) and DAP veteran Lim Kit Siang at a joint press conference January 3 2012. — Picture by Jack Ooi
PETALING JAYA, Jan 3 — Datuk Seri Anwar Ibrahim said today he has stopped all forms of communication with Raja Petra Kamarudin since the Sarawak election, accusing the political blogger of “supporting Barisan Nasional”. The PKR defacto leader brushed aside Raja Petra’s critical remarks against him in recent interviews with Umno dailies Utusan Malaysia and News Straits Times.
“I have not contacted him since he supported Barisan Nasional in the Sarawak elections…there has been no communication for the last six months,” Anwar told reporters here.

Sepetang bersama Khalid Ibrahim

Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang merupakan seorang bekas tokoh korporat. Sebagai ahli politik, beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Ijok di Selangor. Beliau telah meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dan Mazir Ibrahim untuk berkongsi pandangan tentang kejayaan kerajaan negeri Rakyat Pakatan Selangor serta isu-isu politik semasa.
Boleh ceritakan sedikit latar belakang Tan Sri dalam politik?
Saya datang dari latar belakang yang mana saya mengurus dan memimpin syarikat besar. Terdapat lebih dari 20,000 orang pekerja yang bekerja di bawah saya. Saya datang dari syarikat korporat yang mengawal dan mengurus dengan jayanya hal-ehwal kewangan.
Apa yang saya boleh katakan ialah, saya tidak ada apa yang digelar sebagai waktu munasabah dalam menyesuaikan diri dalam arena politik. Saya sertai PKR pada 2006, saya aktif dalam politik selama dua tahun sehingga dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi, pasukan kerja terbentuk secara bersama. Ia bukan seperti apabila anda berada dalam sebuah pasukan yang sedia ada dan kemudian bergerak menjadi sebuah organisasi. Itulah gambarannya.
Bagaimana dengan cabaran sebagai Menteri Besar ?
Apabila menjadi Menteri Besar, saya rasa seperti semua orang bercakap, “Kau dalam neraka sebab semua orang akan pastikan dan berharap kau akan gagal.” Saya hargai jika diletakkan begitu (neraka), tetapi saya juga tidak mahu mewujudkan sebuah neraka lain.

PR Gesa SPR Sedia Hab Khas Berhubung Pilihanraya


PETALING JAYA, 3 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa kerajaan agar membersihkan senarai pengundi terlebih dahulu sebelum bersikap keghairahan menjalankan Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dalam memastikan proses demokrasi itu bergerak secara adil dan telus.Anwar berkata, menerusi perkembangan terkini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, pihaknya curiga dengan proses penyenaraian pengundi yang dilihat sering berubah walaupun pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya.

Ada Agenda : Kenapa PERKASA tak sentuh isu zakat?

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan salah guna wang zakat kerana ia merupakan isu yang sedang berjalan, kata presidennya Ibrahim Ali.

Dakwanya, isu itu berbeza dengan reaksi mereka terhadap ucapan hari Natal oleh paderi Eu Hong Seng yang dituduhnya merupakan isu nasional dan boleh menyebabkan permusuhan kaum.

Pakatan sedia hadapi kemungkinan Anwar dipenjara

Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

UPSI: Mahasiswa buat laporan polis, dakwa polis gunakan kekasaran

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kumpulan Aktivis mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat desakan kepada Polis Bukit Aman agar segera menyiasat kejadian keganasan polis sewaktu demonstrasi mereka di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika malam tahun baru lalu.
“Kami mendesak pihak polis Bukit Aman untuk melihat berkaitan perkara ini kerena kami percaya terdapatnya penyiasatan yang indipenden untuk menyiasat kejadian sebenar,” peguam mereka, Fadiah Najwa Fikri berkata kepada pemberita di sini selepas laporan polis dibuat.
“Terdapat ramai saksi yang melihat anggota polis menendang, dan memukul mahasiswa. Malah, kami sendiri ada menyimpan gambar dan video polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan itu,” tambahnya.

UPSI : Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam

NONEMahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti dan saksi yang menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.

"Kita percaya siasatan secara bebas untuk menentukan kejadian sebenar yang berlaku... Dan kita juga ada video dan gambar yang jelas menunjukkan mereka (polis) telah bertindak ganas dalam meleraikan himpunan tersebut.

"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Isu mahasiswa dibincang dalam Konvensyen Pakatan

PETALING JAYA, 3 Jan: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa kesal dengan insiden menimpa mahasiswa ketika mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu.

Sehubungan itu juga, isu mahasiswa akan dijadikan satu agenda besar pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

UPSI : Mahasiswa mahu anggota polis diheret ke mahkamah

KUALA LUMPUR 3 Jan: Anggota polis yang bertindak ganas pada himpunan pro kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 1 Januari lalu, perlu diheret ke mahkamah, tegas Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).
Presidennya, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tindakan itu penting bagi memberi keadilan  terutama kepada mahasiswa yang menjadi mangsa keganasan pihak berkuasa itu.
Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz (memakai kot) bersama peguam dari LFL, Fadiah Nadwa Fikri
“Tindakan ini penting kerana kesalahan anggota polis pada malam itu juga adalah satu jenayah dan polis tidak boleh melindungi atau mempertahan anggota seperti ini,” katanya.

901 : Pesan Anwar Kepada Rakyat


PETALING JAYA 3 JAN: Beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan berhenti desak perubahan.
Tegasnya Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir mereka akan selamat dengan memenjarakan beliau.
Walau dipenjara sekalipun, Anwar berkata keutamaan kini adalah memastikan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

UPSI: Bebas buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini  membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak polis ketika menyuraikan himpunan kebebasan akademik di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu.

Laporan itu dibuat oleh Jurucakap Bebas, Haziq Abdullah Abdul Aziz di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dalam laporan berkenaan, Bebas mendakwa pihak polis melakukan provokasi dan memukul mahasiswa agar mereka bersurai, meskipun berkali-kali mereka memberi jaminan himpunan akan berlangsung aman.

Charge ‘violent’ cops, say students

The alleged excessive force used on students who gathered on New Year's Day must be investigated and those responsible must be brought to court.

KUALA LUMPUR: The police have been urged to investigate the alleged use of excessive force in dispersing students who gathered at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) in Tanjung Malim, Perak, in the early morning of New Year’s Day.
A representative of the students and spokesperson for the Movement for Academic Freedom (Bebas) Haziq Abdullah Abdul Aziz said the policemen involved must be brought to court.
“Those who attacked the students should be charged and punished so this does not happen to other Malaysian citizens,” he told reporters outside the Dang Wangi police headquarters here.
Among other violations, Haziq alleged that the police arrested the students violently and without proper reason.

Pengundi tanpa hadir: Keputusan Jumaat ini

Tidak seperti di Afrika Selatan dan Singapura, rakyat negara ini  yang bekerja di sektor swasta di luar negaratidak dibenar melaksanakan hak mereka untuk mengundi kerana tidak diklasifikasikan sebagai pengundi tidak hadir.

9 Januari himpunan aman, bukan bikin huru-hara

KUALA LUMPUR 3 Dis : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini, adalah aman dan bukan untuk menimbulkan huru-hara.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perhimpunan tersebut diadakan untuk memberi sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau  menyangkal kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mendakwa perhimpunan itu kononnya bertujuan menghasut orang ramai dan menggugat ketenteraman awam.

DAP to ‘sacrifice’ seats for Malay candidates

Party leaders have been reportedly meeting with “Malay opinion-makers in small closed-door discussions”.
KUALA LUMPUR: Speculation is rife that DAP will ‘sacrifice’ 10 of its safe seats for its new Malay members.
Sources said although no ‘conclusive decisions’ have been made, the party leaders were discussing matters with potential candidates.
‘Basically DAP will sacrifice its safe seats as a goodwill to its Malay candidates.The objective is to show that the party is not anti-Malay,” said the source.
DAP is apparently aiming to field their ‘winnable’ Malay candidates in parliamentary seats.
“From what we know, the party has identified seven parliamentary seats for their winnable Malay candidates. The others are state seats. Some may contest in both seats.

Un-Islamic to have RCI: Muslim NGOs rush to side Putrajaya in Sabah Mykad row

Un-Islamic to have RCI: Muslim NGOs rush to side Putrajaya in Sabah Mykad rowSabahans on the one side, and the illegal immigrants and their descendents on the other, are still going at each other hammer-and-tongs over the proposed Royal Commission of Inquiry (RCI) into the origin and presence of the latter in the state.
Not a day goes by without some outfit or other, claiming to represent the illegal immigrants, going to the media with their strong reservations, if not objections to the proposed RCI. In fact, all these so-called organisations should be deregistered without batting an eyelid since they are in defiance of the state and Federal Constitutions.
None of the objections merit consideration since they are either couched in threatening and inflammatory language or accompanied by hare-brained reasons which border on the bizarre.

Momentum revolusi politik global


Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS
KEBANGKITAN rakyat, protes, revolusi menjadi buzzwords sepanjang setahun lalu, apabilhttp://gbgerakbudaya.com/bookshop/images/books/9789833172382.jpga dunia menyaksikan rakyat di seluruh dunia, dari Eropah ke Afrika Utara hingga ke Asia Tenggara bangkit memprotes dan menuntut hak demokratik mereka sebagai rakyat.
Tiga diktator, Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali, Presiden Mesir Hosni Mubarak dan pemimpin Libya Kolonel Muammar Gaddafi, tumbang akibat kemarahan rakyat, manakala ramai lagi menunggu dalam ketakutan akan nasib mereka berhadapan kuasa rakyat.

Domino-domino yang tumbang di rantau Afrika Utara dan Asia Barat mencetus satu trend global baru yang sedang dan akan terus memberi kesan kepada kerajaan-kerajaan seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia.
Tulisan dalam buku Revolusi Global: Dunia Dalam Era Kebangkitan Rakyat oleh Haris Zalkapli terbitan Harakah mempersembahkan bagaimana jumlah generasi muda yang semakin meningkat, terutama di Afrika Utara dan Asia Barat, dan semakin ramai yang menerima pendidikan tinggi peringkat universiti sehingga membolehkan generasi muda ini mempunyai kesedaran terhadap politik dan perkembangan di sekeliling mereka.

Parti Tajaan British Terus Berkuasa!!!


Oleh Musli Oli
Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC adalah parti politik yang diilhttp://3.bp.blogspot.com/_bR10UkQfBXU/S8Xe6gXtL_I/AAAAAAAAC7Y/Rtgk_oNpQ9o/s1600/No+BN+No+Prob+1.gifham kerajaan penjajah Inggeris. Parti-parti itu ditubuhkan berasaskan kaum. UMNO untuk kaum Melayu, MCA untuk kaum Tionghua dan MIC kaum India.

Di Britian parti politik berasakan falsafah perjuangan. Sebagai contoh Labor Party, Conservative Party dan Liberal Democrat.

i

Pertubuhan itu akhirnya menjadi gerakan bawah tanah yang dikenali sebagai Irish Republican Army (IRA).

Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat desakan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan di Asia dan Afrika. Britian pada mulanya hanya bercadang memberi taraf kerajaan sendiri bukan kemerdekaan penuh kepada Malaya.

Cara Sujud Yang Betul - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

Adakah Nabi Bertemu Allah Di Langit - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

Masuk Syurga Bukan Dengan Amalan Baik - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

Doa Anak Jadi Imam Syafie / Bukhari - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

Kadar Nafkah Bagi Isteri - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lelaki Pakai Baju Warna Pink - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Ustaz Azhar Idrus

UPSI : Cermin Pecah, Cedera Badan Bukti Kukuh

Kuala Lumpur, 3 Jan : Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.
Isterinya, Masturah Abu Bakar menyatakan, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya...

Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya. Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam. PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central. Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus.

Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara. Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut.

Hutang Umno Pada Budi Orang Melayu

Ariff Sabri Abdul Aziz   
Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula-mula di keluarkan oleh Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya MI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today... Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.
 
Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan Umno, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip-prinsip tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal – seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip-prinsip.

Keyakinan perniagaan rapuh menuju 2012

Keyakinan perniagaan global menuju 2012 rapuh dan dalam serba sukar, demikian menurut angka yang terkandung dalam Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR), kajian perniagaan tersenarai dan milik persendirian, yang dikeluarkan oleh Grant Thornton.

Dengan prospek ekonomi global yang dikuasai oleh krisis di zon euro, kebimbangan semakin meningkat bahawa pertumbuhan perniagaan akan menjadi lebih sukar daripada 2011.

Penyelidikan terkini, yang diperoleh daripada temu bual dengan 2,800 perniagaan di seluruh dunia dan dijalankan pada November/Disember, mendedahkan bahawa keyakinan perniagaan global pada suku keempat 2011 pada sifar bersih peratus.

Dengan kedudukan di bahagian bawah carta keyakinan, tahap keyakinan telah menurun daripada +56 peratus kepada -4 peratus.

Dakwaan Kontrak Lounge Suit : Nga Saman Penulis Blog RM10 Juta

Post Pic
SHAH ALAM, 3 JAN : Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya dalam laman sosial Facebook hari ini.

Penjara Dan Denda : Remaja Mengaku Bersalah Curi Selipar.

alt
KOTA BHARU - Didenda RM5300 dan dihukum 2 hari penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca dihadapan Majistret  Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.
Antara barang yang dicuri dua bersaudara Zaima Abidin, 24, dan pesalah juvenil, 17, adalah tiga gel rambut Super Hard Sky, satu minyak rambut GatSby Water Gloss dan tiga seluar panjang.
Berdasarkan fakta kes, mereka meletakkan barangan tersebut di dalam beg masing-masing sebelum tindakan disedari pengadu yang kemudiannya menahan mereka sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Pada prosiding semalam, kedua-duanya mengaku bersalah menyebabkan Majistret mengenakan denda RM3,500 atau lapan bulan penjara terhadap Zaima manakala, denda RM1,800 atau penjara lima bulan terhadap adiknya.

UPSI - PERKASA Bantah Keras Mahasiswa Berdemo.

alt
 
KUALA LUMPUR 3 Jan. - PERKASA membantah keras tindakan Kumpulan Pro Mahasiswa yang melakukan demonstrasi pada malam Tahun Baru 2012 di perk arangan luar UPSI baru-baru ini.
Sambil menceritakan pengalaman beliau menyertai demonstrasi Mahasiswa pada era 70an, beliau menjelaskan terbukti bahawa pelbagai kesan Negatif bakal berlaku jika pihak Mahasiswa berterusan menganjurkan perhimpunan berbentuk desakan keras terhadap Kerajaan.

Lajim Ukin mahu keluar Umno?

KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar kiri) jika mahu keluar daripada Umno BN.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.
“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN.
“Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.
Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.

UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman

smm protest in sultan idris university 010112 05Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Video : UPSI Rally against AUKU

Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

Polis hanya ulang tayang skrip basi - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

Nik Aziz lahir simpati dengan mahasiswa

(Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya)
KOTA BHARU, 3 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).

Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.

Lagi tamparan kepada MCLM berhubung artikel RPK

Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

MSK : http://ariffaspan.dap



MSK

Yahoo!!
Semalam hari kedua 2012 dan suasana semakin panas dan mengharubirukan. I love it!!
Kisah Raja Petra semakin panas dan diikuti dengan perletakan jawatan Haris Ibrahim sebagai Presiden MCLM untuk menumpukan sepenuh masa kepada ABU. Kemudian ditambah pula dengan kemasukan Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias kedalam DAP. Cantik!!
Aku bukan nak puji sapa dan dan nak kutuk sapa. Aku dah puas kutuk orang…tapi tak bermakna aku akan berhenti mengutuk orang selepas ini.
Apa cuma nak imbas kembali apa yang aku tulis dalam tahun 2011.Seronok membaca kembali tulisan-tulisan lama yang berbentuk ramalan semakin menjadi realiti dari hari kehari.

Bebas 901: Tolong Halang Kebanjiran Penyokong LGBT Dan Kumpulan Pengacau....

Himpunan 901 Tolong Halang Kebanjiran Penyokong LGBTMAKLUMAT yang baru penulis terima mengatakan UMNO dan BN telah membentuk kumpulan pengacau untuk mengganggu himpunan rakyat untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ‘Gerakan 901′ pada 9hb Januari nanti di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia adalah tambahan kepada pengacau dari Perkasa yang turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.
Berbezanya, kumpulan pengacau ini akan terdiri daripada golongan gelandangan dan penagih dadah sekitar Kuala Lumpur yang akan berpura-pura menyertai perhimpunan tersebut kononnya untuk memberi sokongan kepada Anwar sedangkan hakikatnya, kehadiran mereka disitu ialah untuk mencetus kekacauan seterus membenarkan tanggapan yang sedang tersebar meluas bahawa perhimpunan tersebut bermotifkan politik dan kacau bilau.
Tambah mengejutkan, sumber tersebut menyatakan kepada penulis bahawa kumpulan pengacau ini juga akan turut disertai sekumpulan orang yang berpura-pura mewakili golongan Lesbian,  Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Zahid Hamidi bohong lagi

PETALING JAYA, 3 JAN – Apabila gagal mempertahankan diri setelah melakukan kesalahan atau kesilapan, sudah menjadi resmi pimpinan UMNO dan Barisan Nasional mengalih pandangan dengan membuat tuduhan liar terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.
Dalam isu terbaru, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seakan kering akal apabila menuduh Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua sebagai ‘alat’ negara luar.
Justeru, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mencabar Zahid supaya menunjukkan bukti kukuh dan mendakwanya di mahkamah sekiranya benar beliau (Pua) adalah ‘alat’ kepada seorang profesor luar negara.
“Jika Menteri itu gagal membekalkan bukti kukuh, maka beliau sepatutnya menarik balik kata-katanya dan membuat perakuan minta maaf kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua yang telah mendapat transkrip komen Zahid kepada sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 Januari lalu mendedahkan apa yang dikatakan oleh menteri tersebut:

Sarawak: Adakah ini bala Tuhan?

Oleh Mazir Ibrahim

3 JANUARI – Suatu waktu dahulu, orang Sarawak merasa sangat terhina apabila orang Semenanjung ‘mengejek’ mereka kerana beranggapan masyarakat di sana masih bercawat dan tinggal di atas pokok. Stigma ini mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang kurang maklumat serta kurang rasa kepedulian di samping kelemahan komunikasi.
Kini stigma itu semakin luput dan diganti pula dengan khabar yang begitu kontra. Kebanyakan orang Semenanjung beranggapan bahawa orang Sarawak kini, yang datang bekerja atau belajar di Semenanjung, adalah mereka yang sangat berkemampuan.
Hujahnya sekadar kerana mereka mampu ‘niki belon’. Apatah lagi jika mereka itu datangnya dari Miri, daerah minyak yang kaya dan mewah.
Rupa-rupanya, masih ada segelintir kita yang masih dangkal akalnya. Jika stigma ‘cawat’ dahulu tidak benar, adakah anggapan hari ini perlu dianggap benar?

Sibu : Lima Sekeluarga Mati Dibunuh

Post Pic
SIBU, 3 JAN : Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang merupakan ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.