Khamis, 18 Oktober 2012

Krisis Syria - Krisis antara Syiah-Sunnah


Yang jelas krisis di Syria bukan lagi krisis kebangkitan rakyat seperti di Tunisia,Mesir dan lain2 negara teluk.

Sebab kalau diselidiki secara rasional,Basyar bukanlah sekejam pemimpin2 Arab Tunisia,Mesir dan lain2 pemimpin negara teluk.Jauh sekali kalau dibandingkan dengan Muammar gadaffi atau pun Mubarak apa lagi Saddam Hussein.



Mungkin benar bapanya Assad dulu agak sedikit kejam itu pun taklah sekejam Saddam Hussein.Apa yg sebenarnya berlaku adalah golongan sunnah diSyria ambil kesempatan dari peristiwa di Tunisia.Mesir dan lain2 negara teluk untuk berselindung disebalik kebangkitan rakyat untuk jatuhkan Basyar dari golongan Alawiyyin ini.



Mereka tidak menjangka yg tindakan mereka akan membabit pertelingkahan antara syiah dan sunnah.Sudah tentu golongan syiah tidak akan beri laluan.Mereka sudah lama merasa penderitaan dibawah rejim sunnah.Dari sejak wafatnya Saidina Ali Abi Thalib,penyokongnya telah disembelih dgn zalim oleh puak2 sunnah termasuk anaknya sendiri al-Hussein diKarbala'.Dan kalau lah tidak selamatnya anak lelaki al-Hussein,Zainal Abidin,sudah tentu pupuslah keturunan rasulallah. Dan penyembelihan berlaku berterusan dizaman pemerintahan Umaiyah dan berlangsung kezaman Abbasiyah sehinggalah Allah menurunkan bala' dengan mengirimkan Hulaku yang menghancurkan kerajaan Islam itu.
Tapi Allah maha kaya,akhirnya keturunan Hulaku ini memeluk islam dan kerajaan islam kembali menguasai dunia melalui dinasti Othmaniyah sehinggalah jatuh selepas peperangan dunia pertama.Tetapi penyembelihan terhadap syiah terus berlaku hebat di era moden ini di Iraq bawah Saddam Hussein,orang2 syiah dibunuh dengan kejamnya.Begitu juga di Pakistan,masjid2 syiah dibom.Tetapi semua ini orang2 sunnah tidak nampak dan mereka tidak kisah pun.Jadi hari ini sunnah akan menerima pembalasannya berikutan krisis di Syria ini.
Jadi orang2 sunnah sepatutnya mencermin diri dulu siapa yang sebenarnya ganas dan zalim.Jangan buat tuduhan melulu tanpa teliti.Syiah berhak membela diri terhadap cerobohan sunnah tanpa henti2.
Sepatutnya sunnah mesti terima baik keujudan syiah ini.Adalah sia2 mengapi2kan kembali permusuhan yang telah lama yang masih berparut ini.Mesti ada langkah atau jalan yang boleh di ikhtiarkan untuk sekurang2nya kalau tidak pun bertegur sapa,tapi sekurang2nya boleh hidup berjiran dengan menghormati hak masing2,sudah cukup baik.Adalah mustahil untuk hapuskan golongan yang tidak sejalan dengan kita secara paksaan.Kita sekarang hidup bukan zaman Genzgis Khan-yang gagah mengalahkan yang lemah.
Sekian dulu pandangan saya tentang isu ini.Saya amat mengalu2kan perbicaraan secara ilmiah tanpa menyentuh benar atau salahnya akidah masing2.Sebab bila kita pergi kepada akidah syiah dan akidah sunnah-siapa salah siapa benar,sampai kiamat tak kan selesai isu ini.Kita kena akui akidah yang dianuti masing2,salah benarnya kita serah kepada Allah esok di hari pembalasan menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA