Sabtu, 11 Ogos 2012

Umno punca perpecahan orang Melayu

"Tun Mahathir Mohammad pernah berkata umno parti busuk dan buruk. Pelik juga macam mana umno parti yang buruk dan busuk dinilai sebagai parti terbaik dan boleh menyatukan orang Melayu di Negara ini.

Sejarah telah membukti umnolah parti yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat 46 dan parti keadilan rakyat.

Pengasas PAS, mereka terdiri daripada orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.


Macam mana Tun Mahathir boleh kata umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Negara Malaysia ini.

Kita tidak nafikan umno parti terbaik kerana masih kekal menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah Negara ini.malahan boleh kita sebut ia sebagai parti juara pandai buat duit.

Tetapi kena ingat umnolah parti terbaik mengkhianati bangsa Melayu sehingga populasi orang Melayu terhakis.

Memang Umnolah yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan ikut tertunjuk penjajah membuat para pemimpin kayaraya rompak wang rakyat di simpan di luar Negara.

Dahulu penjajah yang ambil hasil masysul negara, tapi kini para pemimpin umno yang hantar hasil negara keluar negara.

.Umnolah parti terbaik melatih para pemimpin jadi benci kepada undang undang Islam dengan slogan hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sains dan teknologi.

Dunia iktiraf Malaysia kerana Malaysia mengekalkan undang undang read ( kafir) Cuba laksanakan undang undang islam. Sudah tentu Malaysia dikutuk dan di pulau.Mungkin diserang.


Kita mahu orang Melayu bersatu kerana bersatu itu membuat kita kuat tetapi bukan dibawah parti Umno.

Kenapa? Kerana umno parti merestukan para pemimpin makan rasuah dan riba yang dikutuk oleh Allah.

Memang parti umno tidak boleh diharap untuk memperkasakan bangsa Melayu sebaliknya telah, sedang dan akan menghancurkan orang melayu di negara Malaysia ini.

Kalau rakyat membiarkan umno/BN terus memerintah Negara Malaysia, tak mustahil orang Melayu akan jadi macam rakyat Palestin suatu masa nanti.

Kalau nak bersatu, kena ikut apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran iaitu hendaklah berpegang teguh dengan tali Allah.Lebih lebih ia memberi rahmat seluruh alam.

Soal PAS, parti keadilan parti serpihan kena kembali kepada asal suatu yang sangat tak relevan, kerana bersatu atas lain selain atas nama Allah ia akan menemui kegagalan.

Atas sebab itulah umno setakat ini tidak pernah berpijak di alam nyata. perjuangan Umno adalah perjuangan yang batil kerana tidak ikut acuan yang disedia oleh Allah.

Umno sah parti terbaik menolak penubuhan sebuah Negara Islam.Buktinya ia tetap mempertikaikan perlaksanaan undang undang islam di Negara Malaysia ini.

Macam mana hendak satukan orang Melayu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA