sebagaimana beraninya Mat-mat Bangla ini turun bersama himpunan anti BERSIH tajaan Umno tempoh hari?
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang merangkap ketua umum parti PKR memberi amaran,.. jika warga asing berani turun mengundi dalam pilihan raya akan datang ini, mereka akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan nanti.
Amaran ini ditujukan kepada semua pendatang asing, termasuk Mat-Mat Bangla yang berselerak di seluruh negara .Tentu kita masih ingat dalam himpunan anti BERSIH 2 dulu, Mat Bangla telah dipergunakan oleh Umno dalam himpunan anti BERSIH 2 yang dipimpin oleh Khairy Jamaludin tidak berapa lama dulu.(lihat gambar sebelah)
Untuk PRU 13, walaupun mereka ini ada kad pengenalan biru yang disedekahkan secara tidak sah, hakikatnya mana-mana pendatang asing adalah tidak layak untuk mengundi, namun jika mereka berani turun mengundi pada hari tersebut, maknanya mereka telah mempermainkan undang-undang negara,. sekali gus merampas hak rakyat Malaysia dan perkara ini tidak harus dibiarkan !! .
Seperti yang telah didedahkan oleh pembangkang dan blogger-blogger pro pembangkang, ratusan ribu warga asing telah diberi kad pengenalan biru dengan begitu mudah, oleh tangan-tangan ghaib yang berselindung di sebalik SPR dan JPN. Tujuannya memang sudah pasti,..bagi membolehkan mereka mengundi untuk memenangkan calun UmnoBn. Perbuatan ini adalah sangat tidak adil!!
Persoalannya,.. Kalau warga asing ini turun mengundi pada PRU ke-13 nanti, apakah kita rakyat Malaysia hanya berdiam diri?. Siapa yang mampu menyekat atau menghalangnya? Mungkinkah agen parti-parti tertentu dibenarkan untuk mengambil sesuatu tindakan? Atau perlu wujud satu badan berkecuali untuk mengawasi perkara ini ! (Bukan dikalangan SPR, kerana SPR adalah sebahagian dari Umno !! )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA