Katanya Jentera Pilihan Raya Wanita BN kini dalam mod menyerang untuk meraih sokongan pengundi wanita yang berjumlah 51.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negeri itu yang ditadbir oleh pembangkang.
Katanya kekuatan jentera pilihan raya Wanita BN adalah di peringkat akar umbi dan kini mereka tetapi teguh untuk menghadapi segala cabaran bagi memastikan PRU ke-13 milik BN.
"Pembangkang kini terdesak dan akan melakukan apa saja untuk melemahkan kita, tapi wanita harus tetap teguh menghadapi segala cabaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan jentera pilihan raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji di sini, hari ini.
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata semua ahli wanita BN kini memainkan peranan kritikal untuk memastikan kemenangan BN pada PRU ke-13. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA