SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Sabtu, 3 Mac 2012

GMJ beriltizam hapuskan penjajahan Zionis


AMMAN – Puluhan delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) dari pelbagai negara bertemu pada 26 dan 27 Februari lalu bagi mengkaji pelbagai langkah untuk menjayakan beberapa agenda.

GMJ“Pertemuan ini merupakan agenda antarabangsa lintas agama dan negara,” ujar Dr Armouthy, seorang tokoh nasional Jordan dalam sambutan pembukaan.
Perhimpunan ini diadakan bersempena acara International Commitees Conferences of GMJ di sini bagi mengkaji lebih 20 laporan perkembangan daripada perwakilan negara anggota dan menghuraikan langkah-langkah teknikal pada 30 Mac 2012.
“Tema pembebasan, kemerdekaan dan antipenjajahan adalah masalah yang menjadi tanggungjawab semua orang dan sejak dulu menjadi masalah yang selalu diperjuangkan,” tambah beliau lagi.
Di hadapan para peserta persidangan, beliau menegaskan pelbagai elemen antarabangsa hampir seluruhnya tidak bersetuju dengan pendudukan, Yahudisasi, tindakan penangkapan serta  pengusiran penduduk Jerusalem yang dilakukan Israel.

“Saya mengucapkan selamat datang kepada para peserta, semoga dapat menghasilkan langkah-langkah berkesan bagi melenyapkan penjajahan,” katanya.
“GMJ merupakan agenda milik semua, lintas agama, faham agama, pemikiran, negara, dan sesiapa yang mempunyai perhatian terhadap pembelaan hak asasi manusia,” ujar Zaher Birawi selaku anggota eksekutif jawatankuasa GMJ antarabangsa. Beliau menyeru para peserta agar terus bekerja memperluas rangkaian komunikasi dan koordinasi ke pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Zaher berharap para peserta dapat memperluas liputan dan pemberitaan di media massa, baik cetak atau elektronik.
“Saya harap seluruh anggota dari pelbagai negara akan melakukan kempen media bagi  menyebar luaskan GMJ,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA