Isnin, 19 Mac 2012

Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah?

pembantu rumah indonesia Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah?
Pertama, orang Indonesia (pembantu rumah Indonesia) suka datang ke Malaysia, sebabnya sebelah saja, tak jauh pun. Naik tongkang tak sampai setengah hari pun boleh sampai. Lagipun gaji di Malaysia lebih tinggi di negara asal mereka. Negara asal masih belum mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding di Malaysia.
Satu lagi, pembantu rumah Indonesia tidak perlu belajar bahasa baru dan sememangnya Malaysia menjadi destinasi yang “short cut” bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup. Dan sebab apa dilihat kerajaan Indonesia begitu beriya-iya membuat tuntutan baru tanpa perbincangan kerajaan Malaysia terlebih dahulu?

  1. Mudah sahaja. Sebab sememangnya ada permintaan kalangan keluarga di Malaysia atas alasan yang tersendiri
  2. Itu sebab, mereka tampil berani membuat pelbagai tuntutan yang kadangkala keterlaluan
Jadi akhirnya wujudlah apa yang berlaku sekarang ini masalah seperti yang sedi ada sekarang di mana kedua-dua kerajaan dilihat bermain “tarik tali”.
Amah Indonesia Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah? Walaubagaimanapun, kalau ikutkan sebenarnya sekarang ini kita (majikan) bukannya dipaksa, tetapi diberikan pilihan samada mahu ambil ataupun tidak? Buat apa bayar mahal-mahal gaji pembantu rumah Indonesia sedangkan hasilnya belum tentu sepadan dengan “harga mahal” yang perlu dibayar oleh majikan Malaysia :
  • Makan minum disediakan
  • Tempat tinggal disediakan
  • Gaji pembantu rumah Indonesia sebanyak RM700 tidak terusik
  • Hasilnya? Belum tentu ada kualitinya…
  • Jikalau benar-benar boleh buat kerja, tidak perlu perjanjian pun selalunya majikan dengan ikhlasnya akan sendiri mengambil tindakan menaikkan gaji
Kami melihat perkara ini daripada 2 aspek yang berbeza di mana :
  1. pembantu rumah kena kemas rumah + memasak + menjaga anak-anak kecil anda di rumah + basuh kereta tiap-tiap pagi), pada kami gaji RM700 agak munasabah
  2. dari satu aspek yang lain pula – rumah kecil, anak kecil tiada, dapat pula amah yang pemalas, gaji RM700 itu memang tak patut.

Isu Pembantu Rumah Indonesia: Kenapa Begitu Ramai Sekarang Berminat Mengambil Amah?

Kadang-kadang kami perhatikan situasi rumah kecil, sedangkan anak-anak sendiri bilik tidur tidak mencukupi, pendapatan bulanan pun tidak seberapa, tetapi masih lagi lagi berkeinginan untuk menggunakan pembantu rumah. Sebabnya mereka ada 3 pilihan. Katakanlah mereka ada 3 orang anak.
  1. Kalau hantar ke taska, perbelanjaan yang perlu disediakan untuk 3 orang anak adalah sekitar RM700. Masih lagi ramai yang tak mampu!!
  2. Akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah yang kadarnya lebih murah iaitu sekitar RM450-RM500 sebulan. Tapi, akhirnya banyak kerja di rumah dapat diselesaikan.
  3. Nak buat sendiri kerja rumah daripada A-Z? Belum tentu ramai yang boleh. Dunia sekarang dah berubah. Tidak seperti mak-ayah kita di kampung dahulu. Sekarang ini di Malaysia mahu atau tidak masing-masing  perlu bekerja (suami isteri)  jika mahu terus menampung kos sara hidup di Malaysia
  4. Masing-masing ada alasan tersendiri untuk memliki pembantu rumah Indonesia sendiri
Kalau benarlah pembantu rumah Indonesia yang disalurkan adalah benar-benar berkualiti, kami merasakan penawaran gaji RM700 setiap bulan masih lagi munasabah. Tetapi apa jaminannya ke majikan selepas itu? Bagaimana jika pembantu rumah Indonesia yang dibekalkan tidak mencapai KPI yang ditetapkan?
Gaji Pembantu Rumah Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah? Tetapi apabila kerajaan Indonesia mula menetapkan setiap pembantu Indoensia hanya bekerja untuk satu kerja khusus semata, bagi kami ia agak keterlaluan. Sepatutnya terma perjanjian antara Indonesia-Malaysia biarlah munasabah, masing-masing dijamin haknya baik pembantu rumah Indonesia yang mahu mencari nafkah di Malaysia mahupun majikan yang berkemampuan untuk menggunapakai khidmat pembantu rumah. Kemudian barulah sesuai untuk majikan membuat pilihan.
Pembantu rumah Indonesia diberikan pelbagai kemudahan dan perlindungan sepanjang mereka bekerja di  Malaysia tetapi dalam masa yang sama majikan terus dihimpit risiko sepanjang menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia, yang maih lagi belum selesai sehingga ke hari ini
Benar memang ada pembantu rumah Indonesia yang tidak boleh diharap, tidak berpadanan dengan kos & perbelanjaan yang ditanggung sepanjang membawa mereka masuk berkerja di rumah kita. Jadi memang perlu ada mekanisme yang win-win situation antara pihak negara Indonesia-Malaysia. Indonesia sudah pasti mahu yang terbaik untuk rakyat negara mereka.
Jadi pihak kerajaan melalui Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Malaysia khususnya dan Kementerian Sumber Manusia perlu lebih peka implikasi MoU pengambilan pembantu rumah baru-baru ini yang memberikan kesan kepada majoriti rakyat Malaysia yang memerlukan pembantu rumah atas sebab-sebab tertentu. Kenapa pihak Malaysia kena selalu dilihat mengalah oleh pihak negara Indonesia?
“Bandingkan statistik antara jumlah pembantu rumah yang lari berbanding majikan yang dera pembantu rumah Idonesia

Isu Pembantu Rumah : Cadangan Mengurangkan Kebergantungan Pembantu Rumah Indonesia

Ya…….mungkin sudah tiba masanya kerajaan sudah boleh mempertimbangkan satu kursus khas melibatkan pengurusan dan pengendalian rumah dan tangga di kolej-kolej kemahiran yang terpilih. Memang akan ada permintaan. Akhirnya nanti Malaysia mampu menghasilkan pembantu rumah yang berkualiti dan profesional. Kami perhatikan di US mereka amalkan konsep pemakaian seragam sebagai pembantu rumah. Tampak kemas dan cukup bertika sepanjang menjalankan tugas.
Harap kerajaan mencari jalan penyelesaian & alternatif lain. Sampai bila lagi mahu bergantung kepada pembantu rumah Indonesia contohnya ddan terus-menerus membiarkan warga asing masuk ke Malaysia. Jika perketatkan pengambilan lagi bagus sebenarnya.
Boleh gunakan konsep “daily maid”, di mana majikan tidak perlu menyediakan tempat tinggal untuk mereka. Di mana masyarakat kita dilihat lebih senang membiarkan pembantu rumah asing tinggal di rumah kita, tidak kira di stor ataupun di bilik khas.  Walhal memasukkan orang luar ke rumah tinggal sekali itulah sebenar yang membawa kepada adanya risiko.
nursery Malaysia Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah? Ataupun pejabat-pejabat boleh sediakan nursery seperti yang ada di Menara TM. Ada nursery di bawahnya. Ibubapa pun akhirnya jarang yang akan EL(emergency leave). Kerajaan boleh mempertimbangkan pelepasan cukai bagi mana-mana syarikat yang menyediakan nursery untuk kalangan kakitangannya yang telah mempunyai anak. Kerajaan juga dalam pada masa yang sama, boleh mencontohi negara Sweden dan negara eropah yang lain di mana mereka “berjaya” menyediakan pusat jagaan anak-anak yang lebih baik dan sektor swasta juga digalakkan menjalankan perkehidmatan seperti ini secara profesional. Ya…secara profesional.
“Bukannya asal ada”
Dan asuh ibu-ibu tunggal yang “tidak kisah” untuk bergelar pembantu rumah tunggal di pusat-pusat kemahiran yang terpilih. Gunakan rakyat Malaysia semaksima yang mungkin. Orang-orang Malaysia patut ambil kesempatan untuk menyediakan servis-servis bagi menggantikan pembantu rumah ini seperti menyediakan weekly cleaning, daily home managers dan sebagainya. Ramai lagi orang Malaysia  yang perlukan kerja.
Adakan akta-akta dan sistem bagi menjaga kebajikan kebajikan pemabntu rumah dan juga dan tuan rumah. Secara tidak langsung kita, Malaysia sudah bergerak untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah Indoensia secara perlahan-lahan.
Isu pembantu Rumah Indonesia : Antara Tuntutan Kerajaan Indonesia
  1. Bayaran RM4,511 untuk membawa masuk pembantu tersebut
  2. Seorang pembantu rumah Indonesia hanya menjalankan  satu tugas khusus sahaja
  3. Bayaran upah setiap upah adalah sebanyak RM700 sebulan
  4. Pembantu rumah Indonesia yang mula dikirim ke Malaysia bulan depan akan dilatih dalam empat bidang iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah. Mereka diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 200 jam yang mengambil masa 21 hari.
  5. Majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan
  6. Pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu
  7. Pembantu rumah Indoensia dibenarkan memegang pasport sendiri
  8. Perlu membayar upah lebih masa RM27 sehari bekerja jika memerlukan khidmat pembantu  itu pada hari cuti rehat mingguan
  9. Memperoleh gaji termasuk upah sekurang-kurangnya RM808 sebulan sekiranya mereka bekerja penuh sebulan tanpa hari cuti mingguan.
Pembantu Rumah Indonesia ke Gaji Pembantu Rumah Indonesia RM700 Untuk Satu Kerja. Wajarkah? Dan mungkin suami pun kenalah pandai main peranan. Dah tahu isteri penat bekerja, balik kerja kena jaga anak lagi, masak, kemas rumah, pandai-pandailah uruskan yang lain. Contohnya basuh pinggan, basuh kain, buat susu anak, sekurang-kurangnya orang kata dapat sama-sama ringankan kerja antara satu sama lain. Bekerjasamalah baru tak rasa beban. Nescaya kita sebenarnya tak perlukan pembantu rumah Indonesia ini. Perhubungan keluarga pun bertambah erat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA