Jumaat, 9 Mac 2012

Gaji Baru SSM (Kenaikan 7-13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini?

gaji baru kakitangan awam Gaji Baru SSM (Kenaikan 7 13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini?
Tiada lagi gaji baru SBPA bagi kakitangan awam. SBPA sudah tinggal “sejarah”. Yang ada sekarang ini adalah gaji baru SSM bagi. Seperti dijangka,  ada yang puas hati, ada yang tidak puas, itu perkara biasa dalam pada kerajaan melaksanakan sesuatu dasar. Sukar untuk memenuhi kehendak & impian semua penjawat awam sehingga masing-masing benar-benar berpuas hati.
Tetapi persoalan & pertikaian yang bagaimana? Adakah membawa kritikan yang membawa kebaikan ataupun hanya menghentam semata? Walauapapun Skim SBPA sudah tinggal sejarah. Segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan “skim SBPA dahulu” hanya membuahkan hasil untuk tempoh beberapa bulan.
Gaji SSM Baru Gaji Baru SSM (Kenaikan 7 13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini?Kalau sebelum ini ada pelbagai kontroversi yang muncul sejak pengenalan skim SBPA ini diperkenalkan. Kemudian mahu diadakan semakan semula ke atas SBPA dan akhirnya SBPA ditangguhkan sebelum keputusan muktamad diambil oleh pihak kerajaan semalam yang mahu SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SMM yang bakal ditambahbaik.

Gaji Baru SSM Bagi Kakitangan Awam – Pelarasan 7 – 13%

  1. Struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan setelah mula diperkenalkan pada 1 Januari lalu
  2. Kakitangan awam akan kembali semula menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Tetapi….
  3. Tetapi, Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.
  4. Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  5. Bagaimana mekanismanya, semuanya akan dibincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti
  6. Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan saja membabitkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara
  7. Memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari dengan pembatalan dasar SBPA.
Gaji Baru SSM 224x300 Gaji Baru SSM (Kenaikan 7 13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini?(Klik imej di atas untuk paparan yang lebih jelas)

Gaji Baru SSM – Pecahan Pelarasan Gaji SSM

  1. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan pelaksana & P&P (gred 1-54) – kenaikan 13 %
  2. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred Utama & Khas C/B/A – kenaikan 9%
  3. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 2 dan 3 - kenaikan 8%
  4. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN – kenaikan 7%

Struktur Gaji SSM Ditambahbaik

  1. SSM diubah daripada struktur Jadual Gaji Matriks kepada  Jadual Gaji Minimum-maksimum
  2. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu iaitu RM80 – RM320.
  3. Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54

Elaun Sara Hidup – Cola Naik

  1. Elaun Sara Hidup (COLA) kawasan B dan C naik RM50
  2. Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) = naik daripada RM200 ke RM250 sebulan.
  3. Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan C (pedalaman) =naik daripada RM100 ke RM150 sebulan

Insentif Lain

  1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  2. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012. Kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara. Oleh itu, guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi
  3. Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja tersebut
Dilaporkan pelarasan gaji pula akan berkuat kuasa 1 Januari 2012, dan ini bermakna semua kakitangan awam akan menerima gaji tertunggak. Manakala Gaji baru SSM kakitangan Awam akan mula dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.
gaji baru ssm 2012 Gaji Baru SSM (Kenaikan 7 13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini?Jadi apa yang kami harapkan di sini sebenarnya adalah perkara seperti tidak berulang lagi. Jadikan ini sebagai pengajaran dan masing-masing perlu bersedia untuk mengakui kesilapan diri jikalau benar-benar mahu melihat & “merasa” skim yang akan datang “benar-benar” memberikan impak yang cukup postif kepada seluruh kakitangan awam baik kumpulan pengurusan mahupun kumpulan utama.

2 ulasan:

  1. Juruteknik J 179 Mac 2012 2:01 PTG

    Kenapa Gred J 27 di turunkan kepada Gred J 17 setaraf SPM? Dulu masa SBPA, Juruteknik sangat gembira bila Najib Umumkan tetapi bila kembali ke SSM. Beribu-ribu juruteknik kecewa dengan beliau kerna gred nye kembali kepada asal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang yg mmg suka komplen ni nanti dah masuk syurga pun nak komplen jugak...sentiasa ja ada benda yg tak kena....

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA