SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Isnin, 27 Februari 2012

Pemikiran sesat oleh MB Terengganu yang celupar

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD
MENTERI Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said sekali lagi menimbulkan kemarahan ba- nyak pihak apabila beliau membuat tuduhan dengan melabelkan PAS http://penaksj.files.wordpress.com/2012/02/capture1.jpg?w=490sebagai sebuah ‘parti ajaran sesat.’
Beliau membuat tuduhan sedemikian ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada awal bulan ini dan dilaporkan berkata, "perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar" dan menyifatkan PAS sebagai “parti ajaran sesat.”



Ya, implikasi ungkapan Ahmad Said bahawa PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’ itu amat besar dalam konteks keharmonian masyarakat Melayu dan Islam di ne- geri ‘Darul Iman’ ini. Lebih-lebih lagi tuduhan tersebut dilemparkan oleh seorang pemimpin yang bergelar Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Apakah ini memperlihatkan bahawa beliau kini amat terdesak untuk mendapat soko- ngan dan tidak meneliti langsung kesannya terhadap keharmonian kehidupan harian masyarakat di Terengganu?
Malahan tuduhan yang dilemparkan tersebut amat merbahaya dan sudah tentu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang berbilang agama dan kaum.Persoalannya, apakah kedangkalan Ahmad Said menampakkan beliau kini terlalu ‘terdesak’ untuk terus kekal sebagi Menteri Besar’ Terengganu sepenggal lagi sehingga sanggup melemparkan kenyataan yang amat keterlaluan dan tidak munasabah ini? Apa- kah beliau akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap ‘provokasi’ bahaya ini?
Bagi saya kenyataan sedemikian yang terhembur dari seorang bertaraf pemimpin seperti beliau adalah amat bahaya dan bakal mengundang perpecahan yang lebih ketara di kalangan umat Islam khususnya dari kalangan masyarakat Melayu di Terengganu sendiri.
Apakah Ahmad Said mahu kembali kepada zaman ‘kafir-mengkafir’ dengan tuduhan bahawa ‘orangorang PAS mengkafirkan orangorang Umno’sehinggakan timbul ketegangan dan perpecahan yang amat parah dalam masyarakat Melayu khususnya di negeri Terengganu sendiri? Yang dibimbangi lagi tuduhan ‘kafir mengkafir’ ini boleh menjejaskan akidah orang yang mengeluarkan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.
Malah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan Ahmad Said terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat adalah gambaran pemimpin Umno yang amat terdesak lebihlebih lagi menjelang pilihan raya.
Bagi beliau, tuduhan melulu Ahmad Said itu adalah keterlaluan dan melampau.
“Andainya PAS sebuah parti ajaran sesat, sudah tentu tak ada orang pun yang nak sertai PAS apa lagi golongan cerdik pandai pelbagai bidang sekarang ini semakin ramai memberi soko- ngan pada PAS,” ujarnya.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz lagi, ahli PAS kini bukan hanya terdiri masyarakat kampung sahaja, sebaliknya terdiri dari golongan profesional di pelbagai peringkat.
"Jadi macam mana boleh dakwa PAS parti ajaran sesat, mengarut semuanya, yang sebenarnya bukan PAS bawa ajaran sesat, sebaliknya dia (Umno).
“Bayangkanlah waktu jual tiket loteri Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu, wang judi tu dibina buat masjid, boleh dia (Umno) berfikir begitu, jadi siapa yang sesat sebenarnya,” ujarnya lagi.
Namun, inilah realiti peribadi sebenar Ahmad Said. Walaupun didesak oleh pelbagai pihak untuk menarik balik kenyataan beliau itu, namun beliau tetap berkeras mempertahankan kenyataan bahawa PAS ada ‘parti ajaran sesat’.
Malah, beliau dikatakan bersedia untuk disaman oleh manamana pihak berhubung dakwaan itu sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Bagi saya, Ahmad Said seharusnya tidak boleh bertindak seperti ‘pemimpin kampung’ yang bertaraf JKKK dan mesti bertanggungjawab di atas kenyataan celupar beliau itu.
Saya yakin penuh rakyat Terengganu akan menilai legasi sepenggal kepimpinan Ahmad Said yang dilihat bobrok dan terus berbelanja besar dengan lebih RM 2 bilion setiap tahun dan begitu prihatin menjaga projek ‘pembelian itik dan angsa di Tasik Kenyir’, ‘membela gajah dan kera di Zoo Kemaman sedangkan di waktu yang sama rakyat Terengganu rata-rata terpaksa menanggung bebanan kos kehidupan harian yang amat memeritkan.
Ini ditambah lagi dengan lenyapnya satu demi satu perkampungan orang-orang Melayu akibat dari arus pembangunan yang dibawa oleh kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar.
Rakyat Terengganu kini sudah matang dengan permainan politik yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama yang sempit. Generasi muda terutamanya, sudah muak dengan politik keterlaluan yang mengenepikan adab susila bangsa dan lebih-lebih lagi tunjang agama itu sendiri.
Mereka akan menentukan sikap secara rasional dan kini secara kritikal bertanya kepada Ahmad Said tentang rasuah yang berlaku, salahguna kuasa berleluasa stadium RM300 juta yang runtuh, LPT 2 yang bernilai lebih RM3.7 bilion yang tidak siap-siap sehingga sekarang serta pelbagai bentuk ketirisan dan ketempangan sepanjang pentadbiran beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA