Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Umno Terengganu itu bahawa Pas adalah parti ajaran sesat.
“Hingga ke saat ini parti tidak bercadang untuk mengambil tindakan perundangan terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Ahmad dilaporkan enggan tunduk kepada desakan Pas menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ajaran sesat. Beliau diberikan tempoh selama tiga hari untuk berbuat demikian.
Ahmad dilaporkan berkata demikian pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal bahawa penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.
Ahmad mendakwa bukti jelas dan nyata, adalah Amanat Haji Hadi dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.
Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan mahkamah akan difikirkan selepas ini dengan Pas Terengganu.
“Sekarang kita sibuk menumpukan perhatian membuat persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Kita tidak mahu fokus kita terganggu.
“Pas Terengganu diminta menumpukan kepelbagaian program di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Ahmad bagi memastikan beliau tewas dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Pas akan serang habis-habisan di kawasan Dun Kijal dan juga akan mengadakan solat hajat untuk kemenangan Pas.
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA